You are on page 1of 24

Celcom :-

Celcom
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Celcom Axiata Bhd
company_type = Syarikat awam (Dijadikan persendirian)
Ditubuhkan 1988
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Orang utama Datuk Seri Shazzalli Ramly, CEO
Industri Khidmat telekomunikasi mudah alih
Produk pengendali rangkaian mudah alih 2G dan 3G
Laman web www.celcom.com.my

Celcom (Malaysia) Berhad ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di
Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International).
Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang
mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan telefon bimbit, Celcom berjaya
memperkenalkan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan
ART-900 yang menggunakan teknologi NMT-900 generasi pertama.

Perkhidmatan dan liputan

Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara, berbanding perkhidmatan mudah


alih telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan GSM dwijalurnya
(900/1800 MHz) telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun 2006. Seperti pada
tahun 2006 Celcom menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G melalui jenama pascabayar
Minutes dan prabayar Xpax. Bilangan pelanggan kini kira-kira 7.8 juta, setiap seorang
memulangkan RM65. Celcom mendakwa liputan perkhidmatan telefon mudah alih
seluruh negara mencapai 95% termasuk terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di Lembah
Klang, Johor Bahru, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang.

[sunting] Sejarah

Sewaktu pasaran telefon bimbit diperluaskan pada 1995, Celcom menaik taraf ke
perkhidmatan GSM900 lalu bertumbuh dengan pesat untuk menjadi syarikat telefon
mudah alih terbesar di Malaysia sebelum Maxis.

Ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Celcom turut terjejas. Ada pendapat yang
mendakwa bahawa pemilik Celcom iaitu Tan Sri Tajudin Ramli menghadapi kemelut
hutang, dan pegangan saham beliau dalam Celcom dirampas oleh Danaharta, syarikat
penstrukturan semula aset negara. Kegagalan melangsaikan hutang beliau mengakibatkan
kepentingan kawalan terhadap Celcom dijual kepada Telekom Malaysia, pengendali
talian tetap milik kerajaan pada tahun 2003. Telekom Malaysia terus menggabungkan
Celcom dengan anak syarikat pengendali perkhidmatan mudah alihnya TMTouch melalui
pengambilalihan songsang terhadap TMTouch.

Celcom asalnya tersenarai dalam Bursa Malaysia, namun menjadi syarikat persendirian
setelah bergabung dengan Telekom Malaysia.

Dalam satu kes, pihak pengurusan awal Celcom didapati bertanggungjawab oleh satu
panel timbang tara di Switzerland kerana melanggar persetujuan yang ditandatangani
bersama DeTeAsia, sebuah unit Deutsche Telekom, pada tahun 2002.

Tribunal itu memutuskan bahawa Celcom diwajibkan untuk membayar DeTeAsia


AS$177.2 juta hutang pokok tambah AS$16.2 juta faedah serta kos guaman dan timbang
tara yang lain, maka jumlahnya RM740 juta yang perlu dibayar.

Penstrukturan semula Celcom yang diterajui oleh TM berjaya memulihkan prestasi


Celcom dan meningkatkan daya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Pada 28 September 2007, Telekom Malaysia mengumumkan rombakan semula unit


komunikasi mudah alihnya termasuk Celcom, di mana Celcom dikumpulkan di bawah
TM International yang menempatkan beberapa unit mudah alih milik TM yang lain di
luar negara, lalu menjadikannya entiti perniagaan berasingan. Penstrukturan semula siao
pada suku pertama 2008 dan unit perniagaan baru ini disenaraikan dalam Bursa Malaysia
pada suku kedua 2008. TM International dinamakan semula sebagai Axiata sebagai
sebuah konsortium telekomunikasi di Asia Tenggara.

[sunting] Perkhidmatan Rangkaian Mudah Alih

Celcom telah membawa perkhidmatan pelayaran mudah alih tanpa wayar sejak
Perkhidmatan Peket Radio Umum atau (GPRS) diperkenalkan. GPRS memberikan
pengguna kemudahan maya seperti perkhidmatan multimedia serta rangkaian Internet
yang mudah alih. Perkhidmatan ini hanya memerlukan sokongan peranti seperti telefon
bimbit, komputer dan sebagainya, tetapan yang diperlukan, serta kawasan yang telah
ditetapkan. Kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah 56 KB/s sahaja.

Sejak tahun 2005, Celcom telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan mudah alih
tanpa wayar dan dinaiktaraf kepada perkhidmatan jalur lebar, iaitu 3G. Perkhidmatan 3G
Celcom dilancarkan pada 17 Mei 2005, sempena Hari Telekomunikasi Sedunia. 3G
merupakan perkhidmatan rangkaian mudah alih tanpa wayar yang dipertingkatkan
daripada GPRS dan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 384 KB/s serta
pindah naik sehingga 64 KB/s. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada
pengguna untuk bergerak ke mana sahaja ke tempat-tempat yang ditawarkan liputan ini,
dan juga sebagai alternatif kepada perkhidmatan jalur lebar berwayar seperti Streamyx.
Setakat ini, perkhidmatan 3G ini ditawarkan oleh Celcom dan Maxis. Celcom turut
memberikan perkhidmatan jalur lebar yang dinaiktaraf kepada 3.5G atau dipanggil
Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi atau HSDPA, yang memberikan
kelajuan muat turun sehingga 3.6 MB/s.

Sehingga kini, Celcom merupakan pelayan perkhidmatan jalur lebar yang terbesar dan
terluas di Malaysia. Pada peringkat awal, perkhidmatan ini ditawarkan meliputi bandar-
bandar utama seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Genting
Highlands dan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Perkhidamatan 3G ini terus diluaskan ke
merata tempat di negara seperti pada tahun 2006. Seperti pada 1 April 2006, Celcom
sudah melancarkan rangkaian 3G di kawasan-kawasan seperti Kuching, Seremban, Alor
Star, Sungai Petani, Tanjung Malim, Ipoh, Bukit Merah, Taiping, Kota Bharu, Kuantan,
Perlis dan Kota Kinabalu.

