You are on page 1of 6

Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

Program Peningkatan Pencapaian Akademik


Secara umum, dua program utama yang menjadi asas kepada usaha semua guru di SMK.
Narinang untuk meningkatkan pencapaian akademiknya ialah yang pertama adalah Program
Headcount. Program yang mengenalpasti ‘take-off value’ setiap pelajar ini dan seterusnya
menetapkan ‘Expected Targeted Result’ (ETR) membolehkan guru-guru mengetahui di mana
mereka bermula untuk mentransformasi pencapaian pelajar kepada satu tahap yang dipersetujui
bersama guru dan pelajar berdasarkan kebolehan pelajar. Program kedua ialah program-program
menganalisis pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan yang dilakukan dengan memberikan
fokus utama kepada hasil yang diperolehi ekoran strategi-strategi yang telah dilaksanakan guru-guru
untuk membantu pelajar. Dalam program ini panitia mata pelajaran akan bermesyuarat, berbincang
dan mengadakan sesi sumbang saran untuk menilai pencapaian pelajar dan guru dan seterusnya
menetapkan langkah seterusnya untuk mempastikan pencapaian ETR.
Antara strategi standard yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk meningkatkan
pencapaian akademik dalam peperiksaan awam selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan
melalui program headcount adalah seperti berikut:
i) Program kelas tambahan yang bertujuan membolehkan guru menghabiskan sukatan pelajaran
mengikut takwim yang telah dirancang.
ii) Program latih tubi bertujuan membiasakan para pelajar dengan format soalan sebenar serta
melatih pelajar agar dapat memenuhi kehendak soalan.
iii) Program motivasi untuk mempersiapkan pelajar dalam aspek mental untuk menghadapi
cabaran menghadapi peperiksaan.
iv) Pendedahan mengenai teknik menjawab mengikut mata pelajaran bertujuan memantapkan
kefahaman dan kecekapan pelajar untuk menjawab mengikut kehendak soalan.
v) Membuat kajian tindakan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kekuatan dan
kelemahan serta mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
vi) Pemberian insentif seperti hadiah khas jika mencapai 7A dalam Peperiksaan PMR, 9/10A
dalam Peperiksaan SPM, 4A/5A untuk Peperiksaan STPM serta kupon yang boleh ditunaikan
di kantin jika mencapai sasaran dalam program headcount sekolah.
Selain daripada program yang dinyatakan di atas, banyak lagi program yang telah dirancang
di peringkat Guru Kanan Bidang /Panitia Mata Pelajaran yang disesuaikan mengikut keperluan
mata pelajaran tertentu. Sebagai contoh, atas daya usaha panitia mata pelajaran, guru-guru
berpengalaman dari sekolah lain dibawa masuk ke sekolah untuk membantu guru-guru di sekolah
ini untuk memantapkan usaha sedia ada untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Usaha ini penting
terutama sekali bagi mata pelajaran yang baru ditawarkan seperti Pengajian Perniagaan.
Selain itu, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah telah memulakan usaha untuk memberikan
perhatian menyeluruh terhadap keperluan pelajar yang pelbagai. Pada tahun ini sekolah telah
memulakan program khas untuk menangani fenomena near-miss cemerlang dan near-miss lulus
khusus bagi kelas peperiksaan. Panitia Bahasa Melayu misalnya telah melaksanakan program
khusus untuk pelajar kategori near-miss cemerlang dan kategori near-miss lulus bagi kelas tingkatan
5. Dalam program berkenaan, pelajar-pelajar dalam kategori sama telah dikumpulkan dan diberikan
program /aktiviti yang bersesuaian bertujuan untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan.
Pelajar dalam kategori near-miss lulus juga diberikan aktiviti /program yang bersesuaian bertujuan
untuk mengeluarkan mereka dalam zon gagal. Aktiviti-aktiviti yang telah diberikan kepada pelajar
dalam program ini adalah berorientasikan peperiksaan yang menjurus kepada pendedahan dan
pemantapan kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Semua ini akhirnya
bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran Bahasa
Melayu dan meminimakan jumlah pelajar yang gagal.
Sokongan pihak pentadbir sekolah khususnya dari pada pengetua telah banyak membantu
panitia mata pelajaran mempertingkatkan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran. Perolehan
dalam bentuk courseware misalnya membolehkan guru menggunakan teknologi ICT dalam
penyampaian mereka. Pihak pentadbir sekolah juga memberikan galakan kepada panitia mata
pelajaran untuk merancang perolehan yang boleh membantu peningkatan kualiti penyampaian guru-
guru dalam kelas.
Selain itu, guru-guru telah mengambil inisiatif melakukan perkonsian pintar dengan
membawa masuk soalan-soalan daripada sekolah-sekolah terkemuka seperti soalan-soalan
peperiksaan dari pada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta
soalan-soalan berpusat dari negeri-negeri lain. Soalan-soalan seperti ini banyak membantu guru dan
pelajar untuk mendapatkan sumber yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Aktiviti-aktiviti sokongan mata pelajaran juga dilihat penting untuk membolehkan aktiviti
luar kelas membantu pemantapan kefahaman pelajar berkaitan topik yang diajar dalam kelas.
Program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun seperti lawatan sambil belajar serta
aktiviti-aktiviti sempena bulan jabatan diharapkan dapat merangsang minda pelajar untuk melihat
relevanya aktiviti berkenan dengan mata pelajaran yang diajar dalam kelas. Perkara ini penting
untuk membolehkan pelajar melihat bagaimanakah pengetahuan yang diperolehi dalam kelas
digunakan dalam situasi sebenar kehidupan.
Di sebalik usaha-usaha yang telah dijalankan, berdasarkan penilaian dan maklum balas guru
masih banyak ruang yang boleh ditambah baik untuk memperbaiki pencapaian sekolah pada masa
akan datang. Antaranya ialah keperluan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan yang sedia
khususnya hardware dan software yang membantu penyampaian di dalam kelas. Latihan-latihan
dalam Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dimantapkan lagi dengan mengambil kira
keperluan guru. Guru-guru junior perlu dimantapkan dengan realiti dunia pendidik manakala guru-
guru senior perlu melengkapkan diri dengan ilmu baru sesuai dengan peredaran zaman. Perkara ini
penting agar mereka tetap relevan dengan dinamiknya kandungan kurikulum yang dituntut oleh
masyarakat dalam dunia tanpa sempadan ini.

