You are on page 1of 13

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG,

JALAN KOLEJ, 96300 KUCHING

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN NOVEMBER 2008

SUBJEK:
BINA INSAN GURU SIRI KE-2

Nama Guru Pelatih : TING DING CHUN

No. Matrik : 200811091

Kumpulan : PGSR-PSV

Nama Pensyarah : MICHAEL TARANG JELAMING

Perkara : Refleksi Kendiri BIG 2

Semester : IV

Tarikh Hantar : 20-12-2010


ISI KANDUNGAN

BIODATA

PENGENALAN

MATLAMAT

OBJEKTIF

JADUAL PELAKSANAAN

REFLEKSI KENDIRI

PENUTUP

LAMPIRAN ( GAMBAR &


SURAT PANGGILAN )
Pengenalan:
Masa berlalu dengan sekelip mata sahaja. Setelah berjaya menjalani Program

BIG 1 pada semester ketiga, iaitu aktiviti perkhemahan selama tiga hari dua malam

sekarang kami menjalani Program BIG 2 pada semester keempat ini. Terdapat

perbezaan di antara Program BIG 1 dan BIG 2 di mana Program BIG 2 banyak

memerlukan kemampuan fizikal dan mental, BIG yang kedua ini lebih memberi

tumpuan kepada aktiviti sosial iaitu khidmat masyarakat. Melalui program ini, guru-guru

didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang

seimbang, hubungan antara guru serta akauntabiliti profesionalisma guru ke arah

meningkatkan kualiti pendidikan. Selain itu, guru-guru yang terlibat dilatih supaya

berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka

didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab

terhadap profesion, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan

hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan supaya berupaya

bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara

bersama. Guru-guru dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas

pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan

secara berterusan dalam kehidupan seharian.


Matlamat :
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang

mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan

diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan

guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan

berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah

pembina generasi negara.


Objektif :
Objektif Program BIG pula adalah :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan

keperluan persekitaran yang berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,

amalan atau aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina

pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,

kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual)

dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan.


9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan

kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Jadual
Sabtu , 11 Disember 2010
Pelaksanaan :
Masa : 0730 – 1630

Tempat : Institut Perguruan Guru, Kampus Batu Lintang

Kumpulan Sasaran : Peserta Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah,

Ambilan November 2008

JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Amir Mahmud Piang (PGSR PKMP)

Naib Pengerusi : Cik Indira Juboh Linggie (PGSR RBT)

Setiausaha : En. Salleh B. Samsudin (PGSR PKMP)

Naib Setiausaha : Pn. Jama’eyah Saruji (PGSR PKMP)

Bendahari : Pn. Mordiah Madon (PGSR BM)

AJK KECIL
1. Kebersihan : En. Majidi Daud (PGSR PKMP)

2. Keceriaam : En. Mahad @ Mahmud Sulaiman (PGSR PSV)

3. Peralatan : En. Allen Sambau (PGSR RBT)

4. Jamuan : En. Mohamad Hj. Ameran (PGSR Pra Sekolah)

5. Majlis Penangguhan/Siaraya/Jurufoto : En. Dollah Hj. Mahaji (PGSR BM)

6. Kecemasan : En. Mohd Hafiz (PGSR PKMP)

7. Cenderamata : Pn. Rosnah Bt. Tangkong (PGSR BM)

SENARAI TUGASAN

1. Mengecat batang tiang di Dewan Brooke dan sepanjang koridor / 36 batang

Ketua : Amir Mahmud Bin Piang

2. Mengecat Pra sekolah

Ketua : Mohd. Hafiz Fadhullah Bin Abdullah

3. Memindah alatan sukan ke stor sementara

Ketua : Lim Geok Mee

4. Mengemas dan menyusun peralatan di stor belakang pejabat HEP

Ketua : Hj. Mohd. Yusuf Bin Hj. Udin


5. Membersih rumah hijau

Ketua : Hishammuddin Bin Gimin

6. Mengemas peralatan di bilik asrama

Ketua : Zulkifli Pani

7. Memindah barang di quartes Cikgu Azhar

Ketua : Edwin

Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Setelah berkenalan dengan AJK tertinggi, kami diberi penerangan oleh En. Micheal

Tarang serba sedikit berkaitan dengan aktiviti khidmat masyarakat yang akan kami

jalankan. Kami kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk

melaksanakan tugasan masing-masing.

AHLI – AHLI KUMPULAN SAYA

1. Edwin 2. Michael 3. Ting Ding Chun 4. Mahad

5. Nyodea 6. Sairani 7. Anne 8. Lika

9. Siti 10. Roni 11. Janice 12. Juntia

13.Patricia
Refleksi Kendiri :

Setelah tamat Program Khidmat Masyarakat ini, dapatlah saya merumusakan

bahawa objektif dam matlamat program ini tercapai kerana ia telah membawa kesan

yang positif kepada saya, ahli kumpulan dan khasnya kepada IPG Kampus Batu

Lintang ini sendiri. Selain itu, kami lebih berpegang kepada peribahasa “Bersatu kita

teguh, bercerai kita roboh” di mana sikap bersatu padu dan saling bekerjasama telah

ditonjolkan melalui Program BIG pada kali ini.

