You are on page 1of 5

1.

Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statistik untuk
mengukur kreativiti secara saintifik.
Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah
(A) biografi
(B) psikometrik
(C) psikoanalitik
(D) historiometrik

2. Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu kefasihan, keanjalan, keaslian dan huraian.

Keanjalan bermaksud kebolehan

(A) menyusun idea yang unik dan luar biasa.


(B) melihat sesuatu dari perspektif berlainan.
(C) menghasilkan idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
(D) untuk memperbaiki idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya lebih jelas.
3.

Kanak-kanak berupaya untuk menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama atau tokoh
sejarah.

Kenyataan di atas merujuk kepada kecerdasan

(A) interpersonal
(B) intrapersonal
(C) visual-ruang
(D) verbal-linguistik
4. Wirda seorang kanak-kanak yang suka melukis. Dia seringkali dia mendapat ilham secara tiba-tiba lantas membuat lakaran
dalam buku lakarannya atau membuat catatan tentang ideanya itu.
Berdasarkan model proses kreativiti oleh Graham Wallas, pernyataan di atas sesuai pada peringkat

(E) intimasi
(F) iluminasi
(G) verifikasi
(H) pengeraman
4. Pengurusan imaginasi merupakan ciri kreativiti yang penting kerana ia
(A) merupakan aktiviti permainan mental yang diarahkan untuk memfokus dan menghasilkan sesuatu yang asli
(B) terjadi secara kebetulan di mana idea yang awal mungkin akan mengalami perubahan atau diganti sama sekali.
(C) merupakan idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu tanpa dipengaruhi oleh idea orang lain.
(D) biasanya memberi sumbangan dan pastinya idea ini dikekalkan berbanding idea yang kurang berguna
5. Mengapakah kanak-kanak suka kepada aktiviti seni seperti melukis, mendengar muzik dan menari?
(A) Faktor genetik ibu bapa yang diperturunkan kepada anak-anak.
(B) Kanak-kanak sering terdedah kepada rangsangan di persekitaran.
(C) Peranan ibu bapa yang suka anak anak terlibat dalam bidang tersebut.
(D) Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan dengan kecenderungan dominan pada otak kanan.

7. Mengikut Viktor Lowenfeld (1947), lukisan kanak-kanak di atas merujuk kepada peringkat
(A) skematik
(B) penaakulan
(C) praskematik
(D) awal realism
8. Pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau
membincangkan seni visual dalam aspek emosi yang diluahkan melalui seni,
Berdasarkan pendekatan psikoanalitik, bagaimanakah seseorang guru dapat mengaplikasikan teori tersebut dalam
pengajarannya?
(E) Guru menggalakkan murid menghasilkan karya seni untuk dipamerkan
(F) Guru menggalakkan murid melukis dan menceritakan kembali tentang karyanya.
(G) Guru menggalakkan murid membimbing kawan-kawan dalam menghasilkan karya seni visual
(H) Guru menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal murid.
6. Pada usia 2 – 4 tahun, perkembangan artistik kanak-kanak berada pada peringkat tidak bersifat realistik. Pada peringkat ini,
kanak-kanak telah cenderung menconteng
(A) menghasilkan symbol
(B) lorekan gambar pemandangan
(C) garisan terkawal dan tidak terkawal
(D) melukis figura dengan cara yang betul
7. Enam elemen asas dalam seni visual ialah
(A) garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan tona
(B) rupa, bentuk, garisan jalinan, ruang, dan warna
(C) ruang, garisan, bentuk, perspektif, jalinan dan rupa
(D) jalinan, rupa, bentuk, garisan ruang, dan keseimbangan
8. Pernyataan yang manakah paling tepat tentang Kaedah Orff?
(A) Pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal
(B) Kaedah yang menggabungkan tiga konsep iaitu solfej, rentak Cheve dan Curven
(C) Pergerakan badan menggunakan ruang sedia ada serta mengikut rentak muzik
(D) Muzik harus sentiasa diubah supaya kanak-kanak mendengar, mengenali dan menghayati muzik
9. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-me-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik.
Kaedah pembelajaran muzik di atas lebih sinonim kepada tokoh muzik seperti
(A) Carl Orff
(B) Zoltan Kodaly
(C) Michael Carmen
(D) Emile Jaques Dalcroze
10. Kemahiran muzikal berkembang mengikut tahap umur kanak-kanak.
Pada umur dua tahun, kanak-kanak telah mempunyai kemahiran
(A) bertindak balas terhadap bunyi dan suku kata suara manusia
(B) meniru dan mengikut melodi yang kompleks serta mencuba peralatan muzik
(C) mengawal suara nyanyian mereka, menikmati lagu-lagu ringkas dan bergerak mengikut rentak muzik
(D) menyanyikan pelbagai lagu, membezakan bunyi yang berlainan dan mengaitkan dengan pergerakan tertentu
14.
 Semua orang mempunyai keupayaan mempelajari dan menggunakan muzik dengan kreatif

 Hubungan rapat antara muzik dan bahasa sebagai alat berkomunikasi

 Pendidikan muzik haruslah merangkumi aspek fizikal, sosial, mental dan emosi

Apakah yang dapat anda rumuskan berdasarkan aspek kecerdasan muzik dalam teori Kecerdasan Gardner?

(A) Satu daripada sembilan kecerdasan yang ada pada manusia.


