You are on page 1of 12

Bismillahirrahmanirrahim [96:1].

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di


dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun;
Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri
Rasulullah s.a.w dan Fatimah binti Muhammad, puteri
kesayangan Baginda.” (Riwayat Bukhari)

ASIAH ISTERI FIRAUN

Latar Belakang Tokoh.

Nama :
 Siti Asiah binti Muzahim
 Isinofret
 Asit

Keturunan :
 Keluarga Imran

Zaman :
 Tamadun Mesir Kuno

Suami :
 Firaun Ramsis II
 Dilahirkan pada 1303 S.M.
 Firaun ketiga daripada dinasti yang ke-19
 Suka membina monumen (hasil kajian daripada Surah Al-Mu’min ayat
33)
 Mempunyai 8 isteri rasmi (3 orang daripadanya merupakan anak
perempuannya sendiri, seorang merupakan saudara perempuannya
sendiri)
 Mempunyai 198 orang anak
Perwatakan :

 Teguh keimanannya.

-Walaupun Asiah hidup dalam keadaan mewah dan tinggal bersama-


sama Firaun di dalam sebuah mahligai istana yang indah, tetapi
imannya tetap teguh dan Asiah tidak pernah ingkar akan perintah
Allah S.W.T.

 Kuat beribadah.

- Pada malam hari , Asiah selalu mengerjakan solat dan beribadah


kepada Allah S.W.T. Beliau juga sentiasa berdoa agar kehormatannya
tidak disentuh oleh orang kafir termasuklah suaminya , Firaun.

 Sanggup berkorban.

- Asiah sanggup mengorbankan dirinya dengan menerima pinangan


Firaun bagi menyelamatkan ibubapanya daripada terus diseksa oleh
Firaun.

 Penyayang.

- Disebabkan sifat kasih sayang yang mendalam dalam dirinya,


Asiah tertarik untuk mengambil dan memelihara Nabi Musa
sebagai anak angkatnya sehingga menginjak dewasa.

 Bijak

- Perwatakan ini jelas terlihat apabila Asiah tidak terus


menerima pinangan Firaun melainkan sekiranya Firaun
menepati syarat-syarat yang dikemukakannya.

 Lemah-lembut

- Allah juga memberikan Asiah hati yang lemah lembut. Kelembutan


hatinya dapat dilihat tatkala Firaun menghukum keluarga Masyitah
yang tidak mahu mengakui ketuhanannya. Ia adalah satu-satunya ahli
istana yang bercucuran air matanya ketika menyaksikan bagaimana
keluarga Masyitah dilemparkan ke dalam api, kerana keluarga itu
beriman kepada apa yang dibawa oleh Musa. Tanpa belas kasihan,
pengawal Firaun melemparkan satu persatu anak Masyitah ke dalam
api.
KISAH PERKAHWINAN ASIAH

 Pada suatu ketika dahulu, tersebutlah kisah di Mesir tentang


seorang gadis yang menjadi sebutan ramai pemuda yang hidup
sezaman dengannya kerana kejelitaannya serta keperibadiannya
yang mantap yang bernama Siti Asiah.

 Kisah kejelitaan Asiah akhirnya sampai ke corong telinga Firaun


yang merupakan raja terakhir kerajaan Mesir yang telah ditabalkan
pada usia 24 tahun. Firaun juga dipercayai merupakan raja
tamadun Mesir kuno yang paling lama hidup dan memerintah.

 Firaun berkeinginan bagi menjadikan Asiah sebagai salah seorang


isterinya. Lalu, Firaun menghantar salah seorang menterinya yang
bernama Haman untuk merisik Asiah melalui ibubapanya.

 Setelah Haman menyampaikan hasrat Firaun kepada Asiah


menerusi ibu bapanya, Asiah menolak lamaran tersebut kerana
Asiah berpendapat bahawasanya Firaun merupakan seorang raja
yang ingkar kepada Allah S.W.T. dan tidak berperikemanusiaan.

 Haman berasa marah apabila lamaran Firaun ditolak oleh Asiah


lalu menghina serta mencaci kedua-dua ibu bapa Asiah. Kemudian,
Haman pun pulang kepada Firaun lalu mengkhabarkan Firaun akan
berita tersebut.

 Firaun berasa marah lalu mengarahkan ibu bapa Asiah ditangkap


lalu dipenjarakan dan diseksa.

