Professional Documents
Culture Documents
Maksud pantun.
Rangkap 1: Segala budi dan kebaikan yang dilakukan akan sentiasa dikenang dan
diingati.
Fangkap 2: Perlambangan manusia yang tidak berbudi seperti besi berkarat, tidak
berguna.
Rangkap 3: Lumrah manusia yang lebih mementingkan kebendaan berbanding budi.
Rangkap 4: Meskipun hidup dalam kemiskinan/kesusahan, tetapi kaya dengan budi.
Tema
Keunggulan nilai budi dalam kehidupan seharian.
Persoalan
1. Tuntutan menabur budi dan melakukan kebaikan dalam kehidupan
Nilai
1. Mengenang jasa
2. Bersopan
Pengajaran
1. Kita hendaklah berbuat jasa kerana orang yang berjasa akan disukai dan dikenang.
2. Kita hendaklah berbudi bahasa kerana amalan tersebut dipandang mulia.
Pantun nasib.
Maksud pantun.
Rangkap 1: Nasib diri yang malang kerana apa-apa yang sepatutnya dimiliki dan
dirampas.
Rangkap 3 : Dalam keadaan yang malang tentulah sukar hendak melakukan sesuatu
dan keadaan menjadi tidak tentu arah.
Rangkap 4: Biasanya banyak kawan yang mahu berkongsi kegembiraan tetapi tidak
ada kawan yang mahu berkongsi kesedihan.
Rangkap 5: seseorang berasa bahawa dirinya tidak berguna dan tidak memberikan
apa-apa menfaat kepada orang lain.
Tema
Persoalan
Nilai
1. Tabah
2. Insaf
Pengajaran
Maksud pantun
Rangkap 1: Seseorang yang berketurunan baik budi pekerti akan tetap dipandang
mulia walau di mana-mana jua dia berada.
Rangkap 2: Tidak perlu terburu-buru untuk mendapatkan sesuatu perkara yang sudah
pasti ada kerana kita tetap akan memperolehnya.
Rangkap 3: Masyarakat akan bersatu jika sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.
Tema
Kehidupan ini memerlukan sesuatu bandingan sebagai panduan untuk menempuh
kehidupan.
Persoalan
1. Faktor keturunan amat penting dalam menentukan darjat seseorang.
2. Jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
3. Perlunya perpaduan dalam kehidupan masyarakat.
Nilai
1. Sabar
2. Bekerjasama
3. Berhati mulia
Pengajaran
1. Kita janganlah tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama demi mewujudkan
perpaduan dalam masyarakat.
3. Kita hendaklah mengekalkan sifat-sifat yang mulia di mana-mana sahaja kita
berada.
Syair yatim nestapa
Maksud rangkap.
Rangkap 1: Asmara Dewa ternampak seekor binatang yang matanya bersinar dan
cahayanya tidak mampu ditentang.
Rangkap 2: Puteri berasa amat takut lalu dipujuk oleh Asmara Dewa dan
memberitahu kemungkinan binatang itu ialah naga.
Rangkap 3: Asmara Dewa mengajak Puteri melarikan diri kerana takut dan ngeri
Rangkap 4: Asmara Dewa kemudian berasa malu kerana sekiranya musuh di depan
mata tidak ditentang maka dia akan mendapat malu
Rangkap 5: Asmara Dewa sanggup mati dimakan naga jika ditakdirkan nasib mereka
begitu tambahan pula mereka adalah yatim piatu
Rangkap 6: Puteri membenarkan keputusan Asmara Dewa. Menurutnya, daripada
hidup berdukacita adalah lebih baik jika mati segera.
Rangkap 7: Dewa mendekati naga tersebut dan sebaik tercium bau Asmawa Dewa,
naga tersebut mengangkat kepala dan mengngangakan mulutnya.
Rangkap 8: Apabila melihat Asmara Dewadan Puteri, naga menjadi marah lalu
menghembuskan nafasnya yang panas dan membeliakkan kedua matanya.
Rangkap 9: Naga itu bertenpik dengan suara yang kuat seperti guruh sehingga
menyebabkan air laut menjadi keruh dan daun kayu berguguran.
Rangkap 10: Naga itu memandang Asmara Dewa dan Puteri sambil bertanya asal usul
mereka berdua sehingga berani menghampirinya sambil mengugut
hendak menelan mereka berdua sekali gus.
Tema
Keberanian menentang musuh.
Persoalan
1. Naga ialah seekor haiwan yang menggerunkan
2. Kematian ditentukan oleh takdir.
Nilai
1. Penyayang
2. Berani
3. Bertawakal
Pengajaran
1. Kita hendakla berani menentang musuh.
2. Kita hendaklah senantiasa menjaga maruah diri
3. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.
