You are on page 1of 180

BAB 1

PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mentakrifkan konsep komunikasi.
2. Menjelaskan perkembangan bidang komunikasi di Barat dan
Malaysia.
3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial.

1.1 PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan perkembangan dan


pembangunan bidang komunikasi yang menjadi salah satu cabang bidang
ilmu serta semakin mendapat perhatian. Bidang komunikasi menjadi
semakin penting kerana kebanyakan perkara yang dilakukan memerlukan
kita berkomunikasi. Kita tidak boleh hidup tanpa komunikasi. Cuba
bayangkan apa akan berlaku apabila kita kehilangan orang yang disayangi
seperti ibu bapa tetapi kita tidak meluahkan perasaan sedih melalui
komunikasi. Jika keadaan ini berterusan maka perasaan tersebut akan
mengganggu fikiran kita dan sukar untuk menerima hakikat yang telah
ditentukan oleh Tuhan.

Komunikasi penting dalam kehidupan kita sama ada kita sebagai


individu, ahli keluarga, anggota masyarakat, pekerja sebuah organisasi
dan rakyat sebuah negara. Justeru untuk memperkasakan diri sebagai
individu, ahli keluarga, ahli organisasi dan sebagai pemimpin, seseorang
itu perlu memahami proses komunikasi. Ini penting kerana ia dapat
meningkatkan komunikasi dalam diri kita supaya kita dapat menjadi
komunikator yang baik demi kecemerlangan diri kita sendiri, keluarga,
organisasi mahupun negara.

Ilmu pengetahuan mengenai teori komunikasi akan membantu kita


membuat perancangan terhadap sesuatu situasi dan kita cuba
menyelesaikannya sehingga menghasilkan kejayaan. Tidak kira sama ada
dalam pelbagai situasi seperti hubungan majikan dengan pekerja,

1
pembuatan keputusan oleh pemimpin terhadap sesuatu dasar, sepasang
suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga dan lain-lain lagi, ada
teori-teori komunikasi tertentu untuk menerangkannya.

1.2 TAKRIF KOMUNIKASI

Komunikasi ditakrifkan sebagai satu proses sistematik yang terjadi


apabila individu berinteraksi dengan simbol dan melalui simbol untuk
mencipta dan mentafsir makna. Menurut Dance (1976) konsep
komunikasi mempunyai tiga tahap yang berbeza seperti berikut:

1. Tahap pemerhatian (level observation)

Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas dan


sempit. Secara umum, definisi komunikasi ialah proses merapatkan
hubungan yang terasing di dunia ini (Ruesch, 1957). American College
Dictionary (1964) mendefinisikan komunikasi sebagai kaedah
penghantaran mesej oleh tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf,
radio dan kurier, tetapi definisi ini agak terhad maksudnya kepada kaedah
penghantaran mesej menggunakan peralatan tertentu.

2. Tahap tujuan/niat (intentionality)

Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada penerima


untuk mempengaruhi perlakuan penerima. Setiap proses komunikasi
perlu mempunyai tujuan atau niat oleh sumber (Miller, 1966).
Komunikasi juga sebagai proses mewujudkan persamaan antara dua
orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau beberapa
orang (Gode, 1959).

3. Pertimbangan normatif (normative judgement)

Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai kenyataan


yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi.
Menurut Hoben (1954) komunikasi merupakan pertukaran secara lisan
sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini mengandaikan bahawa
pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya dilaksanakan.

Manakala Berelson dan Steiner (1964) berpendapat bahawa komunikasi


ialah proses pemancaran maklumat. Namun begitu, definisi ini tidak
menyebut sama ada maklumat yang disalurkan diterima atau difahami
atau sebaliknya.

Berdasarkan tahap definisi komunikasi yang dibincangkan dapat


disimpulkan bahawa komunikasi itu sesuatu yang luas, mempunyai tujuan

2
dan kesan ataupun sebaliknya. Selalunya proses komunikasi adalah
kompleks dan berubah mengikut situasi. Oleh itu, ada kalanya kita dapati
komunikasi sebenarnya bukanlah ‘ya’ ataupun ‘tidak’, ‘hitam’ ataupun
‘putih’ tetapi berada dalam suatu kontinum yang wujud antara definisi
yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa-apa kesan dan
bergerak kepada satu penghujung lagi iaitu definisi yang sempit,
bertujuan dan mempunyai kesan. Ini digambarkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1
Perbandingan Tiga Tahap Definisi Komunikasi

Definisi Definisi
Komunikasi Komunikasi

Sempit Agak luas Luas


Bertujuan Bertujuan Tidak bertujuan
Ada kesan Tiada kesan Tiada kesan

Menurut Littlejohn (1996) perbahasan mengenai definisi komunikasi


boleh dikategorikan seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1
Perlakuan Berkaitan Komunikasi

Perlakuan Perlakuan Tanpa Perlakuan dengan Tujuan


Penerima Tujuan (Simptom)
Bukan verbal Verbal

Tidak terima 1A 2A 3A
perlakuan mesej bukan mesej verbal
dengan simptom verbal yang tidak ditanggap
tidak ditanggap tidak ditanggap

Terima secara 1B 2B 3B
tidak sengaja simptom yang mesej bukan mesej verbal
ditanggap secara verbal secara tidak secara tidak
tidak sengaja sengaja sengaja

Beri perhatian 1C 2C 3C
simptom yang diberi mesej bukan verbal mesej verbal
Sumber: Littlejohn. (1996)
perhatian yang diberi yang diberi
perhatian perhatian

Sumber: Littlejohn. (1996).

3
1A Anda menguap, tiada siapa nampak.
1B Anda menguap dan kawan anda nampak, tetapi tiada
respons pada masa itu. Hanya selepas itu baru kawan
anda tahu yang anda bosan dengan perkara yang
diceritakan.
1C Anda menguap, kawan anda bertanya “Bosankah awak
dengar cerita saya?”.
2A Mesej bukan verbal tidak diterima; anda melambai, kawan
anda tidak nampak.
2B Rakan anda minta maaf sebab tidak melambai kembali
kerana tidak sedar anda melambai kepadanya.
2C Anda melambai kawan anda kembali.
3A Anda hantar surat, kawan anda tidak terima.
3B Anda memarahi anak anda kerana tidak mengemas bilik,
anak anda tahu anda bercakap dengannya tapi dia tidak
beri perhatian kepada apa yang anda cakapkan.
3C Anda memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar
yang berminat mendengar perkara yang anda cakapkan.

Daripada senarai perlakuan yang dibincangkan yang mana satu boleh


dikatakan sebagai perlakuan komunikasi?. Mengikut Motley (1990)
komunikasi dihadkan kepada mesej yang secara sedar ditujukan kepada
orang lain dan diterima oleh mereka (lihat Rajah 1.2). Sementara itu,
Andersen (1991) berpendapat bahawa komunikasi melibatkan perlakuan
yang memberi makna kepada orang lain, secara sedar atau tidak (lihat
Rajah 1.3). Clevenger (1991) sependapat dengan Motley (1990) yang
menyatakan komunikasi merupakan mesej yang dihantar dan diterima
secara sedar dengan niat. Lantaran agak sukar untuk menentukan niat
atau tujuan komunikator, maka menurut Clevenger perlakuan
komunikasi; perlu meliputi kedua-dua pemberian dan penerimaan mesej
seperti Rajah 1.4.

Rajah 1.2
Model Penyampai – Penerima (Motley, 1990)

1A 2A 3A

1B 2B 3B

1C 2C 3C

4
Rajah 1.3
Model Penyampai (Andersen, 1991)

1A 2A 3A

1B 2B 3B

1C 2C 3C

Rajah 1.4
Model Perlakuan Komunikasi (Clevenger, 1991)

1A 2A 3A

1B 2B 3B

1C 2C 3C

Sumber: Littlejohn. (1996).

Terdapat perbezaan antara pandangan sarjana mengenai definisi


komunikasi. Sudut pandangan berbeza ini disebut sebagai perspektif.
Perspektif yang berbeza menjadikan penyelidik membuat pelbagai
persoalan dan membuat penyelidikan berlainan. Perspektif ini akan
disentuh lebih lanjut dalam Bab 3. Oleh itu, definisi komunikasi perlu
dinilai berdasarkan setakat mana para penyelidik dapat mencapai tujuan
penyelidikan mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul.

Saya harap anda akan jelas dan mendapat gambaran sebenarnya definisi
komunikasi. Kejelasan dan kefahaman anda penting bagi membolehkan
anda mengikuti perbincangan seterusnya.

Bolehkah anda mendefinisikan komunikasi dari perspektif


anda sendiri?

1.3 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

Dalam bahagian ini kita akan membincangkan bagaimana bidang


komunikasi berkembang. Kita akan meninjau perkembangan bidang
komunikasi di Barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di
Malaysia.

5
1.3.1 Perkembangan di Barat

Bidang komunikasi merupakan antara salah satu bidang pengajian yang


semakin mendapat perhatian. Komunikasi mula menjadi tumpuan
dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio,
televisyen, telefon, satelit, rangkaian komputer dan politik dunia.

Menurut Griffin (1997) zaman perkembangan komunikasi di Barat boleh


dibahagikan kepada beberapa era tertentu:

(a) Era Awal (1900 – 1950): Kebangkitan Retorik

Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan Bahasa


Inggeris lebih menekankan persembahan lisan. Mereka dipandang rendah
berbanding orang yang mempelajari dan mengajar kesusasteraan. Namun
begitu, pada tahun 1953 terdapat lebih 200 universiti dan kolej di
Amerika Syarikat yang mengasingkan Jabatan Pengucapan dengan
Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini menunjukkan bahawa
pengucapan awam menjadi semakin penting.

Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik dalam


mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address),
interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-guru
menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan.
Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian merupakan sumber bahan
pengajian dalam hebahan awam.

Kritik retorik antara aktiviti yang relevan pada masa itu. Ucapan sebagai
elemen komunikasi kepada penerima khusus. Penekanan utama ialah
analisis dan apresiasi sebagai strategi yang digunakan oleh perucap untuk
menyampaikan idea kepada para pendengar.

(b) Era Komunikasi dan Sains Sosial (1930 – 1960): Kesan Media

Menurut Griffin (1997) peringkat kedua ialah era kebangkitan empat


orang sarjana yang digelar ‘bapa penyelidikan komunikasi’. Schramm
(1963) telah menamakan empat orang sarjana yang menggunakan
pendekatan sains perlakuan untuk mengkaji kesan mesej pembujukan
terhadap audien yang ramai. Mereka terdiri daripada

Harold Lasswell - ahli sains politik membuat analisis propaganda Nazi


untuk mengenal pasti kesan terhadap pendengar. Menurut Lasswell
proses komunikasi mengandungi empat unsur – siapa berkata apa,
melalui saluran mana, kepada siapa, dengan kesan apa.

6
Kurt Lewin – ahli psikologi sosial dan beliau menolak kepimpinan
autoritorian. Oleh itu, beliau telah mengkaji prejudis dan bagaimana
kumpulan mempengaruhi ahli dalam kumpulan.

Paul Lazarsfeld – pakar sosiologi yang menubuhkan Bureau of Applied


Social Research atau Biro Penyelidikan Sosial Gunaan di Universiti
Columbia untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan
sektor perniagaan. Beliau menjalankan penyelidikan radio yang menjadi
perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan fokus untuk melihat impak
penyiaran terhadap emosi.

Karl Hovland – ahli penyelidik psikologi meminati kajian tentang


perubahan sikap. Beliau menguji kesan pembujukan terhadap kredibiliti
sumber dan juga susunan hujah dalam mesej.

Seorang ahli sains sosial di Universiti Chicago iaitu Bernard Berelson


(1959) menganggap penyelidikan komunikasi semakin malap kerana
kesemua pengasas yang dikenal pasti oleh Schramm telah bersara,
meninggal dunia atau meninggalkan penyelidikan komunikasi.

Justeru, Schramm (1963) sendiri telah membentuk satu disiplin


komunikasi untuk menyokong bidang sains sosial yang sedia ada iaitu
psikologi, sosiologi, sains politik, ekonomi dan antropologi. Schramm
yang mempunyai pendidikan dalam bidang bahasa Inggeris merupakan
jurnalis yang berjaya. Pada akhir tahun 1960-an Schramm telah
menubuhkan program Ijazah Kedoktoran (Ph.d) pertama dalam bidang
komunikasi massa di Universiti of Iowa. Beliau juga menubuhkan
Institut Penyelidikan Komunikasi. Dengan penubuhan Institut
Penyelidikan Komunikasi ini taraf pengajian komunikasi dapat
ditingkatkan dan program yang sama telah dibentuk di Universiti
Stanford. Dengan sumbangan beliau, Schramm dianggap sebagai bapa
komunikasi, iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana beliau
dari bidang kewartawanan.

(c) Era Revolusi Empirik (1950 – 1970): Teori dalam Tabung Uji

Sekitar tahun 1950-an wujud Jabatan Pengucapan yang menawarkan


kursus retorik yang mengandaikan ucapan pembujukan hanya
memerlukan perucap yang beretika dan hujah yang disampaikan ialah
logik. Namun, ahli akademik muda dan terlatih dalam bidang sains sosial
tidak dapat menerima kenyataan berkenaan sebagai kebenaran. Mereka
menguji kesahihan kenyataan ini dengan mengukur perubahan sikap.

Pada tahun 1950 sekumpulan penyelidik komunikasi membentuk satu


pertubuhan komunikasi yang dikenali kini sebagai International

7
Communication Association (ICA). Perubahan orientasi bidang komunikasi
berlaku apabila Shahnon dan Weaver (1949) mengasaskan model linear
komunikasi dan David Berlo (1960) memudahkan model kepada empat
bahagian asas iaitu

Sumber Mesej Saluran Penerima

Model SMCR merupakan satu cara piawai untuk melihat proses


komunikasi. Ekoran daripada perkembangan yang memberangsangkan,
kebanyakan jabatan di universiti menukar nama dengan menambah
perkataan komunikasi.

(d) Era Pergolakan 60-an (1960 – 1970): Asas Pelancaran


Komunikasi antara Perseorangan

Sekitar tahun ini perkembangan bidang komunikasi dipengaruhi peristiwa


yang berlaku di Amerika Syarikat. Pada era ini pelbagai isu timbul seperti
isu konfrantasi, hak asasi, rusuhan di bandar-bandar, penglibatan
Amerika Syarikat di Vietnam, demonstrasi di kampus-kampus, Beatles,
hippi, revolusi seks, budaya dadah, pembunuhan J.F.Kennedy dan
adiknya Robert, Marthin Luther King, Jr. dan Malcom X. Keadaan ini
memberi kesan kepada bidang komunikasi. Sebagai contoh komunikasi
antara perseorangan diperkenalkan menggantikan pidato umum.

Para pensyarah di universiti menganggap pengucapan awam sebagai


ketinggalan zaman dan jabatan-jabatan komunikasi berubah secara
radikal. Perkembangan ini termasuklah:

(i) Komunikasi antara perseorangan menggantikan pidato umum.


Liputan kursus ialah pada interaksi yang tertumpu kepada ciri-ciri
individu.
(ii) Para profesor menukar haluan dengan mengajar kursus komunikasi
bukan verbal, membentuk kepercayaan, pendedahan kendiri (self-
exposure), mengatasi konflik dan isu-isu berkaitan.
(iii) Fokus komunikasi bertukar daripada menerangkan kebenaran
kepada menunjukkan kesetiaan kepada pasangan. Apa yang
dinyatakan kurang penting berbanding bagaimana ia dituturkan dan
kesannya terhadap orang lain. Halangan menjadi lebih penting
berbanding kandungan mesej.
(iv) Jabatan-jabatan komunikasi antara perseorangan dan media
menjadi semakin penting. Walaupun retorik menjadi kurang
penting tetapi ia tidak hilang dan muncul kaedah baru untuk
membuat analisis retorik.

8
(e) Era Retorik Baru (1965 – 1980)

Edwin Black (1965) mengemukakan cara baru menganalisis ucapan.


Burgess (1968) telah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Power
dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith (1969). Dalam
artikel tersebut ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan
yang disediakan dengan rapi dan tidak diterima akal. Para sarjana
berpendapat bahawa hasutan sosial dan komunikasi bukan verbal
memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Dalam komunikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik


popular mempunyai pengaruh dalam membentuk budaya umum, tidak
hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan (1967) media
ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi komunikasi
mempengaruhi perkembangan dan agen perubahan masyarakat. Sifat
teknologi komunikasi membolehkan individu berkomunikasi antara satu
sama lain. Sekitar lewat 1970-an perkembangan profesional pengucapan
di Amerika Syarikat berbeza daripada Sarjana di Eropah yang
menggunakan analisis Marxis untuk melihat peranan media dalam
membentuk nilai masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh
Amerika Syarikat yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong
kuasa ekonomi dan politik. Pandangan sarjana Eropah itu membantu
para sarjana komunikasi Amerika Syarikat mendapatkan maklumat untuk
terus bertelagah dengan sarjana di Eropah.

(f) Era Pencarian Model Sejagat (1970 – 1980)

Berbeza dengan sarjana retorik yang cuba membuat kepelbagaian, saintis


komunikasi cuba membuat penyatuan. Fokus penyelidikan bidang
komunikasi ialah menemui suatu teori besar kerana ia penting dalam
proses komunikasi.

Dalam bidang pidato umpamanya, penyelidik menekankan sebab berlaku


kekhuatiran bercakap. Penyelidik dinamika kumpulan pula menguji ciri-
ciri dan gaya kepimpinan, manakala penyelidik komunikasi massa cuba
menguji ciri-ciri dan kesan keganasan program televisyen. Mereka dalam
bidang pembujukan pula cuba mendapat jawapan kepada persoalan
“Apakah faktor kredibiliti sumber?”. Pada masa yang sama, kajian
komunikasi antara perseorangan meliputi pendedahan kendiri (self
exposure), harga diri (self esteem), komunikasi verbal dan mengatasi konflik.

Menurut Kuhn (1970) sains yang matang memerlukan model yang


mantap tetapi ahli sains sosial dalam bidang komunikasi belum mencapai
tahap tersebut. Dengan itu para penyelidik komunikasi mengejar impian

9
untuk mendapatkan model komunikasi yang boleh diterima umum
sebagai menggambarkan proses komunikasi.

Dalam usaha mengetahui faktor yang berkaitan dengan pembentukan


mesej dan interpretasi, kebanyakan buku yang ditulis sekitar 1970-an
memberi gambaran model proses komunikasi. Walau bagaimanapun, ia
merugikan kerana antara model dihasilkan itu tiada satu pun yang dapat
memberi gambaran secara menyeluruh tentang proses komunikasi.

(g) Era Pergolakan dalam Bidang (1980 – kini)

Griffin menggunakan perkataan ‘pergolakan’ bagi menggambarkan


percubaan untuk mengkaji pencampuran idea dan tenaga kreatif serta
tekanan yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini.

Penubuhan lebih banyak Jabatan Komunikasi dan bidang pengkhususan,


menyebabkan ramai pelajar berminat mengikuti kursus komunikasi
antara perseorangan dan massa. Perkembangan bidang komunikasi
keorganisasian, kemahiran kepimpinan, pengurusan konflik periklanan
dan perhubungan awam menjadi trend pada masa ini dan menyebabkan
lebih ramai pelajar yang mengikuti bidang tersebut.

Penyelidikan komunikasi juga berkembang selari dengan perkembangan


bidang penyelidikan umum kerana bidang ilmu memerlukan proses
penyelidikan untuk berkembang. Rumusan penyelidikan yang dijalankan
oleh para penyelidik komunikasi ialah seperti Handbook of Interpersonal
Communication dan Handbook of Organizational Communication. Banyak jurnal
diterbitkan yang memuatkan artikel berasaskan penyelidikan. Antaranya
ialah Communication Theory, Language and Social Interaction dan The Journal of
Social and Relationships. Daripada kandungan jurnal tersebut didapati lima
aliran dalam pengajian komunikasi iaitu

(i) Minat yang meningkat dalam penyelidikan interpretif (untuk


memahami dan memberi interpretasi) terutama kajian tentang
budaya dan kritik feminis yang cuba mengutarakan
ketidakseimbangan kuasa.
(ii) Lebih banyak kajian menggunakan kaedah etnografi iaitu
tumpuan penganalisis media ialah terhadap bagaimana mesej
ditafsirkan oleh setiap penonton berbanding kajian sebelumnya
yang tertumpu kepada kandungan mesej TV.
(iii) Percubaan untuk menembusi minda dengan membentuk model
struktur mental dan proses kognitif yang menjadi panduan
kepada perlakuan komunikasi.
(iv) Menumpu kepada fenomena percintaan, persahabatan dan
kekeluargaan.
(v) Perpecahan dalam pengajian komunikasi sekitar 1990-an.
10
Bolehkan anda bezakan ciri-ciri setiap era berkenaan?

1.3.2 Perkembangan di Malaysia

Bidang komunikasi di Malaysia berkembang dengan pesat dan


berperingkat-peringkat. Namun begitu, perkembangan pengajian
komunikasi di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor keperluan
industri media dan komunikasi negara. Menurut Syed Arabi (2002)
sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat
ditinjau menerusi empat fasa.

Pada peringkat awal, bidang komunikasi di Malaysia dipengaruhi oleh


bidang kewartawanan. Sebelum mencapai kemerdekaan, media cetak
khususnya surat khabar memainkan peranan penting dalam masyarakat
untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar, 1996). Di peringkat
ini peranan komunikasi ialah untuk politik dan sosioekonomi. Dari segi
pengajian komunikasi dalam era ini tidak wujud secara formal.

Fasa kedua yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan


memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan
mula mendapat perhatian. Salah satu titik awal perkembangan tersebut
dalam fasa ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari
Singapura ke Kuala Lumpur. Perpindahan ini telah menjana sektor baru
iaitu media cetak negara ini. Selain itu, sekitar tahun 1970-an pula bidang
komunikasi di Malaysia berkembang lagi dengan wujudnya bidang
penyiaran.

Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an keperluan latihan secara formal
bagi ilmu komunikasi diperluaskan (Syed Arabi, 2002). Ini dapat
dibuktikan dengan tertubuhnya beberapa institusi yang bersifat
profesional berhubung komunikasi. Antara institusi yang dimaksudkan
ialah Berita Nasional Malayisa (BERNAMA) pada tahun 1968 yang
memfokus terhadap hal-ehwal kewartawanan. Pada tahun 1971 pula
memperlihatkan tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan
penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak pada tahun 1972 untuk
memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik.

Fasa ketiga pula telah menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang


komunikasi negara. Pada fasa ini, ilmu yang merupakan amalan
komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain bidang
kewartawanan dan penyiaran. Latihan serta profesion dalam penyiaran
radio, televisyen dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang
periklanan dan perhubungan awam.

11
Pertengahan tahun 1970-an merupakan tahap kemunculan komunikasi
sebagai satu bidang pengajian formal. Pada fasa ini juga menyaksikan
penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang
komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. Universiti
Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pengajian tinggi awam
yang pertama menawarkan pengajian komunikasi dan diikuti dengan
universiti-universiti awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
1.2. Hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ini tidak terhad kepada
para pengamal media sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelum ini.
Sebaliknya, bidang komunikasi pada fasa ini lebih bersifat terbuka tetapi
masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya penyiaran dan
kewartawanan.

Jadual 1.2
Sejarah Penubuhan Program
Pengajian Komunikasi IPTA Malaysia

Universiti Tahun
Penubuhan

1. Institut Teknologi MARA (Universiti Teknologi MARA) 1972

2. Universiti Kebangsaan Malaysia 1975

3. Universiti Malaya 1976

4. Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia) 1979

5. Universiti Sains Malaysia 1984

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1990

7. Universiti Sarawak Malaysia 1993

8. Universiti Sabah Malaysia 1994

9. Universiti Utara Malaysia 1999

Fasa terakhir iaitu yang keempat bermula sekitar 1980-an telah


menunjukkan perkembangan pesat dan meluas dalam bidang komunikasi
di samping pengajian. Seiring dengan perkembangan sosioekonomi
negara, komunikasi menjadi semakin signifikan apabila ia berjaya muncul
sebagai salah satu bidang komersial. Pada peringkat awal hampir
keseluruhan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia menawarkan
pengajian komunikasi massa. Namun, senario 1990-an dengan
berkembangnya bidang perniagaan, maka bidang komunikasi di Malaysia

12
telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti
komunikasi keorganisasian, komunikasi korporat, periklanan, teknologi
komunikasi dan telekomunikasi di universiti-universiti awam.

Malah kini, teknologi komunikasi merupakan komponen pengajian


komunikasi yang semakin penting dan popular. Bidang teknologi
komunikasi tidak muncul sebagai satu aliran yang tersendiri. Boleh
dikatakan hampir kesemua bidang komunikasi hari ini turut menjadi
teknologi komunikasi sebagai komponen ilmu bersama. Dengan erti kata
lain ianya bersifat interdisiplin.

Saya berharap anda mendapat gambaran mengenai kronologi


perkembangan bidang komunikasi di Barat dan Malaysia. Saya pasti anda
dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci bagaimana
perkembangan berlaku dalam sektor pengamal komunikasi pula.
Mungkin juga anda dapat menyenaraikan badan atau institusi
penyelidikan komunikasi yang ada di Barat dan Malaysia atau mungkin
anda berminat mendapat maklumat penubuhan Fakulti Komunikasi dan
Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Oleh itu, jadikan persoalan-
persoalan ini sebagai perangsang pembelajaran anda dalam topik
perkembangan bidang komunikasi ini.

Bolehkan anda namakan tokoh-tokoh kewartawanan yang


ternama di Malaysia?

1.4 KOMUNIKASI SEBAGAI DISIPLIN SAINS SOSIAL

Bidang komunikasi bukan satu perkara yang baru. Manusia zaman kuno
sudah pun berkomunikasi. Namun yang membezakan penelitian
terhadap ilmu komunikasi banyak berkaitan dengan cara, proses dan
perantaraan yang digunakan. Pada peringkat awalnya perbincangan
komunikasi berkisar tentang simbol, isyarat dan bahasa diikuti dengan
penulisan. Bidang ini terus berkembang seiring dengan kemunculan
peralatan-peralatan berkomunikasi dan media massa. Justeru itu, jika
ditinjau latar belakang ilmu komunikasi pada peringkat awalnya, ia
banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang sains sosial yang lain seperti
psikologi, sosiologi, politik, ekonomi dan juga sains tulen seperti
kejuruteraan dan elektronik (Rogers, 1994).

Hasil penelitian terhadap bidang-bidang sains sosial yang lain didapati


beberapa teori utama bidang berkaitan telah menyumbang kepada
kerangka ilmu komunikasi. Sebagai contoh, Teori Evolusi oleh Darwin
akhirnya telah mencetuskan idea dan penelitian terhadap komunikasi
bukan lisan. Manakala teori Freud iaitu Teori Psikoanalitik pula

13
dibuktikan telah menyumbang kepada kerangka pengajian ilmu
pemujukan yang dipelopori oleh Carl Hovland. Dalam pada itu, Teori
Kritikal oleh Karl Marx pula membantu bidang kajian kesan media dari
politik-ekonomi komunikasi.

Daripada kupasan tersebut, nyata bahawa bidang komunikasi merupakan


satu ilmu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial
yang lain. Tidak menghairankan jika ada yang berpendapat bahawa
komunikasi merupakan satu bidang yang agak baru. Hal ini berlaku
kerana komunikasi sering memerlukan bidang lain bagi menyokong
penjelasannya. Oleh yang demikian, ia banyak dikaitkan dengan ilmu-
ilmu lain yang lebih kelihatan dominan, maka idea utamanya secara tidak
langsung juga turut tenggelam.

Menurut Rogers (1994), komunikasi sebagai satu bidang ilmu yang


dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi mula diperkenalkan oleh
Schramm. Schramm yang sering dikenali sebagai tokoh dan bapa
komunikasi telah memperkenalkan program komunikasi massa pertama
dunia pada tahun 1943 semasa beliau menjadi Pengarah Iowa Journalism
School. Pada ketika itu kajian dan bidang komunikasi amat menumpukan
kepada soal-soal kewartawanan seiring dengan keperluan dan senario
semasa.

Hasil daripada inisiatif beliau maka muncullah pusat-pusat pengajian ilmu


komunikasi baru di universiti-universiti Amerika Syarikat. Usaha
Schramm dikatakan sebagai pencetus kepada pengajian ilmu komunikasi
secara formal dan di peringkat pengajian tinggi serata dunia.

Justeru itu, tidak menghairankan jika pengajian komunikasi sering kali


disinonimkan dengan ilmu media massa. Ini kerana pengajian media
massa merupakan antara bidang pelopor yang telah menjadikan
pengajian komunikasi popular serta terkenal. Selepas tahun 1960-an
barulah horizon komunikasi ini diterima luas mencakupi komunikasi
antara budaya, perhubungan awam, pemujukan, periklanan, komunikasi
organisasi, komunikasi pembangunan, teknologi komunikasi,
telekomunikasi dan sebagainya.

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai ilmu komunikasi sebagai


disiplin ilmu sains sosial. Ilmu komunikasi mempunyai hubung kait
dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika
dikatakan bidang komunikasi ialah bidang baru. Mungkin anda
mempunyai pandangan mengenai topik ini. Senaraikan pandangan anda
dan simpan, kita akan bincangkan pada perjumpaan akan datang.

14
SOALAN DALAM TEKS

1. Huraikan tiga tahap mengenai konsep komunikasi.


2. Perkembangan bidang komunikasi boleh
dibahagikan kepada beberapa era. Bezakan era
awal kebangkitan retorik dan era retorik baru.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Adakah anda bersetuju bahawa ilmu komunikasi ialah


ilmu sains sosial?. Beri sebab pilihan anda.

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd


ed.). New York: McGraw-Hill.

Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication


(5th ed). New York: Wadsworth.

1.5 RUMUSAN

Bab ini memberi gambaran mengenai definisi komunikasi. Ia


membincangkan elemen-elemen yang berkait dengan komunikasi.
Sejarah perkembangan komunikasi turut dimuatkan dalam bab ini. Ia
merangkumi perkembangan komunikasi di Barat dan Malaysia. Selain itu,
topik bab ini juga menerangkan ilmu komunikasi sebagai disiplin sains
sosial. Bab seterusnya akan membincangkan konsep, peranan dan proses
pembentukan teori dalam penyelidikan komunikasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan empat orang sarjana barat yang digelar ‘bapa


penyelidikan komunikasi’.
2. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan
bidang komunikasi di Malaysia?

15
3. Bincangkan pengaruh bidang sains sosial yang lain terhadap
pengajian komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. (a) Tahap pemerhatian (level observation)

Tahap ini mengandaikan bahawa terdapat definisi komunikasi luas


dan sempit. Secara umum, definisi komunikasi ialah proses
merapatkan hubungan yang terasing di dunia ini (Ruesch, 1957).
American College Dictionary (1964) mendefinisikan komunikasi
sebagai kaedah penghantaran mesej oleh tentera, arahan
menggunakan telefon, telegraf, radio dan kurier, tetapi definisi ini
agak terhad maksudnya kepada kaedah penghantaran mesej
menggunakan peralatan tertentu.

(b) Tahap tujuan/niat (intentionality)

Komunikasi ialah keadaan sumber menyalurkan mesej kepada


penerima untuk mempengaruhi perlakuan penerima. Setiap proses
komunikasi perlu mempunyai tujuan atau niat oleh sumber.
Komunikasi juga sebagai proses menyatakan persamaan antara dua
orang atau lebih, sesuatu yang dikuasai oleh seseorang atau
beberapa orang.

(c) Pertimbangan normatif (normative judgement)

Tahap ini melihat sama ada takrifan komunikasi mempunyai


kenyataan yang menyebut tentang kejayaan ataupun ketepatan
proses komunikasi. Komunikasi merupakan pertukaran secara lisan
dan sesuatu idea atau pandangan. Definisi ini mengandaikan
bahawa pertukaran idea atau pandangan tersebut telah berjaya
dilaksanakan. Komunikasi juga ialah proses pemancaran maklumat.
Namun begitu, definisi ini tidak menyebut sama ada maklumat
yang disalurkan diterima atau difahami atau sebaliknya.

2. Perbandingan era awal kebangkitan retorik dan retorik baru

Era Awal (1900 – 1950) Kebangkitan Retorik

Guru-guru yang mengajar pengucapan menjadi ahli Jabatan Bahasa


Inggeris lebih menekankan persembahan lisan. Mereka dipandang

16
rendah berbanding orang yang mempelajari dan mengajar
kesusasteraan. Namun begitu pada 1953 terdapat lebih 200
universiti dan kolej di Amerika Syarikat yang mengasingkan Jabatan
Pengucapan dengan Jabatan Bahasa Inggeris. Pengasingan ini
menunjukkan bahawa pengucapan awam menjadi semakin penting.

Kursus yang ditawarkan menekankan panduan praktik dalam


mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address),
interpretasi lisan, drama, debat dan perbincangan meja bulat. Guru-
guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan
rujukan. Plato, Aristotle, Cicero dan Quantilian merupakan sumber
bahan pengajian dalam hebahan awam.

Kritik retorik antara aktiviti yang relevan pada masa itu. Ucapan
sebagai elemen komunikasi kepada penerima khusus. Penekanan
utama ialah analisis dan apresiasi sebagai strategi yang digunakan
oleh perucap untuk menyampaikan idea kepada para pendengar.

Era Retorik Baru

Edwin Black telah mengemukakan cara baru menganalisis ucapan.


Burgess telah menerbitkan artikel seperti The Rhetoric of Black Power
dan The Rhetoric of Confrontation oleh Scott dan Smith. Dalam artikel
tersebut ucapan awam tidak mempunyai kaitan dengan ucapan
yang disediakan dengan rapi dan tidak diterima akal. Para sarjana
berpendapat bahawa hasutan sosial dan komunikasi bukan verbal
memainkan peranan penting dalam penerimaan mesej.

