You are on page 1of 12

KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN JAGUNG MANIS

DI BAWAH PERLAKSANAAN PROJEK RMK – 9

PROGRAM PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ASAS

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN CHANGLUN

KEDAH DARULAMAN

************************************************************************

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 1,746,395.00

( Ringgit Malaysia : Satu Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh

Lima sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pengeluaran Ladang untuk projek tanaman

ladang jagung manis seluas 100 ekar.

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan

pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala

Kangsar. Menggalakkan perladangan berasaskan usahawan untuk merealisasikan konsep satu

kawasan satu produk (1K1P) serta melibatkan peserta. Ini juga secara tidak langsung dapat

memberi suatu galakan ke arah pengaktifan unit disamping memberikan peluang pekerjaan

kepada ahli peladang / penduduk setempat.

Kami juga berusaha untuk mengubah pemikiran penduduk kampung / ahli peladang yang

mengusahakan bidang pertanian secara tradisional / kecilan agar dapat menjadikan bidang ini

1
suatu perniagaan yang menguntungkan sekiranya dilakukan berskala besar dan terselia

sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup dikalangan ahli peladang terlibat.

21. OBJEKTIF PROJEK

 Meningkatkan pendapatan keluarga peladang muda sekurang – kurangnya dari RM 850.00 –

RM 3,000.00 sebulan bergantung kepada tugas masing-masing.

 Mengaktifkan unit yang terlibat agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang pengeluaran

produk berasakan pertanian.

Mewujudkan lebih ramai peladang muda di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang

pertanian disamping mewujudkan usahawan tani.

Menggalakkan input pertanian bersepadu diantara ahli – PPK – PPN melalui jualan peralatan

ladang, baja dan racun.

3. BUTIRAN PROJEK

3.1 Aspek fizikal dan teknikal tanah

3.1.1 Lokasi

1
Kawasan projek ini terletak di Kampung ............, iaitu di dalam daerah kecil Sungai Siput (U).

Jarak di antara kawasan projek dan pejabat PPK adalah 13 km dan dari kawasan projek ke

pekan Sungai Siput (U) adalah 20 km. Kawasan projek ini boleh dihubungi terus dengan

jalanraya.

3.1.2 Keluasan Tanah

Keluasan tanah yang telah ditetapkan dalam surat perjanjian dengan tuan tanah adalah seluas

100 ekar.

3.1.3 Status Tanah / Hak Milik

...........................................

3.14 Kesesuaian Tanah

Tanah Mineral.

3.2 Aspek fizikal dan teknikal tanaman

3.2.1 Perihal Tanaman

Jagung ( Zea mays L.) ialah sejenis tanaman bijirin berasal daripada Amerika Tengah telah

diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tujuh puluhan.

Permintaan yang baik daripada pengilang makanan dalam tin serta untuk jualan segar. Waktu

tuaian yang singkat iaitu selama 3 bulan sahaja.

1
3.2.2 Keperluan Baja

Memerlukan pembajaan yang cukup untuk menjamin tongkol yang dikeluarkan besar dan

bermutu tinggi. Ditanah mineral yang telah diperbaiki kesuburannya, baja organic hanya

digunakan setiap dua kali musim penanaman.

( Keperluan baja boleh dirujuk dalam aliran tunai projek dan progress kerja.)

3.2.3 Pengeluaran Hasil

Setiap 3 bulan daripada mula menanam benih.

3.2.3 Serangga Perosak dan Syor Kawalan

Jenis Perosak

Nama Perosak

Racun disyorkan

Kaedah meracun

Pengorek batang, ulat makan daun.

Perosak tongkol

Ostrinia salientalis

Spodoptera litura

1
Helicoverpa armigera

Ostrinia salientalis

Nezara viridula

Quinalphos

Bacillus thuringiensis

Diazinon

Cypermethrin

Cypermethrin

Bacillus thuringiensis

deltamethrin

Sembur racun apabila 10% daripada pokok-pokok diserang.

Sembur ke atas tongkol pada peringkat berbunga: ulang selepas seminggu.

3.2.4 Penyakit dan Penyebab serta Syor Kawalan

Jenis penyakit

Nama penyakit

1
Racun disyorkan

Kaedah meracun

Daun

Daun

Daun

Dreshslera maydis

Puccinia polysora

Kulapok Downy

Mancozeb

Copper oxychoride

Musnahkan pokok berpenyakit.

