You are on page 1of 2

Jenis-Jenis Skala Pengukuran

Sikap boleh diukur menggunakan skala pengukuran yang berlainan iaitu:


a) Skala Nominal
• Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual
eksklusif”, di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.
• Tidak perlu aturan atau ruangan
• Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain
di antaranya).
• Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa.

b) Skala Ordinal
• Objek disusun dengan mengaturnya mengikut satu aturan angkubah
umum.
• Skala mengkategorikan pembolehubah untuk melambangkan
perbezaan kualitatif diantara pelbagai kategori dan menyusun atur
pembolehubah berkenaan. Penyusunan dibuat mengikut keutamaan
dan diberi nombor 1, 2 dan seterusnya.
• Contoh : Responden dikehendaki menyatakan keutamaan mereka
dengan menyusun 5 kebaikan menggunakan periuk nasi eletrik.

Kegunaan Susunan

1. Mengukus ikan _______________


2. Memasak nasi _______________

3. Memasak sup _______________


4. Menggoreng ikan _______________
5. Memasak kari ayam _______________
c) Skala Interval (Sela)
• Membenarkan kita untuk melaksanakan operasi aritmatik ke atas data
yang dikumpul dari responden.
• Ia mempunyai ciri-ciri skala nominal dan skala ordinal juga “Equality
of Interval”.
• Ia bukan sahaja membahagikan individu kepada kategori dan membuat
susunan keutamaan tetapi juga mengukur besarnya perbezaan dalam
keutamaan individu itu.
• Contoh :

Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Mengukus ikan 1 2 3 4 5
Memasak nasi 1 2 3 4 5
Memasak sup 1 2 3 4 5
Menggoreng ikan 1 2 3 4 5
Memasak kari ayam 1 2 3 4 5

d) Skala Nisbah
• Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal
yang unik (bukan titik rambang yang asal).
• Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.
• Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat
dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau
membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi
akan memberikan nisbah 2:1
Contoh lain : umur sebenar, pendapatan dan lain-lain.

You might also like