You are on page 1of 2

 

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan
telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia.
Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini,
dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini,
kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah
juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah
turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah
terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang
mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan
silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di
segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung
jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh,
seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi
keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit.
Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa
menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya.
Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal
untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar
perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon
bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan
remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk
pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat
kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa
menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual
dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka
sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk
baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya
dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan


pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit
tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan
kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang
berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar
akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar
membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian
untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa
menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak
mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon
bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan
telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio
Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat
pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran.
Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar
untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku
yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan
gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf
otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya
tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya
memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon
bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak
kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-
langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua
pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja
untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon
bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.

You might also like