You are on page 1of 15

 

KHURAFAT
         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai
hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya
bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
 
         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau
sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat
 
         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT
ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar
membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan
perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
 
         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT
DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di
semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat
mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh
masyarakat
 
         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN
KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT DAN AZIMAT 1
Oleh:
Haji Mazanan bin Haji Yusof
Pendahuluan
Persoalan khurafat dalam keadaan-keadaan tertentu dikenalpasti sebagai faktor
yang boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan pegangan akidah
ummah.
Dalam Islam, semua perkara yang berkaitan dengan akidah dalam kehidupan
seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas dan
pasti; ia tidak boleh sekali-sekali dibiarkan dalam keadaan ragu dan tidak
menentu. Di samping itu, unsur khurafat juga dikatakan boleh menyumbang ke
arah pembantutan kemajuan dan kecemerlangan ummah dalam kehidupan
hariannya di dunia ini. Hal ini boleh terjadi menerusi halangan-halangan dan
sekatan-sekatan psikologi ke atas orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat,
sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk
melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna.
Manakala persoalan azimat adalah antara persoalan-persoalan yang
diperincikan huraiannya oleh para ulama Islam. Ini kerana persoalan yang
dinyatakan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan akidah seorang
Muslim. Begitulah juga dengan khurafat kerana kesilapan di dalam menangani
isu-isu tersebut boleh membawa kepada syirik.
Dalam hal ini, Islam sebagai agama Allah yang terakhir untuk kesejahteraan
manusia, telah memberikan panduan dan hukum yang jelas yang berkaitan
dengan persoalan-persoalan tersebut agar manusia akan terus terbimbing ke
jalan yang diredhai Allah, akan terselamat dari tipu daya dan helah syaitan serta
golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga dari amalan-amalan
yang boleh membawa syirik kepada Allah yang bakal membawa kerugian
kepada dirinya.
Kertas yang tidak seberapa ini, insyallah akan menjelaskan beberapa perkara
khusus mengenai hukum beramal dengan khurafat dan azimat dan
perkaraperkara
yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini bakal
memberikan maklumat-maklumat yang berguna bagi para pembaca sekalian.
1 Kertaskerja ini dibentangkan di Majlis Ilmu Daerah Brunei/Muara, Sempena Perayaan Ulang
Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 61 Tahun, Anjuran Jabatan Perdana Menteri, pada
8hb Sya‘ban 1428H bersamaan 21hb. Ogos 2007, bertempat Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba
Dan Penyelamat, Berakas.
2
Bagi para ilmuan Islam yang menatap kertas ini, saya dengan rendah hati
mengalu-alukan apa-apa sahaja teguran dan pandangan yang membina.
Definisi Khurafat
Perkataan khurafat berasal daripada perkataan Arab yang bererti cerita bohong,
dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal. 2
Istilah khurafat telah muncul sejak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masih
hidup. Bahkan Baginda sendiri telah menjelaskan kepada umatnya tentang
istilah dan pengertian khurafat.
‘Amir meriwayatkan daripada Masruq bahawa ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah
berkata:
‫لت ا ْم َرأٌة‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعل ْي ِه َو َسلَّ َم ن َِسا َءهُ َذ‬
Uْ َ ‫ْيل ٍة َح ِديًثا َ َفقا‬Uََْ ‫ات َل‬ َ ِ ‫َح َّد َ ث َرسُو ُ ل هَّللا‬
‫ِم ْنهُنَّ َيا َرسُو َ ل‬
َ ‫هَّللا ِ َكا َ ن ْال َحدِي ُ ث َحدِي َ ث ُخ َراَ َفة َف َقا َ ل َأ َت ْدرُو َ ن َما ُخ َراَف ُة إِنَّ ُخ َراَ َفة َكا‬
َ ‫ًُُجال ِمنْ ع ُْذ َرة‬Uً ‫ن َر‬
‫َأس َر ْت ُه‬
‫س َف َ كا َ ن‬ ِ ‫َِلى اإْل ِ ْن‬Uَ‫طوياًل ُث َّم َر ُّدوهُ ِإ‬ِ َ ‫ِيهنَّ دَهْ رً ا‬ ِ ‫ْال ِجنُّ فِي ْال َجا ِهلِ َّي ِة َف َم َ ك َ ث ف‬
‫اس ِب َما َرأى‬ َ ‫ي َُح ِّد ُ ث ال َّن‬
‫ب َف َقا َ ل ال َّناسُ َحدِي ُ ث ُخ َراَ َفة‬ ِ ‫ِيه ْم ِمنْ اأَْل َعا ِجي‬ ِ ‫ف‬
(‫)رواه أحمد‬
Maksudnya: “Telah bercerita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan
para isterinya tentang sebuah cerita pada suatu malam. Lantas salah seorang
isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu adalah cerita khurafat.”
