You are on page 1of 7

DASAR KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD


TAHUN 2011

1. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di
sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan merupakan
faktor utama penentu tahap pencapaian murid dalam akademik di sekolah ini. oleh itu
perlu diurus dengan baik supaya ia mendapat impak yang disasarkan

2. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri

3. DASAR
3.1. Dasar Kurikulum sekolah selari dengan sistem pendidikan arus perdana dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.2 Semua guru mestilah mendapatkan maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.3 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik diberikan keutamaan.

4. MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan.
4.2 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah
disediakan.
4.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat.

5. SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha Kurikulum dan disimpan di
bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
5.2 Semua fail panitia diurus oleh Setiausaha Panitia dan disimpan di bilik Penolong
Kanan Pentadbiran.

6 PAKEJ MATAPELAJARAN
Tahap 1 - 10 matapelajaran termasuk Bahasa Arab Komunikasi.
Tahap 2 – 13 matapelajaran termasuk Bahasa Arab Komunikasi
7. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

7.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh KPM hendaklah diperoleh dan
disimpan oleh setiap guru.
7.2 Salinan Panitia untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 disimpan dalam Fail Panitia.
7.3 Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
i) Tema / Tajuk / Isi Pelajaran.
ii) Objektif
iii) Aktiviti
iv) KBKK
v) Refleksi
7.4. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat minggu persekolahan
berkenaan. ( Tertakluk kepada perubahan )
7.5. Semua guru mesti membawa Buku Rekod Mengajar setiap kali masuk ke kelas.
7.6. Sukatan mesti dihabiskan pada bulan Oktober bagi Tahun 1 hingga Tahun 5.
Tahun 6 sukatan dihabiskan pada bulan Julai.

8. JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap matapelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.

8.2 Dasar pengagihan matapelajaran mengikut keutamaan kepada opsyen dan


kepakaran guru.

8.3 Jumlah waktu maksimum guru ialah 36 waktu seminggu

9. GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK atau berkursus perlu merekod dan memaklumkan GB

dan PK1 / PKPetang atau Penyelaras Jadual Waktu serta mencatatkan pada papan
notis dan fail pergerakan staf.

9.2 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan
menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
9.3 Mencari pengganti terlebih dahulu.

9.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.

9.5 Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.


9.6 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkodkan oleh PK / PKPetang atau
Penyelaras Jadual Waktu.

10. WAKTU PERSEKOLAHAN


10.1 Sesi Pagi

Isnin – 7.20 pg. hingga 1.10 ptg.


Selasa hingga Khamis – 7.20 pg. hingga 12.40 ptg.
Jumaat – 7.20 pg. hingga 12.10 ptg.
10.2 Sesi Petang
Isnin - 1.15 ptg. hingga 6.35 ptg.
Selasa hingga Jumaat - 12.50 ptg hingga 6.10 ptg.

* Waktu berubah mengikut Akta / Pekeliling Ikhtisas semasa.

11. PENILAIAN DAN PEPEPERIKSAAN

11.1 Peperiksaan Pertengahan Penggal – 2 kali setahun


11.2 Peperiksaan penggal – 2 kali setahun
11.3 Dasar Peratusan Markah seperti format UPSR
11.4 Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GPA dan lulus dalam semua mata
pelajaran.
11.5 Format Peperiksaan
11.5.1 Ujian topical mengikut kesesuaian subjek.
11.5.2 Masa mengikut kertas sebenar Peperiksaan Awam
11.5.3 Format soalan mengikut kertas Peperiksaan Awam
11.5.4 Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar

11.6 Jadual Pengawasan


11.6.1 Ujian diadakan serentak selama 1 minggu bagi kelas Tahun 1 hingga 6

11.6.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.

11.6.3 Masa mengikut keperluan peperiksaan awam

11.7 Rekod Markah


Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer dan slip keputusan
ditandatangani oleh ibubapa.
11.8 Syarat Lulus
11.8.1 Tahun 1 – 3 mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang
telah ditetapkan.
11.8.2 Tahun 4 – 6 mengikut garis panduan Standard Peperiksaan Awam.
11.9 Jadual Spesifikasi Ujian
11.9.1 Semua penggubal soalan ujian atau peperiksaan penggal diminta
menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para
pelajar cemerlang.
11.9.2 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian
berikutnya.
11.9.3 Bagi soalan objektif – analisis item / SP Chart mesti disediakan setiap kali
selepas ujian atau peperiksaan.
11.9.4 Semua soalan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh
Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan Petang sebelum dicetak.
11.9.5 Soalan mesti siap dengan sempurna dan disimpan dalam bilik PK Pentadbiran /
PK Petang 3 hari sebelum ujian / peperiksaan dijalankan.
11.10 Post mortem Peperiksaan
11.10.1 Post mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan
peperiksaan UPSR dan peperiksaan dalaman dikeluarkan.
11.10.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.10.3 Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan
sewajarnya.
11.10.4 Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada PKHEM dan
Guru Kaunseling.
11.11 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
11.11.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS sama ada di peringkat
Tahap1 dan Tahap2 mengikut tempoh yang ditetapkan.
11.11.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan dokumen PBS dibawa
bersama untuk mengelak masalah disekolah baru murid berkenaan.