Pencapaian Pelajar Berdasarkan Peratus Lulus

120
100

80
60
40

20
0
BM BI MT Sn SJ PM

Semester 1 65 53.1 33.6 37.1 40.2 79.8


Excel 2 73.1 59.8 39.7 47.7 41.9 81.1
Sasaran 2010 98.8 76.2 86.2 93.2 83.1 94.3

Graf 1: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam 6 mata pelajaran teras Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010
150

100

50

0
ICT AddSn Pak Tw rIs PAI Muzik

Semester 1 92.3 71.9 10 0 40 60


Excel 2 73.3 15.6 13.8 100 57.1 60
Sasaran 2010 84.6 100 100 80 93.3 83.3

Graf 2: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

150

100

50

0
GF PSV LKJ SPtn PDG EA ERT

Semester 1 72.5 92.4 15 32.5 23.5 79.4 63.4


Excel 2 85 98.9 35 40 14.3 70.6 80.5
Sasaran 90 96.8 100 65 97.2 80 100

Graf 3: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010
200

100

0
Fiz Kim Bio AddMath

Semester 1 77.4 16.4 72.7


Excel 2 22.6 16.4 50.9 8.2
Sasaran 2010 100 100 100 88.5

Graf 4: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 5,
Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan serta sasaran bagi tahun 2010

Analisa Pencapaian Pelajar Berdasarkan Peratus Penguasaan Pelajar Secara


Perbandingan Dalam Peperiksaan Semester 1 dan Excel 2
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu

Add. Science
Pen. Moral
Matematik

Chemistry
Add Math
Sejarah

Physic
Sains
PSK
PJK
PAI
Semester 1 46.4 39.2 36 35.8 55.1 37.4 63.8 63.3 34.2 16 47.7 26.3 53.2
Excel 2 49.1 45.1 39.3 35.9 58.6 43.2 Nil Nil 37.4 14.8 33.7 30.8 29

Tasawwur Islam
Sains Pertanian
Ekonomi Asas
Prinsip Akaun

Perdagangan
Sains Sukan

Geografi
Biology

Muzik
ERT
PSV

LKJ
ICT

Semester 1 46.6 57.5 23.5 45 48.8 34 54 50.5 35.8 35 43.4 27.3 46.5
Excel 2 43 47.7 30 43.1 49.9 33 54 55.9 34 54 49.4 27.2 49

Berdasarkan rekod di atas, jika dinilai dari aspek peratus penguasaan didapati bahawa 53.8%
atau sebanyak 14 mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara berbanding 34.61% atau 9 mata
pelajaran merekodkan penurunan. Selain itu satu mata pelajaran iaitu Geografi mengekalkan peratus
penguasaannya manakala 2 mata pelajaran tidak dapat dibuat perbandingan kerana tidak ada data.
Satu cabaran yang belum diatasi sepenuhnya ialah kecenderungan pelajar yang tidak begitu
melihat program Excel sebagai sama penting dengan ujian yang ditadbir oleh sekolah sepenuhnya.
Bersadarkan maklumbalas guru-guru didapati bahawa ramai pelajar yang kurang berusaha dalam
peperiksaan Excel oleh kerana mengharapkan adanya peperiksaan sekali lagi yang ditadbir
sepenuhnya oleh guru-guru mereka. Persepsi ini banyak mempengaruhi pencapaian pelajar serta
keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru. Selain itu terdapat juga rungutan di
pihak guru mengenai kualiti kertas soalan Excel yang mengandungi banyak kelemahan seperti
mengandungi banyak kesilapan serta penggunaan istilah yang jarang-jarang digunakan dalam kertas
peperiksaan biasa.
Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa peratus penguasaan ini terdapat petanda jelas
trend peningkatan yang kita harapkan akan berterusan dalam peperiksaan sebenar. Saya yakin,
berdasarkan pengalaman yang lalu, dan jika disandarkan dengan usaha-usaha yang kita telah
jalankan sepanjang tahun ini, pencapaian pelajar akan lebih baik dalam peperiksaan sebenar.