Dalam komunikasi massa pula didapati televisyen, filem dan muzik


popular mempunyai pengaruh dalam membentuk budaya umum,
tidak hanya memberi hiburan semata-mata. Menurut McLuhan
media ialah mesej (the medium is the message). Ini bermakna teknologi
komunikasi mempengaruhi perkembangan dan agen perubahan
masyarakat. Sifat teknologi komunikasi membolehkan individu
berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar lewat 1970-an
perkembangan profesional pengucapan di Amerika Syarikat
berbeza daripada Sarjana di Eropah yang menggunakan analisis
Marxis untuk melihat peranan media dalam membentuk nilai
masyarakat. Mereka mengkritik kajian media oleh Amerika Syarikat
yang katanya bebas tetapi sebenarnya menyokong kuasa ekonomi
dan politik. Pandangan sarjana Eropah itu membantu para sarjana
komunikasi Amerika Syarikat mendapatkan maklumat untuk terus
bertelagah dengan mereka di Eropah.

17
BAB 2

TEORI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda akan boleh:


1. Mentakrifkan makna teori.
2. Membandingkan teori, konsep dan model.
3. Membezakan teori induktif dan deduktif.
4. Mengenal pasti proses penyelidikan dan pembentukan teori.

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini kita akan membincangkan pembangunan dan peranan


teori dalam penyelidikan komunikasi. Para saintis mengandaikan bahawa
teori ialah kebenaran dan berhubung kait dengan lima deria iaitu
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Ia menggabungkan
penemuan dan membina satu cabang ilmu yang kolektif mengenai
bagaimana dunia berfungsi. Para saintis yakin bahawa apabila sesuatu
kebenaran ditemui, ia akan diiktiraf sebagai kebenaran sepanjang zaman.
Saintis berpendapat bahawa teori yang baik sebagai mencerminkan alam
semula jadi dan sebagai model realiti yang tidak akan berubah sehingga
keadaan berubah.

Mereka juga berpendapat bahawa teori memberi penerangan dan


hubungan berkenaan konsep yang berbeza dan tidak semua teori mampu
memberi penjelasan, penerangan, penilaian dan ramalan yang sama.
Justeru, bab ini akan menerangkan takrifan teori, perbezaan teori, konsep
dan model, fungsi teori serta proses pembentukan teori.

2.2 TAKRIFAN TEORI

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori didefinisikan sebagai


suatu konstruksi manusia menerangkan fenomena mengikut sudut
pandangan tertentu. Ia juga merupakan kenyataan yang mengandungi
konsep untuk memerihal, menerang, meramal atau memahami dan
mengawal, serta membina semula sesuatu penjelasan tentang fenomena
yang diamati (Cragan dan Shields, 1998).

19
Menurut Griffin (1997) teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan
sementara yang dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu
fenomena. Manakala Kerlinger (1973) berpendapat bahawa teori ialah
himpunan konsep, takrifan dan definisi yang berkait dan memberi
gambaran secara sistematik mengenai fenomena dengan menjelaskan
hubungan antara pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan
dan meramalkan fenomena tersebut.

Saya harap anda mendapat gambaran mengenai takrifan teori. Mungkin


anda mempunyai pandangan lain mengenai definisi teori. Anda boleh
senaraikan definisi teori mengikut pandangan anda dan ia akan
dibincangkan bersama saya di perjumpaan akan datang.

Bolehkah anda kemukakan beberapa andaian yang boleh


dijadikan teori sebagai panduan untuk anda menjalani
kehidupan seharian.

2.3 PERBANDINGAN TEORI, KONSEP DAN MODEL

Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan dan ciri.
Antara peranan teori ialah

(i) Penerangan − Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab


berlakunya sesuatu fenomena. Dengan menggunakan teori yang
relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan kaitan antara dua
atau lebih konsep.
(ii) Penjelasan − Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu
fenomena dengan menyatakan konsep yang terdapat dalam teori
berkenaan.
(iii) Ramalan − Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena
dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam fenomena
tersebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut
akan berlaku pada masa depan andainya terdapat konsep yang
berkenaan dalam teori kita.
(iv) Pengawalan penyelidikan − Teori mendorong seseorang penyelidik
membuat sesuatu bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat
dipertahankan lagi, maka penyelidik tersebut akan menjauhkan diri
daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep lain

20
dalam usaha memastikan teori tersebut. Jika teori dinyatakan
sebagai telah diuji maka sarjana akan lebih berminat untuk
memperincikan konsep terdapat dalam teori tersebut.

Teori juga mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara cirinya ialah

(i) Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan


konsisten. Ini bermakna pertalian antara pemboleh ubah yang
dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian lain
yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau meramalkan
berlakunya sesuatu fenomena.
(ii) Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya berlaku
percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain. Jika sesuatu
teori bercanggah dengan teori lain, ini akan menimbulkan lebih
banyak persoalan daripada penjelasan.
(iii) Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas tentang
sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih tinggi
kemungkinan teori itu diterima oleh para ahli sains sosial.
(iv) Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan
pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia telah
diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah suatu
kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji.

Sementara itu, konsep ialah satu bentuk pernyataan atau takrifan.


Konsep merupakan pernyatan yang dapat menjelaskan ciri sesuatu
perkara. Malahan ia membantu, membentuk dan memahami situasi.
Konsep dalam komunikasi mengandungi elemen seperti sumber,
penerima, mesej, saluran, maklum balas, gangguan dan persekitaran.

Sumber ialah lokasi atau tempat yang berlaku ketika proses komunikasi.
Ia melibatkan sama ada individu, kumpulan atau sesiapa sahaja yang
memulakan komunikasi dengan membentuk mesej. Contohnya, media
massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya menjadi
sumber bagi khalayak memperoleh maklumat. Dalam situasi krisis
misalnya, jurucakap organisasi akan dikenali sebagai sumber.

Penerima merupakan individu, kumpulan atau orang ramai yang


merupakan sasaran mesej (Narimah dan Saodah, 2002). Bergantung pada
jenis komunikasi, penerima boleh terdiri daripada seorang manusia,
sebilangan kecil manusia, sekelompok manusia atau khalayak yang ramai.
Penerima lazimnya bukan hanya mereka yang mendengar ungkapan
sumber atau menyaksikan perlakuannya malah mereka yang boleh

21
bertindak balas terhadap mesej yang disalurkannya. Misalnya komunikasi
organisasi, penerima boleh terdiri daripada staf atau pekerja, rakan
sekerja atau pihak pengurusan.

Mesej pula merupakan gagasan idea dan perasaan yang dikongsi bersama
antara sumber dan penerima. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai
bentuk dan tujuan. Contohnya, seorang guru menyampaikan informasi
mengenai pengajaran kepada pelajar, kaunselor memberikan khidmat
nasihat kepada remaja yang bermasalah, wartawan menulis artikel di
akhbar dan lain-lain lagi. Mesej yang disampaikan mengikut situasi dan
keperluan khalayak.

Mesej bukan hanya boleh terbentuk dalam keadaan lisan tetapi juga
bukan lisan seperti bahasa isyarat dan bahasa badan. Menurut
Amundson, 1993 (dalam Devito, 2000), hasil kajian menunjukkan 93
peratus daripada mesej disampaikan secara bukan lisan manakala hanya
tujuh peratus sahaja melalui lisan. Bahasa isyarat seperti pukulan beduk
menandakan waktu sembahyang bagi orang Islam, asap digunakan oleh
kaum Red Indian di Amerika dan lain-lain lagi.

Bahasa badan turut digunakan untuk menyampaikan mesej. Ia bertujuan


untuk memberikan penekanan terhadap maksud sesuatu mesej. Sebagai
contoh melalui mimik muka seseorang, kita dapat menilai sama ada
individu berkenaan sedang marah, gembira, sedih, sakit dan sebagainya.
Selain itu, pergerakan tangan, badan, gaya berpakaian, pergerakan mata
dan penggunaan ruang juga menunjukkan mesej tertentu.

Mesej berada dalam dua keadaan iaitu secara tersurat dan tersirat. Mesej
yang disampaikan secara tersurat sering digunakan ketika memberi
penerangan dan penjelasan seperti di bilik darjah, dewan kuliah dan
mahkamah. Namun begitu, mesej tersirat banyak digunakan oleh
sasterawan dalam penghasilan syair, pantun dan sebagainya. Mesej
tersirat memerlukan penelitian terlebih dahulu sebelum membuat
interpretasi makna.

Saluran merupakan usaha sumber menghantar mesejnya yang sudah


diolah. Simbol yang telah diolah akan diungkapkan jika sumber mahu
menyampaikan mesejnya secara lisan, dicatatkan jika sekiranya mesej
mahu disampaikan dalam bentuk lukisan, digayakan jika mahu
disampaikan melalui tarian atau digambarkan sekiranya mahu
disampaikan secara visual. Lazimnya, jika di tempat kerja, pihak
pengurusan akan menyalurkan mesej dalam bentuk lisan seperti
mengeluarkan arahan dalam perhimpunan dan sebagainya. Acap kali juga
mesej disalurkan secara bukan lisan seperti menulis surat pekeliling, surat

22
arahan, memo, mel elektronik dan sebagainya. Komunikator juga boleh
memilih untuk menyampaikan mesejnya secara bersemuka seperti dalam
perbincangan, penasihatan dan kaunseling (Abdul Mua’ti, 2003).

Maklum balas ialah tindak balas atau respons penerima terhadap mesej
yang diterimanya. Dengan kata lain maklum balas ialah maklumat yang
diberi oleh penerima kepada sumber berdasarkan mesej yang telah
diterimanya. Maklum balas daripada penerima dirangka untuk
meneruskan aliran maklumat antara kedua-dua belah pihak. Apabila
sumber menerima maklum balas, dia akan menggunakan maklumat itu
untuk memandu ungkapan atau perlakuan seterusnya. Tanpa maklum
balas komunikasi mungkin akan terhenti atau rosak, terutama apabila
penerima tidak mendapat maklumat yang cukup. Penerima akan
membuat tafsiran atau kesimpulan sendiri berdasarkan andaian. Kerap
kali andaian begini tersasar dan tidak memenuhi apa yang dihasratkan
oleh sumber.

Gangguan pula melibatkan apa sahaja yang terdapat dalam persekitaran


yang menggugat penghantaran dan penerimaan mesej. Kedua-dua pihak
komunikator hendaklah bekerja keras mengatasi gangguan ini.
Umpamanya sumber hendaklah bercakap lebih kuat dan penerima
hendaklah memberi sepenuh tumpuan kepada ungkapan sumber.
Gangguan terbahagi kepada dua iaitu gangguan fizikal dan gangguan
psikologikal. Gangguan fizikal biasanya datang dari alam sekeliling
komunikator seperti bunyi bising enjin kenderaan, suara orang lain
berbual, bunyi alat pendingin hawa, bunyi mesin, jentera dan sebagainya.
Gangguan psikologikal pula terdapat dalam minda komunikator sendiri
seperti tidak mampu memberikan tumpuan fikiran, berkhayal,
menganggap mesej tidak mustahak dan sebagainya.

Persekitaran ialah tempat sesuatu komunikasi berlaku. Seseorang individu


sentiasa melakukan proses komunikasi dalam persekitarannya. Dalam erti
kata lain proses komunikasi tidak boleh berlaku dalam keadaan vakum.
Sebagai contoh, seorang pensyarah memberi pengajaran di dewan kuliah,
menonton televisyen di restoran, perbincangan di bilik mesyuarat dan
sebagainya.

Dalam proses komunikasi, persekitaran membantu kepada pembentukan


komunikasi berkesan. Misalnya, perjalanan program seminar memerlukan
penyediaan kelengkapan dan peralatan yang lengkap. Antaranya
kemudahan hawa dingin, mikrofon, teknologi komputer, alat pandang
dengar serta perabot yang selesa membolehkan mesej disampaikan tanpa
gangguan terutamanya gangguan fizikal. Namun, tidak dapat dinafikan

23
kadang kala berlakunya gangguan dalam persekitaran yang dipilih oleh
sumber. Oleh itu, sumber harus memilih persekitaran yang selesa bagi
khalayak untuk menerima dan memahami mesej yang disampaikan.

Bagi konsep model pula, ia ialah satu gambaran simbolik mengenai


sesuatu fenomena atau satu rajah mengenai teori atau kerangka konsep.
Sesuatu model memberi tumpuan pada struktur atau kandungan dalam
sesuatu fenomena atau konsep dan perkaitan antaranya. Kesemua ini
dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Kadang kala istilah “model” digunakan secara bertukar ganti dengan


“teori” (Bell, 1990). Kedua-duanya ialah cara untuk menjelaskan
kerangka konsep (conceptual framework). Namun model sering kali
menggunakan analogi untuk menggambarkan sesuatu fenomena secara
visual atau grafik. Oleh itu, model bertujuan membantu menjelaskan dan
menfokus pada isu-isu penting mengenai sesuatu fenomena yang dikaji.

Cuba lakarkan model proses komunikasi yang berlaku


dalam kursus yang sedang anda ikuti.

2.4 PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

Bahagian ini berhubung kait dengan pendekatan induktif dan deduktif.


Penerangan meliputi definisi, proses dan peranan pendekatan induktif
dan deduktif dalam pembentukan teori.

2.4.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif ialah satu proses logik yang memberi penjelasan


umum berdasarkan pemerhatian spesifik. Dalam pendekatan induktif
penyelidik bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian dari
sesebuah penyelidikan dan berusaha untuk membangunkan satu
penjelasan teoritikal daripada hasil tersebut (Baxter dan Babbie, 2004).

Dalam erti kata lain, pendekatan induktif ialah berdasarkan kepada


pemerhatian terhadap sesuatu kes menggambarkan sesuatu teori atau set
prinsip. Contoh persoalan kajian yang dihasilkan berasaskan model
indukti ialah penyelidik mendapati bahawa remaja kerap menggunakan
Short Messaging Service (SMS) di mana-mana sama ada di perpustakaan,
dalam kelas, semasa berjalan, menaiki kereta dan lain-lain lagi. Ini
membuatkan penyelidik tertanya-tanya mengapa remaja menggunakan
SMS? Berapa kerap remaja menggunakan SMS?. Pemerhatian seumpama
ini boleh menghasilkan persoalan kajian yang berasaskan logik induktif.

24
Pendekatan induktif ialah penyelidik mencari satu kes dan memerhatikan
perkaitannya. Seterusnya penyelidik akan memerhatikan perkaitan yang
serupa itu dalam beberapa kes yang lain. Akhir sekali penyelidik akan
membentuk satu teori yang umum untuk menjelaskan perkaitan dalam
semua kes yang telah diperhatikan.

2.4.2 Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan kajiannya


dengan menguji sesuatu teori untuk menjelaskan sesuatu pemerhatian.
Dengan itu penyelidik akan mengumpul data mengenai sesuatu kes dan
menggunakan teori tersebut untuk menjelaskan data yang diperoleh.
Pendekatan deduktif pula menggunakan satu proses logik yang bermula
dengan kesimpulan yang umum dan membuat ramalan berdasarkan
pengujian terhadap pemerhatian yang spesifik. Ia bermula daripada
persoalan umum kepada pernyataan yang khusus.

Persoalan kajian dihasilkan berasaskan pada model deduktif (iaitu


pengetahuan mengenai prinsip umum) membolehkan penyelidik
membuat ramalan atau menggunakannya pada satu-satu kes yang
spesifik. Ciri-ciri deduktif menggariskan wujudnya satu pola yang boleh
diandaikan secara logik atau berasaskan teori pemerhatian ke pola yang
diandaikan itu akan diuji, sama ada ia wujud ataupun tidak. Dengan yang
demikian penyelidikan berkenaan ialah berdasarkan pada teori atau
hipotesis. Selepas data dikumpulkan, dapatan kajian itu akan
digeneralisasikan pada satu populasi yang besar.

Sebagai contoh, andaikan seorang majikan ingin mengetahui peratusan


pekerjanya yang menggunakan komunikasi ketika menjalankan tugas.
Setelah menjalankan kajian penyelidik mendapati bahawa 80 peratus
daripada pekerja menggunakan komunikasi ketika menjalankan tugas.
Jika penyelidik mengandaikan bahawa lebih daripada separuh pekerja
menggunakan komunikasi supaya kerja menjadi efektif berdasarkan pada
data itu, maka penyelidik telah menggunakan logik deduktif dalam
membuat kesimpulan terhadap data itu.

Ini bererti dalam pendekatan deduktif, penyelidik akan memulakan


proses penyelidikan dengan sesebuah teori mengenai sesuatu tingkah
laku, kemudian akan membentuk strategi penyelidikan dan mengumpul
data untuk menguji teori tersebut. Rajah 2.1 menggambarkan perkaitan
antara pendekatan induktif dan deduktif.

25
Rajah 2.1
Perkaitan antara Induktif dan Deduktif

Teori

Induktif Deduktif

Pengumpulan data
Penyelidik

Induktif Deduktif
(Bermula dengan data) (Bermula dengan teori)

Fikirkan tentang fenomena komunikasi masyarakat


Malaysia kini. Apakah teori-teori yang boleh dibina
berdasarkan pendekatan induktif dan deduktif.

2.5 PROSES PENYELIDIKAN DAN PEMBENTUKAN TEORI

Anda harus ingat bahawa penyelidikan ialah suatu susunan pengalaman


secara sistematik, yang digunakan oleh para sarjana bagi mencari jawapan
kepada persoalan komunikasi atau fenomena lain yang berkaitan. Oleh
itu, elok kita lihat apakah proses penyelidikan yang kita perlu lalui bagi
mendapatkan jawapan kepada persoalan fenomena komunikasi.

Menurut Miller dan Nicholson (1976) setiap proses penyelidikan


dimulakan dengan pertanyaan soalan-soalan. Penyelidikan yang
dijalankan dapat menjawab soalan dengan cara teratur dan sistematik.
Menurut Littlejohn (1996) yang bersetuju dengan pandangan Miller dan
Nicholson (1976) iaitu seseorang yang ingin menjalankan penyelidikan
perlu bertanya soalan-soalan seperti, “Apakah fenomena tersebut?”
“Bagaimana harus kita namakan sesuatu fenomena?” atau bertanya
soalan-soalan berkaitan dengan nilai estetika perkara yang kita perhatikan
seperti, “Adakah fenomena yang berlaku memberi kesan?”. “Adakah
perkara tadi tepat?” Sebagai contoh, “Kenapa komunikasi di tempat kerja
penting?” “Apakah hubungan komunikasi berkesan dengan pengurusan
pentadbiran dalam organisasi?”.

26
Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu melihat
secara objektif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian yang digunakan
berbeza mengikut kesesuaian kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Ada
yang berminat mengkaji rekod dan artifak, ada yang melibatkan diri
dalam pemerhatian, ada yang menggunakan peralatan dan uji kaji yang
terkawal, dan ada yang membuat kajian tinjauan menggunakan soal
selidik atau borang temu bual. Semua kaedah yang digunakan dirancang
bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap
pertama. Contoh, membuat soal selidik dan edar kepada pasangan yang
mendirikan rumah tangga untuk mengetahui keberkesanan komunikasi
dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para


penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi
membuat pertimbangan. Contohnya, hasil kajian yang dianalisis
menunjukkan kerap berkomunikasi dan berbincang antara pasangan
menjadikan hubungan lebih intim. Kaitan antara tiga peringkat dalam
proses penyelidikan ini dapat dilihat seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2 menunjukkan setiap peringkat berkait dengan peringkat-


peringkat lain dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula dapat
dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat menjurus pada
persoalan-persoalan baru dan sebahagian pemerhatian dikenal pasti
sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada proses pembentukan teori.

Rajah 2.2
Peringkat dalam Proses Penyelidikan

Persoalan

Teori Pemerhatian

Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan sesuatu


fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum mendapat jawapan.
Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi diuji sehingga kepastian
dapat dibuat. Proses menguji teori ialah proses penyelidikan. Tanpa
penyelidikan kita tidak dapat membentuk teori yang mantap dan umum
bagi menerangkan pelbagai aspek komunikasi.

27
Saya harap anda mendapat gambaran mengenai proses penyelidikan dan
pembentukan teori. Ia penting kerana dalam penyelidikan teori
memainkan peranan penting. Teori mempunyai hubung kait dalam
penyelidikan.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang dimaksudkan dengan teori?


2. Apakah ciri-ciri teori?
3. Bagaimanakah teori dibentuk dalam penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Pada pendapat anda, adakah teori diperlukan dalam


sesebuah penyelidikan?

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd


ed.). New York: McGraw-Hill.

Littlejohn, S.W. (1996). Theories of human communication (5th


ed.). New York: Wadsworth.

2.6 RUMUSAN

Bab ini telah menjelaskan definisi dan peranan teori. Teori menerangkan,
mengawal, membina semula sesuatu penjelasan mengenai fenomena.
Dalam proses penyelidikan, peranan teori diperlukan. Terdapat tiga
peringkat dalam proses penyelidikan. Antaranya ialah mengemukakan
soalan, membuat pemerhatian atau mengumpul data dan akhirnya
membuat penjelasan, pertimbangan atau menghasilkan teori.

Diharapkan perbincangan dalam bab ini dapat membantu anda untuk


mengikuti Bab 3 dan seterusnya yang membincangkan secara terperinci
mengenai pendekatan teori komunikasi dari segi strukturalisme,
fungsionalisme, kritikal dan budaya.

28
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah fungsi teori?


2. Bincangkan elemen-elemen komunikasi yang wujud dalam proses
komunikasi.
3. Bandingkan pendekatan indukti dan deduktif dalam penyelidikan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori didefinisikan sebagai suatu konstruksi manusia menerangkan


fenomena mengikut sudut pandangan tertentu. Ia juga kenyataan
yang mengandungi konsep untuk memerihal, menerang, meramal
atau memahami dan mengawal serta membina semula sesuatu
penjelasan tentang fenomena yang diamati.

Teori merupakan peta kebenaran bagi jawapan sementara yang


dibentuk berdasarkan persoalan mengenai sesuatu fenomena.
Malah teori merupakan himpunan konsep, takrifan dan definisi
yang berkait dan memberikan gambaran secara sistematik
mengenai fenomena dengan menjelaskan hubungan antara
pemboleh ubah. Tujuannya ialah untuk menerangkan dan
meramalkan fenomena tersebut.

2. Ciri-ciri teori

(i) Teori merupakan suatu kenyataan yang bersifat tetap dan


konsisten. Ini bermakna pertalian antara pemboleh ubah yang
dinyatakan dalam teori itu tidak berubah daripada satu kajian
lain yang bertujuan menerangkan, menjelaskan atau
meramalkan berlakunya sesuatu fenomena.
(ii) Bagi menerangkan fenomena yang sama tidak seharusnya
berlaku percanggahan antara satu teori dengan teori yang lain.
Jika sesuatu teori bercanggah dengan teori lain, ini akan
menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penjelasan.
(iii) Teori perlu dinyatakan dengan mudah, sempurna dan jelas
tentang sesuatu. Lebih terperinci sesuatu teori, maka lebih
tinggi kemungkinan teori itu diterima oleh para ahli sains
sosial.
29
(iv) Teori hendaklah mengandungi konsep yang membolehkan
pengkaji membuat ujian. Suatu teori yang baik bermakna ia
telah diuji dan sentiasa pula akan diuji. Oleh itu, teori ialah
suatu kenyataan yang tidak muktamad kerana ia sentiasa diuji.

3. Proses pembentukan teori dalam penyelidikan

Peringkat pertama dalam proses penyelidikan dimulakan dengan


bertanya soalan. Penyelidikan yang dijalankan dapat menjawab
soalan dengan cara teratur dan sistematik.

Peringkat kedua proses penyelidikan ialah pemerhatian iaitu


melihat secara objektif perkara yang dikaji. Kaedah pemerhatian
yang digunakan berbeza mengikut kesesuaian penyelidikan. Kaedah
kajian yang digunakan perlu dirancang bagi mendapatkan jawapan
kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama.

Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini, para


penyelidik cuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan bagi
membuat pertimbangan. Kaitan antara tiga peringkat dalam proses
penyelidikan ini dapat dilihat seperti berikut:

Menerusi rajah yang dipaparkan setiap peringkat berkait dengan


peringkat-peringkat lain dan saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Pemerhatian merangsang persoalan-persoalan baru. Teori pula
dapat dicabar oleh pemerhatian dan persoalan. Teori juga dapat
menjurus kepada persoalan-persoalan baru dan sebahagian
pemerhatian dikenal pasti sebagai teori. Ini dapat dilihat daripada
proses pembentukan teori.

Suatu teori ialah persoalan atau kenyataan sementara berkenaan


sesuatu fenomena komunikasi yang perlu kita uji sebelum
mendapat jawapan. Selepas suatu teori dibentuk, teori masih lagi
diuji sehingga kepastian dapat dibuat. Proses menguji teori ialah
proses penyelidikan. Tanpa penyelidikan kita tidak dapat
membentuk teori yang mantap dan umum bagi menerangkan
pelbagai aspek komunikasi.

Peringkat dalam Proses Penyelidikan

Persoalan

Teori Pemerhatian

30
BAB 3

PENDEKATAN PEMIKIRAN TEORI


KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menjelaskan peranan pendekatan pemikiran terhadap
pembentukan teori.
2. Mengenal pasti lima pendekatan atau paradigma yang
menghasilkan teori.
3. Menerangkan ciri-ciri setiap pendekatan teori komunikasi.
4. Membezakan fokus setiap pendekatan tersebut.
5. Menjelaskan kesan setiap pendekatan tersebut terhadap
pembentukan teori-teori komunikasi.

3.1 PENGENALAN

Berdasarkan dua bab terdahulu, anda pastinya sudah mempunyai


kefahaman yang baik tentang apa itu teori komunikasi. Dalam bab dua
khususnya anda telah didedahkan dengan proses pembentukan sesuatu
teori. Walau bagaimanapun, untuk memantapkan pemahaman anda
terhadap apa yang telah dipelajari dan juga menyediakan pemahaman
yang lebih jelas bagi bab seterusnya, bab ini akan membincangkan
tentang beberapa pendekatan pemikiran atau paradigma yang
membentuk sesuatu teori. Ringkasnya bab ini akan menjelaskan kepada
anda kenapa ada begitu banyak teori dan juga mengapa adakalanya
sesuatu fenomena itu ada pelbagai teori yang menjelaskannya.

3.2 APAKAH PENDEKATAN PEMIKIRAN?

Teori bukan merupakan satu yang statik dan tetap. Pada ketika tertentu,
bukan sahaja teori baru yang tercipta malah teori yang terdahulu juga
mungkin dirombak dan diolah semula. Sebagaimana yang dijelaskan
dalam bab satu, hal ini wujud kerana manusia atau kehidupan ini adalah
dinamik dan sentiasa berubah. Memandangkan kehidupan berubah maka

31
teori juga turut berubah. Kebiasaannya perubahan itu pula adakala bukan
sesuatu yang baru tetapi ia merupakan satu pengubahsuaian terhadap
perkara yang terdahulu.

Teori merupakan satu aktviti yang melibatkan proses mencari jawapan


dan memahami sesuatu perkara. Manusia sebenarnya terlibat dalam
mencari jawapan apabila ada usaha untuk mengetahui atau mencari
kebenaran tentang apa yang berlaku. Dalam pada itu pula cara dan
kaedah yang akan kita gunakan untuk mencari jawapan kepada persoalan
tersebut merupakan satu perkara yang cukup penting. Hakikatnya cara
atau kaedah yang digunakan pastinya akan memberi kesan terhadap
jawapan itu kelak. Perkara inilah yang menjadi topik perbincangan dalam
bab ini. Dengan memahami pendekatan pemikiran atau paradigma, maka
ia dapat memberi kefahaman yang lebih mantap terhadap usaha
memahami sesuatu teori.

Cuba anda imbau kembali zaman kanak-kanak anda,


zaman remaja anda dan kini zaman dewasa anda. Apakah
cara berpakaian atau perkara yang anda tuturkan sama
saja pada setiap zaman tersebut.

Hakikatnya perubahan dan perbezaan yang terbentuk itu digerakkan atau


disandarkan terhadap sesuatu asas. Sandaran atau asas tersebutlah yang
dimaksudkan dengan pendekatan pemikiran atau paradigma. Pendekatan
pemikiran merujuk kepada cara atau kaedah dalam memahami dan
menjelaskan sesuatu perkara. Sebenarnya apabila anda menjelaskan atau
melakukan sesuatu perkara, ada asas atau sandaran tertentu yang
membimbing kenyataan atau perbuatan anda. West dan Turner (2003)
mentakrifkan pendekatan pemikiran atau paradigma sebagai suatu tradisi
keintelektualan yang memandu atau mendasari sesuatu idea.

Tradisi keintelektualan (paradigma) sebenarnya mempengaruhi nilai,


matlamat dan juga kaedah menyelidik dalam menghasilkan sesuatu teori.
Justeru itu, sangat penting untuk anda memahami paradigma yang
mendasari teori yang bakal anda pelajari dan amalkan. Paradigma
menyediakan suatu cara umum dalam meneliti serta memahami aktiviti
komunikasi. Sementara teori pula ialah suatu penjelasan yang khusus
terhadap tingkah laku komunikasi tertentu. Perkaitan antara teori dan
paradigma dapat divisualkan menerusi Rajah 3.1.

Mungkin juga anda tertanya-tanya apakah paradigma itu dimaksudkan


sebagai suatu definisi terhadap sesuatu perkara. Apakah paradigma boleh
diertikan sebagai latar belakang sesuatu teori? Sesuatu paradigma

32
menjelaskan proses dan prinsip memahami sesuatu perkara. Pertama,
paradigma menjelaskan tentang persoalan realiti yang wujud iaitu
pengetahuan-pengetahuan yang ada di sekeliling kita. Misalnya, apakah
betul masyarakat boleh dikawal melalui kawalan terhadap media.
Keduanya paradigma menjelaskan kepada kita persoalan bagaimana dan
proses dalam menjelaskan sesuatu fenomena itu. Umpamanya cara kita
makan, ada yang menggunakan tangan, ada yang menggunakan sudu,
chopstick dan sebagainya. Terakhir ialah nilai yang dipegang oleh sesuatu
paradigma. Setiap pendekatan mempunyai falsafah atau nilai yang
tersendiri. Sebagai contoh kita hendak mengukur kekayaan. Ada yang
berpendapat kita perlu ukur dengan jumlah wang tunai yang ada,
segolongan orang lain berpandangan harus diukur dengan harta benda
yang dimiliki dan ada kumpulan lain mengatakan mesti diukur dengan
berapa jumlah saham. Jadi kita menjelaskan sesuatu perkara itu dengan
nilai yang berbeza. Ketiga-tiga inilah yang menjadikan kelainan antara
paradigma yang ada.

Rajah 3.1
Perkaitan Teori dan Paradigma

PARADIGMA

TEORI

Apabila anda membaca setiap jenis paradigma yang akan


dibincangkan nanti, cuba kenal pasti tiga perkara asas
dalam paradigma yang dibincangkan sebentar tadi.

Sesuatu paradigma kebiasaannya kukuh dan bertahan untuk satu jangka


waktu tertentu. Paradigma juga berubah apabila wujud aliran pemikiran
yang baru sesuai dengan perubahan semasa. Menurut Thomas Kuhn
(1970), paradigma akan mengambil masa untuk menjadi satu aliran
pemikiran yang kukuh. Kata Kuhn lagi, satu paradigma itu akan
digantikan dengan paradigma lain apabila wujud penemuan atau idea
baru yang dapat memberikan pemahaman terhadap sesuatu fenomena.
Oleh yang demikian, paradigama bukan satu tetapi banyak. Paradigma
dalam konteks disiplin komunikasi boleh dikategorikan dalam dua
bentuk iaitu pendekatan awal dan pendekatan kontemporari.

33
Sebagaimana senarai di sebelah, pendekatan awal merujuk kepada
pendekatan i dan ii. Manakala pendekatan kontemporari pula merujuk
kepada pendekatan iii, iv dan v.

(i) Pendekatan strukturalis.


(ii) Pendekatan tingkah laku.
(iii) Pendekatan sistem.
(iv) Pendekatan budaya.
(v) Pendekatan kritikal.

Dalam disiplin komunikasi, teori-teori komunikasi dikatakan bermula


dengan pemikiran tentang proses maklumat menerusi pemikiran
sibernetik (West dan Turner, 2003). Pemikiran tersebut menjelaskan
model unggul komunikasi iaitu komunikasi sehala. Ia juga dikenali
sebagai pendekatan strukturalis. Seterusnya pendekatan strukturalis
mempunyai kesinambungan dengan pendekatan tingkah laku.
Pendekatan-pendekatan seterusnya pula memperlihat kerangka
pemikiran yang agak berbeza dengan dua pendekatan awal.

3.3 PENDEKATAN STRUKTURALIS

Revolusi industri lewat abad ke-19 merupakan titik tolak penting dalam
sejarah dunia. Revolusi itu bukan sahaja mencetuskan era baru ekonomi
masyarakat tetapi juga cara kehidupan dan seterusnya cara manusia
berfikir. Sebelum revolusi tersebut, masyarakat hidup dalam satu sistem
yang tidak begitu kompleks. Setiap aktiviti manusia tidak melibatkan
kegiatan yang bersifat besar-besaran. Dari segi kegiatan ekonomi,
manusia melakukan aktiviti secara bersendirian atau kecil-kecilan.
Organisasi pada ketika itu tidak mempunyai tumpuan terlalu khusus dan
cara yang digunakan tidak melibatkan sumber-sumber yang pelbagai.

Pada era revolusi industri, organisasi beroperasi secara berskala besar dan
berorientasikan mesin. Wujudnya cara-cara khusus dan peranan khusus
setiap individu yang terlibat dalam kegiatan ekonomi. Oleh yang
demikian idea-idea tentang kaedah terbaik menyusun dan mengatur
organisasi menjadi aspek penting setiap pemikiran ketika itu. Begitulah
juga halnya dengan pemikiran proses komunikasi pada masa itu.
Komunikasi dilihat sebagai satu proses khusus yang melibatkan dua
pihak dalam mempengaruhi khalayak atau penerima. Pendekatan klasik
dikenal pasti sebagai salah satu hasil akibat revolusi industri.

