You are on page 1of 5

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalammembuat
sesuatu ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumikesalahan pembentukan kata,
penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dankesalahan-kesalahan kebahasaan lain
seperti penggunaan kata kerja, katanama, dan yang seumpamanya. Subtopik di bawah
akan memberi contoh-contoh kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dari artikel ‘Hak
Untuk Didengar’.

ENGGUNAAN EJAAN
Ejaan adalah salah satu daripada komponen penting dalampembentukan ayat bahasa
Melayu. Perkataan-perkataan bahasa Melayuyang kadangkala dipinjam dari bahasa asing
menyebabkan wujudnyakekeliruan dalam pembentukan ejaan. Selain itu, kesalahan ejaan
jugamungkin berlaku akibat pecuaian penulis sehingga mengakibatkanmaksud sesuatu
ayat itu terpesong atau tiada makna sama sekali.

CONTOH KESALAHAN
i)
Aorang itu hendaklah diberi peluang menafikan,membuat komen, memperbetulkan atau
membeladirinya. (Perenggan ketiga, muka surat pertama).
ii)
Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memangberhak terhadap hak untuk di dengar,
tetapi hak initelahpun diberikan kepadanya. (Perenggan keenam,muka surat keempat).
2.1.2AYAT BETUL
i)
Orang itu hendaklah diberi peluang menafikan,membuat komen, memperbetulkan atau
membela dirinya
Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memangberhak terhadap hak untuk didengar,
tetapi hak initelahpun diberikan kepadanya.

2.1.3 PENJELASAN
Ejaan ‘aorang’ yang terdapat dalam artikel tersebutmenyebabkan ayat tersebut tidak
mempunyai makna keranaperkataan ‘aorang’ tidak terdapat dalam kosa kata
bahasa Melayu.
Berkenaan perkataan ‘didengar’, menurut Tatabahasa Dewan,perkataan ‘di’ dan
perkataan selepasnya mestilah dijarakkansekiranya perkataan kedua menunjukkan arah.
Oleh kerana‘dengar’ merupakan kata kerja, maka perkataan ‘didengar’tidak seharusnya
dijarakkan.

KATA JAMAK
Kata jamak merujuk kepada kata yang membawa maksud banyak.Selain itu, kata jamak
juga merujuk kepada pengulangan kata bilanganyang membawa maksud jamak seperti
para pemuda, dan pengulangankata adjektif seperti baik-baik. Sesuatu kata yang sudah
membawamaksud jamak juga tidak perlu diulang lagi.

2.2.1 CONTOH KESALAHAN


i)
Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seorang itudicela, dihukum atau dikenakan satu
tindakan ataukeputusan… (Perenggan ketiga, muka surat pertama.Kesalahan yang sama
dikenalpasti di perenggankelapan, muka surat kedua dan perenggan kelapan,muka surat
keempat).
ii)
… amalan memberikan kepada jabatan-jabatan ataupegawai-pegawai negeri kewajipan
memutuskan ataumenimbangkan
berbagai-bagai
jenis
persoalan-
persoalan…(Perenggan keenam, muka surat pertama)

AYAT BETUL
i)
Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seseorang itudicela, dihukum atau dikenakan satu
tindakan ataukeputusan…
ii)
… amalan memberikan kepada jabatan-jabatan ataupegawai-pegawai negeri kewajipan
memutuskan ataumenimbangkan pelbagai jenis persoalan… (atau) …amalan
memberikan kepada jabatan-jabatan ataupegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan
ataumenimbangkan berbagai jenis persoalan…

PENJELASAN
Perkataan ‘seorang’ dalam contoh kesalahan pertamamenujukkan tunggal dan jika dilihat
dalam konteks keseluruhanayat, adalah jelas bahawa penulis ingin menggunakan
katajamak ‘seseorang’ bagi menunjukkan mana-mana orang.Contoh kesalahan kedua
pula menunjukkan kesalahan penulisdalam membuat ayat berbentuk jamak. Seperti yang
telahdijelaskan, sesuatu kata yang sudah membawa maksud jamaktidak perlu diulang
lagi. Oleh itu, adalah menjadi satukesalahan untuk menggunakan perkataan persoalan-
persoalandengan kewujudan kata jamak sebelumnya.
Di samping itu, penggunaan kata jamak berbagai-bagai jugaadalah kurang tepat kerana
perkataan yang seharusnyadigunakan ialah berbagai atau pelbagai.

TANDA BACA
Tanda baca merujuk kepada tanda-tanda yang terdapat di dalam ayatbertujuan membantu
para pembaca untuk membaca sesuatu ayatdengan betul. Tanda baca yang terdapat dalam
tatabahasa bahasaMelayu termasuk tanda nokhtah, tanda koma, tanda seru, tanda soal,dan
sebagainya.
2.3.1 CONTOH KESALAHAN
i)
Dalam erti kata yang ringkas hak untuk didengar iniadalah satu cara untuk membela diri
dari tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasaawam yang menjejaskan
seseorang individu.

AYAT BETUL
i)
Dalam erti kata yang ringkas, hak untuk didengar iniadalah satu cara untuk membela diri
dari tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasaawam yang menjejaskan
seseorang individu.
2.3.3 PENJELASAN
Tanda koma diletakkan dalam sesuatu ayat sebagai tanda jeda,atau tempat perhentian
sebentar. Tanda koma perlu diletakkanselepas perkataan ‘ringkas’ bagi menunjukkan
tempatperhentian sebentar apabila ayat ini dibaca. Sekiranya tandakoma tidak diletakkan,
ayat ini akan menjadi satu ayat yangmeleret. Selain itu, ayat ini juga mungkin akan
menimbulkanunsur ketaksaan sekiranya tanda koma tidak diletakkan.

KESIMPULAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya bahasa inidimartabatkan
dengan sewajarnya tidak kira dalam bidang perundangan ataubidang apa sekalipun.
Kesalahan-kesalahan yang dijumpai dalam artikelperundangan ini menunjukkan bahawa
walaupun bahasa Melayu ialah bahasakebangsaan, namun kesalahan-kesalahan
tatabahasa tetap dilakukan. Hal inisewajarnya dielakkan bagi memastikan bahasa Melayu
terus kukuh dalambidang perundangan dan bidang-bidang lain.
Selain itu, analisis yang dilakukan juga dapat membuka mata semua pihak
terutamanya para pelajar tentang peri pentingnya bahasa Melayu dipelajari
dengan bersungguh-sungguh agar kesalahan-kesalahan tatabahasa yang telah
dikenalpasti dapat dielakkan di kemudian hari
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat.


sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….

sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. memberi kasih sayang …… 

sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti
oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. 

sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana …… 

sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana.

‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …

mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan
tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

You might also like