P. 1
hbls3203

hbls3203

|Views: 805|Likes:
Published by bahiyah71

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: bahiyah71 on Dec 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 1 merupakan lukisan skematik bagi satu litar Room Noise Detector.

R9 R2 SW1A R5 R6 R7 23 + IC1 1 5+ 8 6IC2 C3 +

R11 SW1B R12 C4 +
OFF 85dB 70dB 50dB

R1 R1 R4

7

4

Q1 R13 + B1 D1

MIC

R8 R3 C2

R10

Rajah 1: Room Noise Detector Nilai Komponen: R1 R2,R3 R4 R5,R9,R10 R6 R7 R8 R11 R12 R13 C1 C2 C3 10KΩ 22KΩ 100KΩ 56KΩ 5KΩ 560Ω 2KΩ 1KΩ 33KΩ 330Ω 100nF 10µF 470µF MIC SW B1 MIKROFON SUIS Bateri

(a)

Terangkan secara ringkas bagaimana litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 berfungsi sebagai pengesan bunyi. (5 markah)
1
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

1.0

CARA LITAR BERFUNGSI SEBAGAI PENGESAN BUNYI:

Litar pada Rajah 1 direka untuk memberi isyarat, melalui LED berkelip jika bunyi melebihi dari kadar had kebisingan yang ditetapkan di sesuatu tempat. Terdapat tiga aras kebisingan yang boleh dikesan melalui mikrofon , iaitu 50, 70 & 85 dB. Terdapat dua Opamp (IC 1 dan IC 2) bertujuan menambah kekuatan kepada litar untuk mengesan bunyi yang dihasilkan melalui mikrofon kecil elektrik. Isyarat yang diterima akan dihantar ke LED (D1). SW1 di posisi pertama litar tidak aktif iaitu semasa suis dioffkan kerana bunyi yang dikesan tidak melebihi had kepekaan input. Jika bunyi yang dikesan melebihi 85, 70 & 50 dB , maka LED akan berkelip. Semakin terang LED atau semakin terang LED bermakna semakin kuat bunyi yang dikesan. KEGUNAAN:

• •

Letakkan kotak kecil mengandungi litar tersebut di dalam bilik tempat untuk diukur tahap kebisingannya. Tetapan 50 dB disediakan untuk memantau bunyi di bilik tidur di malam hari. Jika LED tetap menyala, atau sering berkelip terang , maka bilik tidur anda bising atau terlalu bising untuk tidur.

• •

Tetapan dB 70 adalah untuk hidup-bilik. Jika tahap ini sering melebihi siang hari, bilik anda agak tidak selesa. Jika tahap hingar-bingar sering melebih dari 85 dB, 8 jam sehari, maka anda tinggal di persekitaran yang berbahaya

CONTOH SUMBER BUNYI dB Contoh Sumber Bunyi
2
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

20 30 40 50 55 60 64 67 69 70 72 78 80 90 95 100

Kebun yang tenag, Jam berdetik, hujan gerimis hembusan angin, bisikan Kawasan desa , bilik yang tenang, ronyokan kertas @ 1 m. Kawasan perumahan, jalan yang lengang, bunyi peti ais, perbualan Pejabat, penyaman udara Jam Loceng , bunyi radio & TV pada kelantangan muzik Mesin Basuh, mesin taip Pengering rambut, restoran yang sesak Mesin cuci pinggan mangkuk Perbualan yang kuat, jalan yang bising serta set TV dan radio di aras bunyi yang kuat. Penyedut hampagas Deringan telefon, bengkel mekanik Bunyi trak, dewan yang bising Bunyi kereta api, Pengerudi , hon kereta Disco Mega, Bunyi gergaji putar Motorsikal tanpa penyenyap bunyi (silencer)

(b)

Dengan menggunakan perintang yang terdapat dalam Rajah 1, binakan satu litar siri-selari yang jumlah nilai rintangan ≈ 14KΩ. Buktikan litar yang direka dengan menunjukkan pengiraan nilai rintangan litar tersebut. (5 markah)

1.1

PENGIRAAN NILAI RINTANGAN LITAR

3
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Dengan menggunakan perintang dalam Rajah 1, satu litar siri-selari telah dibina untuk mendapatkan jumlah nilai rintangan jumlah rintangan ≈ 14KΩ dalam litar . Litar yang direka adalah seperti Rajah 1.1 dan pengiraan dengan menggunakan perintang R 6 = 5 KΩ , R 1 = 10 KΩ , R 4 = 100 KΩ yang terdapat dalam Rajah 1.

