You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

1 TAJUK KAJIAN 1

2 SENARAI KANDUNGAN 2

3 PENGHARGAAN 3

4 OBJEKTIF KAJIAN 4

5 KAEDAH KAJIAN 5

6 HASIL KAJIAN 6
• Nama permainan • 7
• Latar belakang • 8
• Tujuan dimainkan • 9
• Alat-alat yang digunakan • 10
• Cara dimainkan • 11

7 RUMUSAN 12

8 LAMPIRAN 13

9 RUJUKAN 18
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izin dan kurniaan-Nya dapat lagi saya

menyiapkan kerja kursus Sejarah yang merupakan salah satu syarat dalam mengambil

peperiksaan PMR yang akan saya jalani. Di kesempatan ini, izinkan saya dengan rasa

terharunya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua, Pn. Kamariah Bt.

Sahak yang sentiasa memberi dorongan dan nasihatnya dalam menyiapkan kerja kursus

ini. Tidak saya lupakan juga, Pn. Hasiah bt. Husin yang merupakan guru subjek Sejarah

bagi tingkatan 3 Elit sesi 2008. beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan

bagi memastikan pelajarnya dapat menyiapkan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, jutaan penghargaan kepada ibubapa saya Pn. Khatizah bt. Awang dan En.

Ishak b. A. Rahman yang bertungkus lumus membantu saya menjalankan kerja ini dan

sanggup berbelanja banyak demi kepentingan anak mereka iaitu saya dan adik-adik saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya yang

memberi komitmen yang tinggi dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, terima

kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus ini secara langsung

atau tidak langsung.


OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kerja yang diberi mesti ada objektifnya yang tersendiri termasuklah kerja

kursus sejarah yang saya siapkan ini. Objektif bagi kerja kursus ini boleh diklafikasikan

kepada dua iaitu umum atau yang khusus. Bagi objektif umum dalam menyiapkan kerja

kursus ini ialah untuk memenuhi keperluan kerja kursus Sejarah peringkat PMR.

Manakala bagi objektif khusus kerja ini ialah calon dapat mengetahui nama-nama lain

bagi permainan tradisional melayu yang dikaji. Selain itu, calon dapat mengetahui

mengenai asal-usul atau sejarah permainan tradisional melayu. Malahan, calon juga dapat

mengetahui kaedah membuat dan memainkan permainan tradisional yang dikaji. Akhir

sekali, calon dapat mengetahui mengapa permainan ini dimainkan dan bilakah masanya

ia dimainkan.
KAEDAH KAJIAN

• TEMUBUAL

Terdapat pelbagai kaedah yang saya jalankan dalam menyiapakan kerja kursus ini

antaranya ialah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang

sumber saya yang sememangnya pakar dalam membina sebuah wau yang cantik dan

bermutu tinggi. Walaupun kaedah ini ada negatifnya, saya mendapat pelbagai perkara

yang saya dapat masukkan ke dalam kerja kursus ini.

• PEMERHATIAN DAN LAWATAN

Selain itu, saya menggunakan kaedah pemerhatian dengan melawat ke tempat

perminan ini biasa dimainkan iaitu di Kg. Rusila, Marang sewaktu pulang ke kampung.

Saya mendapat pelbagai pengalaman dalam mempelajari kaedah menerbangkan wau dan

cara-cara pertandingan wau dijalankan. Melalui kaedah ini, saya dapat melihat sendiri

cara wau dimainkan dan mencubanya selepas mengetahuinya secara teori.

• RUJUKAN PERPUSTAKAAN

Akhir kaedah yang saya gunakan ialah dengan merujuk perpustakaan bagi

mendapat lebih maklumat walaupun sibuk dengan peperiksaan yang diadakan. Melalui

kaedah ini, saya dapat mengetahui permainan ini secara teori dan membantu dalam

proses mengumpul elemen 1 yang perlu ada sebelum menyiapkan elemen 2.


HASIL KAJIAN

HASIL
KAJIAN
6.1- NAMA PERMAINAN TRADISIONAL

Terdapat dua nama bagi permainan tradisional yang saya kaji iaitu wau dan

layang-layang. Mengikut sumber yang saya kaji, perbezaan antara dua nama ini terletak

pada bentuknya. Bagi wau, pada kebiasaannya berbentuk yang unsur mencorakkan alam

seperti bulan, kucing, burung layang-layang dan pelbagai lagi. Manakala, bagi layang-

layang pula, pada kebiasaannya bercorak geometri seperti bentuk segi empat, heksagon

dan pelbagai lagi.

6.2- LATAR BELAKANG


6.2.1-ASAL USUL

Terdapat pelbagai pendapat mengenai asal usul permainan wau. Di sini saya ingin

mengolah hanya beberapa pendapat mengenai asal usul wau.

• PENDAPAT PERTAMA
o Bermula di China pada 3000 tahun lalu, pada masa itu wau bukan
digunakan untuk dimainkan tetapi untuk menerbangkan makanan kepada
mereka yang terperangkap di bukit-bakau atau di gunung-gunung semasa
banjir.

• PENDAPAT KEDUA

o Bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Terbukti berikutan


cerita perihal pertandingan Wau yang disertai oleh putera Sultan Mahmud
iaitu Raja Ahmad di dalam buku Sejarah Melayu.