Rasulullah bertanya: “Tahukah kamu apa itu khurafat?” Seterusnya Baginda
bersabda: “Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki dari suku ‘Uzrah telah
disembunyikan oleh makhluk jin di zaman Jahiliyyah. Maka dia hidup bersama
mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian lelaki itu kembali semula
kepada kaumnya, beliau menceritakan tentang pelbagai peristiwa dan kejadian
yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksikan dan alami semasa
berada bersama dalam kelompok jin tersebut. (Mendengar cerita itu), orang
ramai berkata: “Ini adalah cerita khurafat”.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, maka ungkapan khurafat digunapakai
untuk merujuk kepada setiap cerita ataupun percakapan dusta, atau setiap
2 Ensiklopedi Hukum Islam, hlm 936-937
3
perkara yang menarik dan menakjubkan. Ini kerana bagi masyarakat awam
cerita (dalam riwayat di atas) itu tidak masuk akal, sebab bagi mereka, manusia
tidak mungkin hidup bersama dan tinggal dengan makhluk jin, yang berbeza
situasi dan alamnya sekalipun cerita itu menarik dan menakjubkan. 3
Menurut Kamus Mu‘jam al-Wasit, perkataan khurafat ialah cerita-cerita yang
mempesonakan yang dicampuraduk dengan perkara dusta.
Manakala khurafat dalam Kamus Dewan pula bererti kepercayaan karut yang
diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian
alam yang berlaku.
Dalam konteks aqidah, khurafat bermaksud bid‘ah aqidah yang merupakan
kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan
yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu, ia merupakan perkara
tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu
boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila dia berpegang dan
beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak
munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Berdasarkan pengertian yang disebutkan di atas, jelas bahawa perkataan
khurafat itu adalah merujuk kepada sesuatu cerita atau perkara yang dusta dan
tidak masuk akal.
Contoh-Contoh Perbuatan Khurafat Dan Pandangan Islam Mengenainya
Di dalam kertas ini, penulis hanya akan membawakan beberapa contoh amalan
dan kepercayaan khurafat untuk dijadikan iktibar dan membuat sedikit ulasan
mengenai pandangan Islam terhadap amalan dan kepercayaan berkenaan.
Contoh-contoh amalan dan kepercayaan khurafat itu adalah seperti berikut;
1. Pemujaan Terhadap Busut 4
Sebuah busut telah dipelihara oleh seorang tempatan yang beragama Islam.
Beliau memelihara busut tersebut dengan baik dan rapi di ruang bilik tamu
rumahnya sejak tahun 1950an. Pemilik busut itu mendakwa telah bermimpi
dengan seseorang yang dikatakan sebagai penunggu busut itu dan
menasihatinya supaya busut itu dipelihara dengan baik.
3 Ibid
4 DatoPaduka Seri Setia Prof. Dr Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman & Awang
Norarfan bin Haji Zainal, Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, hlm 276.
4
Sejak dari itu, busut tersebut dijaga dan dipagar dengan dawai besi. Setiap
malam Jumat, busut itu dipuja dengan membakar setanggi dan dibalut dengan
kain kuning.
Pemilik busut itu mempercayai bahawa ia mempunyai kuasa kerana dengannya
pendapatan keluarga mereka semakin bertambah dan dipercayai tanah busut itu
boleh mengubat penyakit gatal-gatal.
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda
keramat atau mempunyai kuasa luar biasa seperti pokok, kubur, telaga dan
sebagainya serta memuja, memohon pertolongan pada benda-benda tersebut
dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala
adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid
kepada Allah Ta’ala. Firman Allah Ta‘ala:
‫ًًِذا م َِن‬U‫ك ِإ‬ َ ‫َفع ْل‬
َ ‫ت َفإِ َّن‬ َ ْ‫ َفإِن‬،‫ك‬ َ ‫َْنفع‬Uَْ ‫هللا َما َ ال َي‬
َ ُّ‫ُك َو َ ال َيضُر‬ ِ ‫َو َ ال َت ْد ُع ِمنْ ُد ْو ِن‬
َّ
‫الظالِ ِمي َْن‬
( (106 :‫سورة يونس‬
Tafsirnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu).”
(Surah Yunus: 106)
Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam fatwanya tentang
orang-orang Islam yang memelihara pungsu, membuat pemujaan dan percaya
ianya membawa tuah dan menambah rezeki, menegaskan bahawa perbuatan
memuja pungsu dengan memberikan pakaian kuning dan memakaikannya
dengan topi serta mendupa dengan setanggi pada tiap-tiap malam Jumat
dengan kepercayaan bahawa pungsu itu mempunyai kuasa yang boleh
membawa tuah atau menambah rezeki dan sebagainya adalah perbuatan sesat
yang boleh membawa syirik kerana ia menafikan kuasa Allah yang Maha
Pengurnia, sebaliknya mempercayai pungsu sebagai mempunyai kuasa
tersebut.5
5 YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin
Juned, Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei, 1999, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, hlm 1-11
5
2. Upacara Pengubatan Mandi Di Wasai
Mengadakan upacara atau pengubatan yang mensyaratkan para pesakit
memakai kain kuning sepanjang 4 meter bagi tujuan mandi di wasai dan
memberi minum 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai tersebut.
Menurut Fatwa Mufti Kerajaan,6 Negara Brunei Darussalam bahawa berubat
dengan memilih tempat-tempat yang tertentu seperti wasai (air terjun), bukit,
hutan atau seumpamanya, walaupun pada zahirnya harus, namun ia menjadi
tanda tanya dan sangat meragukan. Apakah istimewanya tempat-tempat yang
sukar ini menjadi pilihan. Biasanya pemilihan tempat seperti ini lebih menjurus
kepada perbuatan atau amalan yang boleh menyesatkan seperti mempercayai
tempat-tempat seperti itu mempunyai kuasa ghaib yang mampu menolong
menyampaikan hajat.
