You are on page 1of 9

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

AA201 PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

NAMA NO.PENDAFTARAN
AHMAD NUUR FAKRULLAH BIN MOHAMAD PAJERI 02DEP10F1194

SYED MOHAMAD SAFWAN BIN SYED SALEH 02DEP10F1094

TG. AHMAD SHAHIRMAN BIN TG MARZUKI 02DEP10F1089

PROGRAM: DEP2C

TAJUK : WALIMATUL URUS ANTARA ADAT DAN PERKAHWINAN.

NAMA PENSYARAH: PN. WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH.


Pendahuluan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi
dengan izin Nya, kami telah melaksanakan tugasan subjek AA201 Pendidikan Agama Islam yang diberi
oleh ustazah kami iaitu Puan Wan Ruswani binti Wan Abdullah.

Tajuk tugasan yang diberi oleh Ustazah ialah Walimatul urus antara adat dan ibadat . Tajuk walimatur
urus ini lebih dikenali sebagai kenduri kahwin dalam kalangan masyarakat orang melayu. Oleh itu, Kami
telah membahagikan tugas kami masing-masing untuk menyiapkan tugasan ini dengan kemas dan teliti.
Sebelum kami membuat tugasan ini, Kami perlu mencari sumber tajuk ini dan kemudian membacanya
supaya bersesuaian dengan tajuk tugasan kami.

Terdapat banyak sumber-sumber kami perolehi di laman blog di internet dan kemudian kami rujuk
disitu. Di samping itu, kami memperolehi ilmu mengenai tajuk ini. Oleh yang demikian, dengan tugasan
yang kami siapkan ini , kami harapkan semoga Allah membuka hati ustazah untuk memberi markah
yang terbaik untuk tugasan ini. Amin.. Sekian terima kasih.
Walimatul urus antara adat dan ibadat.

Antara topik hangat dan relevan untuk dibincangkan dalam waktu cuti persekolahan atau cuti
semester ini adalah majlis perkahwinan. Di rumah , tersusun cantik kad utusan raja
seharisehingga boleh di buat pertandingan kad kahwin sapa yang paling cantik.

Tinggalkan seketika berkenaan kad kahwin, apa yang saya ingin ulas disini adalah berkenaan
majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan atau walimatul urus bermaksud kenduri bagi meraikan
atau merayakan kehadiran pengantin baru. Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah
sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu
mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing". (Muttafaqun
alaih)

Dalam dunia globalisasi sekarang, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat
yang menjadi pegangan kuat bagi orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan “biar mati
anak, jangan mati adat”. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului
kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu, kita dapat lihat adat masih
diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan.

Situasi seperti ini sering menjadi dilema bagi mereka yang berada dalam gerakan Islam. Antara
kehendak kedua ibu bapa samada sebelah suami atau isteri yang ingin mengekalkan adat atau
kehendak diri sendiri yang ingin membuang terus adat tersebut yang tiada berkaitan dengan
ibadah.

Perlu diingat usaha untuk menjernihkan antara agama dan adat, jauh lebih sukar dari yang
dijangka. Walaupun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asing dari Islam,
tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya
tajam berduri.
Antara adat dalam majlis perkahwinan yang bertentangan dengan syariat Islam khususnya
dalam persandingan :-

a) Menabur beras kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau
roh jahat, maka ia adalah syirik dan bercanggah dengan firman Allah :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon
pertolongan. ( al - Fatihah : 5 )

b) Membaca jampi mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera
dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik
seperti yang dijelaskan di atas.

c) Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan


yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari
Abdullah Ibn Mas'ud:

"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang
meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita
yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian
Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

d) Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang
ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti
kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

e) Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Islam mencela amalan boros:


"Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
f) Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh
Islam Firman Allah:" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2:
286)

g) Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasululullah SAW :
"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-
Hakim dan Baihaqi)

Agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumulliyah dan universal. Oleh itu, Islam
bukanlah agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab sahaja bahkan Islam adalah agama yang
relevan untuk semua bangsa di dunia ini. Justeru, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang
menghapuskan kebudayaan atau adat sesuatu bangsa jika bangsa tersebut memilih Islam
sebagai agamanya. Demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan
syarat:

1. Hendaklah disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan
kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan
mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik
pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Seterusnya bagaimana pula untuk menjadikan majlis perkahwinan sebagai ibadah :-

a) Menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit
tidak diperoleh melalui cara haram.

b) Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan
bertujuan berbangga-bangga dengannya.

c) Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada
percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain
yang tidak baik.

d) Elakkan daripada berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.Tetapi bagi orang


berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati
dengan anjuran Islam.
e) Menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai,
memupuk persefahaman dan perkenalan. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang
yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya)
diundang.” (Muslim)

f) Majlis perkahwinan dilakukan dengan ikhlas.

g) Tidak menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini akan
menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.

Di sepanjang memenuhi jemputan tuan rumah menghadiri kenduri yang diadakan, pancaindera
pasti tidak terlepas dari merasai perkara yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat islam
terutamanya di Malaysia : Nyanyian artis melalui CD atau DVD. Sesuatu yang mencacatkan
keberkatan majlis. Bila ditanya”Mengapa begitu?” Jawapan yang diberi “Sesekali jer seumur
hidup”. Jawapan yang tak sepatutnya. Namun begitu ada juga majlis kenduri yang berlangsung
penuh dengan kawalan hukum. Tahniah atas keprihatinan itu.

Setiap bangsa ada adat dan cara hidup masing-masing.Ada yang baik dan ada yang sebaliknya.
Pada kebiasaannya adat budaya sesuatu bangsa itu diwarisi dari generasi ke generasi atau
diambil dari bangsa lain. Adat ini dijaga dan dipelihara sebaiknya sehingga ada yang
mengganggapnya sebagai warisan bangsa atau kaum.

Realiti ini walaupun tidak dikira pelik pada kebanyakkan orang, tetapi kepada umat islam adalah
sesuatu yang sangat jelek dan pelik. Bahkan lebih dari itu lagi iaitu mungkar. Mengapa begitu?
Alasannya ialah Umat Islam agamanya Islam, Islam adalah cara hidupnya untuk selama-
lamanya, mengapa hendak turun dari ketinggian Islam itu ke tahap yang lebih rendah?

Penyakit meniru cara hidup orang kafir ini atau dipanggil membudayakan budaya kafir telah
membarah di dalam kehidupan orang-orang Islam sehingga merugikan Umat Islam itu sendiri.
Contoh yang dapat dilihat ialah dalam pelaksanaan majlis perkahwinan. Kenduri kahwin yang
disyariatkan Islam itu sudah bertukar wajah. Menukarkan yang haram kepada boleh
umpamanya percampuran lelaki dan perempuan yang tak sepatutnya dan penganjuran tarian
joget lambak. Ianya masih berlaku dalam masyarakat islam kini. Dengan keadaan ini
jadilah Majlis kahwin itu jauh dari hukum syarak.
Oleh itu di sini akan dinyatakan ciri-ciri majlis perkahwinan yang sepatutnya dilakukan oleh
orang islam sebagai peringatan dan bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W agar
majlis tersebut menjadi satu bentuk ibadat kepada Allah S.W.T dan sebab untuk mendapat
redha dan taufikNya.

Kenduri kahwin dianjurkan adalah untuk mewar-warkan kepada orang ramai bahawa seseorang


itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang
disekeliling tidak tahu.

Di dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W telah menyuruh kita mewar-warkan pernikahan yang telah
berlangsung, Berdasarkan beberapa hadis nabi S.A.W dapatlah disimpulkan bahawa mewar-
warkan pernikahan itu terjadi dengan tiga cara :

1) Kenduri : iaitu menjemput orang ramai makan makanan yang telah dimasak dan digulaikan.
Sebaik-baik kenduri adalah denga daging kambing. Sesungguhnya Nabi S.A.W  mengadakan
kenduri dengan tepung dan tamar ketika bernikah dengan Sofiyyah R.A. Begitu juga ketika
bernikah dengan Zainab binti Jahsi R.A, Baginda mengadakan kenduri dengan daging kambing.
Dalam peristiwa yang lain,  seorang sahabat memberitahu Nabi bahawa dia telah bernikah, lalu
Nabi pun menyuruhnya mengadakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.

2) Nyanyian : Disunatkan bernyanyi di dalam majlis kenduri…tetapi lagu yang bagaimana?


Lagu yang dibenarkan adalah seperti dalam bentuk syair atau senikata yang tidak ada unsur
lucah dan kurang sopan. Lagu itu pula tidak boleh dinyanyikan oleh artis-artis yang
profesionnya atau kerja utamanya  ialah menyanyikan lagu lagu yang tak sepatutnya seperti
lagu lucah di tempat-tempat lain. Begitu juga lagu yang dinyanyikan itu tidak boleh beriringan
dengan alatan muzik yang diharamkan seperti gitar dan biola. Sebaliknya alatan yang
dibolehkan adalah seperti tamborin.

3)Tamborin :Dengan memukul tamborin akan menarik perhatian orang lalu dengan
sendirinya berita pernikahan seseorang itu akan tersebar. Nabi S.A.W telah mengizinkan kita
memukul tamborin pada hari perkahwinan dan hari raya.

Hikmah mewar-warkan perkahwinan ialah :

1) Menyampaikan berita itu kepada masyarakat sekeliling agar tidak berlaku umpatan.

2) Menampakkan nikmat Allah S.W.T ke atas manusia dimana hubungan lelaki dan perempuan
yang pada asalnya adalah haram, telah dihalalkan. Begitu juga menjadikan hukum halal kahwin
dengan ibu bapa mertua pada asalnya, telah bertukar haram hanya kerana disebabkan ikatan
perkahwinan tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Islam bukan sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam melayari
arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang diwahyukan untuk
semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini.

Justeru itu, Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan
kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa
setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah
halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan
selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

selain itu, adalah menjadi kewajipan orang islam untuk mengembalikan hukum Islam yang mulia di
dalam majlis-majlis perkahwinan yang dianjurkan lalu menjadikan majlis perkahwinan yang islamik itu
tertegak tanpa ada unsur -unsur maksiat di dalamnya. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Namun
begitu Alhamdulillah dalam masyarakat kita terdapat banyak penyair dan ahli sastera yang mampu
menggubah syair yang menarik untuk didendangkan di dalam majlis kenduri kahwin.

Dalam masyarakat Islam yang lain ada juga orang yang menggubah kicauan lagu dan ada juga
yang menggubah nada yang berbagai bagai untuk dimainkan dengan tamborin dan
seumpamanya. Dengan ini tidaklah sukar untuk kita menyambut majlis perkahwinan yang
bertepatan dengan tuntutan syarak. Lalu bebaslah kita semua dari bala yang besar dan penyakit
masyarakat yang berbahaya yang telah menular di kebanyakkan negara Islam sehinggakan kita
dapat lihat ada di kalangan orang islam itu mengalahkan orang barat dalam mengadakan majlis
perkahwinan yang penuh dengan maksiat. majlis seperti ini biasanya diadakan di hotel-hotel
dan tempat-tempat hiburan.
Sumber rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam#Walimatulurus

http://temanpetunjuk.blogspot.com/2008/11/majlis-perkahwinan-antara-adat-dan.html

http://azharazizblog.blogspot.com/2009/05/antara-ibadah-dan-adat.html

http://www.mahyuddinwasoh.com/isu-semasa/kenduri-kahwin-antara-adat-dan-ibadat/

You might also like