Sembur racun pada 0.15% b.a

o.15% b.a

1
3.2.5 Perlaksanaan kerja – kerja awalan penyediaan tapak ( kontraktor )

3.2.5.1 Membersih kawasan dan meratakan tapak

3.2.5.2 Kerja – kerja plough tanah

3.2.5.3 Kerja – kerja rotor dan membuat batas

3.2.5.4 Kerja – kerja membuat parit

3.2.5.5 Kerja – kerja memasang system paip dan sprinkler

3.2.5.6 Membina setor dan garaj untuk generator / baja

3.2.5.7 Memasang dan menguji system generator pam air / sprinkler

3.2.6 Proses menanam ( usahawan / peserta projek )

3.2.6.1 Meracun rumput

3.2.6.2 Membaja batas sebelum menanam

3.2.6.3 Menghidupkan generator pam air / sprinkler

3.2.6.4 Menanam biji benih

3.2.6.5 Meracun serangga

3.2.6.6 Membaja : ..........................

3.2.6.7 Pam air / sprinkler harian ( mengikut giliran peserta )

3.2.7 Proses pengeluaran hasil ( kontrak farming )

3.2.7.1 Kerja – kerja pengumpulan buah ( peserta )

3.2.7.2 Kerja – kerja menimbang ( ketua projek )

3.2.7.3 Pembayaran kepada peserta melalui PPK

1
3.3 Pemasaran

Pemasaran akan dibuat secara kontrak farming dengan syarikat swasta dan juga agensi

kerajaan seperti FAMA. Pengeluaran dan ruang pasaran akan diuruskan 100% oleh PPK

Sungai Siput (U) Perak. Tuaian dan gredding akan diuruskan oleh usahawan sendiri.

4. ORGANISASI PENGURUSAN

4.1 Penyeliaan dan pengawasan

CARTA ORGANISASI PROJEK TANAMAN JAGUNG.

( buat carta organisasi tuan )

PENGURUS BESAR BIRO PROJEK PENGELUARAN LADANG

PENGURUS PROJEK

PENGURUS AKAUN

KETUA PROJEK PEMASARAN

1
( USAHAWAN )

4.2 Pengurusan

berikan detail struktur pengurusan tuan, siapa ketua, siapa supervisor, siapa pekerja dan

sebagainya.

5. ASPEK KEWANGAN

5.1 Kos Projek

5.1.1 Kos Tetap

Seperti di lampiran 1 - 2

5.1.2 Kos Berubah / Operasi

Seperti di lampiran 2 - 3

1
5.1.3 Kelebihan Kekurangan

Seperti di lampiran 3

5.1.4 Analisa pendapatan projek

Seperti di lampiran 8

5.1.5 Kiraan Kadar Pulangan Dalam

Seperti di lampiran 8

5.2 Analisa Wang Tunai Projek

Seperti di lampiran 5

6 JUSTIFIKASI PROJEK

6.1 Faedah Ekonomi

a. Kadar pulangan kepada projek ini adalah memuaskan, dimana daripada perkiraan kadar

pulangan dalaman menunjukkan projek ini adalah berdaya maju.

1
b. Titik pulangan modal bagi projek ini dijangkakan dapat diperolehi pada tahun ke 1.

c. Pertambahan kepada isipadu perniagaan serta keuntungan tahunan PPK yang berterusan.

d. Dengan kualiti yang baik, pasaran harga yang baik akan diperolehi.

6.2 Faedah Sosial

a. Pertambahan projek-projek pengeluaran ladang dikalangan ahli-ahli peladang muda di unit

peladang akan berkembang.

e. Meningkatkan pengeluaran bahan makanan Negara dengan mengurangkan kadar import.

f. PPK dapat mempelbagaikan aktiviti pertanian dikalangan ahli.

g. Mengujudkan peluang pekerjaan.

h. Menambahkan pendapatan ahli / tuan tanah.

7 KESIMPULAN

7.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya projek tanaman jagung manis seluas 100 ekar di

1
bawah Program RMK – 9 / Pengeluaran Makanan Asas Negara di kalangan usahawan

terutamanya ahli peladang muda PPK ini akan berlakulah arus-arus transfomasi pertanian yang

sering diwar-warkan oleh Menteri Pertanian.

7.2 Matlamat utama PPK Sungai Siput (U) adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan di

kalangan ahli-ahli peladang agar sistem perladangan secara konvensional ini dapat

diperbaharui dan dipertingkatkan lagi ke tahap yang optimum dengan bantuan khidmat nasihat

teknikal dari Jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat di dalam projek ini.

7.3 Menjadi wawasan PPK agar projek ini bakal menjadi pencetus semangat di kalangan ahli-

ahli peladang bahawa bidang pertanian merupakan satu perniagaan yang menguntungkan

sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf sosio dan juga ekonomi para peladang terutamanya.

7.4 Perlaksanaan projek ini akan memperkukuhkan lagi peranan Pertubuhan Peladang serta

sumbangan PPK terhadap seruan kerajaan sebagai badan pengeluar bahan makanan.

7.5 Akhirnya, pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Siput (U) berharap Lembaga

Pertubuhan Peladang dapat mempertimbangkan permohonan dari PPK ini seterusnya

meluluskan permohonan ini.

You might also like