Jelas terdapat tanda-tanda yang lebih meragukan dan boleh menyesatkan
akidah iaitu perbuatan memberi minum 3 batang pokok yang dikatakan untuk
menghormati kawasan wasai (air terjun) itu. Perbuatan ini sangat bertentangan
dengan hukum syara‘ kerana ada unsur pemujaan terhadap pokok berkenaan.
Firman Allah dalam hal ini:
‫ًًِذا م َِن‬U‫ك ِإ‬ َ ‫َفع ْل‬
َ ‫ت َفإِ َّن‬ َ ْ‫ َفإِن‬،‫ك‬ َ ‫َْنفع‬Uَْ ‫هللا َما َ ال َي‬
َ ُّ‫ُك َو َ ال َيضُر‬ ِ ‫َو َ ال َت ْد ُع ِمنْ ُد ْو ِن‬
َّ
‫الظالِ ِمي َْن‬
( (106 :‫سورة يونس‬
Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu).”
(Surah Yunus: 106)
Adapun pemilihan kain berwarna kuning atau apa jua warna-warna lain,
biasanya mempunyai maksud yang tertentu dalam pengubatan atau perubatan
orang Melayu. Bahkan, warnanya itu ada kalanya dikaitkan dan dihubungkan
dengan sesuatu kuasa ghaib selain Allah. Jika ini berlaku sudah tentu perbuatan
sedemikian bertentangan dengan konsep akidah Islam, bahkan boleh menjurus
kepada perbuatan syirik.
6 YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin
Juned, Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei, 2004, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, hlm 9-18
6
Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, maka pengubatan dengan
mensyaratkan pesakit memakai kain kuning bagi tujuan mandi di wasai dan
perbuatan memberi minum kepada 3 batang pokok untuk menghormati kawasan
wasai itu, tidak syak lagi ia suatu pemujaan kepada selain Allah. Ini sudah
barang tentunya bertentangan dengan akidah Islam. Pelakunya hendaklah
bertaubat kepada Allah supaya dia terselamat daripada perbuatan yang boleh
membawa kepada syirik, kerana perbuatan syirik itu sangat halus, sangat
tersembunyi, yang demikian hendaklah berhati-hati dan berjaga-jaga.
Sayugia diingat bahawa perkara akidah itu adalah perkara yang sangat sensitif,
yang apabila tersilap ia boleh membawa kepada kekufuran, sama ada yang
menyalahi itu dengan perbuatan, perkataan atau dengan niat.
Oleh yang demikian, berubat dengan mensyaratkan pesakit memakai kain
kuning dan memberi minum 3 (tiga) batang pokok di kawasan wasai tempat
mandi itu, jika ianya ada kaitan dengan pemujaan atau terdapat sebarang unsur
kepercayaan, bahawa benda-benda tersebut mempunyai kuasa penyembuh dan
seumpamanya, maka perbuatan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam,
boleh membawa syirik. Orang-orang yang terlibat sama ada tukang ubat atau
orang berubat hendaklah bertaubat supaya selamat akidah mereka daripada
perkara-perkara syirik itu.
Hukum Beramal Dengan Khurafat
Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayan
yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur’an,
Hadis, ijma’ dan qiyas adalah ditolak oleh Islam. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha
berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‫ْس َعل ْي ِه َأمْ ُر َنا َفه َُو َر ٌّد‬
َ ‫َمنْ َع ِم َ ل َع َم ً ال َلي‬
(‫)رواه مسلم وأحمد‬
Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkerjaan (mengada-adakan)
yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakannya itu tertolak.”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
Perkara akidah pula adalah perkara yang sangat sensitif. Apabila tersilap ia
boleh membawa kepada kekufuran, sama ada yang menyalahi itu dengan
perbuatan, perkataan atau dengan niat.
7
Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan
kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan menolak kepercayaan terhadap yang
selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan.
Antaranya firman Allah Ta‘ala:
ُ َ َّ‫َأرا َدن َِى هللاُ ِبضُرٍّ َه ْ ل هُن‬ َ ‫هللا إِ ْ ن‬ َ َ‫ق ْ ل َأ‬
ِ ‫فرأ ْي ُت ْم َما َت ْدعُو َ ن ِمنْ ُد ْو ِن‬
‫َأرا َدنِى ِب َرحْ َم ٍة‬ َ ‫فت ضُرِّ ِه َْأو‬ ُ ‫ِش‬Uََِ ‫ك‬
‫ ُق ْ ل َحسْ ِب َي هللاُ َعل ْي ِه ِي َت َو َّك ُل ْال ُم َت َو ِّكلُ ْو َ ن‬،ِ‫كت َرحْ َم ِته‬
ُ َ‫س‬ ِ ْ‫َه ْ ل هُنَّ مُم‬
( (38 :‫سورة الزمر‬
Tafsirnya: “Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran
kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak
menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau
menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat
kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? Katakanlah lagi:
“Cukuplah bagiku; Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah
hendaknya berserah (bertawakkal) orang-orang yang mahu berserah diri.”
