You are on page 1of 111

PANDUAN PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING FIDLOT (SISTEM BERKURUNG) 

6.1 Fidlot (Berkurung)


 

1. Ringkasan Projek

Penggemukan dengan sistem fidlot menghendaki lembu-lembu muda penggemuk sentiasa


berada di dalam kandang, diberi makanan yang bermutu dan air bersih secukupnya; supaya
ternakan itu cepat mencapai berat yang sesuai untuk disembelih.

Dengan cara ini anak lembu jantan muda pada berat asal antara 150-200 kg. akan digemukkan
kepada berat akhir antara 350-400 kg. dalam masa kira-kira 6 bulan. Makanan bermutu yang
digunakan berupa rumusan tunggal seperti PKC atau campuran dedak PKC dengan bahan-bahan
makanan lain seperti rumput dan sisa-sisa pertanian yang lain.

Menternak secara fidlot ini adalah satu usaha bercorak komersial, sama ada sebagai sumber
pendapatan tambahan atau sebagai usaha pendapatan utama yang dijalankan sepenuh masa.
Oleh kerana ia bercorak komersial, penjimatan kos input dan kecekapan pengeluaran hendaklah
dititikberatkan. Semua kos adalah tanggungan penternak dan tidak ada subsidi yang diberikan
oleh Jabatan Per-khidmatan Haiwan.

2. Persediaan Penternak

Seorang penternak yang ingin mencebur diri di dalam usaha ini harus mempunyai ciri-ciri berikut
 

a. Berminat
b. Mempunyai kawasan tanah
c. Mempunyai modal
d. Berupaya mengerjakannya
e. Mempunyai pasaran

3. Memilih Kawasan

Kawasan yang boleh dibinakan fidlot perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
 

a. Cukup ruang untuk mendirikan kandang; luas ruangan kandang ialah 30 kaki persegi
untuk seekor lembu.
 
b. Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk pengangkutan ternakan dan
makanan.
 
c. Mempunyai kemudahan saliran untuk mengalirkan najis dan basuhan kandang, supaya
tidak mencemar air kegunaan orang ramai dan mengotorkan persekitaran.
 
d. Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
 
e. Terletak jauh dari tempat kediaman supaya bau kandang tidak mengganggu orang
ramai.
 
f. Berhampiran dengan kilang membuat makanan yang akan digunakan.
 
g. Terletak berhampiran dengan pasaran daging yang berpotensial.

4. Modal

Semua kos projek akan ditanggung oleh penternak sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa cara
penggunaan modal boleh dijalankan seperti:
 

a. Pembinaan kandang dan alatan - modal penternak sendiri.


 
b. Pembelian lembu - modal sendiri atau perjanjian skim penggemukan atau pinjaman
bank.
 
c. Bekalan makanan - modal sendiri atau pinjaman bank.

Biasanya kemudahan kredit jangka pendek bagi bekalan makanan dapat diuruskan dengan pihak
pembekal bahan makanan.
 

5. Tenaga Kerja

Bagi sebuah fidlot kecil yang memelihara tidak lebih dari 50 ekor ternakan, tenaga penternak
sendiri adalah mencukupi bagi pekerja selama 3-4 jam sehari. Tenaga anggota keluarga boleh
juga membantu di mana diperlukan.

Apabila usaha menjadi sepenuh masa, kadar kecekapan pengeluaran perlu ditingkatkan. Untuk
itu, seorang pekerja boleh mengendalikan sehingga 200 ekor ternakan sehari, dengan
menggunakan alatalatan pengurusan yang bersesuaian.
 

6. Merancang Pemasaran

la adalah paling penting dikaji sebelum satu usaha fidlot dimulakan. Kemudahan pemasaran
mestilah dipastikan terlebih dahulu supaya semua ternakan yang dipelihara dapat dijual pada
masa yang dirancangkan, atau pada harga yang paling baik.
 

7. Pembinaan Kandang
 
a. Luas ruangan untuk seekor lembu di dalam kandang konkrit ialah 30 kaki persegi.
Misalnya, kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi adalah
sesuai untuk 10 ekor ternakan.
 
b. Untuk kandang terbuka yang tidak berkonkrit, keluasan yang lebih adalah diperlukan,
iaitu kira-kira 150 kaki persegi untuk seekor. Kandang jenis ini adalah kurang sesuai di
negara ini kerana kadar hujan yang tinggi dan mengganggu pengurusan dan
menimbulkan masalah kebersihan kandang.
 
c. Sistem perparitan dan kecerunan lantai adalah penting sama ada ia kandang konkrit atau
kandang terbuka di atas tanah. Konkrit yang baik juga diperlukan supaya lantai lebih
tahan lama dan tidak mencederakan ternakan. Palung makanan mestilah terletak lebih
tinggi arasnya dari palung air.
 
d. Seelok-eloknya terdapat pokok-pokok di sekitar kandang untuk teduhan dan lindungan
dari angin.
 
e. Contoh-contoh binaan kandang adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.
 
f. Tiang dan palang dinding kandang hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya dari
kayu yang mahal. Memadailah dari kayu lama atau kayu belahan kilang yang kukuh.
Kayu-kayu hutan yang baik boleh mengurangkan belanja membina kandang. Atap nipah
atau zing boleh digunakan untuk bumbung.
 
g. Palung makanan boleh dibuat dari konkrit atau lebih murah lagi dengan menggunakan
alat-alat seperti Lampiran 3. Palung air juga boleh dijimatkan dengan membuatnya dari
bahanbahan murah seperti Lampiran 3. Ruang makanan yang diperlukan ialah 1.5 ka.
tiap-tiap seekor dan ruang untuk minuman ialah 1 ka. tiap-tiap seekor.
 
h. Bumbung kandang hendaklah jenis yang dapat menahan panas dan hujan dan memberi
sistem pengudaraan yang baik. Bagi kandang yang besar, bumbungnya memadai dibina
di atas palung makanan sahaja.
 
8. Stor Makanan

Tempat menyimpan makanan yang berbumbung berlantai dan sentiasa kering hendaklah
disediakan. Seelok-eloknya terletak berhampiran dengan kandang serta mempunyai kemudahan
untuk memunggah guni-guni makanan. Pengudaraan yang baik juga diperlukan, di samping
ianya perlu bebas dari serangan tikus.
 

9. Pengurusan Tinja (Najis)

Sebuah takungan pepejal tinja adalah diperlukan pada kadar kira-kira 1 kaki padu seekor sehari.
Takungan ini dibuat bagi menampung basuhan kandang supaya pepejal tinja dapat mendak dan
hanya air yang jernih sahaja keluar dari kawasan kandang. Bagi fidlot yang lebih besar, sistem
takungan tinja dan pengudaraannya harus diubahsuai supaya mengurangkan pencemaran.
Pepejal tinja boleh dikumpulkan setiap minggu untuk dijadikan baja tanaman.
 

10. Tempat Memunggah dan Menimbang

Tempat memunggah ternakan yang sesuai adalah diperlukan supaya ternakan tidak tercedera
dan mudah turun naik lori. Ketinggian muka pintu harus disesuaikan dengan tinggi lantai lori
yang digunakan.

Tempat menimbang pula diperlukan dan seelokeloknya bersekali dengan tempat memunggah. Ini
memudahkan menimbang ternakan semasa ketibaan dan ketika membuat jualan. Kecederaan
semasa menimbang juga dapat dikurangkan.

Menimbang ternakan juga mungkin diperlukan dari masa ke semasa, misalnya untuk tujuan
memilih ternakan yang telah sesuai dijual, atau bagi mengesan ternakan yang sakit atau
terbantut.
 

11. Trevis/Pasung

Sebuah trevis atau pasung diperlukan untuk mengawal ternakan ketika membuat rawatan atau
pemeriksaan. Biasanya, tempat menimbang boleh digunakan juga untuk tujuan ini.
 

12. Kemudahan Pengangkutan

Selain dari jalan yang baik, kawasan kemudahan untuk lori berpusing adalah penting, supaya
tidak berlaku kemalangan dan kecederaan ketika memunggah ternakan dan makanan.
 

13. Pengurusan Fidlot

Ada dua sistem pengurusan fidlot yang boleh diamalkan, iaitu:


 

a. Sekali-masuk-sekali-keluar

Dengan cara ini, satu kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang dan apabila
tempoh penggemukan tamat, ternakan akan dijual sekaligus. Cara ini memudahkan
penternak merancang masa pemasaran yang sesuai. Biasanya fidlotfidlot kecilan sahaja
yang mengamalkan cara ini, kerana jumlah ternakan yang sedikit mudah dijual secara
serentak.
 

b. Masuk-keluar berterusan

Dengan sistem ini, kumpulan ternakan dimasukkan ke dalam kandang secara


berperingkatperingkat mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan atau dua
bulan sekali. Hanya fidlot besaran dapat menjalankan sistem ini, kerana kandang-
kandang perlu dipetak-petakkan mengikut keperluan.

Dengan sistem ini pembelian dan penjualan ternakan dapat dibuat secara berterusan.
Apabila semua petak-petak berisi ternakan, jumlah ternakan akan sentiasa tetap pada
setiap masa. Cara ini akan memudahkan pengurusan dan kecekapan pengeluaran akan
meningkat.
 

14. Jenis-jenis Ternakan

Semua anak jantan baka pedaging dan baka tenusu boleh dijadikan lembu pengganti untuk
digemukkan di dalam fidlot. Baka tempatan yang boleh digunakan ialah Kacukan Friesian
Sahiwal, Droughtmaster, Kedah-Ke!antan, Brahman dan kacukan pedaging dari baka-baka
tersebut. Akan tetapi, baka tempatan adalah terhad bekalannya. Oleh itu, lembu pengganti dari
baka Kacukan Brahman atau Kacukan Komersial dari Australia (ACC) telah diimport. Dari kajian
yang dijalankan, baka ini telah didapati sesuai digemukkan di dalam fidlot. Lembu pengganti dari
baka ini juga boleh diimport dengan banyak dari Australia dengan harga yang hampir setanding
dengan lembu baka tempatan.
 

15. Menerima Ternakan


 
a. Sebelum menerima ternakan, kandang mestilah telah sempurna, siap dengan bekalan air
dan makanan untuk beberapa hari. Dua atau tiga utas tali jerami sepanjang 20 kaki
sebesar jari adalah diperlukan untuk mengawal anak lembu yang akan tiba, sekiranya
diperlukan.
 
b. Semua lembu perlu ditimbang bagi mengetahui berat asal dan direkodkan. Pemeriksaan
menyeluruh hendaklah dibuat kepada lembu-lembu dan pastikan ternakan ini adalah
sihat.
 
16. Pemakanan
 
a. Hampas isirung palma (PKC) sebagai rumusan tunggal.

Pada beberapa hari pertama, lembu-lembu mungkin tidak memakan PKC, kerana ia
makanan baru. Oleh itu, PKC dikenalkan perlahan-lahan dengan mencampurkan rumput.
Gula hitam (molasses) boleh dicampurkan jika perlu, untuk merangsangkan lembu
memakan PKC. Pada biasanya, dalam tempoh seminggu, lembu-lembu itu akan dapat
memakan PKC semahunya tanpa makanan lain. PKC hendaklah sentiasa ada di dalam
palung makanan. Ia ditambah dengan kadar yang berpatutan supaya tidak membazir.
Cara membuat anggaran yang mudah ialah dengan melihat sisa makanan sebelum
menambah makanan yang baru. Makanan hari sebelumnya hendaklah hanya tinggal
sedikit sahaja di dalam palung. Makanan sisa itu hendaklah diasingkan untuk ditaburkan
di atas makanan yang baru ditambahkan. Jangan dibuang sisa-sisa makanan kerana ia
merugikan.

b. Rumusan makanan Sisa Pertanian


Beberapa jenis bahan sisa pertanian di negara ini boleh digunakan sebagai campuran
makanan untuk lembu di dalam fidlot. Dari kajian yang telah dibuat, beberapa campuran
bahan makanan berasaskan PKC boleh digunakan. Beberapa contoh adalah seperti
berikut: -

Contoh (i)

Bahan Makanan Berat (kg)

Hampas Isirung Palma (PKC) 2.875


Enapcemar Kelapa Sawit (POME) 2.0
Tri-Calsium Phosphate (TCP) 0.05
Kapur (Limestone) 0.025
Garam dan Vitamin 0.025

Jumlah 5.000

Contoh (ii)

Berat Berat
Kering Basah
Bahan Makanan
(kg) (kg)

Hampas Isirung Palma (PKC) 2.95 2.95


Hampas sagu 2.03 13.53
Limestone 0.02 0.02

Jumlah 5.00 16.50

c. Air

Air yang bersih hendaklah sentiasa ada secukupnya di dalam palung. Air telaga yang
bersih atau air dari bumi adalah lebih menjimatkan daripada alr paip.
 

d. Garam Galian dan Vitamin

Garam galian hendaklah dicampurkan bersama dengan kadar 1 - 1.5 kg. setiap 100 kg.
makanan. Sebagai gantian garam dapur atau garam TCP boleh disediakan untuk dijilat.

17. Membasuh Kandang


Kandang ternakan biasanya dibasuh sekali dalam sehari. Akan tetapi, untuk menjimatkan belanja
ianya boleh dibasuh dua hari sekali sahaja. Untuk membasuh kandang, air perigi yang dipamkan
menggunakan jentera pam air adalah lebih baik kerana ianya lebih murah dan kuat tekanannya.
Ketika membasuh, pastikan air tidak membasahi palung makanan, kerana ia akan menyebabkan
makanan berbau dan berkulat.

18. Rawatan

Sambil membasuh kandang dan memberi makanan, pemerhatian hendaklah dibuat secara
keseluruhan kepada ternakan. Jika kelihatan ada lembu yang tidak sihat, pegawai dari Jabatan
Perkhidmatan Haiwan hendaklah dihubungi segera untuk bantuan rawatan.

19. Tempoh Penggemukan Tamat

Penggemukan secara fidlot biasanya dijalankan selama enam bulan. Ini bergantung kepada berat
terakhir dicapai oleh ternakan atau adanya peluang pasaran dengan harga yang tinggi. Pada
bulan-bulan terakhir, pertambahan berat yang menurun juga menunjukkan lembu-lembu sudah
siap untuk disembelih. Biasanya, berat maksimum yang menguntungkan bagi lembu-lembu
import yang digemukkan ialah antara 350 kg. hingga 400 kg. Sungguhpun demikian, lembu boleh
juga dijual pada berat yang kurang sekiranya ada pembeli yang sedia membayar harga yang
tinggi. Keperluan pengguna dan kemampuan pembeli juga harus diambil kira.

20. Menjual Ternakan

Penternak digalakkan menjual sendiri ternakan masing-masing di masa yang betul. Kriteria yang
digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Lembu boleh mula dijual apabila
mencapai berat badan antara 320 - 350 kg.

Format cara jualan ini boleh diguna sebagai panduan:


 

a. Jualan sendiri:

Penternak bebas menjual lembu hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia menawarkan
harga yang baik dan menguntungkan.
 

b. Sistem lelong:

Beberapa orang penyembelih diberitahu dan dipanggil ke fidlot, sesiapa menawarkan


harga yang paling baik, penyembelih itu berjaya membeli lembu.
 
c. Melalui Jabatan:

Pegawai Penyelaras Projek boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli
yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan lembu yang besar
dengan mengambilkira kos pengangkutan.
 
d. Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:

Penternak yang mendapat kemudahan gerai di Pasar Tani atau Pasar Besar boleh
menjual sendiri daging lembu keluaran fidlot mereka. Dengan cara ini tiap-tiap penternak
dijangka mendapat keuntungan yang lebih banyak.

Penjualan hendaklah dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga lembu yang
dipelihara secara fidlot sepatutnya lebih tinggi daripada lembu-lembu biasa, kerana mutu
dagingnya lebih baik.

21. Pengurusan Kewangan

Sekiranya penternak mendapatkan modal dan makanan secara kredit, pembayaran balik kredit
itu adalah sangat penting dalam edaran kewangan projek.

Pegawai-pegawai Penyelia Projek dari Jabatan Haiwan akan memastikan pembayaran dibuat
mengikut jadual dan penternak mempunyai sistem akaun yang mudah difahami semasa jualan.
Pegawai-pegawai tersebut akan mengasingkan bayaran untuk bank dan untuk penternak bagi
mengelakkan sebarang penyelewengan. Akaun yang sistematik perlu disimpan oleh Pegawai
tersebut di peringkat permulaan supaya mudah penternak mengambil alih kemudian.

22. Peringatan Khas

Harus diingat, bahawa penternakan secara fidlot ini adalah usaha bercorak komersial. Segala kos
dan kecekapan pemeliharaan perlu diberi perhatian supaya mendapat keuntungan. Jika
diperbesarkan aktiviti ini ianya boleh dijadikan sumber pendapatan utama.

Segala pembaziran input melalui makanan, air, bahan api, pembinaan kandang hendaklah
dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang lembu. Masa itu boleh digunakan
bagi mencari satu pencarian yang lain.

Harap bersabar jika mendapati lembu yang baru tiba kelihatan agak liar kerana ia belum sesuai
dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh, serta pemberian
makanan dan air yang cukup boleh menentukan kejayaan.

23. Contoh Aliran Tunai


Berikut adalah contoh aliran tunai bagi satu unit fidlot yang memelihara 20 dan 50 ekor lembu
untuk dijadikan panduan. Harga yang digunakan boleh berubah dari masa ke semasa.

Andaian

Berat asal lembu 200 kg @ $3.30/kg.


Berat akhir lembu 350 kg @ $3.30/kg.
Memakan PKC @ 5 kg sehari
Kenaikan berat badan @ 0.8 kg sehari
Harga PKC @ 25 sen sekg.
 

Pendapatan

  20 ekor 50 ekor
  (RM) (RM)

Hasil Jualan Lembu


23,100 57,750
350 kg x 20 x $3.30
 
Perbelanjaan
i. Pembelian anak lembu 200 kg x $3.00/kg x 20 13,200 33,000
ii. Kandang 60 ka x 20 ka (Susutan 5 tahun) 300 2,000
iii. Makanan (PKC) 940 kg/ @ $0.25/kg x 20 4,700 11,750
iv. Garam galian 100 250
v. Kemudahan air, bahan api 150 300
 
  18,450 47,300
vi. Faedah Bank @ 10% 1,845 4,730
 
  20,295 52,030

Pendapatan Bersih 2,805 5,720

 6.2 Ragutan Separa Intensif/lntegrasi

Selain dari penggemukan lembu secara fidlot, penggemukan juga boleh dibuat secara
ragutan separa intensif atau secara integrasi. Dengan cara ini, penternak tidak perlu
mengeluarkan belanja yang mahal untuk membeli makanan ternakan. Sebaliknya, lembu
yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar
atau di kawasan rezab ragutan di dalam tempoh yang dihadkan atau di bawah tanaman
utama khasnya kelapa sawit. Lembu-lembu dihalau balik ke dalam kandang untuk
makanan tambahan dan berteduh di waktu malam. Ini bermakna penternak perlu
menyediakan kandang malam dan mempunyai kawasan meragut yang mencukupi.
Untuk penggemukan jenis ini, hanya anak lembu jantan baka tempatan yang sesuai,
kerana ternakan itu telah jinak dan dapat menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran
tempatan. Baka-baka lembu jenis Kedah-Kelantan dan kacu kannya, Kacukan Friesian
Sahiwal, lembu L.l.D., Droughtmaster dan kacukan Brahman tempatan boleh dipelihara
untuk tujuan ini.

