You are on page 1of 3

Kali ini suka ustazah nak berkongsi tajuk Solat Sunat Dhuha yg baru ustazah baca

melalui bebarapa hadis pada petang tadi..

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk
mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang
bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya
walaupun sebanyak buih di  lautan.

Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan
menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha
itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di


syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat ,
berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu
kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat
sunat dhuha dalam hidup kita seharian.

Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.  Waktu nya selepas
waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:


1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas
fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas
fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang tebaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat
kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.

Harapan ustazah semoga selepas ini ustazah dan pembaca semua akan mengamalkan
solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu
sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali
tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Wassalam

-ustazah azimah-

 Tags: hadis pilihan 


 Add Comment » No Comments

Tanda-tanda orang munafik..


Posted in Sirah nabi, akhlak, hadis pilihan, ibadat on 07/13/2009 11:47 pm by Ustazah Azimah

Assalamualaikum..wbt dan salam ukhwah

Bertemu kita lagi pada kali ini, dan ustazah suka nak kongsikan satu hadis Nabi saw yang
baru ustazah baca sebentar tadi yang bertajuk “Tanda-tanda orang munafik”.

Sabda Nabi saw diriwayatkan oleh Sahih Bukhari  yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a , katanya Nabi saw bersabda : ” Tanda-tanda orang munafik” itu
ada 3 iaitu :
1. Apabila berkata , dia dusta
2. Apabila berjanji , dia mungkir
3. Apabila diberi amanah , dia khianat

Adapun munafik itu ada 2 macam iaitu:


1. Munafik dalam iktikad bererti orang yang menunjukkan keislamannya, tapi pada
hakikat yang sebenarnya dia tidak percaya kepada Allah dan RasulNya, seperti Abdullah
b Ubai dan rakan2nya. Mereka termasuk dalam golongan kafir, bahkan lebih jahat. Dan
orang yang seperti ini dijanjikan Allah tempatnya di tingkatan paling bawah dalam
neraka. Na’uzubillah….

2. Munafik dalam amal, seperti yang tersebut didalam hadis di atas. Munafik seperti ini
tidaklah membawa kepada kekafiran tetapi amat merugikan diri dan merosakkan
pergaulan.

Semoga pembaca yang dirahmati Allah ,bersama2 ustazah akan selalu menjauhi sifat2
orang yang munafik seperti hadis di atas.

Wassalam..

-Ustazah azimah-

 Tags: hadis pilihan 


 Add Comment » No Comments

Secebis Kisah..
Posted in akhlak, hadis pilihan on 06/18/2009 10:46 pm by Ustazah Azimah

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan ustazah suka untuk membawakan kepada pembaca
setia blog ustazah tentang suatu kisah yang berlaku di zaman Nabi saw.
Certitanya begini…:

Ada seorang lelaki yang sedang  nazak . Dia mengungkapkan beberapa perkataan yang
sukar difahami oleh orang lain. Katanya ” Alangkah baiknya jika kalau semua ,
Alangkah baiknya kalau baru , dan Alangkah baiknya kalau banyak .” Sahabatnya
tidak memahami maksud kata-kata itu lantas bertanya Rasullullah saw. Maka baginda
pun bersabda :

Yang pertama , semasa sihatnya lelaki ini telah menyedekahkan separuh roti yang
dimakannya kepada pengemis yang datang ke rumahnya dengan ikhlas. Kerana separuh
roti itu , Allah tunjukkan kepadanya ganjaran yang bakal menunggu di syurga. Jadi dia
berkata “alangkah baiknya kalau semua.”

Yang kedua , lelaki ini berjalan di lorong dan bertemu dengan seorang tua yang
kesejukkan. Lantas dia memberikan bajunya yang lama kepada orangtua itu dengan
ikhlas. Allah telah menjanjikan padanya ganjaran yang baik di syurga kerana sedekah
itu. Kerana itulah dia berkata ” Alangkah baiknya kalau baru.”

Yang ketiga , satu hari lelaki itu pergi ke masjid, dalam perjalanannya, di hadapannya
adalah seorang lelaki tua yang lambat pergerakkannya. Lelaki ini tidak memintas
sebaliknya memimpin tangan lelaki tua itu sehingga ke masjid dan mengajaknya
bersembahyang. Malangnya lelaki tua itu seorang Yahudi. Lalu lelaki tua itu ke
rumahnya. Satu tangannya yang dipimpin kerana Allah, bakal mendapat ganjaran di
syurga. Sebab itulah, lelaki ini berkata “Alangkah baiknya jika banyak.”

Cerita ini ustazah baca dari sebuah buku dan ustazah kongsikan buat tatapan semua..
Selamat membaca…!

Wallahu’alam

- ustazah azimah -

You might also like