ASAS FEQH YANG LIMA ( FEQHUL KHAMSAH

)
Ringkasan dan Ulasan Dari Kitab Siasah Syar`iyyah oleh Doktor Yusuf Al Qardhawi Oleh : Mohd Adlan Mokhtaruddin

PENGERTIAN FEQH SIASAH SYAR`IYYAH Iaitu Siasah yang dibina di atas kaedah, hukum dan halatujunya adalah syara`. Tidak semua siasah adalah syariah. Kebanyakan dari siasah berlawanan dengan syara` bahkan tidak mengendahkannya yang disebut sebagai ideologi1. Siasah dan Islam tidak boleh dipisahkan. Mereka yang mengatakan tidak ada agama dalam siasah ataupun sebaliknya merupakan golongan sekular2. ASAS DALAM FEQH SIYASAH SYAR`IYAH Siasah Syar`iyah dibentuk berdasarkan kefahaman syariah dalam mentadbir umat, bukannya semata-mata dakwaan dan teori. Terdapat dua asas yang menjadi timbangan utama dalam siasah syar`iyyah iaitu Assawabit dan Almutaghaiyyirat. Assawabit / Perkara Pokok Iaitu perkara yang tetap dan tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Ia juga disebutkan sebagai perkara Qat`i dari Quran dan Sunnah, dan Ijmak Ulama` ke atasnya. Dalam perkara ini tidak ada khilaf (percanggahan pendapat dalam kalangan ulama`). Antara contoh perkara yang menjadi perkara pokok ialah : mengembangkan ilmu, memerangi kejahilan, dan menegakkan keadilan. Almutghaiyyirat / Perkara cabang Iaitu perkara yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi masih dalam ruang lingkup Assawabit. Terdapat khilaf yang pelbagai yang menjadi perbahasan ulama`. Antaranya ialah perkara yang menjadi `uruf ata adat bagi sesuatu tempat. Feqh yang dibina dalam Siasah Syar`iyah ialah : Perkara yang menghubungkan antara Almutaghaiyyirat dengan Assawabit, Mengembalikan perkara syubhat kepada muhkam, juz`i kepada kulli, dan furu` kepada usul. Iaitulah feqh yang dijalankan oleh para sahabat dan khulafa rasyidun dan pemerintah dalam mentadbir negara. KEPENTINGAN MEMAHAMI FEQH YANG LIMA Sebagai seorang penggerak Islam, di antara tuntutan ke atas kita ialah mendepani perubahan dan isu semasa. Adalah menjadi satu kewajipan kepada para
1

Ideologi : Fahaman/ajaran yang dipakai atau dicta-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain. Sebagai contoh : Demokrasi, Sekular dan Komunis.
2

Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat rujuk Islam & Demokrasi : Ustaz Abdul Hadi Awang

