You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

BIODATA
Pengenalan dan sejarah permainan

Bola takraw

Definisi sepak takraw adalah ianya merupakan sejenis permainan di antara dua
pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu.
Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di
gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton.

Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa
sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak diketahui bilakah permainan ini
diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat
bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-
anak pembesar istana. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-
bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga
lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan
ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan.
Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga
dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan
tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara
berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu
tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Ia kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat
Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan
memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola. Olahraga sepaktakraw adalah
transformasi dari permainan yang dalam bahasa Malayu disebut Sepak Raga (raga =
keranjang), disebut Takraw dalam bahasa Thai, di Filipina disebut Sipa, di Burma
disebut Chinlone, di Laos disebut Kator. Sepak takraw pula adalah berasal daripada
gabungan dua perkataan iaitu sepak daripada perkataan dalam Bahasa Melayu
manakala perkataan takraw pula berasal daripada perkataan dalam Bahasa Thai yang
bermaksud bola. Dengan itu lahirlah perkataan sepak takraw.

Transformasi bagi sepak raga dimana para pemain berdiri membentuk lingkaran dan
menggunakan bola yang terbuat dari rotan yang dianyam bulat terjadi pada era 1940-
an ketika permainan ini mulai menggunakan jaring dan peraturan angka, serta para
pemain tidak lagi berdiri membentuk lingkaran tetapi dimainkan di lapangan ganda
badminton.

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang
mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun,
setelah melalui proses perkembangan teknologi, bola yang digunakan tidak lagi yang
terbuat dari rotan tetapi yang terbuat dari fiber. Permainan sepaktakraw yang ada
sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun
1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut
sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan
sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di
Kuala Lumpur.

Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan
menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga
orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh
pelosok negara di Asia Tenggara dan telah dipersetujui dipertandingkan di peringkat
Sukan SEA pada tahun 1965. Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama
kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEA yang telah diadakan
di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA menerima sukan ini,
perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura
dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai
dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa
Pengelola Sukan SEA telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan
permainan SEPAK TAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi
satu perkataan.

Dan kini permainan sepaktakraw telah pun mengalami evolusi dimana permainan
beregu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun
diperkenalkan. Kejuaraan paling bergengsi dalam cabang ini adalah King’s Cup World
Championships, yang diadakan di Bangkok, Thailand. (23rd King’s Cup SepakTakraw
World Championship 2008: August 25-30th).
Gelanggang Sepak Takraw

 Panjang Lapangan: 13,42 meter.


Lebar Lapangan : 6,10 meter.
 Garis Batas: adalah garis (lines) yang lebarnya+ 5 cm.
 Lingkaran Tengah: Ditengah sebuah lapangan ada lingkaran yaitu tempat
melakukan sepakan permulaan (service). dengan garis tengah lingkaran 61 cm.
 Garis seperempat lingkaran:
Pada penjuru tengah kedua lapangan terdapat garis seperempat lingkaran tempat
melambungkan bola kepada pemain yang melakukan sepakan permulaan
(service) dengan jari-jari 90 cm.
 Tiang:
Dua buah tiang sebagai tempat pengikat jaring, didirikan pada sebelah luar kedua
garis samping kiri dan kanan dengan jarak 30,5 cm dari garis samping.
Tinggi tiang 1,55 meter untuk laki-laki dan 1.45 meter untuk perempuan.
 Jaring (net):
Jaring dibuat dari bahan benang kasar, tali, atau dari nylon dengan ukuran lubang-
lubangnya 4-5 cm. Lebar jaring 72 cm dan panjangnya tidak lebih dari 6,71 m.
Pada pinggir atas, bawah dan samping dibuat pita selebar + 5 cm yang diperkuat
dengan tali yang diikatkan pada kedua ring. Tinggi jaring 1,55 m dari tanah/lantai.

Bola Takraw

Bola terbuat dari bahan rotan atau fiber. Lingkaran bola 41 sampai 43 cm.

Pakaian pemain

Pemain berpakaian olahraga dengan teratur dan


memakai sepatu karet.
Kemahiran yang diperlukan dalam permainan sepak takraw

1. Menimang, menghantar dan menerima bola.


2. Sepakan servis

3. Rejaman
4. Menghadang

Latihan bagi kemahiran bermain sepak takraw


1.
2.
3.

4. Menghantar dan menerima bola

Pemain A melontar bola kepada


pemain B, C atau D yang menerima bola dan memainkannya tidak lebih 2 kali. Bola
kemudian dikembalikan kepada pemain A. Ulangi dan focus kepada lontaran dan
kawalan.

5. latihan sepakan servis


6. latihan rejaman

Pemain A melambungkan bola kepada pemain B dan C dan melakukan rejaman


pelbagai cara. Kaedah latihan ini di gilir-gilirkan dan di ulang.

7. latihan menghadang

Latihan menghadang berpasangan :

Latihan dibuat dengan menghadang secara


berpasangan. Pemain A melontar bola
kepada pemain B yang menghadang
dengan pelbagai cara di hadapan jaring.
Ulangi kaedah latihan ini dan di gilir-gilirkan.

Latihan menghadang bersama perejam :

Pemain A menghantar bola kepada pemain


B untuk rejaman dengan pemain C
bertindak sebagai penghadang. Ulangi
kaedah latihan ini dengan mengilir-
gilirkannya
Cara permainan sepak takraw

Pemain

 Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan


sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal
bahagian tengah dan belakang gelanggang.
 Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong,
bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
 Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong,
bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

Cara permainan

Dalam permainan sepak takraw, 2 kumpulan atau 2 regu masing-masing berhadapan


dan dipisahkan oleh jaring atau net pada bahagian tengah-tengah gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan, referee atau pengadil akan melakukan pengundian


(toss) dengan menggunakan duit syiling (toss of coin) bagi memilih bola atau tempat.
Permainan dikawal oleh seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil dan
dibantu oleh 6 orang penjaga garis (line man) yang duduk di 4 penjuru gelanggang.
Regu yang memilih bola yang pertama akan memulakan permainan bagi set yang
pertama. Set seterusnya akan dimulakan oleh pemenang bagi set yang pertama.

You might also like