Kumpulan kami telah diamanahkan untuk memindahkan barang-barang di

quartes Cikgu Azhar. Setelah kami mendapat arahan daripada Cikgu Azhar tentang

tugasan yang perlu dilakukan, setiap ahli kumpulan bersemangat sekali untuk

memulakan kerja-kerja seperti memindahkan pasu bunga, menyusun pasu bunga,

menyiram pokok bunga, mengemaskan sampah sarap di sekitar quartes, mengangkut

sampah sarap yang dikumpul lalu dihantar ke tempat pembuangan sampah.

Ketika melakukan kerja memindah pasu bunga, saya dan rakan-rakan

bertungkus lumus menjalankan tugasan yang diamanahkan walaupun terpaksa


berjemur di bawah matahari yang terik. Kami melakukan kerja dengan mementingkan

keselamatan agar kecederaan dapat dielakkan. Sikap saling menolong juga diterapkan

dalam aktiviti tersebut bagai aur dengan tebing.

Setelah tamat kerja memindahkan kesemua pasu bunga, kami pun menyusun

pasu-pasu itu dengan kemas dan teratur agar kelihat lebih menarik. Kemudian, pokok-

pokok bunga disiram dengan air. Kami membuat kerja sambil menyanyi bersama-sama

agar menghilangkan rasa letih. Melalui aktiviti sebegini, hubungan antara ahli kumpulan

menjadi lebih erat lebih-lebih lagi ahli kumpulan kami terdiri daripada pelbagai kaum

iaitu Melayu, Cina, Iban, Melanau, Kayan dan Bidayuh. Program ini boleh dikatakan

memenuhi matlamat Satu Malaysia yang menyarankan integrasi antara kaum-kaum di

Malaysia agar dapat mewujudkan suasana kehidupan yang sejahtera dan harmoni.

Seterusnya, kami mengumpulkan sampah sarap di sekitar quartes untuk menjaga

kebersihan alam sekitar di kawasan tersebut. Kebetulan pada masa itu terdapat sebuah

akuarium ikan yang besar dan telah pecah di depan quartes itu, Oleh itu, kami telah

sama-sama memikirkan cara yang terselamat untuk memindahkan akuarium itu untuk

dibuangkan. Setelah itu, ada di antara ahli kumpulan yang bijak menggunakan carpet

yang terbuang lalu dibentangkan bagi mengangkut akuarium ke atas kereta untuk

dibawa ke tempat pembuangan sampah. Mujurlah ada kerjasama daripada kesemua

ahli, barulah kerja berat sebegini dapat diselesaikan dengan sempurnanya.

Antara sampah sarap lain yang dikumpul ialah botol-botol kosong, kertas, simen-

simen yang terbuang dan sebagainya telah diangkutkan untuk dibuang ke tempat
pembuangan sampah. Setelah itu, barulah kami mengambil kesempatan untuk berehat

di bawah quartes sambil minum air bagi melepaskan dahaga.

Boleh dikatakan bahawa tidak ada seorang pun di antara kami yang menunjukkan

reaksi yang negatif dalam proses menjalankan kerja. Masing-masing mempunyai

perasaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan bahagian dan tugas yang telah

diagihkan. Kerjasama yang diberikan secara berkumpulan ini akhirnya memperlihatkan

kesan yang baik apabila kami dapat membersih dan mengemas quartes Cikgu Azhar

dalam masa yang telah ditetapkan. Kami juga berasa bangga dengan usaha yang

ditonjolkan bagi menyempurnakan tugasan. Cikgu Azhar dan isteri beliau juga

berterima kasih atas sumbangan yang telah kami berikan.

Pada pendapat saya, aktiviti ini perlu diperkembagkan lagi di kalangan para

pendidik agar dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan khidmat

kemasyarakatan di samping dapat menerapkan pengetahuan tentang kepentingan

semangat berpasukan di mana setiap individu dalam satu pasukan memainkan peranan

melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Selain itu, aktiviti ini dapat menguji daya

ketahanan diri yang tinggi bagi mengharungi segala cabaran yang dihadapi.

Saya berasa gembira kerana berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam

Program BIG 2 pada kali ini. Terdapat banyak perkara yang telah dapat saya pelajari

melalui program tersebut iaitu mementingkan nilai bekerjasama dalam kehidupan

seharian, menggalakkan interaksi antara ahli kumpulan bagi memikirkan alternatif untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi dan sebagainya. Saya berharap aktiviti

seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Penutup:

Sebagai kesimpulan, program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara

peserta yang terdiri daripada beberapa kumpulan pengajian. Program seumpama ini

dapat menyuntik semangat baru kepada para peserta dan menjadi inspirasi untuk terus

menabur bakti kepada masyarakat sekeliling selain menumpukan perhatian terhadap

pengajian. Melalui program ini dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai

kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohaian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi

serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

You might also like