You are on page 1of 31

HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Definisi Muzik

Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang
mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan
persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya adalah
diakui muzik adalah sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-
bunyi vocal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran
atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak
pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan
bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

Bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud
‘ kejuruteraan bunyi secara artistic ‘. Sebenarnya muzik adalah satu perkataan yang telah
diwarisi daripada ceerita-cerita dongeng zaman purba Yunani diberi nama sebagai
“ muses “ yang bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetapi pada hari ini
perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyiaan.

Pengenalan

Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Malah kanak-kanak lebih
mudah belajar melalui muzik daripada pembelajaran secara formal. Kanak-kanak mulai
belajar muzik sejak dari tadika lagi, kerana dengan muzik dapat membangkitkan
semangat yang ada dalam diri kanak-kanak itu untuk terus belajar. Perasaan ingin tahu
dan belajar secara lebih mendalam lagi dapat diterapkan melalui muzik.

Muzik dapat membantu perkembangan holistic kanak-kanak dari segi intelek, emosi,
jasmani, dan rohani. Muzik juga dapat memberi kepuasan, ketengan dan juga
kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekpresif semasa

1
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

menyanyi, bermain alat dan membuat pergerakan. Muzik juga dapat membantu kanak-
kanak dalam mengekspresi emosi dan memberi kepuasan estetik serta dapat meluahkan
perasaan melalui muzik yang dinyanyikan, dimainkan atau didengar.

Dengan adanya muzik dapat membuka peluang kepada kanak-kanak memberi respon
secara fizikal melalui pergerakan, tarian, dan ianya dapat meningkatkan pemahaman
budaya murid-murid mengenai pengenalan bangsa, agama, adab resam, dan kebudayaan
masyarakat berbilang kaum. Muzik juga dapat memupuk nilai patriotisme kanak-kanak
dan dengan muzik juga dapat menciptakan lagu, irama, pemahaman, tentang konsep
muzik dapat menajam dan memperkembangkan lagi intelek kanak-kanak.

Pengenalan Asas Muzik

Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian,
Mainan alat-alat muzik, seperti gitar, dram, piano, dan sebagainya, atau mendengar lagu-
lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada
hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya berkata “ Saya tidak suka muzik “.
Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan mengatakan kegembiraan,
keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan
dan lain-lain, fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang
mahupun boleh menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Kegiatan muzik merupakan satu saluran yang sangat penting. Fahaman dan penglibatan
pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu masyarakat
perhubungan dan kefahaman kemanusiaan.

2
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Muzik dan Kanak-kanak

Tidak ada kanak-kanak yang tidak berminat di dalam sebarang bentuk muzik.
Kebanyakan bayi yang sudah boleh duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai
gelagat dan gerakan apabila terdedah kepada muzik iklan. Juga, setiap ibu akan tetap
mendengdangkan anaknya dengan pelbagai nyanyian dodoi, semasa mententeramkan
atau menidurkan anaknya. Malah sebelum lahir, semasa di dalam rahim ibupun, pada
umur kira-kira lima bulan, bayi di dalam kandungan ibu sudah di tenteramkan oleh rentak
irama degupan jantung ibunya.

Di bilik lahir di hospital, bayi yang baru diserahkan kepada ibu untuk dipangku rapat
kepada dada kirinya. Tangisan bayi ini akan berhenti dengan segera apabila mendengar
semula degupan jantung ibunya. Inilah muzik semulajadi yang telah mendampingi kita
semua sebelum kita lahir. Malah rakaman kaset bunyi degupan jantung ini pernah di
pasarkan untuk mententeramkan anak yang baru lahir..

Maka tidak hairanlah mengapa semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk


memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan kedalam alam yang kaya
dengan pelbagai bunyi, dan sejak awal lagi mereka berinteraksi dengan pelbagai bunyi.
Bayi mungkin mengenyitkan mata, menyuarakan kemanjaan atau teriakan, dan
mengerakkan tangann, kepala atau badannya, terhadap sesuatu cirri bunyi, sama ada
bunyi kayu yang di ketuk, logam yang berdenting, loceng yang berdering atau bunyi yang
sedap dan menyenangkan, seperti suara ibu dan lain-lain. Dengan cara yang sama kanak-
kanak belajar mengenal dan memahami muzik, kerana muzik ialah bunyi yang terurus.

