You are on page 1of 19

1.

Pengenalan - Takrifan Banjir

Dari segi bahasa, banjir didefinisikan sebagai limpahan air dari tebing-tebing
sistem saliran di mana ianya boleh mendatangkan kerugian kepada manusia
termasuklah harta benda dan juga nyawa. Banjir berlaku akibat daripada sistem
saliran dan pembentungan yang tidak berupaya untuk menampung jumlah isipadu
air hujan yang berlebihan dan mengambil masa yang panjang untuk berhenti.
( Khirun Nissah binti Khiyon ,2008)

Ven Te Chow yang menakrifkan banjir sebagai,

“A flood is relatively high flow which overtakes he natural channel provided for
the runoff”.
(Khirun Nissah binti Khiyon ,2008)

Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan


bencana alam ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan
kerosakan harta benda.( Masalah banjir di George Town Pulau Pinang sekitar
Jalan P.Ramlee).

Di Malaysia, banjir boleh dikelaskan mengikut tempoh dan keamatan hujan yang
turun serta kerosakan yang diakibatkan oleh banjir tersebut. Di antaranya ialah
Banjir Kilat, Banjir Kawasan dan Banjir Empangan.

Banjir Kilat biasanya berlaku apabila hujan yang turun dengan keamatan yang
besar dalam tempoh yang singkat di sesebuah kawasan terutamanya di kawasan
bandar. Banjir kawasan adalah lebih serius berbanding banjir kilat kerana ianya
meliputi satu kawasan yang lebih luas dan mengambil masa yang lebih panjang
untuk surut. Banjir kawasan biasanya mengakibatkan kemusnahan yang teruk,
kerugian harta benda dan kadangkala boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Banjir Empangan jarang sekali berlaku di negara kita kerana kesemua
empangan yang direkabentuk telah mengambil kira faktor air lebihan. Kemusnahan
akibat banjir empangan adalah yang paling buruk kerana biasanya struktur
empangan dibina di kawasan hulu (upstream) dan apabila struktur ini mengalami
kegagalan, semua kawasan di bahagian hilir (downstream) akan menerima
kesannya.(Khirun Nissah binti Khiyon ,2008)

Setiap tahun negara kita Malaysia, terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur


Semenanjung Malaysia tidak pernah terlepas daripada masalah banjir.
Walaubagaimanapun , baru-baru ini terdapat sesetengah Pantai Barat Utara
Semenanjung Malaysia - Kedah dan Perlis juga terlibat dalam bencana banjir.

Negeri Kedah dan Perlis telah mengalami banjir yang disifatkan sebagai yang
terburuk sejak tahun 2005. 4 November 2010, Paras air sungai yang terdapat di
keempat-empat daerah telah melepasi paras bahaya .Lebih 28,000 orang di negeri
Kedah , Alor Setar dipindahkan ke pusat penempatan banjir kerana banjir
meningkat ekoran keadaan yang semakin buruk di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok
Sena dan Pendang. Beberapa jalan dan Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra dan
Changlun). terpaksa ditutup akibat banjir ini.

Begitu juga di Perlis, bandar Kangar paras banjir terus meningkat walaupun
hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi 1 November 2010 dan
cuaca semakin panas. Mengikut Pengarah Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Perlis, seramai 4,536 mangsa penduduk seluruh negeri telah
dipindahkan ke 35 pusat pemindahan. Akibat banjir di bandar ini ,kegiatan
perniagaan telah lumpuh selama empat hari .

Di negeri-negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan, hujan lebat dua hari


berturut-turut( 30 October dan 1 November 2010) menyebabkan air Sungai Golok
mula melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah sejak malam tadi
menyebabkan seramai 297 penduduk yang tinggal di sekitar Rantau Panjang
dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Manakala di luar negara pula, bencana banjir baru-baru ini di Asia Barat
berlaku banyak di Pakistan. Banjir terburuk yang pernah terjadi di Pakistan barat
laut sejauh ini telah menimpa lebih dari tiga juta orang, sebanyak 1400 orang telah
terkorban akibat banjir dasyat ini.

2. FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku


banjir adalah:-

I. Hujan yang berterusan.


Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir
berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.
Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawasan tanah rendah dipenuhi air.

II. Proses pembandaran.

Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar


berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi
tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan
yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan
pembinaan infrastruktur.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Di


negara membangun seperti Malaysia, proses perbandaran berlaku dengan sangat
cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran (Ikhwan 2000).
Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari
kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan
tersebut telah ditimbus dengan permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar,
konkrit dan sebagainya (Ikhwan 2000). Apabila hujan turun, air akan mengambil
masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu
air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi
cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang
sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir
kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.

III. Hakisan tanah

Hakisan tanah berlaku apabila permukaan tanah terutamanya lapisan atas


tanah yang dilitupi oleh bahan organik dan butiran halus sentiasa ditiup oleh angin
dan dialirkan oleh air hujan.

Pokok –pokok di hutan ditebang dan kawasan baru diterokai untuk pertanian,
pembalakan dan pembangunan menyebabkan tanah terdedah oleh angin dan
hujan .Kaedah pertanian yang tidak baik melalui penggunaan baja kimia tahun demi
tahun menyebabkan tanah menjadi kering dan berpasir. Kawasan padang rumput
yang diragut secara berlebihan oleh haiwan ternakan seperti lembu menyebabkan
tanah menjadi keras dan rumput menjadi haus. (Gan Wan Yeat dan Choong Choe
Hin , 2005).

Di Malaysia, banyak kawasan hutan yang musnah akibat pembinaaan jalan


dan pembinaan tempat simpanan balak (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,
1994). Di kawasan cerun, keadaan ini menjadi teruk apabila cerun mula mengalami
hakisan.

Hujan lebat yang turun untuk jangka masa yang panjang pada lereng bukit
menyebabkan luncuran lumpur dan batu . Hujan menyerap ke dalam tanah kering
terutama bila tumbuhan telah mati atau dibakar. Air akan mengalir melalui butiran
tanah yang halus dan bertindak sebagai pelincir. Bila tanah menjadi tepu, ia boleh
pecah dan bebas daripada tanah padat atau batu dibawanya dan akan
menggelungsur menuruni bukit. Bongkah dan batu yang tertanam dalam tanah juga
tergelincir menuruni bukit bila tanah yang menampung dihakis daripada dasar batu.
Luncuran lumpur akan dibawa oleh air larian ke sungai. Ia menyebabkan sungai
menjadi semakin cetek kerana berlakunya pemendapan di dasar sungai. Bahan
pemendapan menjadi aluvium sungai. Sungai dan tasik cetek yang penuh dengan
mendapan pasir dan tanah akhirnya berlakunya banjir.

Di Malaysia , kegiatan pembalakan yang menyebabkan hakisan tanah di hutan


Perak menjadi punca berlakunya banjir lumpur berhampiran kawasan
perkampungan orang asli Pos Dipang, Perak pada 29 Ogos 1996 yang
mengakibatkan 39 orang mati dan 5 orang hilang.( Abdul Hamid Abdullah dan Keng
Su Seng , 2007).

IV. hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu
hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik
manusia.Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan
mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah
tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai.

Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga Perubahan guna tanah
secara besar-besaran ini mempengaruhi pengangkutan kebanyakan endapan dalam
kebanyakan kes melalui pelunjuran tanah rang dan perubahan laluan luahan air. Di
Kuala Lumpur, cawangan Sungai Klang dianggarkan mengangkut beban ampaian
sekitar 250- 550 m3/km2/tahun (Low dan Balamurugan 1991). Amalan aktiviti
manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-
sisa industri ke dalam sungai boleh membantu sungai menjadi cetek dan pengaliran
air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat
hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air
hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini
banjir akan berlaku. Endapan yang banyak ini boleh menyebabkan saluran-saluran
laluan air tersekat dan boleh menjadi punca banjir .

V. Hutan tadahan

Rajah 2.1 : Kitaran Hidrologi

Kitaran hidrologi bermula dari sinaran matahari yang menyebabkan


berlakunya proses penyejatan (laut, tasik dan sungai) dan proses sejat peluhan
(pokok dan tanaman) secara semulajadi. Air yang tersejat akan bertukar menjadi
wap air. Apabila wap air ini naik ke udara, berlaku proses kondensasi dan wap-wap
air ini akan membentuk awan. Awan ini akan dibawa oleh angin ke daratan dan
seterusnya mencair dan terjadi pelbagai bentuk kerpasan (hujan, salji dan embun)
bergantung kepada kawasan setempat. Sebahagian daripada hujan akan mengalir
dalam bentuk air larian permukaan (memasuki tasik, sungai dan laut),
sebahagiannya menyejat semula dan sebahagiannya pula akan menyusup ke dalam
tanah dan membentuk air bumi. Proses ini berlaku berterusan dan berulang-ulang.

Kitaran ini berterusan dengan adanya hutan.


Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis
tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai
pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan
mampu menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar hingga 28
peratus. serasah daun di lantai hutan bertindak sebagai kusyen yang dapat
menyerap titisan air hujan dan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Hutan
mengalakkan penyusupan air. Penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan
daripada digenanangi air. Kewujudan humus memperbaiki tekstur membantu
penyusupan (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994). Jadi , sebahagian
sahaja hujan sampai ke lantai hutan. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan
dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran
air secara semula jadi.

Hutan dipterokarpa di Malaysia telah banyak diterbang tetapi Cuma pokok-


pokok besar yang diterbang. Kebanyakan pokok kecil dan pokok lain yang tidak
ditebang dibawanya musnah akibat pokok besar yang tumbang. Walaupun ia akan
tumbuh spesies tumbuhan yang baru tetapi dalam kadar yang lambat. Kebanyakan
masa akan dibiarkan begitu sahaja (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994).
Pemusnahan hutan menyebabkan kadar aliran hujan bertambah. Kurangnya air
hujan yang terpintas dan tersejat. H u j a n terus turun k e bumi tanpa
diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir
dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan
dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku
mengakibatkan banjir.

VI. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan


sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Menurut Wan
Ruslan (1994), saluran di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur umpamanya dibina
dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir. Kesan daripada peningkatan
ciri-ciri saluran Bandar ini menyebabkan isipadu aliran yang banyak diluahkan
daripada kawasan Bandar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku .
3.KESAN-KESAN BANJIR

Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir


kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung( direct damages ), kerosakan
tidak langsung ( indirect damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible
damages ) (ESCAP, 1991). Manakala Marvin (1969) pula mengatakan bahawa
kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan
ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara ( intangible damages ).
Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan
kerosakan tidak langsung.

Rajah: Kategori - kategori kerosakan banjir 


(Sumber : ESCAP, Manual and Guidelines for Comprehensive Flood Loss
Prevention and   Management, United Nations Development Programme, January
1991.)

Kerosakan langsung ialah Kerosakan dan kemusnahan secara langsung bagi


harta benda . Antaranya adalah kerosakan peralatan (termasuk perabot, kenderaan
bermotor , mesin dan barang – barang dagangan), Kerosakan kemudahan awam
seperti kerosakan jalan raya, jambatan , hasil ternakan dimusnahkan serta
kemusnahan tanaman dan kerosakan hasil tanaman . manakala kerosakan dan
kemusnahan secara tidak langsung adalah penambahan kos disebabkan oleh banjir.
Antaranya adalah kos tambahan bagi mangsa banjir , gaji bagi pekerja ( polis ,
kesihatan) , Sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelabur yang
melaburkan wang mereka di kawasan yang mengalami banjir sama ada dalam
bidang pertanian atau perniagaan. (Mohamad Iqbal bin Badli, 2009)

kerosakan tidak ketara (tidak nyata) pula merangkumi kerosakan dan


kemusnahan alam sekitar dan gangguan emosi yang dialami akibat banjir yang
berlaku. kemusnahan dan kerosakan ini sukar dianggarkan dalam bentuk wang,
tetapi kemusnahan dan kerosakan ini merupakan kemusnahan dan kerosakan yang
sebenar dialami oleh penduduk di kawasan yang terlibat dengan masalah banjir
yang berlaku. (Mohamad Iqbal bin Badli, 2009)

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan.
Antara impak banjir ialah pencemaran, Kemusnahan Tanam-tanaman, Kemusnahan
harta benda, penyakit, kematian , dan kerugian Kerajaan.

I. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian
menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah
getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan
merugikan para petani. Ternakan terbunuh kerana mati kebuluran dan mendapat
penyakit akibat terperangkap dalam banjir.

II. Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta
menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang
elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

III. Pencemaran
Banjir akan membawa tanah , kelodak , unsur-unsur Kimia seperti pestisida,
dan unsur-unsur dengan bahan dasar minyak . Kesemua ini akan menyebabkan
pencemaran sumber air. Kehadiran bahan kimia di dalam air bukan sahaja
membunuh hidupan liar, bahkan ia juga boleh mengakibatkan mutasi atau
perubahan sifat-sifat ganjil pada haiwan , tumbuhan dan manusia.

IV. Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Setelah
banjir, takungan najis keluar bersama-sama limpahan air,longkang-longkang
mengeluarkan sampah. sistem pengairan yang tercemar. Najis dan sampah ini
bertaburan di merata-rata tempat sehingga tersebarnya pelbagai jenis penyakit
kerana bakteria biasa tersebar melalui air yang digunakan masyarakat, baik air
PAM mahupun air sumur yang telah tercemar oleh air banjir. Air banjir membawa
banyak bakteria, virus, parasit dan bibit .

Penyakit yang biasa dijangkiti selepas banjir :

1. Penyakit Diare
Diare mempunyai masa pertumbuhan antara 1 - 7 hari. Orang yang terjangkit
penyakit ini harus mendapatkan perawatan khusus kerana apabila dibiarkan terlalu
lama bisa terancam, khususnya pada orang tua dan anak-anak akan menyebabkan
kematian. (Yayasan IDEP)

2 Penyakit yang disebarkan oleh nyamuk

Banjir biasa meningkatkan dengan pembiakan nyamuk secara luas. penyakit


yang dibawa oleh serangga ini termasuk Demam Berdarah, Malaria, dan
sebagainya. (Yayasan IDEP)

V. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan


yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Banjir besar yang berlaku di Pakistan
Ogos 2010 yang lalu telah mengakibatkan sebanyak 1500 orang yang kehilangan
nyawa. 7 Ogos 2010, di Kashmir India, banjir telah mengorbankan sekurang-
kurangnya lebih dari 100 orang .

VI. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan,


telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan
ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai
kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti
makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan
sementara mangsa banjir. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) Malaysia,
Kejadian banjir pada tahun 2006 dan 2007, negara telah mengalami kejadian banjir
yang teruk yang menyebabkan kerugian masing-masing mencecah RM1.1 bilion
danRM776 juta hanya bagi aset-aset kerajaan di negeri-negeri yang terlibat.

.
4. Langkah Langkah Mengatasi Banjir

I. Mempertingkat Sistem saliran dan perparitan yang berkesan

Meningkatkan kualiti dan membaik pulih sistem saliran dan perparitan


yang melibatkan sungai-sungai utama, parit-parit utama dan longkang yang sedia
ada perlu dijaga supaya keupayaan sungai boleh mengambil dan menampung air
dapat ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa.

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan


hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat
dialirkan dengan baik.

II. Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan


Projek-projek untuk membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang sedia
ada memang penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual
mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir. Pihak
kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk
mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan
pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan
kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pengawalan banjir.

III. Projek pendalaman sungai dan pembinaan benteng

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu


sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,
kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan
pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah
dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur
dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan
sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Selain itu, Projek Pembinaan benteng dapat mengehadkan ancaman banjir


sungai. Benteng dapat menghalang air daripada melimpah keluar semasa kapasiti
air larian berada pada kemuncaknya.

IV. Mempercepat perlaksanaan projek mencegah banjir

Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu Sistem Elektronik Amaran Banjir
( SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen
merakam paras air sungai . Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap bahaya
sungai dan menyebarkan maklumat amaran banjir kepada pemilik bangunan di
sekitar pusat bandar yang sering dilanda banjir.

Dengan sistem pemantauan dan amaran ini, penghuni di kawasan terbabit


dapat mengambil tindakan lebih awal dan menyelamatkan harta benda alih seperti
kereta dan barangan lain, di samping mengambil langkah perlu untuk berpindah ke
tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.
Tindakan juga sedang diambil untuk memperluaskan CCTV bagi liputan
memantau paras air sungai di pusat Bandar ketika hujan lebat. Misalannya “Building
Flood Alert Terminal” ( BEAT) juga dipasang di 11 bangunan di pusat bandaraya
Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir.

Seiring dengan Program Saliran dan Tebatan Banjir yang dibentangkankan


oleh bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badwi pada
tahun 2007 . Program Pengurusan Sungai juga dilaksanakan untuk mengatasi
masalah banjir dan pencemaran serta meningkatkan tahap kualiti air sungai dengan
peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.

Di samping itu ,perancangan dan reka bentuk yang menyeluruh atau holistic
penting dalam setiap pembangunan untuk mengurangkan risiko banjir Jadi, Projek
Manual Saliran Mesra Alam ( stormwater Management Manual) diperkenalkan tahun
ini untuk semua reka bentuk perparitan yang mengambil kira faktor risiko banjir.
Manual Saliran Mesra Alam adalah kaedah baru untuk menangani masalah banjir
kilat. Sistem ini menggunakan pendekatan kawalan pada puncanya ( control at
source) iaitu kaedah mensimulasikan proses semulajadi kitar hidrologi di kawasan
bandar dengan menggunakan kaedah kejuruteraan penyusupan, sistem penahanan
storan dan penuaian hujan ( rain harvesting).

Walaupun perlaksanaan projek-projek mencegah banjir dicadangkan , tetapi


projek tidak laksana sepenuhnya pada sesetengah tempat terutamanya Bandar –
bandar yang selalu ditimpa banjir kilat dan kawasan –kawasan banjir. Oleh itu,
Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek-projek di bawah
Rancangan Tebatan Banjir. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa
pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai
masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan
kewangan dan halangan-halangan utiliti semasa peringkat pembinaan.Kerjasama
dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan
hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.( Masalah banjir di
George Town Pulau Pinang sekitar Jalan P.Ramlee)
V. Pemeliharaaan dan pemuliharaan hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai


digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang
sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-
lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan dan pemuliharaan hutan merupakan cara
yang baik untuk mengatasi masalah banjir.

Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan
daripada mengalir terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang
(sponge) yang berongga dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-
lahan sehingga membentuk anak-anak sungai Ia juga bertindak sebagai penapis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan
hingga kadar 28%( Siti Zawiyah Zakaria, 1996).. Kemudian air

hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya


dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Kesedaran tentang malapetaka telah mencetuskan perasaan cemas pentadbir


kerajaan. Menyedari pentingnya hutan untuk kesejahteraan hidup , pemeliharaan
hutan dijalankan.Beberapa kawasan hutan diistiharkan sebagai Hutan simpan
kekal .

Selain pemeliharaan hutan, terdapat pemuliharaan hutan dijalankan di kawasan


hutan yang telah ditebang. Cara pemuliharaan hutan ini dipanggil penghutanan
semula. Sistem Pengurusan Terbangan Memilih dilaksanakan dengan spesies
pokok terpilih ditanam dihutan ini secara terancang dan sistematik dijalankan dan
kawasan penerbangan ditentukan oleh Jabatan Perhutanan . Melalui sistem ini,
aktiviti menggelang ( dan seterusnya meracun ) pokok-pokok yang tidak mempunyai
nilai dagangan tidak digalakkan .Tujuan supaya pokok-pokok hutan bukan sahaja
( termasuk yang tiada nilai dagangan ) terpelihara, tetapi sumber-sumber ginetiknya
juga terjamin. (Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani ,1994).
VI. Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi mengawal tingkah


laku manusia. Mulai tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah
memperkenalkan hukuman mandatory kepada mereka yang didapati bersalah
mencemarkan sumber air seperti sungai. Langkah ini dianggap tepat
memandangkan semakin banyak sungai – sungai utama di negara kita khususnya
yang terletak berhampiran kawasan perindustrian telah tecemar.

Selain itu, Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-undang ke


atas pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan
lereng berbukit. Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan
syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan
dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara
sebelum dilepaskan ke dalam sungai-sungai utama.Melalui cara ini jumlah aliran air
ke dalam sungai-sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak
kejadian banjir .

Terdapat juga undang-undang di bawah pembangunan lestari dan pengurusan


alam sekitar , Contohnya:

Akta pemuliharaan tanah dalam dasar perhutanan negara (1984) Jdl 1, seksyen
2 (1) perkara 15 (b) dikehendaki pemegang lesen membalak bertindak
mengurangkan hakisan tanih di kawasan pembalakan yang telah dijalankan.
Manakala dalam akta jalan, parit, dan bangunan 1974 pula dikehendaki pemaju
perumahan memberi ruang terbuka di dalam dan di Sekeliling bangunan yang
sedang dibina dilindungi Secara bersesuaian daripada hakisan tanah.
. (Tema: 5 Impak alam sekitar dan Pengurusannya).

Lain-lain perundangan seperti Akta Taman Negara 1980, Seksyen 3(1)

kuasa menteri untuk membuat peraturan bagi menghalang pembunuhan


hidupan liar, pembakaran dan penebangan pokok, serta penjagaan dan pengawalan
taman negara. (Tema: 5 Impak alam sekitar dan Pengurusannya).
Perundangan ini perlu dikaji semula dan dikuatkuasakan untuk menjamin
kejadian banjir tidak berlaku, kesejahteraan alam sekitar dipelihara.

Di peringkat antarabangsa beberapa Deklarasi tentang alam sekitar telah pun


dilaksanakan dalam bentuk perjanjian dibawah kelolaan UNDP (Pertubuhan
Bangsa- bangsa Bersatu bagi Program Pembangunan United Nations Development
Program) bagi memastikan pembangunan yang lestari.

VII.  Pendidikan

Sekolah dan juga institusi pengajian tinggi mesti menawarkan mata pelajaran,
kursus atau program pengajian tentang sains alam sekitar. Subjek Geografi juga
sesuai diajar untuk memberi pengajaran tentang alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan semenjak Rancangan Malaysia


Kedua perlu diberi penekanan di peringkat sekolah rendah ,sekolah menengah
hinggalah kursus di universiti seperti Sarjana Muda Sains Alam Sekitar dari

Universiti Putra Malaysia.

VIII. Pendedahan Media Massa

Badan-badan tertentu seperti badan kerajaan , pihak swasta ( TV3, Astro dan
sebagainya) perlu memainkan peranan yang penting , bekerjasama dan
bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat
pembuangan sampah. Sebaran maklumat melalui majalah alam sekitar, risalah,
surat khabar, radio, menyiarkan tayangan bercorak dokumentari alam sekitar
seperti rancangan National Geographic, mengadakan kempen mencintai sungai dan
pameran alam sekitar. Melalui pendedahan ini dapat memupuk kesedaran
kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
5. Kesimpulan

Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit hutan tanah rendah


kerana kebanyakannya ditebang dan dimusnahkan untuk aktiviti pembalakan
dan pembangunan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan
tanah, dan berlakunya banjir kilat.

Oleh itu, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara flora dan fauna
semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah
cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang
dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak
akan berada di sini pada hari ini. Tiada salahnya meneroka sedikit hutan untuk
dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada tempat berlindung, atau untuk
bercucuk tanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat yang telah lama
kebuluran, atau menebang pokok bagi dijadikan kayu papan dan sumber
ekonomi. Tetapi ia mesti bersyarat. Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran
semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan
terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan


terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun apa yang penting
semua pihak termasuk masyarakat perlu bekerjasama mengatasi permasalahan
tersebut kerana cabaran utama dalam menghadapi bencana banjir kilat
sebenarnya terletak kepada keupayaan manusia meminimumkan bencana
tersebut. Gabungan kedua-dua kaedah perundangan dan kejuruteraan di
samping pembabitan aktif masyarakat dalam memelihara alam sekitar diharap
mampu mengurangkan kejadian banjir ke tahap yang minimum.

Rujukan:
1. Marvin Dougal, 1969, Flood Plain Management, Iowa Experience, Iowa
University Press Limeted

2. ESCAP, 1991., Manual and Guidlines For Comprehensive Flood Loss


Prevention And Management, United Nation Publication.

3. Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani (1994). Tumbuh-tumbuhan dan


persekitaran : satu perpektif Geografi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4. Siti Zawiyah Zakaria (1996). Ekosistem.Petaling Jaya,.Selangor, Malaysia,


Eddiplex Sdn Bhd.

5. Y.Ponnusamy dan Abdul Aziz Ismail (2002).Pengajian Am Kertas 2 STPM. Shah


Alam , Selangor ,Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

6. Rabe Juhari dan Piri ak Bantil (2003).Teks Lengkap STPM Pengajian Am 2.


Petaling Jaya,. Selangor, Malaysia, Federal Publications Sdn Bhd.

7. Gan Wan Yeat dan Choong Choe Hin ( 2005). SUKSES Biologi SPM. Shah
Alam , Selangor ,Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

8. Abdul Hamid Abdullah dan Keng Su Seng ( 2007).ACE AHEAD Teks STPM
Geografi Alam Sekitar Manusia Kertas 2. Shah Alam , Selangor ,Malaysia,
Oxford Fajar Sdn Bhd.

9. Haliza Abdul Rahman( 2007) . “Suatu tinjauan terhadap permasalahan banjir


kilat di Lembah Klang”. Universiti Sains Malaysia
http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/suatu-tinjauan-terhadap-
permasalahan-banjir-kilat-di-lembah-klang.pdf

10. Khirun Nissah binti Khiyon (2008). “Kajian banjir di Sungai Johor ” .Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai: tesis sarjana muda.

11. Y.BHG.Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul W a h a b.


Setiausaha Majlis Keselamatan Negara.“Pengurusan bencana tanggungjawab
bersama ” . Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri ,Disember
2009.
12. Mohamad Iqbal bin Badli(2009).“Kajian impak banjir di Sri Medan, Batu Pahat
dan Kota Tinggi” . Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: tesis sarjana muda.

13. Yayasan IDEP. Ba n j i r : cerita tentang peranan masyarakat saat terjadi banjir,
IDEP, Indonesia.

14. Masalah banjir di George Town Pulau Pinang sekitar Jalan P.Ramlee.
http://www.hbp.usm.my/banjir/punca_kesanbangun.htm.Dipetik pada 19
November 2010.

15. Tema:5 Impak alam sekitar dan Pengurusannya .


http://www.scribd.com/doc/36100504/6a-19-2-PEMBANGUNAN-LESTARI-
PENGURUSAN-A-SEKITAR#. Dipetik pada 19 November 2010.

16. Mstar berita, 2 November 2010


17. Utusan Malaysia , 2/11/2010 dan 06/11/2010
18. Berita Harian, 24 Januari 2008
19. Isu Banjir : Kaedah dan Penyelesaian .
http://www.scribd.com/doc/11596795/Presentation-Alam-Sekitar .Dipetik pada
18/11/2010.

You might also like