You are on page 1of 47

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

ABSTRAK

Secara keseluruhannya kertas kerja ini mengkaji tentang kawasan tanah-tanah pertanian milik
bumiputera yang berpotensi untuk dimajukan seterusnya berupaya untuk menjana pembangunan
ekonomi. kajian ini meliputi seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Sabak
Bernam iaitu Pihak Majlis Daerah Sabak Bernam. Guna tanah utama yang meliputi hampir separuh
daripada keseluruhan kawasan pentadbiran MDSB ini adalah merupakan kawasan pertanian dan
perhutan. Terdapat lebih kurang sebanyak 44% daripada keseluruhan kawasan kajian merupakan
kawasan pertanian iaitu merangkumi sawah padi, kelapa sawit, kelapa, tanaman kontan, buah-buahan
dan sayur-sayuran serta aktiviti penternakan dan akuakultur. Aktiviti pertanian yang dijalankan secara
berkelompok mempunyai potensi tinggi untuk menerajui pasaran tempatan. Pembangunan perbagai
aktiviti hiliran dan industri yang berasaskan hasil pertanian menjadikan sektor ini terus dikekalkan agar
maju seiring dengan pembangunan aktiviti sektor lain seperti perindustrian dan perkhidmatan. Namun
begitu, masih terdapat tanah-tanah pertanian yang lebih berpotensi untuk dibangunkan terutama
melalui pembangunan perniagaan dan perdagangan. Masalah timbul dalam usaha untuk memajukan
tanah pertanian tersebut melalui pembangunan seperti perniagaan dan usaha untuk
mengkomersialkan aktiviti pertanian. Dengan yang demikian, pihak pemaju dan pengusaha tanah
pertanian tersebut haruslah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (MDSB) bagi memastikan
guna tanah pertanian yang dijalankan mampu menjana keuntungan serta pembangunan ekonomi.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 1


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


Abstrak 1
Isi kandungan 2-3

BAB 1 - PENDAHULUAN 4-8


1.1 Pengenalan 4
1.2 Tujuan kajian 4
1.3 Objektif kajian 4
1.4 Isu-isu kawasan kajian 5
1.5 Kawasan kajian 5-8

BAB 2 – DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN 9-10


2.1 Strategi Pembangunan Negeri 9
2.2 Dasar Rancangan Struktur Daerah Sabak Bernam 1995-2020 9
2.3 Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam 2002-2015 10
2.4 Prospek pembangunan guna tanah semasa 10

BAB 3 – KAWASAN TANAH PERTANIAN 11-15


3.1 Taburan tanah pertanian 11
3.2 Aktiviti semasa yang dijalankan 11-14
3.3 Statistik Pembangunan Guna Tanah 15

BAB 4 - STRATEGI PEMBANGUNAN TANAH PERTANIAN 16-18


3.1 Wujudkan zon galakan pertanian 16
3.2 Perbaiki infrastruktur pertanian 16
3.3 Jalankan projek integrasi pertanian 16
3.4 Wujudkan aktiviti pelancongan-agro 17
3.5 Perbanyakkan industri hiliran 17
3.6 Komersialkan projek-projek pertanian 18

BAB 5 – RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI MAMPAN 19-41


5.1 Pembangunan Pertanian 19
5.2 Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan 19-36
5.3 Pembangunan Perindustrian 36-38

5.4 Pembangunan Kediaman 38-39

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 2


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

5.5 Implikasi Kewangan 40-41

BAB 6 - MASALAH MENCAPAI KEMAJUAN 41-42


6.1 Kelemahan infrastruktur 41
6.2 Kurang sumber kewangan 41
6.3 Sikap masyarakat bumiputera 42
6.4 Skala operasi kecil-teknologi rendah 42

BAB 7 - KAEDAH PENYELESAIAN 42-43


7.1 Menaiktaraf kemudahan pertanian 42
7.2 Bantuan pinjaman kewangan 42
7.3 Program kepimpinan dan kesedaran 43
7.4 Kaedah moden dan berteknologi tinggi 43

BAB 8 - PERANCANGAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN 43-44


8.1 Jangka pendek 43
8.1.1 Kekalkan guna tanah sedia ada
8.2 Jangka panjang 44
8.2.1 Ubah status tanah

BAB 9 - PENUTUP 45

1.0 PENDAHULUAN

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 3


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

1.1 Pengenalan

Pertanian merupakan sumber ekonomi utama daerah sabak bernam. Aktiviti sektor pertanian
yang kebanyakannya diusahakan oleh masyarakat bumiputera telah banyak menyumbang
kepada peningkatan ekonomi daerah sabak bernam dan Negeri Selangor. Aktiviti pertanian yang
berpotensi untuk terus dimajukan seperti kelapa sawit dan penternakan baka lembu adalah
digalakkan untuk terus dikekalkan. Manakala, tanah pertanian yang terbiar dan tidak diusahakan
wajarlah dibangunkan dengan aktiviti ekonomi lain yang lebih sesuai seperti aktiviti perniagaan.
Usaha ini akan dapat membangunkan ekonomi kawasan sekelilingnya.

1.2 Tujuan Kajian

Mengenalpasti kawasan-kawasan tanah pertanian milik bumiputera yang berpotensi untuk


dimajukan, Seterusnya berupaya meningkatkan kualiti hidup penduduk khususnya masyarakat
kaum bumiputera yang hidup di sesuatu kawasan di dalam daerah pentadbiran majlis daerah
sabak bernam. Menggalakkan dan mempelbagaikan aktiviti yang boleh dikomersialkan dijalankan
di kawasan tanah pertanian akan dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah
serta mampu menjana peningkatan ekonomi.

1.3 Objektif Kajian

Secara umum adalah untuk mengenalpasti kawasan-kawasan tanah pertanian milik bumiputera
dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam yang mempunyai potensi untuk
dimajukan.

Spesifik ;
 Menggalakkan kerjasama antara tuan tanah dengan Majlis Daerah Sabak Bernam dalam
usaha meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih berkesan.
 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi dalam usaha mengkomersialkan pelbagai
aktiviti pertanian serta pembangunan tanah pertanian.
 Menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti hiliran untuk mempelbagaikan penghasilan
produk pertanian.
 Mencadangkan kaedah terbaik untuk menjadikan tanah-tanah pertanian sebagai sumber
pemangkin utama yang boleh menjana pembangunan ekonomi.

1.4 Isu-isu Kawasan Kajian

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 4


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

 Aktiviti ekonomi yang berasaskan pertanian pada amnya kurang menjana peluang
pekerjaan kerana hanya memperolehi pulangan relatif yang rendah dan kawasan pertanian
kurang menjana pembangunan ekonomi kawasan sekelilingnya.
 Aktiviti tanaman sawah padi yang merupakan aktiviti utama di kawasan pertanian boleh
terus dimajukan dengan pembangunan serentak pelbagai aktiviti hiliran yang sesuai bagi
menjana pertumbuhan ekonomi
 Sumber-sumber ekonomi semulajadi boleh digunakan sebagai manfaat utama yang
berpotensi membangunkan aktiviti pelancongan berasaskan produk-produk hasil pertanian.

1.5 Kawasan Kajian

Secara umumnya, Daerah Sabak Bernam terletak di bahagian Barat Laut Negeri Selangor
dengan disempadani oleh daerah hilir Perak di bahagian Utara, daerah Hulu Selangor di
bahagian Timur, daerah Kuala Selangor di bahagian Selatan, dan Selat Melaka di bahagian
Barat. (Rajah 1.1)

Keluasan daerah adalah kira-kira 99,700.00 hektar yang terdiri daripada lima (5) buah mukim
iaitu Mukim Panchang Bedena, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Mukim Sabak, Mukim Sungai
Panjang, Mukim Pasir Panjang.