(Surah az-Zumar: 38)
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua
keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. Allah yang
menyebabkan segala-segalanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala
sesuatu, bukannya atas lintasan burung atau ramalan, sial majal hari dan bulan,
sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda:
َ ‫فر‬
َ ‫ص‬َ ‫ال َع ْد َوى َو َ ال طِ َي َرة َو َ ال َها َمة َو َ ال‬
(‫)رواه البخاري‬
Maksudnya: “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada
burung (seperti burung hantu) yang membawa sial, tidak ada serangga yang
membawa kerugian dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang
dipercayai).”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda
keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon
pertolongan dan melepas nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya
ianya mempunyai kuasa selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, adalah syirik dan
8
bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Ta’ala. Dalam satu
riwayat daripada Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
َ‫الط َي َرةُ ِمنْ ال ِّشرْ كِ َو َما ِم َّنا َولكِنَّ هَّللا َ ي ُْذ ِه ُب ُه ِبال َّت َو ُّك ِل‬
ِّ
(‫)رواه الترمذى وأبو داود‬
Maksudnya: “Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak
termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja,
dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)
Sabda Baginda lagi:
ُ ‫ت َ كه ََّن َْأو‬
َ‫ت ُ كه َِّن َل ُه َْأو َس َح َر ْْأو‬ َ ‫ت ُ طي َِّر َل ُه َْأو‬ َ ْ‫ْس ِم َّنا َمن‬
ُ ‫ت َ طي ََّر َْأو‬ َ ‫لي‬
‫ُسح َِر َل ُه‬
(‫)رواه الطبرانى‬
Maksudnya: “Bukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau
meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau
menyihir atau minta disihirkan.”
(Hadis riwayat ath-Thabarani)
Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas, memperlihatkan konsep baik dan buruk
hanya daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah Ta‘ala sahaja yang mengatur
segala-galanya, bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku
di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan
kecelakaan manusia.
Definisi Azimat
Menurut Kamus Dewan, azimat adalah bahan yang terdiri daripada tulisan yang
ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai
pada bahagian tertentu tubuh (seperti di pinggang) yang dianggap mempunyai
sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya.
9
Azimat dalam bahasa Arab digelar sebagai ‘ruqyah’ ( ‫) ُر ْق َي ٌة‬. Menurut al-Majdadi
Rahimahullah, ‘ruqyah’ adalah ayat pelindung yang ditulis dan digantung pada
seseorang untuk mengelak ‘ain (kejahatan mata), kekejutan dan sebagainya.
Kadang-kadang ia juga berbentuk bacaan daripada al-Qur’an, ayat-ayat
pelindung dan doa-doa ma’tsur.7
Perbezaan Antara Azimat Dan Tangkal
Berdasarkan pengertian di atas, tangkal adalah benda-benda yang digunakan
untuk tujuan perlindungan atau penyembuhan sesuatu penyakit dan digantung
pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu. Benda-benda
itu ialah seperti inggu, limau kapas, kunyit, benang, kalakati/kacip, batu permata
tertentu dan tulang binatang.
Manakala azimat pula berupa bahan tulisan yang mengandungi ayat-ayat
pelindung sama ada daripada al-Qur’an atau selainnya. Dalam hal ini,
termasuklah juga azimat dalam kategori tangkal kerana ia merupakan benda
yang digantung pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu
untuk tujuan perlindungan.
Hukum Menggunakan Tangkal
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, pemakaian tangkal biasanya
ada kaitan dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kuasa atau kesan dalam
mendapatkan kebaikan atau menolak kemudaratan. Kepercayaan sebegini
adalah kepercayaan yang jahil dan sesat. Ia termasuk dosa besar dan membawa
kepada syirik (menyekutukan Allah). Sedangkan tiada yang dapat memberi
keuntungan dan menolak bencana kecuali Allah Subhanahu wa Ta‘ala.8
Peringatan ini ada disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Âmir Radhiallahu ‘anhu bahawa satu kumpulan
yang terdiri daripada sepuluh orang, datang menghadap Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. Lalu sembilan orang daripadanya telah mengaku taat setia
kepada Baginda, tetapi Baginda enggan mengakui taat setia lelaki yang seorang
lagi. Mereka pun bertanya sebab keengganan Baginda. Sabda Baginda:
7 Muhammad ‘Amim al-Ihsan al-Majdadi al-Barkati, Qawa‘id al-Fiqh, Ash-Shadaf bi
Balsyarz, Karachi, 1407H/1986, Juz 1, hlm. 309.
8 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawajir
‘an Iqtiraf al-Kabair, Dar al-Fikr, Beirut, 1418H/1998, Juz 1, hlm. 274.
10
‫َمة َ َف ْقد‬Uًًَ ‫ َمنْ َعلَّ َق َتمِي‬:‫ َو َقا َ ل‬.‫طع َها َف َبا َي َع ُه‬
َ َ ‫ َ َف ْأد َخ َ ل َيدَ هُ َ َفق‬.‫َمة‬Uًًَ ‫إِنَّ َعل ْي ِه َتمِي‬
َ ‫َأ ْش َر‬.
‫ك‬
(‫)رواه أحمد‬
Maksudnya: “Sesungguhnya padanya ada tangkal. Maka orang itu pun
memasukkan tangannya lalu memutuskan tangkal itu dan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam pun mengakui taat setia orang itu. Baginda pun bersabda:
“Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal, maka ia telah menyekutukan
Allah”.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Dalam hadis lain juga ada menyebutkan akibat buruk menggunakan tangkal.
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
‫َعة َف َ ال َودَ َع هَّللا ُ َل ُه‬Uًًَ ‫ َو َمنْ َت َعلَّ َق َو َد‬،ُ‫َمة َف َ ال َأ َت َّم هَّللا ُ َله‬Uًًَ ‫ َمنْ َت َعلَّ َق َتمِي‬.
(‫)رواه أحمد‬
Maksudnya: “Sesiapa menggantung (memakai) tangkal, maka Allah tidak akan
menyempurnakan baginya, dan sesiapa menggantung wada‘ah (sebiji kulit
siput), maka Allah tidak akan memberinya ketenangan.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Manakala hadis daripada ‘Imran bin Hushain Radhiallahu ‘anhuma
mengkhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
terpandang pada lengan atas seorang lelaki terdapat suatu halaqah (lingkaran).
Lantas Baginda meminta agar lingkaran itu ditunjukkan kepada Baginda. Lelaki
itu pun memberitahu kepada Baginda bahawa lingkaran itu berasal daripada
tembaga. Baginda pun bersabda:
‫ب‬ َ ‫ َأ َما إِ َّن َها َ ال َت ِزي ُد‬:‫ َقا َ ل‬.‫ ِمنْ ْال َوا ِه َن ِة‬:‫ك َما ه ِذهِ؟ َقا َ ل‬
ِ ‫ك إِالَّ َوهْ ًنا! ا ْن‬ َ ‫َوي َْح‬
‫__________ ذهَا عَ ْنكَ َفإِ َّنكَ َْلو‬
ْ
.
‫َْفلحْ تَ َأب ًَدا‬Uَْ ‫ِت َوهِيَ َعل ْيكَ مَا َأ‬
َّ ‫م‬

(‫)رواه أحمد‬
Maksudnya: “Celaka Engkau! Apa ini?” Lelaki itu menjawab: “Ini daripada
jenis wahinah (tangkal bagi penyakit).” Sabda Baginda: “Sesungguhnya wahinah
itu tidak menambahkan kamu melainkan menambahkan kelemahan pada tubuh
11
badan. Tanggalkanlah ia daripadamu, kerana kalau kamu mati dan ia masih ada
di badanmu, kamu tidak akan beruntung untuk selama-lamanya”.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, penggunaan tangkal yang ditegah atau dikira
suatu dosa besar itu ialah apabila ia diiktikadkan atau dipercayai boleh menolak
bencana atau mendatangkan keuntungan.
Hukum Menggunakan Azimat
Adapun tangkal yang berbentuk azimat (yang terdiri dari bahan tulisan) menurut
Imam al-Qurthubi Rahimahullah, ada 3 jenis:
1. Azimat yang dibuat oleh orang-orang Jahiliah daripada perkara yang tiada
difahami maknanya. Maka adalah wajib menjauhinya supaya tidak berlaku
syirik atau membawa kepada syirik (menyekutukan Allah).
2. Azimat yang digunakan dengan kalamullah (al-Qur’an) atau nama-nama
Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Maka adalah harus menggunakannya
bahkan menjadi sunat jika bersumber daripada hadis atau atsar sahabat.
3. Azimat yang digunakan bukan daripada nama-nama Allah Subhanahu wa
Ta‘ala, seperti nama-nama malaikat, orang salih, atau nama yang
diagungkan daripada makhluk seperti ‘Arasy. Maka ia tidak termasuk
dalam perkara yang wajib dijauhi dan tidak juga termasuk dalam perkara
yang disyariatkan dalam memohon pertolongan kepada Allah serta
memohon berkat dengan nama-namaNya. Oleh itu, ia lebih baik
ditinggalkan. Namun sekiranya ia mengandungi perkara mengagungkan
nama-nama selain Allah, seperti bersumpah dengan nama selain Allah,
maka adalah patut untuk menjauhinya.9
Oleh yang demikian, penggunaan azimat menurut perspektif Islam terbahagi
kepada dua iaitu; penggunaan yang diharamkan dan penggunaan yang
diharuskan.
9 Al-HafizhAhmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni, Fath al-Bari bi Syarh Shahîh al-Bukhâri,
Juz 11, hlm. 353.
12
i. Penggunaan Azimat yang Diharamkan
Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
ٌ ْ‫إِنَّ الرَُّ قى َوال َّت َما ِئ َم َوال ِّت َو َلة شِ ر‬.
‫ك‬
(‫) رواه أبو داود‬
Maksudnya: “Sesungguhnya azimat dan tangkal-tangkal dan at-tiwalah
(gunaguna
atau pengasih) adalah syirik.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut al-Khaththabi Rahimahullah dalam kitab Syarh Sunan Abi Daud, azimat
yang dilarang itu ialah jika menggunakan ayat selain daripada bahasa Arab dan
tidak difahami maknanya. Berkemungkinan ayat yang tidak difahami itu
mengandungi kata-kata sihir atau kufur. Namun jika ayat yang digunakan dapat
difahami maknanya dan mengandungi zikir Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka
hukumnya adalah sunat sekiranya bertujuan untuk mengambil berkat
daripadanya.
Manakala tangkal yang dilarang menggunakannya dalam hadis di atas adalah
tangkal yang dipakaikan pada kanak-kanak serta tidak mengandungi namanama
Allah, ayat-ayatNya atau doa-doa ma’tsûr. Demikian juga dilarang jika
mempercayai tangkal tersebut boleh menolak kejahatan sepertimana yang telah
dijelaskan sebelum ini.
At-tiwalah (ilmu guna-guna atau pengasih) pula adalah sejenis sihir. 10 Ia adalah
benang yang dibacakan padanya sihir ataupun kertas yang ditulis padanya sihir
agar suami kasih kepada isterinya atau isteri kasih kepada suaminya.
