You are on page 1of 10

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

TINGKATAN :
SUBJEK : Perdagangan 4
: Heang Seai Kie, Chiam
Chee Siang, Zakiyah binti
PENULIS Jalun, Sharini binti Hj Ramli
PENERBIT : Pustaka Seri Kancil

: 479A Melaka Plaza, Jalan


TEMPAT TERBIT Hang tuah, 75300 Melaka
TAHUN TERBIT : 2002

1. KETEPATAN KANDUNGAN

SKOR
KOMPONEN PERKARA ULASAN
1 2 3 4
A.
Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub
KESESUAIAN
topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan
ISI
1. Kelengkapan isi internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil
KANDUNGAN       /
kandungan yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir.
Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat
menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui.

Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
2.Keluasan isi kandungan       /
Pelajaran Malaysia untuk matapelajaran ini.

Kandungan buku memberikan pededahan awal kepada pelajar tentang asas-asas dalam perdagangan.
3. Kedalaman isi kandungan       / Oleh yang demikian didapati penerangan dan nota yang disediakan dalam setiap bab bersesuaian bagi
peringkat pengenalan perdagangan kepada pelajar.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian untuk memperkenalkan pelajar kepada matapelajaran
perdagangan. walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Huraian dan contoh yang lebih terperinci
diperlukan merujuk kepada pelbagai aras pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan.
B. KETEPATAN ISI
KANDUNGAN 4.Ketepatan konsep, definisi
      / konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan.
dan fakta

Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagi gambar
disediakan dan sesuai dengan isi kandungan. Walaubagaimanapun terdapat contoh yang
5. Ketepatan contoh, kes,
sudah tidak relevan digunakan. Contohnya pada m/s 75, penulis meletakkan pasaraya
gambar, diagram dan     /  
Makro sebagai contoh,sedangkan kini Makro telah diambil alih oleh Tesco. ini mungkin
ilustrasi
kerana penulis ingin memudahkan pelajar memahami berdasarkan pengetahuan sedia
ada pelajar tentang premis perniagaan tersebut.

penulis menggunakan istilah yang konsisten tetapi terdapat penggunaan istilah yang
6. Ketepatan dan
      / tidak jelas maknanya, seperti istilah kos overhead (m/s 48) tidak di nyatakan apa itu kos
konsistensi istilah
overhead.

7. Ketepatan penulisan Terdapat kesalahan ejaan (rujuk m/s 18 - 'mengehadkan' sepatutnya ditulis
    /  
mengikut daftar ejaan 'menghadkan'. Ejaan 'xtra' untuk nama pasaraya sepatutnya 'Xtra' (rujuk m/s 50).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdagangan Tingkatan 4 ini bertepatan
dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang
terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Penulis perlu memastikan penulisan ejaan dan istilah adalah tepat untuk mengelakkan
kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu penulis perlu membuat semakan terperinci dalam penggunaan istilah agar makna sesuatu istilah itu
difahami oleh pembaca khususnya pelajar luar bandar. Di samping itu penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru.
SKOR ULASAN
KOMPONEN PERKARA
1 2 3 4
C. KEMUTAKHIRAN
ISI KANDUNGAN Perkembangan isi kandungan hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi,
8. Kesesuaian kandungan contohnya sub topik 3.3c (m/s 56) ada menerangkan tentang Mesin Peruncitan
dengan perkembangan ilmu       / Automatik dan konsep E-Dagang dan juga dalam sub topik 6.1b (m/s163) menerangkan
dan teknologi pengedalian perniagaan dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat
menggunakan tekonologi komputer.

9. Kemutakhiran contoh, Penggunaan contoh,gambar adalah terkini seperti sistem komunikasi dan komputer,
gambar, ilustrasi peraturan       / nama dan premis perniagaan terkini serta ia merujuk kepada kes yang hampir dengan
dan kes serenar persekitaran pelajar terutamanya di kawasan bandar.

Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut perkembangan ilmu dan
10. Kemutakhiran daftar teknologi semasa contohnya istilah Tvi (Tv Interaktif) (m/s63), e-Dagang (m/s 60) dan
      /
ejaan IKS(industri Kecil sederhana). Walaubagaimanapun istilah lama yang sesuai masih
diguna pakai contohnya 'memecah pukal' (m/s 39) dan 'hutang lapuk' (m/S62).