34
3.3.1 Ciri Pendekatan Strukturalis

Pendekatan ini yang juga dikenali sebagai pendekatan klasik (Miller,


2003), menjadikan mesin sebagai metafora dalam membicarakan
pemikiran-pemikirannya. Dalam konteks komunikasi kepengurusan,
Henri Fayol, Max Weber dan Frederick Taylor merupakan antara tokoh
yang banyak mempengaruhi aliran pemikiran ini. Tokoh-tokoh tersebut
banyak membicarakan pengurusan yang berjaya dalam era pengeluaran
secara massa. Pemikiran strukturalis memberi penekanan terhadap aspek
mengurus masyarakat atau organisasi sebagai satu proses mencapai
matlamat. Apa saja yang dilakukan perlu menjurus ke arah membentuk
hasil yang diimpikan.

Untuk memahami idea-idea Fayol, Weber dan Taylor


dengan baik, anda disaran merujuk halaman 6-16 buku
Miller, K. (2003). Organizational communication: Approaches
and processes (3rd ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson
Learning.

Sebagai contoh, setiap perlakuan komunikasi dalam sesuatu masyarakat


adalah bertujuan untuk mencapai matlamat menjadikan masyarakat itu
mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kegiatan komunikasi ialah untuk
memastikan wujud kestabilan dalam masyarakat. Dalam hal ini pihak
yang bertanggungjawab mengurus masyarakat seperti kerajaan akan
memastikan proses serta bentuk komunikasi itu menyumbang kepada
keadaan yang stabil dalam masyarakat.

Dalam 50 dekad dahulu, semua maklumat dan proses menyampai


maklumat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Segala maklumat dan
penglibatan aktiviti mendidik pembangunan masyarakat datangnya
daripada kerajaan. Masyarakat hanya berfungsi sebagai penerima. Semua
aktiviti pembangunan oleh kerajaan akan dikomunikasikan oleh satu
pihak seperti Jabatan Penerangan menerusi radio dan televisyen. Hampir
semua media kepada masyarakat dikawal oleh kerajaan. Paradigma
tersebut jelas menunjukkan bahawa wujud peranan tertentu agensi
kerajaan dalam menyampaikan maklumat.

Begitu juga halnya dalam sesebuah organisasi. Pihak pengurusan


bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan proses komunikasi
yang akhirnya dapat menjamin matlamat organisasi tersebut tercapai.
Para pengurus perlu membentuk kaedah dan peranan setiap ahli
organisasi dalam berkomunikasi. Dengan cara yang sedemikian maka
setiap ahli akan berkomunikasi sesuai dengan fungsi masing-masing.

35
Menerusi kedua-dua contoh yang dibincangkan sebentar tadi, pendekatan
strukturalis secara umumnya memperlihat idea bagaimana sesuatu sistem
diurus supaya sistem tersebut stabil. Antara ciri penting pendekatan ini
ialah

(i) Pengkhususan (specialization).


(ii) Pemiawaian (standardization).
(iii) Boleh diramal (predictable).

(a) Pengkhususan

Dalam organisasi terbentuknya bahagian-bahagian tertentu. Kesemua


bahagian tersebut pula sebenarnya berangkai dan mempunyai pertalian
antara satu sama lain. Namun demikian setiap bahagian tersebut
mempunyai fungsi dan peranan tertentu bagi memastikan operasi
organisasi berjalan dengan lancar. Diyakini dengan wujudnya
pengkhususan maka perjalanan organisasi lebih teratur. Individu pula
boleh menjadi lebih produktif kerana pengkhusus menjadikan mereka
semakin cekap.

(b) Pemiawaian

Aspek kedua yang membentuk pendekatan ini ialah pemiawaian. Dengan


adanya piawaian atau satu kayu ukur terhadap bahagian-bahagian
organisasi, maka bahagian tersebut boleh ditukar ganti terhadap mana-
mana organisasi lain. Dari segi komunikasi, fungsi televisyen dalam
masyarakat di Malaysia umpamanya sama sahaja dalam masyarakat di
Singapura. Oleh yang demikian fungsi televisyen antara Malaysia dan
Singapura boleh ditukar ganti apabila diperlukan.

(c) Boleh diramal

Sebagaimana yang dimetaforakan, pendekatan ini diumpamakan sebagai


satu mesin. Sifat mesin boleh diramal. Apa saja yang menjadi input sudah
boleh dijangkakan hasilnya. Hal ini berlaku kerana ada peraturan yang
mengawal dan memandu input tersebut demi mancapai matlamatnya.
Peraturan dilihat sebagai satu proses yang boleh dijangkakan hasilnya
berdasarkan cara-cara ia dilaksanakan.

3.3.2 Komunikasi dalam Paradigma Strukturalis

Berasaskan perbincangan terdahulu, terdapat beberapa prinsip penting


yang dikaitkan dengan paradigma strukturalis. Jika anda telah membaca
teks di halaman 6 hingga 16 buku Miller (2003), anda akan mendapati
beberapa prinsip penting tersebut. Ciri-ciri pendekatan ini secara lebih

36
khusus menunjukkan bahawa paradigma strukturalis memberi penekanan
terhadap struktur organisasi (seperti hierarki, tahap-tahap pekerja,
kawalan), kuasa (autoriti, kepentingan kuasa yang sah), bentuk pekerjaan
(pengkhususan dan reka bentuk saintifik), dan sikap (khususnya
kepentingan pengikut terhadap organisasi).

Bagi memastikan bahawa prinsip-prinsip tersebut berlaku maka proses


komunikasi memainkan peranan besar terhadap organisasi. Penekanan
atau idea komunikasi berdasarkan paradigma ini dikenal pasti
sebagaimana dalam Jadual 3.1 yang meliputi kandungan komunikasi iaitu
arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk komunikasi.
Manakala dari segi tugasan pula meliputi komunikasi atas iaitu pihak
superior kepada pihak subordinat, lebih tertumpu kepada bentuk tulisan
dan menekankan ciri-ciri formal.

Jadual 3.1
Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Strukturalis

Kandungan komunikasi Tugasan


Arah aliran komunikasi Komunikasi atas ke bawah
Saluran komunikasi Komunikasi tulisan
Bentuk komunikasi Formal

Amalan dan penjelasan tingkah laku komunikasi dalam paradigma ini


banyak berkisar kepada persoalan mewujudkan pengurusan organisasi
yang cekap dan berkesan. Individu bawahan atau khalayak difokuskan
sebagai objek yang perlu dikawal bagi menjamin matlamat organisasi
tercapai. Untuk itu perbincangan komunikasi lebih tertumpu terhadap
peranan dan fungsi yang harus dimainkan oleh komunikator atau
penyampai agar penerima dapat memahaminya dengan betul.

Selain itu, idea-idea atau teori-teori dalam era paradigma strukturalis ini
cenderung mengupas persoalan apa dan bagaimana komunikator perlu
bertindak. Sementara khalayak pula disifatkan sebagai pasif yakni
kebiasaannya bertingkah laku hanya sebagai penerima sahaja. Daripada
idea paradigma ini maka model kerangka komunikasi disifatkan sebagai
model yang tidak kompleks. Justeru itu, teori-teori yang muncul ketika
era paradigma ini dominan ialah teori-teori yang bersifat komunikasi
sehala dan lebih tertumpu kepada penjelasan terhadap komunikator. Jika
anda meneliti, teori komunikasi yang awal banyak tertumpu terhadap
teori komunikasi massa dan teori komunikasi bersifat sehala dalam
membentuk mesej. Antara teori yang dimaksudkan ialah seperti Teori
Peluru Ajaib, Teori Strukturalis Fungsionalis, Teori Pemimpin Pendapat
dan pelbagai lagi.

37
3.4 PENDEKATAN TINGKAH LAKU

Sesuatu paradigma seperti yang dinyatakan seawal bab ini bersifat tidak
statistik. Ia berubah mengikut persekitaran dan idea-idea pemikir pada
satu-satu masa. Begitu juga dengan paradigma strukturalis yang bertahan
hampir 40 dekad sebelum muncul satu lagi pendekatan pemikiran baru
yang dikenali sebagai pendekatan tingkah laku (behaviourist) atau
hubungan manusia (human relations). Pendekatan tingkah laku kognitif ini
merupakan satu kesinambungan paradigma yang terdahulu.

Sebagaimana juga pendekatan yang terdahulu, terdapat beberapa pemikir


yang mendasari asas pendekatan tersebut. Ingatkah lagi anda nama
beberapa pemikir dalam pendekatan sebelum ini? Sementara itu
Abraham Maslow, Douglas McGregor dan Frederick Herzberg ialah
antara tokoh yang dikaitkan dengan pendekatan ini. Tokoh-tokoh
tersebut mewakili pemikir yang membincangkan sistem organisasi yang
memberi penekanan terhadap aspek kemanusiaan dalam idea-idea
mereka. Paradigma ini dikatakan begitu dominan sekitar tahun 1930-an
hingga 1960-an.

Untuk memahami idea-idea Maslow, McGregor dan


Herzberg dengan mendalam, anda disaran merujuk
halaman 30-37 buku Miller, K. (2003). Organizational
communication: Approaches and processes (3rd ed.). Belmont:
Wadsworth/Thomson Learning.

3.4.1 Ciri Pendekatan Tingkah Laku

Paradigma ini dikesan muncul hasil satu penyelidikan yang dikenali


sebagai kajian Hawthorne. Kajian tersebut yang diketuai oleh Elton
Mayo berminat untuk mengetahui apakah perubahan persekitaran kerja
organisasi boleh mengakibatkan produktiviti yang lebih baik. Pada
asasnya kajian Mayo ini kelihatan tidak begitu berbeza dengan idea para
sarjana dalam paradigma strukturalis. Namun begitu Mayo tidak
berminat dengan apa yang dikemukakan oleh paradigma strukturalis
sebagai mempengaruhi produktiviti. Sebaliknya Mayo cuba membuktikan
bahawa faktor kemanusiaan dalam persekitaran kerja berperanan besar
dalam mempengaruhi produktiviti bukannya faktor ganjaran kewangan
semata-mata. Antara ciri pendekatan ini ialah penekanan terhadap faktor
kemanusiaan iaitu perhatian, interaksi sosial dan pencapaian individu.

(a) Perhatian

Dalam apa juga aktiviti pekerjaan atau produktiviti, nilai kemanusiaan


perlu diberi perhatian. Manusia harus dilayan sebagai individu yang

38
berperasaan dan bukannya sebagai mesin. Untuk itu bagi menggerakkan
sesebuah organisasi, masyarakat dan sistem, bukan prosedur atau
peraturan yang akan menentukan kejayaannya. Sebaliknya proses ke arah
mencapai matlamat itu perlulah menerapkan amalan yang memaparkan
perhatian seperti sokongan dan motivasi kendiri ahli-ahli.

(b) Interaksi sosial

Hubungan sesama ahli daripada pelbagai peringkat ialah satu keperluan.


Dengan mewujudkan hubungan antara satu sama lain, sesuatu sistem itu
menjadi semakin kukuh. Hubungan dan jaringan sesuatu sistem itu
menurut paradigma ini menjadi kukuh bukan kerana struktur tetapi
ikatan kemanusiaan yang wujud. Interaksi yang wujud juga akan
membentuk pemahaman dan perkongsian maklumat (pengurangan
ketidakpastian) yang akhirnya menjadikan setiap ahli di setiap peringkat
faham dan tahu tindakan yang harus diambil bagi melancarkan aktiviti
organisasi.

(c) Pencapaian individu

Kepada para pemikir pendekatan ini, mereka percaya bahawa individu


sebenarnya mempunyai keperluan atau kehendak yang perlu dipenuhinya.
Keperluan kendiri merupakan satu aspek penting untuk dicapai individu
kerana dengan mencapainya maka individu boleh mendapat kepuasan.
Pencapaian individu merujuk kepada kepuasan kemanusiaan, bukan
kepuasan yang berbentuk material atau kewangan. Oleh itu, penghargaan
dari segi pencapaian, ruang memberi pendapat, terlibat dalam proses buat
keputusan dan galakan maklum balas daripada ahli organisasi atau
masyarakat merupakan amalan yang dapat membantu pencapaian
individu.

3.4.2 Komunikasi dalam Pendekatan Tingkah Laku

Sebagaimana juga kupasan pendekatan strukturalis, pengaruh atau kesan


pendekatan ini boleh diteliti menerusi kerangka yang sama seperti
kandungan komunikasi, arah aliran komunikasi, saluran dan bentuk
komunikasi. Idea komunikasi berdasarkan pendekatan ini diringkaskan
menerusi Jadual 3.2. Jadual 3.2 menunjukkan kandungan komunikasi,
arah aliran komunikasi dan bentuk komunikasi. Dari segi tugasan dan hal
sosial pula, arah aliran komunikasi lebih menumpukan kepada
komunikasi menegak dan komunikasi mendatar, menekankan saluran
bersemuka dan berbentuk tidak formal.

39
Jadual 3.2
Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Tingkah Laku

Kandungan komunikasi Tugasan dan hal sosial


Arah aliran komunikasi Komunikasi menegak dan
komunikasi mendatar
Saluran komunikasi Komunikasi bersemuka
Bentuk komunikasi Tidak formal

Dalam pendekatan tingkah laku, komunikasi dilihat berperanan dalam


mewujudkan iklim persekitaran yang menggalakkan interaksi semua
pihak. Justeru itu, interaksi antara pihak yang memimpin dan pihak yang
dipimpin tidak terhad kepada aspek kerja semata-mata. Malah kandungan
komunikasi turut menyentuh hal-hal sosial pihak terlibat. Kandungan
komunikasi yang bersifat sosial dikenali sebagai komunikasi
penyelenggaraan yang (maintenance communication) berfungsi untuk
mempertahankan kualiti hubungan.

Pembentukan interaksi sosial bukan sahaja dapat mewujudkan jalinan


hubungan malah ia juga dapat menyumbang kepada kepuasan individu.
Sebagaimana menurut Maslow, terdapat kepuasan yang berbentuk bukan
fizikal diperlukan oleh individu. Kepuasan tersebut dapat dicapai
menerusi hubungan sosial. Malah kepuasan sosial merupakan prasyarat
penting yang perlu dicapai sebelum kepuasan-kepuasan lain dicari. Untuk
itu, komunikasi berkisar kepada aspek-aspek sosial penting kepada
individu sebagai motivasi dan kepuasan kerja.

Pernahkah anda berasa gembira atau bersemangat untuk


bekerja apabila ketua anda memuji-muji kerja anda?

Adakah anda bermotivasi apabila ketua anda mengalu-


alukan dan menerima cadangan anda dalam
menyelesaikan sesuatu perkara?

Sebagai usaha mewujudkan jalinan hubungan yang baik antara semua


pihak, interaksi tidak harus dihadkan. Malah untuk membentuk perasaan
kerja yang baik interaksi daripada semua peringkat harus digalakkan.
Untuk menggalakkan penglibatan ahli-ahli dalam sesuatu sistem atau
organisasi, arah aliran daripada pihak atasan kepada pihak bawahan,
daripada pihak bawahan kepada pihak atasan dan aliran sesama peringkat
perlu berlaku. Dengan cara yang sedemikian para ahli di dalam organisasi
tidak disifatkan hanya sebagai mesin.

Pemikiran ini telah secara langsung mengubah tanggapan bahawa model


komunikasi bukan sehala tetapi wujud keadaan timbal balik. Penerima
juga memerlukan komunikasi yakni melakukan maklum balas terhadap

40
komunikator. Dengan berbuat demikian komunikator dan komuniken
berjaya mewujudkan interaksi yang lebih baik. Ternyata di sini bahawa
dalam sesuatu model komunikasi, penerima atau khalayak bukan bersifat
pasif semata-mata sebaliknya mereka juga aktif. Untuk itu paradigma ini
telah menghasilkan model dan teori komunikasi baru yang menjelaskan
bahawa proses komunikasi bersifat timbal balik atau komunikasi dua
hala.

Memandangkan paradigma ini meletakkan asas hubungan sosial sebagai


satu aspek penting maka aktiviti komunikasi memerlukan saluran yang
interaktif. Ini bermakna saluran atau media yang digunakan perlu mampu
memaparkan dan mewakili aspirasi atau perasaan individu terlibat. Dalam
komunikasi, media terbaik ialah media yang mengandungi mesej dan
perasaan jelas. Untuk itu komunikasi bersemuka merupakan saluran
utama menurut paradigma ini berbanding komunikasi bertulis. Jika anda
rujuk Rajah 3.2 didapati bahawa media yang begitu kaya dari segi
keupayaan mewakili mesej dan perasaan ialah media bersemuka.
Manakala media berbentuk tulisan mempunyai tahap kekayaan
perwakilan yang rendah.
Rajah 3.2
Kekayaan Media

Tinggi
Bersemuka
Telefon
Telekonferen
E-mel
Nota Peribadi
Surat/Memo
Pengucapan Awam
Laporan bertulis
Rendah Buletin

Bagi menyokong ciri-ciri paradigma ini, komunikasi perlu berlaku dalam


keadaan bukan formal. Hubungan sosial dan hubungan kepuasan dengan
organisasi akan tercapai jika banyak interaksi berlaku. Kuantiti interaksi
pula akan menjadi lebih sekiranya komunikasi boleh berlaku pada bila-
bila masa dan di mana-mana. Untuk itu keadaan tidak formal merupakan

41
situasi terbaik untuk berlakunya lebih banyak interaksi. Jika pihak atasan
atau pihak yang berkuasa dapat melonggarkan status-quo mereka maka
ini mengecilkan jurang dengan pihak bawahan. Salah satu cara
mengurangkan jurang dan status tersebut ialah dengan meningkatkan
komunikasi tidak formal seperti makan bersama dengan ahli organisasi,
mendapatkan pandangan pihak bawahan tanpa menunggu mesyuarat dan
perbincangan secara spontan.

Menerusi paradigma ini ia telah menyumbang kepada pemikiran-


pemikiran baru kerangka teori komunikasi. Proses komunikasi tidak lagi
difahami sebagaimana paradigma klasikal yakni bersifat sehala.
Komunikasi perlu difahami sebagai satu yang dinamik dan berubah dari
masa ke masa. Proses komunikasi juga bersifat dua hala. Selain itu, media
memainkan peranan penting. Media yang baik ialah media yang boleh
mewakili mesej dan perasaan. Idea ini secara tidak langsung telah
mengasaskan beberapa teori seperti Teori Kekayaan Media, Teori
Kesalingan Pendapat dan Teori Pemusatan Simbolik. Teori-teori
berasaskan paradigma ini memberi tumpuan terhadap komunikasi yang
berupaya mewujudkan hubungan yang baik dalam bertingkah laku.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah perbezaan dalam asas pemikiran pendekatan


strukturalis dengan pendekatan tingkah laku?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.5 PENDEKATAN SISTEM

Tidak seperti dua pendekatan awal, pendekatan ini melihat organisasi


bukan sebagai satu bahagian tertentu tetapi sebagai organisma kompleks
yang mesti berinteraksi. Pendekatan ini agak berbeza dengan pendekatan-
pendekatan terdahulu. Dua pendekatan terdahulu memberi tumpuan
yang besar terhadap individu iaitu cara bagaimana mereka perlu
bertingkah laku. Sementara pendekatan ini pula memfokus terhadap
sistem pemikiran individu. Dengan erti kata yang lain pendekatan ini
mengupas interaksi dalam organisasi dalam bentuk lebih besar seperti
sebuah keluarga, sebuah kumpulan kecil atau kumpulan yang lebih besar
seperti sebuah organisasi (West dan Turner, 2003).

42
Dikatakan bahawa pendekatan sistem bertitik tolak dari bidang biologi
dan kejuruteraan. Katz dan Kahn merupakan antara tokoh yang sinonim
dengan pemikiran ini. Pada tahun 1966 menerusi karya mereka iaitu The
Social Psychology of Organizations, Katz dan Kahn mengatakan organisasi
sebagai sebuah sistem kompleks terbuka yang memerlukan interaksi
antara komponen-komponen dan persekitaran sekelilingnya. Detik 1960-
an dan 1970-an telah memaparkan bahawa pendekatan ini begitu
dominan dalam disiplin ilmu komunikasi.

3.5.1 Ciri Pendekatan Sistem

Pendekatan sistem percaya bahawa hubungan dalam organisasi tidak


wujud dalam satu sifat yang universal. Organisasi berinteraksi dengan
pelbagai corak dengan didasari oleh keadaan persekitarannya. Oleh itu,
ada faktor atau keadaan tertentu yang menyumbang kepada tingkah laku
organisasi. Pemikiran sistem bersandarkan kepada beberapa ciri iaitu

(i) Menyeluruh (wholeness).


(ii) Saling bergantungan (interdependence).
(iii) Berhierarki (hierarchy).
(iv) Sempadan (boundries).
(v) Maklum balas (feedback).
(vi) Equifinality.

(a) Menyeluruh

Dalam pendekatan sistem, sifat menyeluruh ialah ciri asasnya. Menurut


kerangka pemikiran sistem, masyarakat atau organisasi tidak boleh dinilai
atau dianalisis berdasarkan komponen-komponen tertentu seperti
individu atau bahagian-bahagian tertentu. Sebaliknya apabila sebuah
organisasi mahupun masyarakat dikaji, ia perlu dianalisis berdasarkan
keseluruhan organisasi tersebut. Para pemikir pendekatan ini menyatakan
bahawa setiap elemen dalam organisasi bersifat tidak bersendirian tetapi
wujud sebagai satu entiti. Sistem ialah keseluruhan bukannya hanya
bahagian-bahagian tertentu. Umpamanya, dalam menonjolkan imej baik
UUM bukan sahaja tugas bahagian perhubungan awam, tetapi pelajar
serta kakitangan UUM keseluruhannya terlibat dalam menggerakkan imej
UUM tersebut.

(b) Saling bergantungan

Seperti yang dinyatakan di atas, organisasi perlu dilihat sebagai satu yang
menyeluruh. Oleh itu, setiap ahli atau bahagian-bahagian dalam sesuatu
sistem itu saling bergantungan. Hubungan antara bahagian-bahagian
tersebut sebenarnya yang membentuk sistem. Kesemua bahagian saling

43
memberi kesan terhadap bahagian lain. Sekiranya berlaku perubahan
terhadap mana-mana bahagian atau individu maka ia akan memberi
impak terhadap bahagian lain dan seterusnya keseluruhan sistem
tersebut.

(c) Hierarki

Setiap sistem dikatakan mempunyai lapisan atau tahap-tahap tertentu.


Sebagai contoh dalam sesebuah universiti wujud bahagian-bahagian besar
seperti fakulti. Manakala di setiap fakulti pula ada lapisan sistem lagi
seperti jabatan-jabatan. Keadaan ini pastinya menunjukkan bahawa
wujudnya lapisan atau subsistem dalam satu sistem besar yang
menggambarkan hierarki. Hierarki yang wujud pula boleh memberi
implikasi baik mahupun tidak baik terhadap sistem.

(d) Sempadan

Ciri pendekatan sistem seterusnya ialah wujudnya sempadan dalam


sesebuah organisasi atau masyarakat. Sempadan tersebut akan
menentukan arah aliran komunikasi dan maklumat dalam organisasi. Jika
sempadan yang dibina bersifat terbuka, maka organisasi cenderung
menerima input-input daripada persekitaran. Sebaliknya jika sempadan
organisasi ialah rigid atau tertutup maka keupayaan maklumat dan
komunikasi untuk mengalir masuk atau keluar adalah kurang. Dengan
demikian sempadan yang diwujudkan boleh memberi kesan secara
langsung terhadap sistem tersebut.

(e) Maklum balas

Sesebuah sistem yang berjaya mempunyai kestabilan. Justeru itu, maklum


balas merupakan mekanisme penting sebagai penyeimbang dalam
organisasi. Maklum balas ialah satu proses maklumat kritikal yang
disalurkan bagi membantu elemen-elemen organisasi yang saling
bergantungan. Dengan adanya maklum balas, maka organisasi dapat
menilai kedudukannya. Ilustrasi dalam Rajah 3.3 menunjukkan
bagaimana maklum balas memberi kesan terhadap input dan hasil.

(f) Equifinality
Pendekatan sistem mempunyai andaian bahawa matlamat sesebuah
organisasi atau masyarakat boleh dicapai melalui kaedah yang pelbagai.
Pencapaian matlamat tidak seharusnya mengikut kaedah-kaedah tertentu
sahaja. Ini kerana dalam sesebuah sistem, elemen-elemen yang
membentuk sistem tersebut dikatakan sebagai kompleks. Oleh yang
demikian maka sudah pasti setiap bahagian atau elemen mempunyai
kaedah yang tersendiri untuk mencapai matlamatnya.
44
Rajah 3.3
Pendekatan Sistem

MAKLUM BALAS

PEMPROSESAN HASIL
INPUT MAKLUMAT

MAKLUM BALAS

3.5.2 Komunikasi dalam Pendekatan Sistem

Pendekatan ini dapat dirumuskan sebagai satu kaedah mengkaji


komunikasi secara menyeluruh. Teori-teori komunikasi berdasarkan
pendekatan ini tidak menjelaskan tentang individu sebaliknya
menjelaskan tentang organisasi secara keseluruhan. Organisasi menurut
pandangan pemikir pendekatan sistem ialah satu himpunan bahagian-
bahagian yang berhierarki, saling bergantungan dan boleh disesuaikan
dengan satu sama lain atau dengan persekitarannya. Teori-teori menurut
pendekatan ini berusaha membuat penjelasan berhubung bagaimana
komunikasi perlu dipraktikkan bagi mewujudkan keseimbangan dalam
organisasi (Jadual 3.3). Kandungan komunikasi masih lagi menumpukan
kepada arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan bentuk
komunikasi. Manakala dari tugasan, maklum balas dan hal sosial pula
menekankan kepada kedua-dua jenis komunikasi menegak dan mendatar,
mementingkan penggunaan saluran komunikasi bersemuka atau telefon
dan berbentuk formal atau tidak formal.
Jadual 3.3
Ciri Komunikasi dalam Pendekatan Sistem

Kandungan komunikasi Tugasan, maklum balas, hal sosial


Arah aliran komunikasi Komunikasi menegak dan komunikasi
mendatar
Saluran komunikasi Komunikasi bersemuka, telefon
Bentuk komunikasi Formal dan tidak formal

Berdasarkan pendekatan ini idea-idea komunikasi boleh ditinjau


menerusi Jadual 3.3. Di samping itu, pendekatan ini juga membuka ruang
bagi mengkaji komunikasi dari sudut luar organisasi. Persekitaran luar
seperti yang dibincangkan mempunyai impak terhadap organisasi. Justeru
itu, pendekatan ini telah mengajak kita untuk memikirkan aspek
45
komunikasi secara holistik dan bukannya hanya merujuk kepada individu
atau kumpulan tertentu sahaja. Karl Weick umpamanya merupakan
tokoh yang membicarakan komunikasi menurut pendekatan ini melalui
Teori Organisasi Weick.

Adakah anda bersetuju bahawa dalam urusan kerja


seharian, kita sering mengkaji sesuatu permasalahan itu
daripada dalaman organisasi sahaja? Benarkah aspek
persekitaran luar organisasi juga turut menyumbang
kepada permasalahan tersebut?

3.6 PENDEKATAN BUDAYA

Sebentar tadi kita telah membicarakan beberapa yang mengumpama


organisasi sebagai mesin dan organisasi sebagai sebuah sistem. Pada
bahagian ini pula, organisasi akan diibaratkan sebagai suatu budaya.
Pendekatan kali ini dikesan mempunyai asas dan pertalian pemikiran
dengan bidang antropologi. Menerusi pendekatan ini organisasi dianalisis
sebagai suatu nilai, simbol dan perilaku.

Pendekatan budaya sebenarnya satu usaha untuk memahami kualiti yang


ada pada organisasi dan bagaimana kualiti tersebut membina sesebuah
organisasi. Mari kita renungkan keadaan persekitaran kita. Apabila kita
sebut tentang DELL, HP dan ASUS apakah yang terbayang dalam kotak
pemikiran kita? Sudah tentu ketiga-tiga nama tadi kita kaitkan dengan
komputer. Sebenarnya perkaitan ketiga-tiga nama tersebut dengan
produk komputer merupakan hasil pendekatan budaya dalam menerap
sesuatu pemahaman kepada kita. Menurut Miller (2003), paradigma
budaya ini mula menjadi asas kajian yang popular melalui karya Terrence
Deal dan Allen Kennedy yang bertajuk Corporate culture: The rites and rituals
of corporate Life pada tahun 1982.

3.6.1 Ciri Pendekatan Budaya

Budaya merujuk kepada corak yang dikongsi bersama oleh sesebuah


kumpulan menerusi pembelajaran untuk membentuk intergrasi dan juga
menyelesaikan permasalahan. Keupayaan ahli-ahli membentuk pasukan
dalam organisasi dipengaruhi oleh budaya. Terdapat tiga tahap dalam
pembentukan budaya sebagaimana menurut Schein (1992) iaitu

(i) Artifak.
(ii) Nilai yang disokong.
(iii) Andaian-andaian asas.

46
(a) Artifak

Budaya dalam organisasi boleh dikenal pasti sama ada menerusi objek-
objek fizikal mahupun perilaku sosial. Artifak merupakan tahap budaya
yang boleh dikenal pasti secara zahir. Petanda-petanda budaya agak jelas
pada tahap ini. Kita berupaya membezakan satu organisasi dengan
organisasi yang lain berdasarkan petanda-petanda tersebut. Petanda-
petanda tersebut merupakan satu manifestasi oleh ahli-ahli organisasi
terhadap organisasi tersebut. Antara yang boleh dijadikan petanda bagi
menggambarkan budaya ialah pakaian, reka bentuk bangunan, teknologi
yang digunakan, dokumen-dokumen bertulis dan pelbagai lagi.
Sementara itu perilaku komunikasi juga boleh menjadi sandaran ukuran
budaya organisasi. Misalnya, gaya pembuatan keputusan, corak
bermesyuarat, situasi ahli dan juga jaringan interaksi merupakan antara
artifak dalam bentuk perilaku.

Apakah panggilan (gelaran) tenaga pengajar di sekolah


sama seperti panggilan tenaga pengajar di universiti?
Kenapa anda berkata demikian?

(b) Nilai yang disokong

Tahap kedua dalam budaya merujuk kepada nilai individu dan kumpulan
yang dibentuk. Nilai ialah pemaparan penerimaan atau perkara yang
harus berlaku. Kebiasaannya nilai tidak dipunyai oleh organisasi tetapi
nilai dimiliki oleh individu. Dalam hal ini pihak pengurusanlah yang
memainkan peranan besar dalam membina dan membentuk nilai agar
ahli-ahli organisasi mengamalkannya. Adakalanya nilai yang dipegang
berbeza daripada tingkah laku. Jika ini berlaku, bermakna nilai tersebut
bukannya budaya yang dikongsi secara bersama.

(c) Andaian-andaian asas

Ciri ketiga budaya iaitu andaian-andaian asas sebenarnya merupakan


aspek terpenting. Perkara ini walaupun disifatkan sebagai asas utama
tetapi ia tidak disedari. Ini kerana ia menjadi amalan dan terserap dalam
perilaku manusia secara langsung. Cuba anda teliti Model Budaya
Organisasi dalam Rajah 3.4. Anda akan mendapati bahawa ciri budaya
yang ketiga ini tersembunyi sifatnya berbanding dengan ciri-ciri yang lain.
Model tersebut umpama sebiji bawang yakni bahagian yang penting
terselindung berbanding dengan bahagian yang kurang penting. Ini
menunjukkan bahawa pendekatan budaya berupaya menjelaskan tentang
sesuatu organisasi secara mendalam tidak hanya sekadar apa yang
kelihatan.

47
Rajah 3.4
Model Budaya Organisasi

Tahap 1 : Artifak dan Perilaku

Tahap 2: Nilai

Tahap 3:
Andaian Asas

3.6.2 Komunikasi dalam Pendekatan Budaya

Menerusi perbincangan di atas, pendekatan ini menggambarkan bahawa


organisasi merupakan sesuatu yang kompleks. Organisasi perlu dikaji
bukan sekadar perkara yang dapat dilihat dengan mata kasar tetapi juga
perkara-perkara yang tersembunyi. Hakikatnya perkara yang tidak dapat
dilihat secara kasar merupakan asas sebenar atau budaya sebenar
organisasi.

Pendekatan ini turut memberi kefahaman bahawa budaya boleh berubah


mengikut keadaan persekitaran. Ahli-ahli dalam organisasi pula berupaya
untuk menerima dan mengadaptasi sesuatu budaya dalam keadaan
tertentu. Perilaku atau budaya sebenarnya merupakan satu subbudaya
semasa yang wujud untuk membentuk keharmonian atau persaingan.
Jelasnya budaya merupakan satu yang boleh dibentuk dan
dikomunikasikan. Budaya terhasil menerusi interaksi-interaksi antara ahli-
ahli organisasi. Pendekatan ini telah mempengaruhi ahli-ahli komunikasi
untuk memahami organisasi melalui pemaparan-pemaparan yang
ditonjolkan. Mempunyai budaya yang betul merupakan faktor
penyumbang terhadap kejayaan sesuatu organisasi.

48
SOALAN DALAM TEKS

2. Berdasarkan Pendekatan Budaya, boleh atau tidak


jika kita menjadikan pakaian seragam dalam
organisasi sebagai satu kajian komunikasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.7 PENDEKATAN KRITIKAL

Fenomena masyarakat tidak boleh dikesan hanya melalui kelompok-


kelompok kumpulan semata-mata. Kupasan serta pemikiran tentang
sosial masyarakat perlu ditinjau menerusi kaedah yang lebih luas.
Pendekatan kritikal cenderung mengkaji perilaku masyarakat sebagai satu
aturan sosial oleh kuasa mahupun penindasan terhadap masyarakat.
Perbincangan menerusi pendekatan ini melibatkan persoalan-persoalan
seperti ideologi dan kesedaran sosial.