Mereka digelar sebagai ( Zhahiri Judud ) yang mewarisi Zhahiri4 yang lama. kemasyarakatan. mereka juga tidak menerima qiyas. mazhab ini didirikan oleh Dawud bin Khalaf Al-Asfahani yang lebih dikenal dengan nama Daud Az-Zhahiri. hakikat bukan gambaran. 2. Inti pokok paham dan pemikiran mazhab ini adalah pengambilan sumber hukum dari nash Al-Quran dan sunnah secara tekstual (zhahir) tanpa menggunakan takwil. mereka tersasar dan berpegang dengan syubhah bahkan jauh dari muhkam. 3. Feqh Al Muwazanat ( Timbangan ) antara maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) 4. Akan tetapi apabila dibentangkan dengan nas muhkam. Ada yang menyatakan kedua-duanya adalah sama dan ada yang menyatakan antara keduanya adalah `umum wa khusus mutlak. Madrasah yang pertama : ( Az Zhahiri Al Judud ) Menterjemah nas secara juzuk dan memahami nas secara literal. Disebutkan oleh Doktor Yusuf Al Qardhawi di dalam muqaddimah kitab Feqh Prioriti. Iaitu : 1. ekonomi mahupun politik. Daud lahir di Kufa pada tahun 200 H/815 M dan wafat di Baghdad pada tahun 270 H/884 M. 4 3 5 `illah dan sebab menjadi perbahasan ulama` Usul Feqh.penggerak Islam mengetahui kehendak masyarakat. ³didapati timbangan prioriti umat pada zaman ini telah rapuh didalam bidang yang pelbagai samada pemikiran. Feqh Al Maqasid ( Feqh Al Nusus dalam ruang lingkup Al Maqasid ). ii. Feqh Al Waqi` ( Realiti ) berubahnya fatwa dengan perubahan waqi`. Mereka tidak beriman dengan `illah5 pada hukum dan hubungan sesuatu hukum dengan maqasid (sebab). maka jelaslah rapuhnya timbangan mereka ke atas kelima-lima feqh yang utama ini. mendakwa agama adalah jauhar bukan bentuk. Mereka merupakan ³Pendakwa Tajdid´. Feqh Prioriti Dr Yusuf Al Qardhawi cetakan kelapan Maktabah Wahbah halaman 13 Mazhab Az-Zhahiri adalah mazhab kelima setelah empat mazhab yang terkenal. Nabi Muhammad saw apabila berbicara sentiasa melihat kepada siapakah mad`unya. kebanyakan para penggerak Islam telah hilang pedoman dan rapuh timbangannya. . FEQH YANG LIMA (Al Feqh Al Khamsah) Untuk memahami feqh siasah syar`iyyah. apabila mereka yang berada di posisi penting setiap bidang gagal memahami keutamaan gerak kerja mereka.´3 Kenyataan ini jelas menggambarkan kepada kita. Kebelakangan ini. istihsan dan maslhah mursal. bahkan menyatakan : Sesungguhnya Allah boleh menyuruh untuk melakukan perkara yang dilarang begitu juga sebaliknya. Feqh Al Taghyir ( Perubahan ) ASAS YANG PERTAMA : Feqh Al Maqasid Terdapat tiga madrasah yang mempelopori kefahaman feqh al maqasid iaitu : i. Madarasah yang kedua : ( Al Mu`athalatul Judud ) Golongan yang menyangka bahawa mereka menterjemah maqasid syariah dan roh agama sedangkan lupa pada nas Quran dan sunnah. Feqh Al Awlawiyyat ( Aulawiyyat/Keutamaan ) 5. terdapat lima asas penting yang perlu dikuasai. Hakikatnya mereka sangat pelik.

