You are on page 1of 12

ULASAN

1.0 Pengenalan

Dalam Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya, Mahzan Arshad telah menulis

mengenai Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Penulis telah

menimbulkan beberapa permasalahan dan mengupas penggunaan teknologi sebagai media

pengajaran dan pembelajaran pada masa kini termasuklah dalam Bahasa Melayu.

Senario pembelajaran di sekolah pada hari ini telah mengalami revolusi dan beralih

kepada penggunaan teknologi informasi secara meluas. Hampir setiap matapelajaran kini

memiliki alat bantu menggunakan teknologi. Oleh yang demikian, adakah peranan guru

semakin berkurangan?

Teknologi tidak harus disalahertikan dengan mengambil kesempatan di atas

kemudahan yang ada. Peranan guru masih berterusan dalam usaha memberi kefahaman

kepada para pelajar. Teknologi didefinisikan sebagai suatu alat yang sistematik dalam

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Penerapan teknologi dalam

pendidikan bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Terdapat variasi bentuk pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan oleh guru. Guru harus memilih dan menentukan teknologi yang hendak

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Guru perlu faham bahawa

penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan bertujuan menghapuskan

peranan guru tetapi bertujuan memberi kemudahan dan merangsang pembelajaran murid ke

tahap maksima. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik sudah pasti

berjaya menarik minat pelajar. Sesungguhnya peranan guru dalam bilik darjah tidak dapat

dihapuskan walaupun wujudnya kemudahan dan alat bantu mengajar yang menarik serta

melengkapkan pengajaran guru.

1
Faedah Penggunaan Teknologi dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan kajian-kajian yang terdahulu, didapati bahawa teknologi digunakan untuk

tujuan pembelajaran dal pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan merangsang minda pelajar

dan melibatkan deria seperti pengelihatan, pendengaran dan penuturan. 83 peratus

menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan deria pengelihatan lebih mudah menerima

ilmu dan minat terhadap pembelajaran bertambah akibat penggunaan deria pengeliahatan

secara maksima.

Kualiti pembelajaran meningkat dengan adanya teknologi semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Ia dapat merangsang deria pelajar dan menjadikan pelajar lebih aktif.

Selain itu juga masa pembelajaran dapat diuruskan dengan baik menggunakan teknologi yang

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih terancang. Kualiti pengajaran guru

menjadi lebih tersusun dan berkesan. Teknik pengajaran juga dapat diubah-ubah tanpa

menjejaskan kualiti kandungan dan matlamat dan kemahiran literasi yang hendak dicapai.

Selain itu, guru dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran dan menghilangkan

rasa bosan pelajar.

Pemilihan Bahan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu.

Dalam menentukan bahan bantu belajar yang akan digunakan, guru tersebut perlu

mengenalpasti bahawa bahan yang dipilih itu dapat memberikan kesan positif terhadap

pelajar. Beberapa pertimbangan dinyatakan oleh penulis bagi menentukan kesesuaian bahan

teknologi yang akan digunakan dalam kelas literasi.

2
Objektif Pembelajaran

Banyak kajian menunjukkan bahawa audio dapat meningkatkan kemahiran lisan pelajar

berbanding dengan teknik pengajaran tradisional ( Mahzan Arshad. 2003).

Walaubagaimanapun guru tidak seharusnya membazirkan masa dengan hanya menyalin

soalan yang terdapat di dalam buku kepada bentuk teknologi.

Tahap Pencapaian Pelajar

Penggunaan bahan teknologi ini didapati tidak begitu membantu secara maksima bagi

murid cemerlang ataupun lemah. Ia hanya sesuai bagi kelas normal. Kajian secara

eksperimental yang pernah dilaksanakan mendapati pelajar yang berpencapaian tinggi dan

rendah tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dalam pencapaian mereka dengan

adanya penggunaan teknologi sebagai bahan bantu belajar. Namun demikian, terdapat

perisian khas bagi membantu murid pencapaian tinggi dan rendah ini mengikut kemampuan.

Ia boleh dimuat turun dari laman sesawang.

Menentukan Isi Kandungan dan Domain Kemahiran Literasi.

Guru perlu memikirkan pemilihan domain literasi yang hendak digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran itu dapat disesuaikan dengan tahap pelajar. Sebagai contoh iklan di internet

dapat digunakan bagi meningkatkan kemhairan analisis dan perbandingan.

3
Menentukan Aspek Teknikal

Guru perlu bersedia dengan pelan pengajaran lain sekiranya bahan teknologi yang dirancang

tidak dapat berfungsi dengan baik. Guru perlu bersedia terlebih dahulu sebelum memulakan

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ciri Fizikal Bahan Teknologi.

Seorang guru perlu bersedia dan mengetahui akan keupayaan penggunaan teknologi yang

dipilih dapat dilaksanakan di kelas yang berkenaan atau tidak. Sebagai contoh, jika kelas

tersebut tidak mempunyai pendawaian elektrik yang sempurna maka adalah tidak wajar guru

melaksanakan penggunaan bahan teknologi kerana ia akan membahayakan pelajar.

Jenis Teknologi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Bahasa Melayu.

Terdapat pelbagai bahan teknologi yang digunakan dalam literasi Bahasa Melayu

seperti penggunaan papan elektronik. Pada masa dahulu, masyarakat menggunakan papan

batu, papan kapur, atau papan hitam sebagai media penulisan. Kini sinar laser atau pen sinar

elektrik mampu menggantikan semua medium konvensional yang dinyatakan. Papan tulis

pula digantikan dengan papan layar yang boleh ditarik ke atas dan ke bawah.

Walaubagaimanapun penulis menyatakan bahawa papan tulis masih lagi digunakan sehingga

hari ini kerana ia bersifat mesar pengguna dan berguna bagi menzahirkan ide-ide spontan

guru mahupun pelajar. Selain kosnya yang murah, tiada latihan teknikal diperlukan untuk

menggunakan papan tulis.

4
Selain papan elektronik, bahan grafik seperti gambar dan carta turut memainkan

peranan sebagai teknologi yang berkesan dalam literasi Bahasa Melayu dalam pengajaran dan

pembelajaran. Sesuatu konsep dapat dijelaskan dengan mudah menggunakan carta dan grafik.

Penggunaan model juga merupakan alternatif teknologi dalam literasi Bahasa Melayu. Model

ini tidak lagi berbentuk buku sahaja tetapi dibentuk menggunakan teknologi seperti laman

sesawang yang memuatkan model untuk dirujuk oleh pelajar. Ia boleh ditonton dan dilihat

berulang-ulang.

Alat Pandang Dengar Elektronik sangat popular dalam literasi bahasa kerana pelbagai

bahan dapat digunakan seperti pemain cakera padat, video, LCD dan sebagainya. Penggunaan

teknologi pandang dengar memberi kesan terhadap visual dan audio pelajar.

Teknologi yang tidak dapat dipisahkan lagi dari masyarakat hari ini iaitu komputer

dan internet mempunyai begitu banyak faedah sama ada dalam bidang pembelajaran

mahupun kehidupan seharian. Komputer ini boleh digunakan bagi memperkayakan teknik

pengajaran dan memudahkan pelajaran difahami. Pembagai program khusus dibina bagi

membantu pelajar menguasai pembelajaran mengikut tahap masing-masing. Antara aktiviti

yang boleh dijalankan dalam bilik darjah ialah komputer sebagai simulasi iaitu menggunakan

persembahan elektronik. Tatabahasa dan ejaan dapat ditingkatkan dengan penggunaan

perisian yang dibekalkan.

Penerbitan bahan yang dihasilkan oleh guru boleh menjadi koleksi, majalah dan

sebagainya. Selain itu, penyelidikan juga merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan

penggunaan teknologi secara meluas.

5
2.0 PERBINCANGAN

Penggunaan bahan teknologi informasi (ICT) dalam literasi Bahasa Melayu

sememangnya disambut baik oleh golongan warga pendidik, pelajar mahupun ibu-bapa. Ia

dilihat sebagai satu wadah baharu dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

yang lebih efektif dan usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru di

Malaysia.

Namun demikian terdapat kajian yang membuktikan bahawa tahap kesediaan guru

Bahasa Melayu dalam penggunaan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

masih di tahap sederhana. Satu kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru

menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa

menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam

pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah

adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya

(Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani

masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.

Sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap guru-guru Bahasa Melayu di Daerah

Bintulu, Sarawak menunjukkan bahawa responden memberikan respon yang positif dan hasil

kajian mendapati bahawa guru-guru Bahasa Melayu memerlukan peranan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, kajian tersebut juga mendapati bahawa ramai

guru masih belum begitu yakin terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang pernah

menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan bersedia menggunakan ICT dalam

6
pengajaran mereka berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus

ICT kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan

komputer dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Manakala guru-guru Bahasa Melayu

yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap

penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian

Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati guru-guru yang tidak mempunyai

pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap

kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Ini sejajar dengan pendapat Summer

(1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap

negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman

dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan

Bradley (1997) dalam Alexandra (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak

menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun

berasa takut akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati

kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah

tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional.

Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan

kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai persepsi sendiri (mind-set)

tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka. Kajian ini turut disokong oleh Padraig

& Mark (2007) yang mendapati bahawa terdapat 35% - 40% guru sekolah menengah

mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer sama ada di sekolah

mahupun di luar sekolah.

Masih terdapat kekangan dalam usaha menerapkan unsur ICT dalam pengajaran di

bilik darjah. Antaranya adalah kekurangan perisian yang menggunakan Bahasa Melayu

7
termasuklah CD interaktif bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Pilihan yang ada adalah

terhad.

