KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
1.

TAHUN 2011

Tahukah anda apa itu KSSR?

TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

2.

Mengapa Transformasi?

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

Muka Surat 1

KSSR

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2011

3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:  Komunikasi  Manusia dan alam sekeliling  Perkembangan diri individu KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:  Komunikasi  Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika  Sains dan teknologi  Keterampilan diri

Bahan kurikulum:  Sukatan Pelajaran

Bahan kurikulum:  Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:  Linear

Reka bentuk kurikulum:  Modular Organisasi kurikulum:

Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras dan Elektif

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit

Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira)

Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor

Muka Surat 2

Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai. Sementara bagi Masalah Pembelajaran. Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan. Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran. Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Kemahiran Manipulatif)  Asas 3M (Membaca. Seni Muzik)  Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  Pendidikan Jasmani. Menulis. bahasa Inggeris dan matematik  Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual. mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia. kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri. TAHUN 2011 Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3 . Pengurusan Tingkah Laku.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 4.

kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. menyeronokkan dan bermakna. Bagi tahap satu. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. kemahiran dan nilai. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 5. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. modul teras to dan modul elektif. kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas. TAHUN 2011 Kurikulum terbaik sekolah rendah. Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas         Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Gina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4 .

Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif      Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Manakala bagi tahap dua. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk muridmurid tahun empat. Teras Tema  TAHUN 2011 Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Modul.Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian. kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif.Pendidikan Jasmani   Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik . Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2 Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi         Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Modul Sains dan Teknologi Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika . Sikap dan Nilai  Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5 .

pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni. 7. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Tiga Kemahiran baru merentas subjek.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Modul Kemanusiaan  TAHUN 2011 Sejarah Mata Pelajaran Elektif Modul Komunikasi Elektif     Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun 6. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d ya n g d i t e t a p k a n . Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6 . 10 tahun kemudian. Secara umumnya. A k t i v i t i p e m u l i h a n.

organisasi. elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk. Namur. berpengetahuan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7 .KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Mulai 2011. kritis dan berinovasi. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain. berfikiran kreatif. kaedah pentaksiran. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. kandungan. peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi. Realitinya. Justeru. adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020. Justeru. peruntukan masa. keusahawanan. teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik. Cabaran Abad ke-21. pedagogi. berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam. Jika sebelum ini. kini. S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR pada tahun hadapan. terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Seperti elemen nilai tambah yang lain. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa. dan melahirkan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Menyedari hal tersebut. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8 . elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. persaingan global. Sehubungan itu. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan.

Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 8. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR. bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9 . 2. para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. 1. TAHUN 2011 Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik. kemahiran dan nilai. sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif. bahasa rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan. kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. bahasa perpaduan.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 10 . Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan p e m b e l a j a r a n u n t u k dijadikan panduan kepada para pendidik. Modul Dengar Tutur Modul Membaca Modul Menulis Modul Seni Bahasa Modul Tatabahasa 4. Kepelbagaian teknik pengajaran ii. iii. Antaranya ialah. memperkaya kosa kata. yangtepat iv. Kepelbagaian sumber bahan iii. Pendekatan modular TAHUN 2011 Merujuk kepada keduadua standard kandungan dan standard pembelajaran yang diorganisasikan dalam bentuk bahagianbahagian yang diasingkan dalam bentuk modul iaitu: i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Kemahiran berfikir ii. Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah r e n d a h yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi).KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 3. Penggunaan tatabahasa. B a g i m e m a s t i k a n objektif tersebut tercapai. iv. meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Memperkayakan bahan bacaan Asp e k K em ahi r an bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur Berbentuk serampang dua mata: i. ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. i. Berpusatkan murid i. v. i.

Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca. Kemahiran belajar cara belajar iv. Kajian masa depan v. ii. penyerapan. Contohnya. Pembelajaran konstruktivisma vii. Cara menterjemahkan pernyataan standard kurikulum  Baca perkataan demi p e r k a t a a n d a l a m setiap pernyataan untuk memahami maksud dan hasrat kurikulum yang terkandung pada pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat. Kecerdasan pelbagai vi. Setiap kemahiran utama dipilih mesti digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan dalam setiap aktiviti. Pembelajaran kontekstual viii. pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembel ajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Kem ahi ran m en dengar dan bertutur dengan kemahiran menulis. Penggabung jalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Keusahawanan Sementara itu. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 11 .KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH iii. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa i. Selain aspek kurikulum yang dinyatakan. konsep 5P iaitu pengabung jalinan.   Rancang aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Kreativiti dan inovasi TAHUN 2011 ix. pengayaan. kemahiran serentak. 1. iii. beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran Antaranya.  Pastikan aktiviti yang dirancang tidak tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan kehendak kurikulum.

KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2. Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan. Aspek komunikasi.  Langkah kedua: Bina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan k e m a h i r a n ya n g dipilih. Peringkat perancangan pengajaran  TAHUN 2011 Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang akan diajar. seterusnya pilihlah kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.   Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan. Aktiviti pengajaran yang sesuai  Menggunakan cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 12 . Penyampaian yang berkesan dan membolehkan majoriti murid menguasai kemahiran yang diperlukan. kritis dan inovatif ke a r a h m e l a h i r k a n murid kreatif' dan inovatif.  Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai dalam pengaja r a n p e m belajaran tersebut. dan  Langkah kelima: Fikirkan pendekatan.  Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran ya n g d i p i l i h b e r sesuaian dengan masa pengajaran.  Menggalakkan murid berfikir secara kreatif. kaedah. Peringkat penyampaian pengajaran  Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid     Bahan bantu mengajar yang sesuai. 3. strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.  Berlakunya pemulihan dan penggayaan. 4. Aspek kawalan kelas.

KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 5. Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid. Jika tidak tercapai mengapa?     Adakah kaedah penyampaian terdapat kelemahan? Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan? Adakah aktiviti dan k e m a h i r a n ya n g dipihh tidak sesuai? Akhirnya memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran berikutnya. 6. Mendengar. Mendengar. mengecam. iii. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan tahun satu di semua sekolah rendah seluruh negara telah memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai elemen baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( & ) P P. ii. memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat. Dapat menarik tumpuan murid. diftong. vokal berganding. iv. mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul. Mengapa perlu refleksi? Untuk melihat sama ada objektif tercapai atau tidak. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 13 . Penyampaian berkesan     TAHUN 2011 Mestilah mudah difahami oleh murid. Kementerian Pelajaran (KPM) telah menetapkan objektif standard pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini. Kemahiran mendengar dan bertutur. digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat. memahami. Aktiviti mudah dilaksanakan. Mendengar. i. Peringkat Selepas Pengajaran   A d a n y a p r o s e s refleksi. 9. menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. Antara objektif tersebut adalah. Mendengar. mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.

Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. dan viii. vii.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH v. vi. membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa. Memberi peluang murid terlibat secara aktif agar dapat mempercepatkan penguasaan kemahiran. pesanan. vii. TAHUN 2011 Mendengar. v. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 14 . jeda dan tatabahasa. iii. Bertutur dengan bahasa yang mudah. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan berserta dengan motivasi. vi. memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak lake berdasarkan arahan. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep. Terdapat 10 prinsip kemahiran mendengar Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. jelas. ii. 10. x. Setiap aktiviti dan kemahiran. dan pertanyaan dengan betul. aksi atau cara-cara lain yang berkesan. iv. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-samakemahiran lain. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila. intonasi. i. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. tepat dan. kata panggilan. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat. ix. viii. kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

i. iv. selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Mengenal sebab dan akibat. ii. mengajuk memilih bunyi.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 11. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. vi. Perkembangan kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. vi. Mengenal maklumat khusus. i. 2. memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Peringkat Awal Mengecam. iii. ii. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap. iaitu 1. makna perkataan. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar. iii. Peringkat Pertengahan Mengecam. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. dan mengingat fakta. dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang kah apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya. Mengesan urutan maklumat. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi. v. Mendengar dan mengecam. iv. Melakukan sesuatu yang disuruh. TAHUN 2011 Kemahiran mendengar Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti. Bertindak terhadap soalansoalan mudah. v. rangkai kata dan ayat-ayat. Menjalankan perintah dan permintaan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 15 .