A. Kandang

Keperluan ruangan kandang adalah sama seperti kandang untuk penternakan


fidlot. Seekor lembu penggemuk memerlukan 30 kaki persegi. Jika kandang
berlantai konkrit agak mahal, kandang tidak berlantai boleh digunakan dengan
syarat mempunyai saliran yang baik dan dijaga supaya sentiasa bersih dan kering.

Palung air yang baik hendaklah ada bagi membekalkan air bersih secara
berterusan. Palung makanan diperlukan bagi pemberian dedak tambahan dan
garam galian. Ruangan makan ialah 1.5 kaki seekor, sementara ruangan minum
ialah satu kaki seekor.

B. Makanan

a. Rumput

Banyak kawasan-kawasan seperti di ladang kelapa sawit, kelapa, dusun


ataupun di tepi-tepi taliair yang ditumbuhi oleh rumput semulajadi yang
tebal dan menghijau. Kawasan rumput ini boleh dijadikan sumber
makanan anak-anak lembu jantan penggemuk. Kawasan tersebut perlu
dipagar dan ragutan hendaklah dijalankan dengan cara yang teratur.

Jumlah lembu yang boleh dipelihara dalam satu hektar kawasan


bergantung kepada banyaknya rumput yang ada untuk diragut. Di dalam
ladang kelapa sawit misalnya, seekor lembu penggemuk memerlukan
kawasan seluas di antara 1-4 hektar.

Menanam rumput khas untuk ragutan lembu penggemukan jenis ini adalah
tidak digalakkan. Ini adalah disebabkan belanja pembangunan dan
penjagaan padang ragut adalah sangat tinggi memadai dengan penjagaan
rumput semulajadi dengan sistem ragutan yang teratur dan pembajaan
yang cukup.

 
b. Dedak

Makanan tambahan berupa dedak bolehlah diberikan pada kadar 2 kg


seekor sehari, sekiranya kewangan mengizinkan dan bekalan mudah
didapati. Banyak hasil-hasil sampingan pertanian seperti hampas isirung
palma (PKC), enapcemar kelapa sawit (POME), molasses, hampas kacang
soya, hampas sagu, dedak beras dan sebagainya boleh digunakan dengan
belanja yang murah di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Makanan tambahan tersebut boleh diberikan secara tunggal atau dirumus
supaya seimbang. Bentuk rumusan adalah serupa seperti rumusan untuk
lembu fidlot.

C. Penggemukan Tamat

Penggemukan secara ragutan separa intensif akan memakan masa di antara 8


hingga 12 bulan bergantung kepada berat asal anak lembu jantan dan jenis
makanan diberikan.

Biasanya, anak lembu berumur purata 10 bulan dengan purata berat asal pada 150
kg akan dapat mencapai berat akhir 300 kg dalam tempoh 10 bulan; dengan
meragut rumput semulajadi dan memakan dedak tambahan. Tempoh akan lebih
panjang jika tidak memakan dedak tambahan.

D. Pinjaman Bank

Modal bagi projek seperti ini boleh diperolehi dari Bank Pertanian atau mana-
mana bank perdagahgan di Malaysia. Tempoh dan cara bayaran balik serta kadar
faedah boleh dirundingkan dengan pihak pengurusan bank.

E. Contoh Aliran Tunai

Sebagai contoh, berikut ialah aliran tunai bagi satu projek penggemukan ragutan
separa intensif yang memelihara 10 ekor.

Andaian

Berat awal lembu 150 kg @ $3.30/kg.


Berat akhir lembu 300 kg @ $3.30/kg.
Memakan PKC @ 2 kg sehari @ $0.25/kg.
Pendapatan

  RM

Jualan lembu 300 kg x $3.30/kg x 10 9,900


 
Perbelanjaan
 
a. Pembelian anak lembu 150 kg x $3.30/kg x 10 4,950
b. Kandang 30 ka x 10 ka (susutnilai 5tahun) 100
c. Makanan, PKC 600 kg x $0.25 kg x 10 1,500
d. Garam galian 50
e. Kemudahan air, bahan api dll. 300
 
  6,900
f. Faedah bank@ 10% 690
 
Jumlah Perbelanjaan 7,590

Pendapatan Bersih 2,310


Kandang Kambing di Ladang Ar-Raudhah, Kuang,
Gombak

Kandang kambing ini menggunakan rekaan bumbung yang baik.  Sila beri perhatian kepada
bumbung bertingkat (monitor roof) yang memudahkan udara panas keluar daripada kandang.

Kandang Kambing di Ladang Pena Erat, Kg. Teluk


Penyamun, Kuala Selangor

Kandang kambing ini pada asalnya reban ayam.  Pengusahanya


membuat ubahsuaian apabila ingin beralih bidang usaha kepada
penternakan kambing pula.

 
Kandang Kambing di Ladang Pena Erat, Kg. Teluk Penyamun, Kuala Selangor

Pandangan lain dalam kandang kambing di Ladang Pena Erat yang menunjukkan betapa
panjangnya kandang ini.

Kandang Kambing di Ladang MJ Fatonah, Kg. Teluk


Penyamun, Kuala Selangor

Kandang kambing ini pula menggunakan kombinasi tiang batu di


mana pada pendapat pengusahanya lebih kukuh.  Sila beri
perhatian kepada pelantar di tepi kandang untuk memudahkan
para pekerja memberi makanan kepada kambing.

 
PANDUAN PENTERNAKAN BEBIRI

Baka Bebiri

Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah
diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri
dibahagikan kepada dua:

1. Baka Asli Tempatan(Malin)

2. Baka Eksotik

a. Dorset Horn

b. Polled Dorset

c.Wiltshire

d.Baka Kacukan

Baka Asli Tempatan(Malin)

o baka bebiri yang banyak terdapat di negara ini. 


o bertubuh kecil dan pendek, berbulu putih, kehitaman dan kadangkala perang dan
hitam di bahagian kepala dan kaki. 
o bulunya sederhana panjang dan agak lurus serta berkeupayaan untuk
menggugurkan bulunya sendiri. Baka jantan mempunyai tanduk. 
o Telinganya sederhana besarnya dan kadang kala genit (vestigial). 
o Ciri-ciri yang baik untuk baka ini ialah ia tahan kepada cuaca dan penyakit.

Jantan Malin Betina Malin


Berat Lahir 1.8 kg.  1.8 kg.
25 - 30 kg.  15 - 25 kg.

Dorset Horn

o baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal. 
o bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan
dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
o baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia
kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3. 
o baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya
adalah sangat menggalakkan.

Jantan Dorset Horn Betina Dorset Horn


60 - 110 kg. 40 - 70 kg.

 Polled Dorset

o jenis yang berbulu sederhana panjang. 


o Badannya besar dan gempal. 
o Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu. 
o bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan
membuat lingkaran di kepala.
o boleh menyesuai diri pada iklim panas.
o Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2
atau 3. 
o baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya
adalah sangat menggalakkan.

Jantan Polled Dorset Betina Polled Dorset


25 - 30 kg . 15 - 25 kg  

Wiltshire

o Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai
kambing.
o la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan sa

iz adalah sederhana. 

o Pemeliharaannya adalah untuk

daging 

o Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi


yang baik. 

Jantan Wiltshire Betina Wiltshire


40 - 100 kg. 40-80- kg.

Baka Kacukan
o Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun
dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan
yang tempatan.
o Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka
Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
o Rupanya mirip jenis exotic. 
o Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek
dari baka exotic.

o Jantan Baka Kacukan Betina Baka Kacukan

20 - 50 kg. 20 - 40 kg
PENGURUSAN PENTERNAKAN
 

o Lahir hingga 3 bulan


 Anak bebiri yang
baru lahir dikurung
bersama ibunya
selama 2 minggu.
 
 Ibu bebiri beserta
anak-anaknya tidak
akan dilepas
meragut selama 4 -
6 minggu
 
o Selepas cerai susu hingga
dewasa
 Selepas cerai susu
(umur 3-4 bulan),
anak bebiri
dipisahkan dari ibu.
 
o Penjagaan bebirl dewasa
 Setiap ekor
diperiksa gigi, kaki
dan ambingnya.
 Pemberian ubat
cacing dan
penyemburan ubat
kutu dibuat
mengikut jadual.
 
o Penjagaan dalam
Penggemukan
 Faktor yang penting
ialah makanan yang
bermutu.
 Anak bebiri boleh
digemukan bila
telah meningkat 3 -
4 bulan.
 Penggemukan ini
memerlukap empat
hingga lapan bulan
dimana berat badan
mencapai antara 20
- 35 kg.

Pengurusan Am

o Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan


o Perawatan Kuku
o Pencukuran Bulu Bebiri

Sistem berkurung  

o Sistem ini pada amnya tidak digalakkan


o Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan
ragutan
o Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau
makanan lain
o Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2
bulan

Sistem meragut bebas

o Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.


o Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
o Risiko kehilangan adalah tinggi

Sistem separuh berkurung  

o Dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam
kandang pada waktu malam
o Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan
dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali

PEMAKANAN BEBIRI

Keperluan dan Manfaat Makanan

Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan.
Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang
disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.

Klasifikasi Makanan

 
Zat Pemakanan Keterangan
Protin pembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga
adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu.
Karbohidrat (Kanji) dan Lemak memberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya
akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan
menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan
kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga
menurun.
Garam Galian untuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga
bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium,
diperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium.
atau batu garam. Campuran yang diberi Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari.
biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium
phosphate) 1% garam biasa, 0.5% "trace
minerals" dan 0.5% batu kapur. Garam
galian akan mengambil tempat jagung 3 -
5% dari peratus makanan tambahan
Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam
mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan,
biasanya dicampurkan dalam makanan pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C
tambahan atau pun dalam garam galian dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D
dan E patut diberi penekanan.
Serabut kasar la memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan
mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan
selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman
Air mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan,
ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum
bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan
makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata
keperluan- sebanyak 3 - 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan.
Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering
makanan sehari biasa ia memerlukan 12 - 16 liter air sehari. Cara yang
baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan
di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada
Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan
berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.
JENIS BAHAN MAKANAN

Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Makanan Hijauan

Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan
bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi
tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan
bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn
penghadaman.

Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan
kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan
rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.

Tumbuhan ini terdiri dari rumput rumpai asli dan kekacang yang diperkenalkan sebagai penutup bumi. Kira-kira
60 - 70% daripada tumbuhan di dalam kebun-kebun ini boleh dimakan oleh ternakan dan nilai zat makanannya
adalah setanding dengan rumput pastura yang ditanam. Jenis rumpai asli yang lebih digemari oleh bebiri ialah
rumput melala, rumput Israel (Asystasia) selaput tunggul, pengorak, rumput kerbau dan rumput pait.
Kebanyakan daripada kekacang penutup bumi juga digemari, melainkan jenis Calopogoniurn caeruleum yang
biasanya diragut akhir sekali.

Dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini sebagai makanan ternakan bebiri, kadar muatan bebiri di dalam
sesuatu kawasan perlulah diambil perhatian supaya dapat mengelakkan daripada ragutan berlebihan. Oleh
kerana pengeluaran bahan hijauan dan bahan kering daripada tumbuhan ini dijangka rendah, kemampuan
menampung bilangan ternakan juga adalah terhad.

Bagi bahan hijauan basah seperti rumput atau kekacang, seekor bebiri dewasa memerlukan di antara 8 - 10%
dari berat badan, setiap hari atau bagi bahan kering diantara 2.5 - 3% dari berat badannya. Sebagai garis
panduan kadar penampungan yang disyorkan adalah diantara 3 - 7 ekor bebiri dewasa sehektar bergantung
kepada kesuburan tumbuhan rumput rumpai di bawah tanaman-tanaman tersebut.

Makanan Tambahan

Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 - 10% dari jumlah berat
makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.

o Bebiri betina yang sedang bunting


o Bebiri betina yang sedang menyusu
o Anak bebiri betina untuk digemukkan
o Pejantan baka yang sering digunakan
o Anak bebiri yang baru dicerai susu

Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi
daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat
sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan
sampingan pertanian yang lain seperti berikut

Contoh I

o 50% atau 2 bahagian jagung


o 25% atau 1 bahagian sekam/dedak padi
o 25% atau 1 bahagian sekam/dedak gandurn.

Contoh II

o 80% atau 4 bahagian jagung


o 20% atau 1 bahagian dedak kacang soya

Contoh III

o 60% atau 6 bahagian jagung


o 20% atau 2 bahagian dedak kacang soya
o 20% atau 2 bahagian sekam dedak gandum atau padi

Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah
perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti
hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam,
kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang
diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya
yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat
memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.

Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah
dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra
yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta)
adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.
Kesihatan Ternakan

Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak.
Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:

o ternakan senang mendapat penyakit


o ternakan yang sakit pada amnya tidak akan membiak
o ternakan kurang selera makan dan produktiviti menurun
o kematian akan meningkat
o kos perubatan akan meningkat
o prestasi akan menurun dan merugikan oenternak

Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan
pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh
adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu
mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya
tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.

Bebiri Sihat Bebiri Sakit


Kelihatan segak, cergas dan aktif Monyok dan kelihatan tidak bermaya
Bulu kernas, teratur dan lebih bersih. Bulu kusut, kering dan mudah gugur
Berselera makan. Tidak mahu makan
Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan
dengan ternakan lain. dari kumpulan
Mata, hidung dan mulut berair atau
Mata, hidung dan mulut bersih.
berhingus
Tahi tidak bulat / terlalu cair
Tahi keras, bulat dan kurang berbau.
 
Gempal dan tegap Badan kurus kering
 

Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri. Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan
kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan
1. Penyakit Cacing dengan segera untuk tindakan
2. Coccidiosis
3. Penyakit Puru (Contagious ecthyma) 1. Penyakit Kuku dan Mulut
4. Penyakit Kembung 2. Penyakit Caseous Lymphadenitis
5. Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk 3. Penyakit Melioidosis
6. Cirit-birit 4. Penyakit Brucellosis
7. Kurang Darah 5. Penyakit Clostridlum
8. Kancing Gigi (Tetanus) 6. Penyakit Pasteurellosis
9. Luka 7. Penyakit Lidah Biru
10. Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan
11. Penyakit Kutu/Kurap
12. Sakit Mata (Conjuctivitis)
13. Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)

 
Pembiakan

Umur Dewasa Bebiri

Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 - 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-
faktor berikut:

Keterangan
Faktor
Baka bebiri Baka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari
jenis besar
Keadaan makanan Bebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan
mencapai kedewasaan lebih cepat.
Keadaan sekeilling Bebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika
dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin.
 

Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan
bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.

Sifat Reproduksi

o Kitaran berahi/jarak berahi: 15 - 20 hari secara purata 17 hari


o Lama berahi : 20 - 42 jam atau purata 30 jam

Tanda-tanda berahi

o Gelisah dan mengembek


o Nafsu makan berkurang
o Suka memanjat bebiri lain
o Kerap berdamping dengan bebiri jantan
o Kemaluan membengkak dan kemerah-merahan
o Keluar cairan/lendir dari kemaluan
o Suka mengoyang-goyangkan ekor
o Rela dirinya dipanjat dan dikahwini

Jangka masa bunting

144 - 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)

Jarak kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar
kelahiran kernbar sebanyak 10 - 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam
setahun ialah 1.4 - 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun)

PENYAKIT - PENYAKIT  BEBIRI

Penyakit Cacing

Penyakit ini sering dihidapi oleh ternakan bebiri. Ini berlaku apabila ternakan tersebut memakan rumput-
rumput yang telah dicemari oleh najis ternakan yang mempunyai telur cacing tersebut.

Tanda-tanda Penyakit

 Badan kurus dan tidak membesar (bantut)


 Perut buncit
 Kadang-kadang cirit-birit dan lemah
 Bengkak di bawah dagu
 Bulu kasar, tidak berkilat dan mudah gugur
 Pucat dan badan kekurangan air (dehydrated)
 Analisis tinja di makmal menunjukkan bilangan telur cacing yang tinggi

Pencegahan

 Kandang hendaklah selalu bersih dan kering


 Rumput yang diberikan jangan dari kawasan yang berair, atau dari kawasan yang telah
dicemari telur cacing
 Pemberian ubat cacing dengan teratur, contoh 3 minggu atau 2 bulan sekali bergantung
pada keadaan
 Ternakan yang baru hendaklah diberikan ubat cacing sebelum dilepaskan

Rawatan

 Memberi ubat cacing yang berkesan


 Mempastikan ternakan mendapat minuman yang banyak
 Memberi makanan tambahan

Jenis ubat
 Systernex, Synantic, Nilzan dan lain-lain

Coccidiosis

Penyakit ini adalah disebabkan oleh protozoa dan selalunya terjadi di kalangan anak bebiri. Ia berlaku apabila
ternakan berada dalam kawasan yang sempit, lembab, dan kotor.

Tanda-tanda Penyakit

 Cirit-birit
 Najis berbau busuk dan kadangkala mengandungi darah
 Kurang selera makan
 Lemah dan kekurangan air (dehydrated)
 Kurus
 Kematian

Pengesahan dibuat melalui pemeriksaan tinja di makmal.

Pencegahan

 Pastikan kandang sentiasa bersih dan kering


 Beri keluasan kandang yang cukup untuk ternakan

Rawatan:

 Memberi ubat yang mengandungi bahan belerang (sulphur drugs)


 Memberi minuman yang lebih
 Laporkan kepada Pegawai Veterinar yang berdekatan

Jenis-jenis ubat

 Sulphamezathine (33 1/3%) dll

 
Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. la biasanya menyerang anak bebiri yang masih menyusu
dan mengakibatkan anak bebiri menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan

Tanda-tanda penyakit

 Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut mulut. gusi
dan bibir
 Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala
merekah dan berdarah
 Tanda-tanda juga berlaku di bahagian kaki terutama di celah-celah jari dan juga pada bahagian
tetek ibu
Pencegahan

 Suntik semua bebiri yang dibawa masuk ke ladang


 Suntik semua anak bebiri selepas cerai susu
 Suntik ternakan dewasa setiap tahun
 Sekiranya ternakan sudah terkena penyakit, rawatan dan pengubatan dilaksanakan bagi
mengelakkan jangkitan kuman penyakit lain.

Rawatan

 Membersih dan mengubat luka-luka akibat gelembung yang pecah dengan menggunakan ubat
iodine atau 'gentian violet' (ubat biru). Ubat antibiotik juga perlu digunakan.

Jenis-jenis ubat/veksin:

 Veksin Contagious ecthyma, iodine, 'gentian violet'

 
Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk

Penyakit ini biasanya terjadi apabila bebiri terkena hujan yang agak lama. Tempat yang lembap atau basah
serta kawasan yang sempit dan tidak mempunyai pengedaran udara yang baik boleh menimbulkan masalah ini.

Tanda-tanda penyakit

 Kelihatan moyok dan mengasingkan diri


 Lemah dan tidak berdaya
 Pernafasan cepat
 Kadangkala batuk dan keluar bendalir dari hidung seperti hingus
 Suhu naik

Pencegahan

 Asingkan supaya tidak berjangkit


 Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembap
 Pastikan luas kawasan yang cukup untuk ternakan
 Adakan pengedaran udara yang baik untuk kandang
 Jangan dibiarkan ternakan di tengah hujan

Rawatan

 Tempatkan ternakan di tempat yang kering dan bersih serta mempunyai pengedaran udara
yang baik
 Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan

Jenis-jenis ubat

 Terramycin L.A. Ampicillin, chloramphenicol dil.