Allah Maha kaya dari sesuatu. halaman 287 . maka disolatkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam secara salah. Jalan inilah yang perlu kita imani dan berpegang padanya. Kaedah Mantiq ada menyatakan ³Untuk menghukumkan ke atas sesuatu. Madrasah Pertengahan (Wasatiah): Mereka yang menyeimbangkan antara nas juz`i dari Quran dan Sunnah dengan maqasid kulli. Telah jelas pada zaman sahabat dan khulafa` rashidin juga para Mujtahid selepasnya.´6 ASAS YANG KEDUA : Feqh Waqi` Terdiri atas asas pembelajaran secara realiti bukannya teori semata-mata. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Umar Al Khatab dan Umar Abd Aziz. Ia adil. Jika dilihat pada zaman ini. tempat masa dan insan secara ideal. tidak dikenalpasti. Kata Imam Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya I`lam Al Muwaqqi`in : ³Sesungguhnya Syariah diasaskan untuk memelihara hukum dan maslahah hamba. Mutaghaiyyirat dan sawabit ).7 Keadaan sekeliling yang sentiasa berubah dan menghadapi pembaharuan. Bermuamalah dengan ahli zimmah ( Yang berlindung dibawah wilayah Islam ) Pada awal Islam. 6 7 Siasah Syar`iyyah halaman 231 oleh Doktor Yusuf Al Qardhawi Maktabah Wahbah cetakan kedua 2008. Berpegang dengan Nas Qat`I secara Thubut dan Dilalah. Kata mereka : Apabila mereka bergaul dengan umat Islam tidak mesti tidak untuk membezakan antara mereka supaya tidak bergaul dengan cara orang Islam. umat Islam diwajibkan untuk membezakan pakaian mereka dengan pakaian ahli zimmah. cara tersebut sudah tidak relevan. Mereka memahami kehendak Quran secara menyeluruh ( Usul dan Furu`. Perkara ini pasti tidak disukai oleh waris mereka. Kemungkinan sekiranya mati salah seorang dari mereka secara tiba-tiba ditengah jalan. mestilah tahu tentang gambaran perkara tersebut´. Kita dapati kini untuk membezakan antara agama lebih mudah dari membezakan pakaian. Bahkan Allah Ta`ala tidak memerlukan satu pun darinya. Juz`i dan Kulli. menjaga semua maslahah. perubahan fatwa terhadap kebaikan dan uruf yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kaedah Fiqh ada menyatakan ³ Perkara yang mempunyai `illah berjalan selari bersama `illahnya wujud ataupun tidak´ . Mungkin perbezaan sebegini sesuai pada zaman awal Islam untuk berjaga-jaga. membawa rahmat dan hikmah. suasana dan perkara-perkara baru yang berlaku supaya dapat meraikan masa. Jumhur `Ulama` bersepakat bahawa syariah bertujuan menjaga maslahah hamba dalam kehidupan dunia dan akhirat. dunia dan akhirat. Contoh : Perubahan hukum dengan perubahan kebaikan yang berlaku ke atasnya.iii. memerlukan kemahiran kepada faqih yang mampu berinteraksi dengan semua jenis manusia. Zaman moden kini lebih praktikal menggunakan kad pengenalan.

Begitu juga dengan apa yang dinaqalkan oleh Ibnul Qayyim dari Ibnu Taimiyyah : Beliau berjalan bersama sebahagian sahabatnya dihadapan kaum Tatar di damsyik. Sekiranya kita tidak mahir dalam ilmu timbangan. ii. Sebagai contoh. sudah tentu kita akan gagal dalam membuat pertimbangan yang tepat. iii. Kaedah ini turut digunakan dalam ilmu usul feqh apabila timbul pertembungan antara dalil-dalil feqh yang digunakan ( At Ta`adul wa At Tarjih ) begitu juga dalam ilmu Usul hadith apabila pertembungan antara hadith-hadith berlaku. Jika uruf dahulu ianya dihukumkan dengan agak ketat. sedangkan arak menghalang mereka dari menumpahkan darah dan merampas harta! ´8 Mereka bersepakat dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah khuatir mungkar yang lebih besar akan berlaku. cukur janggut. mungkin kini sudah ada yang berubah. Maka dijawab oleh Ibnu Taimiyyah ³ Biarkan mereka dengan mabuk dan lalai. sesunggunhya Allah mengharamkan arak kerana ia melalaikan dari mengingati Allah dan solat. Ibnu Taimiyyah dan ashab mengingatkan akan kepentingan memelihara keadaan ketika berdakwah dan ketika memberi fatwa. kita menghendaki erti perbandingan ini lebih luas dan mencakupi keseluruhan hidup manusia.Perubahan hukum dengan perubahan `uruf yang terbina atasnya Apabila berubah uruf.maka hukum juga akan berubah. Pembahagian Feqh Muwazanat dalam perkara berikut : i. Pertembungan antara keburukan. ASAS YANG KETIGA : Feqh Muwazanat ( Timbangan ) Fiqh yang sangat diperlukan oleh manusia pada kehidupan mereka. Akan tetapi. Mereka meminum arak dan sedang mabuk. Pertembungan antara kebaikan. manakah yang perlu didahulukan. Keburukan diukur dengan kebaikan yang ada. Kenapa kita memerlukannya? Kehidupan kita tidak berada pada satu garis lurus yang sekata. mendengar muzik dan lain-lain. Diceritakan oleh Qardhawi dalam kitabnya ³ Aulawiyat Harakah Islamiyah´. ataupun antara keburukan ataupun pertembungan antara keduanya. hukum makan dijalanan. Pertembungan antara kebaikan dan keburukan. Sudah pasti dihadapan kita akan berlaku banyak pertembungan dan pertentangan. Lantas sebahagian sahabat Ibnu Taimiyyah mengingkarinya dengan mengatakan ianya merupakan ibu segala kejahatan. Samada ianya adalah pertembungan antara kebaikan. 8 halaman 290 .

