P. 1
Hadith 561

Hadith 561

|Views: 113|Likes:
Published by Hamidah Mohamed

More info:

Published by: Hamidah Mohamed on Dec 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2011

pdf

text

original

SUMBANGAN HADITH NABAWI DALAM PEMANTAPAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN: KAJIAN TERHADAP FIQH HADITH “ISLAM, IMAN

DAN IHSAN” DALAM MODEL LATIHAN ESQ WAY 165 Dr. Adnan Mohamed Yusoff Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ABSTRAK Program latihan pemantapan modal insan merupakan satu elemen penting pengurusan sumber manusia di sesebuah organisasi, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Berbagai modul yang sehingga kini masih didominasi oleh para pakar profesional dari barat dilaksanakan oleh para trainer, motivator atau fasilitator dari dalam mahupun luar negara menerusi program-program latihan, bagi memartabatkan nilai integriti, memperkasakan semangat kerjasama berpasukan, meningkatkan penghayatan terhadap visi, misi dan objektif organisasi serta memupuk ciri-ciri kepimpinan dan berbagai nilai positif lain dalam diri setiap warga kerja di hampir semua organisasi di negara kita. Walau bagaimanapun, jatidiri masyarakat negara ini yang masih kuat berpegang dengan prinsip serta ajaran Islam dan adat ketimuran menyaksikan suatu anjakan dalam pelaksanaan modul-modul terbabit dalam konteks pegangan dan kebudayaan berlaku secara konsisten di tangan para trainer, motivator atau fasilitator yang mempunyai input pengetahuan Islam yang baik. Situasi ini disokong oleh keyakinan bahawa Islam adalah sebuah agama yang komprehensif, progresif dan sentiasa mendorong umatnya supaya sentiasa berada di depan, memimpin umat manusia bukan sahaja untuk mencapai kegemilangan hidup di dunia bahkan juga kecemerlangan di akhirat. Hasil penelitian dan pengamalan yang berterusan dalam dunia perlatihan sumber manusia, sebuah model yang berinspirasikan prinsip serta falsafah yang tersirat di sebalik ajaran Islam diperkenalkan oleh Dr. Ary Ginanjar. Model yang diberi nama ESQ Way 165 ini diaplikasikan dalam berbagai siri latihan oleh para trainer dan fasilitator ESQ Leadership Training Center di berbagai peringkat. Modul latihan ini banyak menerapkan kefahaman serta penghayatan terhadap teks Quran dan Sunnah sebagai asas memahami langkah-langkah pemantapan nilai-nilai murni dalam diri setiap modal insan. Kajian ini akan memberikan fokus terhadap fiqh hadis “Islam, Iman dan Ihsan” yang menjadi asas pembinaan modul ini. Ia merupakan sebuah kajian perpustakaan yang berasaskan penelitian terhadap huraian yang diberikan kepada hadis ini dalam Model ESQ Way 165 dan huraian para ulama muktabar menerusi hasil karya mereka mengenai hadis ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian fiqh sunnah bagi hadis “Islam, Iman dan Ihsan” dalam modul latihan ESQ Way 165 ini. Antara hasil kajian yang dijangkakan ialah pengasas model ini telah melakukan suatu usaha yang patut diberi rangsangan kerana berjaya membawa fiqh sunnah yang telah dikemukakan oleh para ilmuan terdahulu dalam konteks pemantapan modal insan semasa sesuai dengan isu dan situasi yang dihadapi oleh dunia pengurusan sumber manusia di abad modern.

Latar belakang hadis “Islam, Iman dan Ihsan” Hadis Islam, Iman dan Ihsan merupakan sebuah hadis sahih yang amat masyhur dalam kurikulum pengajian Islam dalam kalangan masyarakat Islam seluruhnya. Sama ada dalam bentuk pengajian formal atau tidak, hadis ini menjadi antara sukatan utama para ulama dan pendidik dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam. Secara ringkasnya hadis ini dikeluarkan oleh para muhaddithin muktabar dalam kitab-kitab hadis penting mereka termasuk al-Bukhari, Muslim, al-Nasa’iyy, Ibn Majah, Ahmad, Ibn Hibban, Ibn Khuzaymah dan al-Tayalisiyy. Kewujudan hadis ini dalam dua kitab sahih tertinggi dalam turath Islam yang diperakui kesasihan hadis-hadis di dalamnya oleh para ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah, mengeluarkan hadis ini dari pertikaian mengenai kesahihanya dari sudut riwayat. Para ulama yang membahaskan hadis ini akan lebih memberikan fokus kepada aspek dirayah atau fiqh hadis yang tersirat di dalamnya. Secara umumnya, hadis ini diriwayatkan dari beberapa orang sahabat terkenal, iaitu Umar bin al-Khattab, Abu Hurayrah, Abu Zar al-Ghifariyy dan Ibn Abbas dari Rasulullah s.a.w. Kesemua riwayat sepakat dalam menjelaskan hal ehwal berkaitan Islam, Iman, Ihsan, tanda-tanda kiamat dan identiti lelaki yang datang bertanyakan halhal ini kepada Rasulullah s.a.w. Terdapat sedikit perbezaan pada susunan soalan serta susun kata dalam dialog yang berlaku antara lelaki tersebut dan Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidaklah menjejaskan maksud keseluruhan hadis tersebut. Perbezaan ini jika dilihat secara keseluruhan, sangat konsisten memberikan gambaran yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membantu para ulama memberikan huraian serta penerangan yang jelas mengenai peristiwa yang berlaku serta maksud sebenar serta pengajaran di sebalik jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh lelaki tersebut. Sebagai gambaran dinukilkan secara umum ringkasan hadis ini seperti yang dapat difahami dari riwayat-riwayat yang dinyatakan di atas. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat dalam suatu majlis, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali oleh seorangpun dari kalangan mereka. Setelah memberi salam dan mendapat keizinan, beliau menghampiri Rasulullah s.a.w. lalu bertanya mengenai Islam. Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam ialah bahawasanya engkau menyaksikan tiada tuhan melainkan Allah serta baginda adalah pesuruhNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji jika berkemampuan. Kemudian beliau bertanya mengenai Iman. Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman ialah bahawasanya engkau beriman kepada Allah S.W.T. para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari pembalasanNya serta qada dan qadarNya sama ada yang baik mahupun buruk.. Seterusnya beliau bertanya tentang Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan adalah bahawasanya engkau menyembah Allah S.W.T. seolah-olah engkau melihatNya, jika tidak mampu maka hendaklah engkau yakini bahawasanya Dia melihatmu. Beliau bertanya lagi: Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku bilakah akan berlaku kiamat. Rasulullah s.a.w. menjawab: Tidaklah orang yang

2

ditanya itu lebih arif dari yang bertanya, akan tetapi aku boleh menceritakan kepadamu tentang tanda-tandanya. Apabila engkau melihat wanita-wanita melahirkan tuan mereka, maka itu adalah sebahagian dari tanda-tandanya. Apabila engkau melihat kaum yang suatu ketika dulu susah dan ketinggalan, tidak berpakaian dan berkasut menguasai dunia, maka itu adalah sebahagian dari tanda-tandanya. Apabila engkau melihat kaum yang suatu ketika dahulu adalah para penternak binatang berlumba-lumba membina bangunan tinggi, maka itu adalah sebahagian dari tanda-tandanya. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan sepotong ayat mengenai lima perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah S.W.T. bermaksud: “Sesungguhnya di sisi Allahlah ilmu bila berlakunya kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, Dialah yang mengetahui apa yang ada dalam rahim-rahim. Tidak seorangpun mengetahui apa yang akan diusahakan pada esok hari dan tidak seorangpun yang mengetahui di bumi manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas PengetahuanNya.” Setelah itu, lelaki itu pergi meninggalkan majlis Rasulullah s.a.w., lalu baginda meminta supaya para sahabat membawa lelaki itu supaya kembali, akan tetapi mereka tidak menemuinya lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabat bahawa lelaki tadi sebenarnya ialah Jibril a.s. yang datang untuk mengajarkan kepada mereka hal ehwal agama mereka. Seperti yang telah dinyatakan, terdapat beberapa perbezaan dalam riwayatriwayat hadis ini yang memberikan gambaran yang jika digabungkan akan memberikan kefahaman lebih jelas tentang maksud serta pengajaran yang tersirat di dalamnya. Antara lain seperti dalam catatan berikut: i. Bahawa wajah lelaki dalam hadis itu sungguh tampan dan keadaannya pula sangat kemas dan tertib, serta tiada kesan menunjukkan bahawa ia menempuhi suatu perjalanan yang jauh. ii. Bahawa ketika duduk di sisi Rasulullah s.a.w., lelaki berkenaan duduk dalam keadaan lututnya bersentuhan dengan lutut baginda dan tangannya diletakkan di atas dua paha baginda. iii. Bahawa Rasulullah s.a.w. dalam majlis tersebut duduk di atas suatu tempat yang disediakan oleh para sahabat untuk baginda supaya orang yang tidak mengenali baginda dapat membezakan antara baginda dengan para sahabat lain. iv. Bahawa setiap kali selesai Rasulullah s.a.w. mejawab soalannya, lelaki itu berkata: Benar. v. Bahawa para sahabat hairan dengan keadaan lelaki tersebut yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w., tetapi dalam masa yang sama mengiyakan jawapan baginda seolah-olah beliau telah mengetahui jawapan kepada soala-soalan tersebut. vi. Bahawa terdapat perbezaan yang ketara pada tertib soalan mengenai Islam dan Iman. Sesetengah riwayat mendahulukan pertanyaan mengenai Islam manakala riwayat lain pula sebaliknya. Manakala perbezaan pada tertib Ihsan agak kurang kerana kebanyakan riwayat konsisten meletakkannya pada tertib terakhir selepas Islam dan Iman.

3

vii.

Bahawa salah seorang sahabat yang meriwayatkan hadis ini, Umar bin al-Khattab berada dalam keadaan kehairanan selama tiga hari mengenai identiti lelaki dalam hadis, sehingga diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Perbezaan-perbezaan yang disebutkan di atas jika diteliti dari disiplin ilmu fiqh hadis, sebenarnya bukanlah suatu percanggahan seperti yang boleh dieksploitasi oleh sesetengah pihak seperti para anti hadis, sebaliknya perbezaan-perbezaan ini sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain dalam membantu kita memahami, menghayati, seterusnya mengaplikasikan hadis ini dalam kehidupan harian. Fiqh hadis “Islam, Iman dan Ihsan” dalam warisan nabawi Setelah merujuk kepada kitab-kitab turath yang menghuraikan hadis ini, secara umunya dapat dirigkaskan fokus huraian mereka seperti yang kebanyakannya dihimpun oleh Ibn Hajar al-Asqalaniyy dan dipetik daripadanya pula oleh para ulama selepas beliau, adalah perbahasan seperti berikut: i. Huraian mengenai hubungkait Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiga istilah ini merupakan kata kunci bagi hadis ini. Sebahagian besar huraian para ulama adalah tertumpu kepada ketiga-tiga istilah ini dari sudut istilah dan makna sebenar seperti yang dapat difahami dari lafaz hadis. Penditilan diberikan mengenai pecahan yang terdapat dalam jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam ketiga-tiga istilah ini, terutamanya mengenai Islam dan Iman yang terkandung di dalamnya rukun-rukun yang dipelajari oleh setiap muslim. Perbezaan pandangan ulama fiqah dan kalam juga disebut bagi memberikan pandangan yang lebih tepat berdasarkan nas dari riwayat hadis. Misalnya maksud ibadat, makna iman, masalah melihat Allah S.W.T. serta maksud dan makam Ihsan berdasarkan hadis.1 ii. Kedudukan hadis sebagai Umm al-Sunnah. Para ulama menerangkan bahawa hadis ini boleh dianggap sebagai Umm kepada sunnah secara keseluruhannya, sebagaimana surah al-Fatihah dianggap sebagai Umm kepada al-Kitab. Ini adalah kerana pengajaran yang tersirat di dalam hadis ini merangkumi keseluruhan ajaran Islam yang diterangkan dalam hadishadis lain sebagaimana kedudukan surah al-Fatihah yang merangkumi asas kepada seluruh ajaran yang terkandung di dalam Quran.2 iii. Perbezaan lafaz hadis antara riwayat-riwayat oleh para rawi hadis. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, perbezaan pada lafaz hadis yang menjadi asas panduan kepada para ulama untuk memberikan kefahaman serta pengajaran menyeluruh dari hadis ini turut mendapat fokus dalam kitabkitab fiqh al-Sunnah. Perbezaan lafaz dalam memberikan gambaran mengenai latar belakang peristiwa, keadaan serta sifat lelaki yang menghadiri majlis Rasulullah s.a.w., struktur serta lafaz soalan beliau, jawapan baginda Rasulullah s.a.w. dihuraikan dengan jelas. Bagaimana Umar yang meriwayatkan hadis ini mengetahui bahawa tiada seorangpun
1 c

Al-Asqalaniyy, Ahmad bin Aliyy Ibn Hajar. 1379H. Fath al-Bariyy bi Sharh Sahih al-Bukhariyy. Tah. Abd al-Baqiyy, Muhammad Fu’ad & al-Khatib, Muhibb al-Din. Beirut: Dar al-Macrifah. Jld. 1. hlm. 80. 2 Ibid.