R6

R1

R4

Rajah 1.1 : Litar siri-selari

4
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Merujuk kepada Rajah 1.1, R1 dan R4 adalah bersambung secara selari manakala R 6 bersambung secara sesiri dengan perintang R1 dan R4 . Pengiraan dengan menggunakan perintang R 6 = 5 KΩ , R 1 = 10 KΩ , R 4 = 100 KΩ . R AB R AB R AB = = = R1R4 R 1+ R 4 10 KΩ X 100 KΩ 10 KΩ + 100 KΩ 9.091 KΩ 9.091 Oleh itu, RJ bersamaan , RJ RJ R AB R AB = = = ≈ R 1 + R AB 5 KΩ + 9.091 KΩ 14.091 KΩ 14KΩ

(c)

Komponen yang berlabel IC1 dan IC2 dalam Rajah 1 adalah sejenis litar bersepadu yang dikenali sebagai operational-amplifier (Op-Amp). (i) Nyatakan DUA jenis komponen utama untuk menghasilkan Op-Amp.
5
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

1.2

KOMPONEN UTAMA MENGHASIL OP-AMP

Operational-amplifier (Op-Amp) disebut sebagai penguat kendalian dalam Bahasa Melayu. Menurut Douglas R. Malcolm (1995), penguat litar bersepadu yang paling biasa digunakan ialah penguat kendalian. Litar ini memberi penguatan linear kepada bentuk gelombang kemasukan. Gandaan penguat ini berada dari serendah satu ke beberapa ribu. Julat pengendalian yang lebar ini menjadi penguat gandaan yang sangat menarik untuk digunakan dalam barangan pengguna. Suapbalik luaran ialah cara di mana julat gandaan yang lebih luas dilaksanakan. Pada umumnya mempunyai dua terminal masukan dan satu keluaran seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.

Rajah 1.2 (a) : Penguat Kendalian

Rajah 1.2 (b) : Simbol Penguat Kendalian Terdapat pelbagai komponen dalam Operational-amplifier . Dua jenis komponen utama yang sering digunakan untuk menghasilkan Op-amp ialah perintang dan transistor .

1.2.1

PERINTANG

Perintang merupakan komponen yang paling banyak digunakan dalam litar elektronik. Perintang digunakan untuk mengehadkan atau mengawal pengaliran
6
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

arus dalam litar. Perintang juga digunakan untuk mengawal voltan dan arus dalam litar. Perintan mempunyai kadaran kuasa, iaitu keupayaan perintang untuk menyerap haba yang berlebihan ketika arus melaluinya. Kadaran kuasa disurat dengan menggunakan unit watt. Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras.

Rajah 1. 2 1: Perintang Tetap

Rajah 1.2.2 :Perintang boleh laras

Rajah 1.2.3 : Simbol Perintang tetap
7
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 1.2.4 : Simbol Perintang Boleh Laras

Rajah 1.2.4: Perintang sebagai komponen utama menghasilkan Op amp

1.2.2

TRANSISTOR

Transistor merupakan komponen elektronik yang diperbuat daripada bahan separa pengalir (semikonduktor) seperti silikin dan germinium. Transistor digunakan
8
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

dalam litar elektronik untuk meninggikan dan merendahkan arus, voltan dan kuasa . Ia juga berfungsi juga sebagai suis. Merujuk kepada Rajah 4 terdapat 3 kaki iaitu pemancar(e), pemungut(c), dan tapak(base). Terdapat 2 jenis transistor iaitu transistor PNP(CS9012 , SC945) dan transistor NPN(CS9013 , CS9018 , BC108 , BC109).