 Setelah ibubapanya diseksa, Asiah pula ditangkap dengan


menggunakan kekerasan lalu dibawa ke istana untuk bersemuka
dengan Firaun.

 Di hadapan Firaun, Asiah dipertemukan dengan kedua-dua ibu


bapanya yang telah dipenjarakan lalu Firaun memberi kata dua
kepada Asiah.

 Asiah dipaksa untuk memilih sama ada beliau berkahwin dengan


Firaun dan ibu bapanya dibebaskan daripada cengkaman seksaan
Firaun atau pun menolak lamaran Firaun dan ibu bapanya akan
dibakar hidup-hidup di hadapan mata Asiah sendiri.

 Dengan rasa terpaksa, Asiah menerima pinangan Firaun, namun


dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh
Firaun sekiranya Firaun benar-benar ingin berkahwin dengannya.
Syarat-syarat tersebut ialah :-

1. Firaun harus membebaskan kedua-dua ibu bapanya


2. Firaun harus membebaskan rumah yang lengkap dan indah dengan
perkakas
3. Ibubapa Asiah harus dijamin kesihatannya berserta makan dan
minumnya.
4. Asiah bersedia menjadi isteri Firaun dan hadir dalam acara-acara
tertentu, namun tidak mahu tidur dengan Firaun.

 Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipenuhi oleh


Firaun, Asiah lebih rela memilih untuk mati dibunuh oleh Firaun
bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapanya.

 Selepas itu, Firaun pun bersetuju untuk berkahwin dengan Asiah dan
mereka pun tinggal bersama-sama di istana yang indah. Asiah sentiasa
memberikan yang terbaik buat suaminya, Firaun sehingga
menyebabkan dirinya begitu disayangi oleh Firaun. Hal ini terbukti
apabila Firaun sanggup membina sebuah mahligai yang indah buat
Asiah.

 Walaubagaimanapun, keteguhan iman Asiah tidak tergugat dengan


kemewahan hidup di istana Firaun. Beliau tetap tidak pernah ingkar
pada perintah agama dan terus taat dalam beribadah kepada Allah
S.W.T.

 Asiah tetap merahsiakan status keimanannya kepada Allah S.W.T


daripada Firaun sehingga suatu ketika.

 Asiah berdoa kepada Allah S.W.T agar Allah menyelamatkannya serta


menjaga kehormatannya daripada Firaun. Lalu, Allah pun
menjelmakan iblis kepada rupa Asiah untuk tidur bersama-sama
Firaun.
KISAH ASIAH DAN NABI MUSA

Suatu ketika Firaun didatangi oleh seorang peramal. Peramal itu


mengatakan bahawa kelak dia akan dibunuh oleh seorang lelaki dari Bani
Israel. Menurut sang peramal, pembunuh itu kini usianya masih bayi.

Mendengar hal itu Firaun terus memerintahkan bala tenteranya untuk


membunuh seluruh bayi lelaki Bani Israel. Sebelum bayi itu membesar lalu
membunuh dirinya, lebih baik bayi itu dibunuh terlebih dahulu.

Dengan begitu selamatlah dirinya daripada pembunuhan itu. Begitulah


jalan fikiran Firaun. Maka tanpa ragu-ragu lagi, semua bayi lelaki Bani Israel
terbunuh. Bahkan ibu yang sedang hamil pun ditunggui oleh tentera Fira’un.
Jika ia melahirkan seorang bayi lelaki, tentara itu akan terus
membunuhnya.

Namun kehendak Allah berbeza dengan kemahuan manusia. Dalam


peristiwa ini ternyata Allah mempunyai perancangan tersendiri. Allah
menyelamatkan salah satu bayi dari keturunan Bani Israel melalui tangan
isteri Firaun sendiri, iaitu Asiah.

KISAH ASIAH : PENYELAMAT NABI MUSA

Kisah yang dinaratifkan berikut ini merupakan kisah bagaimana Asiah


bertemu dengan Nabi Musa a.s. yang hanyut di Sungai Nil yang kemudian
diambil menjadi anak angkatnya.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-
dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian
sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang
dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di


tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu
dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi
kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila
penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua


bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan
menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia
bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal
yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita
jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya
sudah sayang kepadanya.

' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti,"
Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada
kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya


sehingga dewasa di istana Firaun.