Syair cintai alam sekitar
Maksud rangkap
Rangkap 1: Pesanan seorang kakak kepada adiknya supaya menyintai dan menjaga
alam sekitar agar persekitaran menjadi indah dan tiada pencemaran.
Rangkap 2: Kempen kebersihan hendaklah dihayati agar dapat menikmati udara yang
bersih,badan yang sihat serta negara dalam keadaan aman.
Rangkap 3: Rakyat perlu menjadi manusia yang bertimbang rasa dan membuat jasa
kepada alam.
Rangkap 4: Keadaan tersebut membolehkan kita berehat atau berkelah pada hari
minggu.
Rangkap 5: Berlakulah pencemaran yang amat serius dan keadaan tersebut haruslah
diatasi dengan segera.
Rangkap 8: Pemandangan yang cantik menjadi daya tarikan pelancong dan mampu
meningkatkanpendapatan negara.
Rangkap 9: Bumi ini amanah Tuhan dan kita tidak seharusnya membuat kerosakan
kerana bolehmengancam nyawa dan kesihatan.
Rangkap 10:Kita perlu mengelakkan kemurkaan Tuhan yang boleh mendatangkan
keburukan kepada kita.
Rangkap 11: Kita mesti menghayati dengan perasaan bersyukur nescaya akan
dilimpahi dengan pelbagai kurnia daripada Tuhan.
Rangkap 12: Manusia tergamak membuat kerosakan di dunia ini,banyak pencemaran
telah dilakukan menyebabkan tanah,sungai,parit,lautan dipenuhi dengan kekotoran.
Rangkap 13: Tanamkan dalam jiwa dengan satu iltizam iaitu tidak akan melakukan
pencemaran.Flora dan fauna akan selamat dan kehidupan di dunia ini akan aman
sejahtera.
Rangkap 14: Kita harus menggunakan fikiran dan kreativiti untuk mengindahkan
alam ini supaya alam akan kelihatan indah dan kehidupan lebih harmoni.
Tema
Saranan supaya kita menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar agar terhindar
daripada masalah pencemaran.
Persoalan
Nilai
-cinta
-bersimpati
-memberikan nasihat
-insaf
Pengajaran
-Kita hendaklah mencintai alam sekitar.
-kita janganlah mencemari keindahan alam sekitar.
-Kita hendaklah berusaha mencegah pencemaran air dan pencemaran udara.
Syair tenaga pemuda.
Maksud rangkap
Tema
Kekuatan generasi muda amat penting untuk mempertahankan sesebuah Negara.
Persoalan
1. Golongan belia mempunyai tenaga yang kuat.
2. Golongan belia mempunyai keberanian dan bersemangat waja.
3. Golongan belia perlulah diberi pendidikan
Nilai
1. Berani
2. Gigih
Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha mendidik golongan belia supaya mereka dapat
berbakti kepada Negara.
2. Kita hendaklah berani mempertaruhkan nyawa demi tanah air.
Rumah baru
Maksud rangkap
Rangkap 1: Telah ada perancangan untuk masa hadapan, iaitu wawasan 2020.
Generasi muda akan mendapat manfaat daripada wawasan tersebut. Justeru itu,
generasi muda mestilah diberi pendidikan supaya mereka menjadi rakyat yang
matang, cerdik dan dapat mendukung cita-cita wawasan.
Rangkap 2: wawasan pada masa hadapan itu dibina secara kerjasama rakyat di Negara
kita. Negara kita maju hasil daripada sikap bertolak ansur antara kaum-kaum di
Negara kita.
Rangkap 3: melalui wawasan yang dibina itu diharapkan Negara kita mempunyai
identiti kebangsaan yang jelas. Rakyatnya pula akan senantiasa bersatu padu, hormat-
menghormati dan bekerjasama. Kesannya, keharmonian hidup akan dapat dinikmati.
Tema
Tanggungjawab mengisi pembangunan, perpaduan dan penggemblengan tenaga untuk
mencapai wawasan Negara.
Persoalan
1. Masa depan Negara ditentukan oleh generasi muda pada masa kini.
2. Kerjasama antara kaum amat penting dalam sebuah Negara yang berbilang
bangsa seperti di Malaysia.
3. Malaysia memerlukan identity yang tersendiri sebagai sebuah Negara yang
masyarakatnya bersifat majmuk.
Gaya bahasa
1. Asonansi: kerana kita diamanah
2. Aliterasi: menjelang tahun wawasan
3. Rima akhirnya bebas.
Nilai
1. Bekerjasama
2. Bertolak ansur
3. Berwawasan
Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha mendidik generasi muda supaya dapat menikmati
wawasan akan datang.