4

iv.

v.

vi.

vii.

dari kalangan sahabat dalam majlis itu yang mengenali identiti lelaki tersebut. Begitu juga perbezaan yang janggal juga diterangkan supaya tidak mengelirukan para pembaca, misalnya penjelasan terhadap riwayat yang menyebut bahawa lelaki tersebut dengan rupa sahabat terkenal Dehyah al-Kalbiyy sedangkan semua riwayat sepakat menyebut bahawa tiada seorangpun dari kalangan sahabat dalam majlis tersebut mengenali beliau.3 Keadaan Jibril ketika dalam hadis. Antaranya penditilan mengenai keadaan Jibril ketika datang, iaitu dengan berjalan kaki, dalam keadaan pakaian yang bersih dan putih, rambut dan janggutnya yang hitam, bau yang wangi, dan sebagainya. Begitu juga dijelaskan bahawa, sebelum memulakan pertanyaannya, Jibril terlebih dahulu memulakan percakapannya dengan salam dan memohon izin untuk memasuki majlis dan berada dalam keadaan paling hampir dengan Rasulullah s.a.w. Dihuraikan juga perbezaan pandangan mengenai sama ada Jibril meletakkan tangannya di atas paha Rasulullah s.a.w. atau di atas pahanya sendiri dan pendapat yang rajih dalam pesoalan ini adalah yang pertama berdasarkan riwayat dari Ibn Umar dan Abu cAmir al-Asyariyy.4 Ketakjuban para sahabat terhadap sikap Jibril. Para sahabat takjub dengan sikap lelaki dalam hadis yang bertanya tetapi seakan-akan sudah mengetahui jawapannya. Al-Qurtubiyy menjelaskan bahawa perkara ini berlaku kerana ketika itu wahyu sedang diturunkan dan ajaran Islam masih belum sempurna. Segala-galanya hanya datang dari Rasulullah s.a.w. Tiada siapapun yang lebih mengetahui tentang asas-asas Islam dari Rasulullah s.a.w. sehingga mampu memberikan pengesahan terhadap apa yang disampaikan oleh baginda, berbeza dengan lelaki dalam hadis ini. Apatah lagi lelaki ini tidak pernah dilihat bersama Rasulullah s.a.w.5 Perbezaan pandangan dalam menentukan maksud alamat kiamat, terutamanya mengenai ungkapan “hamba perempuan melahirkan tuannya”. Terdapat perselisihan pandangan ulama dalam menghuraikan ungkapan ini, sehingga ada yang menyebut tujuh pendapat. Antaranya ialah keluasan jajahan takluk umat Islam, orang Ajam melahirkan orang Arab, hamba-hamba melahirkan raja-raja, penderhakaan anak-anak kepada ibu dan lain-lain.6 Hikmah di sebalik tingkah laku lelaki yang agak pelik seperti melangkah masuk hingga sampai ke sisi Rasulullah s.a.w., sedangkan majlis tersebut telah dipenuhi oleh para sahabat yang datang lebih awal darinya, begitu juga dengan tingkah beliau yang meletakkan tangannya di atas paha Rasulullah s.a.w. adalah supaya ia lebih tidak dikenali oleh para hadirin dengan menyangkakannya adalah dari kalangan Arab Badwi.7 Hikmah pada susunan jawapan mengenai iman yang dimulakan dengan keimanan

3 4

Ibid. Ibid. 5 Ibid. 6 Ibid. 7 Ibid.

5

viii.

kepada Allah S.W.T. dan konsistensinya dengan ayat 285 dari surah alBaqarah adalah bagi menerangkan mengenai rahmat Allah S.W.T. yang diturunkan daripadaNya oleh para malaikat menerusi kitab-kitab kepada para nabi. Al-Imam al-Qurtubiyy juga menyebut bahawa hikmah di sebalik soalan-soalan ini adalah bagi menjelaskan kepada umum antara soalan yang perlu ditanya dengan yang tidak sepatutnya ditanya. Selain itu, soal jawab ini juga menjadi pemutus kata bahawa tidak ada sesiapapun yang mampu menjawab persoalan-persoalan berkaitan waktu kiamat kerana ia menjadi rahsia Allah S.W.T. yang tidak diperturunkan kepada sesiapapun.8 Pengajaran yang boleh dipetik dari hadis. Antaranya: pendapat al-Imam al-Qurtubiyy yang menyebut bahawa berdasarkan hadis ini, adalah digalakkan supaya para ulama atau pemimpin mengambil tempat khusus yang tinggi dan boleh dilihat ketika memberikan penerangan atau bimbingan kepada audiensnya.9 Dalam konteks gaya duduk lelaki dalam hadis ini yang meletakkan kedua tangannya di atas dua paha Rasulullah s.a.w., dapat dipelajari bahawa seorang alim harus bersabar di atas tingkah laku para pelajar, walaupun tindakan mereka kadang kala agak pelik atau mendatangkan ketidakselesaan.10 Mengenai pertanyaan Jibril soalansoalan yang telah diketahui jawapannya, para ulama mengambil pengajaran bahawa harus bagi seorang alim bertanyakan soalan kepada seorang alim lain untuk tujuan pengajaran. Al-Imam al-Nawawi menyebut antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ialah seseorang alim sepatutnya berterus terang jika tidak mengetahui jawapan terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya. Hal ini sekali-kali tidak menjatuhkan kedudukannya sebagai seorang alim, sebaliknya ia akan meningkatkan lagi sifat warak pada dirinya.11

Penerapan fiqh “Islam, Iman dan Ihsan”dalam Model ESQ Way 165 Model ESQ Way 165 telah diperkenalkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang Instruktur dan pakar dalam bidang pembangunan sumber manusia, juga penulis buku ‘best seller’ terkenal “The Islamic Guide to Developing ESQ – Emotional Spiritual Quotient”.12 Konsep ini pada mulanya diperkenalkan di Indonesia, seterusnya dikembangkan di Malaysia, negara-negara rantau ASEAN dan ke seluruh dunia menerusi ESQ Leadership Centre. Model ESQ Way 165 mudah difahami dan
8 9