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan.
Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga
merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepada
muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila
mendengar muzik.

3
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi
harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan
tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.

Akhirnya kanak-kanak belajar mengenal dan membezakan corak-corak bunyi muzik dan
mengalami konsep-konsep muzik secara tidak langsung, seperti irama, melodi, tonality,
harmoni, tekstur dan bentuk. Kanak-kanak juga ialah insan pelaku. Mereka bernaluri,
ingin tahu, suka menggunakan deria, bergerak, bermain, mencuba, menyelidik,
mengajuk, mencipta, berpura-pura dan mengambil keputusan sendiri. Secara inilah
mereka menguruskan bunyi yang mereka gemar dengan perasaan, pemikiran dan
motivasi sendiri. Muzik berperanan penting dalam usaha kea rah perkembangan ini.

Peranan guru adalah kea rah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek
emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif
dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal,
mental, emosi dan social pelajar itu sendiri. Selain itu pengalaman muzik yang menarik
akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

4
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

(a) Secara individu anda dikehendaki menyediakan satu rumusan dalam bentuk
pengurusan grafik tentang konsep muzik.

Irama Melodi Warna ton


-corak irama -pic -bunyi berbeza
-rentak -skel
-meter -jeds
-tempo -kontur
-detik -solfa
-rangka lagu

Harmoni Ekspresi
- triad -dinamik
Konsep Muzik
- apeggio -istilah
- pergerakan kod -tanda isyarat

Jalinan
Bentuk -monofoni
-pembinaan Bentuk -homofoni
! frasa -polifoni
-jenis bentuk
AB ,ABA

5
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

1.1 Irama
Detik, Tekanan dan Meter
Detik yang sekata
Pembahagian meter 2, 3, 4, 6
4 4 4 8
Tekanan-tekanan detik dalam meter 2, 3, 4, 6
4 4 4 8

Tempo
Pelbagai tempo : lambat, cepat, sederhana
Panjang, pendek bunyi dan rehat
Nilai not dan nilai tanda rehat
Nilai not : semibrif, minim bertitik, krocet, kuaver, semi kuaver.
Nilai Tanda Rehat : semibrif, minim, krocet, kuaver

Corak Irama
Corak irama pada rentak : mac waltz, masri, zapin, inang, joget, sumazau.
Corak irama pada Ostinato : ostinato irama, Sinkopasi

6
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

1.2. Konsep Melodi


Melodi ialah rangkaian daripada beberapa ton atau sejumlah ton yang dibunyikan
Secara berturutan. Ia mempunyai haluan, bentuk dan kesinambungan. Melodi ialah
Satu turutan yang berbeza dari segi pic dan nilai.

Melodi mempunyai sifat yang luas iaitu,


a. Sifat irama : Ia berasaskan meter dan nilai-nilai not yang berbeza.
b. Sifat dimensi : a. panjang-pendek
b. julat
c. Sifat register : tingkat suara
Register adalah tinggi-rendahnya ton dalam melodi. Sesuatu melodi boleh berada pada
Register tinggi, rendah atau tengah. Melodi boleh juga mempunyai register yang
berubah-ubah dan register inilah yang mempengaruhi kualiti melodi.

d. Sifat Arah : melodi bergerak kedua arah.


a. menaik
b. menurun
Biasanya melodi naik ke suatu kemuncak. Tempat kemuncak boleh jadi di tengah, awal
atau penghabisan melodi.

e. Sifat Turutan
a. turutan ‘ Conjunct ‘
ton yang bergerak satu langkah demi satu langkah
b. turutan ‘ Disjunct ‘
melodi yang mempunyai lompatan pic

Pic
Aras pic : pic tinggi dan pic rendah
Jenis pergerakan pic : menaik, menurun, mendatar, bertangga, melompat
Solfa : do re mi fah soh lah ti do re

7
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Skel
Skel Diatonik : major, minor ( harmonic, melodic, natural )
- pentatonic
- kromatik

Pic Skel
Pentatonic- skala pentatonic ialah skala lima nada yang terdiri daripada do, re, mi, soh,
dan la

Ostinato
Ostinato ialah ulangan frasa melodi biasanya dalam bahagian suara yang sama dan pic
Yang serupa berterusan dalam satu komposisi yang panjang

1.3 Warna Ton


Warna ton ialah kualiti bunyi hasil daripada berbagai ton terbitan. Warna ton digunakan
untuk menerangkan tentang mutu bunyi dan suara ataupun alat-alat muzik.