 Guna Tanah Semasa

Secara amnya, kira-kira 43,799.58 hektar (43.93%) daripada Daerah Sabak Bernam
diliputi oleh kawasan pertanian menjadikannya sebagai salah satu daerah paling penting
bagi hasil pertanian. Ini diikuti dengan kawasan hutan seluas 45,571.71 hektar (45.71%)
yang terdiri daripada hutan paya laut, paya gambut, dan hutan darat. (Jadual 1.1)

Kawasan tepubina (kediaman,perniagaan dan lain-lain) pula hanya meliputi 10,328.71


hektar yang mewakili 11.14% daripada jumlah keseluruhan daerah. Namun begitu,
keadaan guna tanah masa hadapan dijangka akan berubah dengan adanya
pembangunan baru yang sedang dijalankan serta pembangunan komited akan datang.
 Kawasan Pentadbiran

Sempadan kawasan pentadbiran Majlis Daerah sabak Bernam meliputi keluasan


sebanyak 1730.2831 hektar iaitu 17.3201 km persegi (Jadual 1.2). Kawasan ini telah
dibahagikan kepada Sepuluh Blok Perancangan (BP) bagi memastikan keberkesanan
perancangan dan pelaksanaan pentadbiran dengan lebih komprehensif. Pembahagian

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 5


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

blok perancangan ini dilakukan berdasarkan kepada sempadan mukim, sempadan


pentadbiran, aktiviti fizikal pembangunan, dan sempadan aktiviti guna tanah semasa.
Setiap blok perancangan telah dipecahkan kepada beberapa Blok Perancangan Kecil
(BPK) mengikut keluasan masing-masing bagi lebih memudahkan perancangan serta
pelaksanaan pentadbiran di kawasan terbabit. (Rujuk Rajah 1.1)

 Bidang Kuasa

Bidang kuasa Majlis Daerah Sabak Bernam merangkumi beberapa buah Pekan,
Kampung dan Pusat-Pusat Petempatan yang kebanyakannya terdiri daripada Petempatan
Desa. Beberapa pusat petempatan dan perkhidmatan yang terdapat di dalam kawasan
pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam adalah seperti pekan Sungai Besar, pekan
Sekinchan, pekan Sabak Bernam, pekan Sungai Air Tawar, pekan Bagan Terap, pekan
Sungai Haji Dorani, pekan Sungai Nibong, pekan Simpang Lima, pekan Parit Baru, pekan
Bagan Nakhoda Omar, pekan Pasir Panjang, dan kampung kian sit (site A) Sekinchan.

 Penduduk Semasa

Jumlah penduduk Daerah Sabak Bernam adalah seramai 113,245 orang pada tahun 2000
dan dijangka meningkat kepada 150,410 orang menjelang tahun 2015 dengan kadar
pertumbuhan 2.87 peratus. Manakala, bagi penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah
Sabak Bernam pula adalah seramai 54,876 orang (48.46 peratus).

Carta 1.1 : Kepadatan Penduduk Mengikut Mukim,


Kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 6


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Bil Penduduk 22,607 891 13,370 17,433 575


Peratus (%) 41.20 1.62 24.36 31.77 1.05
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, Tahun 2000
Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Sabak Bernam 2002 - 2015

Rajah 1.1 Lokasi dan Blok Perancangan

Jadual 1.1 Guna Tanah Semasa, Daerah Sabak Bernam, 2002

BIL GUNATANAH KELUASAN PERATUS

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 7


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

(HEKTAR) (%)

1. Kawasan Kediaman 3,028.22 3.04

2. Kawasan Perindustrian 1,122.16 1.13

3. Perniagaan Dan Perkhidmatan 182.2 0.18

4. Institusi Dan Kemudahan Masyarakat 847.74 0.85

5. Tanah Lapang Dan Rekreasi 79.75 0.80

6. Pertanian 43,799.58 43.93

7. Hutan Paya Laut, Paya Gambut, Hutan Darat 45,571.71 45.71

8. Badan Air 1,669.65 1.73

9. Infrastruktur Dan Utiliti 3,398.99 3.41

Jumlah 99,700.00 100.00

Sumber: Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Sabak Bernam 2002 – 2015

Jadual 1.2 Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Sabak bernam

BIL KAWASAN KELUASAN


(km persegi)
1 Pekan Sekinchan 3.0023
2 Pekan Sungai besar 5.9905
3 Pekan Sungai Air Tawar 0.2384
4 Pekan Sabak Bernam 5.4186
5 Pekan Bagan Terap 0.5243
6 Pekan Sungai Haji Dorani 0.4290
7 Pecan Sungai NIbong 0.2066
8 Pekan Simpang Lima 0.1430
9 Kampung Baru Site A, Sekinchan 0.1272
10 Pekan Parit Baru 0.4449
11 Pekan bagan nakhoda Omar 0.3019
12 Pekan pasir panjang 0.4926
Jumlah 17.3201

Sumber: portal MDSB, Kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Sabak Bernam 2002 – 2015
2.0 DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

2.1 Strategi pembangunan Negeri

Pelbagai strategi pembangunan telah dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menjadikan
Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang terancang dan termaju yang boleh menjadi nadi

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 8


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

dan peneraju kepada pembangunan Negara. Wawasan Pembangunan Negeri Selangor,


Tonggak 10 Negeri Selangor, Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor
merupakan sebahagian daripada asas yang menggariskan dasar jangka panjang kearah
pembentukan Selangor Negeri Maju.

Selangor Maju 2005 merupakan wawasan kerajaan Negeri Selangor bagi menjadikan Negeri
Selangor mampu mencapai pembangunan dalam pelbagai aspek berstrukturkan pembangunan
Syumul (holistik) iaitu :
i. Pewujudan masyarakat seimbang dari segi rohani dan jasmani.
ii. Pewujudan masyarakat madani yang didokongi insan-insan rabbani.
iii. Ekonomi mampan yang berterusan - maklumat dan ilmu (K-Ekonomi).
iv. Berpandangan futuristik, penuh kesediaan dalam era globalisasi.
v. Berkemahiran dan bercirikan bina diri untuk kecemerlangan.
vi. Mesra alam, peka sosial dan penyayang.

Sektor perniagaan dikenal pasti sebagai salah satu mekanisma utama bagi pembangunan
ekonomi Negeri Selangor pada masa kini dan hadapan. Walau bagaimanapun, beberapa isu
berkaitan perniagaan mampan dan perniagaan mesra alam harus diambil perhatian dalam
usaha mengimbangi di antara kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kawalan mutu
alam sekitar.

2.2 Dasar Rancangan Struktur Daerah Sabak Bernam 1995-2020

 Dasar Pembangunan Guna Tanah

Pembangunan guna tanah akan dikawal secara menyeluruh supaya tidak mewujudkan kesan
negatif kepada alam sekitar. Oleh itu, satu struktur guna tanah yang tersusun dan berkesan
akan diwujudkan dan tanah yang berpotensi untuk pembangunan akan dikenal pasti mengikut
kesesuaian dan keperluan penduduk. Keutamaan pembangunan di kawasan-kawasan yang
mempunyai kemudahan asas dan infrastruktur sedia ada yang baik dan tumpuan diasaskan
kepada sistem hierarki pusat.
2.3 Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam 2002-2015

Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam 2002-2015 merupakan rancangan pemajuan


jangka panjang yang menterjemahkan Rancangan Struktur Daerah Sabak Bernam 1995-2020
kepada bentuk yang lebih terperinci. Rancangan Tempaatan ini digunakan sebagai panduan

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 9


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

kepada pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam didalam melaksanakan
pentadbiran dengan lebih cekap dan berkesan.

2.4 Prospek Pembangunan Guna Tanah Semasa

 Aktiviti pertanian yang menjadi aktiviti ekonomi utama kawasan kajian boleh terus dimajukan
dengan pembangunan serentak pelbagai aktiviti hiliran yang sesuai bagi menjana pembangunan
ekonomi kawasan kajian. Pada tahun 2000, daerah Sabak Bernam telah menyumbang
sebanyak 22% nilai ditambah pertanian dalam negeri Selangor.
 Pembangunan komited seperti pembangunan bersepadu wilayah Lembah Bernam boleh
menjadi tunjang kepada pembangunan di bahagian utama negeri Selangor dan kawasan Sabak
Bernam.
 Peningkatan sistem perhubungan dan tahap kemudahsampaian semasa terutamanya sistem
perhubungan darat melalui projek-projek menaik taraf jalan-jalan penghubung utama dapat
menjadi pemangkin kepada pembangunan masa hadapan di daerah sabak bernam.
 Kawasan kajian mempunyai banyak sumber-sumber semulajadi yang berpotensi untuk
dieksploitasi bagi melaksanakan pembangunan pelancongan seperti kawasan persisiran pantai,
kawasan persisiran sungai, kawasan hutan paya, dan kawasan tanaman sawah padi.
 Sektor pertanian boleh dimodenkan dan dikomersialkan dengan penggunaan teknologi
pertanian moden disamping memperkukuhkan aktiviti tersebut dengan sokongan pusat
penyelidikan pembangunan pertanian moden. Kawasan pertanian yang produktif dan
mempunyai tahap komersial yang tinggi amat perlu dikekalkan terutama kawasan sawah padi.
Berdasarkan kepada kajian perancangan guna tanah, daerah Sabak Bernam mempunyai lebih
30% kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan melalui pelbagai jenis pembangunan.
 Kawasan tanah pertanian yang terbiar lebih berpotensi untuk dibangunkan melalui aktiviti
perindustrian yang lebih fleksibel dan menjana pulangan relatif yang lebih tinggi untuk ekonomi.
Selain itu, pembangunan perniagaan juga boleh dilakukan untuk menjana pembangunan
ekonomi.