12 PEMANTAUAN
12.1 Pengajaran dan pembelajaran
12.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid dibilik darjah dicerap sekali atau dua
kali dalam setahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong Kanan. Jadual Induk
pencerapan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
dicerap.
12.1.4 Ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-
masing.

12.2 Pengurusan Panitia


12.2.1 Pengurusan Panitia diletakkan di bawah pengawasan Ketua Panitia
Matapelajaran berkenaan.
12.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.2.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di dalam bilik
Penolong Kanan Pentadbiran.
12.2.4 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi.
12.2.5 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort
tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
12.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.3 Peperiksaan dan Penilaian


12.3.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar
dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
12.3.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam
senarai tugas tahunan.
12.3.3 Prosidur dan aliran kerja peperiksaan dan penilaian di sekolah ini sentiasa
merujuk peraturan ISO

12.4 Bilik-bilik Khas


12.4.1 Semua bilik khas mesti diuruskan dengan sempurna oleh guru yang
dipertanggungjawabkan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
12.4.2 Penyeliaan Bilik Khas adalah seperti berikut;
Bilik Guru
Pusat Sumber Sekolah
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik / Setor PSV
Bilik Bimbingan Kaunseling
Makmal Sains
Bilik Sakit
Bilik Gerakan
Bilik Muzik
Surau
Bilik Pemulihan
Bilik Kemahiran Hidup
Bilik / Setor PJK
Bilik ETEMS
12.4.3 Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti
diwujudkan
12.4.4 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.

12.5 Jawatankuasa Pemantauan


12.5.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik.
Guru Besar
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang

12.6 Penyeliaan Buku Latihan Murid


12.6.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
12.6.2 Semua guru akan menyerahkan 20 buah buku mengikut senarai nama dari setiap
kelas yang diajar untuk semakan Ketua Panitia, Guru Besar dan Penolong Kanan.
12.6.3 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pentadbiran untuk di failkan.
12.6.4 Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran memastikan tindak susul dibuat
oleh Guru dan Panitia.

13 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


13.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
Sekolah.Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan
bantu mengajar kepada Guru Besar.
13.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
13.3 10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzabkan untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
13.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

14 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN


14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi matapelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
14.4 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
14.5 Waktu ketiadaan guru-guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari
maklumat atau menonton video yang telah dirakam oleh guru PSS.
14.6 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
14.7 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa bagi 2
bahasa.
14.8 Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.
14.9 Buku-buku rujukan percuma ( Naskah Guru ) hendaklah dijadikan aset panitia.

15 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat berdasarkan keperluan
panitia.
15.2 Dasar kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjangkan ke arah kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam
merancang dan melaksana program akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang releven untuk program akademik
panitia berkenaan.
15.5 Penglibatan HEM dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

16 PERKEMBANGAN STAF
16.1 Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada
Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus
menggunakan format minit curia.
16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan
budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran apabila dirasakan perlu
atau atas arahan penganjur kursus.
16.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk guru lain.

16.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


16.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT
guru.
16.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

16.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus


16.3.1 diperbanyak untuk keperluan guru lain.
16.3.2 disimpan untuk rujukan guru.

17 KAJIAN TINDAKAN
17.1 Semua Panitia matapelajaran diwajibkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
17.2 Kajian Tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
18 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P&P DAN PEPERIKSAAN
18.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan semasa menyediakan soalan
ujian / peperiksaan.
18.2 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat.
18.3 100 helai ke atas direzo – tempoh serahan 3 hari sebelum penggunaannya.
18.4 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak dan di pejabat sekolah.

19 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN


19.1 UPSR – Minimum C bagi semua Subjek
19.2 Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap subjek

20 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK


20.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah,
Negeri dan Kebangsaan mahupun antarabangsa.
20.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.

21 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


21.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan
pendidikan Negara.
21.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

You might also like