You are on page 1of 35

KERAJAAN BANI UMAIYAH

661 – 750
Oleh: Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid
 Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di
masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak
bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad,
apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)?
Lalu Huzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W. Lantas Abu
Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

 “Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah,


kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

 Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia
dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu
mengangkatnya.

 Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhun) selama
mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana
Dia mahu mengangkatnya.

 Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana
ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu
mengangkatnya

 Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian…”


 HADITH RIWAYAT AHMAD 4/275, ABU DAUD 4/211, AT-TIRMIDHI 4/503
MU’AWIYAH BIN ABU
SUFYAN
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN:
KHALIFAH YANG TERANIAYA
 Ibnu Katsir menulis, “Pada zaman pemerintahannya,
Sayyidina Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan
Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada
mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu
hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu
dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-
Nihayah, jilid 8 m.s. 50).
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN:
KHALIFAH YANG TERANIAYA
 Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah
pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya.
Muawiyah berkata kepada Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak
menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas kematian Hassan ini”. Ibnu
Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan
menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah
Wa An Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)
 Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat
seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Uthman
daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa
an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)
 Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkata: “Tak pernah saya
melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat,
lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan
daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN:
KHALIFAH YANG TERANIAYA
 Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah
ditanya : “ Apa kata tuan tentang
Mu’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara
mereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan itu
Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka
berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang
hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama
Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin
Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139
 Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina
Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis
Muktabar (163 Hadis)
“Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana
jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di
jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau
setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang
dari mereka”
(Bukhari)
ERA PENUBUHAN
 40 H – Saiyidina Hasan berbai’ah kepada Mu’awiyah
 Dipanggil tahun jama’ah
 Ummu Haram menceritakan bahawa beliau mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda, Tentera pertama yang
berperang menggunakan jalan laut telah pasti akan
mendapat Syurga Allah. Kata Ummu Haram, "Adakah
aku termasuk di kalangan mereka?" Rasulullah
menjawab, "Ya, kamu di kalangan mereka", Nabi s.a.w
berkata lagi, "dan pasukan tertera terawal di kalangan
umatku yang menyerang negara Qaisar (Konstantinopel),
maka telah diampunkan bagi mereka dosa-dosa mereka.
Ummu Haram bertanya lagi, "aku termasuk di kalangan
mereka?" Rasulullah s.a.w berkata, "Tidak" (Bukhari,
Kitab Jihad, No 2707/ Muslim, Kitab Imarah, 3535).
YAZID BIN MU’AWIYAH
YAZID BIN MU’AWIYAH
 Lahir pada 26 H ketika Mu’awiyah menjadi gabenor di
Syam
 Pelantikan Yazid, setelah pandangan para sahabat
diambil, lalu diberikan taat setia oleh sebilangan besar
sahabat, kecuali beberapa orang sahaja, iaitu Abdullah
Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a
 Yazid adalah seorang yang sangat baik dan soleh bahkan
sangat menjaga sembahyangnya, juga seorang yang
berpegang teguh kepada sunnah. (al-Bidayah wa an-
Nihayah)
 Yazid tidak seburuk yang digambarkan, bukan juga yang
terbaik
ABDULLAH BIN ZUBAYR
 Tidak membai’ah Yazid
 Banyak mencetuskan peperangan dengan Yazid

