You are on page 1of 3

PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

Seksyen 34 Akta Makanan 1983, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut

1. Nama, mula berkuat kuasa dan pemakaian


 Peraturan- Peraturan Makanan 1985
 Mula berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan
dalam “Warta”.
 Peraturan- Peraturan ini tidak terpakai bagi apa- apa makanan yang disediakan, dikeluarkan
atau dibungkus untuk dieksport ke luar Malaysia.

2. Tafsiran

a) Dalam peraturan- peraturan ini :-

 “Akta” ertinya Akta Makanan 1983


 “alkohol” ertinya alkohol.
 “bungkusan luar” ialah apa- apa bekas yang lebih daripada satu bungkusan makanan yang
sama telah dilabel dengan sempurna diletakkan bagi maksud jualan secara runcit.
 “nama sebutan sebenar” ialah nama atau perihal nama yang tertentu yang bukan secara
umum yang akan menunjukkan kepada pembeli, jenis barang- barang yang sebenarnya adalah
terpakai.
 “pembungkus tambahan” ialah pembungkus dalam atau luar yang hanya digunakan bagi
memudahkan pembungkusan dan tidak untuk menjadi bekas tunggal bagi kandungan
bungkusan itu.
 “steril secara komersial” ialah apa- apa keadaan yang bebas daripada mikroorganisma hidup
termasuk spora yang mempunyai kesan kepada kesihatan awam dan mikroorganisma yang
boleh membiak dalam makanan di bawah keadaan penstoran dan pengedaran biasa.

b) Apa-apa sebutan dalam Peraturan- Peraturan ini mengenai bahagian setiap juta dan bahagian
setiap bilion hendaklah masing- masing disifatkan sebagai bersamaan dengan miligram setiap
kilogram (mg/kg) dan mikrogram setiap kilogram (ug/kg).

c) Apa- apa sebutan dalam Peraturan- Peraturan ini mengenai sesuatu barang tertentu
hendaklah diertikan sebagai meliputi sebutan mengenai sesuatu barang lain yang pada
matanya adalah serupa dengan dan boleh digunakan bagi maksud yang sama seperti barang-
barang yang disebut secara khusus itu.

d) Apa –apa sebutan dalam Peraturan- Peraturan ini mengenai komposisi kekuatan, potensi,
ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh simpan atau lain- lain sifat sesuatu makanan atau
sesuatu ramuan atau komponennya hendaklah menjadi standard yang ditetapkan bagi
makanan ramuan atau komponen tersebut.
e) Jiak di dalam Peraturan- Peraturan ini suatu standard ditetapkan bagi sesuatu makanan tanpa
sesuatu peruntukan nyata melarang apa- apa benda atau bahan tambahan, maka hendaklah
disifatkan di dalamnya suatu peruntukan yang memperuntukkan bahawa makanan yang
ditetapkan standardnya itu tidak boleh mengandungi apa- apa benda atau bahan tambahan
selain daripada air minuman, melainkan dibenarkan secara khusus oleh Peraturan- Peraturan
ini.

3. Makanan yang memerlukan waranti bertulis dari pengilang.

4. Pembungkusan di premis jualan runcit.

a) Dalam Peraturan- Peraturan ini :-


 Tiap- tiap bungkusan makanan itu hendaklah ditutup.
 Jika bungkusan itu diperbuat daripada bahan fleksibel yang lutsinar, label yang
dikehendaki di bawah Peraturan- Peraturan ini bagi makanan itu bolehlah tertakluk kepada
subperaturan (6) peraturan 12, dimasukkan ke dalam bungkusan tersebut.

b) Tiada apa- apa dalam perenggan (e), (f), (g) dan (j) subperaturan (1) peraturan 11, dan
peraturan 18B terpakai bagi sesuatu bungkusan makanan yang tersebut dalam subperaturan
(1).

c) Bgi maksud perenggan (a) subperaturan (1), sesuatu bungkusan hendaklah disifatkan telah
tertutup jika :-
 Dalam hal bungkusan plastik, ianya telah ditutup sepenuhnya dengan haba atau dengan
apa- apa cara lain yang berkesan.
 Dalam hal bungkusan kertas, bahagian terbuka bungkusan itu telah dilipatkan dan
dilekatkan pada tempatnya dengan kertas pelekat atau dengan apa- apa cara lain yang
berkesan.

5. Kecualian dari peraturan 11, 14, 16 dan 18B.

a) Sesuatu bungkusan makanan sekiranya makanan itu adalah dari jenis, kualiti, kuantiti, asal
atau jenama yang diminta oleh pembeli dan ditimbang, dikira atau disukat semasa kehadiran
pembeli.

b) Sesuatu makanan telah dimasak mudah rosak yang telah sedia untuk dimakan terus yang
dibungkus di premis jualan runcit berikutan dengan permintaan dari pembeli untuk kuantiti
tertentu makanan tersebut.

6. Dipotong

7. Peraturan 18B tidak terpakai bagi apa- apa bungkusan yang mempunyai jumlah luas permukaan
yang kurang daripada 100cm dan botol kaca yang boleh diguna semula dengan syarat bahawa
tiada akuan pemakanan dibuat.
Perenggan (a) subperaturan (I)

 “tarikh akhir” berhubung dengan sesuatu bungkusan makanan bermaksud tarikh selepas
makanan itu disimpan mengikut apa-apa keadaan penstoran yang dinyatakan pada labelnya tidak
mungkin dapat mengekalkan ciri- ciri kualiti yang biasanya diharapkan oleh seseorang pengguna.

You might also like