Cabaran Guru dan Aspek Yang Memerlukan Penambahbaikan Sepanjang


Tahun 2010
Di sebalik usaha semua pihak khususnya Jawatan Kuasa Kurikulum dan guru-guru yang
bertanggungjawab menterjemahkan perancangan strategik sekolah, masih banyak ruang yang boleh
ditambah baik pada masa hadapan. Antara yang penting diberikan perhatian ialah mengenai
keperluan latihan. Semua pihak yang terlibat perlu merancang bersama bentuk latihan yang perlu
untuk semua guru sama ada guru-guru senior mahupun guru-guru junior. Guru-guru junior perlu
dimantapkan dengan realiti sebenar dunia pendidikan manakala guru-guru senior perlu bersedia
membimbing guru-guru junior agar dapat bersama-sama melonjakkan pencapaian di sekolah ini.
Selain itu guru-guru senior juga perlu meneruskan pendidikan sepanjang hayat supaya tidak
ketinggalan dengan perubahan kurikulum dan ilmu-ilmu semasa. Pengetahuan yang dipelajari 15
tahun di maktab atau universiti tentunya tidak dapat dijadikan modal ilmu selama-lamanya. Oleh itu
guru-guru yang ada di sekolah ini dalam kategori ini perlulah proaktif meningkatkan pengetahuan
agar kekal relevan dengan perubahan kurikulum yang telah dilaksanakan serta tuntutan negara.
Anggota Jawatan Kuasa Kurikulum khususnya Panitia Mata Pelajaran perlu memainkan
peranan dengan lebih proaktif. Berdasarkan laporan awal panitia pelajaran, selain daripada panitia
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu serta sebilangan kecil panitia lain, didapati masih terlalu kurang
bermesyuarat secara formal. Terdapat panitia mata pelajaran pada tahun 2010 yang hanya
melaporkan sekali mengadakan perbincangan /mesyuarat formal. Saya percaya, perbincangan
profesional dalam kalangan panitia boleh menjadi penentu kepada kejayaan panitia mata pelajaran.
Perbincangan formal membolehkan perancangan dapat dibuat dengan teliti serta dapat dipantau
pelaksanaannya. Oleh sebab itu, jadual mesyuarat pada tahun 2011 telah dimasukkan dalam takwim
induk sekolah agar panitia dapat diingatkan untuk melakukan mesyuarat masing-masing.
Perbelanjaan Peruntukan PCG semua mata pelajaran pada tahun ini telah dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, pihak pentadbir mendapati masih memerlukan penambahbaikan khususnya
dalam pelaksanaannya. Sekali lagi panitia mata pelajaran dituntut untuk membuat perancangan
lebih jelas supaya peruntukan itu dapat memanfaatkan pelajar khususnya. Ini termasuklah
merancang perolehan yang benar-benar relevan dengan keperluan pelajar. Prosedur perlu menepati
peraturan-peraturan kewangan perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah audit. Dalam hal
ini semua Guru Kanan Bidang dan Ketua Panitia perlulah menurunkan ilmu yang telah diperolehi
melalui bengkel-bengkel sebelunya untuk membantu pembantu tadbir memantapkan pengurusan
kewangan di sekolah kita.
Pada tahun ini, timbul juga dilema guru yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana
bertugas di luar sekolah. Perkara ini sememangnya jelas khususnya kepada guru yang aktif dalam
sukan dan terpaksa menguruskan atlet sekolah dalam kegiatan sukan di luar sekolah. Selain itu
terdapat juga guru-guru yang telah mendapat kepercayaan sekolah lain untuk membantu
meningkatkan pencapaian pelajar mereka. Dari satu segi, situasi ini sememangnya tidak dapat
dielakkan. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah tidak boleh menekankan aspek kurikulum
sahaja kerana pelajar juga mempunyai potensi lain dalam bidang ko-kurikulum, Sepanjang tahun
2010, ramai pelajar sekolah yang turut cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum seperti bidang
olahraga, sukan dan permainan, koir, tarian dan sebagainya yang sudah tentu mencapai
kecemerlangan hasil bimbingan dan komitmnen guru. Tidak hairanlah terdapat peningkatan
bilangan guru yang bertugas di luar sekolah kerana diberikan kepercayaan oleh pihak Pejabat
Pelajaran Daerah Kota Belud untuk membantu menguruskan program JPNS di peringkat daerah.
Beberapa guru lagi dari sekolah ini seperti mantan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Juilis
Mokujal, Guru Cemerlang Ekonomi Encik Choo Han Chyi, Penyelaras Mata Pelajaran Prinsip
Akaun yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamri Ahmad terus
mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pelajaran Sabah (JPNS) dan sekolah-sekolah lain untuk