3.0 KAWASAN TANAH PERTANIAN

3.1 Taburan Tanah Pertanian

Keluasan tanah pertanian dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam telah
dikenalpasti berdasarkan sempadan pentadbiran blok perancangan dan mukim yang telah

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 10


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

ditentukan. Merangkumi keluasan tanah pertanian sebanyak 1,052.229 Ekar atau 425.732
Hektar.

Jadual 3.1 : Taburan Tanah Pertanian, Kawasan


Pentadbiran Majlis Daerah sabak Bernam

KAWASAN MUKIM KELUASAN PERATUS


(EKAR) (%)
Sungai Besar Panchang Bedena 205.901 19.57
Sungai Haji Dorani Panchang Bedena 36.348 3.45
Simpang Lima Panchang Bedena 9.008 0.87
Parit Baru Bagan Nakhoda Omar 49.035 4.66
Bagan Nakhoda Omar Bagan Nakhoda Omar 23.816 2.26
Sungai Air Tawar Sabak 28.341 2.69
Sabak Sabak 428.162 40.69
Bagan Terap Sungai Panjang 35.291 3.35
Sekinchan Pasir Panjang 166.583 15.83
Pasir Panjang Pasir Panjang 46.515 4.42
sungai Nibong Pasir Panjang 22.18 2.11
Site A, Sekinchan Pasir Panjang 1.049 0.10
JUMLAH 1052.229 100.00
Sumber : Degis

3.2 Aktiviti Semasa yang Dijalankan

i. Tanaman dan ternakan

Pertanian melalui aktiviti penanaman dan penternakan dijalankan hampir di setiap blok
perancangan Majlis Daerah Sabak Bernam. Aktiviti ini umpama kegiatan wajib setiap
penduduk di setiap kawasan yang mempunyai tanah pertanian. Sama ada menjalankan aktiviti
pertanian utama atau penternakan sebagai kegiatan sampingannya. Kedua-dua aktiviti ini
mampu menghasilkan keuntungan yang memberansangkan kepada pengusahanya. Malah
mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi Daerah serta Negeri. Tanaman seperti
kelapa, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran serta tanaman kontan lain banyak
dijalankan. Malah aktiviti seperti ini dipergiatkan lagi dengan cara menjalankan penternakan
lembu dan kambing secara berkelompok di dalam kawasan pertanian tanpa mengganggu
kelancaran aktiviti pertanian yang diusahakan.

Rajah 3.1 Contoh Tanaman Di Kawasan Tanah Pertanian

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 11


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 12


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

ii. Perniagaan

Guna tanah untuk perniagaan perlu diadakan sebagai penyedia kemudahan perkhidmatan.
Aktiviti perniagaan seperti deretan kedai kejiranan, bengkel membaiki kenderaan, restoren,
pasar, stesen minyak, mini market dan sebagainya penting kerana mampu memberi
perkhidmatan bukan sahaja untuk penduduk setempat malahan juga pengunjung yang datang
dari kawasan luar. Guna tanah perniagaan tersebut bertindak sebagai sumber pendapatan
kepada penduduk setempat disamping menyumbang kepada pembangunan ekonomi
kawasan tersebut. Aktiviti perniagaan ini amatlah perlu dijalankan disetiap kawasan dalam
blok perancangan kawasan kajian kerana memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

iii. Pelancongan

Kegiatan pelancongan adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan terutama di kawasan-


kawasan yang mempunyai tarikan semula jadi dan potensi sebagai kawasan pelancongan.
Namun, tidak semua kawasan kajian memiliki potensi untuk dijadikan kawasan pelancongan.
Kawasan sawah padi di Pekan Sekincahan mempunyai potensi keunikan alam semula jadi
yang begitu menawan hati pengunjung untuk datang melancong. Disamping terdapat banyak
habitat burung di kawasan sawah padi yang sentiasa berkicau menambahkan keasyikan
panorama pelancongan. Selain itu, zon tanaman kelapa di kampung Parit Baru, Sungai Lang
dan Sungai Air Tawar dapat menarik pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula
jadinya. Pantai-pantai semulajadi seperti pantai batu 23 Sungai Nibong dan pantai Bagan
Nakhoda Omar juga menjadi tarikan pelancong sebagai tempat rekreasi serta terdapat juga
Homestay yang dibangunkan di kawasan sekitarnya.

iv. Perindustrian

Kebanyakan aktiviti perindustrian yang diusahakan di kawasan kajian merupakan industri


kecil-kecilan. Industri ini beroperasi untuk memproses produk-produk makanan berasaskan
hasil pertanian yang diperolehi daripada kawsan sekitarnya. Industri IKS seperti kilang
memproses makanan berasaskan kelapa terdapat di kawasan kampung Sungai Limau,
perusahaan menghasilkan kerepek di kampung Simpang Lima serta banyak lagi. Industri
berat pula seperti kilang memproses papan diusahakan di kawasan kampung Panchang
Bedena.

Rajah 3.2 contoh Industri yang sedia ada diJalankan di Kawasan Pertanian.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 13


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 14


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Rajah 3.2a Industri makanan Ringan Rajah 3.2b Industri Kelapa

v. Institusi dan kemudahan

Banyak terdapat institusi dan kemudahan yang disediakan untuk penduduk setempat di setiap
kawasan blok perancangan. Institusi yang disediakan seperti sekolah, tabika perpaduan, dan
bengkel kemahiran. Kemudahan untuk penduduk pula adalah seperti tempat beribadat, balai
raya, dewan orang ramai, klinik desa, perpustakaan desa, kedai kejiranan, padang dan
gelanggang serba guna serta pelbagai lagi. Semua institusi dan kemudahan tersebut adalah
penting disediakan di semua kawasan bagi tujuan menjaga kebajikan dan keharmonian hidup
bermasyarakat. Walaupun kebanyakan kemudahan-kemudahan tersebut di bina di atas tapak
tanah pertanian.

vi. Rumah sesebuah

Terdapat banyak rumah sesebuah yang dibangunkan di kawasan tanah pertanian


terutamanya di kawasan perkampungan. Keadaan ini telah menjadi sebahagian kegiatan
penduduk untuk memudahkan mereka menjaga dan memelihara aktiviti pertanian yang
dijalankan. Lokasi rumah sesebuah adalah berhampiran malah berada dalam kawasan tanah
pertanian yang sama dengan aktiviti pertanian yang dijalankan.

Rajah 3.3 Contoh Rumah sebuah di kawasan Kampung

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 15


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

3.3 Statistik Pembangunan Guna Tanah

Pembangunan guna tanah di kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam meliputi
pelbagai jenis pembangunan sama ada berunsurkan fizikal mahupun sosial. Pembangunan
dijalankan berdasarkan luas kawasan semasa dan unjuran kegunaannya sehingga tahun 2015
yang bermotifkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Statistik guna tanah berdasarkan jenis
pembangunan dan keluasan tertentu adalah seperti dalam jadual berikut ;

Jadual 2.2 Statistik Pembangunan Guna Tanah Sehingga tahun 2015,


Daerah Sabak Bernam

JENIS Sedia Ada Unjuran 2015 JUMLAH


Keluasan Peratus Keluasan Peratus
PEMBANGUNAN
(hektar) (%) (hektar) (%)

Perumahan 2,469.74 2.49 852.92 35.84 3,322.67

Perdagangan 143.05 0.15 41.53 1.75 184.58

Kemudahan Masyarakat 808.16 0.82 - - 808.16

Perindustrian 142.18 0.15 434.56 18.27 576.74

Rekreasi 68.71 0.07 - - 68.7

JUMLAH 3,631.84 3.68 1329.01 55.86 4,960.85

Berdasarkan jadual, didapati unjuran keluasan untuk guna tanah perumahan dan kediaman
dijangka lebih tinggi daripada guna tanah perdagangan dan perniagaan ekoran jangkaan
pertumbuhan penduduk yang pesat menjelang tahun 2015. Manakala, guna tanah untuk

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 16


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

kemudahan masyarakat dan rekreasi pula tidak mengalami sebarang perubahan. Permintaan
guna tanah untuk pembangunan perindustrian juga dijangkakan meningkat dengan banyak.

