You are on page 1of 7

Jenis-Jenis Paip

1.Paip Besi Bergalvani(BG)


2.Paip Plastik PVC (Polyvinil Cloride)
3.Paip Plastik uPVC (Unplasticised Vinyl

Chloride)

4.Paip PE (Polythene)

5.Paip Keluli Tahan Karat (KTK)


BAB 7 : MEKANIKAL

KERJA PAIP

7.1 PENGENALAN

Sistem paip yang sering digunakan ialah sistem satu paip. Sistem ini menjimatkan kos
pembinaannya kerana semua paip agihan sama ada dari paip buangan (waste pipe) atau
paip najis (soil pipe) disambungkan terus kepada paip pengudaraan (vent pipe). Semua
kotoran dari pemasangan najis dan air buangan disalirkan ke paip najis tersebut dan
mengalir masuk ke sistem agihan bawah tanah. Semua perangkap air pada pemasangan
disambung kepada paip
pengudaraan. Sistem agihan terbahagi kepada sistem agihan secara terus ke sistem
agihan secara tak langsung.

7.2 JENIS – JENIS PAIP AGIHAN

Terdapat beberapa jenis paip induk lazimnya digunakan seperti berikut:-

i . Paip Buangan (Waste Pipe)


Terdiri daripada paip jenis plastik UPVC yang berdiameter 50mm hingga 80mm. Boleh
membawa keluar air dari sinki dan tempat mandi dari dalam bangunan ke parit konkrit
seterusnya ke longkang besar.

i i . Paip Najis (Soil Pipe)


Paip ini membawa keluar air dan najis dari tandas (WC) ke tangki
septik.Biasanya berdiameter 100mm dan terdiri daripada paip jenis
plastik UPVC

i i i . Paip pengudaraan(Vent Pipe)


Menghalang sedutan air berlaku di dalam perangkap udara dan juga
mengelakkan tekanan yang sama pada kedua-dua belah perangkap
udara. Selain itu, paip pengudaraan juga mengalirkan air dari atas
bumbung ke dalam lurang dengan melalui tiang. Manakala perangkap udara dipasangkan
untuk menahan sejumlah air untuk bertindak sebagai penyekat bau-bau busuk naik dari
paip buangan dan paip najis.Perangkap jenis P digunakan.
iv. Paip perkhidmatan/bekalan
Disambungkan dari pili penutup Pihak Berkuasa ke bangunan.
Penyukat air (meter) turut dipasang di sempadan bangunan untuk
mengukur serta merekod kuantiti air yang melalui paip. Air dibawa terus masuk ke tangki
simpanan air yang melalui paip perkhidmatan. Hanya paip ke sinki dapur dibekalkan terus
dari paip induk. Paip perkhidmatan merupakan paip HDPE yang berdiameter 44mm

7.2.1 KELEBIHAN-KELEBIHAN PAIP HDPE DAN PAIP UPVC

Paip jenis HDPE dan UPVC lazimnya digunakan pada bangunan kerana

mempunyai kelebihan seperti berikut:-

i. Ia ringan dan mudah diangkat dan mudah didapati.

ii. Ia tidak berkarat dan bersih daripada segala kekotoran yang melekat.

iii. Pemasangan dan penyambungan yang lebih mudah jika dibandingkan

dengan paip jenis besi.

iv. Tahan kepada hakisan air bawah tanah.

v. Tidak rapuh dan tidak mudah pecah serta tidak mudah retak jika terkena

beban atau bahan berkarat.

vi. Mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

vii. Kerja membaiki dan pemasangan semula mudah dilakukan

7.2.2 CARA-CARA MENGATASI MASALAH YANG TIMBUL

i . Apabila air buangan tidak mengalir tidak masuk ke dalam tangki septik dan berkumpul
di bahagian paip induk. Ini mungkin disebabkan oleh paip induk yang dipasang
mencondong ke bahagian bangunan. Untuk mengatasinya ialah memecahkan saluran
yang sedia ada dan membina semula saluran baru serta condongkan sekurang-
kurangnya 15o ke bahagian tangki septik.

ii. Air yang penuh tidak keluar dari paip keluar. Disebabkan oleh paip
induk yang dipasangkan lebih rendah daripada paip keluar. Oleh itu,
naikkan paip induk atau turunkan paip keluar dengan memecahkan
konkrit yang telah dibuat. Tanah bahagian paip keluar di dalamkan dan penyambungan
semula dijalankan. Kemudian licinkan permukaan paip keluar tadi untuk memastikan air
buangan boleh mengalir.

iii. Air buangan paip keluar yang tidak mengalir ke dalam saluran paip konkrit tetapi
tertumpu di bahagian saluran paip keluar. Masalah ini timbul mungkin disebabkan oleh
paip keluar yang membengkok di
sesuatu bahagiannya. Cara yang sesuai untuk mengatasinya ialah
mendalamkan lagi paras penempatan paip keluar dan parit konkrit di
mana korekan tanah di sekelilingnya dilakukan. Kemudian dipasangkan semula paip
keluar sebelum tanah ditimbus semula

7.7 SISTEM SALIRAN

Sistem saliran atau sistem kumbahan merupakan suatu sistem


yang paling penting bagi sesebuah bangunan. Pembuangan air
kotor dan air permukaan yang baik dari sesuatu bangunan sangat
penting bagi kesihatan awam.