Berbeza dengan perbincangan pendekatan-pendekatan sebelum ini,


pendekatan kritikal secara umumnya menganggap organisasi sebagai
sebuah medan dominasi antara pihak yang berkuasa dengan pihak yang
diperintah. Idea-idea pemikiran boleh dikesan menerusi pemikiran-
pemikiran Karl Marx dan Friedrich Engels. Asas pemikiran ini ialah
organisasi atau sistem sosial biasanya bertujuan untuk mengekalkan
status-quo golongan tertentu. Untuk itu apa saja yang dihasilkan kepada
masyarakat sebenarnya merupakan penentu keadaan masyarakat
(Littlejohn, 2002).

Untuk memahami lebih mendalam pemikiran Marx yang


mendasari pendekatan ini, anda disaran membaca halaman
207-232, Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human
communication (7th ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson
Learning.

3.7.1 Ciri Pendekatan Kritikal

Sebagaimana juga pendekatan-pendekatan lain, terdapat beberapa ciri


yang mendasari pendekatan ini. Antaranya ialah peresapan kuasa,
kawalan produk media, gender, ideologi dan pembebasan.

49
(a) Peresapan kuasa

Kuasa merupakan satu perbincangan yang cukup signifikan dalam


pendekatan ini. Para sarjana pendekatan ini mendakwa bahawa kuasa
merupakan satu pembentukan kehidupan organisasi. Ciri kuasa begitu
penting kerana ia dikaitkan dengan kawalan dan dominasi dalam
ekonomi dan sosial. Kuasa secara tradisinya merujuk kepada kekuatan
fizikal. Namun, pada masa kini kuasa boleh terdiri daripada pelbagai
bentuk. Namun, matlamatnya sama yakni mengawal dan mendominasi
masyarakat. Pendekatan ini percaya bahawa struktur dalam masyarakat
atau organisasi sebenarnya membentuk kuasa. Dengan mengawal
struktur organisasi maka sesuatu golongan itu mempunyai kawalan
terhadapnya.

(b) Kawalan produk media

Idea klasik Marxis beranggapan bahawa golongan kapitalis mempunyai


kawalan terhadap saluran dan cara penghasilan produk media. Produk-
produk media dikatakan sebagai satu subbudaya golongan berkuasa dan
juga sebagai agenda tersembunyi. Ketidakseimbangan keadaan tersebut
pula boleh menghasilkan konflik antara pihak-pihak tertentu.

(c) Gender

Pendekatan kritikal prihatin terhadap pemaparan gender. Dikatakan


bahawa aliran Femenin percaya wujud usaha untuk memaparkan
pemahaman dalam hubungan gender. Perbincangan berhubung perkara
ini menyimpulkan bahawa pemaparan gender telah membentuk
diskriminasi dalam organisasi. Sebagai contoh, wanita seringkali
disalahkan atau dijadikan sebagai faktor penyebab dalam kes gangguan
seksual. Wanita juga seringkali dipaparkan sebagai individu yang kurang
upaya dalam mengurus dan memimpin organisasi. Keadaan-keadaan
tersebut menyebabkan masyarakat atau ahli-ahli organisasi mempunyai
sikap bias terhadap sesuatu jantina.

(d) Ideologi

Menurut pemikiran kritikal, ideologi bukan merupakan satu konsep yang


neutral. Sebaliknya ia mempunyai perkaitan dengan sistem kuasa dan
dominasi. Ideologi ialah satu usaha membentuk pemikiran tertentu
dengan hasrat mengawal sesebuah organisasi. Apabila sesuatu ideologi
bertujuan mempengaruhi struktur dan sistem organisasi, maka individu
akan kehilangan tempat bersuara atau dikongkong.

50
(e) Pembebasan

Matlamat utama pendekatan kritikal ialah membebaskan manusia


daripada tradisi, ideologi, hubungan kuasa dan pelbagai halangan yang
tidak diperlukan. Pendekatan ini merupakan satu proses melahirkan
kesedaran dan ketahanan diri. Dipercayai apa yang berlaku dalam
organisasi merupakan proses menyokong kepentingan pengurusan.
Namun demikian jika sekiranya ahli organisasi sedar akan proses itu,
mereka berupaya mewujudkan keseimbangan kuasa dalam organisasi.

3.7.2 Komunikasi dalam Pendekatan Kritikal

Pendekatan kritikal telah menyediakan pemikiran dan memberi fokus


terhadap isu-isu pemilikan dan kawalan media massa. Para sarjana kritikal
telah menyediakan asas meneliti tindakan sosial dari sudut individu,
kumpulan, institusi dan juga sistem masyarakat. Dengan mengkaji
keadaan-keadaan sosial ia mampu memberi gambaran berhubung kuasa
dan penguasaan yang berlaku terhadap masyarakat. Para pemikir kritikal
juga percaya bahawa pengukuhan kedudukan golongan yang
mendominasi sering kali diperkukuhkan melalui proses komunikasi. Oleh
yang demikian komunikasi itu sendiri merupakan satu wadah mengekal
status quo golongan tertentu. Komunikasi bukan sekadar penyaluran
mesej tetapi ia juga ialah matlamat serta sumber kuasa.

Pemikiran-pemikiran yang berasaskan paradigma ini menyediakan


kerangka menganalisis masyarakat dari aspek komunikasi sebagai kuasa.
Teori-teori seperti Marx Theory of Media, Hegemoni Media dan
Penentuan Agenda yang berasaskan pendekatan ini berusaha
menjelaskan kepada kita bagaimana komunikasi harus dilihat sebagai satu
proses pergelutan kuasa sama ada kuasa politik mahupun kuasa ekonomi.

3.8 RUMUSAN

Menerusi bab ini anda telah diberi penjelasan tentang apa dan bagaimana
sesuatu teori itu menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku. Secara
keseluruhannya terdapat lima pendekatan yang menjadi asas kewujudan
sesuatu teori. Setiap pendekatan tersebut mempunyai fokusnya tersendiri.
Ada pendekatan yang menjadikan individu sebagai kerangka pemikiran,
ada juga yang merujuk sistem sebagai asas perbincangannya.
Kepelbagaian fokus telah menyumbang kepada penjelasan sesuatu
fenomena komunikasi dari sudut-sudut yang berbeza.

Dengan memahami pendekatan atau paradigma yang membentuk teori


komunikasi, ini dapat membantu anda memahami asas sesuatu teori.
Selain itu, ia dapat memberi penjelasan awal kenapa ada beberapa teori

51
bagi mengupas sesuatu fenomena. Realitinya manusia mempunyai
pelbagai cara dan melihat sesuatu kejadian menerusi sudut yang berbeza.
Dengan memahami kepelbagaian pendekatan, ini menjadikan kita
berupaya menilai sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh. Perbezaan
pendekatan sebenarnya menyumbang kepada pemahaman yang lebih
luas.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan DUA perkara yang membezakan satu paradigma


dengan paradigma yang lain.
2. Jelaskan kenapa artifak tidak boleh dijadikan rujukan utama
budaya sesuatu organisasi.
3. Jika kita hendak menjelaskan tentang kepentingan hubungan
pengurus dengan pekerja bawahan, pendekatan manakah yang
paling sesuai?

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Pendekatan strukturalis meletakkan struktur atau reka bentuk


organisasi sebagai fokus perbincangannya. Manakala pendekatan
tingkah laku pula menjadikan individu atau aspek kemanusiaan
sebagai teras perbincangannya.

2. Boleh. Jika kita merujuk Model Budaya pakaian seragam ialah


pengenalpastian budaya pada Tahap Pertama iaitu sebagai artifak.
Lagipun ia merupakan satu objek yang mudah dikenal pasti.

52
BAB 4

KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mentakrifkan konsep komunikasi.
2. Menjelaskan setiap ciri yang terdapat dalam konsep komunikasi.
3. Membincangkan ilmu komunikasi sebagai ilmu sains sosial.

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang konsep-konsep yang


terdapat dalam bidang komunikasi. Konsep-konsep berkenaan meliputi
ciri-ciri proses komunikasi iaitu komunikasi bukan proses sehala,
komunikasi boleh bertujuan dan tidak bertujuan, komunikasi ialah
sesuatu yang tidak boleh diulang, komunikasi merupakan fenomena yang
berorientasikan penerima, komunikasi boleh berlaku secara lisan dan
bukan lisan, komunikasi dipengaruhi oleh budaya, komunikasi
dipengaruhi oleh perspektif etika, komunikasi berbeza daripada
kefahaman dan komunikasi ialah kontekstual. Saya percaya anda telah
mendapat gambaran awal berkaitan dengan konsep-konsep asas dalam
bidang komunikasi dalam kursus Pengantar Komunikasi yang telah anda
ikuiti sebelum ini.

4.2 KONSEP-KONSEP KOMUNIKASI

Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan


tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam
komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa
komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process), komunikasi
boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan, komunikasi irreversible,
komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan penerima, dan
komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Saya huraikan
setiap satu konsep yang dikemukakan oleh Zaremba (2003) iaitu

53
4.2.1 Komunikasi ialah Proses Bukan Linear (Communication is
a Nonlinear Process)

Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan model


yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell menghujahkan
bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian dari sudut “Who says
what to whom in which channel with what effect”. Masalah berkaitan dengan
model ini ialah andaian bahawa komunikasi merupakan satu proses linear
atau sehala. Andaian komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum
balas daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam model
berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima menerima
maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya, pensyarah
menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat waktu kuliah tanpa
mengemukakan sebarang soalan kepada pelajar untuk memastikan tahap
kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dikuliahkan.

Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan oleh


beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau tidak sehala,
tetapi model yang dikemukakan oleh beliau menggambarkan bahawa
komunikasi mengalir sehala sehingga sampai kepada penerima. Terdapat
sarjana yang menggunakan istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang
komunikasi dan menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act).
Tingkah laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing.
Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan sendirinya.
Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus dilihat sebagai sesuatu
yang terhasil atau reaksi masa kini yang terhasil akibat kejadian yang telah
berlaku di masa lampau. Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses
iaitu proses yang berlaku apabila kita berkomunikasi.

Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah. Persembahan


penceramah berkenaan misalnya adalah lemah. Penggunaan perkataan
beliau adalah kompleks, penyampaian mesej kabur dan tajuk tidak
menarik. Anda merasa bosan dan mencuri melihat masa ceramah
berkenaan akan berakhir. Penceramah perasan tindakan anda dan
mengubah rentak ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik.
Tindakan penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau
merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa.

Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang berlaku


secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi merupakan
sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan anda terhadap
penyampaian penceramah berkenaan menyebabkan anda melihat waktu,
penceramah perasan dan kemudian melakukan perubahan pada pola

54
penyampaian mesej. Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling
bertindak balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses
komunikasi berjalan dengan lancar.

Bolehkan anda fikirkan suatu situasi yang berubah akibat


daripada tindakan komunikasi anda.

4.2.2 Komunikasi Boleh Bertujuan atau Tidak Betujuan


(Communication Can be Intentional or Unintentional)

Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk


menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin seringkali
datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak berniat untuk
berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas atau tidak sistematik.
Walau bagaimanapun, terdapat ahli mesyuarat yang mengaitkan antara
lewat dengan kurangnya profesionalisme dan kurangnya rasa
menghormati rakan lain yang datang lebih awal atau datang tepat pada
waktunya. Ahli mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan
untuk menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin
yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan tertentu,
mesej berkenaan telah dikomunikasikan.

Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi mestilah


berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya. Kadangkala wujud
masalah-masalah tertentu yang menyebabkan komunikasi berlaku secara
tidak jelas. Misalnya, masalah yang dihadapi dari segi cara penyampaian
mesej, tafsiran, lapangan pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan
sebagainya.

4.2.3 Komunikasi ialah Sesuatu yang Tidak Boleh Diulang


(Communication is Irreversible)

Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini bererti
apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat dipadam. Ada
orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang telah saya katakan”
tetapi sebenarnya perkara ini gagal memadamkan apa yang telah
dikatakan atau hati yang telah dilukakan akibat daripada apa yang
dikatakan. Mungkin kita juga turut mendengar perkataan seperti “Saya
tidak bermaksud untuk melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat
demikian”. Berbeza dengan komputer kerana mempunyai kunci yang
membolehkan kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip
tetapi manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala
menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang telah kita
dengar semasa kita masih kanak-kanak.

55
Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang dengan
cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat penambahan dan
pengulangan tertentu atau perbezaan apabila anda diminta untuk
mengulangi sesuatu yang telah dikatakan dengan cara yang benar-benar
sama.

4.2.4 Komunikasi Merupakan Fenomena yang Berorientasikan


Penerima

Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku apabila


mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar. Tingkah laku
menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi telah beraku dalam
erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata yang lain mesej yang diterima
merupakan mesej yang dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja
menghantar mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak
membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak berlaku.
Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang telah
disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur keberkesanan
sesuatu mesej setelah mesej berkenaan dikomunikasikan oleh sumber.

4.2.5 Komunikasi Berlaku Secara Lisan dan Bukan Lisan

Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan. Mesej


lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna. Mana-mana
mesej sama ada diucap atau dibaca dengan menggunakan perkataan
mengandungi mesej lisan. Contohnya, apabila anda berbual dengan rakan
anda, bermesyuarat, urusan jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti
komunikasi ini bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan.

Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan perkataan untuk


membawa mesej kepada penerima. Penggunaan warna dalam buletin dan
bahasa isyarat yang digunakan oleh penceramah merupakan contoh
komunikasi tanpa lisan yang membawa makna kepada penerima.
Penggunaan warna, saiz huruf, reka letak dan sebagainya merupakan
elemen-elemen komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu
kepada penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat
jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan raya.

Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang mempengaruhi


komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu

(a) Proxemics

Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap


komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas dianggap

56
sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang ditempatkan
dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah organisasi mempunyai
beberapa cawangan, jarak antara cawangan berkemungkinan akan
mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara ibu pejabat dan
cawangan. Besar kemungkinan proses komunikasi kurang lancar kerana
jarak yang jauh tidak memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan
secara intensif. Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi
tanpa lisan yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses
komunikai.

(b) Kinesics

Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari ke atas,


menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan contoh-contoh
kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan badan yang menjadi
pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali sebagai emblems. Seperti juga
komunikasi tanpa lisan yang lain, emblems tergantung kepada konteks dan
budaya untuk ditakrifkan.

(c ) Chronemics

Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita merasa
kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini menggambarkan
kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang yang profesional dan
peka kepada kehendak kita.

(d) Artifak

Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia. Dengan itu,
pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak turut menggambarkan
ciri peribadi anda. Misalnya, semasa menghadiri sesuatu proses temu
duga, seseorang calon akan memastikan bahawa beliau berpakaian kemas
dan menarik bagi menggambarkan penampilan yang positif.

(e) Oculesics

Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang
dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar ceramah,
penceramah berkenaan tidak memandang sasaran sebaliknya
menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang terdapat di
sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah anda mentafsirkan
tingkah laku penerima berkenaan. Apakah implikasi terhadap mesej yang
disampaikan?.
(f) Haptics
57
Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan sentuhan.
Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan, pegangan dan sebagainya
yang dilakukan oleh sumber dan penerima.

(g) Olfactics

Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan haruman


pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada olfactics. Contoh
bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan sebagainya yang
menunjukkan kepada anda tahap kebersihan yang diamalkan atau jenama
yang digunakan oleh seseorang.

(h) Paralanguage

Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara, penekanan
yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya ketika seseorang itu
berkomunikasi. Paralingual berperanan sebagai pengukuh kepada
komunikasi lisan. Contohnya, seseorang yang sedang marah akan
meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka beliau bertukar
menjadi merah padam.

(i) Ciri-ciri fizikal

Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan, ciri-ciri


fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan ditafsirkan oleh
penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal merupakan antara contoh ciri-
ciri fizikal yang dikaitkan dengan ketampanan, kecantikan dan
sebagainya.

Perbincangan berkaitan dengan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan


menggambarkan kepada kita bahawa komunikasi tanpa lisan pada
hakikatnya bukan hanya merupakan pergerakan badan. Komunikasi
tanpa lisan merangkumi nada suara, bau, pakaian, saiz dan sentuhan yang
menyumbang kepada makna dalam berkomunikasi.

Nyatakan contoh-contoh komunikasi tanpa lisan bagi


setiap ciri yang telah dikemukakan.

4.2.6 Komunikasi Dipengaruhi oleh Budaya

58
Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam hidup
kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh budaya. Budaya
boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara kita berkomunikasi serta
cara mentafsirkan sesuatu mesej. Lantaran komunikasi turut dipengaruhi
oleh persepsi, adalah penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh
berperanan dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah
dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita berkomunikasi
dengan orang tua haruslah menggunakan nada suara yang lembut dan
merendah diri. Nilai kesopanan dan budi bahasa yang telah diterapkan
dalam diri kita berperanan dalam membentuk cara kita berkomunikasi.

Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej turut


dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat lebih dikenali
sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila berkomunikasi manakala
masyarat Timur berkomunikasi secara tidak langsung dalam
menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan budaya dan implikasinya
terhadap komunikasi mewujudkan bidang komunikasi yang dikenali
sebagai komunikasi antara budaya. Lantaran itu, memahami budaya
masyarakat lain penting untuk membolehkan kita menjadi komunikator
yang berkesan apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan
individu yang datang dari budaya yang berbeza.

4.2.7 Komunikasi Dipengaruhi oleh Perspektif Etika

Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah laku.


Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan tingkah laku yang
benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada beberapa perspektif seperti
perspektif ekonomi, agama, rasionaliti dan sebagainya. Etika turut
merupakan perkara utama dalam mempengaruhi kita berkomunikasi.
Etika penting kerana etika turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita
berkomunikasi dan iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah
organisasi. Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan
mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya, anda
takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang kerana
takut akan melukakan hati penerima atau bimbang implikasi daripada
mengatakan sesuatu yang benar. Dalam masa yang sama anda menyedari
bahawa berbohong adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran
agama. Apakah tindakan anda?

4.2.8 Komunikasi Berbeza daripada Kefahaman

Kegagalan untuk menemui titik kesefahaman bersama tidak bererti


proses komunikasi tidak berlaku secara efisien. Dua orang komunikasi
yang terlibat dalam bidang perniagaan mungkin cuba mencari
kesefahaman bersama tentang satu kontrak yang baru tetapi gagal

59
berbuat demikian. Meskipun mereka gagal berbuat demikian, proses
komunikasi yang berlaku menyebabkan mereka mungkin telah saling
memahami kedudukan antara satu sama lain dengan lebih baik.
Kefahaman ini akan mempengaruhi proses komunikasi yang mungkin
akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sehubungan itu,
mengandaikan bahawa proses komunikasi berkesan yang berlaku hanya
dapat diukur dari segi kefahaman semata-mata adalah tidak tepat.

4.2.9 Komunikasi adalah Kontekstual

Komunikasi berlaku dan ditakrifkan dalam konteks tertentu. Perkataan


yang sama digunakan dalam konteks yang berbeza mungkin akan
membawa kepada pengertian yang berbeza. Mengatakan perkataan
‘tolong’ dengan nada suara yang kasar dan marah berbeza dengan
menggunakan perkataan yang sama iaitu ‘tolong’ secara lemah lembut
dan bersopan membawa implikasi yang berbeza.

Proses komunikasi yang berlaku boleh ditinjau dari konteks yang berbeza
merangkumi:

(a) Komunikasi intrapersonal

Dalam erti kata mudah, berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Apabila
anda sedang memikirkan tentang sesuatu yang dikuliahkan atau apa yang
akan anda kata atau tulis kepada orang lain, anda sedang melakukan
proses komunikasi intrapersonal.

(b) Komunikasi diadik

Merujuk kepada interaksi interpersonal antara dua orang. Interaksi ini


mungkin berlaku dalam bentuk formal seperti temu duga kenaikan
pangkat atau informal seperti dua orang rakan sekerja sedang berbual
semasa rehat. Komunikasi diadik merupakan proses pertukaran
maklumat yang sering digunakan dalam komunikasi organisasi.

(c) Komunikasi kumpulan

Mesyuarat kumpulan merupakan komunikasi yang sering berlaku dalam


organisasi. Secara umumnya, komunikasi kumpulan terdiri daripada tiga
hingga 15 orang. Dalam konteks organisasi dewasa ini, komunikasi
teknologi amat dipraktikkan. Mesyuarat boleh berlaku tanpa berada di
waktu dan tempat yang sama. Telekonferens merupakan salah satu media
komunikasi.
(d) Komunikasi publik

60
Merupakan proses komunikasi yang melibatkan sasaran yang ramai tetapi
masih boleh dikenal pasti seperti Naib Canselor memberikan taklimat
kepada pelajar-pelajar baru universiti semasa minggu suai kenal.

(e) Komunikasi massa

Melibatkan penyaluran mesej kepada sasaran yang besar jumlahnya dan


tidak dikenali. Maklum balas bagi komunikasi massa lambat berlaku.
Contoh komunikasi massa ialah penyaluran maklumat melalui televisyen,
radio dan akhbar.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan konsep-konsep komunikasi.


2. Huraikan ciri-ciri komunikasi tanpa lisan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Bolehkan anda kemukakan contoh bagi setiap ciri


komunikasi yang dikemukakan?

4.3 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang konsep-


konsep yang terlibat dalam mendefinisikan komunikasi. Komunikasi
merupakan proses dua hala, dipengaruhi oleh budaya, melibatkan kesan
yang melebihi kefahaman semata-mata dan melibatkan konteks tertentu.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan apa yang dimaksudkan sebagai komunikasi berlaku


secara kontekstual?
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai komunikasi bukanlah
merupakan proses sehala?

61
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th


ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.

Zaremba, A. J. (2003). Organizational communication:


Foundations for business management. Thomson:
Australia.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi mempunyai pandangan


tersendiri berkaitan dengan elemen-elemen yang terdapat dalam
komunikasi. Antaranya, Zaremba (2003) berpandangan bahawa
komunikasi merupakan proses bukan linear (nonlinear process),
komunikasi boleh bertujuan dan boleh juga tidak bertujuan,
komunikasi irrevisible, komunikasi merupakan fenomena yang
berorientasikan penerima, dan komunikasi boleh berlaku secara
lisan dan bukan lisan.

(a) Komunikasi ialah proses bukan linear


(Communication is a nonlinear process)

Harold Lasswell merupakan seorang teoris yang mengemukakan


model yang digunakan untuk mengkaji komunikasi. Laswell
menghujahkan bahawa komunikasi boleh dianalisis melalui kajian
dari sudut “Who says what to whom (in which channel) with what effect.”
Masalah berkaitan dengan model ini ialah andaian bahawa
komunikasi merupakan satu proses linear atau sehala. Andaian
komunikasi sebagai satu proses sehala ialah maklum balas
daripada penerima terhadap sumber tidak diambil kira dalam
model berkenaan. Proses komunikasi terhenti sehingga penerima
menerima maklumat yang disampaikan oleh sumber. Contohnya,
pensyarah menyampaikan kuliah secara berterusan hingga tamat
waktu kuliah tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada
pelajar untuk memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap apa
yang telah dikuliahkan.
Meskipun Laswell tidak bertujuan agar model yang dikemukakan
oleh beliau ditakrifkan berdasarkan kepada konsep sehala atau

62
tidak sehala, tetapi model yang dikemukakan oleh beliau
menggambarkan bahawa komunikasi mengalir sehala sehingga
sampai kepada penerima. Terdapat sarjana yang menggunakan
istilah ‘proses’ untuk menerangkan tentang komunikasi dan
menganggap komunikasi bukannya tingkah laku (act). Tingkah
laku (act) komunikasi digambarkan sebagai sesuatu yang terasing.
Setiap satu tindakan komunikasi bukanlah terjadi dengan
sendirinya. Tindakan hasil daripada proses komunikasi harus
dilihat sebagai sesuatu yang terhasil atau reaksi masa kini yang
terhasil akibat kejadian yang telah berlaku di masa lampau.
Komunikasi harus difahami sebagai suatu proses iaitu proses
yang berlaku apabila kita berkomunikasi.

Andaikan bahawa anda sedang mendengar suatu ceramah.


Persembahan penceramah berkenaan misalnya adalah lemah.
Penggunaan perkataan beliau adalah kompleks, penyampaian
mesej kabur dan tajuk tidak menarik. Anda merasa bosan dan
mencuri melihat masa ceramah berkenaan akan berakhir.
Penceramah perasan tindakan anda dan mengubah rentak
ceramah beliau untuk menjadikannya lebih menarik. Tindakan
penceramah untuk menukarkan rentak ceramah beliau
merupakan hasil daripada perbuatan anda melihat masa.

Komunikasi dalam proses ini bukanlah merupakan suatu yang


berlaku secara serta-merta. Mana-mana tingkah laku komunikasi
merupakan sebahagian daripada proses. Misalnya, perasaan bosan
anda terhadap penyampaian penceramah berkenaan
menyebabkan anda melihat waktu, penceramah perasan dan
kemudian melakukan perubahan pada pola penyampaian mesej.
Semuanya ini berlaku sebagai satu proses yang saling bertindak
balas antara satu dengan lain bagi membolehkan proses
komunikasi berjalan dengan lancar.

(b) Komunikasi boleh bertujuan atau tidak betujuan


(Communication can be intentional or unintentional)

Mesej boleh disampaikan walaupun kita tidak bertujuan untuk


menyampaikannya. Misalnya, rakan sekerja kita yang mungkin
seringkali datang lewat untuk mesyuarat. Mereka mungkin tidak
berniat untuk berkomunikasi bahawa mereka sebenarnya malas
atau tidak sistematik. Walau bagaimanapun, terdapat ahli
mesyuarat yang mengaitkan antara lewat dengan kurangnya
profesionalisme dan kurangnya rasa menghormati rakan lain yang
datang lebih awal atau datang tepat pada waktunya. Ahli
mesyuarat yang datang lewat mungkin tidak bertujuan untuk

63
menunjukkan kepada ahli-ahli yang lain tentang masalah disiplin
yang dihadapi tetapi secara tidak langsung atau tanpa tujuan
tertentu, mesej berkenaan telah dikomunikasikan.

Apa yang digambarkan di sini ialah kakitangan organisasi


mestilah berkomunikasi bagi membolehkan mereka berjaya.
Kadangkala wujud masalah-masalah tertentu yang menyebabkan
komunikasi berlaku secara tidak jelas. Misalnya, masalah yang
dihadapi dari segi cara penyampaian mesej, tafsiran, lapangan
pengalaman yang tidak dikongsi bersama dan sebagainya.

(c ) Komunikasi ialah sesuatu yang tidak boleh diulang


(Communication is irreversible)

Mesej yang telah dihantar tidak dapat dipadamkan kembali. Ini


bererti apa yang telah terkeluar daripada mulut anda tidak dapat
dipadam. Ada orang yang berkata “Saya tarik kembali apa yang
telah saya katakan” tetapi sebenarnya perkara ini gagal
memadamkan apa yang telah dikatakan atau hati yang telah
dilukakan akibat daripada apa yang dikatakan. Mungkin kita juga
turut mendengar perkataan seperti “Saya tidak bermaksud untuk
melukakan hati anda” atau “Saya tidak berniat demikian’. Berbeza
dengan komputer kerana mempunyai kunci yang membolehkan
kita memadamkan huruf atau perkataan yang salah ditaip tetapi
manusia tidak dapat melakukan demikian. Ciri ini kadangkala
menyebabkan kita masih boleh mengingati semula mesej yang
telah kita dengar semasa kita masih kanak-kanak.

Mesej yang sama yang telah dituturkan juga tidak dapat diulang
dengan cara yang benar-benar sama atau tepat. Akan terdapat
penambahan dan pengulangan tertentu atau perbezaan apabila
anda diminta untuk mengulangi sesuatu yang telah dikatakan
dengan cara yang benar-benar sama.

(d) Komunikasi merupakan fenomena yang berorientasikan


penerima

Ciri ini merujuk kepada andaian bahawa komunikasi berlaku


apabila mesej diterima dan bukannya apabila mesej dihantar.
Tingkah laku menghantar mesej tidak bererti bahawa komunikasi
telah beraku dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam erti kata
yang lain mesej yang diterima merupakan mesej yang
dikomunikasikan. Misalnya, jika seorang pekerja menghantar
mesej kepada penyelia beliau tetapi penyelia beliau tidak
membaca mesej berkenaan, ini bererti proses komunikasi tidak

64
berlaku. Sehubungan itu, tindakan penerima terhadap mesej yang
telah disampaikan kepada beliau penting dalam mengukur
keberkesanan sesuatu mesej setelah mesej berkenaan
dikomunikasikan oleh sumber.

(e) Komunikasi berlaku secara lisan dan bukan lisan

Komunikasi melibatkan kedua-dua mesej lisan dan bukan lisan.


Mesej lisan bererti perkataan digunakan untuk membawa makna.
Mana-mana mesej sama ada diucap atau dibaca dengan
menggunakan perkataan mengadungi mesej lisan. Contohnya,
apabila anda berbual dengan rakan anda, bermesyuarat, urusan
jual beli dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti komunikasi ini
bergantung kepada penggunaan komunikasi lisan.

Sebaliknya, komunikasi bukan lisan tidak menggunakan


perkataan untuk membawa mesej kepada penerima. Penggunaan
warna dalam buletin dan bahasa isyarat yang digunakan oleh
penceramah merupakan contoh komunikasi tanpa lisan yang
membawa makna kepada penerima. Penggunaan warna, saiz
huruf, reka letak dan sebagainya merupakan elemen-elemen
komunikasi tanpa lisan yang menggambarkan sesuatu kepada
penerima. Begitu juga penggunaan isyarat-isyarat seperti isyarat
jalan raya yang perlu difahami maknanya oleh pengguna jalan
raya.

(f) Komunikasi dipengaruhi oleh budaya

Budaya dan proses sosialisasi memainkan peranan penting dalam


hidup kita. Tingkah laku dan tindakan kita dipengaruhi oleh
budaya. Budaya boleh mempengaruhi komunikasi dari segi cara
kita berkomunikasi serta cara mentafsirkan sesuatu mesej.
Lantaran komunikasi turut dipengaruhi oleh persepsi, adalah
penting untuk kita mengingati betapa budaya boleh berperanan
dalam proses kita mentafsirkan sesuatu mesej yang telah
dikomunikasikan kepada kita. Contohnya, cara kita
berkomunikasi dengan orang tua haruslah menggunakan nada
suara yang lembut dan merendah diri. Nilai kesopanan dan budi
bahasa yang telah diterapkan dalam diri kita berperanan dalam
membentuk cara kita berkomunikasi.

Di samping itu, tafsiran yang diberikan terhadap sesuatu mesej


turut dipengaruhi oleh budaya kita. Misalnya, masyarakat Barat
lebih dikenali sebagai masyarakat yang berterus-terang apabila

65
berkomunikasi manakala masyarat Timur berkomunikasi secara
tidak langsung dalam menyampaikan sesuatu mesej. Perbezaan
budaya dan implikasinya terhadap komunikasi mewujudkan
bidang komunikasi yang dikenali sebagai komunikasi antara
budaya. Lantara itu, memahami budaya masyarakat lain penting
untuk membolehkan kita menjadi komunikator yang berkesan
apabila terlibat dalam proses komunikasi yang melibatkan
individu yang datang dari budaya yang berbeza.

(g) Komunikasi dipengaruhi oleh perspektif etika

Etika merupakan garis panduan tentang tatacara kita bertingkah


laku. Etika turut menjadi pegangan kita dalam membezakan
tingkah laku yang benar dan salah. Etika boleh ditinjau daripada
beberapa perspektif seperti perspektif ekonomi, agama, rasionaliti
dan sebagainya. Etika turut merupakan perkara utama dalam
mempengaruhi kita berkomunikasi. Etika penting kerana etika
turut mempengaruhi kredibiliti ketika kita berkomunikasi dan
iklim komunikasi yang wujud dalam sesebuah organisasi.
Pegangan anda terhadap etika dalam berkomunikasi akan
mempengaruhi komunikasi anda terhadap penerima. Misalnya,
anda takut untuk mengatakan sesuatu yang benar tentang
seseorang kerana takut akan melukakan hati penerima atau
bimbang implikasi daripada mengatakan sesuatu yang benar.
Dalam masa yang sama anda menyedari bahawa berbohong
adalah salah dari segi etika dan menyalahi ajaran agama. Apakah
tindakan anda?

2. Terdapat beberapa kategori komunikasi tanpa lisan yang


mempengaruhi komunikasi dalam sesebuah organisasi iaitu

(a) Proxemics

Merujuk kepada ruang dan jarak serta pengaruh ruang terhadap


komunikasi. Pekerja yang mempunyai pejabat yang lebih luas
dianggap sebagai lebih penting berbanding dengan mereka yang
ditempatkan dalam pejabat yang lebih kecil. Jika sesebuah
organisasi mempunyai beberapa cawangan, jarak antara cawangan
berkemungkinan akan mempengaruhi komunikasi yang berlaku
antara ibu pejabat dan cawangan. Besar kemungkinan proses
komunikasi kurang lancar kerana jarak yang jauh tidak
memungkinkan komunikasi bersemuka digunakan secara intensif.
Sehubungan ini, jarak merupakan faktor komunikasi tanpa lisan
yang menjadi penghalang kepada kelancaran proses komunikai.

66
(b) Kinesics

Merujuk kepada pergerakan anggota badan. Mengangkat ibu jari


ke atas, menuding jari telunjuk, lambaian tangan merupakan
contoh-contoh kepada tingkah laku kinesics. Terdapat pergerakan
badan yang menjadi pengganti kepada bahasa lisan dan dikenali
sebagai emblems. Seperti juga komunikasi tanpa lisan yang lain,
emblems tergantung kepada konteks dan budaya untuk ditakrifkan.

(c) Chronemics

Faktor komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan masa. Kita


merasa kagum dengan kebolehan seseorang menepati masa. Ini
menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seseorang
yang profesional dan peka kepada kehendak kita.

(d) Artifak

Artifak merujuk kepada benda yang dihasilkan oleh manusia.