 
Penyakit Kembung

Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas di dalam perut. Ini boleh berlaku apabila ternakan memakan
terlalu banyak rumput-rumput muda atau tumbuh-tumbuhan yang mengandungi banyak bahan-bahan nitrogen
seperti kekacang. la juga boleh terjadi jika berlaku sekatan di bahagian esophagus.

Tanda-tanda penyakit:

 Perut buncit terutama di sebelah kiri


 Bunyi denturnan yang kuat apabila diketuk
 Sesak pernafasan
 Mengeluarkan air liur
 Membuat bising - mengembek
 Rebah sebelah kanan 'convulsion' dan boleh menyebabkan kematian

Pencegahan

Pengurusan pemakanan yang betul, kurangkan pemberian kekacang, rumput muda dan bahan yang
mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi

Rawatan

 Memberi makan minyak kacang, sayur atau jagung


 Berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran untuk rawatan

Jenis-lenis ubat

 'Bloat Remedy', minyak sayur dll.

 
Cirit-birit

Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

 Cacing
 Protozoa (coccidia)
 Kuman bakteria
 Salah makan

Tanda-tanda penyakit

 Tahi cair atau tidak berbentuk bulat seperti biasa


 Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor
 Bebiri akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri
 Kadangkala naiis berbau busuk
 Suhu badan naik
 Lemah
 Kekurangan air (dehydration)
 Berat badan turun
 Bulu kasar

Pencegahan

 Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing


 Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan jauh dari kuman merbahaya
 Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar

Rawatan

 Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos


 Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti 'koalin' yang boleh mengalas kulit dalam
perut
 Memberi ubat pembunuh kuman, protozoa ataupun cacing
 Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang terdekat untuk mendapatkan rawatan

 
Kurang Darah

Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah kurang daripada biasa.

Tanda-tanda

 Bibir, gusi dan lidah pucat


 Lapisan dalam kelopak mata dan kernaluan keputihan
 Lemah
 Bulu meremang
 Badan kurus

Rawatan dan Pencegahan

 Memberi makanan yang cukup dan berzat


 Menambahkan zat besi
 Memberikan vitamin untuk meningkatkan selera makan
 Memberikan ubat cacing

 
Kancing Gigi (Tetanus)

Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun dari sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasanya
terjadi apabila terdapatluka-lukakecildi badan/kulit ternakan itu. Kuman ini akan memasuki badan dan membiak
dan kemudian akan mengeluarkan racun.

Tanda-tanda

 Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki
akan menjadi lurus, tegang dan keras.
 Geraham dan mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas.
Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
 Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga
cahaya yang terang.

Pencegahan dan Rawatan:

 Suntikan veksin semasa anak berumur 3 bulan


 Mengubat luka-luka terutarna luka-luka yang disebabkan oleh benda-benda yang tajam

Jenis-jenis Ubat:

 Tetanus antitoxin
 Suntikan veksin

 
Luka

Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi
perhatian akan menjadi busuk dan berulat.

Apabila berlaku luka rawatan segera hendaklah dibuat.

Pencegahan

 Jauhkan benda-benda tajam di kawasan kandang


 Pastikan dahan-dahan pokok yang berduri/tajam dilonggok setempat. Contoh dahan kelapa
sawit
 Elakkan ternakan berlawan

Rawatan:

 Membasuh luka dengan ubat kuning (iodine) supaya terhindar dari kekotoran dan habuk
 Sapukan ubat 'lorexane' pada luka
 Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negusant'
 Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan

 
Penyakit Kuning (Jaundice) akibat Keracunan

Penyakit ini adalah disebabkan oleh kerosakan hati. la selalunya berlaku apabila bebiri memakan rumput
Brachiaria decumbens dan juga apabila memakan dalam jangkamasa yang panjang isirong kelapa dan isirong
kelapa sawit yang mengandungi kandungan Kuprum yang tinggi

Tanda-tanda penyakit

 Bahagian-bahagian mata, kemaluan dan bibir berwarna kekuningan


 Kulit di bahagian mata, muka, bawah bibir, telinga dan kemaluan menjadi bengkak (edema),
kemudian merekah dan terkelupik
 Kencing kadang-kadang berwarna merah
 Selera makan berkurangan dan berat badan menurun. Sentiasa mencari tempat yang
redup/gelap
 Menunjukkan tanda-tanda kurang darah dan air
 Bulu kasar
 Meronta-meronta dan mati

Pencegahan

 Jangan beri makan rumput Brachiaria decumbens


 Elakkan memberi makanan tambahan yang mempunyai kandungan kuprum yang tinggi

Rawatan

 Laporkan kepada Jabatan Haiwan yang berclekatan

Jenis-jenis ubat

 Cupramine tablet dan lain-lain

 
Penyakit Kutu/Kurap

Parasit-parasit kulit seperti sengkenit (tick) kutu (lice) dan tungau (mites) boleh menyebabkan kegatalan dan
kehilangan darah pada ternakan dan ini boleh mempengaruhi kesihatan ternakan.

Tanda-tanda penyakit

 Bulu bebiri akan gugur


 Bebiri akan menggesel-geselkan badan ke benda-benda keras
 Pada ternakan yang teruk, kulit akan keruping dan kadang-kadang bernanah
 Lemah dan kurus
 Menunjukkan tanda-tanda kurang darah
 Sebilangan parasit ini boleh dilihat dengan mata kasar

Pencegahan

 Sembur semua ternakan jika ada menunjukkan tanda-tanda penyakit


 Asingkan ternakan yang teruk dan buat rawatan
 Mengatur satu program rawatan kutu untuk ternakan berdasarkan nasihat dari pegawai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Rawatan

 Sembur atau mandikan ternakan dengan ubat kutu. Hubungi pejabat haiwan untuk menentukan
jenis kutu, ubat kutu dan kadar rawatan. Potongkan bulu terlebih dahulu bagi bebiri yang
berbulu tebal atau yang berpenyakit teruk.

Jenis-jenis Ubat

 Asuntol, Taktic dll.

 
Sakit Mata (Conjuctivitis)
Penyakit ini selalu berlaku pada musim-musim panas dan Keadaan berabuk. la bermula dengan sakit mata dan
berair dan lama kelamaan mempunyai nanah dan boleh menjadi buta.

Tanda-tanda penyakit

 Mata berair, bengkak dan biji mata ditutupi selaput putih

Pencegahan

 Potong bulu-bulu yang mencucuk mata


 Kebersihan kandang dan kawasan hendaklah dijaga supaya lalat dapat dihindarkan
 Jangan memberi makanan yang berabuk
 Asingkan ternakan yang kena penyakit dan rawat segera

Rawatan

 Bersihkan mata dengan air bersih (air suling atau normal saline)
 Sapukan mata dengan ubat krim
 Beri suntikan jika keadaan teruk (hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Jenis-jenis ubat

 Ubat mata Terramycin, chloramphenicol


 Terramycin L.A.

 
Penyakit Buruk Kuku (Foot Rot)

Penyakit ini terjadi apabila bahagian kaki di antara kulit dan kuku menjadi buruk, reput dan berbau busuk.
Kejadian ini selalunya berlaku jika ternakan ditempatkan di kawasan yang lembap dan kotor terutarna pada
musim tengkujuh

Tanda-tanda

 Tanda-tanda awal adalah bengkak dan basah di celah kuku


 Berjalan dengan keadaan yang tempang
 Bahagian kaki di antara kulit dan kuku serta bahagian kuku lain akan menjadi busuk dan reput

Rawatan

 Buang/potong semua tisu-tisu kaki yang sudah busuk dan reput sehingga sampai ke tisu yang
segar/sihat. Gunakan pisau yang tajam
 Kemudian rendam kaki yang telah dibersihkan/cucikan itu ke dalam cecair 10% Formalin,
Kuprum Sulfat atau zink Sulfat untuk beberapa lama (3 - 5 minit)
 Sapukan krim antibiotik dan semburkan ubat mencegah lalat jika luka teruk
 Simpan ternakan tersebut di kawasan yang kering untuk 2-3 jam sebelum dilepaskan
 Lakukan rawatan-rawatan di atas untuk beberapa hari sehingga sembuh

Pencegahan
 Jaga kebersihan kawasan dan kandang
 Potong kuku selalu/kerap
 Elakkan bebiri disimpan/pelihara di kawasan yang lembap dan kotor
 Beli bebiri dari kawasan yang tidak mempunyai penyakit ini
 Adakah 'foot bath' pada musim hujan
 Asingkan ternakan yang sakit

Jenis ubat

 Cecair 10% Formalin, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, krim antibiotik, ubat mencegah lalat

 
Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera
untuk tindakan
Penyakit Kuku dan Mulut

Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus. la adalah jenis penyakit yang cepat dan senang merebak.
Kepada kumpulan-kumpulan ternakan, ia boleh menyebabkan 100% dari kumpulan tersebut jatuh sakit.
Ternakan yang sakit akan menjadi sukar hendak makan dan berdiri dan akan menyebabkan pengeluaran
berkurangan.

Tanda-tanda

 Demam
 Muram dan monyok
 Terdapat gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air di bahagian mulut, lidah, tetek,
kaki dan di celah kuku
 Gelembung-gelembung ini akan pecah dan meninggalkan kudis. Mulut akan mengeluarkan
banyak air liur. Selera makan menurun
 Ternakan berjalan dengan keadaan tempang dan jika kudis sakit sangat, ternakan tidak mahu
berdiri
 Kematian pada anak bebiri adalah agak tinggi - 50%

Pencegahan

 Memberi suntikan veksin semasa berumur 2 minggu ke atas dan sekali lagi 2-3 bulan
kemudian dan diulang setahun sekali

 
Penyakit Caseous Lymphadenitis

Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Corynebacterium ovis. la sejenis penyakit yang kronik
(berlarutan/lama). Bebiri yang menghidapinya akan mempunyai bisul pada noda noda limpa tepian. Punca
penyakit ini adalah dari noda-noda limpa yang telah pecah. Kuman-kuman dari noda-noda limpa ini akan
masuk ke badan ternakan yang lain melalui luka-luka akibat mencukur bulu bebiri, memotong ekor, tercucuk
duri/dawai tajam dan sebagainya.

Tanda-tanda penyakit

 Kelihatan bisul/noda limpa tepian membesar


 Keadaan badan bebiri menurun dan menjadi kurus/cengkung
 Lemah dan boleh mengakibatkan kematian

Pencegahan

 Asing dan singkirkan ternakan yang mempunyai tanda tanda penyakit


 Cukur bebiri muda dahulu sebelum mencukur bebiri yang tua
 Jaga kebersihan kandang dan alat-alat mencukur bulu bebiri
 Elakkan terjadinya luka-luka pada ternakan

Rawatan

 Jika terjadi luka pada ternakan rawatan segera hendaklah dibuat/jahit dll.
 Rawatan tidak disyorkan

 
Penyakit Melioidosis

Penyakit ini disebabkan oleh kuman bakteria Pseudomonas pseudomallei. la adalah sejenis penyakit yang
kronik dan merebak dalam badan. Bebiri yang muda adalah lebih kerap dihidapi tanpa terkecuali bagi yang tua.
Manusia juga boleh menghidapinya jika termakan kuman ini.

Tanda-tanda

 Demam ringan
 Selera makan berkurangan
 Nafas menjadi berat dan sukar
 Kerap batuk
 Berhingus
 Sendi noda limpa dan buah zakar membengkak
 Tempang
 Kadang-kala menunjukkan tanda-tanda kurang waras

Rawatan

 Rawatan selalunya tidak berkesan

Pencegahan

 Asingkan ternakan yang sakit segera


 Bersihkan tempat-tempat yang telah dicemar dengan ubat pembasmi kuman

 
Penyakit Brucellosis

Penyakit ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria. la menyebabkan keguguran pada bebiri. Pada manusia ia
menyebabkan selsema yang kerap, lemah dan sakit-sakit badan.

Tanda-tanda
 Berlaku keguguran biasanya pada masa 40-50 hari bunting

Rawatan

 Rawatan selalunya tidak berkesan

Pencegahan

 Ternakan yang sakit hendaklah diasing singkir


 Beli ternakan yng tidak mempunyai penyakit

 
Penyakit Clostridlum

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman bakteria Clostridia. Tanda-tanda penyakit adalah dari jenis
keracunan makanan, keracunan berpunca dari jangkitan hinggalah kepada jangkitan yang boleh melibatkan
kerosakan kepada tisu-tisu ternakan tersebut. Satu dari penyakit yang disebabkan oleh kuman jenis ini ialah
penyakit kancing gigi seperti yang telah dibincangkan di atas.

Tanda-tanda

 Tempang.
 Otot membengkak, mengandungi air clan gasserta kulit berwarna kehitaman.
 Lemah dan tidak bermaya.
 Mati dengan tiba-tiba.
 Demam dan sakit bahagian pinggang (abdominal).
 Mulut pucat dan berwarna kekuningan.
 Tinja dan kencing menunjukkan tanda-tanda darah.
 Menunjukkan tanda-tanda tidak waras.
 Lumpuh dan mati.

Rawatan

 Rawatan adalah sukar dan tidak berapa berkesan.


 Sebarang rawatan hendaklah dibuat di peringkat awal.
 Gunakan ubat antibiotik yang mempunyai tindakan yang luas bersama antitoxin.
 Gunakan ubat mengikut tanda-tanda penyakit.

Pencegahan

 Elakkan ternakan dari luka.


 Gunakan veksin dan antiserurn atas nasilhat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

 
Penyakit Pasteurellosis

Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang tinggi sama ada melalui penurunan berat badan atau pun
kematian. Dalam satu-satu kumpulan, 40% dari jurnlah boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kematian
sehingga 5%.

Tanda-tanda

 Kematian yang tiba-tiba tanpa tanda-tanda yang sahih.


 Suhu badan yang tinggi.
 Pada yang dewasa ia menunjukkan tanda-tanda pada sistem pernafasan seperti
o sesak nafas
o batuk
o berlendir di hidung (berhingus)
o mulut berbuih.

Rawatan

 Rawatan hendaklah dibuat segera.


 Gunakan ubat antibiotik yang sesuai.

Pencegahan

 Kurangkan ketegangan (stress) kepada ternakan terutama yang baru sampai.


 Gunakan ubat antibiotik yang sesuai dalam air atau makanan.
 Suntikan veksin boleh mencegah penyakit ini.

Ubat-ubatan

 Penstrep, Oxytetracycline (LM) Sulphar-drug, Amoxycillin dll.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus. la selalunya berlaku selepas bermulanya musim hujan apabila
agas (culicoides) dan nyamuk pembawa kuman ini mula membiak dengan banyaknya.

Tanda-tanda penyakit

 suhu badan meningkat.


 Tidak mahu makan.
 Mengulum-ngulumkan lidah.
 Menjilat-jilat bibir.
 Mengeluarkan air liur.
 Berhingus cair dan kemudian menjadi pekat.
 Hingus kering dan menutupi lubang hidung.
 Bahagian hidung, muka dan lidah membengkak.
 Hidung berdarah.
 Lidah dan bibir yang bengkak senang luka dan berdarah.
 Permukaan lidah berwarna kebiru-biruan.
 Kudis-kudis terdapat pada lidah, bawah lelangit, rahang dan bibir.
 Tempang dan selalunya tidak mahu berdiri.
 Bahagian di antara kuku dan kulit menjadi lebam dan membengkak.
 Kematian selalunya akan berlaku selepas 6 hari menunjukkan tanda-tanda penyakit
Rawatan

 Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera.


 Jika dapat, asingkan dalam kandang/petak yang bebas dari agas/nyamuk dan di tempat
teduh.
 Rawat luka-luka seperti biasa.

Pencegahan

 Jauhkan kandang/ternakan dari nyamuk/agas dengan menyalakan api waktu malam -


jaga jangan terbakar.
 Semburkan kawasan dengan ubat mencegah agas dan nyamuk terutarna pada musim
hujan dan di waktu senja.
 Suntik ternakan dengan veksin yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

PANDUAN MENANAM RUMPUT PASTURA DAN FODDER

PENYEDIAAN TANAH

Sebelum kerja menyediakan tanah untuk menanam rumput dijalankan, adalah perlu kawasaan
berkenaan dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang tumbuhan, kawasan hutan ditolak  dan belukar
ditebang-tebas. Segala batang-batang pokok, tunggul kayu, akar-akar dan sebagainya dilonggokkan
kemudian dibakar dan  diperun   sehingga menjadi abu.
Jika kawasan tersebut berair adalah disyorkan  agar dibuat perparitan untuk mengalirkan air dan
sekiranya kawasan tidak rata seperti terdapat banyak busut atau longgokan tanah, perlu diratakan
terlebih dahulu.

Kerja-kerja penyediaan tanah boleh dibuat dengan mengunakan jentera atau tenaga manusia sahaja,
iaitu dengan mengunakan cangkul dan parang jika kawasan tersebut kecil. Traktor dan lain-lain jentera
pertanian biasanya digunakan untuk kawasan yang luas. Kerja-kerja ini sebaik-baiknya dibuat di awal
musim kering/kemarau.

3 Peringkat Penyediaan Tanah

      Membajak
      Menyikat / memecah
      Memutar

Membajak
Bertujuan untuk memecah tanah, membalikkan permukaan tanah yang diatas kebawah dan
mendedahkan tanah yang dibawah keatas, supaya akar-akar tumbuhan dan rumpai terdedah kepada
cahaya matahari.

Alat pertanian yang digunakan ialah bajak 2 piring atau 3 piring (2 disc/ 3 disc plough)

Terdapat 2 peringkat pembajakan

 Membajak kali pertama


 Membajak kali kedua atau membajak silang

Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah anggaran 2 - 4 minggu bergantung
kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk membolehkan akar-akar rumpai dan lain-lain musuh
tanaman cukup terdedah kepada cahaya matahari dan musnah serta memberi cukup masa untuk
melembutkan  tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (texture) tanah yang baik.

Menyikat/memecah
Bertujuan untuk memecahkan ketulan-ketulan tanah yang besar tadi kepada ketulan yang lebih kecil. Alat
yang biasa digunakan ialah "disc harrow". Ini dilakukan lebih kurang 2-3 minggu selepas siap
pembajakan silang.

Memutar
Peringkat terakhir ini dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja menyikat/memecah tanah selesai. Peringkat ini
bertujuan untuk mendapatkan struktur yang lebih halus terutama dilapisan permukaan, sesuai untuk
pertumbuhan  akar-akar rumput. Sekiranya tanah adalah gembur, peringkat ini mungkin tidak perlu
dibuat. Alat pertanian yang digunakan ialah "Rotovator / Rotary Tiller"

Adalah disyorkan agar segala saki-baki kayu, tunggul akar-akar rumpai, batu dan sebagainya dibuangkan
semasa menjalankan setiap peringkat penyediaan tanah tadi dan kerja-kerja disetiap peringkat dilakukan
dengan sempurna. Ini penting untuk memastikan agar:-

 Mendapatkan permukaan tanah yang baik, tiada tunggul atau batu yang menjadi
halangan dan boleh merosakkan peralatan pertanian dalam kerja-kerja
seterusnya atau sebagai punca kecelakan/kemalangan
 Mendapatkan struktur (texture) tanah yang sesuai, agar mempunyai ruang-ruang
udara yang mencukupi dan daya pemegang air dapat dibaiki. Faktor ini penting
untuk perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya
 Segala baki rumpai yang tidak dikehendaki dapat dihapuskan .