Rajah 1.2.1 : Transistor

Rajah 1.2.2 : Simbol Transistor

Rajah 1.2.3 : Transistor sebagai komponen utama menghasilkan Op amp (ii) litar. (5 markah)
9
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Terangkan secara ringkas kegunaan Op-Amp dalam mereka bentuk

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

1.3

KEGUNAAN OP-AMP

Op-Amp disebut dalam bahasa Melayu sebagai penguat kendalian. Penguat kendalian digunakan dalam banyak kegunaan. Oleh kerana kos yang rendah,saiz yang kecil dan ciri elektrik, meraka sangat diperlukan untuk kegunaan litar. Pertama sekali digunakan dalam litar komputer, penguat kendalian telah tersebar ke dalam pasaran pengguna.

1.3.1.

Pemuat kendalian digunakan untuk membetulkan anjakan fasa

Rajah 1.3.1 : Pemuat kendalian digunakan untuk membetulkan anjakan fasa Penguat kendalian mempunyai ciri cemerlang apabila dikendalikan pada frekuensi rendah. Keluaran penguat kendalian boleh membentuk isyarat sefasa atau tidak sefasa. Gandaan penguat kendalian boleh dilaksanakan diantara satu hingga infiniti seperti dalam ragam gelung buka.

1.3.2.

Pemuat kendalian digunakan sebagai penguat penambahan keluar

10
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Penguat kendalian dalam Rajah 1.3.2 digunakan sebagai penguat penambahan. Dua isyarat dibekalkan kepada pengkalan keluaran tetapi isyarat hasil tambah ini akan menyongsang. Penguat jenis ini boleh digunakan untuk menambah voltan AT atau AU.

Rajah 1.3.2 : Pemuat kendalian digunakan sebagai penambahan keluar 1.3.3. Penguat kendalian digunakan untuk membekalkan gandaan berbeza

Rajah 1.3.3 : Penguat kendalian digunakan untuk membekalkan gandaan berbeza Merujuk kepada rajah di atas, satu contoh penambahan op amp telah ditunjukkan. Di sini masukan mempunyai nilai rintangan yang berbaza. Ia kemudiannya menwujudkan gandaan yang berbeza untuk setiap gelombang masukan. Berdasarkan nilai yang diberi dalam rajah, gandaan penguat adalah seperti berikut:

11
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

1.3.4

Penguat kendalian digunakan sebagai penapis

Rajah 1.3.4 : Penguat kendalian digunakan sebagai penapis Rajah 1.3.4 menunjukkan penguat kendalian digunakan sebagai penapis laluan rendah. Apabila frekuensi merintangi penguat kendalian mula bertambah, gandaan jatuh. Kemudian penguat kendalian akan menolak frekuensi yang lebih tinggi. Selain itu, penguat kendalian juga boleh bertukar kepada penapis laluan tinggi dan penapis laluan jalur.

1.3.5

Penguat kendalian digunakan sebagai pengatur voltan bekalan kuasa

12
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 1.3.5 : Penguat kendalian digunakan sebagai pengatur voltan bekalan kuasa Kegunaan penguan kendalian yang lain ditunjukkan dalam Rajah di atas. Penguat kendalian di sini digunakan sebagai pengatur voltan. Tujuan pengatur voltan ialah untuk memastikan voltan keluaran malar dalam keadaan di mana voltan masukan dan arus beban berubah kebanyakan keluaran bekalan kuasa menggunakan pengaturan voltan untuk memastikan voltan malar.

(d)

Untuk menghasilkan projek litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, komponen-komponen biasanya akan dipasang secara sementara sebelum dipasang secara kekal.
13
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

i.

Nyatakan SATU contoh bahan yang digunakan bagi setiap tujuan pemasangan komponen ini (secara sementara dan secara kekal).

Rajah 1.4.1: Verobod Bahan yang sesuai digunakan bagi tujuan pemasangan projek litar ialah verobod. Menurut Noh Lasa (2010) verobod mempunyai dua permukaan iaitu satu permukaan yang diperbuat daripada jalur kuprum nipis dan satu permukaan daripada plastik. Jalur kuprum yang bertindak sebagai pengalir elektrik ini dinamakan balapan. Pada verobod terdapat lubanglubang untuk menempatkan kaki komponen.

