You are on page 1of 21

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Latarbelakang

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang


Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh
pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan
pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak
boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan
yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa
proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang
lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil
kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru
di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.
 
Objektif

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana


masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi
kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi
yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan
Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan
politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan
kecemerlangan ekonomi.

Strategi Pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian


kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan
menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah
bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang
yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i)  Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat
pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
 
(ii)  Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan; 
  

(iii)  Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan


ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia; 
  

(iv)  Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan


mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar; 
  

(v)  Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua


rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai
nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati
perasaan bangga dan cintakan negara; 
   
(vi)  Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu
bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat; 
  

(vii)  Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting


dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam
proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan 
  

(viii)  Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi


perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar
dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan
negara dapat dikekalkan secara berterusan.
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di
bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa
pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan
tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan,
terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

(i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi


pembasmian  kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di
kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan
kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga
berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.
Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370
sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi
saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di
Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi
rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin);

(ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah


masyarakat  Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai
satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan
penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;

(iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan 


  diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan

(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia 


termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN


adalah seperti berikut:

(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan 


Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira
keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam
proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan
juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada
aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;
(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa 
DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih
terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran
baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu
meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat
memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula,
halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan
meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus
mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih
bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga
perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am
(GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang
tinggi;

(iii) Wawasan 2020 


Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk
memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020.
Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan
terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan
menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk
membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi
mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh
kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka
adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan
bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan
pembangunan negara; dan

(iv) Pembasmian Kemiskinan 


Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2%
dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar
pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.
Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil
kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh
kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar
pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah
memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam  melalui
pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada
petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu
meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa
kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan
oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang
serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan
petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja
di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja
di bandar-bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi
kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal
lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet
komersial.

Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan


membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan
berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan
untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.
Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam
padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada


program-program berikut: 
- pendidikan dan
- latihan
- kesihatan
- jalan-jalan luar bandar
- pengangkutan
- perumahan
- bekalan air dan elektrik 
 
Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di
antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga


akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil
oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan
bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara
teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-
kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada
golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.
(v) Penyusunan Semula Masyarakat 

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan


penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di
bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap
yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan
pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan
Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar
dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan
Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan
Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri
dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan
dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan
akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk
memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. 

DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam


sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian
khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil
dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama
secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan
digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek
perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan
moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping
kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan
dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga
akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan
dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam
negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan
memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada
pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional,
pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang
dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8%
akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan
534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk
meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil
untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.

Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan


dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak
ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan
Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi
mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi
mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam
perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih
berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan
tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan
pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah
Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi
keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan
Bumiputera sepanjang tempoh DPN. 

Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan


dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta
mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan
Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham
dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.

Penutup

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan


ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi
juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan
prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan


penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan
ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan. 

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti


di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup
yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan
bangsa dan ketahanan negara. 

Rasional 

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah


negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-


fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu
tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah
melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan
pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini
dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan


Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur
dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang


merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia,
Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian
utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan
pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan
tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan
serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa
yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,
lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta
umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan
yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian
sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah
melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip
ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi
pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab,
Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian
penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak
wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian
sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan


Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada
manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-
kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya
fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas
adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971. 
Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru


merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil
dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh


daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan


kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui


strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah


menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,


penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar
ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan
Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan
pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. 

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam


pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara
lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke
arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui
aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya
Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan
antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi
mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan
badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi
dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar
semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program
atau projek-projek kebudayaan. 

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu


bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar
ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu
bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di
kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah
rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan
kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-
cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja
Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan
atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan
sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai
sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Dasar Dalam Negara : Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia


tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan
perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat
nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang
menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan
sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di
Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan
ialah masalah polarisasi.    

     Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957,
namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih
menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para
pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering
diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan
pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan.
Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan
kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup
menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di
negara ini.

Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan


menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati
bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara
yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan
Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang
baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita
dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

        Terdapat tiga prinsip :

1.      Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan


rakyat asal rantau ini.

        Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah


berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.

        “Rantau” membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan
Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada
orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi.

        Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. 

2.      Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

        Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain
yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.

        Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-
berzaman.

        Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi


terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi.

        Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan


perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari
negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa
Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu.
Tempatan. 

3.      Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan


kebangsaan itu.

        Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan


memang kena pada tempatnya.

        Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat
dan diterima oleh Perlembagaan.

        Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan


kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.

        Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah
menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis.

        Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal
Islam.

        Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah


berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. 

Tujuan Kebudayaan Kebangsaan  

1.      Perpaduan Negara

        Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang
kaum dan keturunan di negara ini.

        Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt
dikongsi bersama.

        Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan
dalam kehidupan masyarakat.

 
2.      Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia.

        Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat
Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh.

        Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur.

        Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan
antarabangsa. 

3.      Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang


seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik.

        Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat.

        Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan


prejudis.

        Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi
pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.