Menabur Kapur
Kadangkala kemasaman (pH) tanah tidak begitu sesuai untuk tujuan penanaman pastura terutamanya
apabila kekacang ditanam.

Kebanyakan tanah-tanah di  Semenanjung Malaysia adalah jenis masam iaitu nilai pH adalah rendah.
Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 - 7.0 Serbuk batu kapor yang biasa digunakan ialah
Calcium Magnesium Carbonate (CaMgCO3)

Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak lebih kurang 2-3
tan metrik kapur/hektar atau 1 tan metrik/ekar diperlukan dan dijangka dapat menaikkan nilai pH
sebanyak 0.5 Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum kemasaman diperbaiki kerana
tanah yang masam akan mengganggu penyerapan baja oleh tumbuhan.
Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada peringkat
memutar tanah, iaitu 2 minggu sebelum menanam. Mengapur boleh dibuat dengan mengunakan
"Spinner broadcaster" atau dengan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan hendaklah
dipakai untuk mengelakkan gangguan penafasan dan melecur
Pegawai Veterinar Daerah Sepang

NUR SHUHADA BINTI SAHAR


shuhada@dvssel.gov.my

Alamat Pejabat :
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Sepang,
Jalan Kelab,
43900 Sepang,
Selangor

Tell : 03-3142 1362


Fax : 03-3142 1659

WAKTU PEJABAT
 

Hari Pagi ptg

Isnin 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Selasa 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Rabu 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg


Khamis 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pagi - 12.15 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad Cuti Am

 
 
 
 
 
 
 
 

Klinik-Klinik Haiwan Berdaftar Negeri Selangor 2008


Tarikh Contact
Bil. Nama Tempat Amalan Alamat Tempat Lulusan
Daftar number

90, Jalan 1/27F, Pusat


Bandar Wangsa Maju
DR. CHRISTINA Anicare Veterinary 24/07/199
1 (KLSC) Section 5, DVM  
BLOSSOM WELCH Clinic 5
Wangsa Maju 53300
KL

Wisma Medivet No. 6


DR. AMILAN Animal Medical 25/02/200
2 & 8 Jalan Tun Razak MRCVs  
SIVAGURUNATHAN Centre Sdn Bhd 3
50400 Kuala Lumpur

No. 3, Jalan 3/34a,


DR. RAMAKRISHNAN Animal Medical 05/06/198
3 Kepong Enter Park, BVSc  
A/L PATCHAIAPPAN Clinic 1
52100 Kuala Lumpur

147 Indah UPC , Batu


Animal Polyclinic 3 1/2, Jalan Kelang 11/09/197
4 DR. LIM KOK TEE BVSc & AH  
& Kennels Sdn Bhd Lama 58000 Kuala 5
Lumpur

5 DR. GOH KIM SIANG 94 Lorong Maarof,        


Bangsar Park,
59100 Kuala
Lumpur

114 Jalan Sultan Abdul


Brickfields
DR. ADAH JAYAMALAR Samad, 50470 22/07/200
6 Veterinary DVM  
SIMON Brickfields Kuala 5
Medical Center
Lumpur

29 Jalan Hujan
Companion
DR. BUN KIANG A/L EH Rahmat 3, Taman 11/08/199
7 Animal Veterinary DVM  
LA Overseas Union 58200 4
Clinic
Kuala Lumpur

Plaza Damansara, 79,


Damansara Height 11/08/199
8 DR. KHOO GAIK LING Medan Setia Satu, DVM  
Veterinary Clinic 4
50490 Kuala Lumpur

72, Jalan Cerdas,


Everise Veterinary Taman Connaught, 20/05/199
9 DR. CHONG YING CHOI DVM  
Clinic 56000 Cheras, Kuala 9
Lumpur

9, Jalan 23/70A,
Plaza Crystalville 1,
DR. JESSIE WONG YII
10 50480 Desa Sri        
LING
Hartamas, Kuala
Lumpur

DR. JOHN
Hayward Animal 437 Jalan Ampang 17/05/198
11 KANAGASABAPATHY DVM  
Clinic 50450 Kuala Lumpur 4
VANNIASINGAM

DR. ASOKAN A/L Kanagasabai 4A Jalan Tangsi 50480


12      
THARMALINGAM Veterinery Clinic Kuala Lumpur

Kanagasabai 14, Lorong Ara Kiri 3,


DR. ASOKAN A/L 18/10/197
13 Veterinery Clinic & Lucky Garden Bangsar, BVSc  
THARMALINGAM 5
Surgery 59100 Kuala Lumpur

No. 3, Jalan Jubilee,


DR. R. KARPAYAH @ R. Karu's Animal 01/06/198
14 Off Jalan Loke Yew, BVSc  
KARUPPIAH Centre & Surgery 2
55200 Kuala Lumpur

15 DR. KALIMUTHU A/L Klinik Haiwan & 45, Taman Lian Hoe, BVSc & AH 17/08/197  
MUNUSAMY Surgery Sakthi Jalan Kuchai Lama. 9
58200 Kuala Lumpur

133, Jln Genting


DR. DILIP KUMAR Klinik Haiwan 17/06/197
16 Kelang, 53300 Kuala BVSc & AH  
GHOSH Genting Kelang 7
Lumpur

153, Tingkat Bawah,


DR. DOUGLAS LEE Klinik Haiwan Pet' Jalan Lanchang,
17      
TIANG CHIN Ark Taman Sri Bahtera,
56100 Kuala Lumpur

Jabatan Kesihatan
DBKL, Jalan Air Jerneh,
18 DR. FOO LIH RENG Klinik Kembiri      
53300 Setapak Kuala
Lumpur

37, Jln Bunga Tanjung


DR. VANAJA A/P G.K. Klinik Veterinar 04/10/197
19 8 B, Taman Saraya BVSc  
PANICKAR Ampang 5
56100 Kuala Lumpur

8, Jalan Damai Raya 2,


Klinik Veterinar 14/07/199
20 DR. KOK TIEN SANG Damai Niaga, 56000 DVM  
Damai 7
Cheras, Kuala Lumpur

9, Jalan
DR. MANIKAM A/L KM Animal Klinik Cumarasami,Bt 3 1/2, 27/11/197
21 BVSc  
KUMARASAMY & Surgery Jalan Ipoh, 51100 6
Kuala Lumpur

13, Jalan Metro


Lin Veterinary Perdana Timur 3, 19/07/200
22 DR. TAN AI LIN DVM  
Clinic Kepong Utara, 52100 0
Kuala Lumpur

10, Jalan Mutiara


DR. GOPINATHAN A/L Mutiara Animal 10/08/198
23 Raya, Cheras 56000 BVSc    
GANGADHARAN Clinic 4 
Kuala Lumpur

9145 Jalan Bandar 4,


DR. ABRAHAM Petcare Veterinary 25/04/198
24 Taman Melawati, BVSc    
GEORGE Clinic 0 
53100 Kuala Lumpur

Pusat Haiwan 6G Jalan Ara SD 7/3A


DR. SUPARAMANIAM 27/10/197
25 Kesayangan/ Bandar SD 52200 DVM  
A/L P SAMOGOM 5
Veterinary Clinic Kuala Lumpur
2, Jalan 20/38A,
DR. DOM LINGGIR Sacred Hearts Taman Sri Sinar, 12/05/200
26 DVM    
AGAS Animal Clinic 51200 Segambut, 3 
Kuala Lumpur

5 Jalan Bukit Desa


DR. ADRIAN BENEDICT 5, Taman Bukit 03/03/197
27 BVSc      
SUPPIAH Desa 58100 Kuala 6 
Lumpur

47, Jalan 1/149J,


See Veterinary Bandar Baru Sri 17/08/200
28 DR. SEE KOK PING DVM    
Medical Centre Petaling 57000 Kuala 0 
Lumpur

13-1, Jalan Damar


DR. JASON NG CHIN SD 15/1, Bdr Sri
29        
TIONG Damansara 52200
Kuala Lumpur

46, Jalan
DR. JOEDY A/L Wilayah Animal Development, Taman 29/09/197
30 BVSc    
KANNIAH Clinic Kepong 52100, Kuala 8 
Lumpur

DR. BASKARAN A/L 68, Jalan 14/2, Subang 25/09/197


31 Animal Clinic BVSc & AH  
GOPALAN Jaya 47500 Selangor 5

25, Jalan PJU 1A/20A,


DR. VANAJA A/P G.K. Animal Health
32 Ara Damansara, 47301      
PANICKAR Center @ Ara
Selangor

No 1, Jalan 1/3A
DR. MUKUNDHAN A/L Animal Health 06/09/197
33 46000 Petaling Jaya BVSc & AH  
M.N.V PILLAI Clinic 6
Selangor

42, Jln. Temenggung


Animed Veterinary 7/9, Bandar Mahkota
34 DR. HOO KIE NGIE      
Center Cheras, 43200 Cheras,
Selang

35 DR. HOO KIE NGIE Animed Veterinary 9G, Jalan Kasturi 1, DVM   30/06/200  
Center Kasturi Business Plaza, 0 
Off Jln Balakong Bt.11,
43200 Cheras,
Selangor

No. 9, Ground Floor,


Jalan SS 21/56B,
ARK Angel Sdn 13/05/200
36 DR. CHRISTINE NANDY damansara Utama, DVM    
Bhd 3 
47400 Petaling Jaya,
Selangor

7G, Jalan Equine 9D,


Baby Pets Surgery Tmn Equine Bdr. Putra 14/06/200
37 DR. CHEAH WUI HONG DVM    
& Vet. Clinic Permai, 43300 Seri 1 
Kembangan, Selangor

No. 16, Jalan Puteri


Bandar Puteri
5/8, Bandar Puteri, 20/05/199
38 DR. YEOH HOWE YIH Veterinary Clinic & DVM    
47100 Puchong, 9 
Surgery
Selangor

Bangsar 94 Lorong Maarof,


DR. YEOH ENG
39 Veterinary Clinic & Bangsar Park, 59100      
CHEONG
Surgery Kuala Lumpur

8G, Jalan Anggerik


Caring Animal Vanilla Y31/Y, Kota 17/05/200
40 KEE SZE WEI DVM    
Clinic Sdn Bhd Kemuning, 40460 1 
Shah Alam, Selangor

3.06, Level 3, Wisma


DR. JESSICA LEE TUNG Ceva Animal Academy Lot 4 A Jalan 29/06/200
41 DVM    
MOI Health Malaysia 19/1 46300 Petaling 4 
Jaya Selangor

16A, Jln 1/7, Bandar


DR. CHONG SUNG Chong And Wong Teknologi Kajang,
42      
FOOK Enterprise 43500 Semenyih
Selangor

153, Jln Lancang, Tmn


City Pets
43 DR. GOH LAI HAR Sri Bahtera 56100      
Veterinary Clinic
Cheras, Selangor

44 DR. CHIANG CHUNG City Pets C 1 - 00 - 27, Jln SR      


MUN EDMUND Veterinary Clinic 1/9, Tmn Serdang
Sdn Bhd Raya, Seksyen 9,
43300 Seri
Kembangan, Selangor

No. 9G, Jalan Kasturi


City Pets
DR. CHIANG CHUNG 1, Plaza Kasturi Off Jln 15/06/200
45 Veterinary Clinic DVM    
MUN EDMUND Balakong, Bt 11 43200 5 
Sdn Bhd
Cheras Selangor

SI 2ND Floor, Lot C


DR. AMILAN Damansara Animal Ikano Power Centre,
46      
SIVAGURUNATHAN Centres S/B Jln. PJU7-2, Mutiara
D'Sara PJ

No. 113, Jalan 8/1,


DR. NORAZIAN BT. ABD DR. PET Care & Seksyen 8, 43650 07/07/200
47 DVM    
HAMID Services Bandar Baru Bangi, 4 
Selangor

16, Jalan Impian


DR. NORAZIAN BT. ABD DR. PET Care & Perdana 1, Saujana
48      
HAMID Services Sdn BHd Impian, 43000 Kajang,
Selangor

E-CG1-22, Blok E, Apt.


DR. Salina's
DR. SHALINA BINTI Lestari Damansara 12/07/200
49 Mobile Animal DVM    
MOHMAD HAL HAJJA Damai, 47300 4 
Clinic
Selangor

Unit 3A01, Level 3A,


Block C, Damansara
Elanco Animal 17/05/200
50 DR. LIM WEE MENG Intan, No. 1, Jalan DVM    
Health 2 
SS20/27, 47400 P.
Jaya Selangor

16, Jalan KP1/3,


Everise Veterinary
51 DR. CHONG YING CHOI Kajang Prima, 43000      
Clinic
Kajang, Selangor

21, Lintang Menalu


Govin Animal
DR. K. PASKARAPATHY Kaw 5, Taman Chi 19/09/197
52 Polyclinic & BVSc    
RAJAH Liung, 41200 Klang, 8 
Kennels
Selangor

53 DR. ERNI WATI BINTI Hand 'N' Paws Ground Floor, No. 17, DVM   13/05/200  
MOHD ARIP Veterinary Clinic & Jalan PJU 1/45, Aman 3 
Pet Centre Suria Damansara,
47301 Petaling Jaya,
Sel

21, Jalan PJU 5/13,


dataran Sunway,
DR. AZILAHANI BINTI Heshmael's Clinic 20/07/200
54 Sunway Damanasara, DVM    
BAHARI For Pets Sdn. Bhd 5 
47810 Petaling Jaya
Selangor

18 & 20 Jalan Anggerik


DR. LYNNETTE LOW Hillpark Veterinary Eria AT 31/AT Kota
55      
SHIOW SHUANG Medical Centre Kemuning 40460 Shah
Alam, Selangor

82-G, Pusat
Perniagaan Raya
DR. PUNITHAVATHI Holy Family 23/05/198
56 Barat, Jalan Raya BVSc & AH  
THURAIAPPAH Veterinary Clinic 1 
Barat, 41100 Klang
Selangor

No. 8, Jalan 2/16,


Irma Pet Care &
DR. SARIMAH BINTI Bandar Baru Selayang, 14/07/200
57 Veterinary DVM    
SAARY 68100 Batu Caves, 0 
Services
Selangor

No. 11, Jalan Pasar,


DR. WAN AHMAD
Klinik Haiwan & Taman Sri Serdang,
58 KUSAIRY B. WAN      
Surgeri Mesra 43300 Seri
SULAIMAN
Kembangan, Selangor

Lot 4 G-1, GF, Jln Nuri,


DR. HASHEDAH BTE Klinik Haiwan & Pusat Daerah, Seksyen 18/08/199
59 DVM    
MOHAMAT HASHIM Surgeri Shah Alam 6, Shah Alam 40000 0 
Selangor

27, Jalan Wawasan


DR. JASON NG CHIN Klinik Haiwan & 2/22, Pusat Bandar 12/05/200
60 DVM    
TIONG Surgeri Wawasan Puchong, 47100 3 
Selangor

No. 19 Jln 11/2, Jln


DR. BALBIR SINGH A/L Klinik Haiwan & 29/11/197
61 Bukit 46200 Petaling BVSc & AH  
TARLOK SINGH Surgery Dhillon 5 
Jaya Selangor

62 DR. DAHLIA WEE YU Klinik Haiwan No. 8, Lrg, Bt. Nilam 1 DVM   10/08/199  
B, Bdr. Bkt Tinggi,
CHING Bandar Bkt. Tinggi 5 
41200 Klang Selangor

No. 16, Jln 7/16, Seky.


DR. NOZIAH BINTI Klinik Haiwan dan 21/07/200
63 7, 43650 Bdr. Baru DVM    
GHANI Segeri Mesra 5 
Bangi Selango

16, (Ground Floor),


Jalan SS 22/25,
Klinik Haiwan 16/05/200
64 DR. YOON CHI-EE Damansara Jaya47400 DVM    
Healing Pets 0 
Petaling Jaya,
Selangor

32A-1, GF, Jalan PJU


1/3A, Sunway Mas,
DR. DOUGLAS LEE 22/08/198
65 Klinik Haiwan Lee Commercial Center, DVM    
TIANG CHIN 8 
47301 Petaling Jaya,
Selangor

255G, Jalan Sentosa


10/05/200
66 DR. SIA JUO YIING Klinik Haiwan Lian 41, Jalan Meru, 41050 DVM    

Klang, Selangor

No. 255 G, Jalan


Sentosa 41, Taman 18/08/199
67 DR. LIAN TAN MEI Klinik Haiwan Lian MRCVs    
Bunga Melor, 41050 9 
Klang Selangor

39, Jalan Opera K


DR. YASLYNN BINTI U2/K, Taman TTDI 12/07/200
68 Klinik Haiwan Lynn DVM    
YAMIN Jaya, 40150 Shah 4 
Alam, Selangor

31 Leboh Lang, Taman


DR. DAVID SIM ENG 17/09/197
69 Klinik Haiwan Sim Berkeley, 41150 Klang BVSc & AH    
SECK 5 
Selangor

No. 69, Jalan SS 22/11


DR. BALACHANDRAN Klinik Haiwan Sri Damansara Jaya 13/02/197
70 BVSc    
A/L IYADURAI Utama 47400 Petaling Jaya, 6 
Selangor
DR. DOROTHY KIRUBAI 15, Jalan SS 11/3 USJ,
Klinik Haiwan
71 A/P SIMON 47600 Subang Jaya      
Subang Jaya
DEVASAGAYAM Selangor

No. 15, Jalan SS15 USJ


DR. SIVABALAN A/L Klinik Haiwan
72 11/3, UEP Subang Jaya      
NADARAJAH Subang Jaya
47620 Selangor

DR. DOROTHY KIRUBAI No. 19, Jalan SS 15/4E,


Klinik Haiwan 06/02/200
73 A/P SIMON Subang Jaya 47620 DVM    
Subang Jaya 3 
DEVASAGAYAM Selangor

No. 14A, Jalan Besar


DR. NUR AZLINA BINTI Klinik Haiwan 30/08/200
74 Selayang Baru, 68100 DVM    
CHE ZABANI Tropika 6 
Batu Caves, Selangor

31, Jalan SG 3/19,


DR. SUZANA BINTI Pusat Bandar Sri 02/07/200
75 Klinik Haiwan VET DVM    
MOHD TAHIR Gombak, 68100 Batu 2 
Caves, Selangor

3 Jln 1/22, Pandan


11/10/197
76 DR. YUAN LOH KEONG Klinik Haiwan Yuan Indah, 55100 Ampang BVSc & AH    

Selangor

G-2, Jalan Sri Hijau 14,


Klinik Vet & Taman Sri Hijau, 02/05/198
77 DR. CHEW HUAT CHIN DVM    
Surgeri PC 48000 Rawang, 4
Selangor

21, Jalan SS 5A/11,


DR. NORNAJIBAH BINTI Klinik Veterinar Kelana Jaya, 47301 28/07/200
78 DVM    
KAMARUDIN dan Surgeri PC Petaling Jaya, 5 
Selangor

G-2, Jalan Sri Hijau 14,


DR. SABAPATHY Klinik Veterinar Taman Sri Hijau, 22/12/197
79 Dip. VS    
NADASAN dan Surgeri PC 48000 Rawang, 5 
Selangor