Melafazkan.dan menulis. jelaslah bahasa tujuan mempelajari lisan bukan hanya setakat mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Peringkat Awal i. Peringkat Maju i. menyampaikan maklumat. Penekanan juga diberi epada penggunaan tatabahasa yang betul. keupayaan bertutur akan terjadi. Begitu juga apabila mahu membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain. v. perkataan dan ayat yang yang didengar. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. Mentafsir maksud orang yang bercakap. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang merupakan kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. TAHUN 2011 12.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 3. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. iv. ii. perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan ertatasusila. Oleh itu. mengajuk. iaitu 1. vi. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 16 . vii. pendapat. Perkembangan kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Mengenal isi-isi penting. Apabila mempunyai keinginan mempelajari sesuatu bahasa. keupayaan bercakap akan berlaku. Kemahiran bertutur Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama serta merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanakkanak sebelum mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran membaca. iii. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap.

vi. vi. 2. laporan atau ulasan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 17 . iv. kejadian. Memberi ulasan. Menyampaikan komen. iv. Memberi komen mudah. ii. Mendeklamasi puisi. iii. iii. Mendeskripsi sesuatu peristiwa. vii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. ii. Peringkat Pertengahan. 3. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar. iv. pengalaman. Bercerita berdasarkan gambar dan pengalaman. Menyoal dan menjawab soalan. v. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Peringkat Maju i.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ii. perbualan atau dialog. v. Bertindak terhadap soalan mullah.objek dan lain-lain. TAHUN 2011 Membuat ayat mengenai diri sendiri dan membuat ayat daripada gambar. i. Mengambil bahagian alam drama atau lakonan. Memberi ucapan pendek. pendapat atau pandangan mudah. Perbualan mudah. Mengambil bahagian dalam perbincangan. iii.

ibu bapa dan pihak berkepentingan. Selain itu. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. pembelajaran kepada hands-on projek. Aktiviti pemulihan. kecerdasan murid-murid tersebut. pembelajaran secara kontekstual. pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 13. Penekanan. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. pengurus kurikulum. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Pengajaran dan Pembelajaran menarik. berasaskan pembelajaran secara konstruktivisme. KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 18 . Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian. pentaksiran holistik KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. Teaming seperti inkuiri penemuan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana.

KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 14. Buku teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. menyurih dan mewarna Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi memudahkan guru membuat rujukan Setiap kemahiran barn yang diperkenalkan akan diikuti den gan penilaian mudah untuk menaakul atau membuka kepada perbincangan Penulisan berbentuk modular di mans persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi subjek yang berkaitan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 19 . menampal. Proses pembekalan untuk kesemua negeri dijangka selesai pada minggu kedua Disember ini. Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 30 peratus proses pembekalan telah berjaya diselesaikan. PEMBEKALAN buku teks Kurikulum S t andard S ekol ah R endah (KSSR ) 2011 ke sekolah-sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sarawak. Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan pembekalan buku teks berkenaan sampai dan diterima oleh semua sekolah di seluruh negara supaya is dapat digunakan persekolahan tahun 2011. la melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul buku tahun satu. pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting. Senarai buku teks KSSR kegunaan tahun satu mulai 2011 Ciri-ciri buku teks KSSR pada hari pertama sesi         Terdapat dalam dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti Mengandungi nota guru untuk membantu cikgu menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan. TAHUN 2011 Bekalan buku teks selesai Disember 2010.

Bahasa Inggeris. menyeronokkan dan bermakna. permintaan daripada murid dan prasarana sekolah. Menurut kementerian. Bahasa Tamil. Pada tahap satu. Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Sehubungan itu. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK). Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh dan ditambah baik. Modul Teras Asas merangkumi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia. kurikulum disusun dalam bentuk Modul Teras Asas. Dunia Muzik. Dalam KSSR.380 minit seminggu TAHUN 2011 KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah rendah seluruh negara mulai 2011 ini. Dunia Seni Visual. la juga meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan sekolah terutama dalam penyediaan guru. Pendidikan Jasmani. jumlah masa yang diperuntukkan pula ialah selama 1. Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Mulai 2011. Matematik. Bahasa Cina. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK). KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar sekolah tahun satu.380 minit seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) 30 minit. Terdapat 1. beberapa disiplin ilmu digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. KSSR telah melalui proses transformasi dan surat pekeliling mengenainya telah diedarkan. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 20 . Semua sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen standard bagi setiap kurikulum KSSR. Modul Elektif pula ialah Bahasa Arab. Semua sekolah perlu menyediakan jadual waktu mengikut masa ditetapkan KSSR. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010 telah dikeluarkan bagi memaklumkan kepada guru besar dan guru-guru mengenai perlaksanaan KSSR itu. Manakala Modul Teras Tema melibatkan Dunia Kesenian.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 15. Dunia Sains dan Teknologi. Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

lban/B.Arab/BCSK/BTSK/B.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 16. Kadazandusun Perhimpunan Jumlah 10 Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 21 . Peruntukan masa KSSR TAHUN 2011 BIL MODUL MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) SK 360 300 180 180 60 30 180 60 30 60 90 30 1380 SJKC 300 150 360 120 120 60 30 180 60 30 60 30 1380 SJKT 300 150 360 120 120 60 30 180 60 30 60 30 1380 MODUL TERUS ASAS 1 Bahasa Malaysia 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Cina Bahasa Tamil 4 Pendidikan Islam 5 Pendidikan Moral 6 Pendidikan Jasmani 7 Pendidikan Kesihatan 8 Matematik MODUL TERUS TEMA 9 Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi B.