Sejak tahun 2007, Celcom sedang berusaha untuk menawarkan perkhidmatan EDGE atau
Nilai Data yang Dipertingkatkan Untuk Evolusi GSM kepada para pengguna, iaitu satu
permulaan perkhidmatan jalur lebar yang mempertingkatkan muatan data ke dalam
rangkaian GSM/GPRS, dan mempunyai ciri-ciri yang mematuhi garis panduan IMT-
2000, ditetapkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Sedunia atau ITU. EDGE turut dipanggil
sebagai 2.75G. Perkhidmatan ini, di Celcom, hanya memerlukan Kad SIM yang
menyokong perkhidmatan GPRS, tanpa perlu menaiktaraf kad tersebut, tidak seperti
perkhidmatan 3G dan HSDPA. Untuk pemasangan sistem sokongan EDGE, Celcom telah
melantik dua syarikat terkemuka dunia; Syarikat Alcatel-Lucent untuk memasang di
Semenanjung Malaysia, dan syarikat Motorola bagi Malaysia Timur.

Perkhidmatan tentang maxis:-

Maxis
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Maxis Communications Bhd

Jenis Swasta
diasaskan 1993, disenaraikan kepada umum
Ditubuhkan
2002
Ibu pejabat di Menara Maxis, Kuala Lumpur,
Ibu pejabat
Malaysia
Industri Telekomunikasi
Produk Perkhidmatan telekomunikasi
Hasil 6.37 bilion MYR (2005)
Pekerja 2200+
Induk Usaha Tegas Sdn Bhd
Laman web http://www.maxis.com.my

Maxis merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit yang terbesar di Malaysia,


iaitu lebih besar daripada syarikat Celcom dan DiGi. Syarikat ini mempunyai 8 juta
pelanggan pada tahun 2006. Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.

Produk dan perkhidmatan

Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada


penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan
bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan
talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan sperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G
bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.

Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi


berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan
biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk
memuat turun kandungan multimedia.

Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang
kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan
perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di
negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi
kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.

Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (Celcom dan DiGi) dalam
pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam
sehingga RM6.

Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-
bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.

[sunting] Sejarah Maxis

Binariang Sdn Bhd, yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I, II
dan III (bahasa Inggeris: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal
perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk
membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro
Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan
telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum
memiliki satelit.

Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan


penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat
membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan.
Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.

Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju


perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah
membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan
300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki
oleh Usaha Teguh, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda Krishnan dan Tabung
Amanah Tun Fuad Stephens.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan
bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dipercayai telah
memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk
pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT)
membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat
Binariang.

Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui
oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying
sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis,
bersebelahan dengan Menara KLCC.

Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.

[sunting] Maxis 3G

Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G
dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat
dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama
termasuk:

 Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran
asal pada Julai 2005
 Pualu Pinang - Dec 2005
 Johor Bahru - Jan 2006
 Kuantan - Sept 2006

Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti
perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data
amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya,
Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula
di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf
secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).

Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:

 Panggilan video dan mel video


 Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-
demand dan muat turun klip video)
 Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang
sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
 Muat turun lagu penuh
 Kad data 3G

Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian
perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna
"pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf
keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan
Disemnber 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan
Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.

Perkhidmatan tentang u mobile :-

U Mobile
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

U Mobile Sdn Bhd

Jenis Persendirian

Ditubuhkan 1998 (Sebagai MiTV Networks Sdn Bhd)


Ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala
Ibu pejabat
Lumpur, Malaysia

Orang utama Tan Sri Vincent Tan

Mobile Telecommunications
Industri
Mobile TV

Mobile LiveTV™
Mobile Data
Produk
Mobile Telephony
Mobile Multimedia

Pekerja 500+

Laman web http://www.u.com.my

U Mobile Sdn Bhd ialah penyedia perkhidmatan 3G terbaru di Malaysia yang diasaskan
pada tahun 1998 sebagai MiTV Networks Sdn Bhd. U Mobile ialah anak syarikat milikan
penuh U Telecom Media Holdings Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai MiTV
Corporation Sdn Bhd.

Dengan menggunakan awalan 018 yang diperuntukkan kepada pertubuhan ini oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) [1], U Mobile bertujuan
memperkaya hidup para pengguna dengan menjadikan komunikasi, hiburan dan
maklumat lebih mudah dicapai dengan teknologi canggih melalui satu landasan yang
mudah dan sentiasa ada.

Selain menawarkan telefoni dan data mudah alih, U Mobile berniat untuk menjadi
penyedia perkhidmatan televisyen sejati yang terulung di Malaysia dengan perkhidmatan
Mobile LiveTV™nya yang menggunakan teknologi Penyiaran Video Digital – Mudah
Alih (DVB-H) yang diterima antarabangsa [2]. U Mobile menjalankan percubaan
pengguna perkhidmatan telefon dandMobile LiveTV™ pada akhir 2007. [3]

U Mobile mendirikan ibu pejabat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia.

[sunting] Sejarah

Pada April 2007, U Telecom Media Holdings Sdn Bhd menandatangani memorandum
persefahaman perantauan domestik seluruh negara terulung di Malaysia yang memberi
laluan kepada persetujaun dengan Celcom (M) Bhd, sekaligus membolehkan pelanggan
U Mobile mengalami liputan seluruh negara mulai hari pertama di pasaran sementara U
Mobile terus membentangkan perkhidmatan 3G mudah alih berkelajuan tinggi ke seluruh
negara secara berperingkat [4]. Persetujuan ini lengkap pada Jun 2007.

Menjelang penghujung tahun 2007, U Mobile memulakan siaran percubaan dengan


menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang membeli telefon bimbit Nokia N77.
Pada Disember 2007, U Mobile mengumumkan bahawa dua buah pengendali komunikasi
3G terkemuka di dunia iaitu KT Freetel dan NTT DoCoMo bersama-sama melaburkan
AS$200 juta (RM669 juta untuk memegang 33% saham U Mobile. Pengumuman ini
mungkin merupakan salah satu urusniaga komunikasi mudah alih yang terpenting di
Malaysia sehingga kini kerana kelihatan ada potensi hebat untuk menganjakkan model
perniagaan industri telekomunikasi negara dari tumpuan pada liputan kepada tumpuan
terhadap produk dan kandungan menerusi kemasukan pengetahuan dan kepakaran dari
peneraju global.