Lot 29, Wisma Dicor,


Klinik Veterinar Jalan SS17/1A, SS17, 05/06/200
80 DR. KOK HANG SENG DVM    
Healing Rooms 47500 Subang Jaya, 2 
Selangor
11A, (Ground Floor)
Klinik Veterinar Jln USJ 10/1G, 47620 11/07/199
81 DR. KHOR YEW LEE DVM    
Mayo UEP, Subang Jaya, 7 
Selangor

5 Jalan SBC 6,
DR. MANIKAM A/L KM Animal Klinik Dolomite Industrial
82      
KUMARASAMY & Surgery Park Batu Caves,
Selangor

Lot 1, Jalan Bursa


DR. JUSTIN TAN YU- Meriden Animal 23/4, Section 23, 02/07/200
83 DVM    
WEN Health 40000 Shah Alam, 1 
Selangor

CG-34, Blok C, Seri


Pulai, Jalan Balakong
DR. SHANKAR GANESH Mines Pet 14/07/200
84 26, Tmn. Balakong DVM    
A/L KANABATHY Medicare 0 
Jaya, 43200 Kajang,
Selangor

No. 20, Seksyen 5,


DR. RAVICHANTHIRIGA MY Pet Medic & Taman Indah Off Jalan 23/07/200
85 DVM    
A/P SUPPIAH Surgery Balakong, 43200 1 
kajang Selangor

Mypets U6, USJ 10/1E, Subang


86 DR. ANTHONY EDISON Distributors Sdn Jaya 47600 Subang      
Bhd Jaya Selangor

153, Jalan Lancang ,


Petwel Veterinary Taman Sri Bahtera, 29/07/199
87 DR. PHONG SU FUW DVM    
Clinic 56100 Cheras, 5 
Selangor

925, 17/38, Happy


Philos Veterinary Garden 46400 06/01/200
88 DR. LIONG SIEW LING DVM  
Clinic Petaling Jaya, 0
Selangor

Pusat Perubatan 12, Persiaran Puteri 1,


13/06/200
89 DR. TEOW BEE HONG Veterinar Small Bandar Puteri, 47100 DVM  
2
Animals Puchong Selangor

90 DR. CHAM AH UNG Reliance No. 8, Jalan Seksyen DVM 02/09/199  


1/18, Taman Kajang
Veterinary Clinic &
Utama, 43000 Kajang 1
Surgery
Selangor

7-1, Jalan 14/22,


DR. SITI
Right Angle Animal Seksyen 14, 46100 13/07/200
91 SARISMAHANIM BINTI DVM  
Clinic Petaling Jaya, 5
ISMAIL
Selangor

DR. KANDASAMY A/L 42, Jalan 6/31, 46000 02/04/198


92 Ruby Pets Clinic BVSc & AH  
M. VYTHILINGAM Petaling Jaya Selangor 0

49 Jalan SS 2/30,
DR. ADRIAN BENEDICT Sea Park Animal 03/03/197
93 47300 Petaling Jaya, BVSc  
SUPPIAH Polyclinic 6
Selango

63-G, Jln Snukar


13/28, Sek. 13,
DR. MOHD ADAM SZE Shah Alam 29/07/199
94 Tadisma Business DVM  
HSIANG B. ABDULLAH Veterinar Clinic 5
Center, 40000 Shah
Alam, Selangor

No.56, Jalan Bandar,


DR. IRINDA TOH BENG ST. Angel Animal 13, Pusat Bandar
95      
LIN Medical Centre 47100 Puchong
Selangor

No. 20, Jln Desa Bunga


ST. Angel Animal
Raya, Desa Bunga
96 DR. CHAN WEI YEE Medical Centre      
Raya 43000 Kajang
(Kajang Sdn Bhd)
Selangor

DR. AMILAN Subang Animal No. 9, Jln SS18/6


97      
SIVAGURUNATHAN Centre Sdn Bhd Subang Jaya, Selangor

15, Jalan Mempelam,


DR. MARIA
Thomas Animal Off Persiaran Raja
98 SWAMINATHAN A/L  A.      
Clinic & Pet Corner Muda Musa, 41100
JOSEPH
Klang Selangor

16 Lorong Selampit
DR. MARIA
Thomas Animal 18B, Taman Klang 12/02/198
99 SWAMINATHAN A/L  A. DVM  
Clinic & Pet Corner Jaya, 41200 Klang 6
JOSEPH
Selangor
20, Jalan SS 3/31,
10 DR. SELVARAJAH A/L Wilayah Animal 17/11/198
47300 Petaling Jaya, BVSc  
0 SUPPIAH Clinic Sdn Bhd 0
Selangor

63-G,Jalan Snuker
13/28, Seksyen 13,
10 Shah Alam
DR. NORARSHAD Tadisma Business DVM    
1 Veterinary Clinic
Center, 40000 Shah
Alam, Selangor

             

Note:   last update Nov 09' 


Jika ada pembetulan atau mana-mana clinic yang ingin mempamirkan perkhidmatan mereka disini,atau  membuangnya dari paparan, sila emailkan
kepada : webmaster@dvssel.gov.my
 KLINIK
RAWATAN KLINIK YANG BIASA DILAKUKAN :

o Wound ( luka )
o deworming ( kecacingan )                                                                    
o mange ( kurap )
o ticks ( kutu )
o vaccination ( vaksin )
o maggot wound ( luka berulat )
o castration ( pemandulan kucing jantan )
o fever ( demam )
o spaying ( pemandulan kucing betina )
o dan sebagainya.

Klinik dibuka pada setiap hari kecuali sabtu, ahad dan cuti umum.

 Isnin - Selasa : 8.30am-12.00pm


 Rabu ( ada temujanji rawatan ) : 8.30am - 12.00pm
 Khamis - Jumaat : 8.30am - 12.00pm
 Waktu petang : Klinik tutup

SENARAI PREMIS PET SHOP/KLINIK YANG BERDEKATAN DALAM DAERAH HULU 


LANGAT

BIL NAMA / PREMIS ALAMAT NO.TELEFON


 DR PET CARE & NO 113 JLN 8/1 SEKSYEN 8
1. 012-9182426
SERVICES BANDAR BARU BANGI
2. MESRA PET SHOP NO 16, JLN IMPIAN 03-88810121
PERDANA 1, SAUJANA 012-6051680
IMPIAN , KAJANG.
TMN WARISAN PERTANIAN
012-2482932
3. MESRA PET SHOP JLN P16, PRESINT
012-6051680
PUTRAJAYA.
NO 11, JLN PASAR , TAMAN
4. MESRA PET SHOP 016-2392763
SERI SERDANG.
KLINIK HAIWAN NO 16 JLN 7/1C, SEKYEN 7,
5. 012-6051680
SURGERI MESRA BNDR BARU BANGI
 9 G JLN KASTURI 1,
 ANIMED KASTURI BUSINESS PLAZA  012-3990998
6.
VETERINARY OFF JLN BALAKONG, BT 11 012-3711525
CHERAS.
 42G JLN TEMENGGUNG 7/9
 ANIMED  012-3711515 03-
 7. BANDAR MAHKOTA
VETERINARY 90190100
CHERAS
 RELIANCE
 8 JLN SEKSYEN 1/18 TMN 03-87376790
 8. VETERINARY
KAJANG UTAMA 019-6629866
CLINIC & SURGERY
RELIANCE
 NO 96 JALAN KACAU 03-87234637
 9. VETERINARY
SEMENYIH 019-6629866
CLINIC & SURGERY
CITY PETS
 03-90766911 03-
 10. VETERINARY  BT 11, CHERAS
89435602
CLINIC SDN BHD
 NO 20 DESA BUNGA RAYA,
 ST ANGEL ANIMAL
 11. TMN BUNGA RAYA,  03-87399884
MEDICAL CENTRE
KAJANG

Penubuhan Persatuan Peternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS)


Penubuhan Persatuan Telah Diluluskan pada 31/7/2009

Terbuka kepada semua penternak ruminan Negeri Selangor

Alamat PPRNS
Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor
No 22-2, Jalan Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-58828135
Fax : 03-58828136
Email : PPRNS@yahoo.com
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat
WAKTU PEJABAT
 

Hari Pagi ptg

Isnin 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Selasa 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Rabu 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Khamis 8.00 pagi - 1.00 ptg 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pagi - 12.15 ptg 2.45 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad Cuti Am

Pegawai Veterinar Daerah Hulu Langat

MAHAMAD FAUZI BIN AB. RAZAK


fauzirazak@dvssel.gov.my

Alamat Pejabat :
Pejabat Perkhidmatan Veterinar
Daerah Hulu Langat,
Jalan Bukit,
43000 Kajang,
Selangor

Tell : 03-8736 5002


Fax : 03-8734 9360

Senarai Nama Pegawai Dan Kakitangan


Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat
  Bil Nama Gred

  1 Mahamad Fauzi Bin Ab. Razak G32

  2 Zainudin Bin Abd Rahman G22

  3 Raja Mohd Yusof Bin Raja Rastam G17

  4 Syed Hisham Bin Syed Ahmad G17


  5 Bibi Sharila Bt Muhamad Ishak G17

  6 Mohamad Fauzee Bin Hamzah G17

  7 Nur Azlin Binti Mohamad Isa G17

  8 Nurul Huda Binti Mohd Sunip G17


  9 Roziah Binti Saleh @ Ramly N17

  10 Jaffri Bin Sabri R3

  11 Mohd Ferdaues Bin Osaman R1

  12 Siti Mardiana Binti Hamzah R1

  13 Sitra A/P Munusamy R1

Senarai perjawatan yang dikemaskini sehingga 03/06/2010

Jabatan & Agensi


 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Wisma Tani, Blok Podium
Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya

Emel: pro@dvs.gov.my
Tel: (603) 8870 2000
Fax: (603) 8888 6021
Website: http://www.dvs.gov.my
]\

Dasar Jaminan Bekalan Makanan 


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro
Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar
berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro
Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan
negara.

“Buat masa ini, input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah
pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan
Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi
membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang
menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu,
katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara
Ketiga.

Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius
selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar
Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar
Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan
diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk
dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.
Menjadi Usahawan Tani Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah
 
Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu
makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian
berubah.
 
Daripada pertanian untuk sara diri, bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata
pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam
pengeluaran makanan halal.
 
Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal
membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pelabur dan pengusaha.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang
dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah)
dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” -
(Surah al-Mulk, ayat 15)
Besarnya faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka
Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah fardu kifayah kerana ia bukan saja untuk
kepentingan agama tetapi memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara dan
kesejahteraan hidup manusia sejagat.
 
Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Pameran Pertanian dan
Agro Pelancongan (Maha) adalah selari tuntutan fardu kifayah. Malaysia sebuah negara bertuah
kerana mempunyai tanah pertanian subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan
makanan kepada penduduknya. Sumber itu bukan saja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi
di eksport ke luar negara.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal
Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil
pertanian bernilai RM72 bilion setahun.
 
Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan
tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya
perbuatan sedemikian dimurkai Allah kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat diberikan.
 
Nabi SAW menekankan dalam sabdanya mengenai perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk
menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan
begitu saja.
 
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia
mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah
menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya
(sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadis itu, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini
sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.
 
Justeru, umat Islam diseru supaya memperhebatkan bidang pertanian dengan cara
menjadikannya sebagai sumber perniagaan kerana nyata memberi keuntungan, manfaat kepada
manusia sejagat dan memperluaskan pengeluaran makanan halal dunia.
 
Firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu, iaitu
yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.”
(Surah Al-Maidah, ayat 88)
Sumber - Laman khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Senarai Bantuan, Subsidi dan Insentif Industri Padi dan Beras TAHUN 2009

Bil Program Kadar Bantuan Peruntukan


(RM juta)
1 Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan  240kg/ hektar baja sebatian (12 beg @ 20kg/ beg) dan  
(SBPKP) 275.06
 80kg/ hektar baja urea (4 beg @ 20kg/ beg)

2 Skim Subsidi Harga Padi RM248.10/ MT 448.00


3 Insentif Pengeluaran Padi    
  i)  Baja Tambahan RM140/ ha/ musim (maksimum) 95.06
  ii) Bantuan Upah Bajak RM100/ ha/ musim (maksimum) 54.94
4 Insentif Peningkatan Hasil RM650/ MT setiap tan kenaikan 40.00
5 Baja Tambahan NPK 3 beg @ 50kg setiap beg/ ha 250.00
6 Bantuan Kawalan Makhluk Perosak RM200/ ha/ musim 173.00
7 Kapur RM850/ ha (diberi 3 tahun sekali) 46.00
8 Subsidi Beras Pengilang Semenanjung: RM750/ mt 250.00
Sabah & Sarawak: RM600/ mt
Diberikan kepada pengilang yang mengambil bahagian supaya
mengeluarkan beras ST15%
9 Subsidi Beras Sabah & Sarawak Perbezaan antara kos pembelian beras import dengan harga jualan borong 150.00

Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Ogos 2009


Paparan : 1072
DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN 2008-2010
PROGRAM INSENTIF PENGELUARAN

LATAR BELAKANG

 Peningkatan harga makanan di peringkat global dan kekurangan bekalan makan telah
menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara yang mencukupi.

 Kerajaan mengambil langkah segera dalam menjamin bekalan makanan negara sentiasa
mencukupi dan pada harga yang berpatutan.

 Dasar Jaminan Bekalan Makanan telah diluluskan pada 23 April 2008 dengan objektif :-
o Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi
tahap sara diri
o Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
o Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi
menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot.

 Strategi dasar ini adalah seperti berikut:-


o Peningkatan pengeluaran beras
o Perwujudan stok penimbal beras
o Peningkatan pengeluaran & produktiviti komoditi
o Insentif pengeluaran
o Pengukuhan pasaran & pengagihan
o Program bumi hijau
o Pengurusan tanah terbiar

INSENTIF PENGELUARAN

 Kenaikan harga minyak sebanyak telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran


pertanian yang telah membebankan petani, penternak dan pengusaha akuakultur

  Jemaah Menteri pada 16 April 2008 telah meluluskan cadangan Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani mengenai pemberian insentif pengeluaran dengan tujuan untuk:

a.   meringankan bebanan petani/penternak berikutan dengan kenaikan kos pengeluaran;


dan

b.   menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan.

 
KADAR PEMBERIAN INSENTIF PENGELUARAN

7.         Kadar insentif yang diberikan mengikut sub-sektor adalah seperti berikut:

Sub-sektor Tanaman

 Buah-buahan    -          RM78/tan metrik


 Sayur-sayuran  -          RM81/tan metrik     

Sub-sektor Perikanan (Akuakultur)

Jenis Penternak Kecil Separa Komersial Penternak Komersial


(RM/tm) (RM/tm) (RM/tm)
Udang Laut 1,560 780 520
Ikan Laut 1,650 825 550
Ikan Air Tawar 570 285 190

Nota:

Kolam: -

 Penternak kecil                         - kolam < 2     ha


 Separa komersial                      - kolam 2 - 10 ha
 Penternak komersial                - kolam > 10   ha

Sangkar ikan laut dan ikan air tawar (3mx3m)

 Penternak kecil                         - < 30     petak 


 Separa komersil                        - 30-200 petak
 Penternak komersial                - > 200  petak

Subsektor Ternakan

Jenis Penternak Kecil Penternak Komersial


(RM/tm) (RM/tm)
Telur Ayam 411 137
Susu 195 65
Daging Kambing 906 302
Daging Unggas 780 260
Daging Lembu  - Fidlot 1,122 374
Lembu – Tradisional 600 200
Lembu – Integrasi 600 200
Daging Babi 774 258

Nota:

Jenis Kategori
Penternak Kecil Penternak Komersial
Ayam Telur < 10,000 ekor > 10,000 ekor
penelur/pusingan penelur/pusingan
Tenusu < 50 ekor induk > 50 ekor induk
Kambing < 300 ekor/tahun > 300 ekor/tahun
Unggas < 20,000 ekor/pusingan  > 20,000 ekor/pusingan
Lembu - Fidlot < 200 ekor/pusingan > 200 ekor/pusingan
Lembu - Tradisional < 100 ekor/pusingan > 100 ekor/pusingan
Lembu Integrasi < 100 ekor/pusingan > 100 ekor/pusingan
Babi < 1000 ekor/tahun > 1000 ekor/tahun
Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 Jun 2009
Paparan : 1796
 Maklumat Lanjut

TEKUN Nasional
No.2, Jalan 4/146 Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9058 8550 / 9058 8999
Faks: 03-9059 5777
Website: http://www.tekun.gov.my
o Ibu Pejabat Negeri
PENGENALAN

Dana R & D Pertanian adalah dana khusus untuk kluster


pertanian bagi projek ScienceFund dan TechnoFund iaitu
sebahagian daripada peruntukan R & D yang disediakan oleh
kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

ScienceFund ialah geran bagi melaksanakan penyelidikan dalam


bentuk Applied Research atau Strategic Basic Research
manakala TechnoFund merupakan geran bagi perlaksanaan
penyelidikan di peringkat pra-pengkomersialan, peningkatan
skala dan perolehan IP yang memerlukan penglibatan pihak swasta secara aktif.

Dana R&D Pertanian diwujudkan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi
memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran dana R & D bagi sektor pertanian supaya
penyelidikan dalam bidang pertanian dilaksanakan secara holistik, menyeluruh dan sepanjang
rantaian nilai bagi mencapai matlamat pertanian negara.

Skop dan fokus Dana R&D Pertanian adalah penyelidikan kritikal, pendahulu dan top-down
dalam bidang agro-makanan dan bukan makanan berpandukan Research Themes. Penekanan
adalah penghasilan teknologi moden dan efisyen untuk pengeluaran produk yang berkualiti yang
mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

Pembiayaan projek peningkatan skala, pra-pengkomersialan dan perolehan teknologi adalah


dalam bidang keutamaan yang akan memberi impak kepada peningkatan produktiviti pertanian
negara.

Dana ini juga untuk tujuan perolehan teknologi luar untuk digunapakai dengan adaptasi. Laluan
ini diharapkan akan melonjakkan teknologi ke arah pembangunan sektor pertanian yang lebih
mantap.

Bidang -bidang yang diberi keutamaan Dana R & D adalah seperti berikut:

1. Projek-projek yang meningkatkan pengeluaran dan keselamatan makanan.


2. Projek-projek yang berimpak tinggi meliputi akuakultur, ladang contoh, industri
asas tani, pengeluaran baka ternakan, mengurangkan kos input pertanian seperti
baja, racun atau makanan ternakan.
3. Projek-projek yang meningkatkan pendapatan dan menjana pendapatan baru.
http://www.moa.gov.my/dana/home.html

http://agridana.mardi.gov.my/scifund/

Insentif Untuk Sektor Pertanian


 

Antara insentif sektor pertanian yang ditawarkan di bwah insentif fiskal adalah:

 Status Perintis (PS)


 Elaun Cukai Pelaburan (ITA)
 Insentif untuk Projek-Projek Pengeluaran Makanan Baru
 Insentif untuk Syarikat Yang Melabur Semula di dalam Produk Makanan yang sama
 Elaun Pelaburan Semula
 Insentif untuk Memodenkan Sistem Penternakan Ayam dan Itik
 Elaun Modal Dipercepatkan
 Elaun Pertanian Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan)
 Elaun Perkilangan Bangunan
 Elaun Infrastruktur
 100% Elaun untuk Perbelanjaan Modal ke atas Projek-Projek Pertanian Yang Diluluskan
 Insentif untuk Projek-Projek Teknologi Tinggi
 Insentif untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
 Insentif untuk Syarikat Berskala Kecil dan Sederhana
 Insentif untuk Syarikat Yang Membekalkan Kemudahan Rangkaian Dingin dan Khidmat
Produk Makanan
 Insentif untuk Penghasilan Makanan Halal
 Pilihan kepada Syarikat-Syarikat Pelopor pada Kualiti untuk Elaun Melabur-Semula
 Pemotongan Berganda untuk Kos Perbelanjaan untuk Mendapat Sijil Halal dan Sijil
Kualiti dan Pentauliahan
 Insentif untuk Ekspot
 Insentif untuk Latihan
 Insentif Yang Berhubungan Dengan Cukai
Terminal Makanan Negara (TEMAN)
 
PENGENALAN
TEMAN merupakan sebuah organisasi milik penuh FAMA yang memegang peranan sebagai
sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan
penggunaan. Operasi TEMAN adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan
pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan
cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.