Rajah 1.4.2 : Pemukaan bawah verobod yang menempatkan kaki komponen

14
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 1.4.3 : Permukaan atas verobod yang menempatkan komponen ii. Timah pateri merupakan bahan penting dalam kerja pematerian. Nyatakan kadar nisbah bahan kandungan timah pateri yang biasa digunakan dalam kerja pematerian. Menurut Claude J. Zinngrabe (1992), pateri lembut kurang kekuatannya dan mempunyai takat lebur bandingan yang lemah. Pateri ini boleh dipergunakan dengan mudah dan mengalir dengan senang kerana takat leburnya yang rendah. Takat lebur aloi ini lebih rendah daripada takat lebur setiap lebut itu sendiri: Contohnya, timah lebur pada 456 darjah farenheit dan plumbum lebur pada 621 darjah farenheit , tetapi campuran 50% timah dan 50% plumbum akan lebur sepenuhnya pada 415 darjah farenheit. Apabila merujuk kepada peratus timahdan plumbum, peratus timah sentiasa disebut dahulu. Pertukangan logam kepingan menggunakan pateri 50% timah dan 50% plumbum (disebut setengah-setengah) . Pateri ini boleh didapati dengan batang pelbagai rupa daripada ¼ hingga ½ paun. Apabila nisbah plumbum kepada timah berubah, takat lebur aloi itu berubah. Pateri yang diperbuat daripada 60% timah dan 40% plumbum dengan takat lebur lebih kurang 370 darjah farenheit, digunakan untuk memateri logam gag ringan. Oleh sebab takat leburnya lebih rendah daripada takat lebur peterisetengah-setengahnya, suhu tembaga pemeteri dan suhu bahan kerja lebih rendah dan peluang bahan kerja untuk melengkok pun
15
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

mengurang. Apabila nisbah plumbum ditambah, takat lebur aloi menjadi lebih tinggi (sehingga 621 darjah Farenheit) dan pemeteri tidak mengalir dengan senang. Rencaman (%) 10/90 20/80 30/70 40/60 50/50 573 533 496 460 418 Jadual 1.5 : Takat lebur timah – plumbum 60/40 70/30 80/20 90/10 374 376 396 421 Takat Lebur Rencaman (%) Takat Lebut

Rajah 1.6 : Timah pateri

16
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

iii.

Lukiskan hasil pematerian yang baik dengan labelkan bahagian kaki komponen, kawasan terminal pematerian (verobod) dan timah pateri. (5 markah)

Berikut adalah hasil pematerian yang sempurna 1. Pateri cair akan masuk ke dalam lubang verobod dan cantumannya kukuh.

2.

Pateri mencantumkan kaki komponen pada verobod dengan kemas, licin, bersih serta berbentuk kon.

3.

Pateri tidak melintasi balapan lain atau yang bersebelahan dengannya

Rajah 1.7 : Hasil pemeterian

17
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

2.