Pada bulan Mac 2008, U Mobile melancarkan produk awam terulungnya iaitu Surf with
U, iaitu pelan data sahaja untuk pengguna telefon mudah alih asalkan menerusi rangkaian
mobil pacuan HSDPA yang disediakan U Mobile. Pada bulan seterusnya, U Mobile
melancarkan perkhidmatan telekomunikasi mudah alihnya yang pertama, iaitu U38 plan
pascabayar.[5] Pada bulan Julai pula, U Mobile memperkenalkan dua perkhidmatan mobil
pascabayar seterusnya, iaitu U68 and U98, serta perkhidmatan prabayar 018 Prepaid.

TELCO 7POST BANDAR MUAR :-

Produk Telekomunikasi Kembali

Panggilan suara INTERNET

Kad i-Talk Jalur lebar Prabayar Celcom

Terus berhubung dengan teman dan keluarga di Memperkenalkan jalur lebar prabayar Celcom,
dalam atau luar negara dengan iTalk, kad panggilan Pelan Jalur lebar Prabayar yang pertama di
prabayar yang membolehkan anda membuat Malaysia. Dapatkan akses internet segera di
panggilan menerusi telefon bimbit, talian tetap, hujung jari anda dengan pakej permulaan Jalur
mahupun daripada internet melalui iTalk Buddy. lebar Prabayar Celcom hanya RM25 dengan
Terdapat dalam denominasi RM10, RM20, RM30 kredit permulaan RM20 dan nikmatilah:
dan RM50. Anda boleh membuat panggilan
domestik dan antarabangsa dengan penjimatan yang - Perkhidmatan internet mudah alih yang
lebih pada bila-bila masa dan di mana sahaja. terluas dan terpantas di Malaysia untuk
melakukan lebih banyak perkara di mana jua
  anda berada.

Baca selanjutnya - Memperoleh akses percuma tanpa perlu


mendaftar.

- Harga yang berpatutan hanya dari RM20


setiap minggu tanpa caj tetap bulanan.

Baca selanjutnya
   
Celcom X.Pax Tune Talk

Alami sendiri kuasa sebenar menerusi telefon Tune Talk merupakan penyedia perkhidmatan
bimbit anda dengan rangkaian telefon mudah alih prabayar terkini di Malaysia dengan liputan
No.1 di Malaysia. Dapatkan kawasan liputan yang seluruh negara. Dengan Tune Talk, secara
lebih luas, rangkaian terpantas, kadar hebat, bonus automatik anda perolehi:
terhebat, jalur lebar hebat, hak penggunaan terbaik
dan khidmat pelanggan terbaik hanya dengan - Peluang untuk menang salah satu daripada
X.pax. sepuluh baucar percuma E-Gift Air Asia setiap
hari
Maklumat Lanjut tentang Celcom X.pax
- Percuma RM100 000 Insurans Perlindungan
Peribadi Kemalangan yang ditanggung
sepenuhya oleh Etiqa

- Pilihan untuk menukar nombor anda pada


bila-bila masa - Kadar terendah ke sebarang
nombor pada bila-bila masa

- Dan banyak lagi!

Maklumat lanjut tentang Tune Talk ..

Modem Wifi PERCUMA

Dapatkan modem wifi percuma apabila anda melanggan Streamyx sekarang. Nikmati
perkhidmatan hebat internet jalur lebar di mana jua di rumah. Kunjungi outlet
Telco&Post berhampiran anda untuk langganan.

Akan Datang!

Tidak lama lagi, anda boleh menghantar duit ke luar negara di outlet Telco&Post Shoppe
terpilih kami.
Cisco Systems
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Cisco Systems, Inc.

Jenis Awam (NASDAQ: CSCO)


San Francisco, California, Amerika
Ditubuhkan
Syarikat (1984)
Ibu pejabat San Jose, California
Orang utama John T. Chambers, Chairman and CEO
Industri Rangkaian komputer
Modal $132 Bilion USD (2008)[1]
Hasil ▲ $39.540 Bilion USD (2008)
Pendapatan
▲ $9.442 Bilion USD (2008)
operasi
Pendapatan
▲ $8.052 Bilion USD (2008)
bersih
Pekerja 66,050 (2008)
Laman web http://www.cisco.com

Cisco Systems, Inc. (NASDAQ: CSCO, SEHK: 4333) adalah sebuah perbadanan


multinasional mempunyai 66,000 orang pekerja dan memperoleh keuntungan sebanyak
39 bilion Dolar Amerika pada tahun 2008. Beribu pejabat di San Jose, California,
syarikat ini mereka bentuk dan menjual teknologi telekomunikasi dan rangkaian serta
perkhidmatannya di bawah lima jenama iaitu Cisco, Linksys, WebEx, IronPort, dan
Scientific Atlanta. Cisco adalah sebuah syarikat nombor satu di dunia dalam bidang
Teknologi Maklumat yang mengeluarkan produk rangkaian.