PRASYARAT TEMAN
Untuk memenuhi prasyarat TEMAN sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden,
beberapa perubahan kepada aspek operasi dan teknologi perlu berlaku. Perubahan-perubahan ini
termasuklah perubahan kepada:

1. Kaedah kawalan kualiti


2. Kaedah pembungkusan dan pengedaran
3. Saluran pemasaran
4. Kaedah jualan
5. Penggunaan ruang pasaran
6. Prasarana pasaran yang “bestari”

VISI
Visi perniagaan TEMAN adalah “Menjadi pusat pembekalan atau pasar borong keluaran
pertanian contoh yang beroperasi secara cekap, telus dan terjaga daripada segi kualiti produk dan
perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti hidup kesemua golongan di samping meningkatkan
sumbangan keluaran pertanian kepada Keluaran Negara Kasar.”

MISI
Misi perniagaan TEMAN adalah “Dalam masa lima (5) tahun akan datang, TEMAN akan
menjadi penyumbang utama negara dalam pemborongan dan pengagihan keluaran pertanian dan
meningkatkan jumlah dan volum pasaran eksport bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.
Di samping meningkatkan langkah keselamatan dan penjagaan kualiti keluaran pertanian,
TEMAN juga menawarkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelbagai golongan
pembeli.”

FALSAFAH PERNIAGAAN TEMAN


Sebagai sebuah institusi kerajaan, asas kewujudan TEMAN adalah untuk member perkhidmatan
dan nilai kepada masyarakat yang tidak dapat dipenuhi oleh swasta.

OBJEKTIF
Objektif TEMAN termasuklah:

1. Untuk membangun dan mentransformasikan prasarana pemasaran produk pertanian dan


makanan.
2. Untuk meningkatkan dan mempromosikan amalan terbaik industri daripada segi kualiti,
pensijilan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan kepiawaian mutu makanan
3. Untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem agihan dan pengedaran yang
cekap bagi perniagaan agro.
4. Untuk menghasilkan kecekapan pasaran dengan mewujudkan suasana persaingan yang
sihat di kalangan pembekal dan pemborong dengan menggunapakai mekanisma
perletakan harga yang adil dan telus.

LOKASI
Dua lokasi telah dikenalpasti dan sesuai untuk pembangunan TEMAN iaitu:
1. TEMAN Ipoh, Perak
2. TEMAN Kota Bharu, Kelantan

NILAI-NILAI TEMAN (KELEBIHAN)

1. Kecekapan Pasaran
2. Ketelusan Pasaran
3. Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan
4. Bekalan yang Mencukupi dan Stabil
5. Kualiti Perkhidmatan
6. Peningkatan Penyertaan Bumiputera

PRODUK DIPASARKAN DI TEMAN


Produk bermaksud produk pertanian dan akuakultur dalam bentuk segar dan diproses yang
dihasilkan dalam negara atau yang diimport. Jenis-jenis produk yang akan diniagakan di
Kompleks TEMAN adalah sayur-sayuran, umbisi, buah-buahan, ikan, daging, ayam proses,
bunga-bungaan, barangan proses, barangan kering dan lain-lain hasil pertanian.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 April 2010


Paparan : 371
Pembangunan projek Heifer’s Park untuk ternakan

NEGARA dijangka memerlukan populasi induk tenusu sejumlah 74,000 ekor yang boleh
mengeluarkan susu sebanyak 118 juta liter setahun menjelang tahun 2020. Ketika ini, populasi
bibit tenusu di seluruh negara ialah sekitar 24,000 ekor yang hanya mengeluarkan susu mentah
sebanyak 51 juta liter pada tahun 2007 dan meningkat kepada 56 juta liter pada tahun 2008. Pada
tahun 2007, terdapat 689 penternak tenusu yang mana lima peratus komer sial, enam peratus
semi komersil dan 89 peratus skala kecil. Bagaimanapun, bilangan penternak telah meningkat
sebanyak 0.04 peratus (693 penternak ) pada tahun 2008.

ISU DAN CABARAN

1. Bekalan Induk Gantian


Penternak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan lembu dara pengganti
yang berkualiti serta baka yang bersesuaian dari sumber tempatan di mana bekalan
terpaksa diperolehi dari sumber import.
 
2. Kawasan Penternakan Terhad
Lebih 90 peratus penternak tradisional dan semi komersil tenusu tidak memiliki kawasan
penternakan sendiri. Penternakan dijalankan di kawasan rizab sungai, di bawah laluan
kabel elektrik, padang ragut jabatan, estet dan sebagainya.
 
3. Peningkatan Harga Makanan
Kos makanan ternakan telah mengalami peningkatan di antara 75 peratus hingga 119
peratus bagi tempoh 1998 hingga 2008. Kenaikan bahan makanan ini menjadi faktor
utama yang menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran. Kos pengeluaran dapat
dikurangkan sekiranya anak lembu cerai susu tidak dipelihara sendiri.
 
4. Sumber Tenaga Kerja
Ladang tenusu menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja ladang kerana rakyat
tempatan tidak berminat bekerja di ladang. Justeru, pihak ladang terpaksa mendapatkan
pekerja asing.
 
5. Kemahiran Pengurusan Ladang
Kebanyakan pengusaha yang menceburi bidang ini tidak mempunyai kemahiran dalam
bidang ini. Kakitangan teknikal yang diambil bekerja oleh ladang juga tidak mahir dan ini
boleh menyebabkan pengurusan ladang seperti pengurusan ternakan terutama sekali
pemeliharaan anak, makanan, pembiakan dan pengendalian susu tidak cekap hingga
akhirnya mengalami kegagalan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membangunkan
Heifer’s Park (HP) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), yang telah
diperuntukan oleh kerajaan negeri bagi kegunaan industri tenusu. Kemudahan yang
disediakan adalah seperti kandang, jalan ladang, bekalan elektrik dan air, pagar
perimeter, pembangunan pastura. Peruntukan adalah dari peruntukan negeri, persekutuan
dan daripada pengusaha sendiri. Pengendalian dan pengurusan Heifer’s Park akan
dilaksanakan oleh pengusaha Heifer’s Park yang di lantik oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV). Pengusaha di Heifer’s Park akan dipelawa di kalangan Koperasi
Penternak, Syarikat, penternak sedia ada atau baru di seluruh Semenanjung. Pengusaha
yang dilantik juga perlu mengikat kontrak dengan JPV. Bekalan anak lembu tenusu
betina cerai susu yang terpilih adalah berumur sekitar antara enam dan sembilan bulan
dibeli sama ada daripada penternak-penternak tenusu atau JPV. Penternak tenusu yang
telah mempersetujui akan menandatangani kontrak bekalan anak lembu tenusu cerai susu
ini. Pemilihan penternak-penternak tenusu ini mendapat kerjasama dan pandangan dari
pihak JPV. Anak-anak lembu tenusu betina dara terpilih akan dipelihara dan diurus
dengan baik hingga mencapai berat 230-260kg. Kemudian dibuntingkan pada sekitar
antara tiga dan lima bulan serta dijual semula kepada penternak tenusu.

LOKASI
Heifer’s Park telah dibangunkan di Bukit Selambau, Kedah dengan keluasan 87 hektar di mana
30 ekar digunakan untuk pemeliharaan lembu tenusu. Manakala di Pasir Putih, Kelantan, ia
masih dalam proses pembangunan. Projek Heifer’s Park di Alor Gajah, Melaka dengan keluasan
tapak 4.9 hektar telah pun beroperasi dengan ternakan sebanyak 50 ekor lembu bibit tenusu
Jersey tulen dan 2 pejantan baka Jersey tulen. Sehingga kini, sebanyak 23 ekor bibit tenusu telah
beranak dan mengeluarkan susu dan selebihnya telah bunting.

MODUS OPERANDI

 Peringkat Penternak

Penternak tenusu akan menghasilkan stok anak lembu betina yang akan digredkan oleh
JPV untuk dibekalkan kepada pengusaha Heiferís Park mengikut harga yang dipersetujui
didalam surat perjanjian antara penternak dan pengusaha Heifer’s Park. Purata berat hidup
sekitar 100 – 150 kg. Harga belian dari ladang penternak ialah RM1,000 – 1,200 seekor
bagi menggalakkan penternak menjual lembu dara ke projek Heifer’s Park. Harga belian
dari ladang JPV ialah mengikut harga yang diluluskan oleh Kementerian iaitu RM 6.80
sekilogram berat hidup.

 Pengusaha Heifer’s Park

Pengusaha yang dipilih terdiri daripada kalangan Koperasi Penternak, Syarikat Sdn. Bhd.,
penternak yang sedia ada atau baru. Pengusaha akan memelihara anak lembu betina cerai
susu yang berumur di antara 9-12 bulan, dibeli dari penternak tenusu atau dibeli dari
perolehan anak lembu dara yang diimpot oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Institut
Veterinar Malaysia, Kluang. Pengusaha perlu menyediakan modal bagi operasi harian
ladang seperti bekalan makanan ternakan, ubatan, penyelenggaraan dan pembaikan,
harverster untuk foraj dan aset mudah alih yang lain. Pengusaha Heiferís Park perlu
mengikat kontrak dengan Kerajaan. Menerusi ikatan perjanjian ini, aspek-aspek teknikal
yang telah ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu dipatuhi. Ternakan
dipelihara sehingga bunting seawal 3 hingga 5 bulan. Pengusaha Heifer’s Park akan
menjual semula ternakan bunting ini kepada penternak tenusu mengikut kadar jualan yang
telah dipersetujui. Berat badan lembu disasarkan mencapai 350 kilogram seekor pada
kadar keperluan foder sebanyak 25kg seekor sehari. Rangkaian pengeluaran, pemasaran
dan bekalan input secara bersepadu yang dilaksanakan adalah seperti rajah berikut:

JUSTIFIKASI
Secara tidak langsung, projek ini dapat membantu secara khusus bekalan heifer’s atau induk
gantian yang tidak mencukupi dari segi permintaan dan juga penjimatan dari segi pertukaran
wang asing. Justeru, pengimportan induk gantian dan kos pengeluaran dapat dikurangkan di
mana ia dapat menghasilkan induk gantian yang lebih murah berbanding yang diimport.

1. Bekalan dari punca penternakan dalam negara lebih baik disebabkan ternakan telah
terdedah kepada suasana tempatan pada jangka masa yang agak lama.
2. Penternak dapat merancang sumber kewangan serta program pengkhususan pengurusan
di ladang dengan lebih berkesan.
3. Pengusaha Heifers Park mendapat meraih keuntungan lebih cepat dan lumayan
berbanding dengan perusahaan yang penternakan yang lain.
4. Pengusaha Heifers Park boleh mempelbagaikan hasil hiliran seperti makanan ternakan
dan baja organik.
5. Penternak akan mengkhususkan pengurusan lembu berlaktasi. Ini akan
mempertingkatkan produktiviti ternakan dan hasil.
Pusat Fidlot Nasional (PFN)
 
Pengenalan
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Malaysia. Sehubungan dengan itu, Dasar Pertanian Negara Ketiga, 1998-2010 (DPN3) telah
digubal bagi menjamin pembangunan pertanian yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-
perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Selain dari DPN3, beberapa
dasar lain juga telah digubal bagi menyediakan landasan yang tersusun dalam pelan
pembangunan sosial dan ekonomi Negara. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains
dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 dilihat melengkapkan pendekatan
pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan
Induk Perindustrian 3 (2006-2010) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor
ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan.
Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia semulajadi yang dihasilkan
daripada sumber biologi adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi.

Pengeluaran daging lembu dalam negara masih berada ditahap rendah dengan hanya mencapai
23% Tahap Sara Diri (SSL) pada tahun 2005. Oleh itu, negara masih lagi bergantung kepada
sumber bekalan daging dari luar negara. Permintaan daging lembu sentiasa meningkat bagi
memenuhi permintaan pasaran domestik dan keperluan industri pemprosesan daging. Pada tahun
2005 permintaan daging lembu adalah sebanyak 124.11 ribu tan metrik berbanding pengeluaran
sebanyak 28.54 ribu tan metrik.
 
Ladang Fidlot Komersial
Pewujudan dan pemantapan ladang fidlot komersil adalah salah satu pendekatan yang digariskan
dibawah Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara, 2005. Penglibatan swasta secara besar-
besaran dalam penternakan secara fidlot dengan sistem pengeluaran dan pemasaran secara
bersepadu dijangka dapat membantu melonjakkan prestasi pengeluaran daging. Walau
bagaimanapun, penglibatan swasta tidak mudah berlaku disebabkan minat pelabur yang rendah
kesan dari kekangan-kekangan seperti berikut:

 Kekurangan tanah untuk dijadikan kawasan ladang;


 Kos pelaburan infrastruktur dan kemudahan asas yang tinggi; dan
 Tempoh matang yang lambat serta pulangan pelaburan yang kecil.

Dalam usaha menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pengeluaran


makanan negara, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk membangunkan kawasan
seluas 2,023.5 ha. (5,000 ekar) di Daerah Gemas sebagai Ladang Beef Valley bagi
mengusahakan aktiviti ternakan secara komersial agar dapat menyumbang kepada bekalan
makanan negara khususnya bagi Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Pusat Fidlot Nasional
(PFN) akan menjadi komponen utama di Ladang Beef Valley ini. Inisiatif ini adalah juga selaras
dengan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan pengimportan bahan-bahan
makanan serta memperolehi imbangan perdagangan makanan yang positif menjelang tahun
2010.
 
Komponen Projek

Lima kawasan satelit utama berikut adalah terlibat dalam pembangunan Projek Ladang Beef
Valley:

1. Perladangan kelapa sawit dan getah di Negeri Sembilan Timur untuk projek intergrasi
ternakan lembu;
2. Tanah-tanah sawah atau dusun terbiar di Negeri Sembilan Timur untuk membangunkan
projek-projek ternakan secara individu, berkelompok dan in situ;
3. Padang ragut milik JPH Negeri Sembilan untuk membangunkan industri ternakan
berskala komersial/separa komersial dan diusahakan oleh penternak kecil dan sederhana;
4. Tanah seluas 404.7 hektar (1,000 ekar) di Pusat Ternakan Haiwan, Jelai, Gemas bagi
pembiakan dan pengeluaran ternakan lembu. Pengeluaran baka-baka lembu terpilih di
bawah kawalan dan seliaan JPH turut dilaksanakan; dan
5. Kawasan seluas 2,023.5 hektar (5,000 ekar) di Daerah Kecil Gemas yang akan dimajukan
sebagai Pusat Fidlot Nasional (PFN).
 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 September 2009


Penternakan Kambing Boer
 
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada
kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing
juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan
kambing ini.

Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99
juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Tiga jenis kambing yang pada masa ini
diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin
menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak.
Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika
Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Ciri - Ciri Kambing Boer

 Subur dan mudah membiak sepanjang tahun


 Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
 Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
 Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian,
alphine dan beratus ratus baka yang lain
 Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang
bentuk persekitaran dan cuaca
 Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh
American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan
jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan
masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang. 
Insentif Untuk Sektor Pertanian
 
Antara insentif sektor pertanian yang ditawarkan di bwah insentif fiskal adalah:

 Status Perintis (PS)


 Elaun Cukai Pelaburan (ITA)
 Insentif untuk Projek-Projek Pengeluaran Makanan Baru
 Insentif untuk Syarikat Yang Melabur Semula di dalam Produk Makanan yang sama
 Elaun Pelaburan Semula
 Insentif untuk Memodenkan Sistem Penternakan Ayam dan Itik
 Elaun Modal Dipercepatkan
 Elaun Pertanian Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan)
 Elaun Perkilangan Bangunan
 Elaun Infrastruktur
 100% Elaun untuk Perbelanjaan Modal ke atas Projek-Projek Pertanian Yang Diluluskan
 Insentif untuk Projek-Projek Teknologi Tinggi
 Insentif untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
 Insentif untuk Syarikat Berskala Kecil dan Sederhana
 Insentif untuk Syarikat Yang Membekalkan Kemudahan Rangkaian Dingin dan Khidmat
Produk Makanan
 Insentif untuk Penghasilan Makanan Halal
 Pilihan kepada Syarikat-Syarikat Pelopor pada Kualiti untuk Elaun Melabur-Semula
 Pemotongan Berganda untuk Kos Perbelanjaan untuk Mendapat Sijil Halal dan Sijil
Kualiti dan Pentauliahan
 Insentif untuk Ekspot
 Insentif untuk Latihan
 Insentif Yang Berhubungan Dengan Cukai

Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 September 2009


Paparan : 3947
DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN 2008-2010
PROGRAM INSENTIF PENGELUARAN

LATAR BELAKANG

 Peningkatan harga makanan di peringkat global dan kekurangan bekalan makan telah
menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara yang mencukupi.

 Kerajaan mengambil langkah segera dalam menjamin bekalan makanan negara sentiasa
mencukupi dan pada harga yang berpatutan.

 Dasar Jaminan Bekalan Makanan telah diluluskan pada 23 April 2008 dengan objektif :-
o Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi
tahap sara diri
o Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan
o Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi
menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot.

 Strategi dasar ini adalah seperti berikut:-


o Peningkatan pengeluaran beras
o Perwujudan stok penimbal beras
o Peningkatan pengeluaran & produktiviti komoditi
o Insentif pengeluaran
o Pengukuhan pasaran & pengagihan
o Program bumi hijau
o Pengurusan tanah terbiar

INSENTIF PENGELUARAN

 Kenaikan harga minyak sebanyak telah menyebabkan kenaikan kos pengeluaran


pertanian yang telah membebankan petani, penternak dan pengusaha akuakultur

  Jemaah Menteri pada 16 April 2008 telah meluluskan cadangan Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani mengenai pemberian insentif pengeluaran dengan tujuan untuk:
a.   meringankan bebanan petani/penternak berikutan dengan kenaikan kos pengeluaran;
dan

b.   menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan.