Lantas baginda menerima syarat untuk memadamkan kalimah Bismillah pada perjanjian tersebut dan ditukarkan dengan kalimah Bismik allahumma. digugurkan kebaikan dunia demi kebaikan akhirat. memelihara sebahagian lebih aula dari hilang kesemuanya. kita melihat Baginda saw mendahulukan kebaikan yang nyata. Para Fuqaha` telah meletakkan beberapa kaedah yang disusun di dalam kitab Qawaid Fiqhiyyah sebagai asas feqh muwazanat. Kisah Nabi Harun dan Nabi Musa menimbang antara dua kebaikan dalam surah Toha ayat 94. Dikisahkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah. punca khilaf antara ulamak dan pendakwah pada zaman ini disebabkan perselisihan dalam mempraktik pertimbangan ini. Firman Allah ta`ala yang bermaksud : Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! janganlah Engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja Yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. Al Quran menyebutkan tentang pertimbangan umat terdahulu. Firman Allah yang berbunyi: Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut. hinggalah Nabi Musa kembali dan berbincang cara menyelesaikan masalah yang berlaku. Mengekalkan sampan yang rosak untuk tuannya lebih baik dari dibiarkan dirampas oleh Raja. Semua ini dilakukan kerana baginda melihat kepada masa depan Islam. asas dan menjaga masa hadapan terhadap sebahagian perkara yang dianggap penting oleh sebahagian manusia. bahkan ditulis juga dengan kalimah Muhammad bin Abdullah menggantikan kalimah Muhammad Rasulullah. Sesungguhnya Aku takut Bahawa Engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri. Antaranya : | | Apa yang penting dari kaedah ini bukanlah hanya tertumpu untuk mendalami teori dan kaedah yang dibuat. didahulukan kebaikan pokok dari kebaikan cabang dan diutamakan kebaikan nyata dari kebaikan sangkaan. tertolak kebaikan khas dari kebaikan umum. Tidak hairanlah. Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa menimbang antara dua keburukan dalam surah Al Kahfi ayat 79. Kaedah ada menyebut. Oleh itu. bahkan yang lebih utama adalah kaedah ini dipraktikkan dalam kehidupan realiti. dan Engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' " Nabi Harun mengutamakan kepentingan kesatuan ke atas perkara lain yang bersifat sementara.Apabila bertembung antara dua kebaikan. . aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya.

