You are on page 1of 3

Berdirinya saya pada pagi ini untuk menyampaikan sebuah kisah Thalut dan Jalut.

Mengimbau kembali sejarah selepas kewafatan Nabi Musa a.s, kaum Bani Israil berada di
zaman kekosongan. Tiada mempunyai raja dan tiada pemerintah agung,Tika dan saat itu
pertarungan dan peperangan berleluasa. Kemungkaran bermaharajalela di sana-sini, sujud
pada Ilahi, tidak dipeduli sama sekali

Bertepatan dengan kehendak Allah, maka Nabi Samuel telah mendapat wahyu, meminta
beliau mencari seorang pemuda yang bernama Thalut untuk dijadikan Raja Bani Israil.
Ini bertepatan surah Al-Baqarah ayat 247 yang berbunyi;

Yang bermaksud; Bersabda nabi mereka, “sesungguhnya Allah telah mengutuskan Thalut
menjadi raja kamu”.

Hadirin yang dihormati;


Kehidupan Thalut jauh di desa,
Membantu ayahnya dladang dan menternak binatang,
badannya tegap, gagah perkasa,
Raut wajah tampan, berani lagi bijaksana
Bersopan juga berbudi pekerti

Berbeza dengan Jalut, Jalut adalah seorang pemimpin angkatan musuh yang amat
digeruni. Terkenal sebagai panglima yang gagah berani . Sesiapa yang menentang pasti
kecundang menyembah bumi. Namanya cukup ditakuti di setiap negeri.

Maka berkatalah kaum Bani Israil, “bagaimana Thalut boleh menjadi pemimpin kami,
walhal dia tidak mempunyai kekayaan dan kekuatan seperti kami dalam memimpin
tentera?” .
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dikehendakinya.
Seperti dalam surah Al-Baqarah yang berbunyi ;

Yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan


memberinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.

Akhirnya Tholut diterima oleh kaum Bani Israil yang keras kepala.

Hadirin yang dihormati;


Setelah dinobatkan menjadi raja, maka Raja Thalut menyusun barisan tenteranya untuk
bertempur dengan tentera Jalut yang durjana.

Untuk mendisiplinkan tenteranya, maka mereka diuji berjalan di bawah terik panas
matahari dan melalui sebatang sungai. Thalut berkata, “Barangsiapa diantara kamu yang
mengambil air daripada sungai ini sebagai minuman, mereka bukanlah pengikutku yang
setia”.
Begitulah adat manusia, semakin ditegah semakin kuat hati ingin menentangnya. Kini
apa yang dibimbangi oleh Thalut telah terjadi. Sebahagian besar daripada tenteranya yang
tidak sabar telah meminum air sungai itu sepuas-puasnya.

Apabila bertembung dengan tentera Jalut, maka….


Berdebar-debar….terketar-ketar
Melihat tentera musuh yang hebat
Yang tidak sabar, yang lemah iman ,
Semuanya tidak sanggup melawan.

Tetapi…berbeza dengan pengikut Thalut yang beriman, mereka dengan berani


menentang musuh yang ramai itu tanpa gentar sedikit pun.
Ini bertepatan dalam Al-Baqarah ayat 249 yang berbunyi;

Maksudnya; Orang-orang yang beriman berkata, berapa banyak terjadi golongan yang
sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah”.

Setelah bertempur sekian lama maka bertempiklah Jalut dengan angkuh, “Siapakah yang
berani menentang Jalut, keluarlah ke sini berlawan dengan ku”. Maka gentarlah pasukan
Bani Israil.

Tiba-tiba keluarlah seorang pemuda dengan berani menawarkan diri.Thalut begitu kagum
dengan keberanian pemuda yang bernama Daud itu, tanpa pakaian besi dan pedang di
tangan melangkah maju ke hadapan. Lalu ketawalah Jalut. Ha!Ha!Ha! “Untuk apa
tongkatmu itu? Untuk mengejar anjingkah atau mengajar rakanmu? Nampaknya engkau
sudah bosan untuk hidup dan sebentar lagi dagingmu akan ku jadikan hidangan
binatang”.

Melihat Panglima Jalut mara ke hadapan maka Daud melontarkan bandul yang berisi batu
tepat kearah kepala Jalut.Aduh!!! Keluarlah darah mengalir deras menutupi kedua mata
Jalot. Lalu diikuti lontaran kedua dan ketiga hingga tertiarap Jalut menyembah bumi dan
tidak bernyawa lagi. Maka gemuruhlah suara gembira pasukan bani Israil kerana berjaya
menumpaskan pasukan musuh yang durjana.

Fenomena hari ini, peperangan diantara Negara-negara besar dan Negara Islam telah
banyak mengorbankan nyawa insan yang tidak berdosa. Ini amat menyedihkan dan
membimbangkan. Sebagai manusia yang bertamadun, kita perlu bersatu agar keamanan
dunia sejagat dapat dipelihara.

Hadirin yang dihormati;


Demikianlah kesudahan Kisah Thalut dan Jalut . Akhirnya Raja Thalut melantik Daud
menjadi penasihatnya dan mengahwinkan Daud dengan puteri kesayangannya.
Pengajaran daripada kisah ini;
1) Jauhilah sikap takbur dan sombong dalam diri kita. Sesungguhnya sikap sombong
tidak menguntungkan apa-apa kepada kita.
2) Amalkanlah hidup berdisiplin kerana ia faktor terpenting dalam menentukan
sesebuah kejayaan.
3) Ingatlah, ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tiada siapa yang dapat
menghalangnya.
4) Sesungguhnya Allah Maha Berkehendak, jika Allah menginginkan sesuatu. Maka
Allah hanya cukup berkata;

JADILAH, MAKA JADILAH IA.

Kajang Pak Malau, kajang berlipat,


Kajang hamba, mengkuang berduri,
Kini cerita sudah tamat,
Mohon hamba mengundur diri.

Sekian.

You might also like