KADAR PEMBERIAN INSENTIF PENGELUARAN

7.         Kadar insentif yang diberikan mengikut sub-sektor adalah seperti berikut:

Sub-sektor Tanaman

 Buah-buahan    -          RM78/tan metrik


 Sayur-sayuran  -          RM81/tan metrik     

Sub-sektor Perikanan (Akuakultur)

Jenis Penternak Kecil Separa Komersial Penternak Komersial


(RM/tm) (RM/tm) (RM/tm)
Udang Laut 1,560 780 520
Ikan Laut 1,650 825 550
Ikan Air Tawar 570 285 190

Nota:

Kolam: -

 Penternak kecil                         - kolam < 2     ha


 Separa komersial                      - kolam 2 - 10 ha
 Penternak komersial                - kolam > 10   ha

Sangkar ikan laut dan ikan air tawar (3mx3m)

 Penternak kecil                         - < 30     petak 


 Separa komersil                        - 30-200 petak
 Penternak komersial                - > 200  petak

Subsektor Ternakan

Jenis Penternak Kecil Penternak Komersial


(RM/tm) (RM/tm)
Telur Ayam 411 137
Susu 195 65
Daging Kambing 906 302
Daging Unggas 780 260
Daging Lembu  - Fidlot 1,122 374
Lembu – Tradisional 600 200
Lembu – Integrasi 600 200
Daging Babi 774 258

Nota:

Jenis Kategori
Penternak Kecil Penternak Komersial
Ayam Telur < 10,000 ekor > 10,000 ekor
penelur/pusingan penelur/pusingan
Tenusu < 50 ekor induk > 50 ekor induk
Kambing < 300 ekor/tahun > 300 ekor/tahun
Unggas < 20,000 ekor/pusingan  > 20,000 ekor/pusingan
Lembu - Fidlot < 200 ekor/pusingan > 200 ekor/pusingan
Lembu - Tradisional < 100 ekor/pusingan > 100 ekor/pusingan
Lembu Integrasi < 100 ekor/pusingan > 100 ekor/pusingan
Babi < 1000 ekor/tahun > 1000 ekor/tahun
Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 Jun 2009
Paparan : 1796
Senarai Bantuan, Subsidi dan Insentif Industri Padi dan Beras TAHUN 2009

Bil Program Kadar Bantuan Peruntukan


(RM juta)
1 Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan  240kg/ hektar baja sebatian (12 beg @ 20kg/ beg) dan  
(SBPKP) 275.06
 80kg/ hektar baja urea (4 beg @ 20kg/ beg)

2 Skim Subsidi Harga Padi RM248.10/ MT 448.00


3 Insentif Pengeluaran Padi    
  i)  Baja Tambahan RM140/ ha/ musim (maksimum) 95.06
  ii) Bantuan Upah Bajak RM100/ ha/ musim (maksimum) 54.94
4 Insentif Peningkatan Hasil RM650/ MT setiap tan kenaikan 40.00
5 Baja Tambahan NPK 3 beg @ 50kg setiap beg/ ha 250.00
6 Bantuan Kawalan Makhluk Perosak RM200/ ha/ musim 173.00
7 Kapur RM850/ ha (diberi 3 tahun sekali) 46.00
8 Subsidi Beras Pengilang Semenanjung: RM750/ mt 250.00
Sabah & Sarawak: RM600/ mt
Diberikan kepada pengilang yang mengambil bahagian supaya
mengeluarkan beras ST15%
9 Subsidi Beras Sabah & Sarawak Perbezaan antara kos pembelian beras import dengan harga jualan borong 150.00

Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 Ogos 2009


Paparan : 1072
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) (di bawah kendalian Jabatan Pertanian)

     Matlamat TKPM ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kawasan pengeluaran makanan
kekal dan melahirkan usahawan-usahawan di dalam sektor pertanian disamping untuk
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pengeluaran makanan.

   Konsep pelaksanaan TKPM ini memerlukan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri bagi mewartakan tanah-tanah yang telah dikenal pasti sesuai untuk
dibangunkan. Manakala Kerajaan Persekutuan pula berperanaan untuk menyediakan
kemudahan infrastruktur asas bagi projek yang akan dibangunkan. Setelah melalui proses
pewartaan, tanah akan disewakan kepada usahawan atau syarikat swasta bagi mengusahakan
tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran berskala komersil. Antara jenis tanaman yang
diusahakan adalah sengkuang, cili, jagung, pitaya, tembikai, melon, tomato, nangka, betik dan
banyak lagi.

    Pencapaian setakat ini menunjukkan bahawa projek TKPM telah memperolehi hasil yang
menggalakkan dan amat berpotensi untuk diperluaskan. Pengamalan teknologi perladangan
yang digunakan dalam projek ini juga adalah yang terkini dan moden seiring dengan
pelaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP). Projek ini juga mampu meningkatkan
penglibatan usahawan baru dalam bidang pengeluaran tanaman. Selain itu, penglibatan
daripada pihak swasta amatlah digalakkan  untuk menjadi “anchor company” dalam program
TKPM ini. Pusat penggumpulan/penggredan hasil juga dibangunkan bagi tujuan memudahkan
hasil tanaman dikumpul dan dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mempunyai nilai
kualiti yang lebih terjamin.

    RMK- 9 mensasarkan 60 projek TKPM dibangunkan dengan keluasan seluas 5,594 ha.
Nilai pengeluaran dan peserta yang disasarkan dalam program TKPM ini adalah 184,300 m.t
dengan nilai RM 197 juta dan penglibatan 1000 peserta.
Sehingga Julai 2009, seluas 4,339 ha kawasan telah dibangunkan dengan seramai 800 peserta
terlibat. Manakala sebanyak 110,000 m.t hasil pengeluaran yang bernilai RM 113 juta telah
berjaya dipasarkan.

      Pada 13 Januari 2009, Majlis Pelancaran Projek TKPM dan Projek Pertanian Moden
Lanchang, Temerloh, Pahang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Program TKPM/PPM Lanchang ini turut
memfokuskan kepada pembangunan projek TKPM Swasta dengan keluasan 2,800 ha.
Sehingga Jun 2009, 32 syarikat telah menyertai projek ini dan seluas 2,266 ha kawasan sedang
dibangunkan. Seluas 1,062 ha daripada kawasan tersebut sudah bertanam manakala 133.7 ha
daripada kawasan bertanam itu telah berhasil. Hasil pengeluaran dicatatkan 1,085 m.t dengan
nilai RM 1.6 juta.
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Disember 2009
Paparan : 5639

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) (di bawah kendalian Jabatan Pertanian)

     Matlamat TKPM ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kawasan pengeluaran makanan kekal
dan melahirkan usahawan-usahawan di dalam sektor pertanian disamping untuk menggalakkan
penglibatan sektor swasta dalam bidang pengeluaran makanan.

   Konsep pelaksanaan TKPM ini memerlukan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri bagi mewartakan tanah-tanah yang telah dikenal pasti sesuai untuk
dibangunkan. Manakala Kerajaan Persekutuan pula berperanaan untuk menyediakan kemudahan
infrastruktur asas bagi projek yang akan dibangunkan. Setelah melalui proses pewartaan, tanah
akan disewakan kepada usahawan atau syarikat swasta bagi mengusahakan tanaman buah-
buahan dan sayur-sayuran berskala komersil. Antara jenis tanaman yang diusahakan adalah
sengkuang, cili, jagung, pitaya, tembikai, melon, tomato, nangka, betik dan banyak lagi.

    Pencapaian setakat ini menunjukkan bahawa projek TKPM telah memperolehi hasil yang
menggalakkan dan amat berpotensi untuk diperluaskan. Pengamalan teknologi perladangan yang
digunakan dalam projek ini juga adalah yang terkini dan moden seiring dengan pelaksanakan
Amalan Pertanian Baik (GAP). Projek ini juga mampu meningkatkan penglibatan usahawan baru
dalam bidang pengeluaran tanaman. Selain itu, penglibatan daripada pihak swasta amatlah
digalakkan  untuk menjadi “anchor company” dalam program TKPM ini. Pusat
penggumpulan/penggredan hasil juga dibangunkan bagi tujuan memudahkan hasil tanaman
dikumpul dan dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mempunyai nilai kualiti yang lebih
terjamin.

    RMK- 9 mensasarkan 60 projek TKPM dibangunkan dengan keluasan seluas 5,594 ha. Nilai
pengeluaran dan peserta yang disasarkan dalam program TKPM ini adalah 184,300 m.t dengan
nilai RM 197 juta dan penglibatan 1000 peserta.
Sehingga Julai 2009, seluas 4,339 ha kawasan telah dibangunkan dengan seramai 800 peserta
terlibat. Manakala sebanyak 110,000 m.t hasil pengeluaran yang bernilai RM 113 juta telah
berjaya dipasarkan.

      Pada 13 Januari 2009, Majlis Pelancaran Projek TKPM dan Projek Pertanian Moden
Lanchang, Temerloh, Pahang telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Program TKPM/PPM Lanchang ini turut
memfokuskan kepada pembangunan projek TKPM Swasta dengan keluasan 2,800 ha. Sehingga
Jun 2009, 32 syarikat telah menyertai projek ini dan seluas 2,266 ha kawasan sedang
dibangunkan. Seluas 1,062 ha daripada kawasan tersebut sudah bertanam manakala 133.7 ha
daripada kawasan bertanam itu telah berhasil. Hasil pengeluaran dicatatkan 1,085 m.t dengan
nilai RM 1.6 juta.

Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (UIAT) (di bawah kendalian Bahagian
Industri Tani Kementerian)

     Sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 5% bagi tempoh Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9). Sektor ini diberi nafas baru untuk menjadi tunggak ketiga pertumbuhan
ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, salah satu inisiatif yang
diambil oleh Kerajaan adalah dengan melancarkan Program Pembangunan Usahawan Industri
Asas Tani Nasional.

     Tujuan program ini adalah untuk membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan
yang menekankan pembangunan dan peningkatan kualiti produk ke pasaran global. Sehubungan
dengan ini, aspek promosi, pemasaran, pembiayaan dan teknologi akan diberi tumpuan sebagai
pemangkin ke arah mencapai objektif program ini.

     Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pemprosesan atau nilai ditambah dan
membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu ke arah peningkatan
pendapatan kepada masyarakat tani.

     Dalam usaha menjayakan program tersebut, Kemeneterian turut merancang beberapa program
utama melalui lima strategi seperti peningkatan modal insan, peningkatan keupayaan pengeluar,
peningkatan kualiti produk, pembangunan dan pengembangan produk, serta pembangunan
penjenamaan, promosi dan pemasaran. Apa yang pasti, bagi kelima-lima strategi tersebut
objektifnya dalah untuk:
 

1. Membangunkan dan mengembangkan aktiviti pemprosesan atau nilai tambah produk


agro-makanan dengan menambah penglibatan usahawan dalam aktiviti pemprosesan
berasaskan pertanian atau nilai tambah produk agro makanan.
2. Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran dan rangkaian global melalui
penggunaan teknologi pemprosesan moden, pembungkusan yang berinovatif bagi
memenuhi kehendak pengguna serta pasaran tempatan dan luar negara.  Usaha ini
diambil untuk memperkukuh pasaran tradisional dan menembusi pasaran baru berasaskan
pematuhan kepada keperluan antarabangsa seperti persijilan halal, GHP, GMP, HACCP,
MQAS dan VHM.
3. Meningkatkan pendapatan usahawan, petani, penternak dan nelayan dengan penglibatan
lebih serius individu dan perkumpulan usahawan petani, penternak dan nelayan dalam
aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian.  Penekanan diberikan menerusi aktiviti
tambahan dan nilai tambah ‘value added’ yang tinggi di mana boleh menjana pendapatan
tambahan kepada mereka.

     Dalam RMK-9, Kementerian mensasarkan untuk membangunkan 10,000 usahawan industri
asas tani. Usahawan naik taraf disasarkan mendapat pulangan/pendapatan bersih minimum RM
2,000 sebulan. Sekurang-kurangnya 20% jumlah usahawan akan ditingkatkan kualiti produk ke
tahap yang menepati persijilan antrabangsa. Sehingga Julai 2009, seramai 12,149 usahawan
berjaya dicapai daripada 10,000 usahawan yang disasarkan. Ini menunjukkan komitmen
Kementerian dalam membangunkan usahawan naik taraf telah berjaya mencapai sasarannya.
LADANG KONTRAK (di bawah seliaan FAMA)

     Konsep ladang kontrak adalah memadankan pengeluaran hasil pertanian tanaman dengan
permintaan dipasaran. Pelaksanaan program ini mengambil kira semua aktiviti yang berkaitan di
sepanjang rantaian bekalan pengeluaran pertanian di mana khidmat-khidmat sokongan untuk
menjayakan projek ini seperti kemudahan lepas tuai yang merangkumi pusat pengumpulan, pusat
penggredan yang akan dibina dan disediakan.

     Program ini dibangunkan melalui pengeluar yang bersetuju untuk mengeluarkan hasil atau
produk yang berkualiti dari segi kuantiti, jenis, variasi, pembungkusan, gred, masa yang
dipersetujui dan pasaran dijamin pada harga yang dipersetujui bersama. Projek ini juga
menjamin bekalan yang berkualiti sentiasa berterusan untuk pembekalan kepada pelanggan tetap
dan pada masa yang sama menjamin ruang pasaran pada peserta Ladang Kontrak. Pelbagai jenis
perkhidmatan dan bantuan yang telah disediakan kepada peserta Ladang Kontrak bagi menjamin
program berterusan dan tidak terganggu. Antaranya adalah kemudahan kredit, perkhidmatan
bantuan teknikal, bantuan jentera, kemudahan input pembangunan dan pemasaran.

     Dalam RMK-9, HIP-Ladang Kontrak mensasarkan penglibatan peserta seramai 25,689 orang
dengan jumlah keluasan sebanyak 31,866 ha. Sehingga Julai 2009, Ladang Kontrak telah berjaya
membangunkan seluas 20,208.5 ha kawasan dengan penglibatan peserta seramai 12,010 orang.
Antara program HIP Ladang Kontrak yang telah berjaya dilancarkan sepanjang 2008 ialah:

1. Memperkenalkan Forward Agreement iaitu Perjanjian Jual Beli di antara FAMA dan
petani pada 31 Disember,
2. Membangunkan 26 Pilot Project di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Pendekatan yang digunakan adalah mendokumentasi rekod ladang daripada setiap petani
3. Perjanjian MoU antara FAMA dengan FELDA yang telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada 17 Disember
2008.
IADA: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
 
Pendahuluan
 

Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in situ" telah
diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967.
Sejak tahun itu, konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) hampir keseluruh negara. Struktur organisasi
dan pengurusan yang diamalkan oleh IADA dibahagi kepada dua bentuk, iaitu secara "korporat"
atau "lembaga" seperti diamalkan oleh MADA dan KADA serta model pengurusan secara
penyelarasan bagi IADA-IADA lain. Pasa asasnya, pendekatan pembangunan pertanian
bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan
Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (dan juga kiranya
diperlukan agensi-agensi kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam
penyediaan kemudahan insfrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.

Objektif
 

Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau
bagaimana pun secara amnya objektif IADA adalah untuk :-

 Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya


perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan
 Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga
manusia dam mampu bersaing dengan pasaran dalam dan luar negeri
 Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari,
progresif dan bersemangat keusahawanan.
 Meningkat purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim
menjelang tahun 2010.

Skop Dan Fungsi IADA


 

Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian
Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan
insfrastruktur pertanian dan pembangunan sub- sektor tanaman, perikanan, dan ternakan secara
"in situ".

Fungsi utama IADA ialah:

 Meningkatkan insfrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi


kawasan pertanian tertentu
 Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan
pertanian.
 Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada
golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan
 Mengukuhkan perkhidmatan Agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian
dan peladang
Mulai Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) dan dengan matlamat mengoptimumkan
penggunaan sumber-sumber yang terhad, skop pelaksanaan IADA telah difokuskan kepada
pembangunan kawasan jelapang padi negara. IADA-IADA bukan jelapang padi, kecuali IADA
Samarahan dan Kalaka Saribas di Sarawak, telah ditutup dan hanya IADA-IADA Barat laut
selangor, Seberang Perak, Kerian Sg. Manik, Kemasin Semerak, Pulau Pinang dan KETARA
yang melibatkan kawasan jelapang padi diteruskan pelaksanaannya.

Kawasan Operasi

Saiz keseluruhan kawasan operasi IADA jelapang padi berjumlah 923,565 hektar yang mana
482,580 hektar atau 52 peratus daripadanya merupakan kawasan pertanian dan bakinya seluas
440,985 hektar kawasan bukan pertanian (Jadual 1). Kira-kira 42 peratus daripada kawasan
pertanian kira-kira seluas 204,374 hektar adalah kawasan padi yang hampir semuanya
diusahakan dua kali setahun.

Jadual 1:Saiz Fizikal IADA

Luas Kawasan (ha)


Jelapang
Padi Projek Pertanian

MADA 126,155 109,501 96,558


KADA 82,900 64,555 31,464

Kerian Sg. Manik 66,282 30,560 27,825

Barat Laut Selangor 199,199 82,044 18,590

Pulau Pinang 104,636 67,095 10,138

Seberang Perak 17,307 16,437 8,529

Ketara 258,736 65,828 5,110

Kemasin Semerak 68,350 46,560 6,160

Jumlah 923,565 482,580 204,374


Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Ogos 2010
Paparan : 3768
IADA: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
 
Pendahuluan
 

Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in situ" telah
diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967.
Sejak tahun itu, konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) hampir keseluruh negara. Struktur organisasi
dan pengurusan yang diamalkan oleh IADA dibahagi kepada dua bentuk, iaitu secara "korporat"
atau "lembaga" seperti diamalkan oleh MADA dan KADA serta model pengurusan secara
penyelarasan bagi IADA-IADA lain. Pasa asasnya, pendekatan pembangunan pertanian
bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan
Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (dan juga kiranya
diperlukan agensi-agensi kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam
penyediaan kemudahan insfrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.

Objektif
 

Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau
bagaimana pun secara amnya objektif IADA adalah untuk :-

 Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya


perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan
 Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga
manusia dam mampu bersaing dengan pasaran dalam dan luar negeri
 Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari,
progresif dan bersemangat keusahawanan.
 Meningkat purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim
menjelang tahun 2010.

Skop Dan Fungsi IADA


 

Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian
Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan
insfrastruktur pertanian dan pembangunan sub- sektor tanaman, perikanan, dan ternakan secara
"in situ".

Fungsi utama IADA ialah:

 Meningkatkan insfrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi


kawasan pertanian tertentu
 Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan
pertanian.
 Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada
golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan
 Mengukuhkan perkhidmatan Agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian
dan peladang
Mulai Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) dan dengan matlamat mengoptimumkan
penggunaan sumber-sumber yang terhad, skop pelaksanaan IADA telah difokuskan kepada
pembangunan kawasan jelapang padi negara. IADA-IADA bukan jelapang padi, kecuali IADA
Samarahan dan Kalaka Saribas di Sarawak, telah ditutup dan hanya IADA-IADA Barat laut
selangor, Seberang Perak, Kerian Sg. Manik, Kemasin Semerak, Pulau Pinang dan KETARA
yang melibatkan kawasan jelapang padi diteruskan pelaksanaannya.

Kawasan Operasi

Saiz keseluruhan kawasan operasi IADA jelapang padi berjumlah 923,565 hektar yang mana
482,580 hektar atau 52 peratus daripadanya merupakan kawasan pertanian dan bakinya seluas
440,985 hektar kawasan bukan pertanian (Jadual 1). Kira-kira 42 peratus daripada kawasan
pertanian kira-kira seluas 204,374 hektar adalah kawasan padi yang hampir semuanya
diusahakan dua kali setahun.