Warna ton pelbagai sumber bunyi :


Suara, alat muzik, perkusi badan, bahan improvisasi, bunyi alam sekitar.

Perbezaan kualiti bunyi


- vocal
- instrumental

Kesan bunyi yang berbeza disebabkan oleh


- kombinasi bunyi
- perubahan cara alat muzik dimainkan

Kontor Melodi
Naik dan turun
Langkah dan melompat

8
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Ulangan pic
Conjunct dan disjunct

1.4 Harmoni
Penyusunan pic secara menegak
- kombinasi dua atau lebih pic melalui chart, drone, ostinato dan descant
- kombinasi tiga atau lebih pic untuk membentuk kord
- kord major dan minor

jenis iringan dalam harmoni :


melodi kaunter, drone, ostinato bermelodi. Benda-benda yang digunakan sebagai alat
untuk menghasilkan bunyi.

Tekstur
Cara melodi dan iringan di kombinasikan. Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik
berkumpulan : tebal, nipis, jenis lapisan, suara dalam tekstur : melodi kaunter, dron.

1.5 Jalinan
Monofomi
Satu baris melodi tanpa iringan
Muzik satu suara tanpa iringan

Homofoni
Satu melodi di iringi oleh kord
System interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni

Polifoni
Berbilang suara
Dua atau lebih suara di gabungkan di mana setiap suara mempunyai melodi yang
tersendiri.

9
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Heferofoni
Gaya improvisasi dalam siri muzik polifoni

1.6 Bentuk
Pembinaan bentuk : frasa
Jenis bentuk muzik : AB, ABA
Frasa yang sama dan yang berbeza
Ulangan yang kontras
AB, ABA, AABA
Permulaan dan pengakhiran
Rondo
Tema dan variasi
Kanon dan fugue
Bentuk yang lebih besar seperti suite, ballet, opera, oratorio, simponi, concerto, tone
poem

1.7 Ekspresi
Ekspresi
Merupakan cirri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau
instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan
aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

Dinamik
Dinamik ialah variasi tingkat bunyi dalam persembahan. Kekuatan atau kelembutan
muzik dikaitkan dengan luasnya bilangan getaran yang dihasilkan bunyi. Symbol-simbol
yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam muzik.
Aras dinamik :
Kuat, lembut
Perubahan dinamik
Beransur kuat, beransur lembut

10
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Bentuk Ekspresi
Terdapat pelbagai bentuk/cara yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan
perasaannya. Antaranya ialah;

a) perasaan
Perasaan yang dilahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia merangkumi perasaan
sedih, riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap umur dan
pengalaman seseorang. Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang guru agar dapat
membantu pelajar supaya dapat mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara.
Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran perlu diadakan untuk mengawal perasaan.
Terutama ketika sedang bermain, memang menjadi adapt pertandingan ada yang menang
dan ada yang kalah. Yang menang akan berperasaan gembira manakala yang kalah akan
merasa kecewa. Untuk latihan menahan kesabaran dan penerapan nilai-nilai murni perlu
ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus keperlawanan yang
sebenar.

b) Lisan
Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkn agar
dapat difahami dengan jelas dan tidak salah ertikan. Kebanyakan pergaduhan atau
perkelahian berlaku kerana arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak
difahami oleh penerima.

c) Reaksi
Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat sesuatu tindakan yang tepat
akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi pelajar perlulah di
dalam tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.

d) Emosi
Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar. Perasaan atau
Emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat diterima dan kadangkala dicemuh
oleh individu-individu lain. Oleh itu penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar untuk

11
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan,


bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan
dan cabaran.

Kongsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaaan kawalan fizikal dan
emosi. Oleh itu pengalaman-pengalaman jasmani bolelah dianggap sebagai salah satu
cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan cirri-ciri konsep kendiri yang
unggul itu.

e) Bukan Lisan
Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan
ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaannya segala
bentuk arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas. Manakala
sipenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut.

f) Idea
Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan di dalam
melaksanakan ekspresi pelajar. Untuk itu untuk meluahkan ide-ide yang bernas seseorang
pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir.

Tanda Isyarat
Symbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus.

Artikulasi
Teknik tiupan dihasilkan

Ornemun
Not atau not-not tambahan yang dimainkan mengikut symbol tertentu

Mud
Deskripsi mud dalam muzik

12
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Riang, sedih, bersemangat, cemas, takut dan tenang

System Notasi
Lambang not muzik dan Tanda Rehat

Not Muzik

Tanda Rehat

13
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

(b) Secara esei, merancangkan dua (2) aktiviti muzikal yang melibatkan kegiatan
i. nyanyian
ii. permainan alat perkusi
Anda dikehendaki mengaplikasi satu konsep muzik yang berlainan untuk setiap
aktiviti. Setiap aktiviti anda perlu ditulis dengan jelas dan terperinci.

Nyanyian

Suara merupakan satu alat muzik yang semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh
semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan
gembira, saying, sedih, mengharap dan seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak
menggunakan untuk menimba pengalaman muzikal ialah melalui kegiatan nyanyian.
Nyanyian merupakan kegiatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan
asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik. Ia merangkumi kedua-dua
elemen seni dan sains di mana dua aspek mental dan fizikal memainkan peranan penting
dan setara. Hampir semua kefahaman dan kemahiran muzik boleh diperkembangkan
melalui pengalaman dan kegiatan ynanyian di bilik darjah. Justeru setiap pendidik perlu
mengetahui cara menggunakkya dengan berkesan.

Jadi kanak-kanak, iaitu suara mereka sendiri “.“ if I were to try to express the essence
of this education in one word, that word
Would be ‘ SINGING ‘.
“ Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semula

Zolton Kodaly

14
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Suara adalah alat semulajadi yang berkesan. Oleh kerana muzik adalah untuk semua dan
bukan segolongan kecil yang mempunyai hak istemewa dengan ini pengalaman muzik
pertama perlu bermula dengan nyanyian di mana sesiapa sahaja boleh mengalaminya.

Nyanyian ialah nadi utama dalam pendidikan muzik. Ini bererti 80% daripada kegiatan
pendidikan muzik hendaklah ditumpukan kepada nyanyian. Guru yang tidak berjaya
menimbulkan minat dan motivasi dalam pengajaran nyanyian sudah gagal sebelum
bermula. Kegiatan lain seperti aktiviti perkusi, gerakan, huraian, tentang lirik lagu,
nyanyian tonik solfa adalah bergantung kepada keupayaan dan minat murid-murud dalam
nyanyian.

Pada permulaannya, murid-murid akan belajar menyanyi. Secara mendengar guru atau
penyanyi dalam kaset rakaman, dan mengajuk lirik serta melodinya, tetapi aktiviti
nyanyian ini akan menjadi lebih menarik apabila murid-murid di beri peluang:

a. Mendengar dan mengenali melodi intro, melodi sisipan dan melodi penamat.
b. Menepuk rentak irama sama ada mengikut rentak lagu atau detik pukulan.
c. Diiringi dengan muzik rakaman atau dimainkan oleh guru pada gitar / kibod.
d. Membuat gerakan bebas sambil mendengar rakaman dan menyanyi.
e. Memilih sendiri lagu-lagu yang mereka gemari dan member pandangan,

Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara. Kenapa belajar
menyanyi?. Kita semua belajar menyanyi unuk memperluaskan budaya dan memahami
perasaan dan budaya sesebuah masyarakat. Juga untuk memperkayakan imaginasi dan
untuk mempertingkatkan daya pemikiran serta dapat memberi kegembiraan dan
keseronokan dalam kehidupan.

15
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Melalui nyanyian dapat memperbaiki kesihatan melalui pernafasan serta dapat


memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan. Ia juga dapat mem-
perkuatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang. Juga dapat melepaskan perasaan
yang kurang senang serta dapat membina keyakinan dalam diri seseorang itu.