4.0 STRATEGI PEMBANGUNAN TANAH PERTANIAN

4.1 wujudkan zon galakan pertanian

Rajah 4.1 Kawasan Sawah Padi Digalakkan Sebagai Zon Pertanian Kekal

Pewujudan zon galakan kawasan pertanian adalah amat disarankan untuk memastikan kawasan
pertanian terus dipelihara kerana ianya merupakan sumber utama kemajuan ekonomi setiap
daerah. Kajian mendapati, kawasan tanaman sawah padi merupakan kawasan yang sepatutnya
diwartakan sebagai kawasan pertanian kekal kerana sawah padi mempunyai nilai komersial yang
tinggi selain boleh menjadi kawasan pembangunan Homestay yang akan menjadi tumpuan
pelancong. Selain itu, kawasan tanaman kelapa dan kelapa sawit juga harus terus dipelihara
untuk mengekalkan keaslian hasil tanaman tempatan serta bagi membekalkan hasil pertanian
kepada pasaran serta pemborong luar mahupun tempatan.

4.2 Perbaiki infrastruktur pertanian

Jalan-jalan utama serta jalan-jalan kecil yang menghubungkan kawasan pertanian kepada pusat
pemasaran hasil tempatan haruslah dinaik taraf supaya penghantaran terus hasil pertanian dapat
dilakukan dengan berkesan. Keadaan ini juga akan memudahkan pemborong daripada luar
datang terus ke kawasan pertanian untuk memungut sendiri hasil pertanian.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 17


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

4.3 Jalankan projek integrasi pertanian

Projek pengintegrasian pertanian boleh dijalankan dengan cara menjalankan aktiviti sampingan di
dalam satu kawasan pertanian yang sama. Aktiviti penternakan kelompok seperti penternakan
lembu dan kambing di dalam kawasan pertanian kelapa atau kelapa sawit akan dapat
menjimatkan kawasan sekaligus memanfaatkan sumber dengan sepenuhnya. Disamping itu,
aktiviti tanaman kecil-kecilan juga boleh dilakukan seperti tanaman buah-buahan dan sayur-
sayuran di dalam kawasan yang sama. Projek seperti ini akan dapat menjana kadar pulangan
yang lebih tinggi kepada petani serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

4.4 Wujudkan aktiviti pelancongan agro

Pembangunan aktiviti pertanian boleh disertakan dengan pewujudan aktiviti pelancongan


terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai daya tarikan tinggi untuk dikomersialkan.
Antaranya adalah seperti kawasan pertanian sawah padi. Pembinaan serta pembangunan
kegiatan pelancongan seperti Homestay yang bercirikan tradisional amatlah digalakkan sebagai
pemangkin sumber pendapatan kepada masyarakat setempat selain dapat memperkenalkan ciri-
ciri serta suasana perkampungan yang harmoni kepada pengunjung yang datang dari kawasan
luar. Pengunjung juga akan dapat merasai suasana melancong sambil mengenali aktiviti-aktiviti
pertanian yang dijalankan. Malahan sekaligus dapat memperkenalkan produk-produk hasil
pertanian tempatan kepada masyarakat luar. Hal ini dijangkakan akan mendatangkan pulangan
dan keuntungan yang tinggi kepada sektor pelancongan serta pertanian yang diusahakan.

4.5 Perbanyakkan industri hiliran

Pewujudan aktiviti perindustrian adalah amat penting kerana bertindak sebagai pemangkin
pertumbuhan ekonomi Daerah. Aktiviti pertanian boleh dipergiatkan lagi dengan penubuhan
pelbagai industri hiliran yang berfungsi sebagai pemproses hasil-hasil pertanian menjadi produk
siap yang boleh dipasarkan. Kegiatan ini juga boleh menjana pembangunan ekonomi semua
pihak. Industri hiliran seperti IKS boleh menjalankan pemprosesan penghasilan seperti aneka jenis
kerepek, menghasilkan sos tomato dan sos cili, memproses pelbagai jenis gula-gula yang
berasaskan buah-buahan, produk berasaskan kelapa seperti minyak kelapa dara, biskut kelapa,
nata de coco, seri kaya serta pelbagai produk yang berasaskan hasil pertanian. Projek seumpama
ini akan menjadikan aktiviti pertanian lebih komersial dan dikenali selain menjadi sumber
pendapatan utama. Oleh itu, projek industri seperti ini digalakkan supaya diadakan di setiap blok
perancangan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 18


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

4.6 Komersialkan projek-projek pertanian

Projek-projek pertanian berskala besar mempunyai potensi tinggi untuk menembusi pasaran
luaran bagi mendapatkan pulangan yang lebih banyak. Kebiasaannya projek seperti ini
memerlukan modal dan usaha yang tinggi selain perlu menggunakan teknologi pertanian moden
yang jauh lebih canggih. Namun begitu, projek-projek pertanian sedia ada yang masih dalam
pantauan haruslah dipelihara dan terus diusahakan. Aktiviti penaiktarafan juga haruslah dilakukan
terhadap kawasan yang mengalami kerosakan seperti pemuliharaan taman ekopelancongan
Sungai Burung, serta mempergiatkan projek pusat agro teknologi di Sungai Lang. selain itu,
projek pewartaan kawasan Sungai Air Tawar sebagai desa kelapa haruslah terus dipelihara
disamping pelaksanaan projek agro village. Projek-projek pertanian seumpama ini akan dapat
membantu usaha pengkomersialan hasil tempatan ke serata tempat di seluruh negeri.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 19


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

5.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI MAMPAN

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, didapati masih terdapat banyak kawasan tanah pertanian yang
terbiar dan mempunyai potensi untuk dibangunkan sama ada melalui pembangunan perniagaan,
perindustrian, Kediaman masyarakat atau mengekalkan guna tanah semula jadinya sebagai tanah
pertanian.

5.1 Pembangunan Pertanian

Dari segi pembangunan pertanian, Rancangan Fizikal Negara, rancangan Struktur Negeri, dan
Dasar Pertanian Negara telah memberikan keutamaan kepada pembangunan pertanian dan
akuakultur seperti pengekalan zon kawasan tanaman padi di Daerah Sabak Bernam sebagai
kawasan jelapang padi negeri dan pembangunan pertanian di daerah ini sebagai Lembah Agro
Negeri Selangor.

Di antara cadangan projek pembangunan pertanian utama adalah ;


i. Zon Pembangunan Akuakultur di Kawasan
ii. Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian, Pasir panjang
iii. Kawasan Pengekalan Tanaman Sawah padi, Sekinchan
iv. Pengekalan Hutan Simpan, Sungai Karang
v. Ternakan Lembu dan Kambing Secara Integrasi
vi. Penanaman Semula Kawasan Paya Bakau
vii. Pusat Agro Teknologi, Sungai Lang
viii. Taman Eko-Pelancongan, Sungai Burong

5.2 Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan

Pada tahun 2002, keluasan guna tanah perniagaan dan perkhidmatan adalah sebanyak 182.2
hektar (0.18%). Keluasan guna tanah ini dijangkakan akan semakin meningkat menjelang tahun
2015 yang melibatkan pembangunan semula kawasan perniagaan sedia ada serta kawasan
perniagaan baru bagi memperkukuhkan keadaan semasa.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 20


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

1) Sekinchan

Merupakan kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam yang mempunyai keluasan
3.0023 km persegi dan terletak di dalam blok perancangan 9. Guna tanah semasa kawasan
ini meliputi aktiviti perdagangan dan perniagaan, pentadbiran, institusi, perkhidmatan,
perindustrian, pengangkutan, perumahan kampung dan terancang serta pertanian.

a) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan cadangan merupakan tanah pertanian terbiar yang
ditumbuhi rumput, semak samun dan sebahagiannya dipenuhi pokok hutan. Kawasan ini
terletak berhadapan jalan besar menghubungkan Klang-Selangor. (Rajah 5.2.1)

Rangkaian jalan raya yang terdapat di sekitarnya akan memudahkan proses


pembangunan dilaksanakan. Kawasan yang dicadangkan tidak memiliki unsur-unsur atau
tumbuhan semula jadi yang berpotensi untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Tapak cadangan amat berpotensi untuk dimajukan melalui


pembinaan bangunan perniagaan kedai pejabat 2 tingkat serta aktiviti perumahan
terancang.

ii. Guna tanah semasa persekitaran

Secara umumnya, sekitar kawasan cadangan telah mengalami pembangunan dengan


guna tanah perniagaan dan juga kediaman. Daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat
disimpulkan bahawa kawasan-kawasan yang bersempadan dengan kawasan cadangan
merupakan kawasan perniagaan dan perumahan yang ditunjukkan melalui Jadual 5.2.1.