Perusahaan korporat

Syarikat ini beribu pejabat di San Jose, California, dengan beberapa cawangan sekitar
North First Street dan Tasman. Cisco juga telah melebarkan sayapnya ke beberapa buah
negara seperti Algeria, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Belize, Bolivia, Bosnia
dan Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Croatia,
Republik Czech, Denmark, Ecuador, Egypt, El Salvador, Estonia, Finland, France,
Germany, Greece, Guatemala, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland,
Israel, Italy, Japan, Kenya, Kuwait, Kosovo, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia,
Malaysia, Mexico, Monaco, Montenegro, Nepal, Netherlands, New Zealand, Nicaragua,
Nigeria, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Philippines, Poland, Portugal, Puerto Rico
and Caribbean, Qatar, Romania, Russia, Senegal, Serbia, Singapore, Slovakia, Slovenia,
Korea Selatan, South Africa, Spain, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey,
Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Uruguay, Venezuela, Vietnam. [2]

Visi Cisco ialah “Mengubah Bagaimana Cara Hidup, Bekerja, Bermain dan Belajar”
(Changing the Way We Work, Live, Play and Learn) dan slogan Cisco ialah “Selamat
datang ke dunia rangkaian” (Welcome to the human network). [3]

[sunting] Produk dan servis

Telkomsel
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Telkomsel

Jenis Bukan awam

Ditubuhkan 26 Mei 1995

Ibu pejabat Jakarta, Indonesia

Orang utama Sarwoto Atmosutarno, Direktur Utama

Industri Telefon bimbit

Produk Kartu Halo, Kartu AS dan Simpati


Induk PT Telekomunikasi Indonesia Tbk

Laman web www.telkomsel.com

PT Telkomsel adalah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia. Ia


merupakan anak syarikat PT Telkom.

Telkomsel merupakan pengendali telekomunikasi selular GSM kedua di Indonesia,


dengan perkhidmatan pascabayar yang dilancarkan pada 26 Mei 1995. Waktu itu pemilik
saham Telkomsel adalah PT Telkom (51%) dan PT Indosat (49%). Kemudian pada
November 1997 Telkomsel menjadi operator selular pertama di Asia yang menawarkan
perkhidmatan prabayar GSM. Hasilnya Telkomsel menjadi pengendali telekomunikasi
selular terbesar di Indonesia, dengan 26.9 juta pelanggan dan memiliki pegangan pasaran
sebesar 55% (sehingga Mac 2006).

Telkomsel memiliki tiga produk GSM, iaitu SimPATI (prabayar), KartuAS (prabayar),
serta KartuHALO (pascabayar).

Sekarang saham Telkomsel dimiliki oleh TELKOM (65%) dan syarikat telekomunikasi
Singapura SingTel (35%). TELKOM merupakan syarikat milik negara Indonesia yang
majoriti sahamnya dimiliki oleh Pemerintah Republik Indonesia, seperti SingTel
merupakan perusahaan yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Pemerintah Singapura.

Sejak Januari 2009 Presiden pengarahnya dijawat oleh Sarwoto Atmosutarno yang
menggantikan Kiskenda Suriadihardja yang telah berkhidmat sebagai Presdir sejak Mac
2005

Rangkaian

Telkomsel bekerja pada jaringan 900/1800 MHz. Di pasaran antarabangsa, rangkaian


Telkomsel telah merangkumi 288 rangkaian roaming antarabangsa di 155 negara pada
akhir tahun 2007.

[sunting] Produk

Telkomsel mempunyai pelbagai produk-produk. Contohnya, simPATI, Kartu Halo,


KartuAS, dan Telkomsel Flash.

[sunting] Grapari

Grapari merupakan singkatan daripada Graha Pari Sraya iaitu nama sebuah pejabat
perkhidmatan pelanggan Telkomsel. Nama Graha Pari Sraya berasal dari bahasa Sanskrit
yang diilhamkan oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X untuk nama pejabat perkhidmatan
pelanggan Telkomsel sebagai tanda penghargaan kerana merasmikannya pejabat tersebut
di Daerah Istimewa Yogyakarta. Sejak itulah seluruh pejabat perkhidmatan pelanggan
Telkomsel ditetapkan dengan awalan GraPARI Telkomsel atau Grha Pari Sraya
Telkomsel.

Selain sebagai pejabat pemasaran turut memfokuskan untuk menjalankan perkhidmatan


pelanggannya dengan menyediakan penjualan produk sendiri seperti kartuHALO dan
simPATI Nusantara.

GraPARI tidak menjual perangkat telefon selular kecuali jika ada kebijaksanaan tertentu
untuk menjual dalam bentuk paket produk Telkomsel, hal inipun tidak selalu dilakukan.
Sehingga jika ada pelanggan yang ingin membeli perangkat telefon selular terpisah dari
produk Telkomsel maka GraPARI akan menyarankan untuk mendapatkannya pada peraih
rasmi, saluran keluar eksklusif, mahupun peruncit yang telah bekerjasama dengan
Telkomsel.

[sunting] 3G/3.5G

Telkomsel menyediakan perkhidmatan 3G, yang memungkinkan pengguna memuat turun


video serta melayari Internet dengan kelajuan tinggi. Telkomsel adalah pengendali
pertama yang menyediakan perkhidmatan seperti ini.[1]

TELKOMSELFlash adalah layanan 3.5G berteknologi HSDPA dengan kelajuan maksima


hingga 3.6 Mbps. Sekarang jaringan 3G Telkomsel disediakan untuk 80 kota, 3.5G di 20
kota, dan GPRS/EDGE di seluruh pelosok Indonesia.

[sunting] Nota kaki

1. ↑ Telkomsel off mark first in offering 3G service, 3 Oktober 2006, Asean News Network

[sunting] Pautan luar

 Laman sesawang rasmi


 Laman sesawang Grapari rasmi oleh Telkomsel

[sembunyi]

p • b • s

Operator dan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih Indonesia

Bakrie
Esia
CDMA Telecom

Indosat StarOne
Mobile-8 Fren · Hepi

SampoernaCeria

Smart
Smart
Telecom

Telkom TelkomFlexi

Hutchison 3

Indosat IM3 · Mentari · Matrix

Natrindo AXIS

GSM PSN ByRU · PASTI

TelkomselsimPATI · kartuAs · kartuHALO

XL Axiata XL Prabayar · XL Pascabayar

Lihat juga: Indosat-M3 dan Satelindo (keduanya telah digabungkan dengan Indosat)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Telkomsel"


Kategori: Syarikat Indonesia | Syarikat Singapura | Pengendali telekomunikasi selular Indonesia

Bernama.com
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

TM Net Menang Perkhidmatan Perkhidmatan Jalur Lebar Terbaik Dan


Anugerah Hotspot Wi-Fi 
Ekonomi
24 Januari, 2006 20:26 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TM Net Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh
Telekom Malaysia Bhd (TM), telah terpilih sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet Jalur
Lebar terbaik bagi perkhidmatan streamix tmnet bagi tahun keempat berturut-turut oleh
pembaca PC.Com.
Syarikat itu juga memenangi anugerah Pengendali Hotspot Wi-Fi Terbaik bagi perkhidmatan
akses Internet jalur lebar wayarles hotspot tmnet di lebih 1,000 tempat terpilih di majlis
anugerah keenam PC.Com yang diadakan di sini baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif TM Net Michael Lai berkata ia merancang
untuk meningkatkan kawasan hotspot semasa dan mewujudkan pusat gaya hidup jalur lebar
di kawasan pasaran utama pada tahun ini.

Streamyx adalah pembekal broadband utama Malaysia, hooking up kebangsaanMalaysi
a dengan dunia online yang serba cepat.

Bandwidth yang
disediakan oleh Streamyx memberi anda pengalaman Internetditandingi. Audio dan vide
o streaming secara konsisten. Dan kau mudah terusmengikuti dengan aplikasi yang kom
pleks dan website berat yang sekarang dalammode.

Dengan Streamyx broadband anda akan:

menerus dalam talian
menikmati penggunaan tak terhad untuk tingkat bunga tetap, dan
download data pada kelajuan kilat hingga 4.0Mbps!

iMAX, (Inggeris: Worldwide Interoperability for Microwave Access), ialah satu


teknologi telekomunikasi yang bertujuan menawarkan data wayarles melalui jarak jauh dengan
pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMAX
berasaskan piawaian IEEE 802.16 yang juga dipanggil WirelessMAN. Nama "WiMAX" direka
oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling
kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi
berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling
jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".

Pakistan sekarang mempunyai rangkaian WiMAX seluruh negara berfungsi sepenuhnya yang


terbesar di dunia.[1] Wateen Telecom memasang rangkaiannya di 17 buah bandar di seluruh
Pakistan menggunakan perkakasan Motorola.[2]
Selain itu, terdapat perdebatan tentang kebahayaan penggunaan teknologi WiMAX secara
meluas. Melalui kajian Satellite Users Interference Reduction Group (SUIRG), teknologi ini
mengganggu isyarat Satelit C-Band.[3]

Isi kandungan

 [sorok]

1 Kegunaan

o 1.1 Capaian jalur lebar

 1.1.1 Unit pelanggan

o 1.2 Aplikasi gagang mudah alih

o 1.3 Aplikasi rangkaian angkut

balik/capaian

2 Maklumat teknikal

o 2.1 Lapisan pautan lapisan/data

MAC

o 2.2 Lapisan fizikal

3 Rujukan

[sunting]Kegunaan

Lebar jalur dan kecapaian WiMAX menjadikannya sesuai untuk aplikasi berpotensi berikut:

 Menghubungkan hotspot Wi-Fi dengan satu sama lain dan tempat-tempat lain di Internet.


 Menyediarkan alternatif wayarles kepada kabel dan DSL untuk capaian jalur lebar jarak
paling jauh.
 Menyediakan perkhidmatan data dan telekomunikasi berkelajuan tinggi.
 Menyediakan pelbagai punca kesalinghubungan Internet sebagai sebahagian rancangan
kesambungan perniagaan, iaitu jika sesebuah perniagaan mempunyai sambungan Internet
talian tetap dan wayarles, khususnya dari penyedia yang berlainan sekali, maka perniagaan
tidak mungkin terjejas oleh gangguan perkhidmatan yang sama.
 Menyediakan kesalinghubungan kembara.
[sunting]Capaian jalur lebar
Kebanyakan syarikat sedang mengkaji WiMAX dengan terperinci untuk kesalinghubungan "jarak
paling jauh" pada kadar data yang tinggi. Persaingan yang timbul boleh merendahkan harga
untuk pengguna rumah dan perniagaan atau membawa capaian jalur lebar ke tempat yang tiada
jalur lebar atas sebab ekonomi. Sebelum WiMAX, terdapat banyak pengendali yang selama ini
menggunakan teknologi wayarles tetap proprietari untuk perkhidmatan jalur lebar.

Capaian WiMAX digunakan untuk membantu komunikasi di Aceh, Indonesia, selepas


kejadian tsunami pada Disember 2004. Segala prasaran komumikasi di kawasan terbabit ranap,
kecuali radio amatur, mengakibatkan para mangsa yang terselamat tidak dapat berhubung
dengan orang di luar kawasan bencana. WiMAX menyediakan capaian jalur lebar yang
membantu menjana semula komunikasi ke Aceh.

WiMAX digunakan oleh Intel untuk membantu FCC dan FEMA dalam usaha komunikasi di


kawasan-kawasan yang terjejas oleh Taufan Katrina.[4]
[sunting]Unit pelanggan

Unit pelanggan WiMAX terdapat dalam bentuk dalaman dan luaran dari pelbagai pengilang. Unit
dalaman pasang sendiri amat senang, tetapi kehilangan radio boleh memaksa pelanggan
merapatkan diri dengan stesen pangkalan WiMAX berbanding unit luaran yang dipasang oleh
profesional. Oleh itu, unit dalaman memerlukan lebih banyak pelaburan prasarana dan juga kos
pengendalian (sewa tapak, angkut balik, penyelenggaraan) kerana bilangan stesen pangkalan
yang banyak diperlukan untuk meliputi kawasan tertentu. Unit dalaman juga serupa saiznya
dengan modem kabel atau DSL. Unit luaran pula lebih kurang sama saiz dengan komputer riba,
dan pemasangannya serupa dengan memasang piring satelit rumah.

