You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan
Kursus PJM3106 Anatomi dan Fisiologi didedahkan kepada pelajar PGSR
sebagai subjek minor. Ianya diperkenalkan untuk member serba sedikit
kefahaman terhadap kepentingan anatomi dan fisiologi di dalam pengajaran
PJK di sekolah. Para pelajar didedahkan dengan konsep asas pengenalan
kepada anatomi dan fisiologi. Peringkat kimia, selular dan tisu organisme.
Sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem
endokrina, darah dan jantung. Saluran dan peredaran darah, sistem limpatik dan
imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme
serta sistem urinari.
Anatomi berasal dari perkataan “Greek”(to cut apart) yang bermaksud
“memotong/ membelah anggota badan”. Ianya merupakan bidang sains yang
berkaitan dengan struktur tubuh badan manusia juga dikenali sebagai morfologi
atau sains bentuk.
Anatomi mempunyai skop yang sangat luas dan merangkumi beberapa sub
disiplin seperti anatomi kasar (Gross)/mikroskopik yang terbahagi kepada :
i. Anatomi Kawasan (regional)
Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara
berkumpulan. Contohnya bahagian kepala.
ii. Anatomi bersistem (systematic)
Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu
dengan lain akan dikaji secara bersama. Contohnya, sistem otot. Kita
akan mengkaji sistem otot bagi melihat hubungkait antara struktur
dengan fungsinya.
iii. Anatomi permukaan (surface)
Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa
pada permukaan tubuh.
2.0 Pengenalan Kepada Permainan Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada
dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam
sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat
memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia
dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti
selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali
bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran,
yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi
permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia
juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang
baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

2.1 Kemahiran Servis

Servis dalam permainan badminton merupakan permulaan permainan untuk


mendapat mata. Terdapat berbagai teknik servis yang biasa digunakan oleh pemain-
pemain badminton untuk memerangkap lawan dan mendapatkan mata. Servis yang
baik mampu mendapatkan mata yang pantas. Servis berbeza diaplikasikan untuk
permainan perseorangan dan beregu. Servis yang digunakan tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan Badminton World Federation (BWF).

2.2 Melakukan Servis

Peraturan melakukan servis :


1. pemain dalam keadaan tenang dan sedia
2. kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu,manakala berat badan adalah
pada kaki.
3. lutut dibengkokkan dengan sebelah kaki ke depan sedikit.
4. perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga
pada bulu tangkis yang anda pegang
5. lakukan servis dengan yakin dan jangan tergopoh-gopoh.
6. bersedia dengan mengawal setiap bahagian gelanggang.

2.3 Servis dikira batal dalam keadaan seperti berikut :

1. kaki pembuat barisan servis memijak mana-mana garisan gelanggang.


2. pemain mengangkat kaki semasa membuat servis
3. memberhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan
memerangkap lawan.
4. memukul bulu tangkis melepasi pinggang
5. raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.

2.4 Cara membuat servis

Kedudukan badan dan kaki


1. berdiri dengan kaki kiri ke depan sedikit
2. kedua-dua kaki pada sudut 45’ke garis dengan bahu kiri ke depan jaring.
3. lutu dibengkokkan sedikit
4. berat badan adalah sama pada kedua-dua kaki

2.5 Memegang raket


1. pegang raket mengikut keselesaan sendiri
2. dalam pegangan depan,ibu jari pada sebelah depan raket.

3. dalam pegangan kilas,ibu jari di sebelah sisi raket


4. pastikan cengkaman yang sesuai agar raket dapat digerakkan dengan bebas.
2.6 Memegang bulu tangkis
1. pegang pada hujung bulu tangkis
2. gunakan di antara tapak tangan dengan jari telunjuk
3. tangan yang memegang raket hendaklah bersedia untuk memukul.

2.5 Membuat pukulan


1. kepala raket berada di bawah aras tangan
2. raket hayun ke belakang dan dibawa ke bawah siku yang dibengkokkan
3. pergelangan tangan menegak apabila gerakan hampir tamat.
4. lengan kanan diayun sehingga raket dapat menggerakkan bulu tangkis
5. permukaan raket terkena bulu tangkis didepan badan pemain.

