You are on page 1of 1

Sumbangan kaum wanita dalam bidang ekonomi perlu dihormati dan diiktiraf

kerana mereka turut berjasa dalam pembangunan negara. Kaum wanita merupakan
potensi sumber pembangunan yang perlu mendapat pengiktirafan yang berterusan. Hal
ini adalah kerana kaum wanita adalah agen pembangunan masyarakat moden.

Masyarakat haruslah mengamalkan nilai menghormati hak wanita. Definisi bagi


nilai ini ialah melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Sumbangan wanita
tidak boleh diabaikan dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-
program pembangunan negara.

Pembangunan negara adalah satu proses yang berterusan yang memerlukan


penglibatan sepenuhnya daripada kaum wanita. Dalam negara membangun seperti
Malaysia, peranan dan sumbangan wanita adalah penting untuk pembangunan negara.
Kira-kira separuh penduduk negara kita adalah wanita dan tenaga wanita ini tidak boleh
diabaikan begitu sahaja jika kita ingin maju dengan pesat.

Selain itu, kaum wanita perlu megamalkan nilai penglibatan diri dalam
pembangunan negara. Definisi bagi nilai ini adalah kebebasan untuk melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-
undang dan Perlembagaan Malaysia. Peningkatan akses kepada pendidikan, peluang
pekerjaan dan perubahan sosio-budaya di kalangan masyarakat telah membolehkan
wanita bergerak progresif dan berpeluang untuk menyumbang secara aktif kepada
pembangunan negara.

Wanita juga mesti mempunyai keupayaan dari segi ekonomi. Adanya keupayaan
tersebut, wanita mampu berdikari dan tidak hanya bergantung kepada orang lain,
terutama jika sesuatu musibah terjadi dalam keluarga. Keusahawanan merupakan satu
bidang yang berpotensi untuk diceburi sebagai menjana pendapatan. Semakin ramai
kaum wanita yang mengceburi bidang keusahawanan, maka secara tidak langsung
ekomoni negara akan meningkat.

( 247 patah perkataan )

You might also like