Jadual 5.2.1 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Deretan perumahan teres setingkat
Selatan Deretan perumahan teres 2 tingkat
Timur Deretan bangunan perniagaan 2 tingkat
Barat Deretan bangunan perniagaan setingkat

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 21


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

iii. Potensi dan halangan pembangunan

Elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi asas dalam
menggariskan potensi dan halangan pembangunan cadangan. Di antara potensi yang
dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang perlu
dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan secara
optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada di dalam kawasan pekan
sekinchan.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

Rajah 5.2.1 Lokasi Tanah cadangan

(a) Jalan tengah menempatkan tapak cadangan (b) Keadaan guna tanah semasa

Sekitar Kawasan cadangan terdapat kesan buangan sampah dan timbunan pokok kering.

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 22


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

2) Sungai Besar

Merupakan kawasan yang memiliki keluasan terbesar di dalam Pentadbiran Majlis Daerah
Sabak Bernam iaitu 5.9905 km persegi yang terletak di dalam blok perancangan 1. Guna
tanah semasa merangkumi aktiviti perdagangan yang berpusat di pekan sungai besar,
institusi, kemudahan masyarakat, perumahan, pelancongan serta kegiatan pertanian.

b) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan cadangan adalah ditumbuhi rumput, semak samun
dan sebahagiannya dipenuhi pokok hutan serta tanaman pisang. Lokasi kawasan
cadangan terletak di simpang 4 Jalan Dato’ Taiban Pekan Sungai Besar.(Rajah 5.2.2)

Terdapat rangkaian jalan raya yang efisien di bahagian timur, selatan dan barat
kawasan cadangan akan memudahkan proses pemajuan dijalankan. Kawasan
tersebut juga tidak memiliki sebarang elemen atau unsur tumbuhan semula jadi yang
berpotensi untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dijalankan di


kawasan tersebut adalah pembinaan sebuah kompleks membeli belah.

ii. Guna tanah semasa persekitaran

Secara umumnya, sekitar kawasan cadangan telah mengalami pembangunan dengan


guna tanah perniagaan dan juga kediaman. Pemerhatian mendapati kawasan yang
bersebelahan kawasan cadangan merupakan guna tanah perniagaan dan kediaman.
Sempadan kawasan cadangan pemajuan secara umum boleh dirujuk melalui jadual
berikut ;

Jadual 5.2.4 Guna Tanah Sekitar Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Deretan kedai perniagaan 2 tingkat dan perumahan teres 2 tingkat
Selatan Kedai perniagaan setingkat dan rumah sesebuah
Timur Deretan perumahan teres setingkat dan 2 tingkat
barat Deretan perumahan teres setingkat
iii. Potensi dan halangan

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 23


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan adalah strategik iaitu berada di dalam pusat
Pekan Sungai Besar.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

Rajah 5.2.2 Lokasi cadangan

Gambar menunjukkan guna tanah semasa kawasan cadangan yang sebahagian adalah tanaman
pisang, pokok hutan serta dahan kering. Gambaran ini hanya mencacatkan pemandangan dan proses
pembangunan Pekan Sungai Besar.
3) Sungai Air Tawar

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 24


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Terletak di dalam blok perancangan 5 yang mempunyai keluasan sebanyak 0.2384 km


persegi. Guna tanah semasa di kawasan ini adalah perniagaan yang tertumpu di pusat pekan
Sungai Air Tawar, institusi pendidikan, pejabat kerajaan, kemudahan dan kebajikan
masyarakat seperti balai polis dan klinik desa, perindustrian serta aktiviti pertanian.

Terdapat projek pemuliharaan pertanian yang sedang dijalankan iaitu Projek tanam semula
Kelapa Matag yang ditempatkan di sebuah kawasan tanah pertanian bersebelahan balai polis
Pekan Sungai Air Tawar.

c) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa tapak cadangan merupakan tanaman kelapa dan tanaman
sampingan lain seperti pisang. Lokasi kawasan terletak di hadapan balai polis Pekan
Sungai Air Tawar yang disempadani dengan Jalan Sungai Air tawar. (Rajah 5.2.3)

Jalan Sungai Air Tawar merupakan laluan utama penduduk sekitar menuju ke pusat
pekan yang menjalankan aktiviti perniagaan. Kawasan cadangan juga tidak memiliki
sebarang elemen tumbuhan semula jadi yang berpotensi untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dibangunkan di


kawasan tersebut adalah pembinaan sebuah stesen minyak untuk kemudahan
penduduk setempat.

ii. Guna tanah semasa sekitar tapak

Kawasan tapak cadangan yang dikenal pasti terletak di dalam Pentadbiran Majlis
Daerah Sabak Bernam. Secara keseluruhannya, sekitar kawasan cadangan masih
belum mencapai tahap pembangunan sepenuhnya kerana aktiviti guna tanah masih
banyak tertumpu kepada pertanian. Pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa
sempadan kawasan pemajuan yang dijalankan adalah ditunjukkan oleh jadual berikut.
(Jadual 5.2.3)

Jadual 5.2.3 Guna Tanah Sekitar Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 25


MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 2010

Utara Deretan kedai setingkat dan institusi kemudahan masyarakat


Barat Bangunan perkhidmatan dan keselamatan
Timur dan Selatan Tanaman kelapa

Rajah 5.2.3 Lokasi Cadangan Pemajuan

Kajian Potensi Pembangunan Tanah Pertanian Bumiputera Kawasan Pentadbiran MDSB 26


(a) (b)
(c)
Rajah di atas menunjukkan lokasi pemajuan yang dicadangkan. Guna tanah semasa kawasan
cadangan adalah tanaman kelapa, pisang dan semak terbiar. Rajah (b) dan (c) masing-masing
menunjukkan pandangan lokasi daripada sebelah kiri dan kanan.

iii. Potensi dan halangan

Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan secara
optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada berhampiran
pemusatan pekan Sungai Air tawar.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

4) Sabak Bernam

Sabak Bernam merupakan kawasan kedua terbesar di bawah Pentadbiran Majlis Daerah
Sabak Bernam yang merangkumi keluasan 5.4186 km persegi dan terletak di dalam blok
perancangan 6. Guna tanah semasa adalah perdagangan dan perniagaan, institusi dan
kemudahan masyarakat, perindustrian, perumahan, pertanian, serta rekreasi dan
pelancongan.

d) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Keadaan guna tanah semasa kawasan cadangan adalah ditumbuhi rumput, semak
dan pokok lanskap serta beberapa ekor ternakan lembu. Lokasi kawasan terletak di
Kampung Batu 39, Sabak Bernam menghadap Jalan Lama kuala Selangor.

Terdapat rangkaian jalan raya yang efisien di bahagian timur dan barat kawasan
cadangan akan memudahkan proses pemajuan dijalankan. Kawasan tersebut juga
tidak memiliki sebarang elemen atau unsur tumbuhan semula jadi yang sesuai untuk
dikekalkan. (Rajah 5.2.4)

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dijalankan di


kawasan tersebut merupakan pembangunan kedai pejabat 2 tingkat bersama
perumahan terancang.

ii. Guna tanah semasa sekitar tapak

Kawasan cadangan pemajuan terletak di dalam Pentadbiran Majlis Daerah Sabak


Bernam. Secara keseluruhannya, guna tanah sekitar kawasan cadangan masih
berada dalam proses membangun. Di bahagian Selatan kawasan cadangan terdapat
deretan kedai perniagaan usang yang masih beroperasi dan menjadi tumpuan
penduduk sekitarnya. Sempadan kawasan cadangan pemajuan secara umum
ditunjukkan oleh jadual berikut ;

Jadual 5.2.4 Guna Tanah Sekitar Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Kawasan perdagangan pusat pekan Sabak bernam
Selatan Deretan kedai perniagaan setingkat
Timur Rangkaian jalan raya, Sabak Bernam-Kuala Selangor
barat Rumah sesebuah

iii. Potensi dan halangan

Elemen-elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di
antara potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien iaitu Jalan
penghubung utama Sabak Bernam-Kuala Selangor.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada berhampiran
pemusatan pekan Sabak bernam
 Pekan Sabak Bernam pada ketika ini sedang mengalami proses pembangunan
guna tanah. Oleh itu tekanan pembangunan kepada kawasan cadangan akan
menyumbang kepada pembangunan yang sedang dijalankan.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas pemajuan kawasan cadangan.