Adapun apa yang dibuat oleh isteri untuk mendapatkan atau menimbulkan kasih
suaminya daripada kata-kata yang diharuskan seperti kata-kata godaan dan apa
yang dipakainya sebagai perhiasan atau apa yang diberinya makan daripada
herba atau binatang yang diharuskan, dengan kepercayaan bahawa Allah telah
mentakdirkan pada semua itu khasiat atau keistimewaan yang boleh
menimbulkan kasih suaminya, maka hukumnya adalah harus. Bukan pula
kerana mempercayai benda-benda itu sendiri yang memberikan kesan. 11
10 Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhim Abadi, ‘Aun al-Ma‘bud Syarh
Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, Beirut, Juz 10, hlm. 293.
11 Muhammad ‘Ali bin Muhammad asy-Syaukâni, Nail al-Authar Syarh Muntaqa al-Akhbar, Dar al-
Fikr, Beirut, Juz 9, hlm. 97.
13
Demikian juga jika berubat dengan sesetengah herba seperti kunyit, limau kapas
dan sebagainya. Hendaklah menanam kepercayaan bahawa Allah telah
mentakdirkan bahawa herba tersebut mempunyai khasiat dalam penyembuhan
sesuatu penyakit dan bukan herba itu sendiri yang memberi kesan.
Oleh itu, azimat atau tangkal, jampi dan guna-guna atau pengasih yang
disebutkan dalam hadis di atas dihukumkan haram, berdosa besar dan boleh
membawa kepada syirik apabila:
a. Mengandungi sihir atau kata-kata yang tidak difahami yang
berkemungkinan memberi maksud kufur atau sihir.
b. Mengiktikadkan atau mempercayai benda-benda itu sendiri boleh
mendatangkan manfaat atau menolak mudharat. 12
ii. Penggunaan Azimat Yang Diharuskan
Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah, ulama telah sepakat
mengenai keharusan menggunakan azimat apabila tiga syarat berikut terkumpul:
1. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan kalamullah (al-Qur’an) atau
nama-nama Allah dan sifat-sifatNya.
2. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan bahasa Arab atau bahasa
lain yang diketahui maknanya.
3. Hendaklah beriktikad bahawa bukan tangkal dan azimat itu yang
mendatangkan kesan manfaat atau mudharat, tetapi yang memberi kesan
itu ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. 13
Dalil penggunaan azimat yang diharuskan itu ada disebutkan dalam hadis
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja‘iy telah
berkata:
ُ :‫ْف َت َرى فِي َذل َِك؟ َف َقا َ ل‬ ِ ‫ َيا َرسُو َ ل‬:‫ َفُ ْقل َنا‬.‫ك َّنا َنرْ قِي فِي ْال َجا ِهلِ َّي ِة‬
َ ‫هللا! َ كي‬
َّ‫اعْ ِرضُوا َعلي‬
ٌ ْ‫ي ُ كنْ فِي ِه شِ ر‬
‫ك‬ َ ْ‫ َ ال َبأ‬،‫َُُرقا ُ ك ْم‬Uَ .
َ ‫س ِبالرَُّ قى َما َل ْم‬
(‫)رواه مسلم‬
12 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawajir
‘an Iqtiraf al-Kabair, Juz 1, hlm. 274.
13 Ibid. hlm. 352

14
Maksudnya: “Kami telah menggunakan azimat di zaman jahiliah. Lalu kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah pandangan Tuan tentang itu?”
Baginda bersabda: “Tunjukkan kepada saya azimat kamu itu, tidak mengapa
menggunakan azimat selagi ia tidak mengandungi perkara syirik”.”
(Hadis riwayat Muslim)
Hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata:
َ:‫ َقا َ ل‬،ِ‫َِذا َأ َتى َم ِريضًا َْأو أُت َِي ِبه‬Uَ‫صلَّى هَّللا ُ َعل ْي ِه َو َسلَّ َم َكا َ ن ِإ‬
َ ِ ‫أنَّ َرسُو َ ل هَّللا‬
ِ ‫َْأذ ِه‬
َ ْ‫ب ْال َبا‬
َّ‫س َرب‬
َ ُ‫َِشفاؤ‬Uَِ َّ‫ َ ال شِ َفا َء إِال‬،‫ت ال َّشافِي‬
‫ شِ َفا ًء َ ال ي َُغا ِد ُر َسقمًا‬،‫ك‬ َ ‫ ٱ ْشفِ َوأ ْن‬،‫اس‬
ِ ‫ال َّن‬.
(‫)رواه البخارى‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila
menziarahi orang yang sakit atau Baginda dijumpai oleh orang yang sakit,
Baginda membaca: “Hilangkanlah kesengsaraan, wahai Tuhan manusia.
Sembuhkanlah! Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan
penyembuhanMu, penyembuhan yang tiada meninggalkan suatu sakit”.”