Dengan itu, pakaian dan perhiasan merupakan artifak. Artifak
turut menggambarkan ciri peribadi anda. Misalnya, semasa
menghadiri sesuatu proses temu duga, seseorang calon akan
memastikan bahawa beliau berpakaian kemas dan menarik bagi
menggambarkan penampilan yang positif.

(e) Oculesics

Merujuk kepada kontak mata atau hubungan mata dan apa yang
dikomunikasikan. Bayangkan sekiranya anda mendengar
ceramah, pencermah berkenaan tidak memandang sasaran
sebaliknya menumpukan perhatian kepada benda-benda lain yang
terdapat di sekeliling bilik. Apakah perasaan anda? Bagaimanakah
anda mentafsirkan tingkah laku penerima berkenaan? Apakah
implikasi terhadap mesej yang disampaikan?.

(f) Haptics

Merupakan komunikasi tanpa lisan yang berkaitan dengan


sentuhan. Contoh sentuhan ialah seperti berjabat tangan,
pegangan dan sebagainya yang dilakukan oleh sumber dan
penerima.

(g) Olfactics

67
Jika anda membuat tanggapan tentang seseorang berdasarkan
haruman pewangi yang dipakai oleh beliau, ini merujuk kepada
olfactics. Contoh bau ialah seperti asap rokok, pewangi, sabun dan
sebagainya yang menunjukkan kepada anda tahap kebersihan
yang diamalkan atau jenama yang digunakan oleh seseorang.

(h) Paralanguage

Dikenali juga sebagai vocalics iaitu merujuk kepada nada suara,


penekanan yang diberikan kepada perkataan dan sebagainya
ketika seseorang itu berkomunikasi. Paralingual berperanan
sebagai pengukuh kepada komunikasi lisan. Contohnya,
seseorang yang sedang marah akan meninggikan suara dan dalam
masa yang sama muka beliau bertukar menjadi merah padam.

(i) Ciri-ciri fizikal

Sebagai tambahan kepada artifak seperti pakaian dan perhiasan,


ciri-ciri fizikal boleh membawa maklumat tertentu yang akan
ditafsirkan oleh penerima. Tinggi, rendah, tarikan fizikal
merupakan antara contoh ciri-ciri fizikal yang dikaitkan dengan
ketampanan, kecantikan dan sebagainya.

68
BAB 5

MODEL-MODEL KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memberi definisi model.
2. Menyatakan kepentingan model.
3. Menjelaskan elemen-elemen yang terlibat dalam model
komunikasi.
4. Menjelaskan fungsi elemen-elemen yang terlibat.
5. Menyenaraikan model-model komunikasi.

5.1 PENGENALAN

Memahami pengertian dan proses komunikasi menjadi lebih mudah


sekiranya kita memahami model-model komunikasi. Kerangka model
komunikasi terdiri daripada beberapa elemen penting yang terlibat dalam
proses penghantaran mesej kepada individu atau kumpulan individu yang
lain.

Model-model komunikasi yang dipersembahkan dalam bab ini


menggambarkan proses komunikasi sosial yang berbentuk sehala dan dua
hala. Keseluruhan bab akan memfokus kepada penjelasan dan
penghuraian model-model umum komunikasi secara praktikal dan sesuai
dengan kehidupan harian kita. Tumpuan juga adalah kepada pemahaman
terhadap proses yang terlibat dalam sesuatu model berkenaan dan
bagaimana peranannya dalam pembinaan teori bagi membantu kita
memahami tingkah laku komunikasi manusia.

Model secara umumnya ialah sebuah diagram yang mudah bagi


menggambarkan sesuatu proses. Model-model ini membantu kita
memahami dengan mudah proses yang berlaku. Contohnya dalam
sebuah model proses komunikasi, selain penyampai dan penerima,
terdapat ‘medium’ sebagai perantara penyampaian maklumat seperti
telefon, mel elektronik, kertas mahupun udara. Kemudian, ia juga
menggambarkan hubungan yang terbina antara kedua-dua belah pihak
penyampai dan penerima tadi, iaitu sama ada secara sehala ataupun dua
hala.

69
Bidang komunikasi melihat model sebagai satu bentuk proses yang
digambarkan menggunakan pendekatan matematik, naratif atau fizikal
yang bertujuan membantu memerihalkan aliran mesej (sehala ataupun
dua hala) serta gangguan-gangguan yang mungkin wujud dalam proses
tersebut.

Daripada penjelasan tentang apakah komunikasi itu tadi, dapat kita


nyatakan bahawa model komunikasi ialah gambaran tentang simbol dan
struktur peraturan yang terlibat dalam proses penyampaian mesej yang
wujud.

Oleh itu, dapat kita fahami bahawa fungsi model ini ialah untuk

(i) Memudahkan kita memahami proses komunikasi yang berlaku.


(ii) Sumbangan elemen-elemen yang terlibat dalam proses komunikasi
tersebut.
(iii) Sama ada proses komunikasi yang berlaku berstruktur sehala atau
dua hala.
(iv) Menjadi asas dalam pembentukan teori-teori komunikasi
seterusnya.
(v) Membantu dalam mencadangkan strategi-strategi komunikasi.

5.2 MODEL KOMUNIKASI AWAL

Binaan model komunikasi umum biasanya melibatkan enam elemen


utama iaitu sumber, mesej, saluran, penerima, maklum balas dan
gangguan. Namun, model komunikasi awal yang menerangkan
bagaimana proses komunikasi berlaku adalah lebih mudah. Ia terdiri
daripada tiga elemen saja, iaitu

(i) Sumber (pihak yang menghantar mesej).


(ii) Saluran (cara mesej tersebut dihantar keluar).
(iii) Penerima (pihak yang menerima mesej tersebut dan seharusnya
menggunakan mesej tersebut).

Model komunikasi peringkat awal ini dipelopori oleh Aristotle dan


dinamakan Model Aristotalian. Beliau mendapat ilham tentang model ini
apabila mengkaji tentang perbicaraan kes di mahkamah. Model ini tidak
membincangkan elemen maklum balas, maka ia lebih dikenali sebagai
model komunikasi sehala. Model peringkat awalan ini merumuskan
bahawa keberkesanan komunikasi bergantung kepada keupayaan sumber
mempengaruhi penerima untuk menerima idea yang disampaikan.
Pengaruh sumber ini akan diterima oleh penerima yang mempunyai sikap

70
yang pasif dan menerima apa saja mesej yang disampaikan sumber. Selain
Aristotle tokoh-tokoh awal yang mempelopori model komunikasi sehala
ini ialah Harold Lasswell, Claude Shannon dan Warren Weaver, dan
David Berlo.

Rajah 5.1
Model Komunikasi Awal

SALURAN

SUMBER PENERIMA

(a) Model Lasswell (1948)

Daripada model komunikasi awal ini Lasswell mengembangkannya


dengan membentuk soalan-soalan umum seperti pembinaan berita oleh
wartawan-wartawan akhbar.

Rajah 5.2
Model Lasswell

• Siapa?
• Berkata apa?
• Melalui saluran mana?
• Kepada siapa?
• Apakah kesannya?

Model Lasswell ini dianggap istimewa kerana ia memasukkan elemen


kesan ke atas khalayak terhadap mesej yang telah diterima. “Siapa?” di
sini merujuk kepada sumber maklumat iaitu penyampai, “Berkata apa?”
merujuk kepada mesej yang disampaikan, “Melalui saluran mana?”
merujuk kepada saluran yang dipilih untuk menyampaikan mesej
tersebut. “Apakah kesannya” merujuk kepada tindak balas yang berlaku
terhadap mesej yang diterima. Contohnya, seorang ibu yang sedang
berada di tempat kerja menelefon anaknya yang tinggal di rumah dan
menyuruh anaknya itu mengunci pintu. Tindak balas daripada mesej yang
diterima itu tadi, si anak pun pergi mengunci pintu seperti yang disuruh
oleh ibunya.
71
Berikan contoh yang membayangkan aktiviti komunikasi
yang digambarkan dalam Model Lasswell.

(b) Model Shannon dan Weaver ( 1949 )

Kemudiannya, Shannon dan Weaver (1949) telah melakarkan proses ini


dalam bentuk grafik. Model ini dibentuk berdasarkan model elektronik.
Ia bersifat linear dengan andaian bahawa proses komunikasi adalah
sehala antara sumber dan penerima. Sumber menterjemahkan (enkod)
mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk simbol-simbol atau isyarat
untuk disampaikan kepada penerima melalui saluran tertentu yang dipilih.
Model ini mengandaikan wujud gangguan dalam proses tersebut yang
mungkin akan menjejaskan maksud. Mesej itu tadi akan diterima oleh
penerima yang akan mentafsir dengan memecahkan (dekod) simbol-
simbol atau isyarat tadi semasa proses transformasi. Hasil pentafsiran
mesej oleh penerima akan sampai kepada destinasi.
Rajah 5.3
Model Shannon dan Weaver

Transmiter Receiver
Sumber Destination
Mesej hantar saluran terima mesej
maklumat enkod dekod
Isyarat isyarat

Sumber
gangguan

Ringkasnya model Shannon dan Weaver ini mengandungi lima elemen


penting iaitu

(i) Sumber bermaklumat yang akan menghasilkan mesej.


(ii) Transmiter menukar (enkod) mesej kepada simbol atau isyarat.
(iii) Saluran yang membawa simbol atau isyarat.
(iv) Penerima, memecah (dekod) simbol atau isyarat dan mentafsir.
(v) Destinasi iaitu tempat di mana mesej sampai.

Elemen keenam iaitu gangguan ialah faktor yang ‘mengganggu’


perjalanan mesej, yang mungkin menyebabkan mesej disalah tafsir.
Contoh-contoh gangguan ialah seperti bunyi bising, kerosakan pada
saluran, merasa tidak sihat dan sebagainya. Gangguan yang wujud akan
menjejaskan keberkesanan proses komunikasi.

72
Untuk membantu pemahaman para pelajar, model Shannon dan Weaver
ini sekiranya diperihalkan kepada interaksi melalui telefon:

(i) Saluran ialah wayar telefon.


(ii) Signal ialah elektrik di dalamnya.
(iii) Transmiter ialah set telefon.
(iv) Gangguan boleh terjadi pada bunyi, gangguan talian, mahupun
kekurangan pada sumber atau penerima mesej.

(c) Model Berlo (1960)

Sebuah lagi model komunikasi berbentuk linear diketengahkan oleh


David Berlo (1960). Model Berlo ini menekankan ciri-ciri pada setiap
elemen komunikasi yang wujud. Ciri-ciri ini mempunyai pengaruh yang
tersendiri dalam memberi maksud serta saling berkait antara satu sama
lain. Andaian model Berlo ini ialah setiap elemen mempunyai kekuatan
tersendiri serta saling berkaitan.

Rajah 5.4
Model Berlo

Sumber Mesej Saluran Penerima

- Kemahiran - Unsur - Lihat - Kemahiran


komunikasi - Struktur - Dengar komunikasi
- Sikap - Kod - Sentuh - Sikap
- Pengetahuan - Kandungan - Hidu - Pengetahuan
- Sistem sosial - Gaya - Rasa - Sistem Sosial
- Budaya - Budaya

Menurut Berlo keberkesanan mesej bergantung kepada tahap kemahiran


komunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber serta
penerima dalam memilih dan menentukan unsur, struktur, kod,
kandungan dan gaya penyampaian mesej. Manakala pemilihan saluran
bergantung kepada kesediaan pancaindera sumber dan penerima. Model
Berlo juga menekankan maksud bergantung kepada kebolehan penerima
mentafsir mesej. Maksudnya di sini, ciri-ciri mesej yang dipilih iaitu dari
segi unsur, struktur, kod, kandungan dan gaya bergantung kepada ciri-ciri
sumber yang menyampaikan mesej iaitu dari segi kemahiran komunikasi,
sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya sumber berkenaan.
Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai kemahiran komunikasi
yang tinggi, maka ciri-ciri mesej yang dipilih akan lebih menepati sasaran.
Begitu juga halnya dengan penerima mesej. Sekiranya penerima
mempunyai ciri-ciri yang baik dari segi kemahiran komunikasi, sikap,

73
pengetahuan, sistem sosial dan budaya yang hampir menyamai
penyampai, kebarangkalian mesej itu berkesan amat tinggi. Menurut
Model Berlo ini lagi, pemilihan saluran perlu mengambil kira kebolehan
pancaindera penerima agar mesej dapat diterima dengan sempurna.

5.3 MODEL KOMUNIKASI DUA HALA

Para sarjana pada awal tahun 1950-an seperti Osgood (1954) Schramm
(1954) dan Dance (1955) mendapati bahawa proses komunikasi sebenar
lebih kompleks dan bukan linear (non-linear) dengan mengambil kira
tindak balas yang berlaku antara sumber dan penerima. De Fleur telah
mengenal pasti hal ini dan menambah tindak balas kepada model awal itu
tadi.

Model-model dua hala ini menekankan pemahaman bersama dan


konsensus serta beranggapan bahawa proses komunikasi ini ialah satu
proses yang berterusan dalam bentuk ‘helix’. Contohnya seperti dua
orang individu yang sedang berbual-bual. Posisi sumber dan penerima itu
sentiasa silih berganti.

Sumber (S) Penerima (R)

(a) Model Schramm (1954)

Schramm menerangkan proses komunikasi antara manusia dengan


mengemukakan gambar rajah tindanan pada lapang rujuk (frames of
reference). Persamaan pengalaman, tahap pengetahuan, persekitaran dan
lain-lain akan meluaskan kawasan yang tertindan. Keadaan ini akan
menjadi daya rangsangan kepada proses komunikasi yang lebih berkesan.
Menurut Schramm peratusan persamaan ini akan menentukan tingkat
interaksi menjadi lebih berkesan kerana wujud pemahaman yang sama.

Contohnya, pada tahun pertama, para pelajar komunikasi rata-rata tidak


mempunyai pengetahuan yang luas tentang bidang komunikasi. Para
pensyarah perlu mengemukakan soalan-soalan agar dapat “memasuki”
ruangan yang bertindan dalam lapang rujuk agar dapat mencari titik

74
persamaan yang wujud. Bertitik tolak dari sini, pensyarah akan mula
menerangkan dengan lebih lanjut tentang bidang komunikasi ini dan
subbidang-subbidang yang ada. Dengan ini, ruangan yang tertindan tadi
akan diluaskan dan persamaan yang wujud akan menjadi lebih banyak.

Rajah 5.5
Model Schramm

A B

Sumber (enkod) Penerima (dekod)


Persamaan
wujud

Schramm seterusnya mengembangkan lagi model lapang rujuknya ini


dengan memperkenalkan elemen maklum balas dan peranan antara dua
manusia dalam proses komunikasi. Menurut model kedua Schramm ini
sumber dan penerima saling silih berganti memainkan peranan sebagai
sumber (enkoder) dan penerima (dekoder) mesej. Proses komunikasi
berkesan apabila wujud persamaan pentafsiran maksud (enkod dan
dekod) terhadap isyarat yang diterima.

Rajah 5.6
Model Pentafsiran Maksud Schramm

Mesej

Sumber Penerima
(enkod) (dekod)

Penerima Sumber
(dekod) (enkod)

Mesej

75
Dalam model ini, Schramm menerangkan bahawa sumber akan memilih
dan mencipta (enkod) simbol-simbol (mesej) untuk dihantar kepada
penerima. Penerima akan memecahkan (dekod) simbol-simbol tadi dan
mentafsir maksud. Seterusnya, penerima memilih dan mencipta (enkod)
simbol-simbol dan bertindak sebagai sumber untuk menghantar mesej
(sebagai tindak balas ). Sumber asal akan menerima dan kini bertindak
sebagai penerima dengan memecahkan (dekod) simbol-simbol yang
dihantar. Proses ini akan berpusing sehingga proses interaksi ditamatkan.

Pada pendapat anda, apakah persamaan paling minimum


yang wujud antara dua individu?

(b) Model Osgood (1954)

Model Osgood (1954) juga merupakan sebuah model komunikasi dua


hala. Osgood mengandaikan bahawa proses komunikasi bukanlah hanya
sebagai satu proses penghantaran mesej daripada sumber kepada
penerima tetapi juga melibatkan penukaran mesej antara penerima
dengan sumber. Model Osgood ini juga mengandaikan bahawa proses
pentafsiran maksud berlaku semasa mesej disampaikan oleh sumber.
Andaian ini menyokong andaian oleh Berlo dan Schramm. Kemudian,
Osgood menambah kepada model linear tersebut dengan andaian
seterusnya iaitu proses pentafsiran maksud akan dimaklumbalaskan oleh
penerima kepada sumber pertama tadi. Model ini memberi keutamaan
kepada proses pentafsiran maksud.

Rajah 5.7
Model Osgood

Maklum Balas

Sumber Penyebar Penerima Destinasi


maklumat

Perutusan Perutusan
Gangguan

Individu akan berfungsi sebagai penerima dan destinasi dalam proses


komunikasi ini. Osgood juga menyatakan bahawa komunikasi ialah satu
proses interaksi berterusan antara dua individu yang terlibat dan hanya
76
akan terhenti apabila kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan
pencapaian persefahaman terhadap apa yang dikomunikasikan.

(c) Model Komunikasi Kontemporari

Era 1970-an dan 1980-an merekodkan pengaruh persekitaran dan sistem


sosial dalam model-model yang dibentuk. Sarjana komunikasi pada era
ini melihat keberkesanan mesej komunikasi juga ditentukan oleh sistem
sosial, persekitaran dan iklim yang terlibat. Antara model yang termasuk
pada zaman ini ialah Model Pergantungan yang dipelopori oleh Ball
Rokeach dan De Fleur.

Model ini mengutarakan kekuatan hubungan antara khalayak, media dan


sistem sosial yang lebih luas. Andaiannya ialah media mempunyai
pelbagai fungsi dan khalayak melihat fungsi-fungsi media ini pada tahap-
tahap yang berlainan. Punca pergantungan kedua ialah kestabilan sosial.
Apabila terdapat perubahan sosial atau konflik, maka khalayak akan lebih
bergantung kepada media sebagai sumber informasi.

Kini, sarjana komunikasi mula beralih kepada model-model yang


mempunyai kecenderungan kepada khalayak (audience centered models)
dengan andaian mesej yang berkesan akan berjaya menukar tingkah laku,
sikap dan pengetahuan penerima.

Antara model ini ialah Pemasaran Terarah (Targeted marketing) dan


Pemasaran sosial (Social marketing). Ciri-ciri model berkenaan ialah

1. Pemasaran terarah (Targeted marketing)

Pemasaran Terarah ialah proses untuk mengenal pasti kelompok-


kelompok tertentu yang menjadi sasaran pemasaran. Penentuan
kelompok ini pula akan digunakan bagi membangunkan strategi
campuran pemasaran barangan atau perkhidmatan tertentu bagi setiap
kelompok yang telah dikenal pasti. Tujuan utama model pemasaran
terarah ini ialah bagi mengelakkan sasaran yang terpesong, komunikasi
tidak lancar dan kempen yang tidak mengenali keperluan sebenar
khalayak.

Model pemasaran terarah menerangkan bagaimana kita boleh


memperoleh khalayak sasaran yang lebih tepat. Sekiranya perkara ini
dapat dilakukan, pembaziran daripada pelbagai sudut dapat dikurangkan.

77
2. Pemasaran sosial (Social marketing)

Menurut Kotler (1982), pemasaran sosial (sosial marketing) ialah


pelaksanaan dan pengendalian program yang berusaha meningkatkan
penerimaan terhadap idea sosial atau penyebab sosial di kalangan
kelompok sasaran. Ia memanfaatkan konsep segmentasi pasaran,
penyelidikan pengguna, pengembangan konsep komunikasi, kemudahan,
insentif dan teori pertukaran untuk memaksimumkan tindak balas di
kalangan sasaran. Pemasaran sosial juga dikenali sebagai social cause
marketing atau public issue marketing. Perkara penting dalam konsep
pemasaran sosial ialah pemasaran yang tidak bermatlamatkan keuntungan
malah mengutamakan kepada pengguna atau khalayak sasaran. Contoh
yang paling mudah dan kerap kita saksikan ialah pemasaran terhadap
perkhidmatan kesihatan oleh kerajaan.

Model-model terbaru ini memberi penekanan kepada persembahan


mesej agar menepati cita rasa dan kehendak khalayak.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang dikatakan model komunikasi?


2. Apakah fungsi model komunikasi?
3. Huraikan tiga model komunikasi awal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Pada pendapat anda, apakah persamaan paling minimum


yang wujud antara dua individu?

5.4 RUMUSAN

Daripada pelajaran yang telah kita lalui di sepanjang bab ini, kita dapati
bahawa perkembangan model komunikasi diiringi dengan penambahan
elemen-elemen dalam model-model komunikasi tersebut. Secara
vertikalnya pula, para sarjana semakin memikirkan ciri-ciri yang
menyumbang kepada keberkesanan mesej selain daripada ciri pada
elemen utama, iaitu pengaruh persekitaraan, sistem sosial serta sejauh
mana sesuatu mesej itu berjaya memenuhi cita rasa dan kehendak
khalayak.

78
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berdasarkan fahaman anda, bincangkan perkaitan antara elemen-


elemen dalam model komunikasi umum.
2. Pilih satu model komunikasi dua hala yang telah anda pelajari,
kaitkan dengan situasi persekitaran anda.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Model komunikasi secara umumnya ialah sebuah diagram yang


mudah bagi menggambarkan sesuatu proses. Model-model ini
membantu kita memahami dengan mudah proses yang berlaku.
Bidang komunikasi melihat model sebagai satu bentuk proses yang
digambarkan menggunakan pendekatan matematik, naratif atau
fizikal yang bertujuan membantu memerihalkan aliran mesej (sehala
ataupun dua hala) serta gangguan-gangguan yang mungkin wujud
dalam proses tersebut.

2. Fungsi Model Komunikasi ialah untuk

(i) Memudahkan kita memahami proses komunikasi yang


berlaku.
(ii) Sumbangan elemen-elemen yang terlibat dalam proses
komunikasi tersebut.
(iii) Sama ada proses komunikasi yang berlaku berstruktur sehala
atau dua hala.
(iv) Menjadi asas dalam pembentukan teori-teori komunikasi
seterusnya.
(v) Membantu dalam mencadangkan strategi-strategi
komunikasi.

3. Model komunikasi awal

(a) Model Lasswell ( 1948 )

Lasswell mengembangkannya dengan membentuk soalan-soalan


umum seperti pembinaan berita oleh wartawan-wartawan akhbar
iaitu
79
ƒ Siapa?
ƒ Berkata apa?
ƒ Melalui saluran mana?
ƒ Kepada siapa?
ƒ Apakah kesannya?

Model Lasswell ini dianggap istimewa kerana ia memasukkan


elemen kesan ke atas khalayak terhadap mesej yang telah diterima.
“Siapa?” di sini merujuk kepada sumber maklumat iaitu penyampai,
“berkata apa?” merujuk kepada mesej yang disampaikan, “melalui
saluran mana?” merujuk kepada saluran yang dipilih untuk
menyampaikan mesej tersebut. “Apakah kesannya” merujuk
kepada tindak balas yang berlaku terhadap mesej yang diterima.
Contohnya, seorang ibu yang sedang berada di tempat kerja
menelefon anaknya yang tinggal di rumah dan menyuruh anaknya
itu mengunci pintu, maka, tindak balas daripada mesej yang di
terima itu tadi, si anak pun pergi mengunci pintu seperti yang
disuruh oleh ibunya.

(b) Model Shannon dan Weaver ( 1949 )

Shannon dan Weaver (1949) telah melakarkan proses ini dalam


bentuk grafik. Model ini dibentuk berdasarkan model elektronik. Ia
bersifat linear dengan andaian bahawa proses komunikasi adalah
sehala antara sumber dan penerima. Sumber menterjemahkan
(enkod) mesej yang hendak disampaikan dalam bentuk simbol-
simbol atau isyarat untuk disampaikan kepada penerima melalui
saluran tertentu yang dipilih. Model ini mengandaikan wujud
gangguan dalam proses tersebut yang mungkin akan menjejaskan
maksud. Mesej itu tadi akan diterima oleh penerima yang akan
mentafsir dengan memecahkan (dekod) simbol-simbol atau isyarat
tadi semasa proses transformasi. Hasil pentafsiran mesej oleh
penerima akan sampai kepada destinasi.

Model Shannon dan Weaver

Transmitter Receiver
Sumber Destination
Saluran
maklumat Mesej Enkod Hantar Terima Dekod Mesej
Isyarat Isyarat

Sumber
gangguan

Ringkasnya model Shannon dan Weaver ini mengandungi lima


elemen penting iaitu
80
(i) Sumber bermaklumat, yang akan menghasilkan mesej.
(ii) Transmiter menukar (enkod) mesej kepada simbol atau
isyarat.
(iii) Saluran yang membawa simbol atau isyarat.
(iv) Penerima, memecah (dekod) simbol atau isyarat dan
mentafsir.
(v) Destinasi, tempat di mana mesej sampai.

Elemen keenam iaitu gangguan ialah faktor yang ‘mengganggu’


perjalanan mesej, yang mungkin menyebabkan mesej disalah tafsir.

Model Shannon dan Weaver ini sekiranya diperihalkan kepada


interaksi melalui telefon:

(i) Saluran ialah wayar telefon.


(ii) Signal ialah elektrik di dalamnya.
(iii) Transmitter ialah set telefon.
(iv) Gangguan boleh terjadi pada bunyi, gangguan talian,
mahupun kekurangan pada sumber atau penerima mesej.

(c) Model Berlo (1960)

Sebuah lagi model komunikasi berbentuk linear diketengahkan oleh


David Berlo (1960). Model Berlo ini menekankan ciri-ciri pada
setiap elemen komunikasi yang wujud. Ciri-ciri ini mempunyai
pengaruh yang tersendiri dalam memberi maksud serta saling
berkait antara satu sama lain. Andaian model Berlo ini ialah setiap
elemen mempunyai kekuatan tersendiri serta saling berkaitan.
Model Berlo

Sumber Mesej Saluran Penerima

- Kemahiran - Unsur - Lihat - Kemahiran


komunikasi - Struktur - Dengar komunikasi
- Sikap - Kod - Sentuh - Sikap
- Pengetahuan - Kandungan - Hidu - Pengetahuan
- Sistem sosial - Gaya - Rasa - Sistem Sosial
- Budaya - Budaya

Menurut Berlo keberkesanan mesej bergantung kepada tahap


kemahiran komunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan
budaya sumber serta penerima dalam memilih dan menentukan
unsur, struktur, kod, kandungan dan gaya penyampaian mesej.
Manakala pemilihan saluran bergantung kepada kesediaan
81
pancaindera sumber dan penerima. Model Berlo juga menekankan
maksud bergantung kepada kebolehan penerima mentafsir mesej.
Maksudnya di sini, ciri-ciri mesej yang dipilih iaitu dari segi unsur,
struktur, kod, kandungan dan gaya bergantung kepada ciri-ciri
sumber yang menyampaikan mesej iaitu dari segi kemahiran
komunikasinya, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya
sumber berkenaan. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai
kemahiran komunikasinya yang tinggi, maka ciri-ciri mesej yang
dipilih akan lebih menepati sasaran. Begitu juga halnya dengan
penerima mesej. Sekiranya, penerima mempunyai ciri-ciri yang baik
dari segi kemahiran komunikasinya, sikap, pengetahuan, sistem
sosial dan budaya yang hampir menyamai penyampai
kebarangkalian mesej itu berkesan adalah amat tinggi. Menurut
Model Berlo ini lagi, pemilihan saluran perlu mengambil kira
kebolehan pancaindera penerima agar mesej dapat diterima dengan
sempurna.

82
BAB 6

TEORI-TEORI ASAS KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami teori-teori asas komunikasi.
2. Memahami ciri-ciri teori asas komunikasi.
3. Membezakan teori-teori asas komunikasi dengan teori-teori lain
dalam komunikasi.
4. Menyenarai dan menghuraikan teori-teori asas komunikasi.
5. Menggunakan teori-teori asas komunikasi untuk menerangkan
konsep asas interaksi manusia.

6.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang teori-teori asas dalam bidang


komunikasi. Bab-bab sebelum ini telah mendedahkan anda kepada
pelbagai aspek yang berkaitan dengan teori komunikasi. Sebelum itu, kita
imbas kembali pengertian teori. Cragan dan Shields (1998),
mendefinisikan teori sebagai satu kenyataan yang mengandungi konsep-
konsep dan perkaitan antaranya yang membolehkan seseorang
memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan dan
membuat kawalan fenomena.

Setiap teori komunikasi memberi penjelasan dan perhubungan berkenaan


konsep yang berbeza-beza. Sesebuah teori komunikasi mungkin tidak
mampu untuk menjelaskan semua fenomena komunikasi yang berlaku
atau sesetengahnya hanya spesifik kepada sesuatu fenomena sahaja
seperti teori-teori khas komunikasi iaitu Teori Menjalankan Temu Bual,
Teori Pemasaran Sosial, Teori Pengucapan Awam dan lain-lain. Oleh itu,
terdapat beberapa pengkategorian teori yang dibuat oleh para sarjana.

6.2 TEORI-TEORI ASAS KOMUNIKASI

Teori-teori asas komunikasi digunakan untuk menerangkan dan


mengenal pasti konsep-konsep asas berkomunikasi. Ia menjelaskan
interaksi dalam berkomunikasi yang asas bagi menerangkan perlakuan
manusia. Ciri-ciri teori asas ini ialah ia tidak mempunyai had masa iaitu ia
83
boleh menerangkan fenomena yang berlaku pada masa dulu, sekarang
dan meramal fenomena akan datang. Teori-teori asas komunikasi yang
akan dibincangkan dalam bab ini ialah Teori Semantik Umum, Teori
Informasi, Teori Perantaraan Makna, Teori Kognitif Disonan, Teori
Interaksi Perlambangan, Pengurusan Koordinasi Makna dan Teori
Himpunan Tindakan.

6.2.1 Teori Semantik Umum

Teori Semantik Umum terhasil daripada kajian-kajian awal yang dibuat


tentang penggunaan perkataan (verbal) sebagai simbol utama yang
digunakan ketika berkomunikasi. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam
mengetengahkan teori ini ialah I.A. Richards, C.K. Ogden, S.I. Hayakawa
dan Alfred Korzybski. Kajian-kajian mereka dilaksanakan untuk
mengkaji bagaimana penggunaan perkataan-perkataan ini boleh
menyebabkan kekeliruan maksud dalam berkomunikasi.

Andaian teori ini ialah kekeliruan dan salah faham dapat dielakkan jika
kita memahami bagaimana perkataan sebagai simbol utama
berkomunikasi digunakan. Dengan ini, komunikasi dapat diperbaiki.

Teori Semantik Umum memberi fokus kepada bahasa sebagai simbol.


Simbol ini pula mempunyai ciri-ciri yang penting seperti:

(i) Simbol ialah arbitrari, iaitu maksudnya berubah mengikut budaya


masyarakat setempat.
(ii) Simbol ialah abstrak.
(iii) Simbol kabur, iaitu mempunyai pengertian yang kabur dan
pelbagai.

Ketiga-tiga ciri simbol ini berpotensi untuk menyampaikan sesuatu mesej


dengan berkesan ataupun mungkin juga akan mencipta kekeliruan dan
salah tanggapan terhadap maksud simbol berkenaan. Sekiranya
kekeliruan berlaku, perbalahan mungkin wujud.

Tokoh-tokoh Teori Semantik Umum ini berpendapat adalah tidak


mustahil untuk mencipta simbol yang dapat difahami bersama dan tidak
menyebabkan timbulnya kekeliruan. Mereka percaya bahawa kunci utama
pemahaman ialah konteks. Maksud bergantung kepada konteks kerana
maksud akan berubah dengan berubahnya konteks. Oleh itu, timbullah
aksium komunikasi yang popular iaitu “maksud terletak pada diri
individu bukan perkataan” (Meaning are in people, not in words).

84
Berapa kerapkah anda berhadapan dengan masalah
komunikasi yang diakibatkan oleh perbezaan pengertian
terhadap perkataan dan simbol?

6.2.2 Teori Informasi

Menjelang akhir 1940-an muncul seorang saintis bernama Claude


Shannon yang telah membangunkan teori matematikal transmisi isyarat.
Shannon ialah seorang jurutera telefon. Oleh itu, sasaran awal teorinya
ialah untuk memaksimumkan kapasiti talian dan meminimumkan
gangguan.

Shannon agak tidak berminat untuk melihat aspek semantik sesuatu


mesej atau kesan pragmatiknya kepada pendengar. Beliau tidak
mengambil kira sama ada talian atau saluran tersebut membawa “rentak”
apa, sama ada “keroncong atau jazz, pop atau rock”. Teori yang
dikemukakan oleh beliau berkecenderungan melihat masalah teknikal
penghantaran “bunyi”, “isyarat” ataupun yang kita kenali sebagai
“simbol”.

Shannon sendiri pada mulanya tidak pasti potensi teorinya ini dalam
menggambarkan masalah semantik dan pragmatik komunikasi
interpersonal. Seorang eksekutif di Rockefeller Foundation dan Sloan
Kattering Institute on Cancer Research iaitu Warren Weaver telah menulis satu
esei interpretif yang mengetengahkan Teori Informasi ini sebagai sebuah
teori yang mempunyai skop yang umum, asas kepada apa jua masalah
yang dihadapi dan simplistik. Esei Weaver menyimpulkan bahawa apa jua
masalah komunikasi dapat diselesaikan dengan mengurangkan kehilangan
informasi.

Weaver telah berjaya menguatkan kepercayaan ahli komunikasi


kemanusiaan bahawa teori matematikal informasi Shannon ini mudah
diaplikasikan. Penjelasan dan terjemahan Weaver yang mudah difahami
telah menarik minat ahli-ahli komunikasi. Terdapat banyak istilah
komunikasi yang digunakan kini berasal daripada pandangan Shannon
dan Weaver seperti - message fidelity, multiple channels, information loss, source
credibility dan feedback.

