You are on page 1of 15

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP


PERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER
______________________________________________________________

TARIKH :
18 DISEMBER 2010 – 19 DISEMBER 2010

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK KG SELAYANG INDAH

ANJURAN :

JAWATANKUASA KEMAJUAN & KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN


KG SELAYANG INDAH (JKKKP)

DENGAN KERJASAMA :
PEJABAT DUN TAMAN TEMPLER
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia dan Sukan JKKKP
Kg Selayang Indah dengan kerjasama Pejabat Dun Taman Templer .

Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak
9 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Taman Templer . Program ini di harap dapat mengeratkan
lagi siratulrahim antara penduduk - penduduk Kg Selayang Indah. Harapan kami juga agar
kejohanan ini dapat memberi luang kepada penduduk – penduduk Kg Selayang Indah agar lebih
mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan
keharmonian dan kesejahteraan di Kg Selayang Indah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah
kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan
negara. Di samping itu ianya dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola
sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja –
remaja di Kg Selayang Indah akan mewakili negara jika latihan yang sistemik dan konsisten dapat
di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah tidak mahu
membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membena
muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang
memang hangat di kala ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah
pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 18 – 19 Disember 2010 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari
Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola Kg Selayang Indah ;
5.1 Penyewaan padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan berbanding Stadium Majlis
Perbandaran Selayang
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam
aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Dato’ Subahan Kamal,
ADUN Taman Templer . Ia akan berlangsung di Padang Bola Kg Selayang Indah. Upacara ini
akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Dato’ Subahan Kamal akan memberi ucapan
ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 32 pasukan


7.2 Jumlah AJK pertandingan : 15 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : YB Dato’ Subahan Kamal
Penasihat : Tn Hj Yunus bin Md Akhir

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Abdul Rahman Yaakub


Naib Pengerusi : Mohd Ridzuan Bin Wahid
Setiausaha : Khairul Dashima Binti Ibrahim
Bendahari : Mohd Ridzuan Bin Wahid
Pengerusi Majlis : Ibrahim bin Suari

AHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman : Muhammad bin Paroy


AJK Piala & Medal : Muhammad Hafizan Bin Muhammad
AJK Pertandingan : Zainuddin bin Idris
AJK Keselamatan & Disiplin : Puasa bin Mamat
AJK Kebajikan : Ibrahim bin Suari
AJK Pengurusan Padang : Abdul Rahman bin Yaakob
AJK Promosi : Azman bin Othman

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup
Peringkat Dun Taman Templer .

JAWATANKUASA Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Taman Templer

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
PENCAPAIAN pertandingan.
PROGRAM  Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam
sesebuah pasukan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURAN Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah Dengan Kerjasama Pejabat Dun
Taman Templer

18 – 19 Disember 2010
TARIKH

TEMPAT Padang bola sepak Kg Selayang Indah

BIL. PASUKAN 32 pasukan


ANGGARAN KOS RM 8975.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 8975.00
Jumlah Permohonan RM 8975.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Kanopi 3 unit RM 200.00 RM 600.00

- kerusi 200 unit

- meja 20 unit

Promosi

- Flyers 800 helai RM 70.00 RM 70.00

- Banner 4 unit RM 100.00 RM 400.00

Baju AJK 25 helai RM 15.00 RM 375.00

( Tshirt round neck)

Pengurusan padang

- sewa padang 2 hari RM 150.00 RM 300.00

- Utiliti - RM 200.00 RM 200.00

Peralatan

- Utiliti RM 100.00

- Bola 4 biji RM 150.00 RM 600.00

- jaring gol 2 unit RM 100.00 RM 200.00

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Pengadil 2 orang RM 200.00 / sehari RM 800.00

Makanan
- Urusetia RM 250.00

- VIP RM 200.00

- Minuman ( air mineral ) 60 kotak RM 8.00 RM 480.00

P.A. Sistem RM 300.00

Hadiah

 Piala Pusingan RM 500.00

 Tempat pertama

- Wang tunai RM 1000.00

Piala dan medal RM 400.00

 Tempat kedua

- Wang tunai RM 700.00

Piala dan medal RM 300.00

 Tempat ketiga

- Wang tunai RM 500.00

Piala dan medal RM 200.00

 Pemain terbaik RM 100.00

First Aids 1 kotak RM 100.00 RM 100.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 8975.00


Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
(KHAIRUL DASHIMA BINTI IBRAHIM )

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
(HAIROL ANUAR BIN HJ MAK DIN)

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
(TN HJ YUNUS BIN MD AKHIR)

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
ADUN
Taman Templer
(YB DATO’ SUBAHAN BIN KAMAL)

‫جاوتنکواس کماجوان دان کسالمتن کامڤوڠ ڤرسکوتوان‬


JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN
( JKKKP) Kg Selayang Indah, 68100 Batu Caves Selangor
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP
PERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER
NAMA PASUKAN
                                               
                                               

SENARAI NAMA PEMAIN


BIL NAMA PEMAIN NO KP

NAMA PENGURUS PASUKAN


                                               
                                               

NO. TELEFON BIMBIT


       -              

………………………………………
Tandatangan Pengurus Pasukan
Nama :
Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2010 di Pejabat Khidmat
Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .
*Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2010 di Dewan Umno Lembah Indah .

……………………………………………Keratan disini.................................................................
KEGUNAAN PEJABAT

………………........................ ……………………………….
Tandatangan/Cop Urusetia Tandatangan
Tarikh : Nama pasukan :

LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Taman Templer .

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah dengan kerjasama Pejabat
Dun Taman Templer

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.


3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (11) orang pemain. Pendaftaran hendaklah
menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian,
penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma
akan diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2010 di Pejabat
Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2010 di Dewan Umno Lembah Indah .

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Kampung Selayang Indah .
4.2 Perlawanan akan bermula pada 18 Disember 2010 dan akan berakhir pada 19 Disember 2010.
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan
dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal
berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah.
2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 8 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu
kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib
Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan B dalam
perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam
kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan
dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden
Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut
hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:
7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan
yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang.
Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam
permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati
melakukan kesalahan seperti berikut :-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan
dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh
(7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang
mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika
berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan
perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain
tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam
suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2)
perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu
perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan
ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan
dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding
didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan
hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-
mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-
pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan
dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang
perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.
9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik
oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2010 di Pejabat
Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2010 di Dewan Umno Lembah Indah .

You might also like