P. 1
Taraf Kecergasan Murid Sekolah

Taraf Kecergasan Murid Sekolah

|Views: 231|Likes:
Published by Shazlipajak Pajak

More info:

Published by: Shazlipajak Pajak on Dec 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2011

pdf

text

original

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office Of Director General Of Educatian Malaysia

PARAS 7 BBLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Center Tel : 03-2586900

50604 KUALA LUMPUR

Fex: 03-2535150 KPPM/7 23 November 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, TARAF KECERGASAN MURID-MURID SEKOLAH Ahli-ahli sukan negeri kini telahpun membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa. Di samping itu, Negara telah mencipta nama sebagai penganjur yang berjaya dan berpotensi untuk mengelolakan banyak lagi acara diperingkat antarabangsa, sama ada di peringkai wilayah mahupun di peringkat dunia. Selarat dengan perkembangan tersebut, siaran ini dikeluarkan dengan tujuan menegaskan kepentingan menyediakan murid-murid untuk dapat menyertai dan memberi saingan dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Negara, terutamanya dalam bidang sukan. 2. Sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan murid seperti sukantara dan merentas desa hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur untuk menyemai dan menyuburkan semangat persaingan yang tinggi. Sekolah-sekolah juga hendaklah menentukan supaya semua murid dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti tersebut. 3. Sehubungan dengan iti, sekolah-sekolah adalah diperingatkan supaya mematuhi kehendak Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/1979, BIl.2/1988 dan Bil25/1998 yang menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dan waktu yang diperuntukkan baginya tidak boleh digunakan bagi mengajar mata pelajaran lain. Bagi sekolah menengah, Ujian Daya Tenaga Asas hendaklah juga dijalankan dua kali setahun. Sila maklumkan kandungan siaran ini kepada semua sekolah di negeri YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan Sekian. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATO DR.ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

s.k.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato’Haji Mohd Kalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan YB Datuk Dr.Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->