Dengan kedatangan WiMAX mobil, maka tumpuan lebih diberi pada unit mudah alih, termasuk
gagang tangan (serupa dengan smartphone selular) dan persisian PC (kad PC atau anak kunci
USB). Selain itu, para pengendali juga banyak menekankan peranti elektronik pengguna
(terminal permainan, pemain MP3 dan sebagainya); nampaknya ini lebih kepada Wi-Fi
berbanding teknologi selular 3G.

[sunting]Aplikasi gagang mudah alih


Beberapa syarikat selular sedang menilai WiMAX sebagai kaedah mengembangkan lebar jalur
untuk pelbagai aplikasi yang intensif data.

[sunting]Aplikasi rangkaian angkut balik/capaian


WiMAX merupakan calon gantian untuk teknologi telefon bimbit seperti GSM dan CDMA, atau
boleh digunakan sebagai perhentian untuk menambah keupayaan. WiMAX juga telah
ditimbangkan sebagai teknologi angkut balik wayarles untuk rangkaian 2G, 3G, dan 4G di
negara-negara maju dan membangun.[5][6]

"Angkut balik" untuk pengendalian selular di kawasan terpencil lazimnya disediakan melalui
satelit, sementara di kawasan bandar pula melalui satu atau lebih sambungan T1. WiMAX ialah
jalur lebar mobil dan oleh itu lebih memerlukan angkut balik. Kaedah angkut balik yang lama tidak
sesuai, maka meningkatnya peranan angkut balik titik ke titik gelombang mikro wayarles
berkapasiti amat tinggi (200 atau lebih Mbit/s dengan tunggakan biasanya 1 ms atau kurang).
Angkut balik gentian juga sesuai.

Pemasangan WiMAX di kawasan luar bandar yang kekurangan atau ketiadaan tunggak jalur
lebar amat mencabar kerana kaedah dan perkakas tambahan diperlukan untuk mendapatkan
lebar jalur yang cukup dari sumber terdekat -- masalahnya terletak pada kadar kepada jarak
antara pengguna akhir dan tunggak Internet mencukupi yang terdekat.

Oleh sebab prasarana talian yang terhad di sesetengah negara membangun, kos pemasangan
stesen WiMAX bersempena dengan sebuah menara selular sedia ada ataupun sebagai hab
tunggal mungkin kurang berbanding membangunkan kaedah bertalian. Kawasan-kawasan
ketumpatan penduduk rendah dan daratan rata agak sesuai dengan WiMAX dan liputannya.
Untuk negara yang menolak prasarana talian atas sebab kos mahal dan muka bumi yang kurang
sesuai, WiMAX boleh meningkatkan prasarana tanpa wayar secara murah, teragih, senang
dipasang dan berkesan.

[sunting]Maklumat teknikal
WiMAX ialah istilah yang direka untuk menghuraikan pelaksanaan piawai rangkaian
wayarles IEEE 802.16 piawai dan boleh saling kendali, serupa dengan cara istilah Wi-
Fi digunakan untuk pelaksanaan piawaian LAN wayarles IEEE 802.11 yang boleh saling kendali.
Namun begitu, WiMAX amat berbeza cara fungsinya dari Wi-Fi.

[sunting]Lapisan pautan lapisan/data MAC


Dalam Wi-Fi, pengawal capaian media (media access controller, MAC) menggunakan
capaian pertelagahan — semua stesen pelanggan yang ingin menghantar data melalui titik
capaian wayarles (wireless access point, AP) terpaksa bersaing untuk meraih perhatian AP
secara sampukan rawak. Ini boleh menyebabkan stesen pelanggan yang menjauhi AP selalu
diganggu oleh stesen-stesen berhampiran, maka banyak menjejaskan daya pemprosesannya. Ini
menyukarkan penyelenggaraan perkhidmatan seperti VoIP atau IPTV yang bergantung pada
mutu perkhidmatan yang malar bergantung pada kadar data dan pendedahan kepada gangguan,
untuk lebih daripada beberapa pengguna sewaktu.

Sebaliknya, 802.16 MAC menggunakan algoritma penjadualan agar stesen pelanggan cuma


perlu bersaing sekali (untuk kemasukan awal ke dalam rangkaian), kemudian diperuntukkan satu
slot capaian oleh stesen pangkalan. Slot masa ini boleh mengembang atau mengecut, namun
kekal ditugaskan ke stesen pelanggan itu sahaja, iaitu pelanggan lain tidak boleh
menggunakannya. Selain mampu stabil dalam keadaan muatan dan langganan berlebihan
(berbanding 802.11), algoritma penjadualan 802.16 juga lebih cekap menggunakan lebar jalur.
Algoritma penjadualan juga membolehkan stesen pangkalan mengawal parameter mutu
perkhidmatan dengan meginmbangkan penugasan slot masa di kalangan keperluan aplikasi
stesen pengguna.

[sunting]Lapisan fizikal
Versi asal piawaian yang dijadikan WiMAX sebagai dasar (IEEE 802.16) menetapkan satu
lapisan fizikal yang beroperasi dalam julat 10 hingga 66 GHz. 802.16a, yang dikemaskini pada
tahun 2004 ke 802.16-2004, menambah tetapan untuk julat 2 hingga 11 GHz. 802.16-2004
dikemaskini menjadi 802.16e-2005 pada tahun 2005 dan menggunakan capaian berbilang
bahagian frekuensi ortogon boleh skala (scalable orthogonal frequency-division multiple access,
SOFDMA) berbanding versi OFDM dengan 256 sub-pembawa (200 daripadanya digunakan)
dalam 802.16d.

[sunting]Rujukan

1. ↑ "WiMAX World Europe: Motorola WiMAX Wins Pakistan’s


Wateen". telecommagazine.com. http://www.telecommagazine.com/article.asp?HH_ID=AR_2081.

Retrieved 2008-05-21.

2. ↑ "Wateen Telecom Launches WiMAX to 17 Cities in Pakistan in Nine


Months". Motorola.http://www.motorola.com/staticfiles/Business/Solutions/Industry

%20Solutions/Service%20Providers/Wireless%20Operators/Wireless

%20Broadband/wi4%20WiMAX/_Document/StaticFile/Wateen_Telecom_WiMAX_Case_Study_Co

py.pdf. Retrieved 2008-05-21.