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan
teknologi semasa. Buku ini telah pun melalui proses penyemakan semula untuk menjamin kesahihan maklumat dan memastikan kandungan didalamnya dapat
membimbing pelajar menghadapi perkembangan semasa terutamanya berkaitan perkara -perkara asas dalam perdagangan dan perniagaan sama ada di
dalam mahupun diluar negeri.
SKOR
KOMPONEN PERKARA ULASAN
1 2 3 4
D. KESESUAIAN Kelebihan bagi pelajar bandar kerana konsep perdagangan yang digunakan lebih
DENGAN hampir dengan kehidupan mereka dan walaupun sukar mereka mudah untuk
KEHIDUPAN 11. Sesuai dengan mendapatkan maklumat tambahan melalui kemudahan internet yang mudah
 
PELAJAR perkembangan dan     didapati dalam persekitaran kehidupan mereka. Bagi pelajar luar bandar pula
/
kemampuan pelajar yang agak sukar untuk memahami sesetengah istilah misalnya dalam bab
perdagangan antarabangsa dan pelaburan, mereka memerlukan penjelasan
mendalam daripada guru.
12. Sesuai dengan
Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungan
keadaan dan situasi  
    sosiobudaya pelajar bandar . Sebaliknya mungkin sukar bagi pelajar luar bandar
lingkungan sosiobudaya /
untuk mempelajari topik berkaitan perniagaan luar negeri dan pelaburan.
pelajar

13. Menggunakan Contoh dan gambar berdasarkan kes tempatan serta yang biasa dilihat oleh
contoh, gambar dan kes     / pelajar terutamanya di bandar. Bagi topik antarabangsa pula contoh dari luar
tempatan negara di gunakan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan, ia lebih mudah bagi pelajar bandar untuk
memahami berbanding pelajar luar bandar kerana latar belakang pelajar dan pengalaman hidup pelajar yang berbeza. Walaupun penyediaan
buku teks ini mengikut zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan , tetapi hakikatnya pelajar yang tinggal diluar bandar akan tetap
/
mengahadapi masalah. Ini merujuk kepada kemampuan ekonomi keluarga dan kemudahan teknologi yang sukar untuk memenuhi tuntutan
pendidikan semasa. Oleh yang demikian penyediaan buku teks perlu dikaji bukan berdasarkan zon negeri tetapi berdasarkan kesesuaian pelajar
di kawasan bandar dan luar bandar.
SKOR ULASAN
KOMPONEN PERKARA
1 2 3 4
E.
KEPEKAAN
TERHADAP 14. Menumbuhkan Memupuk nilai-nilai murni dan menerapkan prinsip dan amalan positif seperti
NILAI kepekaan terhadap nilai-       / bertanggungjawab, amanah, rasional dalam membuat keputusan, berdikari dan
TEMPATAN nilai tempatan (ikut subjek) berdaya saing serta memberi pendedahan tentang pembentukan perniagaan.

15. Menumbuhkan Tidak di nyatakan secara jelas tentang nilai-nilai gagasan/wawasan negara.
kepekaan terhadap nilai-   Kebanyakannya adalah tersirat dan mungkin pelajar tidak menyedari tentang
   