mengendalikan ceramah dan bengkel bagi membantu sekolah lain. Situasi ini sesungguhnya tidak
dapat dielakkan tetapi langkah tertentu perlu dilakukan agar ketiadaan mereka di sekolah tidak
menghambat usaha pihak sekolah mempertingkatkan pencapai pelajar di sekolah ini. Sebarang
aktiviti luar yang melibatkan guru di sekolah ini perlu dirancang sebegitu rupa agar tidak
menganggu penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peranan Guru Jadual Ganti
dan Ketua Panitia amat diperlukan untuk mempastikan perlaksanaan kurikulum tidak terganggu.
Selain itu, mungkin sudah tiba masanya agar kita menguatkuasakan arahan dalaman agar program
guru memberikan ceramah di luar sekolah hanya dilakukan di luar masa mengajar guru tersebut.
Selain itu kira perlu mempertimbangkan situasi menang-menang dengan mencari guru-guru pakar
dari sekolah lain untuk membantu kita memantapkan perlaksanaan kurikulum di sekolah ini.
Satu lagi isu yang perlu diambil perhatian ialah pengurusan Jadual Waktu. Sejak dahulu lagi,
kita sememangnya berusaha untuk memantapkan pengurusan jadual waktu tetapi semua pihak
haruslah memahami bahawa pengurusan jadual waktu bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai
sebuah sekolah Gred A dan mempunyai lebih 100 orang guru, memang agak mustahil kita dapat
menghasilkan jadual waktu mengajar yang benar-benar ‘zero rungutan’. Antara isu yang timbul
ialah pengagihan jadual waktu yang tidak seimbang dari segi bilangan masa mengajar, rungutan
guru yang tidak mendapat mata pelajaran opsyen, pilihan mengajar di sidang petang atau sidang
pagi, pilihan mengajar mata pelajaran peperiksaan dan bukan peperiksaan, mengelakkan diri
mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan banyak
lagi isu lain. Mulai tahun 2009, Jawatan Kuasa Kurikulum telah mengeluarkan dasar pengagihan
jadual waktu iaitu antara lainnya ialah memberikan suara dan peranan yang lebih besar kepada
Ketua Panitia untuk memilih guru yang sesuai dengan mengambil kira opsyen guru serta kesesuaian
dan pengalaman guru sebagai asas pemilihan guru mengajar. Pilihan itu turut diteliti oleh Guru
Kanan Bidang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pentadbir. Walau bagaimanapun pihak pentadbir
tidaklah dapat menjamin 100 peratus bahawa pilihan itu dapat memuaskan sepenuhnya guru oleh
kerana kekangan opsyen yang tidak menentu. Terdapat mata pelajaran yang mempunyai bilangan
opsyen lebih daripada sepatutnya manakala terdapat pula opsyen yang kurang atau tiada langsung
dalam sesetengah mata pelajaran.
Dalam tahun akan datang ini, pihak sekolah akan terus memberikan penekanan kepada guru-
guru yang mengajar di kelas-kelas menengah rendah dengan mengambil kira keperluan bagi
matapelajaran kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di samping
memantapkan guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan melalui program-program
pemantapan seperti latihan, kursus dan perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah berwibawa yang
lain. Selain itu, sekolah akan terus berusaha memantapkan jadual pengganti untuk mengatasi
masalah tiada guru masuk ke kelas pada masa-masa tertentu oleh kerana masalah pelbagai seperti
masalah kesihatan guru, guru bertugas di luar dan sebagainya.
Sepanjang tahun 2010, sekolah telah mendapat sokongan dan bantuan Persatuan Ibubapa
Guru (PIBG) dalam pelaksanaan program yang memerlukan penglibatan mereka. Salah satu
program yang menonjol adalah Program Kerja Rumah Semasa Cuti-Permuafakatan (KRSC-P) di
mana pihak PIBG telah menaja kertas yang digunakan untuk menjayakan program ini. Walau
bagaimanapun, jaringan kerjasama ini perlu dipertingkatkan. Umum mempercayai sumbangan dan
peranan masyarakat khususnya ibubapa dalam meraih kejayaan yang lebih besar terhadap
pendidikan anak-anak. Oleh sebab itu kerjasama yang lebih luas sememangnya penting untuk
melonjakkan kejayaan sekolah dalam semua bidang.
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru telah melaksanakan tugas
sebaik mungkin. Perancangan awal telah dilakukan dan pelaksanaan kurikulum juga dipantau ketat
pihak pentadbir khususnya pengetua. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak ruang untuk
penambahbaikan pada tahun akan datang. Sudah tentu kerjasama serta komitmen semua pihak
adalah aset terpenting untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.

You might also like