(Hadis riwayat al-Bukhâri)
Dalam satu riwayat yang lain,
َ ‫ت َأعُوُ ذ‬ ٍ ‫فز ِع َكلِ َما‬ َ ‫ْل‬Uََْ ‫صلَّى هَّللا ُ َعل ْي ِه َو َسلَّ َم َكا َ ن ي َُعلِّ ُم ُه ْم ِمنْ ا‬
َ ِ ‫أنَّ َرسُو َ ل هَّللا‬
‫ت هَّللا ِ ال َّتا َّم ِة‬ ِ ‫ب َ كلِ َما‬ ِ
ِ ‫ُون َو َكا َ ن َع ْب ُد هَّللا‬ ِ ‫ضر‬ ُ ْ‫ين َوأنْ َيح‬ ِ ِ‫ت ال َّشيَاط‬ ِ ‫غض ِب ِه َو َشرِّ عِ َبا ِد ِه َو ِمنْ َه َم َزا‬
َ َ ْ‫ِمن‬
َّ‫بْنُ ُع َم َر ي َُعلِّ ُمهُن‬
‫ْع َلق ُه َعل ْي ِه‬Uََْ ‫َمنْ َعق َ ل ِمنْ َبنِي ِه َو َمنْ َل ْم َيعْ ِق ْ ل َ ك َت َب ُه َ َفأ‬
(‫)رواه أبو داود‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar
mereka beberapa rangkaian doa dibaca (ketika tidur) terutama apabila
seseorang itu mengalami ketakutan iaitu: “Dengan nama Allah, aku berlindung
dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya, dari seksaan-
Nya dan dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan-bisikan syaitan dan
daripada mereka yang menghampiriku”. (Menurut riwayat ini) Abdullah bin Umar
mengajarkan ungkapan doa ini kepada anak-anaknya yang telah baligh dan
menyuruh mereka membacanya ketika tidur, manakala terhadap anak-anaknya
yang kecil dan tidak mampu untuk menghafalnya, beliau akan menulis doa ini
lalu mengantungnya di leher mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
15
Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu juga pernah berkata ketika ditanya oleh ar-
Rabi‘ Radhiallahu ‘anhu tentang pemakaian azimat atau jampi:
ِ ‫هللا َو َما يُعْ َرفُ ِمنْ ِذ ْك ِر‬
َ 14 .‫هللا‬ ِ ‫ب‬ َ ْ‫ال َبأ‬
ِ ‫س َأ ْ ن َيرْ قِى ِب ِك َتا‬
Ertinya: “Tidak mengapa memakai azimat dengan kitab Allah (al-Qur’an) dan
apa yang diketahui daripada zikir Allah.”
Menghormati Ayat al-Qur’an Yang Dijadikan Azimat
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjelaskan bahawa al-Qur’an merupakan
ubat segala macam penyakit, sama ada rohani ataupun jasmani:
∩∇⊄∪ #Y‘$|¡yz ωÎ) tÏϑÏ=≈©à9$# ߉ƒÍ“tƒ Ÿωuρ tÏΖÏΒ÷σßϑù=jÏ9
×πuΗ÷qu‘uρ Ö!$xÏ© uθèδ $tΒ Èβ#uöà)ø9$# zÏΒ ãΑiÍ”t∴çΡuρ
( (82 :‫سورة اإلسراء‬
Tafsirnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Qur’an ayat-ayat
suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadaNya; dan (sebaliknya) al-Qur’an itu tidak menambahkan orang-orang
yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Surah Al-Isra’: 82)
Dalam satu riwayat daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
‫ َخ ْي ُر ال َّد َوا ِء ْالُقرْ آ ُ ن‬.
(‫)رواه ابن ماجه‬
Maksudnya: “Sebaik-baik ubat itu ialah al-Qur’an.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Namun perlulah diambil ingatan bahawa tangkal, azimat atau jampi yang
mengandungi ayat-ayat al-Qur’an, nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha
Suci, hendaklah dipelihara daripada perkara-perkara yang hina atau keji.
14 Ibid. hlm. 353
16
Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah, azimat daripada ayat al-Qur’an pada
kebiasaannya hanya mengandungi beberapa ayat pelindung daripada al-Qur’an,
oleh itu azimat sedemikian adalah boleh disentuh atau dibawa dalam keadaan
tiada wudhu. Namun sekiranya ayat yang ditulis itu keseluruhan al-Qur’an atau
banyak, maka ia tidak lagi digelar sebagai azimat menurut kebiasaan. Oleh itu,
adalah haram menyentuhnya dalam keadaan tiada wudhu. 15
Sebagai menjaga kemuliaan al-Qur’an juga, azimat tersebut hendaklah disimpan
di tempat-tempat yang tidak terdedah kepada pencemaran seperti tempat yang
dilangkahi, diduduki atau kotor. Ia juga tidak dibawa masuk ke dalam tandas
kecuali setelah dimasukkan dalam sarung kulit atau perak atau sebagainya
kerana dengan berbuat yang demikian itu ia (al-Qur’an) seperti berada di dalam
dada.
Sekiranya tulisan al-Qur’an dilarutkan ke dalam air untuk dijadikan bahan
mandian kerana berubat, maka jangan dicurahkan di tempat yang kotor dan
bernajis, atau ke tempat yang dipijak. Akan tetapi seeloknya dicurahkan di
tempat yang bersih dan tidak dipijak-pijak, atau ke lubang yang digali di tempat
yang bersih supaya airnya jatuh ke dalam lubang itu, kemudian barulah lubang
itu ditutup. Selain daripada cara itu, air tersebut boleh juga dialirkan ke sungai
supaya larutan itu akan mengalir bersama.
Sekiranya ia berupa air untuk diminum yang dijampi dengan tulisan atau bacaan
ayat al-Qur’an, maka hendaklah membaca basmalah setiap kali minum dan
membetulkan niat, kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan menunaikan
kehendaknya mengikut apa yang diniatkan. 16
Penutup
Islam mewajibkan umatnya merealisasikan dan menghayati konsep at-tauhid
(pengesaan Allah) di dalam kehidupan mereka. Antara tuntutan at-tauhid yang
murni ini ialah seseorang Muslim itu hendaklah beriktiqad dan beriman dengan
sepenuh jiwa bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan menolak serta
menegah kemudharatan melainkan Allah Ta‘ala semata-mata dan bahawa
sesungguhnya kesemua yang berlaku itu adalah dengan kekuasaan Allah,
kehendak-Nya dan keizinan-Nya, dan segala sesuatu yang selain daripada Allah
15 Syamsuddin Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin ar-
Ramlî, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Syirkah Maktabah wa Muthabi‘ah Mushthafa al-
Bâbi al-Halabi wa Auladuh, Mesir, 1386H/1967, Juz 1, hlm. 124-125.
16 Abi
‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi, Nawadir al-Ushul fi Ma‘rifah Ahadits ar-
Rasul, Dar Shadir, Beirut, hlm. 333-335.
17
tidak berupaya untuk memberi manfaat ataupun menolak kemudharatan sama
ada terhadap diri mereka ataupun terhadap orang lain. Hakikat ini adalah
berasaskan kepada firman Allah:
‫ك ِب َخي ٍْر َفه َُو‬ َ ْ‫ َوإِ ْ ن َي ْم َسس‬،‫ف َل ُه إِالَّ ه َُو‬ َ ْ‫مْسس‬
َ ِ‫ك هللاُ ِبضُرٍّ َف َ ال َ كاش‬ َ ‫َوإِ ْ ن َي‬
‫ َعلى ُ ك ِّل َشىْ ٍء َق ِد ْي ٌر‬،
‫َوه َُو ْال َقا ِه ُر َْفو َق عِ َبا ِد ِه َوه َُو ْال َح ِك ْي ُم ْال َخ ِب ْي ُر‬
(18- (17 :‫سورة األنعام‬
Tafsirnya: “Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya
bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan
Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan,
maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa
atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha
Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya”.
(Surah al-An‘am: 17-18)
Justeru itu, Islam melarang seseorang Muslim bergantung dan berpaut hati
(bertawakkal) kepada sesuatu objek ataupun makhluk yang lain daripada Allah
Ta‘ala. Sesungguhnya fenomena-fenomena syirik dan penyembahan objek-objek
yang selain daripada Allah, sejak dari dahulu sehinggalah ke hari ini, telah
berjaya mengembangkan pelbagai rupa bentuk amalan-amalan khurafat, syirik
dan kebatilan. Di antara kebatilan-kebatilan ini adalah seperti berikut;
i. Mempercayai kuasa azimat dan tangkal, bersandarkan dan
bertawakkal kepadanya;
ii. Membaca jampi yang melibatkan unsur-unsur syirik kepada Allah dan
unsur-unsur penyembahan terhadap makhluk-makhluk Allah;
iii. Mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan
menggunakan jalan dan kaedah yang bermacam-macam;
Ketiga-tiga perkara di atas dan segala amalan-amalan yang termasuk di dalam
kategori tersebut adalah daripada perkara-perkara mungkar yang wajib diperangi
oleh umat Islam, melainkan amalan-amalan yang melibatkan pembacaan ayat al-
Qur’an ataupun doa-doa yang sah dan tidak bercanggah dengan Islam.
‫ب‬ Uََْ ُ ‫َوهَّللا‬
ِ ‫َأْعل ُم ِبالص ََّوا‬
18
Rujukan
Al-Qur’an al-Karim.
Abu Daud As-Sajastani, Sunan Abi Daud, 1416H/1996, Beirut: Cetakan Dar al-
Kutub al-Ilmiyah
Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhîm Âbâdî, ‘Aun al-
Ma‘bûd Syarh Sunan Abî Daud, Dar al-Fikr, Juz10, Beirut
Abi ‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi, Nawâdir al-Ushûl fî Ma‘rifah
Ahâdîts ar-Rasûl, Dâr Shâdir, Beirut
Abi al-‘Abbâs Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-
Zawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâir, 1418H/1998, Juz 1, Dar al-Fikr, Beirut,
Al-Hâfizh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni, Fath al-Bârî bi Syarh Shahîh al-
Bukhâri, Juz 11, Dar al-Fikr, Beirut
Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman (Dato Paduka Seri setia Prof
Dr) & Norarfan bin Haji Zainal, Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam Satu
Tinjauan, 1423H/2002, Terbitan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari, t.th, Beirut: Cetakan Dar al-kutub al-Ilmiyah
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka
Seri Setia Ustaz), Buku Fatwa Mufti Kerajaan, 1999, Terbitan Jabatan Mufti
Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka
Seri Setia Ustaz), Buku Fatwa Mufti Kerajaan, 2004, Terbitan Jabatan Mufti
Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
Ibnu Hajar al-Haitami, az-Zawajir ‘an Iqtitaf al-Kabair,1407H/1987, Terbitan Dar
Kutub alpIlmiyah, Beirut.
Ibrahim Muhammad al-Baijuri, Tuhfah al-Murid, 1416H/1995, Cetakan Darul
Kutub al-Ilmiyah, Beirut

You might also like