You are on page 1of 2

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlet cuba

mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.

Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai
permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan
memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak
minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu
memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi
papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan
ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan
direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat
beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang
akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir
pertandingan akan dikira sebagai juara.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh
itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam
sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia
yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang
atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini
akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah
momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke
hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh"

Kategori: Olahraga

You might also like