KISAH NABI MUSA DI ISTANA FIRAUN

Pernah suatu hari bayi tersebut digendong Firaun. Tiba-tiba sang bayi
mencabut janggutnya. Betapa marah Firaun ketika itu kerana kesakitan.
Lalu, ia memerintahkan pengawalnya untuk membunuh bayi tersebut.
Namun sebelum niat itu dilaksanakan, Asiah sekali lagi tampil membelanya.

Ia mengatakan kepada Firaun bahawa bayi itu tidak boleh dibunuh


kerana masih belum mengerti. Sebagai bukti, Asiah meminta kepada
pengawal Firaun untuk menyediakan roti dan arang api. Kemudian bayi itu
disuruh memilih diantara keduanya.Ternyata bayi Musa memilih arang.
Melihat hal itu, Firaun akhirnya akur dan menerima nasihat isterinya itu.

NABI MUSA SETELAH DI ASUH OLEH ASIAH

Selama di bawah asuhan Asiah, Musa mendapatkan kasih sayang


sepenuhnya seperti ibunya sendiri. Musa membesar menjadi seorang
pemuda yang cerdas dan gagah. Kecintaan Asiah kepada Musa sungguh
sangat besar. Ia tidak rela orang lain menyakitinya. Pembelaannya kepada
Musa tidak semasa  masih kecil saja, bahkan ia lakukannya sehingga ke akhir
hayatnya.

Suatu kali, betapa gelisah hatinya ketika mendengar Musa telah


membunuh seorang lelaki pengikut Firaun.

Asiah menyuruh Musa agar meninggalkan ibu kota untuk menyelamatkan


diri dari Firaun dan orang-orangnya.

Seiring perjalanan waktu, Musa tumbuh kian dewasa dan pengikutnya


juga makin banyak. Maka Musa pun kian berani menentang Firaun.
Suatu hari Musa kembali ke ibu kota, bukan kembali pulang ke pangkuan
ayah tirinya yang kejam itu, melainkan ia datang untuk memberi peringatan
kepada Firaun dan pengikutnya.

Mendengar keberanian Musa itu, Asiah merasa khuatir akan 


keadaannya. Ia amat mengetahui watak kejam suaminya itu. Siapapun
berani menentangnya, akan ditumpas habis-habisan.

Tidak ada yang boleh mencegah tindakan kejam suaminya itu,


termasuk Asiah, isterinya sendiri. Tiada jalan lain, wanita solehah ini
kemudiannya berdoa kepada Allah untuk kemenangan Musa. Begitulah jika
Allah berkehendak.

Ternyata Firaun yang zalim itu mendapat pertentangan dari isterinya


sendiri, kerana kezalimannya. Pertentangan itu semakin hebat tatkala
Firaun mendakwakan dirinya sebagai Tuhan yang harus disembah oleh
seluruh rakyatnya. Asiah sedikitpun tidak mengakui ketuhanan Firaun.

Ia rela menerima seksaan dan tekanan daripada mengakui suaminya


sebagai tuhan. Asiahlah satu-satunya keluarga istana yang tidak mahu patuh
dan tunduk dengan dakwaan Firaun itu. walhal seluruh keluarga istana
menjadi pengikut Firaun kerana takut dibunuh.

KISAH KEMATIAN ASIAH

Sebab kematian Asiah :

1) Asiah akhirnya mengisytiharkan keimanannya


kepada Allah S.W.T di hadapan suaminya Firaun.
(Selama ini perkara tersebut dirahsiakan)
2) Asiah berasa marah dan tidak bersetuju dengan
tindakan Firaun yang membunuh Masyitah berserta
dengan ahli keluarganya yang lain.

3) Asiah berani mengaku beriman kepada Allah S.W.T


apabila Nabi Musa a.s. telah mula berdakwah dan
membawa ajaran Allah pada ketika itu.

CARA KEMATIAN ASIAH

Terdapat beberapa versi cara kematian Asiah yang terdapat dalam kajian-
kajian yang dilakukan :-

1) Asiah di penjarakan dan diseksa dengan tidak diberi makanan serta


minuman sehingga akhirnya Asiah menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
2) Asiah dipancung di khalayak ramai.

3) Firaun segera memerintahkan para pengawal untuk mengikatnya


pada empat tiang kebun istana, kemudian para pengawal mengambil
cemeti dan mendera tubuh Asiah dengan cemeti tersebut.
Sementara Firaun memerintahkan untuk memperhebat siksaan itu. Tak
sepatah katapun keluar dari mulut Asiah selain munajat kepada Allah swt
yang diabadikan dalam al-Quran:-

"Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam


surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan
selamatkanlah aku dari kaum yang zalim". (QS. 66:11).

Setelah itu Asiah pun pergi menuju Tuhannya sebagai wanita syahidah di
empat tiang.•Ayat al-Quran ini dikuatkan lagi dengan sepotong hadis yang
berbunyi :-

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. telah berkata: 


“Firaun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiah) dalam
keadaan terikat. Maka ketika mereka (Firaun dan pengikutnya)
meninggalkan Asiah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya
Rabb, bangunkan sebuah rumah baginya di sisimu dalam syurga.
Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di
syurga sebelum meninggal"

Akhirnya Asiah meninggal dalam keadaan tersenyum akibat seksaan


pengikut Firaun.

SETELAH KEMATIAN ASIAH

 Firaun dengan rasa bongkaknya mengarahkan agar nama Asiah dan


semua catatan yang merujuk kepada bekas permaisurinya itu
dipadamkan daripada lipatan sejarah.
 Walau bagaimanapun, dengan kuasa Allah S.W.T , kisah teladan Asiah
isteri Firaun ini masih sampai kepada umat Nabi Muhammad zaman
kini kerana kisah mulia ini telah pun diabadikan di dalam Al-Quran.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN

Asiah termasuk antara manusia yang namanya terukir di dalam Al-Quran.


Allah memberikan penghormatan kepadanya kerana ketaqwaan dan
ketaatannya sebagai hamba. Allah menjadikannya sebagai contoh dalam
kalangan kaum hawa yang tetap tegas dalam keyakinan tauhid walaupun
berada di tengah-tengah lingkungan manusia yang penuh dengan dosa dan
kemusyrikan.

Allah juga menjadikannya sebagai contoh bagi isteri yang sabar. Isteri
penyabar mampu memberikan jasa yang sangat besar dalam memelihara
keutuhan rumah tangga, kebahagiaan suami dan kegembiraan anak-
anaknya. Isteri seperti itu tidak akan mudah menceritakan kesulitan dan
berbagai permasalahan yang akan menyedihkan dan mencemaskan
suaminya.

Walaupun sebenarnya ia menyimpan kepahitan dalam hatinya. Semua


kesulitan akan dihadapinya dengan penuh ketabahan dan sikap pasrah
kepada Allah.

Asiah termasuk antara manusia yang tidak mudah terpesona dan


terpedaya dengan kehidupan duniawi. Meskipun ia hidup dalam Istana yang
cukup mewah, Asiah tidak tertarik dengan segala kemewahan yang ada di
dalamnya. Ia tidak mahu memanfaatkan kesempatan sebagai seorang isteri
raja untuk bersenang-senang dan berfoya-foya. Malah ia memandang rendah
segala kemewahan dunia yang ada padanya dan meminta agar diselamatkan
daripada Firaun demi menggapai kehidupan akhirat.

Sikap yang meremehkan kehidupan duniawi itu sudah menjadi sikap


hidupnya. Padahal jika mahu, ia tinggal berkata kepada para abdinya untuk
mendapatkan apa yang diinginkan. Tapi hal itu tidak ia lakukan. Ia
menyedari bahawa apa yang ada di istananya itu hanya keindahan dan
kemewahan yang fana.

Baginya, kemuliaan yang hakiki dan kehormatan yang mutlak hanya


ada pada Allah S.W.T. Ia meyakini bahawa dunia beserta kenikmatannya
akan lenyap, sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal, damai abadi
selamanya. Maka wanita mulia ini lebih memilih hal yang kekal daripada
yang fana.

Inilah kemuliaan seorang wanita yang bernama Siti Asiah binti


Muzahim, Sang Ratu Syahadah ; Pemegang Mahkota Terpuji!
Ratu Syahadah

Album : Damba Kasih


Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani


Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati


Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan


Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan


Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana


Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)


Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

FOLIO SIRAH TINGKATAN 5 2010

ASIAH ISTERI FIRAUN


“PEMEGANG MAHKOTA TERPUJI”

NAMA GURU PENTAKSIR :


USTAZAH NORHIDAYATI BINTI ZULKAFLI

NAMA AHLI KUMPULAN :


AFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN
ILI SYAZWANI BINTI SHAIRI
NUR LIYANA BINTI ZAKARIA

5 ILTIZAM
SEKOLAH MENENGAH ISLAM
HIDAYAH, JOHOR BAHRU
MEI 2010

You might also like