P. 1
Kepentingan Mempelajari Teknik Resis

Kepentingan Mempelajari Teknik Resis

|Views: 325|Likes:
Published by Jennis Chung
Penerangan mengenai kepentingan mempelajari teknik resis
Penerangan mengenai kepentingan mempelajari teknik resis

More info:

Published by: Jennis Chung on Dec 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/05/2013

pdf

text

original

CHUNG AI SHIN 810415135084 HBAE 1403 3.0 Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.

Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Teknik Resis adalah sangant penting dalam pengajaran dan pembelajaran PSV tahap 1 iaitu untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 3. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti resis berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitivity kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah kepada kanakkanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti resis yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Contohnya, membuat keputusan untuk memilih teknik resis yang sesuai atau alatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran teknik resis memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang
1

CHUNG AI SHIN 810415135084 HBAE 1403 alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. Contohnya, penggunaan pensel untuk melakar dan penggunaan berus untuk menwarna. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek tentang teknik resis yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek yang mengenai teknik resis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Contohnya, proses mencanting batik. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti resis menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Contonya, reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak (d) Aspek Persepsi Melalui mempelajari teknik resis, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Mempelajari teknik resis menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Contohnya, reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. (e) Aspek Sosial dan Emosi Mempelajari teknik resis juga memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti resis memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Pembelajaran dan pengajaran resis juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Contohnya, semasa murid diminta menghasilkan satu projek batik tulis yang memerlukan teknik resis dalam kumpulan.

2

CHUNG AI SHIN 810415135084 Penutup:

HBAE 1403

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Kesimpulannya, dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

3

CHUNG AI SHIN 810415135084 Bahan Rujukan:

HBAE 1403

Haji Abdul Shukor Hashim. et al. (2007). HBAE1203: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Haslinda Madon. (2009). HBAE1403: Menggambar (cetakan keenam). Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Hassan Mohd Ghazali(2000). Teks Lengkap Pendidikan seni Tingkatan 4 dan 5. Petaling Jaya: Fajar Bakti Kathleen Chee. (1997). Pendidikan Seni (Teori Seni 2) SPM. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. [On-line]. Diperoleh pada Jun,29,2010 dari World Wide Web: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/sp_pseni_kbsm.pdf Melukis dan Mencanting Batik 'd' ALAM IMPIAN http://ilzaf.multiply.com/photos/album/52/Melukis_dan_Mencanting_Batik_d_ALAM_I MPIAN_-_masukan_ringkas Proses Pembuatan Batik Fractal VS Batik Tradisional http://netsains.com/2009/10/proses-pembuatan-batik-fractal-vs-batik-tradisional/

Rousliluddin bin Ambia. et al. (2007). HBAE1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->