You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PERGERAKAN ASAS

1.0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor, Pergerakan Asas Bukan Lokomotor dan Manipulasi


Alatan.

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama


iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal. Pergerakan asas boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang
dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-
pergerakan badan (Susan Capel, 1986). Menurut Gallahue (1996) pula, beliau
menegaskan bahawa pendidikan Jasmani merupakan satu aktiviti yang meluangkan
sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan ‘belajar untuk
bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’. Pergerakan asas dibahagikan kepada
dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada
tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi
alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek seperti ritma
asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan dan kemahiran gimnastik.
Pergerakan asas juga merupakan salah satu pergerakan yang penting untuk
kecerdasan fizikal kerana melalui kemahiran ini murid dapat dilatih untuk menjadi
lebih cergas, aktif dan kreatif di dalam bidang sukan. Pergerakan asas terdiri
daripada tiga aspek pergerakan iaitu:
1. Lokomotor
2. Bukan lokomotor
3. Manipulasi alatan.

Lokomotor

 Pergerakan yang dilakukan sambil beralih tempat


 Tapak sokongan berubah tempat

1
 Contoh: mengguling, menggelongsor, merangkak, berjalan, berlari, melompat,
melompat layang, melompat ketingting, skip, gallop, memanjat, dan
grapevine.

Bukan Lokomotor

 Pergerakan yang dilakukan tanpa beralih tempat


 Tapak sokongan tidak berubah
 Contoh: memusing, berbuai, mengilas, menyokong, membengkok,
membongkok, menolak, menarik, merebah, membangkit, meringkuk, dan
meregang.

Manipulasi Alatan

 Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah


untuk mempelajari kemahiran asas sukan.

 Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti bola kecil, bola besar,
gelung rotan, tali, batang rotan dan relang getah (squaid).

3.0 MATLAMAT

Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan


tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa
tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Selain itu, pengetahuan ini
amat penting bagi :

 Membolehkan kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk


melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan
 Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak
 Mendorong kanak-kanak mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan iaitu ruang, masa, beban, aliran dan sebagainya

2
 Memperolehi pengalaman tentang keadaan alam fizikal seperti masa, jarak,
hala, bentuk, saiz, kepantasan dan lain-lain
 Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan
 Untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

 Meneroka pergerakan dengan menggunakan pelbagai bahagian tubuh badan


 Bergerak dengan kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu ruang,
masa, beban dan aliran
 Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan
menggunakan alatan
 Mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah
 Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

5.0 TARIKH :

6.0 MASA :

7.0 TEMPAT :

8.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI

1.

Mengguling ke sisi sambil melambung bola ke atas

2.

Memusing ke sebelah kanan dan kiri sambil melantun bola

3
3.

Menggelongsor ke hadapan sambil meleret bola ke hadapan

4.
Merangkak ke hadapan sambil melantun bola

5.

Menghayun tangan serta menghayun bola

6.
Grapevine ke sisi sambil memutar bola

7.

Mengimbang tubuh badan sambil berbuai bola

8.

Berjalan ke hadapan sambil melambung bola ke atas dan menangkap

9.

Mengilas badan ke kiri dan kanan serta menghayun bola

10.

Berlari ke hadapan sambil melantun bola ke bawah

11.

Menyokong tubuh badan dengan menggunakan kaki dan satu

tangan serta memutar bola ke kiri dan ke kanan

4
12.

Melompat sambil meleret bola ke hadapan

13.

Membengkok lutut sambil mengimbang bola

14.

Melompat ketingting ke hadapan sambil melambung bola ke atas

15.

Membongkok tubuh badan sambil mengimbang bola di belakang leher

16.

Skip ke hadapan di atas papan anjal sambil melantun bola ke bawah

17.

Menolak ke depan di atas peti longgol sambil meleret bola ke hadapan

18.

Gallop ke hadapan sambil menghayun bola ke kiri dan kanan

19.

Rebah selepas bola dilambung ke atas dan disambut menggunakan tangan

20.

Bangkit dengan perlahan sambil melantun bola ke bawah

5
SENARAI SEMAK DAN BILANGAN PERGERAKAN

Bil Lokomotor Bkn Manipulasi Bahagian Variasi


Lokomotor Alatan Anggota Aras
1 mengguling - melambung atas bawah
2 - memusing melantun atas tinggi
3 menggelongso - meleret atas bawah
r
4 merangkak - melantun atas sederhana
5 - menghayun menghayun atas tinggi
6 grapevine - memutar atas tinggi
7 - imbang berbuai atas tinggi
8 berjalan - melambung atas tinggi
9 - menggilas menghayun atas tinggi
10 berlari - melantun atas tinggi
11 - menyokong memutar atas tinggi
12 melompat - meleret atas tinggi
13 - membengkok imbang bawah sederhana
14 lompat - melambung atas tinggi
ketingting
15 - membongkok imbang belakang sederhana
16 skip - melantun atas tinggi
17 - menolak meleret bawah rendah
18 gallop - menghayun atas tinggi
19 - rebah melambung atas rendah
20 - bangkit melantun atas tinggi
Ju 10 10 20 20 20
m

SENARAI ALATAN BERAT DAN ALATAN RINGAN

BIL ALATAN BERAT ALATAN RINGAN

6
1. Tilam Bola gimrama

2. Bangku Panjang Skital

3. Papan anjal

4. Peti Lombol

RUMUSAN

Pergerakan asas merupakan satu pergerakan yang banyak menggunakan daya


kreativiti seseorang itu. Ia sangat penting bagi murid-murid sekolah rendah kerana
pada usia ini, mereka perlu mempelajari daya kreatif supaya pertumbuhan dan
perkembangan mereka dari segi kognitif dapat berkembang dengan pesat. Selain
itu, pergerakan ini juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian supaya
seseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih teratur dan
terkawal.

Kesimpulannya, pergerakan asas ini perlu dilaksanakan di semua sekolah


terutamanya sekolah rendah supaya murid-murid ini lebih cergas dan cerdas serta
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

RUJUKAN

7
1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi(2008), Perkembangan

Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian

Empat Tahun, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam.

2. Mok Soon Sang (2002), Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma

Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shah Alam.

3. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan(2003),

PsikologiPendidikan, PTS Publication & Distribution Sdn Bhd, Bentong.

8
PELAN ALIRAN PERGERAKAN ASAS

Pergerakan 6

Pergerakan 11 Pergerakan 7
bbbbbbbbbssfs
Pergerakan 12 B Pergerakan 5

Pergerakan 10 Pergerakan 8

Pergerakan 13

Pergerakan 9 Pergerakan 4

Pergerakan 3

C Pergerakan 14 Pergerakan 2
A

Pergerakan 1

Pergerakan 15 Pergerakan 19 dan 20

Pergerakan 16

Pergerakan 18

D E

MULA Pergerakan 17

A : tilam, B : bangku panjang, C : skital, D : papan anjal, E : peti lombol

You might also like