Tenaga kuasa elektrik telah menjadi keperluan penting dalam kehidupan harian pada zaman moden ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang lokasi geografinya strategik untuk menggunakan tenaga solar bagi menjana kuasa elektrik. Terangkan sistem penjana kuasa solar berpandukan gambar rajah yang bersesuaian. Nyatakan kekangan penggunaan sistem penjana kuasa solar untuk menjana tenaga elektrik di Malaysia. (10 markah) 2.0 PENDAHULUAN Dalam kehidupan harian, penggunaan tenaga bertambah dari hari ke hari. Punca tenaga elektrik sebahagian besar adalah daripada generator motor yang mendapat bahan bakat daripada pembakaran arang atau bahan bakar yang lain. Satu cara baru di zaman ini adalah dengan penggunaan tenaga solar. Tenaga solar adalah ditukar daripada radiasi cahaya matahari kepada tenaga elektrik yang boleh digunakan oleh perkakas elektrik yang biasa digunakan seharian. Disebabkan tenaga solar adalah satu sumber tenaga yang baru, oleh itu penggunaan tenaga solar masih sedikit berbanding dengan penggunaan tenaga daripada bahan bakar.Tenaga solar diproses apabila tenaga radiasi matahari dikesan. Pada 12 Februari 2010, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Senai High Tech Park Sdn. Bhd. (SHTP) dengan EQ Solar Technology International Sdn. Bhd. (EQ Solar) dan MOX Linde Gases Sdn. Bhd. (MOX Linde) . Beliau menyatakan Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi pusat tenaga suria di Asia dengan menarik lebih banyak kemasukan pelabur asing dalam bidang tenaga suria dan berteknologi tinggi. Katanya, kelima-lima pusat suria itu terletak di Kulim, Kedah, Melaka dan Cyberjaya di Selangor, Senai, Johor dan Sabah. SHTP merupakan projek taman perindustrian berteknologi tinggi swasta pertama manakala Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di Kedah merupakan projek kerajaan.

18
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Berjaya Solar Sdn. Bhd. (Berjaya Solar) pula

mengumumkan cadangan

pembangunan loji tenaga solar photovoltik bernilai RM180 juta di Bukit Tagar, Selangor, yang merupakan loji photovoltik terbesar di negara ini. Loji tersebut akan menjana tenaga solar dengan skala 10 megawatt (MW), sebelum cadangan membangunkan 50 MW pada masa hadapan. Loji tersebut akan dibangunkan di kawasan berkeluasan 50 hektar dan mampu menjana bekalan tenaga elektrik kepada 3,000 rumah dan seterusnya akan dihubungkan untuk membekalkan tenaga di seluruh negara. Berjaya Solar menyaksikan potensi besar dalam sumber solar sebagai sumber tambahan kepada tenaga dan mengurangkan penggantungan terhadap tenaga berasaskan fosil. Jelas sekali Malaysia serius dalam usaha menggunakan tenaga solar bagi menjana kuasa elektrik. 2.1 KOMPONEN PENJANAAN KUASA SOLAR

Dalam Sistem Penjanaan Kuasa Solar, terdapat 8 komponen penting bagi penjanaan kuasa solar. Kompenen tersebut ialah: 2.1.1 Panel Solar

Rajah 2.1.1 : Panel Solar Panel solar merupakan panel yang memerangkap cahaya matahari dan menukarkannya kepada arus elektrik. Elektrik yang dihasilkan adalah dalam bentuk ‘DC’ atau arus terus. 2.1.2 Pemutus Bekalan

19
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 2.1.2 : Pemutus Bekalan Apabila berlaku fius terputus akan lebihan bekalan atau semasa penyelenggaraan. Suis litar ditutup dengan menggunakan pemutus bekalan (DC Disconnector) seperti dalam Rajah 2.1.2 . 2.1.3 Inverter

Rajah 2.1.3 : Inverter ‘Inverter’ dalam Rajah 2.1.3 pula berfungsi sebagai penukar arus dari arus terus (DC) ke arus bolak balik (AC). Bagi yang menggunakan setoran bateri, inverter akan diletakkan terkemudian. Arus elektrik dari pemutus bekalan (DC disconnect) akan disalurkan ke pengecas bateri (rajah 15) yang mana akan mengecas bateri yang akan digunakan ketika tiada tenaga elektrik dihasilkan terutamanya diwaktu malam atau ketika bekalan tidak mencukupi.
20
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

2.1.4 : Pengecas Bateri

Rajah 2.1.4 : Pengecas Bateri Arus elektrik dari pemutus bekalan (DC disconnect) akan disalurkan ke pengecas bateri di Rajah 2.1.4 yang mana akan mengecas bateri yang akan digunakan ketika tiada tenaga elektrik dihasilkan terutamanya di waktu malam atau ketika bekalan tidak mencukupi.