Melalui nyanyian juga dapat membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti
kepimpinan. Juga dapat mewujudkan warisan budaya kepada kita semua. Serta dapat
memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.

Penyampaian Konsep Muzik Dalam Aktiviti Muzikal

Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran,
sebutan, pernafasan dan etnik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi
memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai
murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan
ensemble. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui
lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang
ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut ;

(a) Mari Menyanyi


(i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi
- lagu berentak tradisional
- lagu pusingan dan
- lagu suara berlapis
(ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan
(iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

16
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

(b) Menyanyi Secara Muzikal


(i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada
tekanan dan latihan sebutan berirama

(ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada :


- pic, tempo, corak irama, melodi; dan
- ekspresi mengikut mud dan dinamik.

(c) (i) Membuat latihan vocal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna
ton
(ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan
rangkai lagu dengan tumpuan kepada;
- pernafasan
- pengeluaran suara
- artikulasi
- sebutan, dan
- postur

(d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian


(i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti
monofoni dan polifoni.

(ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic,
imama dan lirik seperti cara nyanyiannya.
(iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;
- lirik
- melodi
- cara persembahan: dan
- cara menyanyi

17
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

(iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada
konsep muzik dan jenis muzik vocal
(v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan
tokoh.
(vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.
(vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan
lagu dari negara lain.

ii. Permainan alat perkusi

Pengenalan

Alat-alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat-alat muzik yang bunyinya dihasilkan
dengan cara diketuk, dipalu, digoncang, digores dan bermacam cara lagi yang bukan
konvensional bagi menghasilkan bunyinya. Alat-alat muzik perkusi lumrah didapati
dalam muzik tradisional atau dalam sesuatu muzik etnik suku kaum di Malaysia
khususnya. Sebahagian daripada alat perkusi ini digunakan di dalam persembahan
orkestra masa kini.

Sehingga kini sebilangannya masih mengalami proses evolusi yang berterusan dan
menyahut perubahan masa serta perkembangan sains dan teknologi. Satu alat perkusi
mungkin dicipta atau diubahsuai daripada bahan kayu, logam dan pelastik dan mungkin
diguna pakai dalam persembahan muzik sekarang mahupun masa depan.

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk
dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan
hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai syarat atau suatu bentuk komunikasi bagi
maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi
sesuatu upacara adapt kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi
dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adapt dan seni budaya
suku kaum tersebut.

18
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Permainan alat muzik adalah untuk melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran,
dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik
Termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian
Ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan
kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi
melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang
berlaku di dalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang
ditegaskan di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi.
Kebanyakan alat muzik yang digunakan di dalam permainan alat secara ensemble ini
Ialah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan
yang difikirkan sesuai.

Alat-alat perkusi boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu alat perkusi berpic dan alat
perkusi Tidak berpic atau tanpa pic.

Alat Perkusi Berpic


Alat perkusi jenis ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat
dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya seperti
vibraphone, xylophone, gambang, slentem, caleste, tubular, bells, gloken spiel, dan
timpani.

Alat-alat Perkusi Tanpa Pic atau Tidak Berpic


Alat perkusi jenis ini menghasilkan bunyi tanpa ketentuan pic dan kekal bunyinya. Alat-
alat perkusi ini hanya boleh dimainkan secara irama dan bukan tiun ( tune ). Cara
bermain alat-alat perkusi tidak berpia ini berbeza di antara satu sama lain. Jenis alat
perkusi yang dimainkan dengan cara dipalu, ditepuk atau diketuk, digoncang, digesel
atau digores.

19
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Tiap jenis alat perkusi tidak berpic ini terdiri daripada berbagai bentuk dan saiznya. Alat
perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang berbeza menghasilkan bunyi ton yang
tidak sama. Ada yang menghasilkan bunyi yang tinggi dan ada yang rendah tonnya.
Contohnya bnyi gendang di mana lebih besar permukaan gegendangnya maka rendahlah
bunyinya. Jika kecil permukaan gegendangnya maka tinggi atau nyaringlah bunyi yang
dihasilkannya.