Kata Doktor Yusuf Al Qardhawi ³ Aku sebutkan di sini bukanlah untuk menyokong tindakan mereka.apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Teorinya amat mudah. Doktor Hasan Turabi dan jemaahnya di Sudan dihujum oleh sebahagian umat Islam apabila membenarkan Kesatuan Soviet untuk masuk pada zaman pemerintahan Ja`far Numairi (1969 -1985) dan menerima beberapa jawatan/kedudukan rasmi dalam kerajaan hinggalah diterima tawarannya untuk mempraktikkan undang-undang Islam. untuk mengelakkan keburukan yang lebih besar iaitu diperintah terus oleh golongan sekular. Sebahagian golongan ekstrem menentang keputusannya untuk menyertai dalam kerajaan yang menjalankan undang-undang Sekular. 9 Pilihanraya pemilihan Presiden Pakistan pada tahun 1965 berpihak kepada Ayyub Khan dengan kelebihan undi sebanyak 64%.Al Quran turut membicarakan perihal pertimbangan antara kebaikan dan keburukan. akan tetapi praktikalnya sangat payah. Firman Allah maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Syeikh Abu A`la Al Maududi dan Jemaah Islam berhadapan dengan kesukaran setelah meneliti dengan neraca feqh muwazanat bahawa mencalonkan Fatimah Jinnah lebih kecil mudharatnya daripada Ayyub Khan9. Lantas dicerca oleh segenap pihak dengan hadith ³ tidak akan berjaya kaum yang diperintah oleh wanita´ Sedangkan kacamata feqh pada waktu itu melihat apakah keburukan yang lebih kecil untuk diambil. -wikipedia . maka diambil keputusan sedemikian. (check balik) Parti Rafah di Turki dibawah pemerintahan Doktor Najmuddin Arbakan. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah . akan tetapi aku ingin menunjuk jalan. Ini kerana feqh muwazanat amat berat bagi golongan awam dan seumpama mereka yang mudah goyah dalam membuat keputusan. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir: Al baqarah 219. prinsip dan asas dalam Feqh Pertimbangan yang membentuk kefahaman Siasah Syar`iyyah. Kesukaran mempraktikkan Feqh Muwazanat dalam kehidupan.

Ia juga pernah dinamakan dengan Feqh Maratib Al A`mal oleh Doktor Yusuf Qardhawi. Apa yang ingin dimaksudkan dengan feqh aulawiyyat ialah : Kita memberikan setiap perkara itu harga dan nilai yang setimpal pada timbangan syara`. Sesungguhnya apabila dilihat umat Islam pada zaman ini. Adapun malu itu sebahagian daripada iman. At Taubah :19 Manakala hadith baginda saw menyatakan perihal hukum yang berperingkat. Timbul kekeliruan apabila ada yang menyatakan semua hukum syarak adalah aulawiyat.ASAS YANG KEEMPAT : Feqh Aulawiyyat ( Prioriti ) Dalam perbahasan feqh aulawiyyat. Maka tidak hairanlah apabila para sahabat bertanya kepada baginda akan amal yang paling baik disisi Allah dan dijawab oleh baginda dengan jawapan yang berbezabeza darjatnya. Mengutamakan perkara usul dari perkara cabang. mereka membesarkan perkara yang kecil. Hakikatnya. tidak ada yang lebih aula antara satu sama lain. Oleh itu. . haram berbeza hukumnya dengan makruh dan lain-lain lagi yang menunjukkan hukum adalah berbeza-beza. dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah. Ianya mungkin betul dari sudut memuliakan hukum syarak. dan mengecilkan perkara yang besar kerana telah rapuhnya neraca timbangan mereka. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman yang berbunyi : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji. Tidak boleh kita menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.´ Muttafaqun `alaih. ianya saling berkait dengan perbahasan yang sebelumnya iaitu feqh muwazanat. Sabda baginda saw : ³Iman itu mempunyai enam puluh lebih atau tujuh puluh lebih cabang. Begitu juga yang dikemudiankan diletakkan pada tempatnya. Fardhu tidak sama dengan mandub.Perkara-perkara Fardhu .Ilmu sebelum amal .Pembangunan akhlak . Tidak menguranginya mahupun melebihkannya. Prinsip dalam ilmu feqh al aulawiyyat i. dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.Hukum-hukum Qath`i .Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah . maka diberikan aulawiyyat yang selayaknya. apa yang perlu diutamakan.Akidah adalah persoalan utama . hukum syara` juga mempunyai tahap yang berbeza. Yang tertinggi adalah Lailahaillah dan yang terendah adalah membuang halangan di jalanan.