menulis dan mengira. bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 17. mempunyai keyakinan dm. menghayati dan mengamalkan semangat perpaduan dan cintakan negara. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan. KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca. serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. dibekalkan dengan pengetahuan. kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.21. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 22 . kandungan. organisasi. pedagogi. beretika. (3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk. kaedah pentaksiran. alam sekitar dan patriotisme juga diberi tumpuan. pengurangan bilangan mata pelajaran. Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. dan kemahiran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan. bahan dan pengurusan kunkulum di sekolah. keusahawanan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke. bersikap patriotik. peruntukan masa. TAHUN 2011 Soal jawab mengenai KSSR Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ? Adakah kurikulum yang sedia ada tidak cukup baik? Transformasi kurikulum kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada. Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan round. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

kecerdasan yang pelbagai dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan kandungan kurikulum. ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari jawapan yang bukan konvensional   kebolehan mencerna idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi Guru perlu memahami hasrat KSSR dan berupaya mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum sewaktu proses P&P. Guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid mencapai standard yang telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. guru perlu mengambil kira keperluan murid yang mempunyai Tatar belakang berbeza. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 23 . Antara ciri murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan inovatif adalah seperti berikut:  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana pihak sekolah akan menilai inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan untuk mentafsir KSSR menurut fahaman masing-masing? KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya menjadi amalan dan budaya dalam kalangan murid. menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif  kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi. Dalam konteks ini. idea kreatif dan pemikiran kreatif    kebolehan untuk menghasilkan idea yang tulen.

pengitlakan dan kesimpulan serta. ash atau baru kebolehan meneroka bidang & teknologi baru kebolehan mencari kebolehan mencema idea bagi menyelesaikan tugasan kebolehan mencari penyelesaian berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 24 . kriteria murid yang boleh dinilai sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah seperti. menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif      kebolehan untuk menggunakan daya imaginasi. masalah Konstruktivisme Kontekstual Pengajaran Berasaskan Masa Depan Pembelajaran Berasaskan Projek Pendekatan pengajaran. bagaimana guru dapat menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar melalui P&P? Guru perlu menggunakan pendekatan seperti berikut:       Inkuiri penemuan Penyelesaian.  kebolehan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu. bersifat 'hands-on" dan "experiencial learning" yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dapat menonjolkan kemahiran menaakul untuk meningkatkan keberkesanan murid membuat interpretasi. sintesis.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Dalam KSSR. Apakah kriteria yang digunakan untuk mengukur kreativiti pelajar? Antara. analisis. yang tulen. idea kreatif dan pemikiran kreatif kebolehan untuk menghasilkan idea. penilaian. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

6 Tunjang Gambarajah Reka Bentuk KSSR Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 25 .KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Bagaimana KSSR dapat memupuk kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama ada melalui kurikulum mahupun kokurikulum? Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

IAB. Strategi yang akan dijalankan untuk pendedahan masyarakat umum. ialah:  Interaksi bersemuka: Perayaan Hari Guru. RTM. masyarakat. BPSH. PPD Bahagian KPM — IPGM. Program Jom Heboh TV3. Hari temu Pelanggan. Kursus Pendedahan KSSR    Guru Besar dan pentadbir sekolah Jabatan Pelajaran Negeri. JNJK.semua mata pelajaran Guru mata pelajaran B. iklan Media Elektronik: ASTRO.KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Apakah persiapan yang telah dilakukan untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-guru yang terbabit dilatih? KPM menjalankan pelbagai strategi dan persiapan bagi memastikan KSSR dapat dilaksanakan sebagaimana dihasratkan. majalah. TV3 Penerbitan bahan: brosur. Kursus Orientasi KSSR kepada:   Jurulatih Utama . LPM. laman web BPK Media Cetak: akhbar. NGO & Warga Pendidik. ibu bapa. BPG. pameran. cd Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 26 . Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia. taklimat     Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman web KSSR. Penyebaran Umum kepada. BBT C. buku penerangan. Antara strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:- A.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful