You are on page 1of 3

PENGENALAN

Catan ialah hasilan seni yang dihasilkan di atas pelbagai permukaan dengan menggunakan media
basah. Penggunaan warna dan berus ditekankan untuk menghasilkan karya seni ini. Dalam
penghasilannya, catan membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan
gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.
Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “Setiap seni mempunyai bahasa
yang tersendiri iaitu satu cara yang khusus bagi setiap catan. Setiap seni itu merupakan sesuatu
yang lengkap dengan sendirinya dan hidup dalam alirannya yang tersendiri”.

Sejarah catan telah mengambil jangka waktu yang panjang. Kemajuan dari segi teknik, gaya dan
pendekatan telah dapat dilihat dan menjadi ikutan serta amalan sesuatu golongan. Dalam
alirannya, Catan telah mengalami perubahan aliran pada setiap zaman, tetapi kualiti keseniannya
tetap sama kerana hasil seni besar muncul pada setiap masa. Biasanya, aliran sesuatu seni itu
adalah ciri-ciri pernyataan perasaan pada zaman tersebut. Antara zaman dan stail di mana catan
itu diamalkan ialah zaman prasejarah dan catan purba, zaman Pertengahan, zaman Renaissance,
Baroque, Rococo, Neo-Klasikal, Romantik, Non-Romantik, Impressionisme, Gerakan Post-
Impressionisme, Kiubisme, Ekspressionisme, Post-Ekspressionisme, Futurisme, Ddaisme,
Surealisme dan seni modan, iaitu Seni Pop dan Seni Op.

Antara artis yang terkenal pada zaman masing-masing adalah seperti Leonardo da Vinci, Vincent
Van Gogh, Pablo Picasso, Albrecht Durer, Paul Cezanne, Salvador Dali dan lain-lain. Gaya
mereka menjadi panduan serta ikutan artis-artis yang terkemudian. Artisan-artisan tanah air juga
kebannyakannya mempunyai cara dan gaya yang dipelopori daripada tokoh-tokoh seni Barat ini.
Namun, sebilangan daripada mereka telah mengolah gaya-gaya tersebut dan seterusnya mencipta
pendekatan yang tersendiri sesuai dengan persekitaran tempatan.
SEJARAH CATAN

Sejarah awal catan Barat telah dikesan melalui rakaman catan yang terdapat pada dinding-
dinding gua di sekitar 15000 hingga 20000 tahun dahulu. Catatan lukisan gambar bison, kuda
dan rusa dilukis di gua-gua yang terdapat di Sepanyol dan selatan Perancis. Gambaran-gambaran
yang dihasilkan banyak berkisar mengenai binatang-binatang buruan merekadan terdapat juga
gambaran si pemburu dengan binatang buruan mereka. Sebagai contoh, Catan di dinding gua di
Lascaux, Perancis ang dianggarkan dihasilkan pada sekitar tahun 15000-10000 sebelum masihi.
Catan ini dihasilkan dengan menggunakan kayu yang dibakar, tulang, kapur dan pelbagai jenis
serbuk.

Perubahan zaman dalam seni catan adalah mengikut peringkat iaitu catan bermula dengan Catan
Yunani Purba seterusnya mengalir ke aliran Renaissance atau zaman perubahan pada kurun ke-
15 dan 16. Zaman Baroque dan Rococo pula muncul setelah kejatuhan zaman Renaissance iaitu
pada kurun ke-17 dan 18. Zaman Romantik dan Impression muncul pada kurun ke-19 dan zaman
seni moden muncul pada kurun ke-20.
Daripada buku rujukan dan bahan-bahan yang saya baca dan kaji semula, saya akan
menghasilkan karya dengan penggunaan teknik daripada aliran catan iaitu Abstark
Ekspressionisme. Dengan teknik daripada aliran ini saya akan menghasilkan karya yang
berasaskan flora iaitu yang berkaitan dengan bunga Refflesia yang semakin pupus di rantau asia
ini. Aliran catan ini lahir akibat daripada peperangandunia ke-2. Akibat daripada itu ramai
pelukis-pelukis berhijrah ke Amarika syarikat. Sebelum itu mereka berpusat di Eropah (Paris)
dan berpindah ke New York (amarika syarikat). Aliran ini berkembang dan merebak selepas
perang dunia ke-2 sekitar tahun 1942-1948, Aliran Abstrak berkonsepkan luahan perasaan
melalui penggunaan warna dan sapuan berus malah teknik renjis-renjis juga ada digunakan
dalam penghasilan sesuatu karya. Jadi sesuai dengan tema yang ingin saya ketengahkan iaitu
tentang “bunga Refflesia yang semakin pupus di rantau asia ini”.

Penghasilan karya ini menggunakan banyak olahan emosi, jadi aliran catan abstrak
ekspressionisme adalah yang paling sesuai dalam pembuatan karya yang akan dihasilkan oleh
saya.

Dari segi teknik dan bahan pula, teknik abstrak ekspressionisme ialah teknik kesan stroke berus
jelas, kasar, bertenaga, berbagai-bagai dan simbolik mengikut kehendak pelukis. Ini kerana
dalam penghasilan karya dengan menggunakan teknik abstak ekspressionisme adalah bebas,
agresif dan spontan mengikut perasaan pengkarya.

Dari segi bahan pula, aliran catan menggunakan media basah seperti cat minyak dan cat akrilik,
tetapi dalam abstrak ekspressionisme penggunaan bahan adalah lebih bebas seperti penggunaan
media campuran seperti penggunaan pasir, serpihan kaca dan ranting kayu. Bahan yang boleh
digunakan untuk melukis ialah jari, berus dan pisai palit.

You might also like