Ibid. Ibid. 10 Ibid. 11 Ibid. 12 Ary Ginanjar Agustian dilahirkan pada 24 Mac 1965 di Bandung, Jawa Barat. Beliau merupakan Presiden Direktur PT Arga Bangun Bangsa dan Pendiri ESQ Leadership Center, pusat penyelenggara training ESQ. Pernah menjadi pengajar tetap di Politeknik Universitas Udayana, Jimbaran, Bali selama lima tahun. Kuliah di Universitas Udayana, Bali dan di Tafe College, Adelaide, South Australia juga STP Bandung. Menerima penghargaan sebagai Agents of Change 2005 versi koran Republika, dan di tahun 2004 ia dinobatkan sebagai salah satu The Most Powerful People and Ideas in Business 2004 oleh majalah SWA. Lihat: http://id.wikipedia.org/wiki/Ary_Ginanjar_Agustian

6

diaplikasikan di dalam organisasi, kerana ianya merupakan terjemahan dari amalan seharian. Modul ini selari dengan konsep “Islam is the way of life”. Modul ini telah di aplikasikan dengan jayanya di beberapa buah organisasi swasta seperti Petronas, Sime Darby, PUSPAKOM, United Engineering Malaysia (UEM) dan Kumpulan Karangkraf.13 Model ini merangkumi konsep 1 (satu) Hati (Value) yang Ihsan pada kesedaran Fitrah, 6 (enam) prinsip moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 (lima) langkah menuju kejayaan berdasarkan Rukun Islam.14 Model ini bukan sahaja bersesuaian dengan individu muslim, malahan sesiapa sahaja, kerana konsepnya yang universal. Gambarajah Model ESQ Way 165 adalah seperti di Lampiran A. Berikut adalah ulasan lanjut berhubung Model ESQ Way 165. PERTAMA : 1 (satu) hati yang Ihsan Penjernihan Emosi atau Zero Mind Process (ZMP) ialah merupakan peringkat pertama dalam Model ESQ. Saranan dan aplikasi ZMP adalah dengan mengenali diri sendiri atau muhasabah melalui tiga perkara seperti berikut : a) Mengenali 7 faktor yang dapat membelenggu suara hati (God Spot / Fitrah). Contohnya ketika sebuah masalah/peluang dihadapan mata, segeralah mengenali diri kita terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa mengeluarkan respon. Amati secara cermat diri kita :
 

  

Prasangka Negatif : Apakah kita sering berprasangka negatif kepada orang lain ? Jika Ya, maka ubahlah sikap. Gantikan dengan prasangka yang baik. Prinsip hidup : Apakah kita terpengaruh oleh prinsip-prinsip yang ada di persekitaran kita ? Hati-hati, kadang kala prinsip tersebut menyesatkan. Hanya prinsip yang berpedoman kepada Allah SWT sajalah yang patut dipegang. Pengalaman : Periksalah fikiran kita, apakah masih ada pengalaman-pengalaman yang mempengaruhi pandangan kita. Lupakanlah, mulailah dengan “zero mind” (kembali fitrah) Kepentingan dan Prioriti : Dalam pengambilan keputusan, apakah kita terpengaruh oleh ‘vested interest’ kita ? Dengarlah suara hati, berfikirlah dengan mempertimbangkan berbagai aspek. Bijaksanalah. Tentukan prioriti dan sesuaikan dengan visi kita. Sudut Pandang : Jika melihat sesuatu permasalahan, lihatlah dari seluruh sudut pandang. Jangan hanya dari satu sisi sahaja. Pembanding : Jangan membandingkan sesuatu hal dari sudut pandangan kita sahaja, sebaliknya cuba keluar dari persesi diri kita. Lihatlah diri kita dari luar. Literatur (Pembacaan) : Apabila membaca buku atau sebarang penulisan ilmiah, ambillah sudut positifnya. Cuba bandingkan dengan suara hati kita. Jika sesuai, maka itulah yang disebut anggukan universal – kebenaran akan ketetapan Allah.

13

Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria, Merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama Di Dalam Perkhidmatan Awam Menerusi Pelaksanaan Konsep ESQ Way 165. http://myfendi.esq2u.com/?p=608 14 Lihat: Ary Ginanjar Agustian. T.th. Rahsia Kejayaan Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual The ESQ Way 165. Ter. Mohd Nurul Imran Bin Koyube, Ahmad Yani Abd Manaf & Sh. Noorul Huda S. Hasan. Petaling Jaya: ESQ Leadership Center. Hlm. Pengenalan.

7

Latihlah suara hati yang mendorong kita berfikir jernih, lakukanlah dengan ‘repetitive magic power’ – zikir Asmaul husna (99 thinking hats) dan ucapkan Subhanallah, sambil mengingat kesucian sifat Allah. b) Lihatlah kecerdasan Spiritual yang telah anda miliki dengan mengenali dan menggunakannya. Mulailah dari hal yang kecil, dari kebiasaan sehari-hari. Contohnya ialah :

Anda sedang menghadapi satu ujian dan rasa tidak sabar, ada suara hati yang lantas terdetik “Bersabarlah !” Itu adalah suara hati Yang Maha Penyabar, AsSabuur (Maha penyabar). Anda merasa malas untuk belajar lagi kerana telah merasakan telah mencukupi dengan ilmu yang dimiliki”, suara hati lantas berdetik “Aku Perlu Cerdik dan Bijaksana” Itu adalah suara Yang Maha Pandai, Ar Rasyiid (Maha Pandai).