3. ↑ "WiMAX Frequency Sharing with FSS Earth Stations". Satellite Users Interference Reduction
Group. http://www.suirg.org/pdf/SUIRG_WiMaxFieldTestReport.pdf. Retrieved 2008-06-08.

4. ↑ "FCC Pushes WIMax OK for Katrina Victims, Intel supplies the hardware", mobilemag.com.
Dicapai pada 2008-01-08. 

5. ↑ "Sprint Eyes WiMax Backhaul". lightreading.com. http://www.lightreading.com/document.asp?


doc_id=104349. Retrieved 2008-03-22.

6. ↑ "WiMax signals get stronger in India".


eetimes.com. http://www.eetimes.com/news/latest/showArticle.jhtml?articleID=206901605.

Retrieved 2008-03-22.
Portal Sains komputer

[sembunyi]
Rangkaian komputer

Rangkaian kawasan persendirian (PAN) • Rangkaian kawasan setempat (LAN) • Rangkaian kawasan kampus (CAN) • Rangkaian kawasan metropolitan
Rangkaian kawasan global (GAN)

Kad antara muka rangkaian • Penguat • Hab • Jambatan • Modem • DSL • ADSL • Suis • 8P8C • Brouter

Pasangan berlingkar • Gentian optik

Model DoD • Penghalaan • Unicast • Alamat IP • Protokol Internet versi 4 • Protokol Internet versi 6 • Rakan-ke-rakan • Rangkaian pensuisan paket

Wayarles • WiMAX • Wi-Fi • Hotspot • Talian pajak • Pensuisan litar • Pensuisan mesej • Pensuisan paket • Geganti sel

Jalur lebar • Jalur sempit

Extranet • Internet

Topologi bintang • Topologi cincin • Topologi bas • Topologi mesh • Gelang token

Komputer pelayan • Komputer pelanggan

Juniper Networks

Penggunaan bermula tahun ini manakala operasi menyeluruh dijangka pada 2009

KEHADIRAN teknologi Kebolehoperasian Global untuk Capaian Gelombang Mikro (Wimax)

adalah penyelesaian sambungan Internet berkelajuan tinggi yang dinantikan pelbagai pihak

termasuk industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kerajaan, pembangun teknologi

global serta tempatan dan paling utama pengguna.  

Wimax adalah standard yang diperkenalkan Institut Jurutera Elektrikal dan Elektronik (IEEE),

gabungan standard telekomunikasi berwayar dan tanpa wayar yang berpotensi menggantikan

prasarana sedia ada dan beroperasi dalam persekitaran saling bergantungan.  

Wimax berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan seperti suara, video dan data

menerusi spektrum gelombang frekuensi radio kepada pengguna statik dan bergerak.  

Bagi Wimax tetap, ia dibangunkan berasaskan standard IEEE 802.16‐2004 yang digunakan pada
aplikasi tetap dan nomad dalam persekitaran LOS dan NLOS.  

Wimax mudah alih pula berasaskan standard IEEE 802.16e dengan sasaran khusus untuk

aplikasi mudah alih dalam persekitaran NLOS. Bagaimanapun, sistem Wimax mudah alih itu

turut mampu menyediakan akses tetap dan nomad.  

Sekiranya WiFi mampu menyediakan jarak sambungan ke rangkaian sehingga dalam lingkungan

100 meter, transmisi Wimax pula disifatkan mampu menghantar isyarat pada jarak maksimum

50 kilometer (km) untuk stesen tetap manakala sehingga 15 km bagi stesen mudah alih.  

Dari segi ciri penyampaiannya, Wimax berkemampuan menyediakan kadar pengaliran data

pada kelajuan sehingga 70 megabait sesaat (mbps).  

Teknologi itu boleh digunakan bagi menghubungkan hotspot WiFi dengan bahagian Internet

lain, menyediakan alternatif sambungan tanpa wayar, menawarkan perkhidmatan data serta

telekomunikasi dan sambungan mudah alih.  

Pada Mac 2007, kerajaan memberikan lesen Wimax kepada empat syarikat tempatan iaitu

Green Packet Bhd, YTL E‐Solutions Bhd (YTLe), REDtone International Bhd (REDtone) and

Asiaspace dotcom Sdn Bhd (Asiaspace).  

Lebih mengejutkan pelbagai pihak apabila pemberian lesen itu membabitkan saiz syarikat yang

kecil dalam industri itu berbanding beberapa pembida lain yang dianggap lebih berkemampuan

melaksanakannya.  Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman pemberian lesen itu,


Kementerian Tenaga Air

dan Komunikasi di bawah pentadbiran bekas menterinya, Tun Dr Lim Keng Yaik ketika itu

menegaskan empat pemegang lesen berkenaan perlu memastikan teknologi itu mula

beroperasi di negara ini pada pertengahan 2008.  

Penghujung bulan lalu, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), anak syarikat Green

Packet Bhd, merancang melancarkan perkhidmatan jalur lebar Wimax secara komersial pada

suku ketiga tahun ini, dengan sasaran liputan minimum kepada 25 peratus penduduk.

Perkhidmatan itu yang akan mula diperkenalkan di sekitar Lembah Klang, kini di peringkat akhir
percubaan intensifnya yang dilaksanakan menerusi khidmat pengguna sukarela kediaman dan

perniagaan.  

Ketua Eksekutifnya, Michael Lai, berkata keputusan daripada aktiviti penilaian serta percubaan

penggunanya memberi gambaran positif dan syarikat itu sedang meningkatkan aspek

penyampaiannya bagi memastikan ia menepati standard perkhidmatan yang bermutu.  

Beliau berkata, antara komponen utama yang dinilai sebelum pelaksanaan secara komersial

adalah dari segi langganan, peringkat permulaan pelaksanaan, penyampaian, kualiti

perkhidmatan dan sokongan pelanggan.  