Kafir / Murtad . Dharurat ke atas Hajiyat. Irtikab Akhaffu Dhararain ( Mengambil dharar yang lebih kecil ) iii. Sesungguhnya syariah telah sempurna dan lengkap dan wahyu telah terputus. Untuk mencapai objektif tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan . Hajiyat dan Tahsiniyat ) dengan mengikut turutan. akan tetapi ia membawa maksud meletakkan had (objektif) dalam pelaksanaan secara terperinci. Bagaimana ke atas Berapa.Perkara Syubhat Ini hanyalah sebagai contoh-contoh dalam memahami praktikal feqh aulawiyyat. Keturunan dan Harta. Jiwa. Akal. Qath`I ke atas Zhanni. Realiti ke atas Retorik. Kepentingan /Dharurat : Kaedah ada menyebutkan ( dharurat membolehkan perkara larangan. keutamaan diberikan pada perkara Jauhar ke atas Syakal.Hajiyat : Perkara yang menjadikan hidup lebih baik. Adalah menjadi satu kepentingan untuk kita memahami feqh perubahan ini. Terdapat tiga kaedah utama dalam mempraktikkan feqh perubahan iaitu : i. . .Dharuriat : Perkara yang menjadi keperluan hidup. Perkara yang berterusan ke atas perkara mendatang. Ianya ditimbang mengikut turutan dengan memelihara Agama. Keutamaan dalam Perkara Larangan .Perkara sunat selepas perkara fardhu ii. Jika tidak ada maka tidak akan dapat hidup seperti beras dan tempat tinggal. Memelihara kebaikan tiga perkara utama iaitu ( Dharuriat.Tahsiniyat : Perkara yang menjadikan kehidupan selesa dan mewah. ««««« ) ii. Besar ke atas kecil.Dosa-dosa Besar . iii. Tanpanya hidup masih lagi boleh diteruskan. Boleh dikatakan ia adalah pelengkap kepada baki feqh yang empat yang telah dibincangkan sebelum ini. Yang dimaksudkan dengan `berperingkat` pada zaman ini ialah berperingkat pada pelaksanaan sesuatu hukum bukannya pada pensyari`atan.Dosa-dosa Kecil .. secara sepakat menyatakan adalah menjadi satu keperluan untuk seluruh kekuatan Islam diubah untuk memperbaiki kebaikan umat. dan Muttafaq `alaih ke atas Mukhtalaf `alaih. Memelihara sunnah berperingkat-peringkat ( Sunnah Al Tadarruj ) Islam datang dengan sunnnahnya secara berperingkat bukannya sekaligus. Adalah menjadi satu tuntutan untuk melaksanakan uslub ini ketika berdakwah. Secara asasnya. . Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Tadarruj ? Tadarruj bukan hanya bermaksud lambat dalam melaksanakan sesuatu. ASAS YANG KELIMA : Feqh Al Taghyir ( Perubahan ) Pada zaman ini.

perlu merujuk terus buku-buku berkaitan yang terdapat di pasaran. Tiga belas tahun di Mekah merupakan peringkat nabi mentarbiah dan membina umat.40am 24 Mei 2010 Pejabat PMRAM . Untuk memahami dengan lebih mendalam. Akhir-akhir ini. manakala bakinya di Madinah adalah peringkat pelaksanaan Islam secara total. Fiqhul Khamsah ( Fiqh yang lima) sebenarnya suatu tuntutan untuk difahami oleh mahasiswa Islam di Perlembahan Nil ini.meletakkan peringkat yang tertentu supaya ia tersusun rapi. Dengan memahami kelima-lima feqh ini. Kertas Kerja ini merupakan ringkasan dan ulasan dari Kitab Siasah Syar`iyah dalam aspek Nas Syariat dan Maqasidnya oleh Doktor Yusuf Al Qardhawi. membantu kita dalam menyusun kebaikan dan keburukan. Al Faqir Mohd Adlan Mokhtaruddin 4. Hinggalah kita mencapai ke tahap yang paling akhir iaitu mendirikan hukum Islam dimuka bumi. kita dapati mahasiswa Islam lesu dan longlai dalam mendepani umat. Inilah manhaj yang dilalui oleh Nabi Muhammad saw sepanjang dua puluh tiga tahun Nabi berdakwah. Ringkasan ini hanyalah sebagai memahami secara asas Teori dan Manhaj.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful