You are on page 1of 9

Kod : W0002

Tajuk : KURSUS INDUKSI


Tempoh Kursus : 12 hari

Pengenalan

Kursus Induksi adalah Kursus Perkhidmatan yang wajib diambil oleh


semua kakitangan awam bagi tujuan pengesahan dalam jawatan.
Seseorang kakitangan wajib mengambil dan lulus kursus ini dalam tempoh
3 tahun dari tarikh kakitangan melapor diri untuk bertugas. Kursus ini
dibahagi kepada kursus umum (silibus JPA) dan kursus khusus (silibus
UMS).

OBJEKTIF KURSUS INDUKSI

Kursus Induksi ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif


berikut:

1. Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota dalam


Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama
kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara.

2. Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur


utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-
panduan kerajaan.

3. Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-


keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi.

4. Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota


dalam Perkhidmatan Awam.

OBJEKTIF KURSUS INDUKSI KHUSUS

Objektif Induksi Khusus pekerja UMS adalah seperti berikut:

1. Memperkenalkan Visi, Misi, dan Objektif Universiti;

2. Memberi penjelasan mengenai sistem pentadbiran Universiti;

3. Menerangkan peraturan-peraturan Universiti/Pejabat;

4. Memberi pendedahan cara kerja dan budaya kerja cemerlang.


PERATURAN PESERTA SEMASA KURSUS

A. PAKAIAN

1. Semasa Kuliah

1.1 Lelaki : Berpakaian seragam penuh atau pakaian


masa bekerja.

1.2 Wanita : Berpakaian seragam/berpakaian sopan


masa bekerja.

2. Riadah/Senaman

Track Bottom, Baju T yang bersesuaian dan kasut sukan.

2.1 Lelaki : Dilarang berseluar pendek, berbaju tanpa


lengan dan tanpa kolar.

2.2 Wanita : Dilarang memakai pakaian yang menjolok


mata.

B. DISIPLIN DIRI

1. Semasa Dalam Kelas

1.1 Hadir kuliah selewat-lewatnya 5 minit sebelum kuliah


bermula.

1.2 Keluar kuliah dengan izin.

1.3 Menghadiri setiap kuliah kecuali dengan izin


Penyelaras/Penceramah.

1.4 Memberi penuh tumpuan dan penglibatan aktiviti kuliah.


Tidak membuat aktiviti sampingan seperti membaca
buku, akhbar, majalah atau berbual-bual.

1.5 Memberi hormat kepada penceramah dengan bangun


serentak ketika pensyarah masuk dan di akhir kuliah.
Penghulu memberi ucapan penghargaan kepada
penceramah.

1.6 Tidak merokok, makan dan minum dalam bilik kuliah.

1.7 Tidak menggunakan telefon bimbit semasa kuliah


sedang dijalankan.
1.8 Peserta mesti memberi ucapan atau tanda hormat
kepada semua pegawai dan urusetia

1.9 Berdiri atau duduk dengan hormat apabila berhadapan


dengan pegawai-pegawai kanan Universiti/Penceramah
kursus Fasilitator kursus.

1.10 Menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh


semangat sebelum dan selepas kelas berakhir.

1.11 Bertegur sapa, bermanis muka sesama peserta.

2. Masa Kursus

Kursus akan dijalankan tidak terhad kepada waktu pejabat


sahaja.

3. Semasa Makan

3.1 Kebersihan keseluruhan Tempat makan adalah menjadi


tanggungjawab peserta.

3.2 Meja makan/tempat duduk mestilah dibersihkan dan


disusun selepas makan .

3.3 Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat yang


telah disediakan.

3.4 Piring makan, gelas, sudu dan mangkuk sup hendaklah


diatur dan disusun di tempat yang disediakan.

3.5 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan makan.

C. KEBERKESANAN KURSUS

Peserta-peserta akan diuji melalui ujian pilihan, tugasan Individu


dan Tugasan Kumpulan yang akan dijalankan semasa kursus.

D. SIJIL

Sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada peserta-peserta yang


telah menamatkan kursus dengan jayanya.
PENILAIAN KURSUS INDUKSI UMUM

1. Asas Penilaian

1.1 Penilaian Kursus Modul Induksi Umum dibahagikan kepada


dua (2) komponen iaitu:

i. Penilaian sepanjang kursus (PSK), dan 40%


ii. Ujian Akhir Kursus. 60%

1.2 Setiap peserta wajib lulus dalam kedua-dua komponen


penilaian ini untuk memenuhi syarat bagi mendapat
kelulusan penuh kursus Modul Induksi Umum.

2. Penilaian Sepanjang Kursus:

2.1. Kriteria Penilaian:


Penilaian

2.1.1 Penilaian sepanjang kursus dijalankan berasaskan


kepada kriteria-kreteria tertentu. Kriteria-kriteria tersebut
dan peratusannya masing-masing adalah seperti berikut:-

Kriteria Penilaian
Peratusan

i. Kehadiran 30%
ii. Pengucapan Awam 10%
iii. Penilaian oleh Fasilitator Kursus 20%
iii. Tugasan Individu 20%
iv. Tugas Kumpulan 20%
Jumlah 100%
(Wajaran bagi Penilaian 40%)

2.2 Kehadiran

Kehadiran kursus adalah wajib dan akan dinilai sebagai


sebahagian syarat Lulus Kursus

2.3
2.3 Pengucapan Awam

Setiap peserta diwajibkan membuat Pengucapan Awam dalam


Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

2.3.1 Tajuk Pengucapan Awam adalah bebas.


2.3.2 Pengucapan Awam tidak boleh menyentuh isu-isu
Sensitif keagamaan dan perkauman atau menghasut
dan tidak terlalu remeh.
2.3.3 Setiap seorang peserta diberikan masa selama 8
minit melakukan Pengucapan Awam dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris
2.3.4 Sesi Soal Jawab adalah dibuka selama 2 minit
2.3.4 Pengucapan Awam hendaklah dimulakan dengan
memperkenalkan diri, menyatakan tajuk pengucapan
awam dan hendaklah dimulakan dengan
Pengenalan, Isi Kandungan dan Penutup.

2.4.  Penilaian Oleh Fasilitator Kursus:-


Kursus:-

2.4.1 Penilaian oleh Fasilitator kursus hendaklah dibuat


oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang fasilitator.
Fasilitator-fasilitator kursus merupakan pegawai-
pegawai yang terlibat sepenuh masa dalam
menyelaras dan mengendalikan Kursus Modul
Induksi Umum.

2.4.2 Fasilitator-fasilitator kursus dikehendaki membuat


penilaian ke atas setiap peserta yang mengikuti
Kursus Modul Induksi Umum melalui kaedah
pemerhatian sepanjang kursus. Pemerhatian
hendaklah diasaskan kepada ciri-ciri berikut:

i) Disiplin

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

- Gaya berpakaian dan kekemasan diri;


- Kerajinan dan ketekunan dalam menjalankan
tugas;
- Ketepatan masa menghadiri kuliah dan aktiviti-
aktiviti lain;
- Kesanggupan menerima dan melaksanakan
arahan.

ii) Penyesuaian Diri

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

- Personaliti iaitu dinilai dari segi perangai, gaya


berbicara dan kesopanan;

- Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi


terhadap persekitaran yang sentiasa berubah;
dan

- Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehannya


menyampaikan maksud dan pendapat dengan
jelas dan teratur sama ada secara lisan atau
tulisan.

iii) Inisiatif
Inisiatif dan Tanggungjawab

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-


- Kebolehan memberikan idea atau cadangan
dalam membantu meringankan sesuatu
masalah yang dihadapi bersama.

- Kebolehan melaksanakan tugas atas daya


usaha sendiri tanpa dorongan atau
bimbingan serta arahan;

- Perasaan tanggungjawab bagi


melaksanakan kerja;

- Penghasilan kerja yang dibuat dari segi


output yang berkualiti dan menepati masa
yang ditentukan; dan

- Kesanggupan melaksanakan kerja tanpa


mengira masa.

iv) Penyertaan dan Kerjasama

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

- Tahap penyertaan dan penglibatan semasa


berkursus;

- Perhubungan sesama rakan sekursus;

- Kejujuran dan keikhlasan memberikan


sumbangan; dan

- Sentiasa memberikan keutamaan terhadap


aktiviti kumpulan dari kepentingan diri sendiri.

v) Kepimpinan

Aspek-aspek yang dinilai ialah:-

- Kebolehan menentukan arah dan matlamat


kumpulan;

- Kebolehan memimpin;

- Sifat-sifat yang mulia;

- Kebolehan membuat keputusan dalam keadaan


tertekan;

- Kesediaan mendengar;

- Mengamalkan perhubungan yang baik; dan

- Pengetahuan kerja yang baik.


2.4.2 Tiap-tiap ciri pemerhatian yang dijelaskan di atas
diberikan wajaran seperti berikut:

Ciri Wajaran

i) Disiplin 8%
ii) Penyesuaian diri 3%
iii) Inisiatif dan tanggungjawab 3%
iv) Penyertaan dan kerjasama 3%
v) Kepimpinan 3%
--------
Jumlah 20%
====
2.5 Tugasan Individu:-
Individu:-

2.5.1 Sepanjang kursus berjalan, peserta-peserta akan


diberikan kerja-kerja kursus (coursework) untuk dibuat
secara individu. Kerja-kerja kursus ini akan dinilai
dan diberikan markah. Tugasan ini bertujuan menilai
tahap kefahaman dan pengetahuan peserta
berhubung dengan topik-topik yang diliputi dalam
masa kursus.