Dalam aplikasinya terhadap interaksi interpersonal, Weaver


mengandaikan otak manusia sebagai sumber informasi, suara sebagai
transmiter, gangguan sebagai kekurangan pada diri individu ketika
berkomunikasi seperti sakit kerongkong dan sebagainya ataupun bunyi
bising yang melatari perbualan. Penerimaan isyarat bergantung kepada
kebolehan pendengar dengan mesej tadi mengalir daripada telinga ke
otak.
85
Manakala Shannon menumpukan bahagian teknikal seperti mampukah
sistem telefon berfungsi dengan berkesan agar mesej dapat disampaikan?
Weaver melihat kepada hubungan sumber destinasi (apa yang terjadi
antara keduanya). Walau bagaimanapun, kedua-dua ahli teori ini
berkongsi matlamat yang sama iaitu memaksimumkan kadar maklumat
yang dapat disampaikan melalui sistem yang dibina.

Lantaran Shannon membentuk satu teori teknikal, maka pengertian


“informasi” yang digunakan juga ialah teknikal. Informasi bagi Shannon
bererti peluang untuk mengurangkan ketidakpastian. Shannon percaya
bahawa lebih tinggi medan kebebasan memilih mesej oleh individu, maka
lebih sukarlah untuk diramalkan penerimaan. Sehubungan itu, andaian
pertama dalam teori ini ialah berkaitan dengan aspek teknikal sesuatu
mesej.

Andaian keduanya ialah gangguan ialah musuh informasi. Bagi Shannon


dan Weaver, bunyi bising yang mengganggu lebih daripada hanya bunyi
lain yang kedengaran atau statik dalam talian. Ia ialah apa saja yang tidak
dirancang oleh sumber. Kebisingan atau gangguan ini termasuklah tulisan
yang comot, suara yang tidak jelas, pergerakan visual yang keterlaluan
dan boleh mengganggu konsentrasi, semuanya ialah gangguan. Oleh itu,
gangguan dianggap sebagai sesuatu yang boleh menyekat keupayaan
saluran membawa informasi daripada transmitter kepada penerima.

Antara kritikan yang dikemukakan terhadap teori ini ialah teori ini tidak
lengkap kerana ia hanya menggambarkan komunikasi sebagai aliran
informasi sehala. Menurut Janet Barelas yang mengkaji kes-kes
komunikasi equivocal, Teori Informasi ini seolah-olah mengetepikan
faktor manusia dalam proses komunikasi interpersonal. Apabila
diaplikasikan kepada situasi komunikasi interpersonal, teori ini telah
menjadikan manusia seolah-olah tidak beremosi dan pasif.

6.2.3 Teori Perantaraan Makna [Mediational Theory of Meaning


(MTM)]

Teori seterusnya yang akan kita pelajari ialah Teori Perantaraan Makna
(MTM) yang dipelopori oleh Chanles Osgood (1950). Chanles Osgood
ialah seorang profesor dalam bidang psikologi dan komunikasi daripada
University of Illinois. Untuk memudahkan anda memahami Teori
Osgood ini, cuba anda bayangkan individu tertentu dalam sesuatu situasi.
Katakanlah seorang bapa dan anaknya berumur tujuh tahun sedang
berkelah di tepi pantai pada satu petang yang redup, tiba-tiba kedengaran
bunyi guruh di langit dan orang menjerit “guruh!”. Menurut Osgood, si

86
bapa akan memproses maklumat tentang kejadian guruh di langit dan
suara itu pada tiga tahap kompleksiti yang berlainan. Setiap satu tahap ini
akan mempengaruhi tingkah laku si bapa tadi.

Tahap pertama yang asas ialah Tahap Sensasi Awal (Raw Sensational Level).
Si bapa mendengar guruh di langit dan merasakan tindak balas refleksi
terhadap otot diperutnya. Keadaan ini ialah tindak balas Stimulus-Respons
(S-R) klasik. Bunyi guruh yang kuat ini tidak memberi apa-apa maksud
pada tahap S-R, ia cuma gambaran apa yang sedang berlaku.

Pada tahap kedua, persepsi berlaku. Proses persepsi ini mengintegrasikan


input pancaindera kita seperti mata, telinga, hidung, lidah dan kulit kita
dengan pengalaman-pengalaman lepas yang pernah kita lalui. Dalam
keadaan ini tindak balas refleksi bukan hanya gambaran apa yang sedang
berlaku tetapi apa yang kita sangka (expect) akan berlaku.

Daripada pengalamannya melihat guruh di langit, si bapa telah membina


satu sangkaan bahawa guruh di langit akan diikuti dengan angin yang
kuat, kilat dan hujan akan turun. Penggabungan kejadian tersebut ialah
fenomena semula jadi yang berlaku hampir pada setiap masa sekiranya
berlaku guruh di langit. Oleh itu, si bapa akan memanggil anaknya
bersedia untuk pulang. Bunyi guruh tidak akan mencederakan
pendengaran tetapi kilat mungkin meragut nyawa.

Tahap ketiga, ialah Tahap Gambaran (Representational). Menurut Osgood,


perkataan melambangkan sesuatu tingkah laku sebagai proses perantara.
Proses perantaraan (mediated) ini ialah lebih kompleks daripada tahap
sensasi dan persepsi. Ia menggambarkan apa yang ditunjukkan (signify). Si
bapa akan berteriak kepada anaknya agar naik ke pantai dan dalam masa
yang sama dia menarik lengan anaknya dan berlari mencari tempat
berteduh. Menurut Osgood lagi, keadaan ini memberi gambaran aksi
yang memerlukan tenaga yang tinggi.

Teori ini mengandaikan bahawa dalam situasi tadi, pengalaman setiap


individu yang berbeza mungkin mengakibatkan tindakan yang berbeza
apabila berlaku guruh di langit. Osgood telah mencipta teknik kelainan
semantik untuk membezakan maksud perkataan pada setiap manusia.

Selaras dengan Teori Perantaraan yang memberi fokus kepada tindak


balas, perkataan digunakan untuk menggambarkan perasaan (konotasi)
berbanding deskripsi (denotasi). Osgood mengandaikan semua manusia
biasa tahu maksud “guruh”. Bagaimana manusia bertindak balas
terhadapnya? Bagaimana “rasa”nya? Osgood mendapati hanya tiga

87
dimensi diperlukan untuk melihat pengertian terhadap sesuatu kejadian.
Dapatan ini diperolehi setelah melakukan analisis fakta terhadap
kajiannya.

Kritikan yang dikemukakan terhadap teori ini ialah idea menggunakan


pengukuran kuantitatif terhadap “pengertian” dikatakan terlalu bercita-
cita tinggi. Terdapat juga sarjana yang mempersoalkan sama ada dengan
meletakkan perkataan dalam ruang semantik benar-benar dapat
mengukur pengertian. Namun, sekurang-kurangnya teori ini
melengkapkan sebahagian teori-teori pengertian, malah lebih baik.

Osgood telah mencipta teori pengertian tiga tahap. Pertama, Tahap


Sensasi Awal iaitu apabila perkataan “guruh” masuk ke saraf sensori,
didekod dan dikenal pasti sebagai petanda kepada sesuatu. Kedua,
pengertian tadi diperkembangkan melalui penggabungan input
pancaindera terhadap perkara yang dilihat. Akhirnya, stimulasi dalaman
dienkod kepada tindak balas terhadap perkataan yang didengari tadi.
Osgood menyatakan bahawa untuk menerangkan pengertian setiap
individu terhadap sesuatu kejadian adalah sangat kompleks.

Berikan contoh yang pernah berlaku dalam hidup anda


yang menerangkan tentang teori Perantara Makna.

6.2.4 Teori Kognitif Disonan (Cognitive Dissonance Theory)

Teori asas seterusnya dipelopori oleh Leon Festinger (1957) yang


berasaskan bidang psikologi iaitu teori tentang cara pemikiran manusia.
Manusia sentiasa mencari dan memberi alasan terhadap apa yang
diperlakukannya atau sebab mereka mengambil tindakan sedemikian.
Contohnya, anak anda inginkan sebuah robot permainan yang mahal
harganya. Maka, anda telah menawarkannya sebuah permainan yang lain
sebagai ganti. Pada masa ini, tentulah anak anda akan meradang dan anda
mulai memberi alasan-alasan supaya anak anda ini menerima tawaran
yang anda buat. Tawaran-tawaran yang anda kemukakan ini merupakan
dorongan agar kognitif anak anda itu menerima dan menukar fikirannya
bahawa dia juga akan mendapat keseronokan dengan mainan yang anda
tawarkan kepadanya.

Menurut Festinger, sekiranya anak anda tadi menerima permainan yang


anda tawarkan sebagai ganti tanpa persetujuan, ini bermaksud
perlakuannya tidak menyamai apa yang dia percaya. Sekiranya hal ini
berlaku, maka ketegangan mental atau disonan kognitif sedang dialami.
Usaha memujuk perlu dilakukan agar keadaan ini berubah dan perlakuan
serta kepercayaannya menjadi selari.

88
Teori ini menghujahkan bahawa pengalaman disonan (atau kepercayaan
dan tindakan) amat dibenci dan manusia akan cuba mengelakkannya.
Dalam usaha mengelakkan perasaan disonan ini, manusia akan mengelak
daripada menerima pandangan yang bertentangan dengan pandangan
mereka, menukar kepercayaan mereka agar bersesuaian dengan tindakan
dan mendapatkan pandangan lain setelah membuat keputusan yang
sukar.

Persoalan yang timbul dalam diri anda ialah bagaimana disonan wujud?
Disonan akan wujud dalam keadaan seseorang itu apabila beliau

(i) Mendedahkan diri kepada informasi-informasi yang baru.


(ii) Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik.
(iii) Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang bertentangan.

1. Mendedahkan diri kepada informasi yang baru

Pendedahan kepada informasi yang baru yang bertentangan dengan


kognitif akan menyebabkan wujudnya disonan. Apabila hal ini berlaku,
individu tadi akan cuba mengelak dan mencari informasi-informasi yang
konsonan.

2. Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik

Apabila wujud pilihan-pilihan yang sama menarik, maka individu itu akan
cuba mencari justifikasi mengapa satu-satu pilihan dibuat. Maka disonan
wujud dalam situasi ini iaitu individu tersebut memilih aspek-aspek
positif alternatif yang dipilih dan mengenal pasti aspek-aspek negatif
pilihan yang ditolak. Aspek-aspek positif pilihan yang dipilih dan aspek-
aspek pilihan yang ditolak ini ialah konsonan terhadap kognitif. Ia
dipercayai dan selaras dengan kognitif dari segi logik. Sebaliknya aspek-
aspek negatif pilihannya dan aspek-aspek positif pilihan yang tidak dipilih
ialah disonan dengan kognitif individu tersebut. Disonan tidak akan
wujud sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa pilihan yang lain untuk
dibandingkan.

3. Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang bertentangan

Festinger menggelar hal ini sebagai “kepatuhan yang dipaksa”. Ia


melibatkan penggunaan paksaan atau “pembujukan kuat” seperti
perjanjian memberi ganjaran untuk merangsang seseorang melakukan
sesuatu. Wujud disonan apabila individu yang menerima paksaan itu tadi
tidak mahu patuh pada arahan dan hanya melakukannya kerana terpaksa.
Contohnya, seorang pelajar bernama Othman yang mengikuti kursus di
sebuah universiti terpaksa mengambil kursus tersebut kerana perjanjian

89
yang telah ditandatanganinya dengan penaja. Othman sebenarnya tidak
berminat dengan kursus berkenaan. Tingkah laku Othman mengambil
kursus tersebut bertentangan dengan kognitifnya.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas menunjukkan penggunaan


disonan ialah motivasi yang mendorong seseorang individu itu
memikirkan semula sikap dan tingkah lakunya. Tahap disonan yang betul
akan memberi sokongan kepada individu untuk menukar pendapat dan
tingkah lakunya. Individu itu akan cuba melihat dan menilai semula
kepercayaan dan nilai yang mereka pegang dengan mengalami semula
disonan pada tahap tertentu.

Lebih banyak disonan, maka lebih hebat intensiti individu itu bertindak
untuk mengurangkan disonan dan berlakulah pengelakan situasi.
Disonan boleh mengakibatkan dua kesan terhadap individu yang
mengalaminya, bergantung kepada jenis elemen kognitif yang terlibat dan
jumlah konteks kognitif. Perubahan yang mungkin berlaku ialah pertama,
seseorang itu mungkin akan memikirkan semula tingkah lakunya dan
bertindak mengubahnya (cara pengelakan disonan) kedua, menolak
pendapat baru justifikasi-justifikasi lain untuk mengukuhkan
pegangannya.

Kritikan terhadap teori ialah berkaitan dengan Teori Kognitif Disonan


ini dikatakan terlalu kompleks dan persepsi kendiri lebih mudah difahami
(Daryl Bem). Namun, teori ini amat besar sumbangannya terhadap
bidang pemujukan. Taktik tekanan mungkin berhasil dilaksanakan
sekiranya ia dilakukan pada tahap yang betul. Tekanan yang terlalu tinggi
akan menyebabkan tindakan menjadi paksaan. Perubahan hasil teknik
pembujukan ini dikatakan tidak akan kekal lama.

6.2.5 Teori Interaksi Perlambangan (Symbolic Interactionism)

Teori Interaksi Perlambangan yang dipelopori oleh George Herbert


Mead (1969) ialah teori yang menjelaskan simbol sebagai asas
pembentukan identiti seseorang dan corak kehidupan sosialnya. Mead
menyenaraikan beberapa konsep penting dalam teori ini iaitu minda
(mind) yang didefinisikan sebagai kemampuan menggunakan simbol yang
mempunyai maksud sosial sepunya. Kemampuan ini diperoleh apabila
individu berupaya menggunakan bahasa dan mempelajari maksud sosial
yang dikaitkan kepada bahasa. Mempunyai minda di sini bermaksud
mampu berbahasa dan mempelajari makna yang dilekatkan kepada
sesuatu perkataan mengikut konteks komunitinya.

Konsep kedua ialah konsep kendiri iaitu kemampuan untuk merenungi


diri sendiri daripada perspektif individu lain. Bagaimana individu lain

90
menganggap kita dikatakan memberi kesan kepada konsep kendiri dan
tingkah laku kita.

Ketiga ialah konsep Aku dan Saya (I and Me) didefinisikan sebagai
keupayaan individu untuk menjadi objek dan subjek untuk diri sendiri.
Hal ini bermaksud kita boleh menjadi pelaku dan pemerhati kepada apa
yang kita sendiri lakukan. ‘Aku’ mewakili bahagian diri yang bertindak
kreatif, spontan, mengikut naluri dan kurang memberi perhatian kepada
peraturan dan kekangan sosial. Sementara ‘Saya’ pula mewakili bahagian
diri individu yang lebih sedar kepada peraturan, analisis, kritis dan
sentiasa bertugas memantau apa yang dilakukan oleh bahagian diri ‘aku’
tadi. Oleh itu, bahagian ‘saya’ dan ‘aku’ saling lengkap-melengkapi antara
satu sama lain menjadikan individu itu lebih unik, kreatif dan berbeza
daripada orang lain.

Keempat ialah konsep ‘mengambil peranan’. Ia didefinisikan sebagai


proses menghayati perseptif orang lain dan melihat pengalaman sendiri
daripada pandangan mereka. Terdapat dua kumpulan dalam konsep
keempat ini iaitu particular others iaitu orang-orang yang rapat dengan kita
seperti ibu bapa, pasangan hidup, rakan karib dan lain-lain. Generalized
others ialah orang-orang lain dalam persekitaran sosial kita.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teori ini menerangkan individu


mencipta maksud melalui

(i) Tindakan berlaku berdasarkan pemahaman atau maksud yang ada


padanya.
(ii) Maksud yang dicipta ialah berdasarkan pengalaman dan perasaan,
kejadian dan perseptif orang lain yang mempengaruhi individu
tersebut.
(iii) Maksud tercipta daripada pengalaman seseorang individu itu
berinteraksi dengan orang lain dan persekitarannya. Oleh itu,
maksud adalah sosial.

Kritikan yang dikemukakan terhadap teori ini ia dikatakan tidak


mempunyai konsep yang kukuh sebagai landasan. Sifatnya yang luas dan
umum menjadikannya kabur. Kritikan yang ketiga ialah mengenai harga
diri individu yang tidak diambil kira dalam andaian teori.

Sekiranya diri anda dapat berfungsi seperti mana konsep-


konsep yang diterangkan dalam Teori Interaksi
Perlambangan ini, agaknya berapa banyakkah masalah
sosial diri anda yang dapat anda atasi?

91
6.2.6 Pengurusan Koordinasi Makna (CMM) (Coordinated
Management of Meaning)

Teori asas komunikasi seterusnya yang akan kita bincangkan ialah Teori
Penyelarasan Pengurusan Makna yang dipelopori oleh Pearce dan
Cronen (1980). Sebelum itu, para pelajar harus ingat bahawa tujuan kita
mempelajari teori-teori asas ini ialah agar kita memahami apa perkara
asas yang berlaku apabila kita berinteraksi sesama manusia. Kita tidak
semestinya bersetuju dengan kesemua teori-teori ini, tetapi ia ialah alat
memahami situasi yang berlaku dalam realiti kehidupan.

Pada lewat 1970-an, W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen telah


membangunkan CMM. Menurut teori ini, dua individu yang berinteraksi
akan mencipta maksud terhadap perbualan mereka. Setiap individu ini
juga akan menghasilkan sistem interpersonal yang membantu
menerangkan tindakan dan tindak balas. Teori ini berkaitan dengan
beberapa teori lain seperti Teori Pengucapan, Teori Interaksi Simbolik
dan Teori Sistem.

Andaian asas teori ini ialah secara umumnya teori CMM mengatakan
bahawa individu yang terlibat dalam sesuatu perbualan akan membina
realiti sosial mereka sendiri. Pearce dan Cronen percaya bahawa teori ini
amat berfaedah kepada kehidupan harian kita. Individu dalam sesebuah
situasi sosial akan cuba memahami perkara-perkara yang sedang berlaku
dan menggunakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengenal pasti
sesuatu. Mereka bertindak dalam lingkungan pemahaman, menggunakan
peraturan-peraturan untuk membuat keputusan yang betul tentang
tindakan yang perlu diambil.

Pearce dan Cronen menggunakan istilah making social worlds untuk


menerangkan CMM, iaitu manusia mempunyai matlamat terhadap apa
yang mereka fikirkan perlu dan mulia, begitu juga apabila mereka benci
dan takutkan sesuatu. Mereka ingin mencapai sesuatu dalam hidup dan
berharap dapat menguruskan sesuatu konflik dengan baik. Koordinasi
menjadi sukar apabila dua individu melihat sesuatu perkara itu dengan
cara berlainan.

CMM dibina berdasarkan dua kaedah iaitu kaedah konstitutif; merupakan


kaedah yang penting untuk memahami maksud. Digunakan untuk
menjelaskan situasi atau mesej. Kaedah kedua ialah kaedah regulative iaitu
kaedah yang penting untuk menentukan tindakan, tindak balas atau
perlakuan.

92
CMM mencadangkan tiga cara mengaplikasikan perspektif komunikasi
kepada aktiviti dunia sosial (social worlds) iaitu koordinasi, koherans dan
misteri iaitu

(i) Koordinasi menjuruskan perhatian kita kepada cara tindakan


disatukan untuk menghasilkan bentuk. Bentuk-bentuk ini disatukan
menjadi acara dalam dunia sosial kehidupan kita. Koordinasi ini
akhirnya membina bentuk-bentuk aktiviti oleh lebih pelbagai
individu.
(ii) Koherans mengarahkan perhatian kita kepada cerita yang kita
sampaikan yang menyebabkan cerita itu tadi lebih bermakna. CMM
menerangkan bahawa kita bercerita pelbagai perkara secara
individu ataupun kolektif. Terdapat pelbagai ketegangan yang
berlaku yang menjadikan dunia sosial ini lebih mudah difahami
sepanjang kita berhubung (koordinat) dengan pihak lain.
(iii) Misteri digunakan untuk mengingatkan kita bahawa terdapat
banyak lagi perkara di dalam dunia ini selain apa yang dapat kita
lihat. Semua individu yang bercita-cita mengurangkan ciri
kehidupan ini ialah satu kesilapan. Oleh itu, misteri mendorong kita
berfikir bahawa dunia ini lebih besar daripada cerita-cerita yang kita
sampaikan dan dengar.

Teori CMM mengandaikan realiti dicipta bukan ditemui. Tindakan yang


dilaksanakan bergantung kepada kesan yang diterima daripada pihak lain.
Begitu juga kita memberi kesan kepada pihak lain melalui interaksi kita
dengannya.

Kedua, Teori CMM mengkaji keseluruhan interaksi secara holistik.


Individu-individu yang berinteraksi akan mengkoordinasikan tindakan
agar memberi kesan seperti yang diinginkan dan akhirnya kedua-dua
belah pihak dapat mengambil bahagian dengan selesa.

Kritikan terhadap teori ini ialah Teori CMM dikatakan satu teori makro
interaksi manusia yang lahir daripada pemikir-pemikir komunikasi
perucapan. Dua lapangan dilihat untuk mencapai pemahaman terhadap
manusia meliputi

(i) Melihat komunikasi daripada pandangan peserta interaksi. Hal ini


dapat mencipta maksud dan fungsi selain hanya menyampaikan
informasi.
(ii) CMM mengiktiraf percakapan ialah proses sosialisasi. Kita akan
lebih memahami diri kita dan orang lain dengan menyedari apa
yang diucapkan dan bagaimana sesuatu itu diucapkan. Hal ini
secara konstan akan mencipta persepsi terhadap dunia sosial kita.

93
Teori CMM ini dikatakan telah berjaya membantu menjelaskan nilai-nilai
kemanusiaan dalam interaksi berbanding Teori Informasi Shannon dan
Weaver yang telah kita pelajari sebelum ini. Teori CMM turut
menekankan aspek kemanusiaan yang merangkumi maksud serta cara
berinteraksi dengan menggunakan koherans, koordinasi dan misteri
dalam interaksi. Kita dapat menyedari bahawa tingkah laku kita ialah hasil
andaian tentang bagaimana kita membuat tanggapan terhadap individu-
individu lain. Tanggapan kita mungkin berlainan, namun komunikasi
masih boleh terus berlaku dengan syarat kedua-dua belah pihak faham
mereka datang daripada latar belakang yang berbeza dan mereka akan
mencari titik persamaan yang memenuhi keperluan mereka.

Namun begitu, kelemahan yang ketara pada teori ini ialah

(i) Ia telah menggunakan istilah yang terlalu banyak. Pearce dan


Cronan cuba untuk membuatkan orang lain faham teori ini
daripada pandangan mereka.
(ii) Teori CMM gagal untuk memberi fokus utama terhadap perkara
terpenting dalam interaksi komunikasi.
(iii) Teori CMM memberi fokus kepada situasi semasa (now). Ia tidak
menerangkan atau membuat ramalan bagaimana teori ini boleh
memberi kesan terhadap kejadian akan datang atau situasi
komunikasi masa depan.
(iv) Teori ini dibina dalam perspektif ilmu kemanusiaan. Mengikut
perspektif ini, teori ini mesti dinilai berdasarkan kriteria
interpretif. Kekuatan teori ini ialah ia memberi satu pengalaman
dan pemahaman baru kita terhadap aktiviti manusia dalam
perbualan. Namun, kemajuan yang dicapai ini tidak mendapat
sokongan para sarjana komunikasi kerana keraguan standard
saintifik dan kebolehujiannya.

6.2.7 Teori Himpunan Tindakan (Action Assembly Theory)

Teori Himpunan Tindakan yang dipelopori oleh John Greene (1984)


menerangkan perubahan dalam proses mental individu dalam
menghasilkan mesej yang akhirnya didengari khalayak. Minatnya ialah
terhadap hasil akhir yang dikeluarkan oleh minda manusia. Secara
khususnya Greene cuba menggambarkan hubungan antara apa yang kita
tahu dengan tindakan yang berlaku, iaitu bagaimana pemikiran ditukar
kepada tindakan. Sebagai seorang pensyarah dalam bidang komunikasi di
Purdue University, Greene berminat untuk melihat bagaimana manusia
menghimpunkan tindakan verbal iaitu bagaimana kita membuat
perancangan untuk mengeluarkan ucapan.

94
Teori ini mengambil kira bagaimana cara individu itu membezakan antara
mendapatkan informasi dan menggunakannya. Penghasilan tingkah laku
menurut teori ini melibatkan dua proses penting iaitu

(i) Cara mendapatkan elemen-elemen prosedur yang sebaik-baiknya


daripada memori jangka panjang.
(ii) Penyatuan elemen-elemen ini untuk membentuk output sebagai
mewakili tindakan yang akan diambil.

Menurut teori ini, pembinaan tindakan-tindakan kita ialah daripada


rekod-rekod prosedur yang disimpan dalam kotak hitam mental memori
jangka panjang. Matlamat rekod prosedur boleh melibatkan tindakan,
perasaan, kepercayaan dan sebagainya yang berpotensi di bawah tahap
sedar. Setiap satu peraturan ini disimpan dalam fikiran kerana sekurang-
kurangnya sekali pada masa lampau individu itu menyedari kaitan antara
apa yang beliau inginkan dengan tindakan yang diambil.

Teori Himpunan Tindakan ini menyatakan bahawa lebih banyak rekod-


rekod prosedur diamalkan, terutamanya pada jangka masa terkini,
semakin kuatlah apa yang diperolehi. Proses ini dilabelkan sebagai proses
pengaktifan (activation).

Greene percaya bahawa pencarian maklumat ini bukanlah dibuat secara


rawak. Fikiran manusia adalah sistematik dan proses pemilihan yang
dijangkakan berlaku ialah sesetengah rekod-rekod prosedur diaktifkan
dan sesetengahnya pula ialah pasif. Analogi ini dikatakan tidak praktikal
pada masa pemilihan dibuat secara sedar.

Mengapa sesetengah rekod-rekod prosedur ini tidak dapat diaktifkan?


Menurut teori ini sesetengah rekod-rekod prosedur ini tidak diaktifkan
kerana pengaktifan ialah proses yang wujud di bawah tahap sedar, ia
tidak memaklumkan kapasiti pemprosesan berpusat. Oleh itu, sesetengah
rekod-rekod prosedur yang terpendam ini ialah ia kurang dilatih dan
diaktifkan. Oleh itu, kini ia menjadi tugas minda bagi membantu menarik
laluan bersama sebagai gambaran output.

Teori ini mengatakan bahawa himpunan rekod-rekod prosedur yang


telah diaktifkan ialah gambaran output terhadap tindakan yang perlu
diambil.

Gambaran ouput ini ialah pelan tindakan yang terpecah kepada tingkah
laku sebenar. Terdapat tiga perkara dalam pelan tindakan ini:

(i) Hierarkinya yang semakin spesifik sedikit demi sedikit daripada


atas ke bawah.

95
(ii) Matlamat sosial mempraktikkan kawalan atas ke bawah.
Contohnya seperti cogan kata yang memberi semangat kepada
pekerja. Cogan kata ini akan menyebabkan wujudnya tindakan
yang selari dengan kehendak pihak atasan oleh para pekerja.
Secara tidak disedari, pemilihan perkara dalam cogan kata
berkenaan menyumbang kepada pencapaian matlamat sosial di
kalangan pekerja seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan
organisasi.
(iii) Tindakan pada tahap horizontal yang sama hanya boleh dirancang
dalam satu masa.

Proses Menghimpunkan Gambaran Output diandaikan oleh Teori


Himpunan Tindakan melibatkan penglibatan memori jangka panjang kita
yang mengandungi berjuta rekod-rekod prosedur yang menjalinkan
tindak balas lepas dengan akibatnya. Kepelbagaian tahap kekuatan
bergantung kepada seberapa kerap kita menggunakannya. Sesuatu unit
itu diaktifkan di tahap di mana sesuatu situasi ia terbentuk sepadan
dengan suasana persekitaran matlamat kita sekarang.

Greene menjalankan kajian berkaitan pengucapan. Beliau mengukur


jangka masa senyap seseorang pengucap apabila ingin memberi jawapan
kepada soalan yang dikemukakan dan juga ketidakfasihan yang wujud
ketika memberi jawapan untuk menentukan tahap pemprosesan mental.

Greene menjelaskan bahawa tiada ‘pengganti’ kepada persediaan yang


lengkap sebelum berucap. Sekiranya pengucap telah menghimpun
perkataan dan tindakan sebelum berucap, pengucap akan mempunyai
masa untuk memberi perhatian kepada khalayak dan maklum balas yang
ditunjukkan.

Teori Himpunan Tindakan ini dikritik kerana membuat andaian tentang


proses kognitif. Teori ini yang mendakwa latihan dan persediaan akan
menyebabkan kefasihan ialah perkara yang telah dibuktikan sebelum ini.
Oleh itu, teori ini dikatakan tidak mencipta landasan baru.

Teori ini juga mengandaikan bahawa manusia belajar daripada apa yang
telah berlaku daripada konsep rekod-rekod prosedurnya. Namun
kenyataannya, manusia sering tidak belajar daripada apa yang pernah
dialami sebelum ini.

Greene mengakhiri bahawa teorinya ini terlalu komplikated dan sukar


diuji. Hal ini kerana beliau bimbang teori yang terlalu mudah tidak akan
menggambarkan proses minda yang kompleks. Namun, ramai pelajar-

96
pelajarnya yang berusaha memahami idea Greene ini membuat
kesimpulan bahawa ideanya ini mencecah hal sebenarnya terjadi dalam
proses minda manusia.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang dimaksudkan dengan teori-teori asas


komunikasi?
2. Apakah definisi istilah informasi yang digunakan
oleh Shannon dan Weaver?
3. Apakah andaian-andaian Teori Informasi ini?
4. Huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
Penyelarasan Pengurusan Pengertian (CMM)?
5. Apakah yang boleh dilakukan apabila berlaku
ketidakselarasan kepercayaan dan kelakuan mengikut
Teori Kognitif Disonan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Sekiranya diri anda dapat berfungsi seperti mana konsep-


konsep yang diterangkan dalam Teori Interaksi
Perlambangan ini, agaknya berapa banyakkah masalah
sosial diri anda yang dapat anda atasi?

6.3 RUMUSAN

Dalam Bab 6 ini kita telah mengikuti penerangan mengenai teori-teori


asas komunikasi. Teori-teori asas komunikasi ini terhasil daripada
pelbagai bidang seperti sosiologi, linguistik, psikologi dan lain-lain.
Kajian-kajian yang dilakukan banyak tertumpu kepada bagaimana
maksud tercipta dan bagaimana ia diterjemahkan kepada tingkah laku
manusia. Teori-teori asas ini memberi fokus kepada komunikasi
intrapersonal dan komunikasi interpersonal yang berlaku. Maksud yang
tercipta bergantung kepada diri individu dan bukannya perkataan, iaitu
bagaimana manusia itu membuat tafsiran terhadap simbol-simbol yang
diterima. Pentafsiran ini pula bergantung kepada banyak aspek yang agak
berbeza daripada seorang pengkaji kepada yang lain.

97
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan bagaimana simbol menjadi asas pembentukan diri


individu yang diperkatakan oleh Teori Interaksi Perlambangan
dan Teori Kognitif Disonan.
2. Bandingkan andaian-andaian yang dibuat oleh Teori Pengurusan
Koordinasi Makna (CMM) dan Teori Perantaraan Makna (MTM)
dalam membentuk tindak balas individu.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori-teori asas komunikasi digunakan untuk menerangkan dan


mengenal pasti konsep-konsep asas berkomunikasi. Ia
menjelaskan interaksi dalam berkomunikasi yang asas bagi
menerangkan perlakuan manusia. Ciri-ciri teori asas ini ialah ia
tidak mempunyai had masa iaitu ia boleh menerangkan fenomena
yang berlaku pada masa dulu, sekarang dan meramal fenomena
akan datang.

2. Shannon membentuk satu teori teknikal, maka pengertian


“informasi” yang digunakan juga ialah teknikal. Informasi bagi
Shannon bererti peluang untuk mengurangkan ketidakpastian.

3. Andaian-andaian mengenai Teori Informasi ini ialah pertama


lebih tinggi medan kebebasan memilih mesej oleh seseorang
individu, maka lebih sukarlah untuk diramalkan penerimaan.
Andaian keduanya ialah gangguan ialah musuh informasi. Bagi
kedua-dua Shannon dan Weaver, bunyi bising yang mengganggu
lebih daripada hanya bunyi lain yang kedengaran atau statik
dalam talian. Ia adalah apa saja yang tidak dirancang oleh sumber.
Kebisingan atau gangguan ini termasuklah tulisan yang comot,
suara yang tidak jelas, pergerakan visual yang keterlaluan dan
boleh mengganggu konsentrasi, semuanya ialah gangguan. Oleh
itu, gangguan dianggap sebagai sesuatu yang boleh menyekat
keupayaan saluran membawa informasi daripada transmitter
kepada penerima.

98
4. Pada lewat 1970-an, W. Barnett Pearce dan Vernon Cronen telah
membangunkan CMM. Menurut teori ini, dua individu yang
berinteraksi akan mencipta maksud terhadap perbualan mereka.
Setiap individu ini juga akan menghasilkan sistem interpersonal
yang membantu menerangkan tindakan dan tindak balas. Teori
ini berkaitan dengan beberapa teori lain seperti Teori
Pengucapan, Teori Interaksi Simbolik dan Teori Sistem.

Secara umumnya teori CMM mengatakan bahawa individu yang


terlibat dalam sesuatu perbualan akan membina realiti sosial
mereka sendiri. Pearce dan Cronen percaya bahawa teori ini amat
berfaedah kepada kehidupan harian kita. Individu dalam
sesebuah situasi sosial akan cuba memahami perkara-perkara
yang sedang berlaku dan menggunakan peraturan-peraturan
tertentu untuk mengenal pasti sesuatu. Mereka bertindak dalam
lingkungan pemahaman, menggunakan peraturan-peraturan
untuk membuat keputusan yang betul tentang tindakan yang
perlu diambil.