Jadual 1:Saiz Fizikal IADA

Luas Kawasan (ha)


Jelapang
Padi Projek Pertanian

MADA 126,155 109,501 96,558


KADA 82,900 64,555 31,464

Kerian Sg. Manik 66,282 30,560 27,825

Barat Laut Selangor 199,199 82,044 18,590

Pulau Pinang 104,636 67,095 10,138

Seberang Perak 17,307 16,437 8,529

Ketara 258,736 65,828 5,110

Kemasin Semerak 68,350 46,560 6,160

Jumlah 923,565 482,580 204,374


Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Ogos 2010
TEMAN
 
Pembangunan Terminal Makanan Negara

Institusi pasar borong adalah pusat strategik pengedaran bahan makanan keperluan harian, dan
peranannya adalah sangat penting sebagai nadi pembangunan sosio ekonomi negara.

Usaha-usaha ke arah pembaikan sistem pemborongan di Malaysia perlulah dilaksanakan


mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak
berkaitan. Ini penting bagi menjamin pengeluar mendapat pasaran hasil pertanian mereka pada
harga yang menguntungkan manakala pengguna dijamin bekalan bahan makanan yang
berterusan dengan mutu dan harga yang berpatutan.

Pembangunan projek TEMAN bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang serba lengkap,
moden dan mesra pelanggan dengan sistem pemborongan yang lebih teratur, telus dan terkawal.
Melalui pelaksanaan projek TEMAN, kumpulan pengeluar boleh terlibat dengan lebih aktif di
dalam aktiviti pemborongan seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Taiwan,
Korea Selatan, Jepun dan Australia. Kejayaan institusi pasar borong di negara tersebut dapat
membantu pembangunan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup kumpulan pengeluar.
Selain itu, faedah yang diperoleh dari projek ini secara langsung dapat menggalakkan
pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kos makanan kepada rakyat.

Perancangan projek TEMAN telah dimulakan sejak pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-8
(RMKe-8) dengan Projek Perintis di Gopeng, Perak. Sehubungan dengan itu, dalam pelan
tindakan RMKe-9, Kompleks TEMAN Gopeng akan dibangunkan di atas tapak seluas 50 ekar.

Pembangunan kompleks tersebut merangkumi penyediaan pelbagai kemudahan asas untuk


aktiviti pemborongan. Ia termasuk sistem lalu lintas, tempat meletak kenderaan dan sistem
perparitan. Blok pemborongan utama yang mempunyai sebanyak 227 lot untuk menempatkan
pemborong bagi komoditi utama sayur, buah, barangan keperluan makanan utama seperti
bawang, ubi kentang dan produk-produk lain termasuk barangan proses yang diusahakan oleh
pengusaha PKS (produk kecil sederhana). Komponen lain adalah termasuk blok pemborongan
ikan yang mempunyai sebanyak 40 lot dan blok pemborongan ayam dan daging sebanyak 20 lot.
Sesuai dengan keperluan semasa, kompleks ini turut merangkumi kemudahan-kemudahan
sokongan seperti pusat pengedaran untuk komoditi bunga, ikan hiasan, ruang pejabat pentadbiran
dan kafeteria.

Antara aktiviti utama yang dijalankan di Kompleks TEMAN ialah:

 Menyediakan kemudahan yang serba lengkap untuk membolehkan urus niaga secara
borong dilaksanakan dengan cekap, cepat, telus dan selamat. Ia merangkumi penyediaan
ruang niaga yang lebih luas, kemudahan penyimpanan, khidmat sokongan seperti
perbankan dan kemudahan penyimpanan dan kemudahan awam lain;
 Memperbaiki dan menggalakkan penggunaan amalan yang baik di dalam aktiviti
pengendalian produk dari aspek kualiti, penggredan, pembungkusan, pelabelan,
pensijilan, pengesahan dan standard keselamatan makanan;
 Mewujudkan sistem urus niaga yang cekap melalui mekanisme penetapan harga yang
berkesan bagi menjamin kewujudan persaingan yang adil, telus dan saksama di kalangan
pengeluar, pemborong dan pembeli;
 Menjadi pusat untuk aktiviti pengumpulan, penyediaan dan pengedaran bekalan untuk
tujuan pasaran eksport dan kawalan import yang disokong dengan perkhidmatan dari
pelbagai jabatan dan agensi kerajaan secara berpusat untuk aktiviti akreditasi dan
keselamatan makanan. Ia seiring dengan cadangan penubuhan MAQIS (Malaysian
Agriculture Quarantine & Inspection Services)
 Menjadi pusat promosi dan pendidikan bagi hasil-hasil pertanian sama ada barangan
segar, proses dan
 Pusat Pemasaran Produk Halal

Keterangan Lanjut :
Bahagian Terminal Makanan Negara (TEMAN)
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran Satu,
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03 6126 2020 Faks : 03 6138 3650 / 6138 5200
Emel : teman@fama.gov.my
Tarikh Akhir Dikemaskini : 20 April 2010
Paparan : 4027
TEMAN
 
Pembangunan Terminal Makanan Negara

Institusi pasar borong adalah pusat strategik pengedaran bahan makanan keperluan harian, dan
peranannya adalah sangat penting sebagai nadi pembangunan sosio ekonomi negara.

Usaha-usaha ke arah pembaikan sistem pemborongan di Malaysia perlulah dilaksanakan


mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak
berkaitan. Ini penting bagi menjamin pengeluar mendapat pasaran hasil pertanian mereka pada
harga yang menguntungkan manakala pengguna dijamin bekalan bahan makanan yang
berterusan dengan mutu dan harga yang berpatutan.

Pembangunan projek TEMAN bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang serba lengkap,
moden dan mesra pelanggan dengan sistem pemborongan yang lebih teratur, telus dan terkawal.
Melalui pelaksanaan projek TEMAN, kumpulan pengeluar boleh terlibat dengan lebih aktif di
dalam aktiviti pemborongan seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Taiwan,
Korea Selatan, Jepun dan Australia. Kejayaan institusi pasar borong di negara tersebut dapat
membantu pembangunan sektor pertanian dan meningkatkan taraf hidup kumpulan pengeluar.
Selain itu, faedah yang diperoleh dari projek ini secara langsung dapat menggalakkan
pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kos makanan kepada rakyat.

Perancangan projek TEMAN telah dimulakan sejak pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-8
(RMKe-8) dengan Projek Perintis di Gopeng, Perak. Sehubungan dengan itu, dalam pelan
tindakan RMKe-9, Kompleks TEMAN Gopeng akan dibangunkan di atas tapak seluas 50 ekar.

Pembangunan kompleks tersebut merangkumi penyediaan pelbagai kemudahan asas untuk


aktiviti pemborongan. Ia termasuk sistem lalu lintas, tempat meletak kenderaan dan sistem
perparitan. Blok pemborongan utama yang mempunyai sebanyak 227 lot untuk menempatkan
pemborong bagi komoditi utama sayur, buah, barangan keperluan makanan utama seperti
bawang, ubi kentang dan produk-produk lain termasuk barangan proses yang diusahakan oleh
pengusaha PKS (produk kecil sederhana). Komponen lain adalah termasuk blok pemborongan
ikan yang mempunyai sebanyak 40 lot dan blok pemborongan ayam dan daging sebanyak 20 lot.
Sesuai dengan keperluan semasa, kompleks ini turut merangkumi kemudahan-kemudahan
sokongan seperti pusat pengedaran untuk komoditi bunga, ikan hiasan, ruang pejabat pentadbiran
dan kafeteria.

Antara aktiviti utama yang dijalankan di Kompleks TEMAN ialah:

 Menyediakan kemudahan yang serba lengkap untuk membolehkan urus niaga secara
borong dilaksanakan dengan cekap, cepat, telus dan selamat. Ia merangkumi penyediaan
ruang niaga yang lebih luas, kemudahan penyimpanan, khidmat sokongan seperti
perbankan dan kemudahan penyimpanan dan kemudahan awam lain;
 Memperbaiki dan menggalakkan penggunaan amalan yang baik di dalam aktiviti
pengendalian produk dari aspek kualiti, penggredan, pembungkusan, pelabelan,
pensijilan, pengesahan dan standard keselamatan makanan;
 Mewujudkan sistem urus niaga yang cekap melalui mekanisme penetapan harga yang
berkesan bagi menjamin kewujudan persaingan yang adil, telus dan saksama di kalangan
pengeluar, pemborong dan pembeli;
 Menjadi pusat untuk aktiviti pengumpulan, penyediaan dan pengedaran bekalan untuk
tujuan pasaran eksport dan kawalan import yang disokong dengan perkhidmatan dari
pelbagai jabatan dan agensi kerajaan secara berpusat untuk aktiviti akreditasi dan
keselamatan makanan. Ia seiring dengan cadangan penubuhan MAQIS (Malaysian
Agriculture Quarantine & Inspection Services)
 Menjadi pusat promosi dan pendidikan bagi hasil-hasil pertanian sama ada barangan
segar, proses dan
 Pusat Pemasaran Produk Halal

Keterangan Lanjut :
Bahagian Terminal Makanan Negara (TEMAN)
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran Satu,
Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03 6126 2020 Faks : 03 6138 3650 / 6138 5200
Emel : teman@fama.gov.my
Projek Pertanian Moden Kluang
 

Projek Pertanian Moden Kluang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad sempena lawatan beliau ke Royal Agriculture College (RAC), United
Kingdom.

Projek Perdana ini merupakan projek ulung dalam usaha mengeluarkan bahan makanan dan
sebagai projek perintis pertanian campuran berskala besar yang diurus secara komersial
menggunakan teknologi dan amalan pertanian yang terkini.

Pada 12 Februari 2004, projek ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebanyak 21 syarikat telah dipersetujui oleh Jemaah
Menteri bagi menyertai projek ini.

Keluasan projek ini adalah 9000 ekar di mana seluas 3,202 ekar di Padang Hijau, 203 ekar di
Pusat Pertanian Ayer Hitam manakala seluas 5,595 ekar adalah di PTH Ayer Hitam dan Institut
Haiwan Kluang, Johor.

Melalui pelaksanaan Projek Pertanian Moden Kluang, pengeluaran makanan negara dijangka
akan meningkat dan secara langsung menambah bekalan makanan bagi keperluan domestik serta
dalam masa yang sama mengurangkan bil import bagi bahan makanan negara.

Selain itu, projek ini juga menekankan betapa pentingnya penggunaan teknologi yang
bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak,
bermutu dan kualiti yang lebih tinggi dan stabil.

Projek Pertanian Moden Kluang adalah satu model projek berskala ekonomik dan moden di
mana ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi dalam sektor pertanian dan dapat menyediakan
peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

Penglibatan pihak swasta dalam projek ini dengan pengurusan secara komersil serta pengalaman
teknologi terkini dalam sektor pertanian dapat mendedahkan kepakaran dan kemahiran kepada
lebih ramai penternak, nelayan dan petani.
http://www.dvs.gov.my/web/guest/681
ENARAI ALAMAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
1.DR. NUR HARDY BIN ABU DAUD
   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERLIS
   KM.3, JALAN UTAN AJI
   01000 KANGAR
   PERLIS
   TEL: 04-9792600
   FAKS: 04-9764531

2.DATO’ DR. MOHD ZAIRI BIN HJ. SERLAN


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN
   KUBANG KERIAN
   16150 KOTA BHARU
   KELANTAN
   TEL: 09-7652545/2811
   FAKS: 09-7651178
   Url Laman Web : http://jph.kelantan.gov.my/info.php

3.DR. QUAZA NIZAMUDDIN BIN HASSAN NIZAM


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERAK
   JALAN SULTAN AZLAN SHAH
   30740 IPOH
   PERAK
   TEL: 05-5459111
   FAKS:05-5482712
   Url Laman Web : http://www.jpvpk.gov.my

4.
   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI TERENGGANU
   PETI SURAT 203, JALAN BUKIT KECIL
   20720 KUALA TERENGGANU
   TERENGGANU
   TEL: 09-6221822
   FAKS: 09-6229982
   Url Laman Web : http://www.jphtrg.com

5.DR. ROHAYA BINTI MOHD ALI


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA
   JALAN AIR KEROH LAMA
   75450 MELAKA
   TEL: 06-2325103
   FAKS: 06-2327633
   Url Laman Web :http://jpvmelaka.gov.my/bm/main.php?option=utama

6.DR. SAFARUDDIN BIN MD. DAWAM


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG
   JALAN SERI KEMUNTING 2
   25100 KUANTAN
   PAHANG
   TEL: 09-5171090
   FAKS: 09-5141498
   Url Laman Web : http://vetphg.pahang.gov.my

7.DR. ABDUL LATIF BIN BORHAN


   PENGARAH  PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
   LOT 2 JALAN UTAS, SEKSYEN 15/7
   40630 SHAH ALAM
   SELANGOR
   TEL: 03-55103900
   FAKS: 03-55103903
   Url Laman Web : http://www.dvssel.gov.my

8.MEJAR (K) DATO' DR. NOOR SOERAYA BINTI NORSHAM


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SEMBILAN
   LOT 1504, MUKIM PANTAI
   BATU 6 JALAN JELEBU
   71770 SEREMBAN
   NEGERI SEMBILAN
   TEL: 06-7629163/7628857/9170/9157
   FAKS: 06-7629022

9.DR. WAN MOHD KAMIL BIN DATO’ WAN NIK


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
   BUKIT TENGAH
   14000 BUKIT MERTAJAM
   PULAU PINANG
   TEL: 04-5084363/68
   FAKS: 04-5084366
   Url Laman Web : http://www.jpvpp.gov.my

10.DR. MOHD TERMIZI BIN GHAZALI


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH
    JALAN DATUK KUMBAR
    05300 ALOR SETAR
    KEDAH
    TEL: 04-7205200
    FAKS: 04-7344673

  
11.DATIN PADUKA DR. HJH FAUZIAH BINTI HJ. EMBONG
    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR
    ARAS 5, KOMPLEKS C2S, EAST WING
    PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN JOHOR
    79000 NUSAJAYA
    JOHOR
    TEL: 07-2667501
    FAKS: 07-2909215

12.DR. MAS AYU SURAYA BINTI ABD. RAHMAN


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    KM. 4 JALAN SELAR 4
    OFF JALAN CHERAS
    51600 KUALA LUMPUR
    TEL: 03-92849716/92849718
    FAKS: 03-92849717

13.DR. SAIRA BANU BINTI MOHAMED REJAB


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JALAN SAGUKING
    PETI SURAT 81180
    87021 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
    TEL: 087-412246
    FAKS: 087-414523

14.DR. HUMRAWALI BIN HAZID AHMAD KHAN


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SARAWAK
    JABATAN PERTANIAN
    LOT 877, JALAN SEMENGGOK
    OFF BATU 12, JALAN KUCHING
    SARAWAK
    TEL: 082-628255/250
    FAKS: 082-628227

15.DR YEOH BOON KIAT


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DAN PERUSAHAAN TERNAK
    TINGKAT 3, BLOK B
    JALAN TASIK LUYANG
    88999 KOTA KINABALU
    SABAH
    TEL: 088-287400
    FAKS: 088-238418/238414
    Url Laman Web : http://www.sabah.gov.my/hwan/index3.htm
SENARAI ALAMAT JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI

1.DR. NUR HARDY BIN ABU DAUD


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERLIS
   KM.3, JALAN UTAN AJI
   01000 KANGAR
   PERLIS
   TEL: 04-9792600 FAKS: 04-9764531

2.DATO’ DR. MOHD ZAIRI BIN HJ. SERLAN


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN
   KUBANG KERIAN
   16150 KOTA BHARU
   KELANTAN
   TEL: 09-7652545/2811 FAKS: 09-7651178
   Url Laman Web : http://jph.kelantan.gov.my/info.php

3.DR. QUAZA NIZAMUDDIN BIN HASSAN NIZAM


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERAK
   JALAN SULTAN AZLAN SHAH
   30740 IPOH
   PERAK
   TEL: 05-5459111 FAKS:05-5482712
   Url Laman Web : http://www.jpvpk.gov.my

4.PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI


   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI TERENGGANU
   PETI SURAT 203, JALAN BUKIT KECIL
   20720 KUALA TERENGGANU
   TERENGGANU
   TEL: 09-6221822 FAKS: 09-6229982
   Url Laman Web : http://www.jphtrg.com

5.DR. ROHAYA BINTI MOHD ALI


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA
   JALAN AIR KEROH LAMA
   75450 MELAKA
   TEL: 06-2325103 FAKS: 06-2327633
   Url Laman Web :http://jpvmelaka.gov.my/bm/main.php?option=utama
6.DR. SAFARUDDIN BIN MD. DAWAM
   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PAHANG
   JALAN SERI KEMUNTING 2
   25100 KUANTAN
   PAHANG
   TEL: 09-5171090 FAKS: 09-5141498
   Url Laman Web : http://vetphg.pahang.gov.my

7.DR. ABDUL LATIF BIN BORHAN


   PENGARAH  PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
   LOT 2 JALAN UTAS, SEKSYEN 15/7
   40630 SHAH ALAM
   SELANGOR
   TEL: 03-55103900 FAKS: 03-55103903
   Url Laman Web : http://www.dvssel.gov.my

8.MEJAR (K) DATO' DR. NOOR SOERAYA BINTI NORSHAM


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SEMBILAN
   LOT 1504, MUKIM PANTAI
   BATU 6 JALAN JELEBU
   71770 SEREMBAN
   NEGERI SEMBILAN
   TEL: 06-7629163/7628857/9170/9157 FAKS: 06-7629022

9.DR. WAN MOHD KAMIL BIN DATO’ WAN NIK


   PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
   JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
   BUKIT TENGAH
   14000 BUKIT MERTAJAM
   PULAU PINANG
   TEL: 04-5084363/68 FAKS: 04-5084366
   Url Laman Web : http://www.jpvpp.gov.my

10.DR. MOHD TERMIZI BIN GHAZALI


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KEDAH
    JALAN DATUK KUMBAR
    05300 ALOR SETAR
    KEDAH
    TEL: 04-7205200 FAKS: 04-7344673

  
11.DATIN PADUKA DR. HJH FAUZIAH BINTI HJ. EMBONG
    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR
    ARAS 5, KOMPLEKS C2S, EAST WING
    PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN JOHOR
    79000 NUSAJAYA
    JOHOR
    TEL: 07-2667501 FAKS: 07-2909215

12.DR. MAS AYU SURAYA BINTI ABD. RAHMAN


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    KM. 4 JALAN SELAR 4
    OFF JALAN CHERAS
    51600 KUALA LUMPUR
    TEL: 03-92849716/92849718 FAKS: 03-92849717

13.DR. SAIRA BANU BINTI MOHAMED REJAB


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR WILAYAH PERSEKUTUAN
    JALAN SAGUKING
    PETI SURAT 81180
    87021 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
    TEL: 087-412246 FAKS: 087-414523

14.DR. HUMRAWALI BIN HAZID AHMAD KHAN


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SARAWAK
    JABATAN PERTANIAN
    LOT 877, JALAN SEMENGGOK
    OFF BATU 12, JALAN KUCHING
    SARAWAK
    TEL: 082-628255/250 FAKS: 082-628227

15.DR YEOH BOON KIAT


    PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI
    JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DAN PERUSAHAAN TERNAK
    TINGKAT 3, BLOK B
    JALAN TASIK LUYANG
    88999 KOTA KINABALU
    SABAH
    TEL: 088-287400 FAKS: 088-238418/238414
    Url Laman Web : http://www.sabah.gov.my/hwan/index3.h

You might also like