c) Lakukan Istigfar setiap hari dengan memeriksa kesalahan diri. Berdoalah dengan khusyuk. Ketika mengambil wuduk, disaat membersihkan wajah, basuhlah mata dan wajah dari pandangan-pandangan hina kemunafikan. Ketika membasuh tangan dan kaki, bersihkan diri dari dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki kita. KEDUA : 6 (enam) Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman a) Prinsip Satu – Star Principle. Prinsip ini memberi penekanan kepada penghayatan Rukun Iman yang pertama iaitu Percaya Kepada Allah. Kita mestilah bekerja kerana Allah, bukan kerana manusia dan jangan berprinsip kepada yang lain selain Allah. Lakukan segala sesuatu sebaik-baiknya kerana Allah, dan ingatlah selalu Allah Yang Maha Tinggi. Berpedomanlah selalu pada sifat-sifat Allah. Bangun kepercayaan dari dalam diri, jangan kerana penampilan fizikal, tetapi iman kitalah yang akan memancarkan karisma diri kita. b) Prinsip Dua – Angel principle. Rukun Iman kedua iaitu Percaya Kepada Malaikat bukan sahaja dipelajari untuk pengetahuan malahan dapat dijadikan panduan kepada kita bagi meningkatkan integriti dan akauntabiliti. Apabila bekerja kerjakanlah sesuatu dengan tulus, ikhlas dan jujur seperti malaikat. Malaikat memiliki Integriti yang sangat tinggi, yang boleh kita ambil pengajaran dan teladaninya. c) Prinsip Tiga – Leadership Principle. Percaya Kepada Rasul. Sifat-sifat positif yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul sewajarnya di teladani dan diaplikasikan di dalam kerjaya. Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri. Sesiapa yang berjaya memimpin dirinya, insyallah berkemampuan untuk memimpin orang lain. Jadilah pemimpin kerana pengaruh anda, bukan kerana hak anda. Dengarkanlah selalu suara hati, pimpinlah hati mereka bukan kepala mereka. Jadikanlah Rasulullah sebagai suri teladan.

8

d) Prinsip Empat – Learning Principle. Percaya kepada Kitab. Kitab adalah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia. Membudayakan baca Al-Quran dan Hadis serta memahami dan mengamalkannya. Apabila menghadapi kekeliruan untuk mengambil keputusan, carilah petunjuk dalam AlQuran dan Hadis. Masyarakat yang berilmu akan melahirkan warga Jauhari yang mampu berfikir dan bertindak secara high thinking and high doing. Konsep life long learning adalah selari dengan prinsip keempat ini. e) Prinsip Lima – Vision principle. Milikilah tujuan dan misi jangka pendek dan jangka panjang. Tentukan prioriti atau keutamaan. Buat perancangan kerja dan sasaran kerja. Sentiasa membuat penilaian kerja yang dilakukan. Laksanakan kerja dengan penuh komitmen. Inilah intipati atau hikmah sebenarnya Rukun Islam Kelima, percaya kepada Hari Kiamat. f) Prinsip Enam – Well Organizad Principle. Rukun Iman ke enam iaitu percaya kepada Qadak dan Qadar (ketentuan dan ketetapan Allah), secara simboliknya menekankan berkenaan pentingnya keteraturan dan sistem. Tentukan rencana dan tujuan secara jelas. Wujudkan mekanisma atau sistem pengawasan bagi mengawal kualiti dan produktiviti. Pelaksanaan dengan sangat disiplin dan sistematik. KETIGA : 5 (lima) langkah sukses berdasarkan Rukun Islam a) Langkah Satu – Mission Statement. Sejarah telah membuktikan setiap Individu atau organisasi yang berjaya perlu mempunyai visi dan misi yang jelas. Penetapan visi dan misi individu dan organiasi adalah terjemahan kepada Rukun Islam Pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Ikrar kalimah syahadat diucapkan paling sedikit sembilan kali dalam sehari semalam yang terdapat dalam “tahiyyat awal dan akhir” dalam solat lima waktu. Ucapan “Asyahu an Laa Ilaaha Illallah” atau “Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah” yang diucap kan berulang-ulang menjadi doktrin maha dahsyat yang akan mengisi serta menghidupkan kalbu setiap jiwa. Ia akan mewujudkan Repetative Magic Power yang merupakan satu energi dan pengasahan komitmen melalui pembangunan memori alam bawah sedar. b) Langkah Dua – Character Building. Pembinaan karakter melalui penghayatan solat yang sempurna, iaitu Rukun Islam Kedua. Solat merupakan satu kaedah releksasi yang sangat penting bagi menjaga kondisi emosi dan fikiran. Solat merupakan kekuatan afirmasi atau penegasan kembali yang dapat membantu seseorang untuk lebih menyelaras nilai-nilai keimanan dan realiti kehidupan. Menurut Stephen R. Covey, afirmasi atau penegasan memiliki lima dasar iaitu peribadi, positif, masa kini, visual, dan emosi. Solat juga melahirkan kecerdasan emosi dan spiritual yang merangkumi konsistensi (istiqamah), kerendahan hari (tawadhu), berusaha dan berserah (tawakal), ketulusan (keikhlasan), totalitas (kaffah), keseimbangan (tawazun), integriti dan penyempurnaan (ihsan). Kesemua ini dinamakan Akhlakul Karimah. c) Langkah Tiga – Self Controling. Menghayati pelaksanaan rukun Islam ketiga berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa adalah suatu kaedah latihan untuk pengendalian diri.

9

Puasa bertujuan untuk meraih kemerdekaan sejati dan pembebasan dari belenggu yang tidak terkendali. Puasa yang baik akan memelihara aset kita yang paling berharga iaitu suara hati Ilahiah (spritual capital). d) Langkah Empat – Strategic Colaboration. Penghayatan Rukun Islam ke empat iaitu menunaikan zakat. Zakat adalah langkah nyata untuk mengeluarkan potensi spiritual (fitrah) menjadi sebuah langkah konkrit bertujuan membangun sebuah sinergi yang kuat iaitu berlandaskan sikap empati, kepercayaan, sikap kooperatif, keterbukaan serta kreadibiliti. e) Langkah Lima – Total Action. Haji adalah suatu transformasi prinsip dan langkah secara total (thawaf), konsisten dan persisteni perjuangan (sa’i), evalusi dan visualisasi serta mengenal jati diri spritual ketika wukuf. Haji juga merupakan suatu pelatihan sinergi dalam skala yang tinggi, dan haji adalah persiapan fizikal serta mental dalam menghadapi berbagai tentangan masa depan (lontar jumrah).15 Pertikaian Dalam Penerapan Fiqh Hadis “Islam, Iman dan Ihsan” Dalam ESQ Model Secara zahirnya mungkin ada yang berpendapat bahawa berdasarkan hadis ini Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita supaya mengikut tertib yang betul dalam mengamalkan agama iaitu seseorang itu perlu bermula dari Islam, Iman dan barulah Ihsan, dan bukan sebaliknya. Manakala pendekatan dalam Model ESQ Way pula menyalahi atau menyongsang dari maksud hadis kerana meletakkan Ihsan sebagai matlamat pertama. Sedangkan seseorang tidak mungkin mencapai maqam Ihsan selama mana beliau tidak mengukuhkan prinsip-prinsip Islam dan Iman terlebih dahulu. Sebenarnya pendapat seperti ini  berhajat  kepada penelitian semula, kerana dari sudut logiknya tertib bermaksud melakukan sesuatu perkara mengikut urutan dan tidak boleh melakukan perkara yang lain kecuali setelah selesai perkara sebelumnya. Dalam konteks ini, adalah tidak munasabah jika dikatakan bahawa seorang muslim perlu terlebih dahulu selesai mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan tuntutan-tuntutan berkaitan syahadah, kemudian barulah menunaikan solat, kemudian berpuasa di bulan Ramadan, kemudian menunaikan zakat dan kemudian mengerjakan haji. Setelah selesai dengan sempurna segala perkara berkaitan rukun-rukun Islam di atas barulah beriman dengan Allah, kemudian malaikat, kemudian kitab, kemudian rasul, kemudian hari akhirat dan seterusnya qada’ dan qadar. Atas pemahaman ini juga bermakna setelah selesai setiap perkara dalam rukun Islam dan Iman dengan sempurna dan segala tuntutan berkaitan dengan setiap rukun tersebut barulah dimulakan pula usaha untuk mendapatkan Ihsan. Pastinya tidak siapapun yang mempelajari fiqh hadis ini akan berfahaman seperti ini. Apatah lagi dalam hadis ini sendiri Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa lelaki dalam hadis ini sebenarnya adalah Jibril a.s. yang datang untuk mengajarkan umat Islam ِ ِ tentang agama mereka (‫ .)ﻫﺬا ﺟﱪﻳﻞ ﺟ َ ﻳُﻌﱢﻢ اﻟﱠﺎس دﻳَـﻬﻢ‬Ibn Rajab dalam huraiannya ْ ُ ‫َ َ ِْ ُ َ ﺎء ـ َﻠ ُ ﻨ َ ﻨ‬
15

Lihat: Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria, Merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama Di Dalam Perkhidmatan Awam Menerusi Pelaksanaan Konsep ESQ Way 165. http://myfendi.esq2u.com/?p=608

10

dari Matar al-Rawwaq yang bermula dengan Islam kemudian Ihsan barulah Iman.17 Jika tertib menjadi maksud penting dari hadis ini, pasti para rawi akan cukup teliti memastikan riwayat mereka memelihara tertib yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sedangkan pemerhatian terhadap riwayat-riwayat yang disebutkan jelas tidak memelihara aspek ini.   Dari pemerhatian ke atas respon terhadap Model ESQ Way ini, ada juga segelintir yang menganggap penerapan hadis Islam, Iman dan Ihsan ini sebagai sebuah pentafsiran bebas terhadap Sunnah. Pandangan ini sebenarnya agak tersasar dari perbahasan ilmiah, kerana seperti yang ditegaskan oleh para ulama sebelum ini, hadis ini merupakan sebuah kerangka besar yang merangkumi ajaran Islam secara keseluruhan atau manhaj hayah yang menjadi panduan kepada setiap muslim dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat. Selain itu, usaha supaya umat Islam menghayati prinsip serta amalan Islam yang mereka imani dan amali setiap hari dalam realiti kehidupan mereka, telah diperjelaskan oleh para ulama silam. Ini adalah selaras dengan Firman Allah S.W.T. yang menyebut solat sebagai contoh amal ibadah yang mampu membentuk sahsiah seorang muslim yang berintegriti dan tidak terpalit dengan kejahatan dan kemunkaran. Firman tersebut berbunyi:
18

menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri menyimpulkan bahawa kesemua perkara yang ditanyakan oleh Jibril itu adalah sebahagian dari al-din.16 Dengan kata lain Islam, Iman dan Ihsan itu merupakan komponen al-din yang saling melengkapi antara satu sama lain dan tidak boleh dipisah-pisahkan, malah perlu dibangunkan secara komprehensif oleh setiap muslim. Selain itu, hadis ini turut diriwayatkan dengan berbagai riwayat sahih lain yang membuktikan bahawa bukan tertib tersebut yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. Ibn Hajar ketika mengulas perkara ini dalam syarahnya menulis bahawa uslub hadis tidak menunjukkan keperluan tertib (‫ .)وﻟَﻴﺲ ﰲ اﻟﺴَﺎق ﺗَـﺮﺗِﻴﺐ‬Apatah lagi ada riwayat ْ ‫َ ْ ِ ﱢﻴ‬

َ

ِ َ ُ َ ِ َ ْ َ ِ َ َ َ‫َ ِ ﱠَ ﱠ ﱠ‬ .‫وأَﻗِﻢ اﻟﺼﻼةَ إِن اﻟﺼﻼةَ ﺗَـْﻨـﻬﻰ ﻋﻦ اﻟْﻔﺤﺸﺎء واﻟْﻤْﻨﻜﺮ‬

Maksudnya: Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari sebarang bentuk kejahatan dan kemunkaran. Al-Imam al-Ghazali menerusi kitabnya Ihya’ Ulum al-Din merupakan salah seorang tokoh terkenal yang menghuraikan dengan terperinci setiap gerak kerja dalam amal ibadah utama umat Islam serta hubungkaitnya dengan aktiviti kehidupan harian, supaya dengan itu setiap muslim akan menjadi seorang baik budi pekerti, elok perhubungannya dengan sesama manusia, jujur dan amanah dalam menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan seterusnya menjadi insan kamil yang diredai Allah S.W.T. Pendekatan al-Ghazali ini turut diikuti oleh para ulama reformis lain menerusi hasil karya masing-masing. Justeru, usaha untuk membina kejayaan atau transformasi kehidupan dengan beraspirasikan amalan, konsep malah nas dari Quran dan Sunnah merupakan
Lihat: al-Hanbali, Ibn Rajab. 1422H. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Tah. Abu Mu’adh, Tariq bin Awad. Al-Dammam: Dar Ibn al-Jawziyy. Jld. 1. hlm. 107. 17 Lihat: Ibn Hajar. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhariyy. Jld 1. hlm 80. 18 Al-Ankabut 29:45.
16

11

suatu kewajiban dan kebijaksanaan yang perlu disokong dan disanjung selaras dengan tuntutan Quran dan Sunnah itu sendiri. Dalam sebuah hadis yang masyhur Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫إﱐ ﻗﺪ ﻛﺖ ﻓﻴﻜﻢ ﺷﻴﺌﲔ ﻟﻦ ﺗﻀﻠﻮا ﺑﻌﺪﳘﺎ : ﻛﺘﺎب اﷲ وﺳﻨﱵ، وﻟﻦ ﻳﺘﻔﺮﻗﺎ ﺣﱴ ﻳﺮدا ﻋﻠﻲ‬ ‫ﺗﺮ‬ 19 .‫اﳊﻮض‬
Maksudnya: Sesungguhnya aku telah tinggalkan dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan tersesat selepas mengikutinya; Kitab Allah dan Sunnahku dan keduaduanya tidak akan terpisah sehinggalah ketika melewatiku di al-Haud. Dalam menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Bajiyy memberikan kupasan menarik yang perlu dihayati oleh setiap muslim dalam fiqh hadis ini. Beliau menjelaskan bahawa sabda Rasulullah s.a.w “berpegang dengan Quran dan Sunnah” merupakan satu dorongan supaya mempelajari kedua-duanya, berpegang teguh dengan kedua-duanya serta mengikuti segala kandungan yang terdapat dalam kedua-duanya. Sekiranya sesuatu perkara itu tiada dijelaskan dalam Quran dan Sunnah, maka hendaklah ia dikembalikan kepada asas yang dijelaskan dalam kedua-duanya dan mengambil iktibar daripadanya. Berkaitan perkara ini, al-Imam Malik memberikan huraian yang boleh disimpulkan bahawa mengambil apa yang jelas dalam Quran dan Sunnah adalah wajib, manakala bagi perkara yang tidak dijelaskan dalam keduanya, maka hendaklah seseorang alim melakukan ijtihad menggunakan akal dan kias berasaskan apa yang telah dijelaskan dalam kedua-duanya. Manakala orang jahil yang bertindak tidak mengikut landasan ini, bermakna ia telah terkeluar dari landasan ilmu dan tuntutan baginda Rasulullah s.a.w. yang akan menyebabkan ia tersasar dari kebenaran.20 Pandangan ini jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab masyarakat muslim terutama para pemimpin dan cendekiawan mereka dalam menyelesaikan masalah serta membangunkan setiap bidang kepakaran yang memberi manfaat kepada ummah dan pembangunan negara adalah dengan menjadikan Quran dan Sunnah sebagai aspirasi mereka. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T.:

ِ ‫ـ‬ ِ ِ ‫ﻳَﺎ أَﻳﱡﻬﺎ اﻟﱠﺬﻳﻦ آَﻣﻨُﻮا أَﻃﻴﻌُﻮا اﻟﻠﱠﻪَ وأَﻃﻴﻌُﻮا اﻟﺮﺳﻮل وأُوﱄ اﻷَﻣﺮ ﻣْﻨﻜﻢ ﻓَِﺈن ﺗَـﻨَﺎزﻋﺘُﻢ ِﰲ ﺷﻲء ﻓَـﺮدوﻩُ إِﱃ‬ َ ‫ﱠ ُ َ َ ِ ْ ْ ِ ِ ُ ْ ْ َ ْ ْ َ ْ ٍ ُﱡ‬ َ َ َ َ 21 ِ ُ ْ َ ٌ َ َ َ ِ ِ ْ ْ َ ِ َ ِْ ْ ُ ْ ِ ُ ‫ِ َ ﱠ‬ .ً‫اﻟﻠﱠﻪ واﻟﺮﺳﻮل إِن ﻛْﻨﺘُﻢ ﺗُـﺆﻣﻨُﻮن ﺑِﺎﻟﻠﱠﻪ واﻟْﻴَـﻮِم اﻵَﺧﺮ ذﻟِﻚ ﺧْﻴـﺮ وأَﺣﺴﻦ ﺗَﺄْوﻳﻼ‬ َ
Al-Hakim, Muhammad bin cAbd Allāh al-Naysābūriyy. 1411H/1990. al-Mustadrak calā al-sahihayn. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah. Jld 1 hlm 307. 20 Lihat: al-Bajiyy, Sulayman bin Khalaf. 1999/1420H. al-Muntaqa Syarh al-Muwatta’. Tah. cAta, Muhammad cAbd al-Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Jld 4. hlm. 278. 21 Al-Nisa’ 4:59.
19

12

Maksudnya: Wahai orang beriman patuhilah Allah dan RasulNya; dan orang yang diberi tanggung jawab dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisih pendapat pada sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih baik dan lebih elok kesudahannya. Sayyid Qutb dalam tafsirannya terhadap ayat ini antara lain menegaskan bahawa dalam isu dan permasalahan yang timbul berikutan perkembangan keperluan serta kondisi semasa sesuatu masyarakat yang membawa kepada perbezaan pandangan dan pemahaman, tetapi tidak ada nas jelas mengenainya juga, Islam tidak membiarkan perkara itu tanpa sebarang panduan sehingga menyebabkan masyarakat hilang arah atau panduan. Sebaliknya, satu kaedah asas diperkenalkan dan panduan berijtihad dikemukakan agar keputusan yang dibuat serta tindakan yang diambil dalam perkaraperkara tersebut selaras dengan kehendak Islam. Ia adalah dengan mengembalikan perkara tersebut kepada nas-nas yang terkandung di dalamnya petunjuk mengenai keputusan atau jalan penyelesaian secara tidak langsung. Sekiranya nas seperti ini juga tidak didapati maka hendaklah dirujuk kepada kaedah-kaedah umum yang tersirat dalam hukum Allah dan syariatNya. Perkara ini bukanlah suatu kebebasan, kecelaruan, atau kejahilan seperti yang cuba dipertikaikan oleh sestengah pihak, kerana dalam agama ini terdapat prinsip-prinsip yang membentuk kerangka asas sebagai panduan kehidupan yang komprehensif merangkumi semua aspek, dan sebarang tindakan untuk keluar dari kerangka ini akan dapat dikesan oleh setiap individu muslim yang beriltizam dengan prinsip-prinsip ini.22 Kesimpulan Dari perbincangan ini dapatlah disimpulkan bahawa Model ESQ Way 165 merupakan suatu usaha keras pengasasnya untuk mengislamisasikan ilmu perlatihan modal insan menggunakan prinsip-prinsip, serta amalan-amalan yang menjadi asas pegangan serta rutin harian setiap individu muslim. Malah jika diteliti model ini secara menyeluruh, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengasasnya berjaya mengadunkan nas-nas dari Quran dan Sunnah mengikut pengkajiannya berkaitan pengurusan sumber manusia dengan kajian modern dalam bidang ini, sehingga berjaya membina sebuah model yang unik dan lebih mantap dari apa yang dikemukakan oleh sarjana barat. Ini adalah kerana kajian oleh sarjana barat hanya terbatas kepada nilai-nilai duniawi dan tetap terbatas dalam kerangka kemanusiaan tanpa menembusi hakikat pengabdian diri kepada Ilahi. Hanya dengan merujuk kepada petunjuk serta hidayah yang digariskan oleh Quran dan Sunnah, kesempurnaan sejati pada nilai yang dihasratkan dalam sumber manusia dapat dicapai secara hakiki. Penelitian terhadap fiqh hadis Islam, Iman dan Ihsan ini dari turath para ulama sehingga menjadi sumber inspirasi terhadap pembinaan model ini bersesuaian dengan kedudukan hadis ini sebagai Umm al-Sunnah seperti yang telah dihuraikan oleh para ulama terdahulu. Model ESQ Way 165 merupakan sebuah kesinambungan dari usaha para ulama terdahulu yang berjaya mengemukakan huraian atau penjelasan ke arah penghayatan
22