2. Kita hendaklah senantiasa bekerjasama untuk membangunkan Negara.
3. Kita hendaklah berusaha mewujudkan hubungan yang erat dan mesra antara
kaum supaya keharmonian hidup terus berkekalan.
Sajak Bahasa
Maksud rangkap
Rangkap 1: penyajak menganjurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.
Rangkap 2: bahasa digunakan untuk menyampaiakn idea dan perasaan secara teratur.
Rangkap 3: melalui bahasa kita akan dapat memahami sesuatu kata, ilmu, dan
perasaan kasih sayang
Rangkap 4: bahasa digunakan oleh tokoh politik untuk menyampaikan ideologinya.
Melalui bahasa hamba yang beriman dapat melaksanakan ibadah dan menyerah diri
kepada Tuhan dengan khusyuk.
Rangkap 5: penyajak menganjurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.
Rangkap 6: melalui bahasa kita dapat mempamerkan ketinggian budi pekerti,
mewujudkan hubungan yang lebih erat dan menyatupadukan masyarakat.
Rangkap 7: tanpa bahasa manusia tidak akan dapat berkomunikasi kearah saling
memahami dan bersatu padu.
Rangkap 8: penyajak menganjurkan kita supaya mempelajari bahasa dengan betul.
Tema
Bahasa digunakan sebagai wahana penting untuk membentuk sahsiah manusia sama
ada sebagai pemimpin mahupun rakyat.
Persoalan
1. Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan.
2. Bahasa berfungsi sebagai alat untuk perpaduan masyarakat.
3. Bahasa sebagai alat perhubungan antara manusia dengan Tuhan.
4. Bahasa dapat menggambarkan ketinggian budi dan ilmu pengetahuan.
5. Bahasa digunakan untuk menjalankan pemerintahan.
Gaya bahasa
1. Asonansi: bahasa adalah pengatur
2. Aliterasi: ranting perasaan yang bersiur
3. Rima akhirnya bebas.
Nilai
1. Bersatu padu
2. Rajin
Pengajaran
1. Kita harus menggunakan bahasa dengan betul dan sempurna dalam kehidupan
2. Kita haruslah sedar bahawa bahasa sangat penting dalam kehidupan.
Bila berjauhan
Maksud rangkap
Rangkap 1 : penyajak menyatakan bahawa setiap ahli keluarganya perlu berada di
sampingnya. Penyajak mahu ahli keluarganya merasai apa-apa sahaja yang berlaku
pada dirinya.
Rangkap 2 : penyajak berasa sunyi apabila berjauhan dengan keluaarganya walaupun
dia dikelilingi oleh orang ramai.namun begitu, penyajak tidak mengenali mereka.
Walaupun penyajak berada jauh, suara nakal kanak-kanak sentiasa kedengaran.
Ingatan kepada keluarga menjadikan penyajak sedar akan tanggungjawabnya sebagai
seorang ayah dan suami.
Rangkap 3 : harapan isteri dan kerinduan anak-anak menyedarkan penyajak akan
tugasnya sebagai seorang ayah dan suami dan mendorong penyajak agar tabah
menghadapi segala cabaran.
Tema
Perasaan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak semasa berjauhan.
Persoalan
1. Kerinduan kepada keluarga semasa berjauhan.
2. Hubungan keluarga semakin bertambah erat semasa berjauhan.
3. Isteri dan anak-anak menjadi sumber kekuatn seorang ayah dan suami.
Gaya bahasa
1. Asonansi. “suara kalian ada di telingaku”
2. Aliterasi. “kau semua mesti menikmati”
3. Diksi iaitu pemilihan kata-kata yang puitis. ”godaan keasyikan”
4. Sinkope. “ku”, “mu”, “kau” , “tak”
Nilai
1. Kasih sayang
2. Insaf
3. Bertanggungjawab
4. Keazaman
5. Kesetiaan
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa ingat akan keluarga apabila berjauhan.
2. Suami hendaklan sedar akan tanggungjawab dan tugas sebagai ketua keluarga.
Wanita zaman ini
Rangkap 1 : kaum wanita pada zaman moden ini dapat menjalani kehidupan tanpa
mendirikan rumahtangga atau bergantung kepada kaum lelaki. Taraf kehidupan kaum
wanita yang tinggi memungkinkan mereka mampu hidup sendirian.
Rangkap 2 : kaum wanita zaman sekarang lebih senang hidup sendirian. Mereka
beranggapan hidup berkahwin adalah kongkongan.
Tema
Kedudukan kaum wanita pada zaman moden yang tidak ingin dikongkong oleh
perkahwinan.
Persoalan
1. Kejayaan yang telah dikecapi oleh kaum wanita.
2. Kaum wanita lebih mementingkan kehidupan bersosial daripada perkahwinan.
3. Kebimbangan kaum wanita setelah bergelar isteri.
Gaya bahasa
1. Asonansi. “lebih bahagia hidup sendiri”
2. Aliterasi. “pergerakan diri”
3. Pengulangan baris. “wanita zaman ini”
Nilai
1. Berdikari.
2. Berkeyakinan diri.
3. Berani.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berusaha untuk mencapai kejayaan.
2. Kita hendaklah berhati-hati semasa mencari pasangan hidup.
3. Janganlah sombong dengan kejayaan sehingga sanggup mengetepikan perintah
agama.
Ketika kami bercerita tentangnya
Maksud sajak
Rangkap 1 : penyajak dan adik-adiknya bercerita tentang bapa mereka yang sedang
tidur. Walaupun begitu, mereka tahu bapa mereka tidur nyenyak walaupun hanya
beralaskan tikar mengkuang.
Rangkap 2 : setiap malam sebelum tidur, bapa penyajak akan bermesra dengan anak-
anaknya. Mereka duduk mengelilingi lampu minyak tanah yang kecil. Penderitaan
hidup bapa seolah-olah menjadikan hubungan mereka lebih erat.
Rangkap 3 :penyajak tidak pernah bertanya tentang kehidupan bapanya yang miskin.
Penyajak tidak pernah kesal akan penderitaan hidup yang terpaksa ditangung oleh
mereka. Semuanya itu adalah ketentuan takdir .
Semasa penyajak berbual dengan adik-beradiknya tentang bapa mereka, penyajak
teringat akan harapan bapa kepada anak-anaknya.
Bapa mengharapkan anak-anaknya tidak hidup menderita seperti yang telah
dialaminya.
Tema
Pengorbanan dan harapan seorang bapa kepada anak-anaknya.
Persoalan
1. Kekaguman anak-anaknya terhadap kegigihan bapa membesarkan mereka.
2. Penderitaan dan kemiskinan hidup yang dihadapi dengan tabah.
3. Kasih saying seorang bapa kepada anak-anaknya.
Gaya bahasa
1. Simile. “semacam pahit getir pengalamannya”
2. Matafora. “hutan kehidupan”
3. Symbol. “ ombak”
Nilai
1. Kasih sayang
2. Mengenang jasa
3. Tabah
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang bersusah payah
membesarkan kita.
2. Kita hendaklah memastikan hubungna dalam keluarga sentiasa erat.
3. Kita hendaklah tabah menghadapi takdir.
Sajak Usia
Maksud sajak
Rangkap 1 : penyajak menghadapi penambahan usia dalam ketenangan.peristiwa-
peristiwa yang lalu harus ditinggalkan manakala yang akan datang harus dihadapi
dengan penuh tabah.
Rangkap 2 : penyajak sedar dan sayang akan kehidupannya. Usia yang bertambah
dapat meningkatkan kematangan.
Rangkap 3 : dengan kuasa dan kehendak Tuhan, usia dilanjutkan atau dimatikan
dengan tiba-tiba.
Tema
Bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
Persoalan
1. Usia yang bertambah akan menyebabkan jangka hayat semakin pendek.
2. Peningkatan usia bermakna bertambahlah pengalaman dalam kehidupan.
3. Hidup dan mati telah ditentukan oleh tuhan.
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata yang puitis.
2. Penggunaan kata ganda. “kupu-kupu”
3. Lambang. “lorong”, “ungu”
Nilai
1. Bersyukur.
2. Insaf.
3. Barhati-hati.
4. Tabah.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sedar bahawa umur kita akan meningkat setiap hari.
2. Kita hendaklah berhati-hati supaya matlamat hidup tidak terpesong.
3. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi perjalanan hidup.
Pak belalang
Sinopsis
Raja Indera Maya diminta oleh nakhoda kapal oleh jantina anak itik yang baru
menetas. Jika dapat mengenalnya, baginda akan memperoleh tiga buah kapal
termasuklah semua muatan yang ada di dalamnya. Sebaliknya, negeri baginda akan
menjadi milik nakhoda, sekiranya baginda gagal mengenal pasti jantina anak itik itu.
Pak Belalang sebagai ahli nujum dititahkan oleh baginda menyelesaikan
masalah tersebut. Pak Belalang berdukacita kerana takut helah pembohongannya akan
diketahui oleh Raja Indera Maya. Pak Belalang berdoa agar Allah membantunya
menyelesaikan masalah tersebut.
Pada malam yang ketiga, Pak Belalang mengayuh sampan mendekati kapal
nakhoda. Pada masa itu, nakhoda sedang berbual dengan isterinya. Pak Belalang
gembira kerana mengetahui rahsia untuk mengenali jantina anak itik itu melalui
perbualan antara nakhoda dan isterinya.
Pada pagi esoknya, nakhoda dan anak-anak kapalnya hadir menghadap Raja
Indera Maya. Pak Belalang pun dipanggil menghadap. Dengan mudah Pak Belalang
dapat menjawab soalan nakhoda . dengan terjawabnya soalan nakhoda, maka
nakhoda terpaksa menyerahkan ketiga-tiga buah kapal kepada Raja Indera Maya.
Nakhoda, isteri, dan anak-anak kapalnya pulang ke negeri mereka dengan berpakaian
sehelai sepinggang dan menaiki tiga buah perahu yang diberikan oleh Raja Indera
Maya.
Tema
Kejayaan menyelesaikan masalah melalui nasib yang baik.
Persoalan
1. Ahli nujum yang pembohong.
2. Pertaruhan yang keterlaluan.
3. Kegagalan menyimpan maklumat yang penting mengakibatkan kerugian yang
besar.
Watak
1. Watak utama-Pak Belalang
2. Watak sampingan- Raja Indera
-nakhoda kapal
Perwatakan
1. Pak Belalang
Seorang ahli nujum yang pembohong dan berpura-pura bijaksana.
Pak Belalang sombong dalam pertuturannya. Dia berlagak seperti
memiliki ilmu yang tinggi.
Dia sentiasa bimbang kalau-kalau tembelangnya pecah dan diketahui
oleh Raja Indera Maya.
Dia bertawakal kepada Allah dan memohon agar Allah membantunya.
Dia tidak mudah berputus asa. Sebaliknya berusaha untuk
menddapatkan jawapan tentang anak itik yang baru menetas itu.
Dia bernasib baik kerana dapat mengetahui rahsia jantina anak itik
dengan cara mendengar perbualan nakhoda dan isterinya.
Dia dapat menyelamatkan Raja Indera Maya daripada jatuh ketangan
nakhoda.
Raja Indera Maya memperoleh tiga buah kapal kerana kejayaan Pak
Belalang menjawab soalan nakhoda
2. Nakhoda
Seorang nakhoda kapal yang gemar belayar dari sebuah negeri ke
negeri yang lain.
Nakhoda suka menguji kepintaran orang lain dengan tujuan mendapat
keuntungan yang besar.
Beliau tidak berfikir panjang tentang kesan daripada percakapannya.
Beliau menceritakan rahsia penentuan jantina anak tik kepada
isterinya tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapinya.
Beliau menyesali tindakannya membuka rahsia tersebut kepada
isterinya hingga mengakibatkan beliau kehilangan tiga buah kapal
dan semua isi didalamnya.
3. Raja Indera Maya
Seorang raja yang mudah menerima cabaran tanpa memikirkan
akibatnya.
Baginda mudah percaya kepada ahli nujumnya.
Baginda bertimbang rasa. Baginda memberikan bekalan yang
secukupnya kepada nakhoda untuk pulang ke negerinya.
Raja Indera Maya beruntung kerana memiliki ahli nujum yang selalu
bernasib baik.
Baginda beruntung kerana memperoleh tiga buah kapal bersama
dengan muatannya setelah ahli nujumnya dapat menjawab soalan
nakhoda.
Plot
1. Peristiwa dalam cerita ini disusun dalam urutan kronologi.
2. Nakhoda menghadap Raja Indera Maya untuk menguji kebijaksanaan raja
mengenal pasti jantina anak itik yang baru menetas.
3. Pak Belalang menghadap raja dan menyatakan hasrat untuk menyelesaikan
masalah penentuan jantina dalam masa tiga hari.
4. Pak Belalang mendengar pendedahan rahsia jantina anak itik dengan cara
melepaskannya ke dalam air.
5. Di istana, Pak Belalang dapat mengenalpasti jantina anak itik itu.
6. Nakhoda menyerahkan tiga buah kapal kepada Raja Indera Maya dan pulang
ke negerinya dengan berpakaian sehelai sepinggang.
Teknik plot
Konflik
Saspens
Latar Masa
Zaman dahulu
Zaman feudal
Latar Tempat
Negeri yang diperintah oleh Raja Indera Maya
Atas kapal milik seorang nakhoda
Latar Masyarakat
Masyarakat yang gemar bertaruh tanpa memikirkan akibatnya.
Masyarakat yang mempercayai ahli nujum.
Masyarakat yang bermegah-megah dengan kebijaksanaan.
Masyarakat yang tidak berhati-hati dengan tindakan.
Nilai
Taat kepada pemerintah.
Bertimbang rasa.
Bertawakal
Merendah diri
Penyayang
Pengajaran
Kita janganlah mengamalkan pertaruhan kerana hal itu akan merugikan diri
sendiri.
Kita janganlah berbohong kerana sifat ini akan membawa akibat kepada diri
sendiri.
Kita hendaklah berhati-hati dalam sebarang percakapan kerana musibahnya
akan menimpa diri sendiri.
HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI
SINOPSIS
Raja Melaka diiringi oleh pengawai- pengawai kerajaan dan pembesar negeri
menghadap seri Betara Majapahit.Seri Betara Majapahit menpersilakan Raja Melaka
menjamu selera di peseban.Tiba-tiba parajurit tua kerajaan majapahit bernama
Taming Sari mengamuk.Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya akan
dibunuhnya.Melihat yang demikian,Seri Betara memimpin Raja Melaka masuk ke
istana.Tun Tuah berasa gembira tindakan Seri Betara itu.TunTuah mencari-cari patih
gajah Mada yang dikatakan sungguh berani, tetapi telah menghilangkan diri.
Tun Tuah naik ke peseban untuk bertaruh dengan Taming Sari.Tun Tuah menikam
Taming Sari dengan kerisnya tapi tubuh Taming Sari tidak lut.Oleh itu,TunTuah
mencari helah, kononnya mahu merampas takhtah Majapahit dan kemudian melantik
Taming Sari sebagai Ratu dengan syarat mereka bertukar senjata.Setelah bertukar
senjata,Tun Tuah menikam Taming Sari sehingga mati.Tun Tuah mempersembahkan
keris Taming Sari kepada Seri Betara.Seri Betara telah menganugerahkan keris
Taming Sari, kawasan anak sungai Jemaja dan jawatan Laksamana kepadaTun Tuah.
TEMA
Tema cerita ini tersirat melalui watak Tun Tuah pahlawan Melayu Melaka yang
handal dan bijaksana ketika menentang Taming Sari dan berjaya mengalahkannya.
PERSOALAN
Setiap negeri mempunyai pahlawan negara yang gagah perkasa lagi berani
Kebijaksanaan berfikir dan bertindak bagi menghapuskan kejahatan dan
kekejaman
1. Hang Tuah
2. Taming Sari
LATAR
1. Latar tempat
Negeri Majapahit
Di istana RatuMjapahit
Di luar pintu Peseban
Di Peseban
Di tengah Pesara
2. Latar masa
3. Latar masyarakat
PLOT
1. Permulaan
Seri Betara dan rakyat Jawa meraikan kedatangan Raja Melaka dan
rombongan di istana Majapahit.
2. Perkembangan
3. Perumitan
4. Klimaks
Tun Tuah menikam Taming Sari tapi tubuhnya tidak lut.TunTuah
mencari helah dengan mengatakan akan melantik Taming Sari
sebagai Ratu Majapahit jika mereka berjaya merampas Kerajaan
Majapahit. Meraka bertukar senjata. Tun Tuah menikam Taming
Sari.Taming Sri mati.
5. Peleraian
GAYA BAHASA
1. Bahasa Klasik
Contoh:
Peseban, ceterua, sida-sida, bentara, piala, penjurit, pendua, memekis,
penggawa, pelenter, papan khambi, tertitar-titar, lamun
2. Bahasa Istana
Contoh:
Santap, tuanku, duli, patik, baginda, ratu, titah dll.
3. Bahasa Jawa
Contoh:
Pakanira, manira, kiai, adipati
5. Simile
Contoh:
i. datangnya itu seperti baling-baling
ii. bernyala-nyala seperti api
NILAI
1. Keberanian
2. Rasional
3. Berterima kasih
PENGAJARAN
RAJA BERSIUNG
SINOPSIS
Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit kepada menterinya.Menteri yang
melihat giginya itu memberitahu bahawa ada siung tumbuh diantara gigi
manis.Seorang menteri mencadangkan Raja Ong tidak memakan gulai lecek batang
bayam lagi.Raja Ong enggan kerana gulai tersebut sangat digemarinya semenjak kecil
lagi.Semenjak itu Raja Ong digelar Raja Bersiung.
` Pada suatu hari, ketika sedang memasak, jari tukang masak itu terluka dan darah dari
jarinya menitis ke dalam gulai bayam.Raja Bersiung merasakan gulai itu bertambah
lazat dari hari-hari yang sebelumnya. Oleh itu, dia memaksa tukang masak
memberitahu hal yang sebenar.Tukang masak terpaksa memberitahu segala yang
berlaku.Semenjak hari itu, Raja Ong mengarahkan menteri membunuh rakyat yang
bersalah dan rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan darah dan hatinya.Rakyat
jelata berada dalam ketakutan.