(B) Kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan bunyi dan muzik.
(C) Boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
(D) Membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami makna yang dihasilkan oleh bunyi
15. Sosiodrama merujuk kepada aktiviti
(A) cerita-cerita dongeng dan kepahlawanan.
(B) menekankan skrip dan aksi watak di sekeliling mereka.
(C) yang tidak mementingkan prop dan persekitaran seperti situasi sebenar.
(D) kanak-kanak bermain sebagai ibu bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.
16 Kemahiran yang perlu ada pada seseorang kanak-kanak untuk menjalankan permainan sosio dramatik ialah

I berlakon
II berunding
III berbincang
IV bersoaljawab
V bekerjasama
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, III dan IV sahaja
(C) III, IV dan V sahaja
(D) I, II, III, dan V sahaja
17.
Stoking, sarung tangan,beg kertas, sampul surat

Bahan di atas sesuai sekali untuk menghasilkan boneka jenis

(A) Boneka tali


(B) Boneka jari
(C) Boneka batang
(D) Boneka tangan
18. Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menggunakan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas
prasekolah ialah
I. melibatkan kanak-kanak secara aktif
II. mengambil kira kebolehan kanak-kanak
III. menyediakan bahan-bahan dengan lengkap
IV. mengambilkira tahap kemahiran bahasa kanak-kanak
V. mengambilkira tahap kecekapan kanak-kanak dari aspek fizikal

(A) I, II dan III sahaja


(B) I, III dan V sahaja
(C) II, III dan IV sahaja
(D) I, II, IV dan V sahaja
19. Sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, membantu mengenal dan memahami
diri sendiri dan memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.
Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh penulis, penerbit dan pengedar buku dalam usaha menarik minat
kanak-kanak membaca?.
I. Kaedah pemasaran yang berkesan
II. Buku yang diterbitkan mesti berkualiti.
III. Banyak bahan bacaan banyak di pasaran.
IV. Bahan-bahan bacaan mudah diperolehi di pasaran
V. Sesuai dengan kegemaran, minat dan peringkat pemikiran kanak-kanak.
(A) I, II dan III sahaja
(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
20. Dalam merancang pengajaran yang berkesan, guru perlu memikirkan beberapa langkah yang sesuai untuk menyediakan bahan
dan peralatan.
Apakah kriteria yang perlu diambil kira oleh guru semasa memilih bahan dan peralatan?
I. Memilih tajuk yang sesuai
II. Memilih bahan yang menarik
III. Memilih bahan yang berkualiti
IV. Menentukan tahap kesukaran
V. Meminimakan penggunaan bahan
(A) I, II, dan III sahaja
(B) I, II dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja
Jawab semua soalan.

1. E.Paul Torrance memberi takrifan bahawa kreativiti adalah satu proses penyelesaian masalah, membuat dan menguji hipotesis
serta membuat generalisasi terhadap dapatan kajian.

(a) Jelaskan tiga aspek dalam proses kreativiti mengikut E. Paul Torrance.

(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________(6 markah

(b) Nyatakan empat aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan fungsi otak kanan.

(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

(iv) ___________________________________________________ (4 markah)

2. Pendidikan Seni Visual merupakan suatu bidang yang sangat menarik bagi kanak-kanak. Guru boleh merancang pelbagai aktiviti
“hands-on” yang boleh meningkatkan kreativiti dan keseronokan kanak-kanak untuk belajar.

(a) Huraikan tiga objektif Pendidikan Seni Visual bagi kanak-kanak prasekolah.

(i) __________________________________________________

(ii) __________________________________________________

(iii) __________________________________________________6 markah


(b) Nyatakan empat bahan yang sesuai untuk pengajaran seni visual
kanak-kanak.
(i) __________________________________________________

(ii) __________________________________________________

(iii) __________________________________________________

(iv) __________________________________________________ (4 markah)

3. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian serta tumpuan,


menarik minat, dan merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara.
(a) Jelaskan tiga langkah yang perlu dibuat dalam melaksanakan teknik
main peranan.
(i) _________________________________________________

(ii) _________________________________________________

(iii) _________________________________________________(6 markah)

(b) Permainan sosio-dramatik dan drama kreatif merupakan aktiviti yang merangsang minat kanak-kanak semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Berikan definisi setiap satu yang berikut:

(i) sosiodramatik

___________________________________________________

(ii) drama kreatif

___________________________________________________(4 markah)

4. (a) Aktiviti boneka merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh guru prasekolah di dalam sesi pengajaran mereka.
Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menggunakan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah?

(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________

(iv) ___________________________________________________(4 markah

(b) Jelaskan tiga kelebihan penggunaan boneka untuk meningkatkan


daya imaginasi kanak-kanak prasekolah?
(i) ___________________________________________________

(ii) ___________________________________________________

(iii) ___________________________________________________ (6 markah)


1. Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner dapat membantu ibu bapa dan guru
mengenal pasti potensi kanak-kanak. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat dilaksanakan apabila potensi
kanak-kanak telah dikenal pasti.
(a) Huraikan secara ringkas lima jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan teori Gardner.(10 markah)
(b) Jelaskan lima prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik yang berkesan kepada kanak- kanak prasekolah.
(10 markah)

2. (a) Jelaskan lima implikasi perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Viktor Lowenfeld (1947) terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah.(10 markah

(b) Terdapat tiga kaedah penyediaan pentas untuk persembahan boneka. Berdasarkan contoh yang sesuai, huraikan
jenis-jenis alatan, langkah-langkah dan kesesuaian jenis boneka yang boleh digunakan di prasekolah.(10 markah)
3. (a) Guru prasekolah perlu mengelakkan diri daripada beranggapan bahawa permainan kreatif tidak mendatangkan
sebarang hasil.
Bincangkan lima kebaikan permainan kreatif.(10 markah
(b) Huraikan kriteria-kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran sastera yang sesuai dalam aktiviti drama di
prasekolah.(10 markah)

You might also like