6.2.2 -NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI.

Sesungguhnya permainan wau sememangnya terkenal di negeri-negeri pantai


timur khususnya Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Kedudukan negeri-negeri ini
yang kebanyakan penempatan terletak di kawasan tanah pamah memudahkan permainan
ini dimainkan.

6.2.3- KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT

Kaum Melayu merupakan kaum yang terlibat dalam permainan ini. Walau
bagaimanapun, disebabkan dasar kerajaan untuk mempopularkan permainan tradisional
Melayu maka pelbagai kaum telah terlibat pada masa kini sehingga diadakan
pertandingan peringkat antarabangsa.
6.3 Tujuan Wau dimainkan

Pada suatu ketika dahulu, wau merupakan lambang kebesaran sesebuah negara. Wau

turut digunakan sebagai panduan menentukan arah. Selain itu, wau juga dikatakan menjadi

lambang kejayaan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah negara ke atas negara lain

pada zaman silam.Apabila berjaya dalam sesuatu serangan misalnya, satu pesta akan dilakukan

penduduk setempat bagi meraikan kemenangan. Caranya adalah dengan mengadakan upacara

menaikkan wau di tempat-tempat terbuka serta disaksikan oleh orang ramai. Justeru, lama-

kelamaan wau telah dijadikan sebagai satu permainan untuk mengisi masa yang popular

hingga turut diadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Wau juga dipertandingkan oleh

para petani selepas musim menuai padi.

6.4 Alat-alat yang digunakan


Terdapat pelbagai bahan untuk membuat wau. Antaranya ialah buluh (jenis yang

kuat, liut, dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau kertas warna (untuk tujuan

diterbangkan) manakala untuk perhiasan pula kain berwarna-warni, gam, dan benang.

Peralatan yang digunakan semasa membuat wau pula ialah pisau kecil, pisau raut, pisau

pemotong, pensil, dan gunting. Proses membuat wau mampu memakan masa selama satu

minggu bergantung kepada saiz dan jenis wau. Panjang dari sayap kiri ke kanan mampu

mencapai 1.2 m sehingga 1.3 meter. Wau mempunyai kepala, kepak, pinggang, dan

ekornya tetapi demi memperindahkan lagi wau, dengung ditambahkan dalam sebiji wau

supaya mengeluarkan bunyian apabila dilayangkan ke udara.


6.5 Cara wau dimainkan.

Dalam pertandingan wau, beberapa aspek kedudukan wau diambil kira, antaranya

ketinggian wau, bunyian dengung dan kekuatannya, rekabentuk wau dan awan larat (coretan)

yang indah dan juga dengan regu yang mahir. Pada kebiasaannya, dua orang pemain

diperlukan. Pemain yang pertama dikenali sebagai juru anjung dan ditugaskan untuk

menolak wau sewaktu mula diterbangkan manakala pemain yang kedua pula dikenali

sebagai jurutarik dan ditugaskan untuk mengawasi wau yang dilayangkan di atas udara.

Selain itu, wau mampu terbang sehingga mencecah ketinggian 450 meter. Wau juga

dipertandingkan dalam bentuk hiasan. Antara aspek dalam pertandingan ini. Wau dilihat

dari segi kecantikan dan coretan di atasnya. Pemain perlum menggunakan kreativiti untuk

menghasilkan wau yang canti dan menarik.

RUMUSAN
Berdasarkan tajuk yang dikaji dalam kajian ilmiah ini dapatlah saya rumuskan

bahawa betapa tingginya kesenian orang melayu pada zaman dahulu. Saya berasa amat

bertuah kerana dapat menjadi warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagi kaum

dan berbangga dengan sejarah kaum melayu yang tinggi debgan kesenian budaya yang

halus. Selain itu, permainan wau ini,juga dapat melahirkan masyarakat yang bersifat

kekitaan dengan menolong antara satu sama lain bak kata pepatah yang berat sama

dipikul, yang ringan sama dijinjing. Daripada semangat kekitaan ini, dapat melahirkan

juga masyarakat yang bersatu padu yang merupakan asas dalam pembentukan sesebuah

negara bak kata pepatah serumpun bagai serai, seruas bagai tebu. Malahan, permainan

wau juga menjadikan masyarakat melayu menjadi masyarakat yang berusaha dan

produktif dalam melakukan sesuatu kerja. Akhir kata, permainan wau menjadi bukti

kepada kesenian orang melayu yang halus pada suatu ketika dahulu.

LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku Ilmiah

Zabri Zakaria, 2005. VARIASI SENI DAN BUDAYA: PERMAINAN RAKYAT. Petaling
Jaya: SEJATI

Jurnal

Jasman Ahmad, Siti Zainun “asal-usul wau dari sejarah dunia” dalam Jurnal Siri Seni
Dan Budaya: wau. Bil 3, 1969

Akhbar

Sinat Harian, 12 April 2008, halaman N15

Orang Sumber

Mohamad Ali Bin Jusoh, 50 tahun, lot 1116, Kg. Paya Berenjut, 24000 Kemaman ,
Terengganu.

Televisyen

TV3, Majalah 3, 15 Mac 2008, 9.00 malam, Episod 10.

You might also like