2.6 JENIS SERVIS


1.servis rendah

2.servis tinggi

3.servis rendah depan

1. cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis
melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.
2. cara melakukan servis rendah ini ialah seperti
berikut:
1. berdiri di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah
kawasan sendiri.
2. Kaki kiri didepankan sedikit dan badan menghala ke jaring.
3. Pegang bulu tangkis pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam

4. Arahkan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke depan
5. Pastikan kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang
raket semasa memukul.
6. Arahkan servis ke kawasan depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri
atau ke kanannya
7. Berlatih membuat servis ini dari kedua-dua petak servis iaitu di kiri dan
kanan.
2.7 Servis rendah kilas
Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan.Cara melakukan
servis rendah kilas ini ialah :
1. pemain berdiri berhampran dengan garis depanpetak servisnya
2. badan dan kedudukan adalah hampir mengiring jaring.
3. bahagian pemegangraket mengarah ke atas,jari pada belakang pemegang raket
akan memberikan tenaga dan tekanan untuk kilas.
4. bulu tangkis tidak berada diatas pinggang semasa memukul.
5. pegang bulu tangkis pada hujung bulunya dan lepaskan untuk segera di[ukul
dengan cara menguisnya.

2.8 Servis tinggi


Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan.Bulu tangkis
akan meluru jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.Servis ini sesuai
untuk acara perseorangan dan juga beregu.cara melakukan servis ini ialah :
1. tangan yang memegang raket akan membuatsatu pusingan penuhlengan dan
raket
dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu tangkis dipukul.
2. ayunkan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada
bahagian kepalanya ke bawah.
3. kedudukan kaki dan badan adalah seperti dalam servis deras

4. pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan dibelakang gelanggang


lawan.Jangan hantarkan di tengah atau didepan gelanggang
2.9 Pukulan Hadapan
Pandang bulu tangkis.
Ayun raket ke belakang.
Sebelah tangan lagi diluruskan.
Ayun raket dengan tangan lurus.
Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
Ikut lajak.
2.10 Pukulan Kilas
Pandang bulu tangkis.
Kaki kanan menyilang ke kiri.
Kilas raket separas bahu.
Pukul bulu tangkis.
Ikut lajak.

2.11 Pukulan Lob


Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.
Pukulan
ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.
Pukulan Smesy
Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia
digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang
kosong gelangang lawan.
Pandang bulu tangkis.
Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.

Pukul bulu tangkis pantas.


Ikut lajak.

2.12 Jenis-jenis servis .(Rajah)


3.0 Kemahiran yang dipilih : Badminton- memukul bulu tangkis/ servis

Penerangan :

1. Terdapat dua fasa dalam kemahiran memukul bulu tangkis di dalam


permainan badminton iaitu:
i. Fasa persediaan
ii. Fasa pergerakan/pukulan
2. Kebanyakan pergerakan adalah bersifat rotasi dalam transverse plane dan
longitudinal axis.
3. Terdapat 3 jenis sendi yang terlibat iaitu pergelangan tangan, siku dan
bahu.
4. Siku merupakan sendi engsel yang menyambungkan humerus dan juga
ulna.
5. Bahu merupakan sendi lesung di antara humerus dan scapula.
6. Pergelangan tangan merupakan sendi condyloid antara ulna dan tulang
carpal.
3.1 Jadual 1.(Fasa Persediaan)

Sendi Terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis

Pergelangan Ulna dan carpal supinasi supinator


Tangan Radius dan ulna

Siku Humerus dan ulna ekstensi Tricep brachii

Bahu Humerus dan Horizontal Posterior deltoid


scapula hyperekstensi dan dorsi

Jadual 2 (Fasa pukulan )


Sendi terlibat Tulang Pergerakan Otot Agonis

Pergelangan Ulna dan carpal pronation Pronator teres


tangan Radius dan ulna

Siku Humerus dan ulna fleksion Biceps brachii

Bahu Humerus dan Horizontal flexion Pectoralis major


scapula dan anterior deltoid
Pinggang rotasi External obliques

3.2 Gambar
Rujukan :

1. Carian Internet. www.wikipedia.com


2. Nota-nota kuliah.
3.

You might also like