You are on page 1of 4

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK,

JALAN RAJA,
36000 TELUK INTAN, PERAK.
_____________________________________________________________________
MINIT CURAI

1.En Nor Hisham bin Fahmi-Pen. Peng. Matematik, Salinan:


Daripada JPN
1. Pegawai Pelajaran
Daerah, PPD Hilir
Perak.

2. Pegawai-Pegawai
Unit Akademik.

Kepada 3. Pegawai-Pegawai
Pegawai-Pegawai Fasilinus.
Fasilinus.

1. Tajuk : Mesyuarat Post Mortem Kursus


Perkara LINUS Tahun 2(Pelaksanaan 2011)
dan Pemantapan Analisis Data
Saringan 3 Daerah peringkat Negeri
Perak 2010

2. Tarikh : 28- 30/11/2010 ( Ahad, Isnin dan


Selasa)
3. Tempat : Hotel Seri Malaysia, Taiping
4. Pengerusi : En. Nor Hisham bin Fahmi- Pen Peng.
Matematik, JPN

28 NOVEMBER 2010
AHAD

8.30 – 10.30 MALAM

TAKLIMAT URUS SETIA

1. Ucapan En. Nor Hisham bin Nor Fahmi selaku penyelaras dan pengerusi majlis.
1. En. Nor Hisham mengalu-alukan kehadiran semua fasilinus ke Hotel Seri Malaysia
Taiping.
2. Pengerusi bertanyakan jika ada ahli mesyuarat yang tidak menerima surat.
3. Pengerusi seterusnya memberitahu bahawa duit untuk Program LINUS di JPN telah
habis digunakan. Apapun disaat akhir terdapat duit lebihan yang lain. Jadi JPN
menggunakan duit dari lebihan yang lain ini. Mesyuarat ini menggunakan vot B41 211
220400 081804 . Diingatkan untuk tidak tambah nama. Kerana ini adalah panggilan
mesyuarat secara walk-in. Tuntutan juga layak untuk makan sebanyak RM45 sehari.
Tuntutan hanya layak untuk mereka yang bertugas di luar daerah LMS sahaja.
4. Kursus pada kali ini adalah untuk menyediakan laporan post-mortem kursus LINUS
Tahun 2 yang telah dijalankan.
5. Pengerusi menerangkan tentang perjalanan mesyuarat mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
6. Pengerusi memohon agar menyediakan cadangan-cadangan yang boleh memantapkan
program LINUS untuk tahun hadapan. Cadangan itu perlu di emelkan ke JPN.
7. Maklumat yang baru diterima terdapat lantikan baru untuk fasilinus pada 1/12/2010 atau
15/12/2010. PPd adalah ownership LINUS di daerah masing-masing, sebarang
pertanyaan yang berkaitan dengan lantikan bolehlah dirujuk ke PPD masing-masing.
8. Tuntutan perlu disiapkan dengan cepat kerana kewangan akan ditutup pada
15/12/2010. Sila hantar dengan segera ke JPN. Hantar dengan menggunakan alamat
yang berada dalam portal JPN Perak(Sektor Pengurusan Akademik, Tingkat 14,
Bangunan Maybank Trust, Jalan Tun Sambathan, 30000 Ipoh, Perak). Untuk Perhatian
Pn. Haslinda bt Hassan - Pembantu Tadbir Sektor Akademik. Hantar sebelum
9/12/2010.
9. Tuan Pengerusi telah meminta En Karim b. Munuk Penyelia Bahasa di JPN untuk
menyampaikan ucapan. Beliau meminta agar semua fasiLINUs bersedia untuk
menghadapi cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang. FasiLINUS di
pohon agar dapat menyediakan laporan kerana Tuan Pengarah JPN mengarah agar
setiap mesyuarat perlu ada dapatan dari mesyuarat. Ini adalah masa untuk bekerja.
Setiap pegawai di JPN akan melaporkan dapatan mesyuarat kepada Ketua sektor untuk
dilaporkan kepada Pengarah. Pada akhir kata, beliau meminta agar terus bekerja
dengan hati yang lapang dan tidak tertekan.
10. Mesyuarat ditangguhkan pada 10.00 malam.
29 NOVEMBER 2010
ISNIN

8.00 – 10.00 PAGI


PEMURNIAN DAN PEMANTAPAN LAPORAN KURSUS
1. Pengagihan kumpulan, perbincangan dalam kumpulan mengikut daerah masing-masing.
2. Membuat Laporan berdasarkan borang soal selidik.
3. Mengisi borang yang disediakan.
4. Mencari kekuatan dan kelemahan berdasarkan matlamat dan objektif, lokasi dan prasarana,
Kandungan kursus, termasuk juga urus setia dan pengurusan.
5. Membuat rumusan keseluruhan hasil dari dapatan soal selidik dari peserta kursus.
6. Menghantar laporan yang telah siap kepada pengerusi mesyuarat.

10.30– 12.30 TENGAH HARI


2.30 – 4.30 PETANG(SAMBUNGAN)
PEMANTAPAN ANALISIS DATA SARINGAN DAERAH

1. Pembentangan Data Daerah- daerah dalam Negeri Perak oleh Pengerusi.


2. Kedudukan dalam Kebangsaan, keseluruhan Numerasi saringan 3, negeri Perak telah
mencapai KPI dengan 90%.
3. Terdapat daerah-daerah yang telah mencapai KPI Numerasi kebangsaan iaitu, Hilir Perak
(97%),Krian (93%) , Kinta Utara(93), Manjung(92%).
4. Bagi Literasi hanya Krian yang telah mencapai KPI Kebangsaan iaitu 90%.
5. Setiap Daerah perlu menganalisis data daerah masing-masing seterus dapat membuat
perancangan strategik untuk tahun 2011.
6. Pembentangan oleh fasiLINUS daerah Krian tentang analisis data daerah tersebut.
7. Perbincangan mengikut daerah masing-masing.
30 NOVEMBER 2010
8.30 – 10.30 PAGI
PENYEDIAAN LAPORAN PERANCANGAN LINUS DAERAH 2010
PENYEDIAAN CADANGAN PERANCANGAN LINUS DAERAH 2011

1. Pengagihan Ikut Daerah masing-masing untuk membincangkan penyediaan laporan


perancangan LINUS daerah bagi Tahun 2010
2. Perbincangan tentang penyediaan cadangan perancangan LINUS daerah bagi tahun 2011.
3. Menghantar laporan yang telah disiapkan kepada pengerusi mesyuarat.

10.30– 12.30 Tengah hari


PEMANTAPAN LAPORAN PERANCANGAN LINUS DAERAH 2010 DAN PEMANTAPAN
CADANGAN PERANCANGAN LINUS DAERAH 2011 BERSAMA PEGAWAI MEJA PPD

1. Perjumpaan Pegawai Meja PPD dengan FasiLINUS mengikut daerah masing-masing.


2. Perbincangan tentang laporan perancangan bagi tahun 2010 dan Memantapkan lagi
perancangan LINUS daerah 2011.
3.

Disediakan oleh :

NOOR LAILA BINTI HJ. ISHAK


FASILINUS
PPD HILIR PERAK

You might also like