Pada suatu hari, seorang pahlawan bernama Kampar dari Seri Gunung Ledang datang
ke negeri Raja Bersiung.Dia sengaja membuat jahat supaya ditangkap sewaktu
bertarung dengan Raja Bersiung,Kampar bertukar menjadi seekor babi tunggal,seekor
ular tedung sela dan seekor harimau yang garang.Apabila Kampar bertukar menjadi
harimau,dia terkena bedil pemuras lalu melarikan diri kedalam hutan.
Selepas peristiwa itu,menteri keempat telah menasihati raja supaya menghentikan
tabiat gemar memakan hati dan darah manusia.Raja Bersiung enggan.Oleh itu,menteri
keempat menghimpunkan rakyat dan tentera untuk menyerang Raja Bersiung.Mereka
masuk ke istana tetapi Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan.Menteri keempat
gagal menjejaki Raja Bersiung.Akhirnya,baginda tinggal dengan orang bertanam sirih
di sebuah dusun di sempadan Patani.Baginda tidak dikenali oleh sesiapapun
TEMA
Tema cerita Raja Bersiung adalah tentang kejahatan dibalas dengan kejahatan, iaitu
Raja Bersiung yang zalim akhirnya dihalau oleh rakyat negaranya sendiri.
PERSOALAN.
1. Raja Bersiung
2. Menteri keempat
3. Kampar
Orang jahat
berasal dari Seri Gunung Ledang
Memiliki ilmu kebal
Senggaja melakukan kesalahan supaya ia di tangkap
Berani menegur Raja Bersiung yang hendak membunuhnya
Dapat menangkis orang yang hendak membunuhnya
Menjelma sebagai harimau
PLOT
1. Permulaan
Raja Ong Maha Derita digelar Raja Bersiung kerana tumbuh suing diantara
gigi manisanya.
2. Perkembangan
Raja bersiung ketagih darah dan hati manusia apabila baginda merasakan gulai
lecek batang bayam lebih lazat apabila bercampur dengan darah tukang
masak.
3. Perumitan
Rakyat yang bersalah dan rakyat tidak bersalah dibunuh kerana Raja Bersiung
mahukan darah dan hati manusia.Raja Bersiung bertaruh dengan Kampar yang
boleh menyerupai pelbagai binatang.Kampar melarikan diri ke hutan .Menteri
keempat menasihati Raja Bersiung supaya berhenti daripada membunuh
rakyat jelata.Raja Bersiung enggan.
4. Klimaks
5. Peleraian
LATAR
1. Latar masa
2. Latar tempat
3. Latar masyarakat
GAYA BAHASA
1. Dialek
Contoh: dialek Kedah (lalu, tiada sangga ,nyiur, penggodam)
2. Bahasa istana
Contoh: tuanku, patik, sembah, biduanda, santap, beta
3. Bahasa klasik
Contoh: kemasyghulan, dusun, keluaran, hatta,maka,adapun,bermula,tatkala
4. Ayat panjang
Contoh:
Demi dilihat oleh ular makin banyak datang itu,….tiada sanggan bunyi lagi
dengan suara manusia .
5. Simile
Contoh:
i. Besarnya seperti perdu nyiur
ii. Bergemuruh bunyinunya bagaikan kiamat suaranya itu
iii. Seperti akan tercabut kota
iv. Licin seperti minyak
6. Hiperbola
Contoh:
Tiada dimakan oleh besi tubuhnya, dan ...... pelurunya itu pun habislah
terpelanting ke sana kemari menjadi kemik pelurunya.
NILAI
Keadilan
Bertanggungjawab
Keberanian
Kerjasama
berperikemanusiaan
PENGAJARAN
SINOPSIS
TEMA
Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira
dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua
bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam
bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang
lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan
kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas.
PERSOALAN
2. Ratu Kuripan
3. Galuh Ajeng
4. Ratu Daha
5. Paduka Liku
PLOT
1. Permulaan
Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana
memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut
kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.
2. Perkembangan
3. Perumitan
Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak
.Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu
dihantar ke negri Daha
4. Klimaks
Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih
bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi
didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu.
5. Peleraian
LATAR
1. Latar tempat
2. Latar masa
3. Latar masyarakat
GAYA BAHASA
1. Bahasa Istana
Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka
2. Bahasa klasik
Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana
3. Bahasa Arab
Contoh: wallahu a’lam
4. Simile
Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri
5. Hiperbola
Contoh:
i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan
ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya
NILAI
Keadilan
Belas kasihan
Kasih sayang
Baik hati
PENGAJARAN
Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja
kerana kita akan tertipu dengannya
Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang,
sebaliknya berilah kasih sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-
isteri
Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada
seseorang yang bernasib malang setelah kematian orang yang dikasihinya
Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hubungan di antara seorang budak lelaki yang bernama
Junid dengan seekor anak lembu jantan yang bernama Pusaran. Junid amat
menyayangi Pusaran yang telah menjadi sahabatnya semenjak berusia empat tahun.
Junid dan Pusaran tidak dapat dipisahkan. Junid dan Pusaran sama-sama pernah jatuh
sakit ketika Junid dihantar bercuti ke rumah datuknya.Sewaktu tiba masanya Junid
disekolahkan, ayahnya Mohsin dan ibunya Musalmah berpendapat bahawa telah tiba
masanya agar Junid dan Pusaran dipisahkan. Sempena Hari Raya Korban, Pusaran
dijual oleh Mohsin tanpa pengetahuan Junid. Semasa pulang dari sekolah, Junid
mendapati Pusaran telah tiada. Dia mencari Pusaran di merata-rata tempat. Akhirnya
dia terjumpa Pusaran di tempat Pusaran hendak disembelih.Junid sangat sedih dan
menerkam ke atas leher Pusaran dan memeluknya eraterat. Dia meminta dirinya
dibunuh sama. Orang yang sedang bertakbir berhenti. Tuan Haji Subki mengarahkan
supaya penyembelihan itu dibatalkan lalu menasihati Mohsin supaya berbincang
dahulu dengan Junid sebelum membuat keputusan. Mohsin berjanji tidak akan
memisahkan Junid dengan Pusaran.
TEMA
Tema cerpen ini ialah kasih sayang.Kasih sayang cuba ditonjolkan ialah kasih sayang
seorang manusia terhadap seekor anak lembu.
PERSOALAN
1. Kemesraan antara manusia dan haiwan - digambarkan melalui watak Junid dan
Pusaran.
2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak -Musalmah dan Mohsin menyayangi
dan mengambil berat terhadap anak-anak.
1. Junid
Watak utama cerpen ini.
Dia merupakan anak lelaki bongsu Mohsin dan Musalmah.
Dia sangat menyayangi haiwan peliharaan bapanya iaitu seekor lembu
yang dinamakan Pusaran.
Dia sangat aktif bila bersama Pusaran tetapi akan bermuram apabila
berjauhan daripada Pusaran.
Dia seorang yang sanggup berkorban demi mempertahankan haiwan
kesayangannya itu.
2. Pusaran
Seekor lembu peliharaan keluarga Junid.
Ia sangat disayangi oleh Junid.
Pusaran sangat manja dan jinak serta gemuk dan sihat kerana sering
diberi makan oleh Junid.
Menyayangi Junid sehinggakan tidak makan dan menunjukkan sikap
murung ketika berjauhan dengan Junid.
3. Mohsin
Bapa Junid. Suami kepada Musalmah.
Membuat kerja kampung.
Dia ialah seorang lelaki yang rajin bekerja.
Menyayangi anak-anaknya walaupun tidak begitu memahami perasaan
anaknya apabila dia telah bertindak menjual Pusaran tanpa berbincang
terlebih dahulu dengan anaknya.
4. Junaidi
Abang kepada Junid.
Dia berusia 15 tahun dan rajin menolong bapanya menjaga lembu dan
kambing ternakan.
PLOT
1. Permulaan
2. Perkembangan
Cikgu Bustam memberi tajuk karangan pada hari itu, iaitu "Sayang Ayah".
Cikgu Bustam dan murid-muridnya berbincang tentang tajuk tersebut.
Angamah, murid yang periang berubah sikapnya. Dia menjadi pendiam dan
enggan melibatkan diri dalam perbincangan. Cikgu Bustam berasa hairan
melihat perubahan sikap Angamah. Apabila Angamah tidak menghantar buku
karangan pada hari esoknya, Cikgu Bustam bertambah hairan. Cikgu Bustam
mengesyaki ada sesuatu yang berlaku pada diri Angamah.
3. Perumitan
Cikgu Bustam memanggil Angamah dan bertanyakan tentang masalah yang
dihadapi oleh Angamah. Angamah cuba merahsiakan peristiwa penderaan
yang dilakukan oleh ayah tirinya terhadap dirinya. Pada hari berikutnya,
Angamah ke sekolah dengan tangan yang cedera.
4. Klimaks
Cikgu Bustam dan Guru Besar berbincang tentang masalah Angamah. Mereka
berusaha untuk membantu Angamah. Mereka bersetuju untuk melaporkan kes
penderaan tersebut kepada pihak berkuasa.
5. Peleraian