Rajah 5.2.4 Lokasi Cadangan pemajuan
Rajah 5.2.4 (a) Pandangan hadapan Rajah 5.2.4 (b) Pandangan sisi kanan

Rajah 5.2.4 (c) Pandangan sisi kiri

Rajah 5.2.4 menunjukkan gambar di lokasi pemajuan yang dicadangkan. Pemerhatian mendapati
kawasan tanah tersebut merupakan ditumbuhi rumput, tumbuhan lanskap serta semak.

5) Sungai Haji Dorani

Terletak di dalam blok perancangan 2 yang mempunyai keluasan kawasan 0.4290 km


persegi. Guna tanah semasa kawasan ini merupakan perniagaan dan perkhidmatan, institusi
kemudahan masyarakat seperti balai raya, sekolah, dewan orang ramai, tempat ibadat serta
padang serbaguna.

Pembangunan aktiviti pelancongan Homestay kampung Sungai Haji Dorani serta projek
penaiktarafan kawasan pantai Dmuara resort berfungsi sebagai tempat rekreasi dan peranginan
yang berpotensi menjana pembangunan ekonomi serta berupaya menarik minat pengunjung.

e) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan cadangan merupakan tanah pertanian terbiar yang
ditumbuhi rumput, semak samun dan sebahagiannya dipenuhi pokok hutan. Lokasi
terletak di antara deretan kedai perniagaan pusat Pekan Sungai Haji Dorani
menghadap jalan Pekan Sungai Haji Dorani. (Rajah 5.2.5)

Rangkaian kemudahan jalan raya yang terdapat di kawasan ini memudahkan


proses pemajuan dilaksanakan. Pemerhatian mendapati, kawasan cadangan tidak
mempunyai sebarang elemen tumbuhan semula jadi sebagai warisan yang sesuai
untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Kawasan ini sesuai dimajukan melalui pembangunan rumah


kedai serta pembinaan semula deretan kedai sedia ada yang telah usang.

ii. Guna tanah semasa sekitar tapak

Kawasan cadangan yang dimaksudkan terletak di dalam Pentadbiran Majlis Daerah


Sabak Bernam. Secara umumnya, guna tanah semasa sekitar kawasan cadangan
telah membangun melalui perniagaan dan kediaman. Daripada pemerhatian, didapati
bahawa kawasan-kawasan yang bersempadan dengan kawasan cadangan
merupakan kawasan perniagaan ditunjukkan oleh jadual 5.2.5 berikut.

Jadual 5.2.5 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan


BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH SEMASA
Utara Kegiatan Rumah Sesebuah dan Pertanian
Timur Deretan kedai Perniagaan Setingkat
Selatan Rumah Sesebuah dan Kemudahan Masyarakat
Barat Rekreasi dan Kemudahan masyarakat

Rajah 5.2.5 Lokasi Cadangan Pemajuan


Rajah di atas menunjukkan keadaan semasa kawasan cadangan yang merupakan semak dan
terdapat tanaman pisang. Terdapat juga bangunan kedai lama yang telah uzur tetapi masih terus
beroperasi.

iii. Potensi dan halangan

Elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial merupakan asas dalam
menggariskan potensi dan halangan pemajuan di kawasan cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien selain menjadi
tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada di dalam kawasan
pusat Pekan Sungai Haji Dorani yang menjalankan aktiviti perniagaan.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

6) Simpang lima

Merupakan kawasan pentadbiran majlis Daerah Sabak Bernam yang memiliki keluasan
0.1430 km persegi dan terletak di dalam blok perancangan 2. Guna tanah semasa adalah
perniagaan, institusi dan kemudahan masyarakat setempat seperti klinik desa, balai rakyat,
tabika, perpustakaan desa, tempat ibadat, sekolah dan rumah sesebuah.
Terdapat program pertanian yang sedang dijalankan iaitu projek watanwaja agrofarm yang
memelihara dan memperkasakan aktiviti pertanian kelapa sawit di kawasan tersebut. Secara
keseluruhannya, guna tanah kawasan ini lebih banyak meliputi aktiviti pertanian.

f) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan cadangan merupakan tanah pertanian terbiar yang
ditumbuhi rumput dan semak samun. Lokasi terletak di antara deretan kedai
perniagaan pusat Pekan Simpang Lima yang menghadap jalan parit 15 dan jalan
besar Sabak-Kuala Selangor. (Rajah 5.2.6)

Rangkaian jalan raya yang terdapat di sekitarnya akan lebih memudahkan proses
pembangunan dilaksanakan. Kawasan yang dicadangkan tidak memiliki sebarang
unsur tumbuhan semula jadi yang berpotensi untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dilakukan di


kawasan ini merupakan pembinaan sebuah bangunan pasar awam untuk
kemudahan penduduk.

ii. Guna tanah semasa persekitaran

Kawasan cadangan pemajuan terletak di dalam pusat tumpuan Pekan Simpang Lima.
Secara keseluruhannya, guna tanah sekitar kawasan cadangan masih berada dalam
proses membangun. Daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat disimpulkan
bahawa kawasan-kawasan yang bersempadan dengan kawasan cadangan
merupakan kawasan perniagaan, perumahan dan institusi pendidikan yang
ditunjukkan melalui Jadual 5.2.6.

Jadual 5.2.6 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Deretan institusi pendidikan dan Kemudahan masyarakat
Selatan Deretan kedai perniagaan setingkat
Timur Deretan kedai perniagaan setingkat dan Kawasan tanaman Sawah Padi
Barat Jalan Sabak-Kuala selangor

iii. Potensi dan halangan


Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pembangunan cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien yang menjadi
tumpuan penduduk sekitarnya.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada di dalam kawasan
perniagaan Pekan Simpang Lima.

Tinjauan di kawasan terlibat mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan


cadangan pemajuan.

Rajah 5.2.6 Lokasi Cadangan Pemajuan

Rajah 5.2.6 (a) menunjukkan gambar guna tanah semasa di lokasi cadangan.
Rajah 5.2.6 (b,c) menunjukkan guna tanah bersebelahan kawasan cadangan yang meliputi
bangunan perniagaan.

7) Bagan Nakhoda Omar

Kawasan ini terletak di dalam blok perancangan 4 yang mempunyai keluasan 0.3019 km
persegi. Guna tanah semasa yang dijalankan di kawasan ini merupakan aktiviti perdagangan
dan perniagaan, institusi dan kemudahan masyarakat, serta terdapat pantai yang menjadi
pusat peranginan dan pelancongan yang dapat menarik minat pengunjung. Guna tanah
semasa di kawasan ini adalah pertanian kelapa dan kelapa sawit serta tanaman sampingan.

Terdapat industri ringan sedia ada seperti kilang memproses kelapa dan pusat pengumpulan
kelapa sawit. Walaupun pembangunan perniagaan telah banyak dijalankan, namun masih
terdapat tanah pertanian terbiar yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menyokong aktiviti
perniagaan sedia ada yang telah dijalankan.

g) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa tapak cadangan adalah ditumbuhi rumput dan tanaman
sampingan lain seperti pisang. Lokasi kawasan terletak di hadapan deretan kedai
papan yang menjalankan aktiviti perniagaan Pekan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar.
(Rajah 5.2.7)

Rangkaian jalan raya yang terdapat di sekitarnya akan lebih memudahkan proses
pembangunan dilaksanakan. Kawasan yang dicadangkan tidak memiliki sebarang
unsur tumbuhan semula jadi yang berpotensi untuk dikekalkan.

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dijalankan di


kawasan ini merupakan pembinaan rumah kedai kejiranan.

ii. Guna tanah semasa persekitaran

Kawasan cadangan terletak di dalam Pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam.


Secara umumnya, sekitar kawasan cadangan telah mengalami pembangunan dengan
guna tanah perniagaan. Daripada pemerhatian yang dijalankan, dapat disimpulkan
bahawa kawasan-kawasan yang bersempadan dengan kawasan cadangan
merupakan kawasan perniagaan dan perkhidmatan yang ditunjukkan melalui Jadual
5.2.7.