Pearce dan Cronen menggunakan istilah making social worlds untuk


menerangkan CMM, iaitu manusia mempunyai matlamat
terhadap apa yang mereka fikirkan perlu dan mulia, begitu juga
apabila mereka benci dan takutkan sesuatu. Mereka ingin
mencapai sesuatu dalam hidup dan berharap dapat menguruskan
sesuatu konflik dengan baik. Koordinasi menjadi sukar apabila
dua individu melihat sesuatu perkara itu dengan cara berlainan.

CMM dibina berdasarkan dua kaedah:

(i) Kaedah konstitutif iaitu kaedah yang penting untuk


memahami maksud. Digunakan untuk menjelaskan situasi
atau mesej.
(ii) Kaedah regulatif iaitu kaedah yang penting untuk
menentukan tindakan, tindak balas atau perlakuan.

Teori CMM mengandaikan realiti dicipta bukan dijumpai.


Tindakan yang dilaksanakan bergantung kepada kesan yang
diterima daripada pihak lain. Begitu juga kita memberi kesan
kepada pihak lain melalui interaksi kita dengannya. Teori CMM
mengkaji keseluruhan interaksi secara holistik. Individu-individu
yang berinteraksi akan mengkoordinasikan tindakan agar
memberi kesan seperti yang diinginkan dan akhirnya kedua-dua
belah pihak dapat mengambil bahagian dengan selesa.

99
5. Perkara yang boleh dilakukan apabila berlaku ketidakselarasan
kepercayaan dan kelakuan mengikut Teori Kognitif Disonan
ialah

(a) Mendedahkan diri kepada informasi yang baru

Pendedahan kepada informasi yang baru yang bertentangan


dengan kognitif akan menyebabkan wujudnya disonan. Apabila
hal ini berlaku, individu tadi akan cuba mengelak dan mencari
informasi-informasi yang konsonan.

(b) Wujudnya pilihan-pilihan yang menarik

Apabila wujud pilihan-pilihan yang sama menarik, maka


seseorang individu itu akan cuba mencari justifikasi mengapa
satu-satu pilihan dibuat. Maka disonan wujud dalam situasi ini
iaitu individu tersebut memilih aspek-aspek positif alternatif yang
dipilih dan mengenal pasti aspek-aspek negatif pilihan yang
ditolak. Aspek-aspek positif pilihan yang dipilih dan aspek-aspek
pilihan yang ditolak ini ialah konsonan terhadap kognitif. Ia
dipercayai dan selaras dengan kognitif dari segi logik. Sebaliknya
aspek-aspek negatif pilihannya dan aspek-aspek positif pilihan
yang tidak dipilih ialah disonan dengan kognitif individu tersebut.
Disonan tidak akan wujud sekiranya kita tidak mempunyai apa-
apa pilihan yang lain untuk dibandingkan.

(c) Induksi kepada sikap atau tingkah laku yang


bertentangan

Festinger menggelar hal ini sebagai “kepatuhan yang dipaksa”. Ia


melibatkan penggunaan paksaan atau “pembujukan kuat” seperti
perjanjian memberi ganjaran untuk merangsang seseorang
melakukan sesuatu.

100
BAB 7

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan teori-teori yang terdapat dalam komunikasi
interpersonal atau komunikasi antara perseorangan.
2. Membincangkan definisi teori-teori komunikasi interpersonal
tersebut.
3. Menjelaskan kaedah-kaedah dan contoh-contoh komunikasi
interpersonal yang biasanya menjadi amalan seseorang.
4. Mengenal pasti kebolehan komunikasi interpersonal di
kalangan pelajar.
5. Menggunakan ilmu komunikasi interpersonal dalam
kehidupan seharian pelajar.

7.1 PENGENALAN

Dalam bab ini anda akan diberikan penjelasan makna Komunikasi


Interpersonal atau Komunikasi antara Perseorangan. Menurut Beebe,
Beebe dan Redmond (1999), komunikasi interpersonal akan berlaku
apabila seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain
dan saling pengaruh-mempengaruhi dengan tujuan mengendalikan
proses interaksi tersebut. Contohnya, jika anda mempunyai seorang
kawan atau teman sebilik di asrama kenapa anda boleh mengekalkan
hubungan dengan kawan tersebut? Biasanya hubungan tersebut boleh
terjalin dengan baik dan berkekalan kerana anda boleh berinteraksi antara
satu sama lain. Inilah yang dikatakan hubungan komunikasi interpersonal
yang positif.

Biasanya komunikasi interpersonal ini wujud apabila adanya


persefahaman, keserasian, hubungan yang intim, kecintaan yang
mendalam dan rasa tidak boleh berpisah dengan seseorang. Dalam hal ini
ianya melibatkan rasa mesra, boleh berkongsi keyakinan dan masalah,
wujudnya sikap tolong-menolong dan sebagainya. Ini bertepatan dengan
apa yang diutarakan oleh Adler et al. (1999) bahawa komunikasi
interpersonal bolehlah dianggap sebagai satu proses transaksi berterusan

101
dan biasanya melibatkan mereka yang berada pada suatu suasana yang
sama pengertian serta boleh mewujudkan hubungan melalui pertukaran
mesej antara mereka. Jelasnya, komunikasi interpersonal berlaku apabila
terdapat sekurang-kurangnya dua individu berkomunikasi secara
bersemuka dan terdapat maklum balas yang cepat.

Menurut Griffin (2000) terdapat sepuluh teori yang boleh dikategorikan


dalam Teori Komunikasi Interpersonal, iaitu Interaksi Simbol (Symbolic
Interactionism), Pengurusan Koordinasi Makna (Coordinated Management of
Meaning), Teori Melampaui Jangkaan (Expectancy Violations Theory), Teori
Pengkaburan Interpersonal (Interpersonal Deception Theory), Kritikan
Konstruktivisme (Constructivism), Teori Penembusan Sosial (Social
Penetration Theory), Teori Pengurangan Ketidakpastian (Uncertainty
ReductionTheory), Pandangan Interaksi (Interaction View), Perhubungan
Dialek (Relational Dialectics) dan Teori Keadilan Sosial (Social Judgement
Theory).

Setelah disenaraikan beberapa teori dalam Teori Komunikasi


Interpersonal, maka kini anda akan diperjelaskan kepada setiap teori
tersebut.

7.2 TEORI INTERAKSI SIMBOL (SYMBOLIC


INTERACTIONISM)

Teori Interaksi Simbol ini telah diperkenalkan oleh George Herbert


Mead (1934). Beliau telah memperjelaskan mengenai kesan komunikasi
antara manusia. Pada pendapat beliau, biasanya manusia membuat
keputusan secara subjektif melalui apa yang difahaminya. Kehidupan
manusia banyak bergantung kepada interaksi sosial yang biasa dialaminya.
Manusia juga memahami sesuatu melalui pengalaman serta peranan
simbol yang membentuk masyarakat tersebut. Lazimnya manusia
membuat interpretasi terhadap sesuatu perkara berdasarkan sumber yang
dianggap relevan hasil daripada interaksi dan penerimaan masyarakat.

Menurut George Herbert Mead (1934) lagi, terdapat tiga prinsip utama
teori ini, iaitu makna, bahasa dan pemikiran. Ketiga-tiga prinsip ini
memberikan rumusan terhadap diri dan sistem masyarakat dalam
komuniti yang lebih besar. Contohnya, mengapa anda memberhentikan
kereta anda apabila lampu merah menyala di persimpangan yang terdapat
lampu isyarat? Lampu merah tersebut seolah-olah berinteraksi dengan
anda. Masyarakat umumnya telah mengetahui bahawa lampu merah
menandakan seseorang pemandu perlu berhenti dan ini menunjukkan
berlakunya interaksi simbol antara lampu tersebut dengan manusia.

102
Makna yang diberikan oleh seseorang itu biasanya berdasarkan tindak-
tanduk atau tingkah laku seseorang itu daripada persepsi masyarakat.
Tingkah laku tersebut berupaya membentuk makna atau tanda kepada
diri seseorang dan apa yang difikirkannya. Kita ambil contoh masyarakat
Jepun. Mereka akan menundukkan kepala apabila bertemu dengan orang
yang lebih tua bagi menandakan rasa hormat mereka. Malah masyarakat
Melayu juga diajar bersopan dengan membongkokkan badan ketika
berjalan melintasi hadapan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat
kepada mereka. Interaksi simbol ini jelas memberi makna kepada
komunikasi interpersonal seseorang itu.

Bahasa yang digunakan juga merupakan sumber makna kerana apa yang
terkeluar daripada mulut anda yang membentuk bahasa akan
memperlihatkan sikap dan sifat anda sama ada lembut, kasar, benci,
geram, suka dan sebagainya. Kalau anda marah, pasti bahasa yang
digunakan agak kasar seperti “Keluar! Keluar! Keluar! Saya benci awak!”.
Bahasa yang digunakan oleh seseorang dapat menggambarkan
komunikasi interpersonal yang terdapat dalam dirinya. Malah bahasa juga
dapat memperlihatkan masyarakat sekitarnya. Kita ambil contoh kalau
pelajar dari Kelantan bertemu dengan pelajar Kelantan lain di depan
pintu kuliah. Mereka akan menggunakan bahasa atau dialek Kelantan bila
berkomunikasi. Mereka berasa puas apabila dapat menggunakan dialek
tersebut ketika berinteraksi sesama mereka. Bagi mereka berinteraksi
dengan menggunakan dialek Kelantan tersebut dapat menonjolkan
simbol persabahatan yang kukuh dan intim antara mereka.

Pemikiran juga mempunyai perkaitan dengan komunikasi interpersonal


kerana manusia suka membuat interpretasi terhadap apa yang
dikomunikasikan. Contohnya, jika sebuah kereta dengan lajunya tiba-tiba
telah memotong kereta anda sedangkan terdapat kereta lain di hadapan
sehingga anda terbabas untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan.
Kemungkinan anda akan melakukan reaksi di luar kawalan seperti secara
spontan mengeluarkan penumbuk melalui tingkap kereta menandakan
anda marah dengan sikap biadap pemandu tadi. Selalunya apa yang
terdapat dalam minda akan terpancul keluar melalui perbuatan.

Jika anda suka umpamanya, pasti anda akan tertawa atau senyum. Begitu
juga kalau sebaliknya, jika sedih anda akan menangis atau kelihatan sugul
sahaja. Ini semua memperlihatkan bahawa komunikasi interpersonal
dicernakan melalui proses interaksi simbol ini.

Cuba anda interpretasikan tindakan rakan sebelah anda


jika anda merampas pensil di tangannya semasa dia
sedang menulis.

103
7.3 PENGURUSAN KOORDINASI MAKNA (COODINATED
MANAGEMENT OF MEANING)

Teori ini telah diperkenalkan oleh Vernon Cronen, Barnett Pearce dan
Linda Harris (1979) yang menyatakan bahawa interaksi seseorang itu
lazimnya dapat memperlihatkan personaliti dan pengaruh sosial
seseorang. Pembinaan peribadi dan proses komunikasi seseorang yang
baik dapat membentuk satu kesatuan matlamat yang membolehkan
manusia hidup aman dan sejahtera. Teori pengurusan koordinasi makna
ini lebih menekankan komunikasi interpersonal yang berpusatkan cara
bagaimana seseorang itu berkomunikasi. Adakalanya cara penyampaian
lebih penting daripada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Dalam teori pengurusan koordinasi makna ini selalunya bermula dengan


proses persepsi seseorang terhadap orang lain. Biasanya persepsi tersebut
bergantung kepada sifat kendiri seseorang itu sama ada positif atau
negatif. Ini bergantung juga kepada keakraban hubungan antara
seseorang itu dan akhirnya akan menghasilkan tindakan.Contohnya,
seorang pegawai polis yang menjawab panggilan telefon. Biasanya
dengan tegas beliau akan memberitahu nama, pangkatnya dan dengan
siapa kita ingin berurusan melalui telefon. Sikap serius dan tegas ini
memperlihatkan disiplin yang mereka terima selama ini melalui latihan
dan pembentukan kendiri sebagai anggota keselamatan.

Contoh lain, seorang ayah yang baik akan memuji anaknya walaupun
mendapat markah rendah dalam kelas, tetapi kemudian memberikan
ransangan dan motivasi kepada anaknya supaya lebih tekun lagi
mengulang kaji pelajaran agar menjadi pelajar yang berjaya. Pengalaman
dan latihan yang diperolehi manusia untuk berinteraksi biasanya akan
mempengaruhi caranya melakukan komunikasi interpersonal. Seorang
anak umpamanya, terpengaruh dengan setiap apa yang dituturkan oleh
seorang ibu atau bapanya kerana proses pengurusan makna kedua-dua
ibu bapa tersebut amat bererti dalam diri mereka. Jelasnya, pengurusan
koordinasi makna ini dapat membentuk sikap dan cara seseorang itu
melakukan komunikasi interpersonalnya.

Cuba anda nasihatkan rakan anda tentang betapa


pentingnya menuntut ilmu? Apakah reaksi beliau
terhadap nasihat anda itu?

104
SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah makna komunikasi interpersonal


menurut pendapat Beebe, Beebe dan Redmond
(1999)?
2. Bagaimana komunikasi interpersonal boleh
berlaku?
3. Siapakah yang menyebutkan bahawa komunikasi
interpersonal merupakan satu proses transaksi
yang berterusan dan biasanya melibatkan mereka
yang berada pada suatu suasana yang sama
pengertian serta boleh mewujudkan hubungan
melalui pertukaran mesej antara mereka?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Trenholm, S. & Jensen, A. (1992). Interpersonal


communication. Belmout: Wadsworth.

Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication.


Canada: Wadsworth.

7.4 TEORI JANGKAAN MELAMPAU (EXPECTANCY


VIOLATIONS THEORY)

Teori jangkaan melampau ini telah diperkenalkan oleh Judee Burgoon


(1986) yang memperjelaskan mengenai proses ruang, jarak, saiz dan
bentuk komunikasi seseorang itu yang dapat memperlihatkan keintiman
mereka. Bagi beliau apabila sesuatu perkara yang ingin dibincangkan
melibatkan sama ada formal atau tidak formal, mesra atau tidak mesra
bergantung kepada non-verbal yang wujud dalam bentuk jarak, konteks
mata dan kerapatan badan mereka yang berinteraksi tersebut. Beliau
percaya bahawa zon yang dibina oleh seseorang ketika berkomunikasi
akan memberi makna hubungan antara mereka.

Contohnya, jika berlaku jarak perbualan seseorang itu antara 0 hingga 18


inci, maka kedua-dua mereka yang berkomunikasi itu dapat dianggap
sangat rapat hubungannya. Jarak ini mungkin berlaku apabila pasangan

105
kekasih sedang berbual mesra atau pasangan suami-isteri atau mungkin
juga seorang ibu sedang berbisik sesuatu kepada anaknya.

Manakala bagi jarak antara 18 inci hingga 4 kaki, dianggap sebagai jarak
personal. Proses interaksi ini mungkin berlaku antara seorang sahabat
dengan sahabat baiknya atau antara ketua dengan pekerja yang sama
jantina. Mereka mungkin sedang berbincang mengenai gerai makan yang
akan dijunjungi waktu tengah hari nanti atau tentang teman wanita
mereka yang bermasalah.

Manakala jarak antara 4 kaki hingga 10 kaki dianggap sebagai jarak sosial.
Jarak ini mungkin berlaku apabila terdapatnya perbincangan atau sesi
mesyuarat antara ketua dengan pekerjanya dalam sebuah bilik mesyuarat
yang berbentuk formal. Manakala jarak 10 kaki ke atas merupakan jarak
publik. Jarak ini selalu berlaku apabila ada sesi ceramah dan biasanya
penceramah dengan penonton berada pada situasi ini ketika dalam
sebuah dewan.

Selain itu, cara seseorang itu mengadakan konteks mata juga penting dan
ianya dapat memperlihatkan reaksi seseorang. Jika anda ditemu duga dan
anda takut untuk bertentang mata dengan mereka yang menemu duga
anda, maka reaksi tersebut sedikit sebanyak memberikan implikasi negatif
bahawa anda tidak jujur untuk berkomunikasi dan tidak yakin dengan apa
yang anda ingin tutur atau ucapkan. Jelasnya, jarak interaksi seseorang itu
dapat memberikan interpretasi terhadap keintiman hubungan seseorang.
Begitu juga dengan konteks mata yang dilakukan akan memberikan
jangkaan terhadap komunikasi interpersonal yang wujud.

Cuba anda masuk dalam lif dan terus memerhatikan


setiap orang dalam lif tersebut. Apa yang akan berlaku?

7.5 TEORI PENGKABURAN INTERPERSONAL


(INTERPERSONAL DECEPTION THEORY)

Teori Pengkaburan Interpersonal ini telah dipopularkan oleh David


Buller dan Judee Burgoon (1996) yang mendapati ramai manusia dalam
banyak situasi tidak bersikap jujur ketika berkomunikasi. Mereka pada
dasarnya berkomunikasi dengan jujur, tetapi pada hakikatnya ada tujuan
atau mesej tertentu di sebalik kegiatan komunikasi yang dijalankan.
Dalam hal ini terdapat tiga strategi penipuan komunikasi yang biasa
berlaku, iaitu pemalsuan, merahsiakan dan mengelirukan. Dalam
melaksanakan komunikasi interpersonal bentuk ini, menurut David
Buller dan Judee Burgoon (1996) wujudnya komunikasi dua hala antara

106
komunikator dan komunikan. Biasanya mereka yang berinteraksi ini cuba
mempengaruhi antara satu sama lain dan semasa berlakunya komunikasi
antara mereka inilah, wujud pula apa yang dikatakan komunikasi
mengkaburkan yang berbentuk pemalsuan, merahsiakan dan
mengelirukan.

Contohnya, jika berlaku perbincangan antara dua orang sahabat tentang


politik negara, hujah yang digunakan oleh seorang sahabat yang pro
kepada pemerintah sering tidak berlandas atau bersandarkan sumber
yang tidak pasti kebenarannya atau sumber yang tidak diiktiraf
kewibawaannya. Pujian yang diberikan kepada tokoh politik tertentu
terlalu tinggi sehingga tidak munasabah pada logik akal. Ada isu yang
dipalsukan kebenarannya semata-mata kerana dia “bias” kepada
pemerintah. Manakala seorang sahabat lain terlalu anti pemerintah. Apa
yang dibicarakan semuanya bersifat negatif kepada tokoh-tokoh tertentu
tanpa sebarang sandaran yang kukuh. Kedua-dua sahabat ini dianggap
melakukan pengkaburan interpersonal semasa berkomunikasi.

Adakalanya komunikasi interpersonal berbentuk pengkaburan berlaku


apabila seseorang cuba merahsiakan sesuatu peristiwa atau insiden yang
berlaku, tetapi daripada air mukanya dapat memperlihatkan
ketidakjujurannya semasa bertutur. Contohnya, jika seorang bekas isteri
yang telah diceraikan oleh suaminya bersikap tidak ambil kisah atau
tertawa ketika menceritakan peceraiannya. Ini bermakna, beliau cuba
menyembunyikan kesedihan yang dialaminya. Terdapat juga manusia bila
menghadapi sesuatu masalah bertindak dengan melakukan penipuan bagi
melepaskan diri. Contohnya, seorang pekerja yang datang lambat ke
tempat kerja akan mencipta pelbagai alasan agar tidak dimarahi oleh
ketuanya.

Terdapat juga kekaburan interpersonal apabila sesuatu interaksi yang


berlaku tidak menggambarkan perkara sebenarnya. Contohnya, seorang
lelaki yang bertali leher dan kelihatan segak dengan kereta mewah telah
menawarkan program atau skim cepat kaya. Ramai penduduk kampung
yang tertarik dengan komunikasi interpersonalnya lalu menjual harta
untuk sama-sama mengikuti skim cepat kaya tersebut. Tetapi apa yang
berlaku ialah penipuan dan inilah yang mengelirukan mereka yang terlibat
dalam skim tersebut.

Tanya rakan anda sama ada dia faham atau tidak isi
kandungan modul Teori Komunikasi UPJJ, UUM yang
diberikan kepadanya? Lihatlah kejujuran beliau ketika
mengeluarkan kata-katanya.

107
7.6 TEORI KONSTRUKTIVISME (CONSTRUCTIVISM)

Teori ini dipelopori oleh Jesse Delia, Barbara, J. O’Keefe dan Daniel, J.
O’ Keefe (1982), dengan mengutarakan alat pengukuran bagi
memperoleh keputusan tentang komunikasi interpersonal yang disebut
sebagai get inside your head. Teori konstruktivisme oleh Jesse Delia,
Barbara, J. O’ Keefe dan Daniel, J. O’Keefe (1982) ini telah mengguna
pakai Walter Crockett Role Category Questionnaire (RCQ) yang
diperkenalkan oleh Crockett W. H (1965) sebagai asas mendapat
keputusan terhadap komunikasi interpersonal. Menurut Griffin (2000)
setiap yang dikomunikasikan ialah apa yang terdapat dalam minda
seseorang penutur itu.

Matlamat komunikasi interpersonal akan mencapai kejayaan sekiranya


perilaku pengamal bersikap terbuka dan jujur semasa berkomunikasi.
Contohnya, jika seseorang itu marah, maka sikap kemarahannya akan
ditonjolkan hasil daripada apa yang tersimpan dalam mindanya. Seorang
ketua dalam organisasi akan memberikan arahan kerja kepada pekerja
sokongannya apabila dia memikirkan kepentingan kerja tersebut bagi
meningkatkan prestasi organisasi. Hasil arahan kerja tersebut, akan
berlaku pula maklum balas atau kritikan sama ada positif atau negatif
daripada para pekerja hasil yang terdapat dalam minda mereka.

Begitu juga jika anda memberikan kritikan terhadap rakan sekuliah anda
yang meniru tugasan rakan lain untuk memudahkan kerja beliau. Teguran
anda mungkin tidak akan dilayani kerana dia meniru disebabkan tidak
mempunyai masa untuk membuat tugasan tersebut. Itulah jalan paling
mudah yang terfikir oleh beliau. Rakan anda juga mungkin
membayangkan bahawa anda juga mungkin akan bertindak sedemikian
sekiranya berada di tempatnya.

Bagaimana perasaan anda sekiranya sahabat anda tiba-tiba


mengkriti anda kerana menceritakan kisah teman
wanitanya kepada rakan yang lain?

7.7 TEORI PENEMBUSAN SOSIAL (SOSIAL


PENETRATION THEORY)

Teori Penembusan Sosial telah diutarakan oleh Irwin Altman dan


Dalmas Taylor (1973) dengan menjelaskan, proses komunikasi
interpersonal bertujuan untuk berkongsi maklumat antara seseorang.
Dalam teori ini konsep utamanya ialah personaliti diri seperti bawang
besar yang mempunyai lapisan luar atau kulit yang nipis, diikuti dengan
lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam semakin kuat dan padat. Ini

108
bermakna, semakin lama kita berkenalan atau melakukan komunikasi
interpersonal, maka semakin kita mengetahui isi hati kenalan kita itu.

Lebih banyak seseorang itu mengetahui tentang pasangan mereka, maka


komunikasi akan menjadi bertambah peribadi. Ini bererti, sekiranya kita
telah lama mengenali rakan atau sahabat kita, maka semakin kita
mengetahui kegemaran, cita-cita, kebaikan sifat atau keburukan
peribadinya. Biasanya perkara luaran lebih kerap diceritakan kepada
teman baru seperti kursus yang diambil, asal mereka dan minat.
Kemudian berlakunya pendedahan kendiri dengan memahami cita-cita,
jadual hariannya dan kelemahan peribadinya.

Lazimnya tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal


perkenalan, tetapi menjadi lambat setelah sampai ke lapisan yang lebih
tengah, seperti kisah keluarganya yang porak-peranda hasil perceraian ibu
bapanya, sikap ego dalam dirinya dan mungkin kisah putus tunangnya.
Proses terakhir yang mungkin berlaku ialah kebalikan tembusan yang
merupakan proses menarik diri daripada satu lapisan kesatu lapisan
seperti dilalui pada peringkat tembusan. Mungkin rakan akan tidak lagi
bertegur sapa dengan anda atau melarikan diri bila bertembung dengan
anda.

Contoh, kisah Adam seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM)


telah berkenalan dengan Ali rakan sebiliknya yang berasal dari Kuala
Lumpur. Oleh kerana rasa kesian kepada Ali yang agak keseorangan,
Adam telah mengajak Ali ke rumahnya yang terletak di Changlon.
Semasa berada di rumah Adam, Ali telah bertindak kurang sopan dengan
pergi ke dapur mencari makanan dan membuka TV dengan kuat sekali
sedangkan dalam rumah itu bapa Adam sedang bersembahyang. Pada
pendapat anda adakah Adam akan mengajak Ali ke rumahnya lagi?
Bolehkah Ali terus menjadi sahabat Adam?

Daripada contoh di atas, didapati Ali kelihatan sebagai seorang pelajar


dari bandar yang bersikap ego, sombong dan kurang sopan. Pada
luarannya didapati Ali seorang pelajar yang sama dengan pelajar lain.
Tetapi bila diselidiki dalam jiwanya terdapat perasaan yang tidak
disenangi oleh Adam. Pendedahan kendiri Ali dianalisis oleh Adam
dengan melihat hasil perbuatan Ali. Tembusan berlaku dengan cepat
pada peringkat awal, tetapi menjadi lebih susah hingga ke lapisan
tengahnya. Ini bermakna, wujud hasil hubungan pada awalnya, kemudian
timbul kepuasan hubungan dan seterusnya timbul kestabilan hubungan.

Berikan tiga cadangan kebaikan dan kelemahan teori ini


berdasarkan pengalaman anda membentuk hubungan
dengan rakan anda.

109
7.8 TEORI PENGURANGAN KETIDAKPASTIAN
(UNCERTAINTY REDUCTION THEORY)

Teori ini dipopularkan oleh Charles Berger (1987) dengan memberikan


fokus terhadap penggunaan komunikasi manusia bagi memperoleh
pengetahuan selain membentuk kesefahaman antara satu sama lain
apabila berkomunikasi. Biasanya apabila kita berkomunikasi dengan
seseorang, kita sebenarnya berpotensi menyelidiki siapa dia, dari mana
asalnya, kenapa dia berjumpa dengan kita dan persoalan lain yang timbul
dalam fikiran kita. Dalam teori ini menyebutkan bahawa jika kita pertama
kali bertemu dan berkomunikasi dengan seseorang, maka kita akan
berasa tidak pasti dan biasanya berlaku dua jenis ketidakpastian, iaitu
ketidakpastian perlakuan yang boleh diselesaikan melalui prosedur
tertentu dan ketidakpastian kognitif yang boleh diatasi dengan mencari
maklumat. Teori ini mempunyai banyak aksiom yang merupakan
kenyataan yang diterima sebagai benar tanpa perlu melalui proses
pengujian. Oleh itu, teori ini juga kadang-kadang disebut sebagai Teori
Aksiomatik.

Terdapat tujuh aksiom yang yang telah diperkenalkan oleh Berger (1987),
iaitu

Aksiom 1: Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang


baru sahaja berkenalan meningkat, maka tahap
ketidakpastian akan berkurangan.
Aksiom 2: Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat, maka
tahap ketidakpastian berkurangan. Kekurangan
ketidakpastian menyebabkan bertambahnya komunikasi
bukan verbal.
Aksiom 3: Apabila tahap ketidakpastian tinggi, perlakuan pencarian
maklumat akan meningkat. Apabila tahap ketidakpastian
berkurangan, pencarian maklumat berkurangan.
Aksiom 4: Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi dalam
hubungan, menyebabkan kemesraan berkurangan.
Aksiom 5: Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi, akan
menghasilkan kadar timbal balik yang tinggi. Tahap
ketidakpastian rendah akan menghasilkan kadar timbal
balik yang rendah.
Aksiom 6: Apabila berlaku persamaan antara individu, ia akan
mengurangkan ketidakpastian. Sekiranya berlaku
ketidaksamaan, ia akan meningkatkan ketidakpastian.

110
Aksiom 7: Apabila tahap ketidakpastian yang akan menyebabkan
kita kurang meminati seseorang itu, manakala kurangnya
ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih
menyukainya.

Bagi memahami teori pengurangan ketidakpastian ini Griffin (2000) telah


mengutarakan pandangan tentang proses pencarian maklumat dalam
membentuk hubungan. Terdapat tiga perkara yang mendorong seseorang
itu mencari maklumat, iaitu

(i) Pengharapan interaksi pada masa depan – apabila kita akan


berjumpa dan berinteraksi dengan individu berkenaan pada masa
depan. Contohnya, kenalan kita sama-sama mengikuti kursus PJJ,
UUM dalam bidang komunikasi. Kita akan berpeluang bertemu
kerana kebetulan dia dari tempat yang sama.
(ii) Nilai insentif – kita mengetahui bahawa dia mempunyai nilai yang
kita inginkan. Contoh, sahabat kita itu adik kepada salah seorang
pensyarah di Jabatan Komunikasi yang mempunyai banyak buku
rujukan untuk memudahkan kita untuk membuat tugasan nanti.
(iii) Devian – kenalan anda itu agak berbeza dengan kenalan lain kerana
setiap kali bertemu dia akan resah untuk berbicara, memandang
tempat lain bila bercakap dan selalu melarikan diri bila bertembung
dengan anda. Anda ingin tahu kenapa dia berkelakuan begitu.

Jelasnya, teori pengurangan ketidakpastian ini mungkin memberikan


anda pandangan baru mengenai proses pembentukan hubungan dalam
komunikasi antara perseorangan dan seterusnya meningkatkan lagi
jalinan hubungan anda dengan sahabat anda.

Cuba anda kaitkan setiap aksiom di atas dengan


hubungan anda bersama rakan sekuliah anda sejak
bertemu dengannya.

7.9 PENDEKATAN INTERKASI (THE INTERACTION


VIEW )

Pendekatan Interaksi ini telah diutarakan oleh Paul Watzlawick, Janet


Beavin dan Don Jackson (1967). Mereka menjelaskan tentang proses
membentuk serta mengekalkan hubungan antara perseorangan. Untuk
menerangkan hubungan antara individu dalam pendekatan interaksi ini,
tiga prinsip telah diutarakan oleh Paul Watzlawick, Janet Beavin dan Don
Jackson (1967), iaitu

(i) Kita tidak boleh tidak berkomunikasi – walaupun kita tidak begitu
bersetuju dengan ibu kerana mengkritik pakaian kita dan tidak
111
mahu berkomunikasi dengannya, tetapi kita tetap memberikan
mesej bahawa kita ada masalah. Ertinya komunikasi tetap berlaku.
(ii) Manusia berkomunikasi secara digital dan analogik – komunikasi
bukan verbal adalah analogik, manakala komunikasi verbal adalah
digital. Contohnya, anda memberi sejambak bunga kepada
pensyarah sempena Hari Guru, tetapi bahasa yang anda gunakan
nadanya agak kasar. Dalam situasi ini pemberian sejambak bunga
itu ialah komunikasi analogik dan ucapan selamat dengan nada
yang kasar itu ialah komunikasi digital.
(iii) Komunikasi sama dengan isi kandungan membentuk hubungan –
apabila seseorang berkomunikasi, dia cuba mengadakan hubungan
yang menerangkan kandungan atau disebut metakomunikasi.
Selalunya dalam komunikasi lisan metakomunikasi ialah nada suara,
penekanan terhadap perkataan, air muka dan pergerakan badan
yang mempunyai makna. Kandungan pula ialah isi mesej dan
hubungan ialah bagaimana mesej disampaikan.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai teori pendekatan


interaksi ini, anda bolehlah mengikuti kisah berikut:

Datuk Syed merupakan seorang tokoh korporat yang disegani. Isterinya


Datin Zainon seorang Profesor di Universiti Utara Malaysia. Mereka
mempunyai tiga orang anak, iaitu Aminah yang sulung, Alijah yang
tengah dan Adam yang bongsu. Aminah sibuk sebagai pelajar Tahun
Tiga di Universiti Selatan Malaysia. Manakala Alijah pelajar Tingkatan 6
yang aktif di sekolah. Apa yang menjadi masalah ialah anak mereka
Adam yang belajar dalam Tingkatan 4 ialah pelajar yang sangat degil,
selalu bergaduh dan ponteng sekolah. Apabila pihak sekolah
menghubungi Datuk Syed mengenai tingkah laku anaknya Adam, Datuk
Syed menganggap itu sebagai proses biasa sebagai pelajar yang kian
remaja. Manakala Datin Zainon pula bertindak menghantar surat kepada
pihak sekolah mengatakan Adam selalu sakit dan tidak boleh hadir ke
sekolah. Satu hari Adam telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat
dengan perlumbaan haram. Datuk Syed telah menghubungi seorang
Pegawai Polis agar anaknya dilepaskan.

Datuk Syed terpaksa menjaga identitinya sebagai tokoh korporat, lantas


melakukan interaksi dengan Pegawai Polis. Manakala Datin Zainon pula
terlalu menjaga statusnya sebagai Profesor dan hubungannya yang
bersifat komplementari sebagai ibu dengan membohongi pihak sekolah.
Manakala Aminah pula sibuk dengan kerja-kerja kursus di universiti
tanpa menghiraukan apa yang telah berlaku terhadap adiknya. Begitu juga
dengan Alijah yang sering bergaduh dengan Adam di rumah. Manakala
Adam membuat alasan bahawa dia tertekan dalam keluarga kerana
semuanya sibuk dengan kerja sendiri tanpa mengambil berat tentang

112
dirinya. Adam terlalu bebas untuk berbuat apa sahaja kerana kurangnya
interaksi di kalangan keluarga dan apa yang dilakukan selalu mendapat
pembelaan daripada ibu bapanya.

Perbincangan mengenai pendekatan interaksi ini membolehkan kita lebih


memahami betapa pentingnya interaksi antara perseorangan dalam
keluarga. Terdapat pelbagai masalah yang berlaku dalam keluarga dan
kesemua ini berpunca daripada pendekatan interaksi yang kurang
memuaskan dan kalau berlaku interaksipun biasanya berbentuk negatif
atau kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, bagi mendapatkan interaksi yang
baik, semua pihak perlu berperanan untuk saling berkomunikasi antara
perseorangan dalam bentuk teguran, nasihat memberikan kerjasama dan
membentuk kesefahaman. Begitulah yang sepatutnya berlaku kepada
keluarga Datuk Syed. Ini bermakna, pendekatan interaksi penting dalam
membentuk komunikasi interpersonal yang baik antara seseorang dengan
seseorang yang lain.