 Hormati ijtihad beliau pada ketika itu


PEMBUNUHAN SAIDINA HUSAYN BIN
ALI
 Saidina Husayn juga ada melakukan pemberontakan
terhadap Yazid
 Ibn Kathir dalam buku sejarahnya yang masyhur, al-
Bidayah wa al-Nihayah berkata, ".. Ibn Asakir telah
melaporkan banyak cerita yang mencerca Yazid Bin
Muawiyah tetapi semuanya ternyata palsu..“
 ketika terdapat segolongan di Madinah yang
memberontak dengan Yazid bin Muawiyah, Ibn Umar
telah mengumpulkan semua saudara dan anak-anaknya
lalu berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, akan dipacakkan tiang bendera pada belakang
orang pada hari kiamat. Dan sesungguhnya kita telah
mengistiharkan taat setia kepada lelaki ini (Yazid bin
Muawiyah) berasaskan kepada taat setia yang sah di sisi
Allah dan Rasul-Nya. Dan aku tidak tahu petanda dosa
yang lebih besar daripada dosa memerangai orang yang
telah diberi taat setia ke atas berasaskan Allah dan Rasul-
Nya. Dan aku tidak mahu tahu di kalangan kamu
sekalian yang memungkirinya atau pun diputuskan
sahaja tali silaturrahim antara aku dan dia! (Kitab al-
Fitan, No 6578) 
 Seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Basyir, r.a berkata,
"Yazid bukanlah yang terbaik di kalangan kita, dan
bukan juga yang paling faqih, Tetapi Demi Allah, aku
lebih sukakan perpaduan umat Muhammad daripada
mereka berpecah-belah" (al-Awasim min al-Qawasim). 
TOKOH-TOKOH LAIN
ABDUL MALIK BIN MARWAN
 Khalifah ke-5 kerajaan Bani Umayyah
 Menterjemah rekod penting ke dalam bahasa Arab

 Memperkenalkan mata wang yang digunakan untuk


empayar Islam
 Menewaskan tentera Byzantine dalam perang
Sebastopolis
UMAR BIN ABDUL AZIZ
 Digelar khulafa al-Rasyidin yang kelima
 Tiada penerima zakat

 Hidup yang tidak bermewah-mewahan

 Walaupun memerintah hanya selama 2 tahun, tetapi


kesan yang cukup mendalam kepada sejarah Islam
MUSA BIN NUSAIR
 Membuka Maghribi (Morocco)
 Menghantar Tariq bin Ziyad untuk membantu
membebaskan Andalusia daripada cengkaman raja
Visigoth
TARIQ BIN ZIYAD
 Jeneral perang
 Pembantu Musa bin Nusair di Maghribi

 Membuka Andalus di Sepanyol daripada kerajaan


Visigothic
 Gibraltar = Jabal at-Tariq

"di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa


memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan
pulang sebelum mencapai matlamat itu!"
SUMBANGAN
 Pendidikan
 Imam Abu Hanifah, Imam Malik
 Kota Islam menjadi pusat pengajian ilmu
 Kegiatan penulisan dan penterjemahan giat dijalankan
KEJATUHAN
 Sikap pemerintah yang semakin mengabaikan ajaran
Islam
 Pemerintah yang bermewah-mewahan

 Dijatuhkan oleh bani Abbasiyah


KERAJAAN BANI ABBASIYAH
750 – 1258
Oleh: Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid
ERA PENUBUHAN
 Tertubuh pada tahun 750 H selepas berjaya menewaskan
tentera Umaiyah
 Mendapatkan pertolongan dan pengaruh daripada orang
Parsi
 Memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad
TOKOH-TOKOH
HARUN AR-RASYID
 Khalifah Abbasiyah yang paling dikenali
 Terkenal dengan kewarakannya

 Menjadikan Baghdad pusat penyebaran ilmu


pengetahuan
SUMBANGAN
 Digelar zaman keemasan Islam
 Perkembangan sains yang pesat (trigonometri, optik dan
astronomi)
 Zaman Gelap di Eropah

 Ramai ilmuwan Barat datang ke Dunia Islam

 Ibnu Khaldun, al-Khawarizmi


KEMUNCULAN KERAJAAN-KERAJAAN
LAIN
 Fatimiyyah
 Ayyubiyah

 Seljuq

 Mamluk
KEJATUHAN
 Penghujung zaman, banyak tentera digelar ‘Mamluk’
(bangsa Turki) diupah
 Pengaruh semakin kuat

 Jawatan penting kerajaan dipegang

 Timbul ‘nasionalisme’

 Kerajaan Abbasiyah menjadi semakin kecil dan tidak


berkuasa
 Perebutan kuasa antara putera-putera al-Mutawakil

 Ekonomi yang semakin tidak stabil

 10 Februari 1258, Hulagu Khan menyerang Baghdad dan


jatuhnya kerajaan bani Abbasiyah
909 Fatimiyyah 1171

Ayyubiyah 1341

Mamluk 1517
1250

Abbasiyah
750 1258

Seljuq 1307
1077

Uthmaniyyah
1299 1923

You might also like