Jadual 5.2.7 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Deretan kedai perniagaan setingkat
Timur Deretan kedai perniagaan dan perkhidmatan setingkat
Selatan Kedai perniagaan setingkat
Barat Kemudahan masyarakat

Rajah 5.2.7 Lokasi cadangan

Rajah 5.2.7 (a) Pandangan hadapan Rajah 5.2.7 (b) Pandangan Sisi

Rajah 5.2.7 (c) Laluan masuk ke kawasan cadangan

Rajah menunjukkan keadaan semasa kawasan cadangan yang masih dipenuhi rumput dan
tanaman pisang. Jalan sedia ada yang efisien akan memudahkan pemajuan kawasan tersebut
dijalankan.
iii. Potensi dan halangan

Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien akan
memudahkan proses pemajuan dilaksanakan.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada dalam kawasan
perniagaan Pekan Bagan Nakhoda Omar.

Tinjauan mendapati tiada sebarang unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

5.3 Pembangunan Perindustrian

1) Parit Baru

Mempunyai keluasan kawasan 0.4449 km persegi yang berada dalam blok perancangan 3.
Guna tanah semasa adalah perniagaan, institusi dan kemudahan masyarakat seperti institut
perakaunan Negara, klinik kesihatan Parit Baru, masjid serta terdapat banyak industri
perusahaan ringan yang memproses hasil pertanian tempatan seperti kerepek. Guna tanah
semasa kawasan ini merupakan aktiviti pertanian kelapa dan beberapa jenis tanaman kontan
sebagai sampingan.

a) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan pemajuan yang dicadangkan adalah tanaman kelapa,
pisang dan pokok kayu (Rajah 5.3.1). Lokasi terletak bersebelahan masjid Parit Baru
dan kawasan perniagaan Pekan Parit baru yang menghadap jalan utama Pekan Parit
Baru.

Rangkaian jalan raya Parit Baru menjadi penghubung utama dengan kawasan
sekitarnya. Kawasan yang dicadangkan tidak memiliki sebarang unsur tumbuhan
semula jadi yang berpotensi untuk dikekalkan.
Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dijalankan di
kawasan tersebut merupakan pembangunan projek IKS yang menghasilkan produk
hasil pertanian bersama pusat penghasilan kraftangan

Rajah 5.3.1 Lokasi cadangan

ii. Guna tanah semasa persekitaran

Secara keseluruhannya, guna tanah sekitar kawasan cadangan masih berada dalam
proses membangun. Pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa kawasan-
kawasan yang bersempadan dengan kawasan cadangan merupakan kawasan
perniagaan, rumah sebuah dan institusi pendidikan yang ditunjukkan melalui Jadual
5.3.1.

Jadual 5.3.1 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Deretan bangunan perniagaan
Selatan Deretan kediaman tradisi
Timur & Barat Tanaman kelapa, kelapa sawit, tanaman kontan

iii. Potensi dan halangan

Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien iaitu menjadi
laluan utama menuju ke kawasan perniagaan.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada berhampiran
pemusatan pekan Parit Baru.

Tinjauan mendapati tiada unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.

5.4 Pembangunan Kediaman

1) Pasir Panjang

Mempunyai keluasan sebanyak 0.4926 km persegi dan terletak di dalam blok perancangan 9.
Guna tanah semasa kawasan ini merupakan perniagaan, kemudahan masyarakat seperti
dewan orang ramai, masjid, sekolah dan gelanggang serbaguna serta terdapat aktiviti
perumahan terancang dan rumah sesebuah. Aktiviti ekonomi yang dijalankan adalah
pertanian kelapa, kelapa sawit serta pelbagai aktiviti masyarakat.

a) Analisis keadaan semasa dan sekitar tapak cadangan

i. Keadaan semasa

Guna tanah semasa kawasan cadangan adalah ditumbuhi rumput dan semak serta
terbiar tanpa sebarang usaha untuk memajukannya. Lokasi terletak di belakang
barisan kedai kejiranan Pekan Pasir Panjang yang menghadap sebahagian taman
perumahan. (Rajah 5.4.1)

Pekan Pasir Panjang menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian setempat dan
mempunyai potensi tinggi untuk di majukan kerana jangkaan berlakunya pertambahan
penduduk menjelang tahun 2015. Rangkaian jalan raya yang terdapat di kawasan
tersebut akan memudahkan proses pemajuan dilaksanakan. Sebarang elemen
tumbuhan semula jadi juga tidak terdapat di kawasan cadangan.

Cadangan Pemajuan : Setelah dikenal pasti, pemajuan yang sesuai dilaksanakan


adalah pembinaan perumahan terancang berdensiti sederhana untuk persediaan
kepada pertumbuhan penduduk.

Rajah 5.4.1 Lokasi cadangan


ii. Guna tanah semasa persekitaran

Pemerhatian mendapati bahawa guna tanah sekitar kawasan cadangan sedang


mengalami proses membangun secara terancang melalui pembangunan perniagaan
dan perumahan. Guna tanah semasa kawasan bersebelahan tapak cadangan
ditunjukkan seperti Jadual berikut;

Jadual 5.4.1 Guna Tanah Bersebelahan Kawasan Cadangan

BAHAGIAN JENIS GUNA TANAH


Utara Institusi dan kemudahan masyarakat
Timur Deretan kedai perniagaan dan perumahan teres setingkat
Selatan & Barat Tanaman kelapa, kelapa sawit, tanaman kontan

iii. Potensi dan halangan

Beberapa elemen yang melibatkan aspek fizikal, ekonomi dan sosial telah menjadi
asas dalam menggariskan potensi dan halangan pemajuan yang cadangan. Di antara
potensi yang dikenal pasti ialah :
 Kawasan cadangan mempunyai rangkaian jalan raya yang efisien iaitu jalan
Sabak Bernam-Kuala Selangor yang menjadi laluan utama menuju kawasan
cadangan.
 Ketiadaan ciri-ciri tumbuhan semula jadi yang unik serta elemen warisan yang
perlu dikekalkan membolehkan keseluruhan kawasan cadangan dimajukan
secara optimum.
 Kedudukan kawasan cadangan yang strategik iaitu berada di kawasan
pemusatan pekan Pasir Panjang.

Tinjauan mendapati tiada sebarang unsur-unsur halangan ke atas kawasan cadangan.


5.5 Implikasi Kewangan

i. Unjuran kesan pelaksanaan projek pembangunan kepada MDSB


Cadangan untuk membangunkan projek-projek tanah pertanian terbiar adalah meliputi seluruh
kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam. Cadangan pembangunan ini akan dapat
memberikan pelbagai faedah terutamanya dalam memperkukuhkan kedudukan kewangan
MDSB. Oleh itu, anggaran kesan daripada pelaksanaan projek pembangunan ke atas aspek
pendapatan terutamanya akan di ambil kira.

a. Anggaran peningkatan pendapatan MDSB


Dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dicadangkan, MDSB dijangka
akan memperoleh pendapatan sebanyak RM 100.54 juta menjelang tahun 2015.
Peningkatan jumlah pendapatan MDSB ditunjukkan seperti rajah berikut,

Jadual 5.5.1 Anggaran Peningkatan Pendapatan MDSB

Tahun 2002 2005 2010 2015


Pendapatan (RM juta) 14.21 22.32 47.37 100.54
Sumber : Kajian RTD Sabak Bernam, 2002-2015

b. Anggaran pulangan kepada pemilik tanah


Tanah-tanah yang berada dalam cadangan pemajuan merupakan milik bumiputera.
Pelaksanaan pembangunan akan memberikan pulangan dan keuntungan kepada pemilik
tanah sama ada dalam bentuk bayaran wang sewa atau jualan tanah tersebut.

Jadual 5.5.2 Anggaran Pulangan Kepada Pemilik Tanah

KAEDAH PULANGAN (RM)


Jualan 1 Ekar 50 000 – 70 000
Sewa 1 Bulan 10 000 – 20 000

6.0 MASALAH MENCAPAI KEMAJUAN

6.1 Kelemahan infrastruktur


Infrastruktur yang baik penting untuk melancarkan usaha pembangunan sesebuah kawasan.
Penaiktarafan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya perlu dilakukan bagi memudahkan laluan
kerana ia berfungsi sebagai penghubung antara sesebuah kawasan. Kelemahan infrastruktur
seperti jalan berlubang serta tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan wujudnya
kecacatan pembangunan. Selain itu, terdapat juga jalan-jalan kecil yang menghubungkan
kawasan pertanian ke jalan besar yang masih menggunakan tanah merah. Keadaan ini akan
menimbulkan kesukaran terutamanya pada musim hujan.