Alat perkusi tidak berpic ini ialah mengenai bahan buatannya yang berbeza. Ada alat
perkusi yang dibuat dari bahan logam, kayu, pelastik serta kulit haiwan yang sudah
tentunya menghasilkan bunyi ton yang berbeza. Alat perkusi tidak berpic yang biasa
dibekalkan di sekolah-sekolah rendah ialah seperti dram, tamborin, kastenet, kerincing,
Simbal tangan, maracas, sleigh bells dan kayu tik-tok.

A. Alat-alat genderang

Yang memberi tekanan :


-Dram tenor
-Dram samping
-Kastenet
-Kayu tik-tok

Yang memberi bunyi lanjut


-Kerincing
-Loceng
-Simbal
-Melodian

20
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

B. Cara memegang dan memainkan alat


Guru hendaklah menunjukkan kepada murid cara memegang dan memainkan alat-alat
gendering dengan betul. Pastikan juga semua murid dapat peluang bermain semua alat
gendering yang ada di sekolah.

1. Kerincing
Pegang kerincing dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. Pastikan
tangan kiri itu tidak terkena kerincing. Ketuk tepian luar kerincing atau tepian dalam
kerincing. Kerincing dimainkan dengan dua cara iaitu :
i. single stroke
ii. trill

2. Kastenet
Pegang kastenet dengan tangan kiri dan ketuk dengan hujung jari tangan kanan. Berbeza
dengan Handle Castanet, dipegang pada tangkai atau pemegangnya

3. Simbal
a. Pegang tali simbal dengan tangan kiri dan tangan kanan. Pukul laying kedua-dua
simbal ke atas dank e bawah.
b. Pegang tali simbal dengan tangan kiri dan tumbuk tangan kiri dan ketuk bahagian
tepi simbal dengan kayu pemukul dram dengan menggunakan tangan kanan.

4. Kayu tik-tok
Pegang kayu tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
Ketuk dari kiri ke kanan atau dari kanak ke kiri.

5. Loceng
Pegang loceng dengan tangan kiri dan tumbuk tangan kiri dengan tangan kanan.

21
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

6. Tamborin
Peganag tamborin dengan tangan kanan dan goyang mengikut rentak. Pegang tamborin
dengan tangan kiri. Ketuk tepi tamborinatau kulit tamborin dengan hujung jari tangan
kanan, mengikut rentak.

7. Dram samping
Pegang sebelah kayu pemukul dram dengan sebelah tangan kanan dan sebelah lagi
dengan tangan kiri, ketuk dengan kayu pemukul mengikut rentak tertentu dengan teknik
yang betul. Dram samping boleh dilaraskan bahagian gegendang untuk mendapatkan
bunyi yang tegang atau kendur. Ada beberapa nat berskru dipasang dibingkai alat
tersebut bagi melaraskan ketegangan bahagian kulitnya. Dram samping juga dipanggil
dengan nama dram getar kerana ada kawat bergetar yang dipasang di bahagian bawah
gendang bagi mendapatkan bunyi getar ( snare ).

Dram samping memerlukan satu atau dua batang pemalu ( drum stick ) bagi
memainkannya. Dram samping dimainkan secara digalas alat itu atau diletakkan pada
dirian khas. Mainan dram secara galas memerlukan tali galas khas yang dipasang pada
alat itu yang boleh dilaraskan parasnya bagi keselesaan pemain. Cara menggunakan tali
galas khas ( strap ) sesuai untuk bermain sambil berkawat dalam sesuatu persembahan
marching band. Alat dirian khas untuk dram juga digunakan bagi permainan secara static
atau setempat sahaja.

8. Dram tenor
Pegang kayu pemukul dram dengan tangan kanan. Ketuk dram dengan kayu pemukul
mengikut rentak dan teknik yang betul.

9. Melodian
Cara A
Masukkan tangan kiri dalam pemegang dibelakang melodian dan pegang dengan tegap.
Bengkokkan jari tangan kanan seperti memegang bola dan letakkan jari di atas keyboard,
dan mainkan dengan penjarian serta teknik yang betul.

22
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Cara B
Pegang hujung melodian dengan tangan secara sendeng 45 darjah. Bengkokkan dan
letakkan jari di atas keyboard, dan mainkan dengan teknik serta penjarian yang betul.