Kita harus melihat bahawa ICT sangat memainkan peranan dalam mewujudkan

masyarakat yang mahir dalam penggunaan teknologi. Oleh itu, bidang bahasa turut

memainkan peranannya dalam usaha melahirkan generasi berteknologi. Pusat Perkembangan

Kurikulum telah menggariskan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat

empat peranan utama ICT.

ICT untuk Pembelajaran Tutorial.

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan

perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman

web. Guru memainkan peranannya sebagai penyampai dan murid pula sebagai penerima

maklumat. Pembelajaran ini juga melibatkan ekspositori iaitu pendedahan. Guru

menggunakan bahan seperti cakera padat sebagai alat bantu belajar dan guru mengawalnya.

Dalam pendekatan ini guru perlu merancang dan bersedia dengan bahan pembelajaran lebih

awal bagi mengelakkan kegagalan pelaksanaan p&p.

ICT untuk Pembelajaran Penerokaan.

Dalam pembelajaran ini, murid diberi peluang untuk meneroka sendiri aplikasi bahan-

bahan ICT bagi membantu pembelajaran mereka. Pendekatan seperti ini biasanya melibatkan

teori Konstruktivisme. Pendekatan ini memberi peluang murid berfikir secara kritis dan

menyelesaikan masalah dengan berdikari dan ide-ide masing-masing.

8
ICT sebagai Alat Aplikasi

Penggunaan ICT juga digunakan bagi memudahkan pembelajaran murid dan

menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mencabar. Contohnya penggunaan perisisan

aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau

penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus

seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam

kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti

pembelajaran.

ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi.

Pembelajaran seperti ini membuka peluang kepada murid-murid untuk belajar secara

maya dan berhubung dengan dunia luar. Murid juga boleh berhubung dengan guru

matapelajaran secara maya. ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna

untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan

berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan

komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video, dan kombinasi

pelbagai mod.

9
Kesimpulan

Oleh yang demikian, kita dapati bahawa penggunaan bahan literasi dalam pengajaran

Bahasa Melayu amat penting bagi setiap murid. Dengan adanya pendidikan literasi ICT

dalam Bahasa Melayu ini, diharapkan Bahasa Melayu akan terus berkembang dari segi

pendaftaran perkataan atau istilah teknologi dalam Bahasa Melayu. Tidak mustahil

penggunaan istilah teknologi dalam Bahasa Melayu digunapakai di seluruh Asia Tenggara

jika kita terus berusaha memperkembangnya.

Dalam arus globalisasi hari ini, corak pembelajaran sudah berubah iaitu penggunaan

teknologi disambut baik oleh seluruh warga pendidik dan menerapkan penggunaannya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ternyata sekali ia menarik minat sebilangan besar murid.

Pembelajaran menjadi lebih menarik dan mencabar minda murid. Ia merupakan sesuatu yang

masih baharu dan seiring dengan modenisasi masa kini. Penerapan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran bukan satu perkara yang asing lagi dalam arus pendidikan pada hari ini. Literasi

ICT dalam Bahasa Melayu merupakan satu keperluan masa kini dan merupakan satu corak

pembelajaran interaktif yang menarik minat murid. Pendidikan tanah air telah mengalami

revolusi daripada corak pembelajaran masa lampau namun bukan semua corak pembelajaran

tradisional tidak perlu diamalkan lagi. Banyak faedah yang dapat diperolehi daripada literasi

ICT dalam Bahasa Melayu seperti penulisan menjadi lebih mudah kerana terdapat perisian

khusus yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya penulisan. Selain itu, pembelajaran

interaktif juga memberikan satu impak yang efektif terhadap murid-murid. Kefahaman yang

lebih tinggi dan penguasaan sesuatu pelajaran dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketara.

Oleh yang demikian, adalah sangat perlu bagi semua guru menguasai dan memahami

bahawa literasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu . Garis panduan

10
yang disediakan oleh PPK amat berguna dalam membimbing guru dalam penerapan ICT

dalam pengajaran.

11
Bibliografi

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa, Penggunaan Komputer

Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu

Kajian Kes Di Pulau Pinang (Computer Usage In Teaching And Learning Among

Secondary School Teachers: A Case Study In Penang) , Kajian Malaysia, Vol. Xxiv,

No. 1 & 2, 2006

Mahzan Arshad, Pengunaan Teknologi Dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu; Masalah

Pendidikan, Universiti Malaya, 2005.

Melvina Chung Hui Ching, Jamaludin Badusah, Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di

Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak (The attitudes of Bahasa Malaysia

teachers towards the usage of Information Technology and Communication (ICT) in

teaching  primary school in Bintulu, Sarawak), UKM, Tidak diterbitkan.

http://kdp.ppk.kpm.my

http://www.ppdbesut.net

Norhazidah Binti Awang, Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran di

Sekolah Menengah Damansara Jaya, Universiti Malaya, 2005, Tidak diterbitkan.

12

You might also like