2.5.2 Tugasan individu yang dimaksudkan ialah seperti


latihamal, esei, soalan-soalan aneka pilihan dan
sebagainya. Setiap peserta diminta memilih 2
daripada 3 tajuk berikut;

i) Perintah Am ; 10%
ii) Arahan Perkhidmatan; dan 10%
iii) Sejarah Malaysia 10%

2.6 Tugasan Kumpulan

2.6.1 Peserta-peserta hendaklah dibahagikan kepada


kumpulan-kumpulan kecil yang mengandungi lapan
(8) orang ahli atau bilangan yang dianggap sesuai
untuk maksud ini. Tiap-tiap kumpulan kecil
hendaklah diberi tugasan-tugasan ini yang akan
dinilai dan diberi markah. Latihan ini membolehkan
individu merasakan semangat kerja secara kumpulan
apabila kembali bertugas di
Jabatan/Sekolah/Pusat/Institut/Unit masing-masing.

2.6.2 Tugasan kumpulan yang dimaksudkan ialah seperti


kajian kes, kajian projek, secara kumpulan dan
sebagainya.
Aspek-
Aspek-aspek yang dinilai meliputi:-
meliputi:-

i) Penyertaan dan penglibatan;


ii) Kualiti hasil kerja;
iii) Usaha kumpulan; dan
iv) Kreativiti

2.6.3 Setiap kumpulan diminta memilih 2 daripada 4 tajuk


berikut:-

i) Dasar-Dasar Negara; 10%


ii) Pengurusan Am; 10%
iii) Pekeliling-Pekeliling Kemajuan 10%
Pentadbiran Awam; dan
iii) Sistem Pentadbiran Negara 10%

3. Ujian Akhir Kursus

3.1 Peserta-peserta wajib menduduki Ujian Akhir Kursus yang


terbahagi kepada 2 bahagian berikut:

Komponen Masa Bentuk Markah


Penilaian Penuh
Bahagian A 40 40 Soalan 40
Minit Objektik
Aneka
Pilihan
Bahagian B 2 ½ Jawab 4 60
Jam daripada 8
soalan esei

3.2 Antara kedua-dua bahagian ujian, peserta-peserta diberikan


masa rehat 15 minit.

3.3 Soalan-soalan ujian adalah berasaskan kepada topik-topik dalam


kurikulum Kursus Modul Induksi Umum.

3.4 Soalan-soalan ujian esei ini disediakan oleh Cawangan


Peperiksaan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia.

4. Syarat Lulus
Lulus Kursus Induksi Modul Umum

4.1 Jumlah kehadiran kursus tidak kurang 95% daripada jumlah hari
berkursus
4.2 Peserta dikehendaki mencapai tahap 70% bagi setiap
komponen penilaian, iaitu Penilaian Sepanjang Kursus dan Ujian
Akhir Kursus
Modul Kursus Induksi Khusus
Khusus

Kursus Induksi dibahagikan kepada 3 modul berikut:

1.0 Modul Khusus

Kandungan Modul Khusus adalah kursus-kursus yang berkaitan


dengan Keperluan tugas di Jabatan, Sekolah, Pusat, Institut dan
Unit di UMS seperti;

i. Sistem Pentadbiran Universiti


ii. Sejarah, Falsafah dan Hala Tuju UMS
iii. Pengurusan Sumber Manusia
iv. Pengurusan Perkhidmatan Akademik
v. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
vi. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar
vii. Pengurusan Pembangunan Fizikal Universiti
viii. Pengurusan Sistem Maklumat Universiti
ix. Pengurusan & Penggunaan Perpustakaan
x. Pengurusan Perundangan dan Tatatertib Universiti
xi. Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

2.0 Modul Umum

Kandungan Modul Umum adalah seperti berikut;

i. Sejarah Malaysia
ii. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran di Malaysia
iii. Dasar-Dasar Negara
iv. Perintah-Perintah Am (Bab A-Bab G)
v. Arahan Perkhidmatan dan Keselamatan
vi. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
vii. Keutuhan Peribadi
viii. Pengurusan Organisasi dan Kewangan
ix. Komunikasi Organisasi dan Interpersonal

3.0 Modul Fizikal

Modul Fizikal adalah modul yang mengandungi latihan fizikal yang


menjurus kepada kepimpinan, keselamatan, kerja berpasukan,
penyelesaian masalah dan konflik, komunikasi dan pengurusan
tekanan. Modul ini adalah wajib kepada semua peserta kursus.

i. Pakej ODEC
Low Rope, High Rope, Jungle Tracking, acara sukan pantai
dan kayak, halangan dinding 8 kaki, flying fox dan
sebagainya

ii. Pakej Keselamatan


- Mempertahankan Diri
- Keselamatan dalam Bangunan
- Fist Aids

You might also like