Cara C
Letakkan melodian di atas meja. Bengkokkan jari tangan kanan seperti memegang bola
dan letakkan jari di atas keyboard, dan mainkan dengan penjarian dan teknik tiupan yang
betul.

C. Penyelenggaraan dan penyimpanan alat.


a. Semua alat gendering dan alat muzik hendaklah disimpan di dalam sebuah almari khas.
b. Murid hendaklah dilatih menyimpan alat gendering dan alat muzik dengan betul
selepas menggunakannya.
c. Murid hendaklah digalakkan mengamal rasa tanggungjawab terhadap keselamatan alat
genderang dan alat muzik kerana sebarang kecacatan akan menjejaskan kualiti bunyinya.

Cara menjaga alat genderang/perkusi :


i. Dram
- disimpan secara berdiri tegak
- melonggarkan getar di bawah dram setiap kali sebelum disimpan
- jangan mengetuk dram dengan benda atau kayu yang tajam
- jangan meletakkan sebarang benda di atas kulit dram

ii. Melodian
- selepas bermain, keluarkan air liur dengan menekan kunci dihujung melodian
- simpan melodian dan bahagian meniup di dalam kotak dengan cara teratur
- untuk menjaga kesihatan murid, tiap-tiap murid harus mempunyai alat peniupnya
- sendiri.

23
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

iii. Tamborin
- disimpan secara baring dengan bahagian kulit di atas
- jangan letak sebarang benda di atas kulit tamboring

Kastenet, kayu tik-tok, kerincing, simbal, loceng, dan lain-lain alat.Harus disimpan di
dalam kotak dengan teratur. Alat perkusi tamborin ada berbagai bentuk dan saiz yang
berbeza. Ada yang mempunyai gegendang yang diperbuat dari bahan kulit lembu atau
pelastik. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu yang ada kulit gegendang dan
tanpa kulit gegendang. Pada kebiasaannya tamborin berukuran 8 hingga 10 inci.
Bentuknya lebih kurang seperti single headed drum. Terdapat 2 pasang ceper loyang
yang diletakkan di sekeliling bingkai tamborin. Kepingan-kepingan loyang ini
menghasilkan lebih getaran bunyi bila diketuk atau di goncang.

D. Langkah-langkah untuk menjalankan pengajaran genderang

a. Membimbing murid membuat beberapa latihan menggerakkan otot-otot tangan dan


jari.
b. Membimbing murid menepuk tangan mengikut detik lagu, rentak, dan corak irama
yang ditetapkan. Langkah ini dijalankan secara kelas, kumpulan dan perseorangan.
c. Menunjukkan dan membimbung murid cara memegang alat gendering dan cara
memainkanya.
d. Membimbing murid memainkan alat gendering mengikut detik lagu, rentak, dan
corak irama yang ditetapkan. Langkah ini dijalankan secara kumpulan dan
perseorangan.

Catatan :
Pastikan setiap murid diberi peluang memainkan alat genderang
Murid yang belum diberi alat gendering hendaklah digalakkan :
- menepuk tangan mengikut detik lagu atau rentak atau corak irama yang
ditetapkan.
- menggayakan lakuan memegang dan memainkan alat genderang yang tertentu.

24
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Aktiviti 1

Konsep :
Lirik dan nyanyian lagu Anak Kucingku

Objektif :
1. Menyanyi lagu Anak Kucingku, dengan sebutan la…la…la…, kemudian dengan lirik.
2. Menyebut lirik lagu Anak Kucingku mengikut rentak irama.
3. Mencipta lirik baru untuk lagu ini, mengenal bunyi beberapa haiwan.

Strategi :

1. Nyanyian
a. Dengar rakaman lagu Anak Kucingku dan ikut melodinya dengan sebutan la…la…la…
i. Lagu intro dimainkan dengan bunyi piano. Tunjuk gambar piano dan galakkan mereka
mendengar, menepuk tangan dan mengenali bunyi piano.

ii. Bincangkan lirik lagu Anak Kucingku yang disayangi.