Tanpa sistem yang sesuai, sisa buangan dari tandas, bilik air
dan ruang dapur tidak dapat dibuang serta dikeluarkan dari
bangunan berkenaan. Akhirnya sisa itu akan mengganggu kesihatan
penghuni, jiran serta persekitaran. Ia menjadi bau busuk,
pembiakan kuman pada lalat. Oleh itu, sisa berkenaan mestilah
disalurkan sebagai proses pembersihan

Jika saliran tidak kemas atau bocor, air yang akan


mencemarkan bekalan air dan udara. Akibatnya mengganggu
kesihatan penghuni bangunan, kesihatan penduduk sekitar,
mencemarkan punca air bersih (air tanah dan sebagainya). Air yang
terlepas juga akan memusnahkan tanah bawah tapak asas dan boleh
menyebabkan bahagian bangunan terhakis, runtuhan tebing tanah
dan sebagainya.

Fungsi utama paip saliran adalah untuk menyalurkan air


bersama kotoran dari kelengkapan sanitari dari tandas, bilik mandi
dan dapur untuk dihapuskan ke bentung kumbahan. Sistem saliran
ini juga berfungsi untuk menyalurkan air hujan dari bumbung dan
air dari lantai

7.8 TANGKI SIMPANAN AIR

Tangki simpanan air “ Water Storage Tank ” ialah tangki air di


bawah tekanan udarakasa ( udara atmosrapheric pressure ) dan
bertujuan untuk menyimpan air bagi kegunaan sesuatu bangunan.

Kebaikan memasang tangki simpanan air dalam sesebuah bangunan


adalah seperti berikut :

i) Ia menyimpan air dari paip induk. Oleh itu, bekalan terjamin


sekurang-kurangnya untuk satu hari (24 jam) jika paip induk rosak.

ii) Ia dapat mengatasi kehendak segera. Jika terdapat kebakaran


yang berlaku maka air dari tangki simpanan inilah yang akan
digunakan dan dipenuhi semula.

iii). Bekalan untuk tangki air panas dapat diperolehi dari tangki
simpanan. Ini mengurangkan keperluan injap keselamatan.

iv) Penggunaan tangki dapat mengurangkan tekanan dari paip induk


pada pemasangan paip. Ini mengelakkan kerosakan paip dan injap.
Pengurangan tekanan ini juga dapat menurunkan kadar bunyi bising
pada setiap batang paip

Keburukkan memasang tangki simpanan air pada tangki simpanan


adalah seperti berikut :-

i) Menambahkan kos kerana :

a. Perlu membuat tempat khas untuk meletakkan tangki.

b. Perlu mengadakan ruangan pemeriksaan kebersihan.

c. Memerlukan penyambungan paip yang sempurna.

ii) Kebisingan di bahagian atas tangki simpanan disebabkan oleh


udara yang berputar di bahagian atas tangki simpanan. Ia juga
bersambung terus dengan paip induk

7.9 TANGKI SEPTIK (SEPTIC TANK)

“Septic tank” merupakan sistem olah air buangan domestik


yang paling digemari untuk mengolah air buangan dari rumah-
rumah pengguna disebabkan oleh kos pembinaan yang rendah dan
keberkesanan olahan yang tinggi. Kebanyakkan tangki septik yang
dibina dahulu tidak mempunyai lapisan penapis. Ini mengakibatkan
air buangan yang tidak diolah sepenuhnya mengalir ke dalam
longkang atau ke dalam bumi.

Sistem tangki septik memerlukan rangkaian sesalur


pembentungan bawah tanah seperti tanah sistem pembentungan
kelompok. Jika direkabentuk dan dikendalikan secukupnya,
kumbahan yang dihasilkan daripada rekabentuk sistem tangki septik
lapisanpenapis dapat disalurkan ke dalam longkang atau sumber
air dengan selamat.
Di dalam tangki septik, terdapat segiempat bujur dibina di bawah paras bumi untuk menyimpan
air selama sekurang-kurangnya 24 jam. Biasanya tangki septik dibahagikan kepada dua kebuk.
Di dalam k e b u k p e r t a m a berlaku f e n o m e n a p e n g e n a p a n d a n p e n c e m a r a n
tak berudara enapcemar.

Kebanyakan enapcemar yang tidak dicerna dan disimpan di dalam


kebuk pertama. Kebuk kedua di gunakan juga untuk menyimpan
enapcemar. Pepejal terampai yang tidak mendap di dalam kebuk
pertama akan disalurkan ke dalam kebuk kedua untuk membolehkan
pengenapan seterusnya berlaku di dalam keadaan yang lebih
senang.

Isipadu kebuk pertama lazimya dua kali ganda saizpadu kebuk


kedua. Kedalaman tangki septik ialah di antara satu hingga dua
meter dan nisbah panjang lebar, lebih kurang 2 : 3 : 1.
Pencemaran tak berudara tidak dapat mereputkan enapcemar yang
terdapat di dalam tangki septik. Oleh itu, enapcemar yang tidak
dicernakan akan mendak dan terkumpul di dasar tangki. Enapcemar
ini perlu dibuang setiap tiga hingga enam tahun untuk menjamin
keberkesanan olahan. Kumbahan yang keluar dari tangki septik
masih memerlukan olahan kepekatan permintaan oksigen biokimia
yang masih tinggi

You might also like