You are on page 1of 2

PENGHIDUP MOTOR BINTANG-DELTA MARA-SONGSANG

( STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER )

PENERANGAN

Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana. Tujuan
utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan ketika motor dihidupkan dan
membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang dengan kawalan punat tekan.

Maksud ini boleh dicapai dengan menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang
() menjadi delta () dan motor itu akan terus berputar dalam sambungan delta. Oleh yang
demikian, voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah
1/3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah daripada voltan asal. Arus pada sambungan bintang
() dikecilkan sehingga 58%.

* Arus bintang () = 58% X (6 hingga 8 kali arus kendalian).


Arus dan dayakilas akan turut berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus
dengan kuasa dua nisbah voltan.

Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% daripada kelajuan biasa, sambungan motor itu akan
ditukar daripada sambungan bintang kepada sambungan delta dan ini bermakna voltan bekalan
akan bertambah dan kelajuan pun turut bertambah.
Penukaran belitan stator daripada daripada bentuk bintang kepada bentuk delta boleh dibuat
dengan dua cara iaitu dengan menggunakan suis kendalian tangan atau menggunakan sesentuh
beroperasi secara automatik.

Perlu diingatkan, pemula suis kendalian tangan mestilah mengadakan saling kunci mekanik agar
suis pemula tidak boleh diubah kepada kedudukan delta sebelum kedudukan bintang.

Setelah motor berputar, tangkai suis akan dipegang oleh elektromagnet yang juga berfungsi
sebagai pelindung tanpa voltan. Suis akan akan kembali pada kedudukan henti apabila voltan
bekalan terputus dan motor tidak akan hidup sendiri selepas bekalan pulih kecuali jika ia
dikendalikan semula.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PEMULA BINTANG-DELTA MARA-SONGSANG

KEBAIKAN
- Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa
kali pada bila-bila masa.
-Senggaraan adalah kurang jika dibandingkan dengan pemula alatubah-auto.
-Bagi keupayaan motor yang sama, kos pemasangan adalah lebih murah dari pemula alatubah-
auto.

KEBURUKAN
- Keupayaan motor-motor yang digunakan terhad kepada 3K.K hingga 10 K.K sahaja.
- Menggunakan punca-punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca.

You might also like