You are on page 1of 2

Bahan-Bahan:

250 gram kacang soya


1 jug air masak Gula pasir
Daun pandan

Cara: Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit
yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar
hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua
air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah,
masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa
atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya
membuak keluar.

Cadangan Hidangan: Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai
diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.

Tambahan: Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis.
Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan
bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan
pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula
banyak sangat nanti kencing manis.....
____________________________________________________________________________________________________________

Bahan-Bahan:

500 gm kacang soya


Sedikit garam Gula secukup rasa
Beberapa helai daun pandan

Cara:

1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.

2. Basuh kacang soya dan toskan

3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya
bersamaan dua cawan air)

4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk
mengelakkan air soya berkeladak)

5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.

6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)

7. Masukkan beberapa helai daun pandan

8. Masukkan secubit garam

9. Masukkan gula secukup rasa

10. Sekarang anda boleh menikmatilah air soya anda...selamat mencuba


Bahan-Bahan:
500 gm kacang soya
Sedikit garam Gula secukup rasa
Beberapa helai daun pandan
Cara:
1. Rendamkan kacang soya sebanyak 500gm dalam air selama 24 jam.
2. Basuh kacang soya dan toskan
3. Kisar kacang soya bersama air dalam mesin pengisar (ukurannya ialah secawan kacang soya
bersamaan dua cawan air)
4. Tapis kacang soya yang telah dikisar dengan kain sebelum dimasukkan kedalam periuk (ini untuk
mengelakkan air soya berkeladak)
5. Proses mengisar boleh diulangi mengikut kepekatan air soya yang diingini.
6. Seterusnya masak air soya itu dengan api yang kecil (air soya hendaklah sentiasa dikacau)
7. Masukkan beberapa helai daun pandan
8. Masukkan secubit garam
9. Masukkan gula secukup rasa
10. Minumlah sepuas-puasnya

Bahan-bahan :

500 gm kacang soya


3.5 liter air
2 helai daun pandan
1/3 sudu teh GDL
1/4 cawan air
500 gm gula
200 gm air

Cara Membuatnya :
1. Kacang soya yang telah direndam, ditoskan.
2. Kisar kacang soya sedikit-sedikit dan masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan atas kain muslin atau apa-apa kain putih yang jarang. Perahkan ke dalam sebuah
periuk.Buat cara yang sama hingga habis.
4. Masukkan daun pandan dalam periuk. Panaskan air soya hingga mendidih.
5. Untuk membuat taufu fa, ambil 1 liter air soya yang telah masak dan masukkan dalam periuk yang
kecil.
6. Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu
fa.Kacau sebati.
7. Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau
alihkan periuk.
8. Masak air gula hingga mendidih. Sejukkan.
9. Apabila hendak menikmati air soya, tambahkan air gula dan air batu secukupnya.
10. Taufu fa boleh dimakan sejuk atau panas bersama air gula atau air gula merah.

You might also like