nilai gagasan/wawasan / nilai yang ingin diterapkan. Misalnya dalam sub topik 4.1c menyatakan
negara kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara.
Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis sebenarnya ada menerapkan nilai-nilai murni dalam buku teks ini misalnya melalui aktiviti
berkumpulan akan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing pelajar
menjadi peniaga yang amanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan/individu yang dapat membantu
meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun kebanyakan nilai-nilai murni ini adalah bersifat tersirat dan /
sukar untuk diketahui oleh pelajar. Kebiasaannya bagi pelajar mereka perlu memahami setiap isi kandungan bagi persediaan mengahadapi
peperiksaan. Oleh yang demikian guru menerangkan tentang nilai-nilai ini serta penulis boleh meletakkan ruangan kecil menyatakan tentang
nilsi-nilai murni yang ingin diterapkan kepada pelajar.
SKOR
KOMPONEN PERKARA ULASAN
1 2 3 4
F. FOKUS
Ruangan cetusan minda dalam sesetengah halaman buku teks ini akan mendorong pelajar
KANDUNGAN 16. Mendorong
untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Begitu juga penulis turut meletakkan
perasaan ingin tahu       /
rujukan laman web bagi tajuk tertentu yang mungkin boleh menimbulkan minat pelajar untuk
pelajar
cuba melayari laman web tersebut.
Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secara luas dan berusaha
17. mengumpul dan memproses maklumat serta daripada pembelajaran ini dapat mendorong
Memperkembangka     / pelajar membina idea baru contohnya bagaimana untuk menambah pendapatan melalui
n daya kreativiti perniagaan serta kaedah membuat promosi yang kreatif dan unik demi untuk memajukan
perniagaan.
Ciri-ciri usahawan dan peniaga yang dipaparkan seperti inovatif, berani mnghadapi risiko, gigih
dan tidak mudah putus asa dapat dijadikan contoh oleh pelajar agar menjadi individu yang
18.
sentiasa ingin maju dalam hidup dan tidak hanya menerima sesuatu keadaan tanpa sebarang
Mengembangkan       /
tindakbalas atau persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasa ingin mengetahui apa jua punca
daya kritikal
sesuatu kejadian contohnya apabila gagal dalam sesuatu mereka akan menilai mengapa
situasi itu berlaku.
Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang memulakan perniagaan, mengamalkan
19.
cara-cara kerja yang sistematik dan mengetahui serba sedikit tentang risiko serta
Mengembangkan       /
perkembangan perdagangan antarabangsa dapat memberi gambaran kepada mereka untuk
kemahiran hidup
membentuk kerjaya masa depan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar.
Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia perniagaan yang dapat memberi gambaran
awal serta mengembangkan minat mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan
yang mendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap
pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka.
2. PAARAN
SKOR ULASAN
KOMPONEN PERKARA 1 2 3 4  
G. TEKNIK 20. Bab dan sub bab Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi dan menggunakan sistem pernomboran yang
PENYAJIAN dipaparkan secara sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub tajuk
      /
KANDUNGA konsistensi dan kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan
N sistematik latihan sebagai penutup.
Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan penjelasan bagi setiap penggunaan
21. Ketertiban konsep,
      / istilah dan kemudiannya diikuti dengan nota dan diselang sekikan dengan aktiviti kumpulan.
definisi dan fakta
Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut.
Dapat mengembangkan kefahaman pelajar serta mengamalkan prinsip asas perdagangan dan
usahawan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar selaras dengan
nilai dan etika perniagaan. Di samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat
menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi semasa. Kemahiran menguruskan
22. Bersifat Konstekstual       /
perniagaan secara tidak langsung mengembangkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan
keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila
masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat secara sistematik, seterusnya
membuat keputusan yang rasional.
23. Keseimbangan Kebanyakan kuantiti kandungan bab dan sub bab adalah seimbang kecuali pada bab 3 iaitu
diantara bab dan sub     / topik Perniagaan Dalam Negeri. Bahagian bab 3 dalam buku ini terlalu panjang memandangkan
bab kandungan yang terlalu banyak.
Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian dengan dengan topik
perbincangan bagi setiap bab dalam buku ini. Pada permulaan pelajar didedahkan dengan
24. Kesinambungan asas perdagangan dan sejarah awal perdagangan. Selain daripada itu kandungan sebelumnya
antara bab/sub       / dapat membantu pelajar memahami pembelajaran isi kandungan selanjutnya. Seterusnya
bab/topik. pengetahuan pelajar semakin ditambah dengan lebih mendalam tentang perjalanan aktiviti
dalam perdagangan seperti pengeluaran, agihan , promosi, perniagaan antarabangsa
seterusnya sumber kewangan perniagaan melalui tajuk perbankkan dan pelaburan.

25. Keutuhan makna Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan
      /
bab/sub bab/topik pelajaran untuk perdagangan.
Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini agak memuaskan dimana pelajar diperkenalkan kepada
perdagangan secara berperingkat dan teratur. Walaubagaimanapun bab 3 terlalu panjang, ini mungkin boleh menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar
kerana terlalu lama di dalam bab yang sama. Ini juga mungkin disebabkan penulis terpaksa mengikut Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran. Namun begitu mungkin bab 3 ini boleh di semak dan dibuat pembahagian semula mengikut kesesuaian tajuk.

SKOR ULASAN
KOMPONEN PERKARA
1 2 3 4
H.
PEMAPARAN 26. Berpusatkan Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota, bentuk latihan
    /  
KANDUNGAN kepada pelajar yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan.
PEMBELAJARA
N 27. Pembelajaran Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan apa yang perlu pelajar lakukan serta terdapat
    /  
kendiri latihan melabel gambarajah secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar.

Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga
menggunakan jadual perbandingan, gambar dan rajah bagi menerangkan sesuatu proses atau
ciri sesutau struktur. Contohnya rujuk m/s 45 -50. Walaupunbagaimanapun paparan dalam buku
28. Bervariasi     /
ini kurang menarik kerana kebanyakan paparan gambar hanya menggunakan warna hitam putih.
Ini menjejaskan imej keceriaan buku teks kerana dan tidak dapat pelajar untuk membaca atau
menggunakannya sebagai rujukan. Penggunaan warna hanya dibuat dalam bab 3 buku ini.

Buku ini tidak bias kepada pelajar bandar tetapi bias kepada pelajar luar bandar. Ini kerana lokasi
29. Adil & demokrasi
di pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangan semasa serta kemudahan ICT.
(tidak bias lokasi,     /  
Oleh yang demikian sesuatu yang biasa bagi pelajar bandar menjadi perkara baru bagi pelajar
gender, etnik dll)
luar bandar.Contohnya E-Dagang
30.       / Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan
Mengembangkan kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaran awal beberapa
kemahiran proses proses yang berkaitan dengan perdagangan contohnya rangkaian proses pengeluaran (m/s 8),
proses bertukar barang melalui sistem barter (m/s 18), proses pengagihan sesuatu barang (m/s
38), proses mendokumentasi dalam perniagaan (m/s 82), prosedur import & eksport (m/s 118),
proses pengendalian perniagaan (m/s163) serta kaedah mengira pulangan hasil pelaburan.
Segala pengetahuan mengenai proses ini dapat merangsang pelajar berfikir bagaimana strategi
dan proses untuk memulakan perniagaan dan merangsang mereka membuat keputusan yang
rasional dalam menjadi individu yang berjaya dalam kerjaya.
Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan forum
31. Mencipta yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pekbagai
      /
komunikasi interaktif hala. Aktiviti ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan
pengetahuan.

32. Menekankan
aspek keselamatan Dalam sub topik Bantuan Perniagaan mengajar pelajar tentang risiko dan menekankan
    /  
(bagi subjek kepentingan insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan.
amali/praktik)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi
penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan ebagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam
penyampaian ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku
ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan
secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di
pasaran pada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah.

SKOR
KOMPONEN PERKARA ULASAN
1 2 3 4
I.
KELENGKAPAN Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar dimana ia menjelaskan tentang tahap
DOKUMENTASI 33. Pengantar       / tahap kualiti penyediaan buku ini melalui semakan semula dan diperakui oleh Kementerian
Pelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran

Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakan ruangan Glosari dimana pelajar dapat
34. Definisi istilah       /
membuat rujukan bagi Istialah yang digunakan dalam buku ini

Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, hasil pembelajaran, motif
pembelajaran dan rajah peta minda yang menerangkan bab tersebut. Ini memudahkan
35. Advance organizer pelajar mengetahui apa yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui melalui
      /
pada awal bab pembacaan dan pembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan
ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaran yang
lebih jelas kepada pelajar.
36. Sumber/rujukan
Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulis buku ini kebanyakannya
terkini untuk buku teks,
      / menggunakan sumber rujukan buku dalam lingkungan tahun 1985 -2005 dan juga dari
gambar, jadual,
sumber atas talian. (rujuk lampiran bahagian senarai rujukan.
diagram, lampiran,
nama, tarikh termasuk
sumberatas talian
Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik, ringkas memudahkan pelajar melihat
'point' penting dalam setiap bab. Walaubagaimanapun ringkasan yang baik tidak hanya
37. Rumusan     /  
mengulangi isi penting dari bab sahaja tetapi perlu di selitkan maklumat baru supaya pelajar
lebih berminat untuk membaca ruangan ini, disamping menambah pengetahuan pelajar.

38. Tugasan dan Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dan kumpulan berbentuk perbincangan
contoh-contoh soalan       / ataupun soalan berkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan soalan berbentuk
pada setiap bab objektif, esei dan kajian kes sebagai aktiviti pengukuhan pelajar .

Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan
judul buku, nama pengarang(seramai 4 orang), nama editor, nama dan alamat penerbit
39. Daftar Pusaka       /
(Pustaka Seri Kancil), tahun terbitan serta tempat cetakan buku ini di buat (Percetakan
Laser Press Sdn. Bhd).

Ruangan Indeks dan Glosari ada di sediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini
40. Indeks       / mencari kedudukan dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis
mengikut turutan alphabet (rujuk m/s 226,227,228 & 232).

Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan Glosari, Senarai Rujukan, senarai
41. Lampiran       / Rujukan Laman Web dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahan
pelajar. (rujuk ms 226 - 232)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai
bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan
buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat
menjadi lebih menarik supaya dapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi
gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut.

You might also like