Kesimpulan 

Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti


undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya.
Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh
Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai
suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan
sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan
kebangsaan. 
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja

(KMK)

Konsep KMK

Definisi

KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada


unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk
mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang
berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-
cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan
keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah
dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Falsafah

Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara


penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna
pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah
kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah
jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa
tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi
peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada
jabatan/pejabat.

KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh menyertai


dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan
produktiviti jabatan/ pejabat mereka.
Matlamat

Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti


kerja
melalui:

a. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja;


b. Semangat bekerja secara berkumpulan;
c. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif;
d. Penglibatan dan minat terhadap kerja;
e. Dorongan kerja yang tinggi; dan
f. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,
jabatan/pejabat dan negara.

Prinsip-prinsip Asas KMK

Prinsip-prinsip Asas KMK

KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut:

a. Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai


disamping lain-lain sumber pengurusan;
b. Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna;
c. Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat;
d. Bekerja secara berkumpulan;
e. Kreativiti sentiasa digalakkan; dan
f. Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian.

Faedah-faedah daripada KMK

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan


KMK. Di antaranya ialah:

a. Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan;


b. Memupuk kerjasama di kalangan pekerja;
c. Memberi kepuasan bekerja;
d. Menambah dorongan untuk bekerja;
e. Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri;
f. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja;
g. Menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja; dan
h. Memperbaiki sistem dan cara kerja.

Pelaksanaan KMK

Syarat-syarat yang diperlukan bagi melaksanakan KMK ialah:

a. Pewujudan struktur KMK;


b. Latihan yang berkesan; dan
c. Sistem pengiktirafan yang berkesan.

Struktur KMK

Struktur KMK yang sedang diamalkan sekarang mengandungi komponen-


komponen berikut:

a. Jawatankuasa Pemandu KMK;

Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar


pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada
cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK.

b. Fasilitator;

Fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua Bahagian atau pekerja-


pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini adalah
bertanggungjawab untuk satu KMK atau lebih. Peranan fasilitator
adalah seperti berikut:

i. Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapat


sokongan dan bantuan mereka;
ii. Memberi latihan kepada ketua-ketua Kumpulan dan membantu
melatih ahli-ahli Kumpulan apabila diperlukan;
iii. Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong (supportive);
iv. Memastikan bahawa Kumpulan akan menumpukan aktiviti-
aktiviti mereka terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan
kerja mereka;
v. Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah;
vi. Sebagai pakar rujuk kepada Kumpulan;
vii. Mengesan kemajuan Kumpulan; dan
viii. Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada
pengurusan.

c. Ketua Kumpulan;

Ketua Kumpulan yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau pekerja-


pekerja yang dipilih mempunyai peranan seperti berikut:

i. Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah dengan


bantuan fasilitator di mana perlu;
ii. Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti Kumpulan
dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni;
iii. Membantu Kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi
persembahan pengurusan;
iv. Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan;
v. Menunjukkan minat dan sokongan kepada Kumpulan;
vi. Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli;
vii. Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah-masalah; dan
viii. Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan.

d. Ahli-ahli KMK

Ahli-ahli KMK yang dipilih memainkan peranan seperti berikut:

i. Menghadiri mesyuarat secara tetap;


ii. Menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan
dengan kerja;
iii. Mengenalpasti masalah-masalah, menyumbangkan idea-idea,
menjalankan penyelidikan dan penyiasatan (dimana perlu) dan membantu
Kumpulan ke arah penyelesaian masalah-masalah; dan
iv. Menyertai persembahan pengurusan.

Jawatankuasa Pemandu KMK JMM

Pengerusi: Y. Brs. En. Ibrahim Ismail

Ahli-ahli:

1. Tn Hj Zawawi Hj Itam Osman


2. Pn. Mahani Muhammad
3. En. Zainal Ariffin
4. Pn. Farizawati Sabri
5. Pn. Nor Hanisah Ahmad
6. En. Abd Jamil Mohd Nor
7. Pn Azian Othman
8. En. Saiful Bahari Mohd Sabtu
9. En. Mohd Harris Faizal Abd Jalil

Fasilitator KMK JMM

Fasilitator:

1. Pn Zarinah Sarifan (KMK 1)


2. En. Samsol Sahar (KMK 2)

Kumpulan KMK 1

Ahli Kumpulan KMK 1

1. Pn. Farizawati Sabri (Ketua)


2. En. Mohd Razaimi Hamat
3. En. Zamrul Amri Zakaria
4. En. Mohd Syahrul Abd Ghani
5. En Mokhtar Tamby Ahmad
6. Pn. Juana Saerah Jamaluddin
7. En. Suhaimi Osman
8. Cik Zaitun Isa
9. Cik Zaitun Abd Rahim

Kumpulan KMK 2

Ahli Kumpulan KMK 2


1. Pn Eyo Leng Yan (Ketua)
2. En. Mohd Harris Faizal Abd Jalil
3. En. Abd Jamil Mohd Nor
4. Cik Hajah Hamidah Kusnan
5. Pn Nor Asmah Abu Samah
6. Cik Clarice Ak Pain
7. Cik Siti Rokiah Ibrahim
8. En Azmi Ahmad
9. En. Brahim Musa

You might also like