You are on page 1of 4

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF AM
Guru-Guru dan murid-murid akan:
a) Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
b) Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau
persatuan secara berkesan.
c) Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan
ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin
d) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan
menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
e) Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan
dan berwawasan.

2. OBJEKTIF KHUSUS
a) Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah
dalam konteks kependidikan dan kepimpinan
b) Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
c) Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau
persatuan
d) Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab
atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
e) Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
f) Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara
berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

3. KELAB ATAU PERSATUAN

Definisi:
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang
dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing.

3.1 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:


Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang
sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.


b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
d. Berkongsi sumber dan peralatan.
e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan
f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-
masing ke peringkat yang lebih tinggi

4. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

# Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat


b. Aktiviti dan kegiatan
c. Peraturan
d. Perlembagaan

# Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan
menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.

# Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

# Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar

# Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan :

a. Memilih Ahli Jawatankuasa


b. Merancang aktiviti tahunan kelab atau persatuan
c. Pengesahan dokumen kelab atau persatuan

# Mengoperasikan kelab atau persatuan

PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN


Prosedur Penubuhan:

1. Penubuhan Jawatankuasa Penaja


2. Draf Perlembagaan Persatuan
3. Draf Aktiviti Tahunan.
4. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan.
5. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan (Guru Besar)
6. Pengendalian Mesyuarat Agung:
i. Surat Panggilan/Notis Mesyuarat Agung.
ii. Mesyuarat Agung.

4. BIDANG TUGAS AJK


1. Bidang Tugas Penaung
 Disandang oleh GB/pengetua sekolah
 Membuat pemantaun secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti
dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan
undang-undang KPM
2. Bidang Tugas Penasihat
 Disandang oleh Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK)
 Membuat pemantaun secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti
dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan
undang-undang KPM
3. Bidang Tugas Pengerusi
 Mengurus & mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan
 Melaksanakan keputusan mesyuarat agung & mesyuarat jawatankuasa
kecil
 Mempengerusikan mesyuarat pertubuhan
 Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan
 Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam
perlembagaan
4. Bidang Tugas AJK Setiausaha
 Menyimpan pendaftaran keahlian
 Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar pentadbir sekolah
dan ahli pertubuhan
 Menjemput dan mengedar surat pangilan semua jenis mesyuarat
 Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan
 Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
5. Bidang Tugas AJK Bendahari
 Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan
 Memungut yuran dan menyimpan penyata pemungutan yuran
 Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang
 Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan
 Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira
 Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

6. PERANAN GURU PENASIHAT


o Setiap guru perlu melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum
o Merupakan tugas rasmi dan wajib dilaksanakan
o Tugas dalam kegiatan kokurikulum dicatat dalam senarai tugas yang dikeluarkan oleh
pentadbir sekolah
o Tanggungjawab & peranan adalah mengikut keperluan
o Memainkan peranan yang penting untuk menjamin unit berkenaan bergerak aktif
o Antara peranan Guru Penasihat ialah:-
 Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada
jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan aktiviti
 Melaksana dan menentukan polisis KPM, Pejabat Pendidikan Negeri &
Daerah, sekolah dijalankan dengan berkesan
 Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat
jawatankuasa
 Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid
 Berperanan aktif memberi tunjuk ajr dan latihan kepada ahli

You might also like