2.1.5 Bateri

Rajah 2.1.5 : Bateri Bateri di Rajah 2.1.5 pula akan menyalurkan tenaga elektrik semasa diperlukan. 2.1.6 Meter

21
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Rajah 2.1.6 : Meter Meter seperti Rajah 2.1.6 berfungsi untuk mengesan kekuatan bateri, kekuatan arus yang dihasilkan dan penggunaan elektrik oleh pengguna. Setelah itu barulah disalurkan kembali ke inverter atau penukar arus. 2.1.7 Kotak Fuis

Rajah 2.1.7 : Kotak Fuis

Kotak fius di Rajah 2.1.7 akan menerima tenaga elektrik daripada daripada inverter dan diagihkan kepada alatan-alatan yang memerlukan. 2.1.8 Generator

Rajah 2.1.8 : Generator Generator di Rajah 2.1.8 atau bekalan grid nasional merupakan sokongan kepada sistem penjanaan kuasa solar ketika tiada cahaya matahari atau bateri kehabisan kuasa.

22
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

2.2

SISTEM PENJANAAN KUASA SOLAR

Menurut pakar penyelidik tenaga suria dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Yusof Othman, tenaga fotovoltaik merujuk kepada penjanaan tenaga elektrik menggunakan cahaya matahari atau dikenali sebagai foton. Fotovoltaik (PV) adalah bahan yang dapat menukarkan sinaran suria kepada tenaga elektrik. Fotovoltaik dipetik daripada dua perkataan iaitu foto yang bermaksud foton atau cahaya atau gelombang elektromagnet dan voltan bermaksud daya gerak elektrik. Terdapat tiga jenis sistem penjanaan tenaga solar fotovoltaik yang sering digunakan iaitu: 2.2.1 Sistem PV Grid-terikat (Grid-Tied PV System )

Sistem PV Grid-terikat (Grid-Tied PV System ) merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB – utiliti company di Semenanjung, SESB – di Sabah dan SESCO – di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga.
23
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Tenaga yang dijana

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

(sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan ‘sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga’. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature 2.2.2 Sistem PV Grid-terikat dengan Bantuan Bateri dan Generator (GridTied PV System with Battery and Generator Backup)

Sistem PV Grid-terikat dengan Bantuan Bateri dan Generator (Grid-Tied PV System with Battery and Generator Backup) mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid. Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung
24
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas dan sebagainya.

2.2.3

Sistem PV tanpa Alat Bantuan (Stand-Alone PV System )

Sistem PV tanpa Alat Bantuan (Stand-Alone PV System ) direka untuk beroperasi secara bebas daripada grid untuk membekalkan tenaga elektrik. Sistem ini sesuai jika lakasi terletak di daerah terpencil atau rangkaian elektrik terlalu mahal. Sistem ini juga benar-benar tidak mencemarkan alam semulajadi .

2.3

KEKANGAN PENGGUNAAN SISTEM PENJANA KUASA SOLAR 2.31 Kawasan Bandar

Penjanaan Solar di kawasan bandar tidak akan dimajukan atas alasan telah mempunyai sumber kuasa. Ini jelas sekali dengan penyataan Pengurus TNB Energy Services Sdn. Bhd., Mohd. Azhar Abdul Rahman bahawa bekalan tenaga dari solar dan kincir angin tidak dilakukan di kawasan bandar kerana sudah mempunyai sumber kuasa daripada talian grid TNB.

25
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

2.32

Sistem Penjanaan Yang Mahal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (gambar) berkata, Malaysia tidak berapa sesuai untuk bergantung kepada tenaga angin. Jadi, yang lebih relevan adalah tenaga solar, tetapi kos untuk menjana tenaga solar terlalu tinggi. Sebagai contoh untuk membuat lampu jalan yang dilengkapi dengan sistem solar yang baik dan berkualiti, anggaran kos adalah RM9,000.00. 2.33 Kekurangan buruh mahir

Kebanyakan negara maju mendapatkan teknologi dari luar untuk memajukan tenaga alternatif atau tenaga keterbaharuan.Oleh sebab itu, mereka memerlukan kepakaran dari luar untuk mengendalikan teknologi atau mesin yang berkaitan.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan buruh yang terlatih atau mahir dalam mengendalikan teknologi tersebut.Dalam hal ini, negara membangun terpaksa mengimport kepakaran dari luar bagi membolehkan teknologi digerakkan untuk memajukan tenaga alternatif. Secara tidak langsung, hal ini akan meningkatkan kos untuk menampung kegiatan ini.Bukan itu sahaja, buruh yang sedia ada pula hanya melakukan kerja bawahan tanpa mendapat latihan untuk mengendalikan teknologi tersebut kerana kepercayaan untuk mengendalikan mesin diserahkan sepenuhnya kepada buruh dari luar.Hal ini akan menyebabkan pengeluaran yang berlaku adalah tidak menguntungkan kerana negara tersebut terpaksa menampung kos untuk pembelian teknologi dan kepakaran dari luar.

26
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

2.34

Simpanan tenaga konvensional yang masih banyak

Hal ini kerana kebanyakan negara masih mempunyai banyak simpanan tenaga kovensional. Contohnya Malaysia dan Indonesia masih mempunyai rezab petroleum yang masih banyak dan belum diterokai. 2.35 Saiz pasaran yang kecil

Saiz pasaran yang kecil untuk tenaga alternatif juga menyukarkan tenaga tersebut untuk dimajukan dan dikomersialkan.Hal ini menyebabkan keuntungan bagi pengeluarannya adalah sedikit.Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional yangg mendatangkan keuntungan yang banyak kerana telah berjaya dikomersialkan. Secara tidak langsung, tenaga alternatif ini akan menyukarkan negara membangun untuk mendapatkan keuntungan dan menampung penduduk yang banyak dengan pengeluarannya 3.0 RUMUSAN Pihak-pihak tertentu di Malaysia mungkin patut bekerjasama dengan pihak saintis dan jurutera yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan sistem satelit penjana tenaga suria ini. Pihak berkenaan di Malaysia boleh melabur dalam projek ini dengan menyediakan stesen bagi menerima gelombang mikro dari satelit penjana tenaga suria dan menyalurkannya kepada pengguna secara komersial. Organisasi penyelidikan, institut pengajian tinggi dan industri kejuruteraan dan tenaga di Malaysia patut aktif menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga suria bagi menghasilkan dan memasarkan produk yang bersifat komersial. Produkproduk ini merupakan peralatan-peralatan elektrik berkuasa suria yang boleh digunakan dengan efektif di Malaysia dan negara-negara yang menerima banyak cahaya matahari.
27
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Cahaya matahari yang ditukarkan kepada tenaga elektrik sendiri adalah suatu produk yang bernilai tinggi. Produk tenaga ini bukan sahaja boleh dipasarkan di pasaran tempatan, tetapi juga boleh dieksport ke negara jiran. Boleh dikatakan pada hari ini, cahaya matahari begitu banyak ``dibazirkan'' di Malaysia kerana kebanyakannya dihalang dan tidak ditukarkan kepada tenaga elektrik. Penjanaan tenaga suria ataupun tenaga daripada matahari adalah salah satu daripada elemen ekonomi angkasa yang paling popular dan praktikal untuk dimajukan. Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang nyata dalam aktiviti ekonomi ini disebabkan faktor geografi dan ekonomi, teknologi dan politik. Tenaga suria sebenarnya merupakan suatu lagi potensi ekonomi angkasa Malaysia yang masih belum dipergunakan.

28
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

Bibliografi: Larson, Ronal W. & West, Ronald E (1996) , Implementation of solar thermal technology.England:Longman Mohd. Yusof Othman (1996) , Penjanaan tenaga kesinambungan yang meyakinkan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Noh Lass (2010), Kemahiran Hidup Bersepadu PMR. Shah Alam: Longman Douglas R. Malcomn (1995), Asas Elektronik, Skudai:UTM http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2009&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm http://solarkmcanada.com/Packages.aspx http://www.kettha.gov.my/content/tenaga-solar http://niezameusoff.blogspot.com/2009/08/kuasa-solar-di-malaysia.html

29
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

NOR BAHIYAH ___________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN

30
HBLS 3203 ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->