You are on page 1of 7

DOA DAN WIRID KHAS UNTUK GURU DAN PARA PELAJAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

1. SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan belajar

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu belajar


3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati


Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan
pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.” Dibaca 3 X.

6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati


“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan
pesuruh yang amat tinggi. Baca 3 X.

Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala
ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang
sepenuhnya.” Baca 3 X.
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi
wasallaam nabiyan wa rasulla.

Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah
tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi).

8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL KETIKA MEMBACA/BELAJAR.


Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-
muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat
ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai
Yang Amat Mengasihani.”

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA

Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.

“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku
perkara agama ku.”

10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan
nafsuku.”

11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan


lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN

Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang
baik dan fahaman).

13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH

Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.

“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

15. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)


Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat
Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah
seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

16. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat

“Wahai Tuhan Yang Maha Memimpin ( Petunjuk ).

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut
ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada
Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan
berjaya.

17. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir


“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha
Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan
bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan
selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam
sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran
atau projek.

Semoga para guru guru dan pelajar yang akan menghadapi perperiksaan tidak lama lagi
akan senantiasa mengamalkan wirid dan doa diatas...Insyallah berkat usaha dan doa anda
semua..saya doakan semoga anda semua Sukses dan cermelang (Muntaz )...amin ya
rabbal alamin.

Banyakkan membaca selawat ini ketika guru mengejar dan murid belajar...insyallah
semoga semuanya mendapat ilmu yang memberikan manfaat untuk didunia dan
diakhirat..amin.

You might also like