Lihat: Qutb, Sayyid. 1398H/1978. Fi zilal al-qur’an. Beirut: Dar al-Shuruq. Jld. 3. hlm 162-163.

13

prinsip serta amal ibadah yang menjadi amalan Umat Islam supaya dapat diterjemahkan dalam realiti kehidupan harian. Dengan cara itu, sahsiah masyarakat Islam menjadi lebih baik, hubungan silaturrahim menjadi semakin erat dan kesannya dapat dilihat dalam keharmonian hidup serta kerukunan umat. Menerusi Model ESQ Way 165 para muslim bukan sahaja dibentuk untuk menjadi warga yang baik dan harmonis semata-mata, akan tetapi masyarakat dibimbing secara berterusan untuk membentuk visi dan misi ke arah membina kecemerlangan dalam organisasi tempat mereka menabur bakti, dalam keluarga tempat mereka membina generasi, malah dalam konteks yang lebih besar, dalam ummah mereka agar sebuah tamadun yang penuh gemilang tertegak kembali, menaungi segenap pelusuk dunia dengan rahmat dan barakah daripadaNya. Kejayaan membina sebuah model dalam memantapkan pengurusan sumber manusia dengan beraspirasikan fiqh hadis Islam, Iman dan Ihsan ini, merupakan suatu usaha yang patut disanjung dan diperluaskan kepada hadis-hadis lain merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang menjadi sebahagian dari agenda kritikal Umat Islam hari ini untuk kembali meraih kedudukan mereka sebagai khayr ummah, terutama dalam aspek ekonomi, politik, sosial, ketenteraan, kesihatan dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa Quran dan Sunnah adalah manhaj hayah yang syumul dan realistik. Justeru, ummah amat mengalu-alukan usaha inovatif para cendekiawan muslim untuk mengemukakan hasil kajian serta penemuan mereka berasaskan Quran dan Sunnah sebagai solusi kepada isu masyarakat dan kesucian Islam. Rujukan Al-Quran. Ary Ginanjar Agustian. T.th. Rahsia Kejayaan Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual The ESQ Way 165. Ter. Mohd Nurul Imran Bin Koyube, Ahmad Yani Abd Manaf & Sh. Noorul Huda S. Hasan. Petaling Jaya: ESQ Leadership Center. Al-Asqalaniyy, Ahmad bin Aliyy Ibn Hajar. 1379H. Fath al-Bariyy bi Sharh Sahih alBukhariyy. Tah. cAbd al-Baqiyy, Muhammad Fu’ad & al-Khatib, Muhibb al-Din. Beirut: Dar al-Macrifah. al-Bajiyy, Sulayman bin Khalaf. 1999/1420H. al-Muntaqa Syarh al-Muwatta’. Tah. cAta, Muhammad cAbd al-Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Al-Hakim, Muhammad bin cAbd Allāh al-Naysābūriyy. 1411H/1990. al-Mustadrak calā al-sahihayn. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Hanbali, Ibn Rajab. 1422H. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhariyy. Tah. Abu Mu’adh, Tariq bin Awad. Al-Dammam: Dar Ibn al-Jawziyy. Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria. T.th. Merealisasikan Budaya Kerja Kelas Pertama Di Dalam Perkhidmatan Awam Menerusi Pelaksanaan Konsep ESQ Way 165. http://myfendi.esq2u.com/?p=608

14

Qutb, Sayyid. 1398H/1978. Fi zilal al-qur’an. Beirut: Dar al-Shuruq. http://id.wikipedia.org/wiki/Ary_Ginanjar_Agustian http://esq.com.my/v1/module/esq-model/

15

LAMPIRAN A

THE ESQ MODEL 1 Value Developing self awareness by discovering core values that are already embedded in one’s heart. The SEVEN Core Values are: Trustworthiness, Responsibility, Visionary, Discipline, Teamwork, Fair, & Care. The modules are:
  

Outer Journey – Self realization through understanding one’s existence through cosmic awareness. Inner Journey – self realization through understanding one’s ultimate values. Zero Mind Process – eliminating the shackles that cover one’s core values.

16

6 Principles How to internalize core values in order to hold on to them. The modules are:
    

Star Principle – spiritual commitments; a principle that will develop strong confidents, high integrity and wisdom in oneself. Angel Principle – creates a personality with high loyalty and sincere contributions. Leadership Principle – creating a leader that holds on to excellence, accountability, honesty and caring. Learning Principle – developing a mindset of continuous improvement. Vision Principle – developing a mindset of always having three visions in life; Long Term, Mid Term & Short Term.

Well-Organized Principle – the notion of always being sincere in whatever position and result one’s has achieved. 5 Actions How to sustain and apply the principles and core values. The modules are:

   

Mission Statement – having a mission statement is to highlight the importance of having a strong mission so as to become one’s believe that can drive him towards the highest level of achievements. Character Building – it is an internalization process of values until it become a character in one’s life. Self-Controlling – identifying and eliminating the negativities that can prohibit a person to achieve a mission. Strategic Collaboration – synergy. Total Action – persistence and consistence to pursue one’s objectives.

Sumber: http://esq.com.my/v1/module/esq-model/

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->