-Putih bulunya - manja dan tidak malu - suka tunggu di pintu
- suka jilat tangan - suka minum susu - suka lompat ke atas riba

b. Dengar seluruh rakaman dan belajar menyanyi dengan liriknya.


c. Belajar menyanyi dengan muzik minus one, sambil membuat gerakan tangan dan
badan.

25
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

2. Lirik dan rentak irama

Setiap baris mempunyai rentak irama yang sama. Sebut bunyi rentaknya.

Ta ta te ta ta ta ta ta – a

A nak ku cing pu tih bu lu


Di a man ja ti dak ma lu
Me nung gu sa ya di pin tu
Oh a nak ku cing sa yang ku

Di a men ji lat ta ngan ku


Di a su ka mi num su su
Lom pat na ik ke ri ba ku
Oh a nak ku cing sa yang ku

3. Lirik baru
a. Cuba ubah nama Anak Kucingku di dalam lagu ini kepada nama haiwan lain.

Anak……………hijau bulu
Dia manja tidak malu burung
Suka hinggap di bahuku
Oh anak……sayangku

Anak ……………hitam bulu


Sangat manja tidak malu kambing
Mengikut saya selalu
Oh anak………sayangku

26
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Anak…………….kuningku
Sungguh jinak tidak malu ayam
Patut beras di tanganku
Oh anak…………sayangku

b. membuat bunyi dan gerakan haiwan


i. Guru sediakan kaset rakaman bunyi beberapa haiwan. Murid-murid meneka jenis
haiwan daripada bunyinya :

kucing, anjing, ayam, harimau, gajah, burung, cicak dll.

ii. Murid-murid mengajuk bunyi haiwan ini, apabila guru menamakan haiwan.
iii. Pura-pura membuat gerakan kucing seperti di bawah ini :
- melompat -mencakar - menjilat bulu - menjilat susu
-mengeliat -mengejar - mengiau - bersembur marah

iv. Buat gerakan :


-berjalan macam gajah - melompat macam kuda
-berlari macam kuda - terbang macam burung
-berenang macam ikan - merayap macam semut

v. Lukis gambar :
- Ibu burung memberi ulat kepada dua ekor anaknya.
- Ibu kucing bermain dengan anak-anaknya.
- Kamu dengan ayah dan ibu di rumah.

27
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Aktiviti 2

Konsep
Perkusi, bunyi alat-alat muzik, tonik solfa do, re, mi, fad an so.

Objektif
Murid-murid akan dapat :
1. Memainkan alat perkusi membaca not sambil mengiringi lagu Anak Kucingku.
2. Mendengar dan mengenal nama empat alat muzik : piano, gitar, violin, flut,
tamborin.
3. Membaca tonik solfa termasuk : re dan fa.
Strategi
1. Permainan perkusi

ANAK KUCINGKU

Jaga tiga not ini : dan

Ta ta te ta - a sa
Dram
4
4

Kastanet
4
4

28
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Tik tok
4
4

Kerincing
4
4

2. Mendengar bunyi empat alat muzik


a. Dengar rakaman lagu Anak Kucingku, dan dengan bimbingan guru, cuba kenal
pasti bunyi alat-alat di bawah ini

i. Piano ii. Gitar iii. Violin iv. Flut v. Tamborin.

b. Letak gambar kelima-lima jenis alat muzik ini di hadapan darjah dan suruh mereka
tunjuk alat apabila bunyinya didengarkan ( daripada rakaman ).

c. Bincangkan, yang mana bunyinya boleh :


i. dipanjangkan ( violin, flut )
ii. diketuk macam dram ( tamborin )
iii. dipetik talinya ( gitar, piano )
iv. ditiup dengan mulut ( flut )

29
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

Rumusan

Muzik adalah sebahagian daripada alam hehidupan pelajar yang tidak boleh
dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong dan tidak
bermakna. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat.
Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila
dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan
ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung
kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses
perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.

Peranan guru adalah kea rah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi


aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar
secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, mental, emosi, dan social pelajar itu sendiri. Selain itu
pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar
terhadap matapelajaran lain.

Di samping itu penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga
diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan
semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga komponen

30
HBMS1203: Pengajaran Muzik 1

bidang penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik iaitu
bidang nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat muzik.

31

You might also like