You are on page 1of 17

1. Terdapat 3 orang jururawat baru yang baru melapor diri di wad anda.

Huraikan perancangan pengurusan yang telah dikenal pasti bersama

ketua jururawat hakiki anda untuk menjadikan mereka ini jururawat yang

bertanggungjawab, dapat memberi perawatan secara standard dan

berkualiti.

Pengenalan

Jururawat adalah merupakan orang yang bertanggungjawab secara

langsung dalam memberi penjagaan dan perawatan keatas pesakit.

Secara amnya jururawat adalah merujuk kepada seseorang yang telah

dilatih khusus untuk menjaga pesakit. Kualiti seseorang jururawat adalah

bergantung kepada sikap dan ciri-ciri yang ada pada seseorang jururawat

seperti caring, cekap, bertanggungjawab, sensitif terhadap keperluan

orang lain serta boleh berinteraksi dengan baik dengan pesakit, selain

daripada skil dan pengetahuan yang telah dipelajari dalam profesion

tersebut. Untuk menjadikan jururawat tersebut seorang yang

bertanggungjawab perancangan pengurusan adalah perlu keatas mereka

supaya dapat memberi perawatan secara standard dan berkualiti.


Jururawat

Virrginia Henderson (1996) mendefinisikan jururawat sebagai “ the unique

function of the nurse is to assist a individual, sick or well, in the

performance of those activities contributing to health or its recovery (or to

peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary

strength, will, or knowledge, and to do this in such a way as to help him

gain independence as rapidly as possible”.

Perawatan Secara Standard

Menurut American Nurses Association “Standard of Practice ( Standard of

Care) is another way the nursing profession attempts to ensure that its

practitioners are competent and safe to practice is through the

establishment of standard of practice”.

Perancangan Pengurusan

Ialah pelan tindakan yang perlu dilakukan untuk menjadikan jururawat

tersebut seorang yang bertanggungjawab dan berkualiti serta memenuhi

standard dalam memberi perawatan kepada pesakit.


Di antara perancangan pengurusan yang telah dikenal pasti untuk

jururawat baru yang baru melapor diri di wad saya untuk menjadikan

mereka bertanggungjawab, dapat memberi perawatan secara standard dan

berkualiti ialah:

1. Memberi orientasi kepada mereka tentang keadaan wad, polisi

hospital, carta organisasi wad , staf termasuk doktor pakar dan

pesakit supaya jururawat tersebut memahami dengan lebih jelas

tentang organisasi dan situasi klinikal di mana mereka ditempatkan.

2. Memberitahu tentang jadual tugas jururawat yang bekerja mengikut

syif dan waktu pejabat serta bidang tugas yang perlu dilakukan oleh

mereka mengikut assignment masing-masing.

3. Memberitahu tentang skop dan bidang tugas yang perlu dilakukan

oleh mereka sebagai jururawat di kawasan klinikal. Selain dari tugas-

tugas spesifik mereka juga perlu memastikan pengawasan dan

pengawalan adalah selamat dan terkawal mengikut piawaian yang

ditetapkan serta mengawasi keselamatan pesakit dan harta benda

mereka. (Seperti lampiran)

4. Menekankan kepada mereka tentang kepentingan melakukan

perawatan berasaskan proses kejururawatan di mana mereka perlu


menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam rangka kerja

secara sistematik untuk memenuhi masalah kesihatan pesakit.

Peringkat proses kejururawatan itu adalah melibatkan:

i. Penilaian – iaitu proses mengutip data, membuat penilaian dan

pemerhatian keatas pesakit

ii. Diagnosa kejururawatan – formulasi diagnosa kejururawatan

selepas membuat analisa ke atas pesakit

iii. Perancangan- pelan jagaan untuk mencapai objektif pesakit

iv. Pelaksanaan – melaksanakan pelan jagaan rawatan/intervensi

v. Penilaian semula – membuat penilaian semula berdasarkan

objektif

5. Memberi assignment kepada mereka mengikut kesesuaian.

Contohnya untuk minggu pertama dan kedua mereka diberi tugas

bekerja dalam waktu pejabat sebagai orientasi selain untuk

membiasakan diri dengan keadaan wad. Sebagai permulaan mereka

diberi tugas untuk membantu jururawat yang menjaga pesakit seperti

membuat pemerhatian keatas tanda vital, merekodkan carta

imbangan airan, mengurus kemasukan pesakit ke wad dan

membantu memenuhi keperluan asas pesakit.


6. Memberi peluang serta menggalakkan mereka membantu doktor

dalam melakukan prosedur keatas pesakit.

7. Tekankan kepada mereka untuk mengikuti rondaan wad supaya

mereka dapat memberitahu masalah dan memberi maklumbalas

keadaan pesakit kepada doktor yang merawat dan mengikuti arahan

rawatan semasa.

8. Melibatkan mereka dengan polisi hospital seperti polisi kawalan

penyakit berjangkit, Hospital Rakan Bayi dan Audit ISO.

9. Memperkenalkan konsep mentor - mentee di mana jururawat Khas

Untuk Penyandang (KUP) akan bertindak sebagai rujukan dan

contoh kepada jururawat baru. Sebagai mentor Jururawat KUP perlu

sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dengan menghadiri kursus

dan seminar dalam bidang perawatan yang berkaitan. Galakkan

mereka untuk bertanya untuk mendapatkan informasi.

10. Pengenalan Buku Log untuk staf

Untuk melahirkan jururawat yang mahir dan berkualiti serta mematuhi

standard of care satu buku log berkaitan rawatan atau prosedur perlu

dilengkapkan oleh setiap jururawat. Buku log tersebut akan

ditandatangani oleh ketua jururawat atau jururawat senior yang

berkelayakan apabila beliau berpuashati dengan setiap prosedur


yang telah dilakukan oleh jururawat tersebut. Tindakan ini akan

menjadikan seseorang jururawat itu benar-benar tahu dan mahir

dalam setiap prosedur yang dilakukannya. Dengan itu perawatan

secara standard dan berkualiti dapat dikekalkan.

11. Menerapkan amalan 10s di kalangan jururawat untuk membentuk

hubungan yang lebih erat di antara jururawat , pesakit dan keluarga

iaitu:

i. Salam

ii. Senyum

iii. Sentuh

iv. Sensitif

v. Segera

vi. Semangat

vii. Selidik

viii. Selia

ix. Segak

x. Sopan

Sesuai dengan Hospital Mesra Ibadah, jururawat tersebut juga perlu

memberi galakan dan penekanan tentang kepentingan solat kepada


pesakit serta membantu mereka dalam urusan tersebut sekiranya

diperlukan. Dengan penerapan dan amalan nilai-nilai yang murni ini

diharapkan masyarakat lebih menghormati dan memandang tinggi

terhadap profesion kejururawatan.

12.Selaras dengan Hospital Universiti Sains Malaysia sebagai universiti

pendidikan mereka juga akan digalakkan mengikuti kursus

pendidikan dalam pembelajaran dengan menghadiri Continuous

Nursing Education dan Continuous Spiritual Education (CNE/CSE)

untuk memantapkan pengetahuan bukan sahaja dalam bidang-

bidang berkaitan tetapi juga dari aspek keagamaan. Dengan ini kita

akan dapat menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dalam

menunaikan tugas mereka.

13. Menerapkan tentang kepentingan disiplin dalam pekerjaan untuk

menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dalam tugas mereka. Ini

termasuklah dari segi etika kerja, pakaian dan kedatangan.


Rumusan

Kesimpulannya perancangan pengurusan ke atas jururawat yang baru

bertugas adalah amat perlu untuk menjadikan mereka seorang jururawat

yang bertanggungjawab, memberi perawatan secara standard dan

berkualiti dalam menjalankan tugas. Peranan Jururawat Khas Untuk

Penyandang (KUP) adalah penting dalam membantu ketua jururawat

mengurus, memimpin, menyelia dan mengawal staf. Oleh itu Jururawat

KUP perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan atau ‘role model’

terutamanya kepada jururawat yang baru.Selain dari pengalaman, mereka

perlu sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

supaya dapat menjadi pembimbing kepada jururawat baru.


2. Hasil rondaan pengurusan kejururawatan dan aduan pelanggan, di

dapati perawatan pesakit secara menyeluruh (holistik) kurang memuaskan.

Bincangkan peranan anda sebagai jururawat Khas Untuk Penyandang

(KUP) dalam menangani isu di atas sebagai langkah penambahbaikan ke

arah perawatan yang komprehensif.

Pengenalan

Jururawat memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan

penyakit. Perawatan yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada

ubatan dan jaga rawatan khas tetapi merangkumi dari segi fisiologi,

psikologi, sosial dan spiritual serta perkaitan rapat di antara individu

dengan persekitaran luar.

Penjagaan Holistik

Menurut American Holistic Nurses Association (1994) , “holistic nursing is a

professional sub-specialty that emphasizes self-care in practitioners,

includes intergrative therapies and supports the whole person in mind,

body and spirit”.


Perawatan komprehensif

Ialah perawatan lengkap atau secara menyeluruh.

Pesakit

Ialah seseorang yang menunggu untuk mendapat jagaan dan rawatan

perubatan (Kozier et.al 2000)

Selain menjalankan tugas hakiki, tugas saya sebagai jururawat KUP

adalah membantu ketua jururawat dalam mengurus, memantau, menyelia

dan mengawal staf. Di samping itu saya juga berperanan memberi laporan

kepada ketua jururawat tentang keadaan wad dan staf kepada ketua

jururawat.
Peranan saya sebagai jururawat KUP dalam menangani masalah

perawatan pesakit secara menyeluruh yang kurang memuaskan.

Sebagai langkah penambahbaikan kearah perawatan komprehensif saya

perlu mengambil tindakan seperti berikut:

1. Mengadakan mesyuarat bersama ketua jururawat dan semua staf

untuk mengenalpasti masalah yang timbul dan mencari penyelesaian

untuk mengatasinya.

2. Melakukan rondaan unit pesakit pada setiap awal pagi untuk

memantau keadaan pesakit. Sekiranya ada aduan atau timbul

sebarang masalah saya akan berbincang dengan ketua jururawat

atau mengadakan perbincangan sesama staf untuk

menyelesaikannya.

3. Memberi orientasi kepada pesakit tentang keadaan persekitaran

wad, peraturan wad, polisi hospital dan staf yang bertugas.

4. Mengaplikasikan proses kejururawatan dalam memberi perawatan

kepada pesakit dengan mengenalpasti masalah mereka dan

mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Contohnya pesakit nephrotic syndrome yang masuk ke wad dengan

menunjukkan tanda-tanda kesesakan nafas, dan edema yang

menyeluruh. Dengan melakukan proses kejururawatan jururawat


dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut

secara komprehensif.

Tarikh Bi Diagnosis Objektif Tindakan Penilaia Tarikh


l Kejururawat Perawatan n seles
an ai
25/11/1 1. Gangguan Pesakit dalam
pernafasan dapat baringan
0 b/d proses bernafas ‘upright’
penyakit d/d dengan 3. monitor
pesakit selesa tanda vital dan
susah spo2
bernafas 4. beri
bantuan
oksigen
sekiranya
perlu( spo2 <
95%)
5.rehatkan
pesakit
6. rancang
jadual
perawatan
keatas pesakit

Perubahan Menstabilk 1.Monitor


25/11/1 2. paras an tekanan tekanan darah
hemodinami darah ke setiap 2 jam
0 k b/d proses paras sekali
penyakit d/d normal sehingga
tekanan sepanjang stabil dan
darah yang hospitalisas diteruskan 4
tinggi 145/90 i jam sekali
2. rehatkan
pesakit di atas
katil
3.kurangkan
makanan
bergaram
dalam
pengambilandi
et
4. beri ubat
anti
hypertensive
seperti
arahan.

3. 25/ Perubahan Mengawal 1 . ases


11/ isipadu cecair pertambahan keadaan
10 badan yang cecair dalam pesakit
berlebihan b/d badan (fluid 2.Rehatkan
proses penyakit over load) pesakit di
d/d edema atas katil
3.hadkan
pengambila
n cecair
4.kurangkan
makanan
bergaram
5.rekodkan
pengambila
n dan
pengeluaran
dalam carta
imbangan
airan.
6.timbang
pesakit
setiap hari

5. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga supaya

mereka dapat memahami keadaan penyakit yang dihidapi dan dapat

memberi kerjasama dalam memberi perawatan dan memenuhi

keperluan pesakit.

6. Menerapkan semangat kerja berpasukan dikalangan staf supaya

pengurusan wad berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah.

7. Memastikan peralatan sentiasa mencukupi, berfungsi dan tersedia

untuk digunakan pada bila-bila masa untuk kegunaan wad seperti

troli kecemasan, alat pakai habis dan peralatan steril supaya tidak

mengganggu kelancaran prosedur dalam wad.

8. Mempastikan keadaan wad dalam keadaan yang kondusif dan

selamat untuk pesakit dan juga staf.


9. Mengamalkan komunikasi yang berkesan dengan pesakit dengan

cara selalu berinteraksi dengan pesakit dan sentiasa bersedia

mendengar masalah mereka. Selain itu kita juga hendaklah sentiasa

mudah didekati oleh pesakit pada setiap masa(approachable). Ini

menunjukkan jururawat sentiasa memberi perhatian terhadap

pesakit.

10.Mengadakan soal selidik kepada pelanggan untuk mendapat

maklumbalas daripada mereka tentang perkhidmatan yang

disediakan. Hasil soal selidik akan dianalisa untuk mengenal pasti

masalah dan aduan yang timbul supaya langkah yang sewajarnya

dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

11 . Menghadiri latihan dan kursus kepada jururawat KUP dan semua

jururawat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan skil supaya

dapat memberi perawatan dan perkhidmatan yang terbaik kepada

pesakit.
14. Menunjukkan sikap yang baik seperti jujur, ikhlas dan amanah

sebagai contoh kepada jururawat lain kerana sikap melambangkan

nilai keperibadian keseluruhan jururawat secara umum.

15. Sebagai jururawat KUP saya juga membantu dalam pengurusan

pemantauan prestasi dan berperanan sebagai pemberi maklumat

kepada ketua jururawat untuk laporan prestasi tahunan staf. Dengan

adanya pemantauan secara berterusan keatas jururawat saya akan

dapat menilai hasil kerja mereka dan memberi tunjuk ajar serta

teguran jika perlu. Oleh itu ianya juga adalah salah satu cara untuk

mengurangkan aduan dari pelanggan.

Kesimpulan

Dalam memenuhi matlamat dan keperluan pesakit, jururawat perlulah

sentiasa meningkatkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan

kemahiran supaya dapat memberi perawatan yang berkualiti , cekap dan

.komprehensif kepada pesakit. Sikap jururawat dan cara mereka

berkomunikasi dengan pesakit dan keluarga adalah sangat penting dalam

mewujudkan hubungan yang baik diantara pesakit dan jururawat.

Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan jururawat, sudah


tentu mereka akan menyuarakan teguran atau pendapat secara terus dan

telus. Oleh itu tidak akan timbul masalah aduan pelanggan yang tidak

berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima oleh mereka.

You might also like