6.2 Kurang sumber kewangan

Masalah kekurangan sumber kewangan oleh kaum bumiputera akan menyebabkan kesukaran
aktiviti pembangunan dijalankan. Kebanyakan mereka hanya bergantung dengan hasil perolehan
keuntungan daripada kegiatan pertanian yang diusahakan. Masalah ini juga menyebabkan
sesetengah daripada mereka terus diselubungi kemiskinan. Tidak semua aktiviti pertanian yang
dijalankan oleh masyarakat bumiputera akan menghasilkan keuntungan yang lumayan. Oleh itu,
perubahan haruslah terus dilakukan agar kaum ini tidak ketinggalan dalam era pembangunan
masa kini.

6.3 Sikap masyarakat bumiputera

Masalah juga wujud apabila terdapat masyarakat sukar menerima perubahan yang dicadangkan
dalam usaha membantu membela nasib mereka di masa hadapan. Keprihatinan pihak berkuasa
tempatan kadangkala disalah ertikan. Dalam erti kata lain mereka sukar menerima perubahan
untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan mereka. Dengan itu, pembangunan tanah pertanian
untuk dikomersialkan dengan aktiviti hiliran lain sukar dijalankan kerana sikap seperti ini. Mentaliti
serta cara pemikiran mereka harus di ubah agar pemajuan pembangunan ekonomi dapat
dijalankan dengan lebih telus lagi.

6.4 Skala operasi kecil-teknologi rendah

Kebanyakan industri hiliran yang dijalankan di kawasan tanah pertanian milik bumiputera adalah
dalam skala operasi kecil dan sederhana. Selain itu, teknologi yang digunakan juga adalah rendah
malah terdapat juga kaedah tradisional yang masih digunakan terutama dalam proses kecil-
kecilan. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan skala pengeluaran serta pemasaran juga
kecil. Pengusaha akan menghadapi masalah untuk bersaing dengan industri dan pasaran luar
yang lebih maju serta berdaya saing.

7.0 KAEDAH PENYELESAIAN


7.1 Menaiktaraf kemudahan pertanian

Bagi tujuan menggalakkan pembangunan kegiatan pertanian yang lebih mampan, usaha
menaiktaraf kemudahan-kemudahan pertanian seperti jalan raya, pengangkutan dan sebagainya
adalah penting sebagai salah satu cara mengketengahkan aktiviti pertanian supaya setanding
dengan industri maju yang lain.

7.2 Bantuan pinjaman kewangan

Masalah kekurangan sumber kewangan terutama oleh masyarakat bumiputera boleh di atasi
dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti pinjaman kewangan daripada pihak bank
dan institusi kewangan lain. Pinjaman yang dilakukan dengan tujuan untuk membangunkan
aktiviti industri atau perniagaan akan dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi.

7.3 Program kepimpinan dan kesedaran

Masyarakat bumiputera terutamanya penduduk kampung memerlukan bantuan dan bimbingan


dalam melaksanakan tujuan pembangunan tanah pertanian supaya berupaya untuk menjana
pembangunan ekonomi. Projek-projek pembangunan pertanian seperti watanwaja agrofarm dan
agro village amatlah penting dilaksanakan dengan pantauan serta bimbingan pihak berkuasa
tempatan. Cadangan untuk membangunkan aktiviti perindustrian atau perniagaan di atas tanah
pertanian juga harus di bawah bimbingan pihak berkuasa tempatan.

7.4 Kaedah moden dan berteknologi tinggi

Penggunaan teknologi moden dalam aktiviti pertanian serta industri pemprosesan hasil pertanian
adalah penting. Kaedah ini dapat memberi banyak manfaat kerana pemprosesan dan penghasilan
produk hasil pertanian dapat dihasilkan dengan lebih banyak serta dapat menjimatkan masa.
Selain itu, teknologi penyelidikan dan pembangunan juga haruslah diperkenalkan dalam projek-
projek pembangunan yang dijalankan dengan bantuan dan bimbingan daripada pusat
penyelidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.

8.0 RANCANGAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN

8.1 Jangka pendek


Merupakan rancangan pembangunan yang dicadangkan dilaksanakankan dalam masa terdekat
tanpa mengubah sebarang status tanah pertanian sedia ada.

8.1.1 Kekalkan guna tanah sedia ada

Aktiviti guna tanah masa kini yang sedia ada dijalankan di atas tanah pertanian hendaklah
dikekalkan terutama kawasan tanah pertanian yang mempunyai nilai komersial seperti
ladang kelapa dan kelapa sawit. Aktiviti pertanian ini masih dapat menyumbang kepada
pembangunan ekonomi kawasan setempat dan sekitarnya. Aktiviti pertanian yang
dijalankan boleh terus dimajukan untuk menjamin kegunaan ekonomi masa hadapan.

8.2 Jangka panjang

Rancangan pembangunan yang hendak dijalankan dalam jangka masa panjang boleh dianalisis
dengan lebih terperinci agar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Ia juga mestilah dapat
mendatangkan pulangan relatif yang lebih tinggi kepada ekonomi dan masyarakat sekitarnya.

8.2.1 Ubah status tanah pertanian

Status tanah pertanian sedia ada boleh diubah kepada tanah perniagaan untuk
menjalankan kegiatan ekonomi yang lebih fleksibel serta mampu menjana keuntungan yang
lebih tinggi.

Kaedah :

i. Menjadikan tanah-tanah pertanian milik bumiputera sebagai tanah perniagaan yang


bersifat lebih produktif serta mempunyai nilai komersial yang tinggi.
ii. Persetujuan bersama antara pihak pemaju dengan tuan tanah haruslah diperolehi
terlebih dahulu untuk membangunkan kawasan tanah pertanian terutama kawasan yang
terbiar tetapi berpotensi untuk dimajukan.
iii. Lokasi pembangunan amatlah penting untuk menjangkakan pulangan yang tinggi
daripada aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, pembangunan tanah pertanian yang
berhampiran dengan pusat Bandar adalah berpotensi tinggi untuk mencapai
pembangunan pesat.

Kebaikan :

i. Dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi kerana aktiviti perniagaan seperti pasaraya
dan hotel bakal memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi seterusnya dapat
menyumbang kepada pembangunan ekonomi daerah Sabak Bernam dan negeri
Selangor.
ii. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khusus kepada penduduk sekitarnya.
Taraf hidup penduduk juga akan dapat dipertingkatkan.
iii. Pembangunan perniagaan lebih berpotensi untuk menjana pembangunan ekonomi
kawasan sekitarnya.

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa potensi pembangunan tanah pertanian milik
masyarakat bumiputera adalah tinggi. Sama ada tanah-tanah pertanian tersebut diusahakan
melalui aktiviti pertanian yang lebih komersial atau dibangunkan sebagai lokasi perniagaan,
ianya sama-sama dapat menjana pembangunan ekonomi. Namun, aktiviti yang lebih produktif
serta berdaya saing lebih mampu membangunkan ekonomi persekitarannya.

Cadangan pembangunan di atas tapak cadangan yang telah dikaji dari beberapa aspek
terutamanya aspek fizikal, lokasi dan potensi yang dapat dikenal pasti. Pembangunan yang
dicadangkan akan dapat memberikan faedah kepada pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah
Sabak Bernam, pihak pemaju dan juga pemilik tanah. Tumpuan lebih kepada usaha untuk
meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat bumiputera terutamanya.

Potensi kawasan cadangan yang dikenal pasti merupakan factor penyumbang utama untuk
membolehkan kebolehsesuaian pembangunan yang dicadangkan. Kerjasama pihak pemaju
terutamanya daripada pihak swasta amatlah digalakkan agar inisiatif untuk membangunkan
kawasan cadangan mendapat perhatian memandangkan ia dapat membantu pihak Majlis
Daerah Sabak Bernam dalam menambahkan jumlah unit pembangunan terancang.

Oleh yang demikian, rasional-rasional pembangunan yang dinyatakan diharap dapat membantu
pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam di dalam usaha mencari jalan terbaik
untuk membangunkan kawasan-kawasan tanah pertanian tersebut.

You might also like