You are on page 1of 7

ASAL USUL MUZIK

GHAZAL
 Ghazal (Parsi: ‫ ;غزل‬Turki gazel) merupakan satu
kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri
Johor yang popular dewasa ini.
 Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal

ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian


dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah
Arab.
 Ghazal juga dikatakan merupakan puisi yang

mengandungi yang berasal sekitar 670 M, dari


Parsi.
 Ia biasanya adalah puisi kasih sayang yang

mempunyai pola irama ringan dan diiringi muzik.


Sastera
 Ghazal adalah bentuk puisi dan mengandungi rangkap
yang berkongsi rima dan refrain.
 Setiap baris mesti berkongsi ukuran yang sama.
 Secara etimologi, perkataan "ghazal" secara harfiah

merujuk pada "tangisan kematian seekor gazel".


Haiwan itu dipanggil ghizal.
Tradisi
 Ghazal adalah ungkapan cinta, perpisahan dan
kesunyian yang sesuai dilambangkan oleh gazel.
 Jadi, ghazal dapat difahami sebagai ungkapan

berbentuk puisi tentang kesakitan akibat kehilangan


seseorang yang dikasihi atau perpisahan dan
keindahan cinta meskipun pedih.
Asal usul muzik ghazal di
negeri johor
 Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin
hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga,
beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering
berulang-alik ke Riau.
 Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal.
 Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini
dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor
yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura.
 Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah
mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-
pembesar negeri dan lain-lain golongan istana.
 Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat
jelata menjadi cepat dan pesat.
 Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga
ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan
dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
 Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor
sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk
Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.
 Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk

Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal


dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada
hari-hari keramaian tertentu.
 Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai

lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan


tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini.
 Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid

(Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid ,


Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin
Abdul Majid dan Encik Dapat.
 Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal
di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof
atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak.
 Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar.
 Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah

keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat


memisahkan dirinya daripada seni ini.
 Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan

begitu mendalam sekali.


 Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni

muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya


bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke
zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah
melalui satu penjelajah yang agak panjang dan
mengambil masa yang lama.

You might also like