“Apabila ia dilancarkan pada suku ketiga nanti, P1 adalah syarikat pertama di Malaysia yang

memperkenalkan rangkaian Wimax 802.16e 2.3 GHz pada skala besar dan pertama

melakukannya selain Korea,” katanya dalam kenyataan baru‐baru ini.  

Tiga syarikat pemegang lesen lain turut memberi komitmen mereka untuk melancarkan secara

komersial perkhidmatan Wimax di negara ini menjelang penghujung 2008.  

Baru‐baru ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata

empat syarikat terbabit sudah memberi jaminan akan memastikan perkhidmatan itu bakal

disediakan menjelang Disember.  

Beliau berkata, sekiranya empat syarikat berkenaan gagal menyediakan perkhidmatan itu

kepada pengguna selewat‐lewatnya akhir tahun ini, kementerian akan bertindak demi

kepentingan rakyat.  

"Jika mereka tidak mampu menyediakan perkhidmatan Wimax, kita (kementerian) akan

mengeluarkan surat meminta menyatakan sebab mengapa lesen mereka tidak boleh ditarik

balik," katanya di Kuala Lumpur, baru‐baru ini.  

Katanya, tidak dinafikan wujudnya sedikit masalah di peringkat awal pembangunannya yang

seharusnya dimulakan Mei lalu. Penangguhan yang berlaku itu disebabkan sijil pengiktirafan

perkakasannya masih tidak diluluskan di peringkat antarabangsa melalui Forum Wimax.  Di


sebalik keghairahan menyediakan perkhidmatan itu, antara cabaran memajukan teknologi
terbabit di negara ini meliputi kos penggunaannya dan kesediaan produk atau kelengkapan

yang mampu menyokong teknologi Wimax.  

Sehingga kini, P1 sudah mengumumkan kesediaan syarikat itu menawarkan produk yang

dibangunkannya bagi menyokong teknologi Wimax dalam menangani kos penggunaan

perkhidmatan terlalu tinggi.  

Penganalisis dan pemerhati industri berpendapat pelaksanaan perkhidmatan Wimax secara

berkesan hanya dapat dinikmati secara meluas menjelang 2009 dengan kesediaan komponen

prasarana menyeluruh dan rangkaian produk sokongan yang mudah didapati di pasaran.  

Bagi 2008, kehadiran perkhidmatan WiMAX masih dinanti‐nantikan yang dianggap mampu

mengubah landskap penggunaan dan penembusan perkhidmatan jalur lebar di negara ini.  

INFO:  

• Spektrum 2.3 GHz dibangunkan bagi WiMAX di Malaysia.  

• Dibida 18 syarikat dan empat dipilih kerajaan sebagai pemegang lesen sah.  

• P1 akan menyediakan 600 stesen dasar sehingga akhir 2008.  

• Kerajaan memansuhkan lesen jalur spektrum 2.5GHz dan 3.5GHz bagi menangani masalah

keberkesanan pelaksanaan dan kesesakan menara.  

• Pelaburan setiap syarikat untuk membangunkan WiMAX membabitkan antara RM600 juta

hingga RM2 bilion.

TMNet merupakan pembekal perkhidmatan internet di Malaysia. Ini adalah baris


terbesar pembekal broadband tetap di Malaysia [3] Hal ini juga menyediakan televisyen
Internet Protocol dan perkhidmatan multimedia yang lain. bersih TM adalah anak
syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh pembekal telekomunikasi utama Malaysia, TM
Bhd 

TMNet ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Telekom Malaysia Bhd sebagai sebahagian
dari Malaysia Broadband Rencana Nasional. Pada awalnya digunakan pada percubaan
dasar antara TMnet dan WANG LOGAM [rujukan?]. Sidang komersil pertama xDSL oleh
TM dilakukan melalui perkhidmatan yang dikenali sebagai milikNya yang dibina
bersama-sama dengan Ericsson pada tahun 1999. 
The Streamyx asli perkhidmatan broadband internet dilancarkan pada bulan April 2001
dengan kelajuan 384 kbit / s. 

Pada bulan Jun 2007, TMNet dilancarkan 4 Mbit / perkhidmatan yang kelajuan terpantas
yang tersedia saat itu. Pada Januari 2010, menawarkan pakej Streamyx adalah tempat
kediaman mempunyai pelanggan bermula dari 512Kbit / s ke 4Mbit / s; pelanggan
perniagaan yang ditawarkan Usaha Broadband pakej bermula dari 1MBit / s ke 4Mbit /
s. 

Pada tarikh 10 Disember 2009, TMNet melancarkan sebuah Mbit 15 baru / s serat optik
High Speed Broadband (HSBB) perkhidmatan yang disebut UniFi. Malaysia High Speed
Broadband Projek ditetapkan untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi di Malaysia telah
sepenuhnya menikmati perkhidmatan berasaskan web seperti Skype dan YouTube. 

TMNet telah datang di bawah beberapa kritik untuk capping hubungan antarabangsa
dari para penggunanya, mengutip syarikat Fair Dasar Penggunaan. [9] Selama
wawancara baru-baru ini di Malaysia BFM Radio, TM CEO mengatakan bahawa TMNet
telah menguatkuasakan "Traffic Management" program pada pengguna Streamyx
nya. [10]...

Jenis syarikat yang tercatat Umum
Industri pembekal perkhidmatan Internet
Ditubuhkan 1995
Markas besar
Cyberjaya, Malaysia
TM IT Complex, 3300 Lingkaran Usahawan 1 Cyberjaya Timur, 63000
Kawasan yang dilayani Malaysia
Tokoh penting Jeremy Kung (CEO)
Fazlur Rahman Zainuddin (CFO) [1]
Produk Streamyx, UniFi, Hypp.tv, Hotspot TM, BlueHyppo
Perkhidmatan Internet dan Perkhidmatan Multimedia
Pendapatan RM2.12 bilion (2010) [2]
Pekerja 650 pekerja
Induk Telekom Malaysia Bhd
Website http://www.tm.net.my/

You might also like