You are on page 1of 9

Mengatasi Masalah Tidak Menyiapkan Kerja Rumah

Melalui Kaedah Berstruktur

Oleh

S. ANUREKHA

S. MARUTHAI

SJK (T) Ampar Tenang

Dengkil, Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan ke atas 5 orang pelajar Tahun 4 di SJK(T)

Ladang Ampar Tenang, Dengkil, Selangor. Secara umumnya murid-murid

yang dikenal pasti menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja rumah

yang diberi. Selalunya pelajar menghadapi masalah tidak menyiapkan kerja

rumah semasa membuat soalan-soalan berbentuk kefahaman. Guru telah

mengenal pasti masalah ini semasa mengumpul buku latihan murid, mereka

yang tidak meyiapkan kerja rumah enggan menghantar buku mereka. Faktor

yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah ketiadaan bantuan di

rumah, pengaruh rakan sebaya dan sosio ekonomi. Guru juga telah mengenal

pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Seterusnya guru

telah megambil kaedah berstruktur untuk mengatasi masalah ini. Tindakantindakan yang diambil
menghasilkan keputusan yang memuaskan.

ISU KAJIAN

PPengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting bagi murid-murid .Setelah habis

sesuatu pengajaran dan pembelajaran memberi kerja rumah penting bagi mengetahui tahap
pencapaian

murid-murid. Dengan ini, guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
tahap

pencapaian pelajar. Ekoran daripada itu juga, guru dapat mengenal golongan murid yang pandai dan

yang kurang upaya menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajar. Apabila diambil kira kepentingan

pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seorang kanak-kanak, adalah kritikal untuk seorang
guru memberi pertimbangan terhadap kerja rumah yang diberi kepada murid–muridnya. Kejayaan

seorang murid menguasai sesuatu pelajaran juga bergantung kepada keberkesanan kerja rumah
yang

diberikan.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ampar Tenang, terletak di kawasan luar bandar. Seramai

seratus orang pelajar sedang menimba ilmu di sini. Suasana sekolah ini sunyi dan bebas daripada

sebarang gangguan . Kebanyakan pelajar yang belajar di sini terdiri daripada golongan yang
sederhana

iMasalah yang sering kali dihadapi oleh guru-guru sekolah ini ialah segelintir murid tidak akan

menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Guru–guru sekolah saya selalu berbincang tentang

cara untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini selalu berlaku bagi tahun empat. Jadi kami telah

menjalankan kajian ke atas murid-murid tahun empat iaitu seramai sepuluh orang pelajar yang sering

menimbulkan masalah ini. Masalah ini telah dikenal pasti melalui pemerhatian dan penyemakan
bukubuku latihan pelajar. Semasa mengumpulkan buku latihan, pelajar yang terlibat enggan
menghantar

buku dan memberikan alasan yang tidak munasabah.

Beberapa punca telah dikenal pasti oleh guru. Antaranya adalah seperti berikut:

a) Tidak ada orang yang akan membantu mereka untuk menyiapkan kerja rumah di rumah.

b) Pengaruh rakan sebaya

c) Sosioekonomi keluarga - (ibu bapa kurang berpendidikan)

d) Pengaruh media massa - (kerap menonton televisyen)

e) Malas.

PUNCA UTAMA

Guru menyatakan punca di atas ini sebagai punca utama kerana kebanyakan masa selepas sekolah

tamat murid-murid menghabiskan serta meluangkan masa yang panjang bersama dengan ibu bapa
mereka di rumah. Malangnya kebanyakan ibu bapa pada masa kini, sibuk mencari rezeki dengan
tidak

mengambil berat tentang anak mereka.

Tambahan pula kebanyakan ibu bapa berkerja pada waktu malam. Ini menyebabkan para ibu bapa

tidak ada masa untuk menyemak buku-buku anak mereka dan anak-anak pula tidak tahu dengan
siapa

hendak meminta bantuan dalam menyiapkan kerja rumah. Hal ini berterusan dan hakikatnya ialah

murid malas membuatnya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat :-

1. Sejauh mana keberkesanan kaedah berstruktur


2. Mengurangkan bil murid tidak menyiapkan kerja rumah

2INSTRUMEN KAJIAN

a) Borang Pemerhatian

Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas, guru telah berbincang dengan guru–guru

lain untuk mendapatkan satu jalan penyelesaian yang bagus untuk mengurangkan bilangan

murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.Melalui perbincangan antara guru–guru, kami telah

bercadang untuk menyediakan satu borang pemerhatian bagi murid–murid yang bermasalah

tidak menyiapkan kerja rumah ini. (Sila rujuk Lampiran A)

b) Langkah- langkah tindakan yang diambil oleh guru:

i) Tinjauan Awal

Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 10 April 2005 melibatkan murid tahun 4 seramai

5 orang.Isu atau masalah telah ditanya untuk mendapatkan maklum balas daripada murid.

Jadual Tindakan telah dijalankan untuk mendapatkan data awal kajian ini.

Berdasarkan malumat yang dikumpul daripada tinjauan awal beberapa kaedah telah dikenal

pasti bagi mengatasi masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah.

a) Jadual perlaksanaan

b) Soal selidik (sila rujuk lampiran B)


c) Temu bual

Mula- mula guru memanggil lima orang murid yang menghadapi masalah berkumpul di

sebuah bilik bagi menjalankan sesi temu bual bersama mereka. Dalam sesi ini , guru hanya

menjalankan perbincangan secara lisan. Murid–murid dapat berkongsi masalah mereka

bersama gurunya. Ini memudahkan guru untuk mengambil langkah seterusnya.

ii) Selepas Tinjauan Awal

Berdasarkan tinjauan awal dan perbincangan dengan guru–guru yang lain satu kaedah

berstruktur telah dicadangkan. Kaedah berstruktur yang dicadangan adalah seperti berikut :-

• Sebelum memberi kerja baru, menyemak kerja rumah yang diberi sebelumnya

• Jika terdapat murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, guru memberikan masa

yang singkat untuk menyiapkannya dengan segera.

• Semasa memberi kerja yang baru, guru mengarah murid menandakan muka

surat tersebut.

• Guru memberi pilihan jawapan kepada murid .

• Akhir sekali, guru membuat perbincangan supaya memudahkan murid menyiapkan

kerja rumah.

PENGUMPULAN DATA

Sepanjang lima minggu kajian dijalankan, guru dapat mencatatkan kekerapan keputusan yang

diperoleh. Catatan yang dikumpul berbentuk dua aras iaitu sebelum tindakan dan selepas tindakan.

Keputusan Pelaksanaan Tindakan

Tahap Pencapaian

NAMA MURID

B.Pavithiran

S.Dines
Muhamad Hafiz

D.Revathi

K. Komala

(3/5)

(0/5)

(0/5)

(2/5)

(2/5)

60%

0%

0%

40%

40%

(5/5)

(2/5)

(3/5)

(4/5)

Keputusan di atas menunjukkan bilangan murid yang menyiapkan kerja rumah sebelum dan
selepas

tindakan. Sebelum tindakan dijalankan hanya 3 orang murid sahaja dapat menyiapkan sebahagian

kerja yang diberi. Manakala 2 orang murid langsung tidak menyiapkannya. Selepas menjalankan

tindakan ini, guru dapat melihat perubahan yang berlaku dikalangan murid-murid yang bermasalah

ini. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa tindakan berstruktur yang diambil oleh guru berjaya
dan
berkesan. Tindakan juga dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.

REFLEKSI TINDAKAN

Rawatan guru telah berkesan dan pada akhir tindakan ini, guru dapat menyelesaikan masalah
muridmurid tidak menyiapkan kerja rumah ini. Selepas kajian ini, murid-murid juga meminta bantuan
guru

semasa menyiapkan sesuatu kerja rumah. Pada mulanya guru berasa masalah ini merupakan suatu

masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi apabila menjalankan tindakan berstruktur ini, guru
berasa

yakin kerana dapat mengurangkan bilangan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah.

Sewaktu mula-mula menjalankan kajian ini, guru berasa marah kerana tidak mendapat bantuan dan

sokongan daripada guru-guru lain. Apabila guru mengadakan sesi temu bual murid-murid dapat

menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka di rumah. Dengan ini guru dapat mengetahui

punca–punca yang menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja rumah.

Guru dapat mengumpul satu data yang terperinci apabila menjalankan sesi soal selidik. Sewaktu

menjalankan soal selidik ini, guru dapat melihat perasaan murid terhadap sesuatu kerja rumah.

Murid–murid dapat menyenaraikan perasaan yang mereka alami.

Pada akhir tindakan ini, guru berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

aPada akhir tindakan ini, guru berpuas hati kerana berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh

anak muridnya. Guru juga bercadang untuk meneruskan tindakan-tindakan ini pada masa akan
datang

jika masalah ini berulang.

PENUTUP

Dapatan kajian ini menunjukkan respons yang positif dalam melaksanakan kaedah berstruktur

pembelajaran sekolah rendah. Kaedah berstruktur ini dapat menilai prestasi murid dengan lebih jelas
dan tepat. Perkara ini dilihat relevan kerana pelaksanaan kaedah berstuktur yang baik menyebabkan

pembelajaran yang lebih terancang dan menyeluruh. Justeru, keadah ini memerlukan satu landasan

yang kukuh dari segi pendekatan kaedah itu sendiri .

Kaedah ini juga wajar difikirkan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Secara

keseluruhannya, didapati kaedah ini merupakan suatu kaedah yang baik dan dapat memastikan
muridmurid yang bermasalah pembelajaran dapat belajar dengan gembira, seronok tanpa berasa
bosan dan

mSebelum tindakan berstruktur ini dapat dijalankan, murid diberi soal selidik tentang keberkesanan

tindakan dijalnka. Berikut adalah keputusan soal selidik.

Bil

1.

2.

3.

4.

5.

Nama Murid

B.Pavithiran

S.Dines

Muhamad Hafiz

D.Revathi

K. Komala

Sebelum Tindakan Selepas Tindakan

BIL

1
2

10

Setuju

Tidak Setuju

-
-

Perkara

Tidak faham petikan

Malas membaca petikan yang diberi

Guru memberi banyak kerja rumah

Susah mencari jawapan

Mudah difahami

Senang mencari jawapan kerana ada petikan.

You might also like