Cuba anda fikirkan kenapa ibu anda selalu menyebelahi


adik anda dalam setiap perkara, walaupun adik anda
bersalah?

7.10 RASIONAL DIALEK (RATIONAL DIALECTICS)

Rasional dialek ini diketengahkan oleh Leslie Baxter dan Barbara


Montgomery (1976) yang mengutarakan keakraban komunikasi dengan
status hubungan seseorang itu. Teori ini membicarakan hubungan yang
selari dengan sistem setiakawan dan kekeluargaan. Hubungan yang
berbentuk saling memberi dan menerima perlu berlaku sekiranya ingin
membentuk hubungan yang baik antara seseorang itu. Kita boleh
membentuk sesuatu keputusan tetapi tidak boleh memaksa seseorang itu
menerima keputusan yang telah kita buat. Terdapat beberapa bentuk
kawalan yang boleh dilakukan, iaitu dengan mempengaruhi orang lain
bersama-sama dengan kita. Namun, ada kalanya berlaku kegagalan
semasa berkomunikasi tersebut. Biasanya kepercayaan yang dibina bagi
membentuk rasional dialek ini bergantung kepada pertimbangan yang
diberikan oleh seseorang sama ada ingin bersama-sama dengan kita atau
sebaliknya. Teori ini lebih menekankan perasaan kesepakatan atau
kesamaertian dan pembentukan kesefahaman antara satu sama lain.

Lazimnya rasional dialek yang diucapkan mempunyai hubungan intim


dengan seseorang. Contohnya, apabila dua pasangan kekasih berbicara,
pastinya menampakkan kemesraan yang menyeronokkan.Begitu juga
seorang suami yang sedang berbicara dengan isterinya. Adakalanya
rasional dialek ini dapat memperlihatkan keutuhan perhubungan
seseorang mengikut daerah atau persekitarannya. Contohnya, jika

113
seorang pelajar dari Negeri Sembilan bertemu dengan seorang pelajar lain
dari Negeri Sembilan juga, maka sudah pasti mereka lebih mesra
menggunakan dialek Negeri Sembilan mereka. Begitu juga jika pelajar
berketurunan Boyan apabila bertemu kaum kerabatnya yang boleh
berbicara bahasa Boyan, maka mereka lebih selesa menggunakan bahasa
tersebut apabila berbicara.

Hubungan yang selari antara komunikasi interpersonal dengan rasional


dialek ini memang tidak dapat dipisahkan kerana melibatkan persoalan
status hubungan antara seseorang itu. Contohnya, jika anda bertemu
dengan seorang kawan sebilik semasa berada di asrama dahulu dalam
satu kursus atau bengkel, maka pastinya anda akan memeluk sahabat itu
dan berbicara dengannya kisah silam yang mengimbas kembali nostalgia
ketika zaman persekolahan dahulu. Pastinya anda rasa sungguh senang
semasa berinteraksi, gelak ketawa dan mungkin menangis apabila kisah
sedih dibualkan. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang rapat antara
kita dengan sahabat yang terlibat dalam interaksi tersebut.

Rasional dialek juga melibatkan sikap keterbukaan atau tertutup,


kepastian dan juga ketidakpastian, hubungan yang erat mahupun
hubungan yang mulai renggang antara seseorang dengan seseorang yang
lain. Ini bermakna, komunikasi interpersonal dalam rasional dialek
bergantung kepada persamaan pengertian antara komunikator-
komunikator yang berhubung dan sejauh mana mereka dapat
menyatukan kesefahaman mereka mengenai sesuatu perkara yang
diperbincangkan serta wujud keserasian perhubungan tersebut.

Sedang anda membeli-belah bersama sahabat anda, tiba-


tiba anda terserempak dengan bekas guru sekolah anda
yang anda minati cara pengajarannya. Apakah yang anda
akan lakukan ketika itu?

7.11 TEORI KEADILAN SOSIAL (SOSIAL JUDGMENT


THEORY)

Teori Keadilan Sosial ini telah diperkenalkan oleh Muzafer Sherif dan
Carl Hovland (1961). Teori Keadilan Sosial ini mempunyai hubungan
dengan psikologi. Menurut Muzafer Sherif dan Carl Hovland (1961)
apabila seseorang mendapat, menerima atau memperoleh mesej, mereka
biasanya gemar membuat penghukuman tanpa mengambil kira mesej
sebenar atau akibat daripada interpertasi yang dilakukannya. Sekiranya
sesuatu berita atau komunikasi yang diterima itu tidak sehaluan dengan
sikap dan personaliti seseorang itu, maka biasanya keadilan sosial tidak
akan wujud dan penghukuman yang diberikan ialah negatif dan begitulah

114
sebaliknya jika berita yang diterima bersesuaian dengan diri seseorang,
maka pujian akan diberikan. Ego manusia yang menyebabkan
ketidakadilan sosial tersebut berlaku.

Keadilan sosial selalu berlaku apabila sudut pandangan seseorang


terhadap sesuatu perkara atau kejadian itu melibatkan komunikasi yang
memihak kepada majoriti masyarakat. Menurut teori keadilan sosial ini,
biasanya mesej yang diterima akan dipersepsikan mengikut kehendak dan
sikap penerima maklumat tersebut. Jika maklumat yang diterima
bertentangan dengan naluri atau kehendak penerima, maka boomerang effect
atau kesan kezaliman akan berlaku. Sekiranya, maklumat yang diterima
tidak sehaluan dengan penerima atau tidak dipersetujui, maka tindakan
memulau atau seseorang itu tidak akan memberikan komitmen yang
bersunguh-sungguh. Akhirnya, jika melibatkan perasaan ego dalam diri
seseorang, maka akan berlaku rasa tidak puas hati dan seterusnya mereka
bertindak untuk menolak segala maklumat yang diberikan.

Malah Osmo Wiio (1978) ada mengutarakan enam kegagalan


berkomunikasi, iaitu

(i) Komunikasi biasanya gagal kecuali nasib. Dalam hal ini empat
prinsip telah dinyatakan, iaitu
• Jika komunikasi akan gagal, ia pasti gagal.
• Jika komunikasi tidak boleh gagal, ia mungkin akan gagal.
• Jika komunikasi cenderung untuk berjaya sebagaimana yang
dirancang, ia mestilah berkeadaan sebagaimana yang tidak
dirancang.
• Jika anda berpuas hati bahawa komunikasi anda itu
berkemungkinan berjaya, ada kemungkinan juga komunikasi
tersebut akan gagal.
(ii) Jika mesej boleh difahami dalam berbagai-bagai cara, ia akan
difahami dalam cara yang begitu dan begini dan ini banyak
mendatangkan mudarat.
(iii) Biasanya, bila kita berkomunikasi, ada orang lain yang lebih
mengetahui daripada apa yang anda maksudkan dengan mesej anda
itu.
(iv) Semakin banyak komunikasi dilakukan, maka semakin sukar
komunikasi itu untuk berjaya atau overload communication.

(v) Dalam komunikasi, tidak mustahak tentang sesuatu perkara itu


berlaku, tetapi lebih dipertikaikan bagaimana perkara itu boleh
berlaku. Kita mungkin mempunyai dua dunia yang sama, iaitu
dunia khayalan media massa dan dunia seharian yang jarang sekali
kedua-dua dunia ini bertemu.

115
(vi) Mustahak sesuatu butiran berita itu adalah berkait rapat secara
songsang dengan jarak dua kali ganda. Contohnya, berita sahabat
anda Ahmad bertumbuk dengan jirannya lebih mustahak bagi anda
berbanding dengan berita sepuluh ribu orang terbunuh dalam
banjir di India.

Apakah perasaan anda apabila bertemu dengan seorang


kawan lama andayang anda dapati beliau baru sahaja
dibebaskan dari penjara?

7.12 RUMUSAN

Sebagai rumusan dalam bab ini, para pelajar telah diberikan pengetahuan
mengenai sepuluh teori yang terdapat dalam Komunikasi Interpersonal
atau Komunikasi antara Perseorangan. Jelas sekali, kita tidak dapat
mengelak daripada berkomunikasi. Apa juga yang kita lakukan sama ada
bercakap, berdiam diri atau bergerak, semuanya melibatkan komunikasi.
Biasanya komunikasi interpersonal ini tidak boleh ditarik balik.
Walaupun kita boleh meminta maaf, tetapi amat mustahil untuk kita
menarik balik kata-kata yang telah kita luahkan.

Dalam komunikasi interpersonal ini ada yang bersifat kontekstual dan


terdapat empat bentuk konteksnya yang utama, iaitu dari segi psikologi
yang melibatkan keinginan, nilai, keperluan, personaliti, konsep kendiri
dan nilai kendiri kepada kedua-dua mereka yang terlibat dalam
komunikasi antara perseorangan ini. Konteks hubungan melibatkan
tahap kepercayaan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan
pengalaman mengenai diri masing-masing. Seterusnya, konteks situasi
melibatkan persekitaran fizikal dan konteks budaya yang melibatkan
unsur-unsur budaya yang mempengaruhi proses interaksi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah komunikasi interpersonal atau komunikasi antara


perseorangan. Terangkan kenapa teori komunikasi interpersonal
penting?
2. Kenapa personaliti diri seseorang itu biasanya disamakan seperti
lapisan kulit bawang?
3. Pendedahan kendiri penting dalam Teori Tembusan Sosial.
Jelaskan proses pendedahan diri dalam teori ini.
4. Teori Pengurangan Ketidakpastian dikenali juga sebagai Teori
Aksiomatik. Mengapa?

116
5. Nyatakan tiga prinsip dalam pendekatan interaksi oleh Paul
Watzlawick, Janet Beavin dan Don Jackson (1967).

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Menurut Beebe, Beebe dan Redmond (1999), komunikasi


interpersonal akan berlaku apabila seseorang melakukan interaksi
secara serentak dengan orang lain dan mereka pula saling
mempengaruhi dengan tujuan mengendalikan proses interaksi
tersebut.

2. Biasanya komunikasi interpersonal ini wujud apabila adanya


persefahaman, keserasian, hubungan yang intim, kecintaan yang
mendalam dan rasa tidak boleh berpisah dengan seseorang. Dalam
hal ini ia melibatkan rasa mesra, boleh berkongsi keyakinan dan
masalah, wujudnya sikap tolong-menolong dan sebagainya.

3. Kata-kata tersebut diutarakan oleh Adler, Rosenteld dan Towne


(1999).

117
BAB 8

KOMUNIKASI KUMPULAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefisikan konsep komunikasi kumpulan.
2. Membincangkan definisi komunikasi kumpulan kecil.
3. Menjelaskan maksud pemikiran kelompok atau groupthink.
4. Mengenal pasti proses penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
5. Memahami komunikasi kepemimpinan dan kepengikutan.

8.1 PENGENALAN

Dalam bab ini anda akan diperjelaskan tentang teori dan makna
komunikasi kumpulan. Menurut Devito (1997), kumpulan merupakan
himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai
matlamat yang sama. Lazimnya, kumpulan mengandungi lebih daripada
dua orang dan wujud bersama dalam jangka masa tertentu. Kumpulan
dibina atas persetujuan ahli-ahli kumpulan berdasarkan norma-norma
tertentu. Dalam sesebuah kumpulan setiap ahli mempunyai peranan
masing-masing bagi menentukan visi dan matlamat kumpulan tercapai.

Kumpulan sebenarnya boleh diwujudkan dalam sesebuah organisasi


seperti pembentukan Jawatankuasa Penerbitan yang bertanggungjawab
menguruskan sesuatu hasil penerbitan seperti buku cenderamata,
newsletter dan sebagainya. Begitu juga Jawatankuasa Promosi yang
bertanggungjawab mempromosikan sesuatu barangan keluaran sesebuah
organisasi. Ini bermakna jawatankuasa tadi merupakan satu kumpulan
yang bertanggungjawab untuk merancang, mengelola dan mengambil
sebarang tindakan untuk merealisasikan matlamat organisasi mereka.

Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan formal dan


kumpulan tidak formal. Biasanya kumpulan formal mempunyai struktur
yang jelas, iaitu jawatan seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli
Jawatankuasa. Di samping itu, kumpulan formal juga mempunyai
peraturan-peraturan tertentu. Manakala kumpulan tidak formal pula tidak
mempunyai struktur yang rasmi dan ketua boleh dipilih daripada
119
kalangan ahli. Pemilihan ketua sering berubah mengikut masa dan tugas.
Tugas utama kumpulan ialah menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.

8.2 KOMUNIKASI KUMPULAN

Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh tidak berkomunikasi dalam


kumpulan. Malah kita dituntut untuk bersama-sama dalam banyak hal
seperti semasa di tempat kerja atau di rumah. Atas kelebihan
berkumpulanlah, maka kita sering dituntut untuk melaksanakan sesuatu
projek atau urusan semasa bekerja. Biasanya, kewujudan kumpulan
menuntut setiap anggota organisasi berkomunikasi bagi menjaga dan
memelihara persahabatan antara mereka. Walaupun berkomunikasi
merupakan perkara utama semasa berkumpulan, masalah dan isu
keberkesanan kumpulan masih menjadi topik perbincangan. Mungkin ini
berlaku kerana komunikasi telah menjadi perkara biasa sehingga tidak
diberikan perhatian yang sewajarnya.

Dalam bab ini kita akan membincangkan konsep komunikasi dengan


memberikan penekanan kepada faktor-faktor yang perlu diberikan
perhatian yang sewajarnya bagi menjayakan komunikasi dalam kumpulan.
Sebenarnya, komunikasi merupakan suatu proses yang dinamik dan
menuntut pengamalnya berusaha untuk menjayakannya. Ketika kita
bercakap, maka kita sebenarnya sedang berkomunikasi. Ini merupakan
satu andaian yang agak berbahaya kerana pendengar mungkin tidak
berminat untuk mendengar atau tidak mahu menerima apa yang kita
tuturkan.

Cuba anda terangkan faedah kumpulan perbincangan


untuk membuat atau menyelesaikan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah?

8.3 KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL

Menurut Napier dan Gershenfeld (1993) komunikasi kumpulan kecil


berlaku apabila lima hingga tujuh orang berbincang dan ia bergantung
kepada kepada tugasan dan matlamat kumpulan tersebut. Terdapat
kumpulan yang mempunyai ahli yang sama tahap dan ada kumpulan yang
mempunyai ahli yang berbilang status. Walau apapun sifat atau bentuk
sesuatu kumpulan itu, peranan dan tanggungjawab setiap ahli amat
mustahak (Ezhar Tamam, 1999).

Tubbs (1998) mendefinisi komunikasi kumpulan kecil ialah proses setiap


anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat sama ada secara

120
lisan atau bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu sama lain.
Manakala Beebe dan Masterson (1994) pula berpendapat, komunikasi
kumpulan kecil merupakan interaksi bersemuka antara individu yang
berkongsi maklumat dan merasakan mereka sebagai ahli kumpulan yang
saling bergantung antara satu sama lain.

Menurut Barker, Wahles dan Watson (1995), komunikasi kumpulan kecil


dapat dibezakan dengan komunikasi lain dalam tiga perkara, iaitu
komunikasi kumpulan terdapat kesan pemerhati yang dapat
mempengaruhi kandungan dan cara mereka berkomunikasi. Kedua,
lazimnya interaksi di kalangan ahli organisasi menjadi bertambah
kompleks dengan pertambahan jumlah ahli baru dalam kumpulan
tersebut. Ketiga, dalam komunikasi kumpulan sering berlaku pengaruh
majoriti dan pengaruh minoriti. Oleh itu, bilangan merupakan faktor
penting dalam hal membuat keputusan.

Komunikasi kumpulan kecil ini mempunyai banyak kelebihan. Menurut


Ezhar Tamam (1999) terdapat beberapa kelebihan jika bekerja secara
berkumpulan berbanding dengan bekerja secara bersendirian. Antaranya

(i) Dengan berkumpulan kita akan memperoleh banyak maklumat


dan pandangan.
(ii) Konsep berkumpulan juga membolehkan ahli kumpulan
berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat dengan
jayanya.
(iii) Kumpulan biasanya mempunyai daya kritis dan kreatif yang lebih
baik jika dibandingkan dengan daya kreativiti perseorangan.
Lebih banyak alternatif yang boleh dikenal pasti apabila berfikir
secara kumpulan.
(iv) Dengan berkumpulan kita boleh menggunakan pelbagai kaedah
atau teknik untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif.
(v) Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya seseorang pelajar
belajar dalam bentuk kumpulan. Bukan sahaja kefahaman
meningkat, tetapi juga daya ingatan serta berpeluang untuk
berbincang dan bertanya sesuatu yang kurang difahami.
(vi) Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia
membolehkan kita memenuhi keperluan sosial dan dapat
mengenali lebih ramai orang serta boleh berbangga sekiranya
dapat memberikan sumbangan kepada kumpulan.

Fikirkan satu kumpulan kerja yang pernah anda sertai.


Buat satu pemetaan tentang peranan setiap individu yang
terlibat dalam kumpulan tersebut termasuk anda.

121
8.4 PEMIKIRAN KELOMPOK (GROUPTHINK)

Satu lagi bentuk pendekatan komunikasi kumpulan ialah Pemikiran


Kelompok atau Groupthink. Kumpulan dalam konteks organisasi biasanya
terlibat dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Justeru itu,
untuk mendapatkan keputusan terbaik, setiap ahli yang terlibat dalam
mesyuarat perlu berperanan dan berkomunikasi untuk mengambil
sesuatu keputusan. Menurut Griffin (2000), Randy Hirokawa dan Dennis
Gouran menyebut bahawa interaksi kumpulan memberi kesan yang
positif dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun, dalam proses
membuat keputusan ini sering kali berlaku perkara negatif yang
menghalang keputusan yang memuaskan. Mengapa perkara sedemikian
berlaku? Adakah proses komunikasi dalam kumpulan sudah tidak
berkesan? Mungkinkah ahli dalam organisasi tersebut tidak mengetahui
peranan masing-masing dalam sesuatu kumpulan?

Bagi mengenal pasti mengapa sesuatu keputusan dalam kumpulan itu


tidak memberi hasil keputusan yang baik, Janis (1982) merupakan sarjana
awal yang telah memperkenalkan satu teori atau pendekatan pemikiran
kelompok atau groupthink. Beberapa contoh yang boleh dikaitkan dengan
pemikiran kelompok ialah kes-kes yang berlaku seperti kes kemusnahan
Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat,kes Ombak Tsunami yang
melanda dan banyak lagi kes-kes semasa yang memerlukan pemikiran
kelompok ini. Mungkin juga kes pengkorporatan, perogolan yang
berleluasa, keruntuhan moral remaja, masalah penyalahgunaan dadah dan
sebagainya dapat dilihat sebagai masalah pemikiran kelompok atau
groupthink kerana beberapa situasi lain yang dihadapi selepas berlakunya
peristiwa tersebut.

Sama-sama kita fikirkan situasi ini. Dalam organisasi X satu jawatankuasa


telah dibentuk bagi mengkaji penggunaan teknologi komunikasi,
khususnya komputer dalam organisasi mereka. Bolehlah kita namakan
kumpulan yang bertanggungjawab tersebut sebagai ICTU. Jawatankuasa
ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Manusia.
Anggota lain yang terlibat ialah Ketua Unit Kewangan, Ketua Unit
Perkhidmatan, Ketua Unit Pengeluaran dan beberapa orang daripada
bahagian teknikal.

Kumpulan ICTU ini telah bermesyuarat bagi mendapatkan maklumat


yang mempunyai perkaitan dengan pembekalan, nasihat daripada pakar
komputer dan sistem maklumat. Setelah mengadakan mesyuarat dan
meneliti segala aspek, maka kumpulan tersebut telah mencadangkan
kepada pihak pengurusan tertinggi organisasi agar membeli 300 unit
komputer yang berharga RM5,000 seunit untuk dibekalkan kepada
sebahagian daripada anggota atau pegawai dalam organisasi yang kritikal

122
memerlukan komputer tersebut. Sebagai percubaan ada di kalangan
pihak pengurusan atasan bersetuju supaya organisasi hanya membeli 50
unit dahulu. Namun, 300 unit komputer tetap dibeli kerana organisasi
boleh menjimatkan kos dengan diskaun 15 peratus yang diberikan oleh
pembekal sekiranya membuat pesanan melebihi 100 unit.

Apabila pembekal telah membekalkan komputer tersebut dengan


pelaburan yang begitu banyak, tetapi pelaburan tersebut tidak memenuhi
harapan daripada pihak pengurusan tertinggi; pembelian komputer
tersebut tidak membantu peningkatan pengeluaran organisasi, tetapi telah
menjadi masalah kepada pekerja. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah
yang terjadi kepada Jawatankuasa ICTU dalam organisasi X itu?

Mungkin pelbagai jawapan boleh diberikan terhadap kes di atas, tetapi


apa yang jelasnya keputusan yang telah dibuat tidak tepat. Cuba kita lihat
proses yang mungkin telah berlaku dalam kumpulan Jawatankuasa ICTU
dalam organisasi X tersebut. Mungkin juga pemikiran kelompok telah
berlaku semasa keputusan dibuat dan beberapa perkara boleh dikenal
pasti untuk memperlihatkan pemikiran kelompok telah berlaku, iaitu

(i) Gambaran bahawa kumpulan ICTU tidak mungkin membuat


kesilapan disebabkan kumpulan tersebut dianggotai oleh setiap
bahagian yang terlibat dalam pengurusan organisasi X dan
mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing.
(ii) Jelasnya kumpulan Jawatankuasa ICTU telah membuat tindakan
yang sewajarnya kerana bagi mereka dengan membelanjakan
lebih RM1 juta apabila organisasi menghadapi ketidakpuasan hati
di kalangan pekerja merupakan satu tindakan yang bijak pada
kumpulan ICTU ini.
(iii) Keputusan rasional secara berkumpulan telah berlaku. Walaupun
organisasi X mempunyai polisi bahawa pekerja yang mempunyai
tahap kepuasan yang tinggi akan meningkatkan produktiviti,
tetapi dalam situasi ini mereka membuat keputusan yang rasional
kerana jika sistem komputer dalam organisasi mereka semakin
canggih dan dipertingkatkan, maka dijangkakan para pekerja juga
akan menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik. Semua ahli
kumpulan ICTU bersetuju dengan rasional pendapat tersebut.
(iv) Melihat mereka yang berada di luar sebagai stereotaip. Biasanya
apabila kumpulan yang terlibat dalam membuat keputusan
membuat andaian bahawa setiap kritikan daripada luar terhadap
segala cadangan baik pada pemikiran mereka dihalang, maka itu
dianggap cuba menggagalkan sesuatu yang baik.
(v) Berlakunya self-censorship yang membawa maksud kita sendiri yang
menjadi penapis terhadap pandangan kita sendiri. Kumpulan
ICTU mungkin telah merasakan bahawa keputusan mereka boleh

123
jadi tidak membawa implikasi seperti yang diharapkan. Bagi
kumpulan tersebut pandangan para pekerja yang terlibat dalam
penggunaan komputer tersebut tidak diambil kira kerana
kumpulan sendiri telah menolak bahawa perkara tersebut sebagai
satu masalah.
(vi) Gambaran yang lebih jelas mendapati semua ahli kumpulan
sebulat suara bersetuju dengan keputusan yang diambil. Situasi ini
berlaku tetapi bahagian kewangan kurang bersetuju dengan
keputusan yang dibuat. Selain itu, Ketua Unit Perkhidmatan juga
kurang faham kenapa pembelian komputer itu penting dan
dipesan begitu banyak. Namun, apabila pihak lain bersetuju,
maka mereka berdiam diri supaya memberikan gambaran semua
pihak bersetuju.
(vii) Tekanan kepada mereka yang kurang bersetuju. Walaupun Ketua
Unit Kewangan kurang bersetuju dengan perbelanjaan yang
begitu banyak, tetapi beliau tidak menyuarakan pandangannya
kerana khuatir akan diberikan tekanan dan ada juga alternatif
yang diberikan agar pekerja yang tidak berprestasi baik walaupun
mempunyai komputer dikurangkan gaji mereka.
(viii) Terdapat individu yang melantik diri mereka sebagai pengawal
kepada ketua atau mindguard. Dia akan muncul dengan sendirinya
di kalangan ahli kumpulan bagi mempertahan dan menyokong
apa sahaja cadangan yang dibuat oleh ketua. Dengan kata lain,
tiada berlakunya bangkangan terhadap apa juga keputusan yang
dibuat.

Apa yang ingin diketengahkan dalam kes ini ialah tanda-tanda biasa yang
dapat dilihat dalam kumpulan apabila sesuatu keputusan dibuat. Situasi
ini wujud apabila kumpulan cuba menunjukkan bahawa mereka bersatu
dan bersepakat dalam keputusan yang mereka lakukan. Walaupun
kedapatan unsur-unsur kurang bersetuju atau kurang yakin mengenai
keputusan yang dicapai, namun demi menjaga perasaan atau reputasi
mereka yang terlibat sebagai ahli kumpulan, maka mereka menolak
perasaan sendiri supaya keputusan yang dibuat seolah-olah sebulat suara.
Jika perkara seumpama ini berlaku, maka ini memperlihatkan ada tanda-
tanda pemikiran kelompok atau groupthink telah berlaku.

Ceritakan kepada rakan sekumpulan anda bagaimana


anda pernah menjadi pemikiran kelompok untuk
membincangkan sesuatu isu dalam persatuan anda semasa
di sekolah dahulu?

124
SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah makna kumpulan ?


2. Terangkan dua bentuk kumpulan yang biasa wujud
dalam sesebuah organisasi?
3. Nyatakan satu kelebihan bila berada dalam
kumpulan?
4. Apakah peranan pemikiran kelompok atau
groupthink?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.5 PENYELESAIAN MASALAH DAN MEMBUAT


KEPUTUSAN

Setiap kumpulan mempunyai masalah yang perlu diselesaikan. Kedapatan


kumpulan yang bijak dan boleh menyelesaikan masalah sama ada
masalah rutin atau masalah bukan rutin atau masalah inovatif. Apakah
yang menyebabkan perbezaan keupayaan ini? Mungkin ia mempunyai
perkaitan dengan pengetahuan dan amalan prosedur dalam penyelesaian
masalah tersebut. Manakala kegagalan kumpulan untuk menyelesaikan
masalah dengan berkesan kerana mungkin kumpulan tersebut gagal
meneliti secara mendalam tentang sesuatu masalah itu.

Menurut Ezhar Tamam (1999) dalam penyelesaian masalah kumpulan,


keputusan perlu dibuat. Penyelesaian masalah merupakan proses mencari
jawapan kepada masalah dan hambatan-hambatan yang berkaitan. Bagi
menyelesaikan masalah kumpulan, mereka perlu mengakui bahawa
wujudnya masalah dan berusaha untuk mengatasinya. Menurut Beebe
dan Masterson (1994) masalah boleh dibahagikan kepada tiga kategori,
iaitu masalah rutin, masalah bukan rutin dan masalah kreatif atau
inovatif. Masalah rutin ialah masalah biasa yang kerap berlaku dan perlu
diselesaikan dengan segera. Biasanya masalah rutin merupakan masalah
yang telah diketahui dan cara penyelesaiannya mungkin mudah. Manakala
masalah bukan rutin ialah masalah yang timbul apabila sesuatu itu
menyeleweng daripada sepatutnya dan punca masalah tidak diketahui.
Masalah jenis ini memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk
mengatasinya. Bagi masalah kreatif dan inovatif pula ialah masalah yang
berkaitan dengan usaha bagi meningkatkan prestasi sesuatu situasi atau
sistem.
125
VanGundy (1981) pula telah mengkategorikan masalah kepada dua
sahaja, iaitu masalah yang berstruktur dan masalah yang tidak
berstruktur. Masalah yang tidak berstruktur merupakan masalah
kumpulan yang kurang bermaklumat dan menghadapi ketidakpastian
yang tinggi. Menurut Barker et al. (1995), masalah dibahagikan kepada
tiga, iaitu masalah fakta, masalah sikap dan masalah polisi serta tindakan.
Masalah fakta memerlukan fakta untuk mengatasinya. Manakala masalah
sikap merupakan masalah yang melibatkan pertimbangan nilai yang
berbentuk subjektif. Masalah polisi dan tindakan ialah masalah yang
dapat diselesaikan melalui mesyuarat dan perbincangan.

Biasanya dalam mengatasi masalah terdapat beberapa langkah yang boleh


diambil, iaitu mengenal pasti masalah, mendefinisi masalah dan
menganalisis masalah tersebut. Kumpulan perlu bersepakat mengenai
skop masalah yang dihadapi. Di samping itu, kumpulan perlu
menganalisis masalah tersebut dari sudut punca, kesan, simptom-
simptom, submasalah dan kriteria memilih alternatif.

Fisher (1980) mengutarakan pendekatan deskriptif untuk menyelesaikan


masalah. Bagi beliau, dalam keadaan biasa kumpulan melalui proses
normal untuk mengatasi masalah, kecuali jika ada faktor-faktor luar
dibawa masuk secara terancang. Pengetahuan dan pengalaman kumpulan
membantu proses penyelesaian masalah, melicin serta mempercepatkan
tempoh kumpulan menempuh fasa-fasa penyelesaian masalah kumpulan.
Terdapat empat fasa dalam proses penyelesaian masalah kumpulan, iaitu
orientasi, konflik, kemunculan dan pengukuhan.

Fasa orientasi, peringkat awal dan lebih berbentuk pengenalan serta


penyesuaian diri. Manakala fasa konflik ialah lanjutan daripada fasa
orientasi. Anggota kumpulan akan mula memberikan pendapat mereka.
Fasa ini juga berperanan mempengaruhi fikiran anggota lain supaya
menerima pendapat mereka. Kemudian fasa kemunculan pula yang
berperanan untuk menentukan titik persamaan dan pertemuan di
kalangan ahli kumpulan. Fasa terakhir ialah fasa pengukuhan yang
bersikap atau bersemangat kesatuan serta kepaduan. Pada fasa ini ahli-
ahli kumpulan perlu mempunyai perasaan yang positif terhadap ahli-ahli
lain serta keputusan yang akan diambil.

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan berfungsi yang berperanan


memberikan ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah secara
berkesan bukannya kerana mereka bertingkah laku seperti yang
sepatutnya. Pendekatan berfungsi menurut Hirokawa dan Pace (1983)
ialah

126
(i) Melihat masalah daripada pelbagai sudut dan ruang lingkup yang
amat luas.
(ii) Mengumpul dan menggunakan data yang sesuai untuk dikaji
masalah dan bukannya bersandar pada buah fikiran sahaja.
(iii) Menilai kembali pandangan yang dikemukakan oleh orang lain.
(iv) Mencari dan menggunakan bukti-bukti secara berkesan dalam
membuat kesimpulan.
(v) Sensitif terhadap bukan sahaja pada hal tugasan, tetapi juga
perasaan orang lain.
(vi) Perbincangan perlulah spesifik dan jangan terkeluar daripada
tajuk atau isu yang diperbincangkan.
(vii) Kumpulan perlu mencari seberapa banyak alternatif yang boleh.
(viii) Kumpulan perlu terbuka kepada pandangan dan hujah minoriti.
(ix) Menilai kembali pilihan dan keputusan sama ada memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan dalam membuat keputusan dan
pilihan.
(x) Berhenti atau rehat seketika apabila kumpulan merasa letih atau
mengalami kebuntuan.
(xi) Membuat kenyataan atau komunikasi yang berkualiti, iaitu
komunikasi yang tidak menyusahkan, mesej yang mudah
difahami dan idea yang bernas.

Pendekatan seterusnya ialah pendekatan preskriptif yang memberi fokus


kepada agenda dan teknik khusus yang boleh diamalkan oleh kumpulan
dalam menyelesaikan masalah. Dengan mengamalkan cara dan teknik
yang disyorkan dengan betul, kumpulan dapat mencari jalan penyelesaian
pada masalah. Pendekatan preskriptif juga boleh memberi panduan
kepada kumpulan bagaimana menstrukturkan perbincangan. Menurut
VanGundy (1995) banyak teknik untuk menstrukturkan proses
penyelesaian masalah. Beliau menegaskan bahawa kajian mendapati
keberkesanan kumpulan menyelesaikan masalah meningkat apabila
kumpulan menstrukturkan proses penyelesaian masalah tersebut.

Penyelesaian masalah akan memudahkan untuk membuat keputusan


kerana menurut Brillhart dan Galanes (1992), terdapat beberapa kaedah
yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan dalam membuat keputusan.
Antaranya

1. Ikut kata pakar dalam kumpulan

Kemungkinan dalam kumpulan mempunyai kepakaran tentang sesuatu


isu, maka secara tidak formal mungkin kepakaran ahli tersebut boleh
digunakan untuk membuat keputusan, tetapi hendaklah diberikan masa
perbincangan yang mencukupi.

127
2. Mengikut kata pakar daripada luar kumpulan

Kaedah ini sesuai sekiranya tiada anggota dalam kumpulan yang


berkebolehan, berpengetahuan atau pakar untuk membincangkan
alternatif-alternatif penyelesaian.

3. Purata kedudukan dan pengkelasan alternatif

Kumpulan boleh membuat keputusan dengan meminta setiap anggota


membuat keutamaan (kedudukan atau pengkelasan) terhadap alternatif-
alternatif dan kemudian mendapatkan purata kedudukan atau
pengkelasan bagi setiap alternatif. Alternatif-alternatif yang
pengkelasannya tertinggi diambil sebagai pilihan. Mungkin kaedah ini
terdapat kelemahannya iaitu tidak mengambil kesempatan kelebihan
perbincangan dan muafakat.

4. Cara rawak

Kaedah ini tidak disyorkan kerana tidak melibatkan pertimbangan yang


teliti dan sistematik. Kaedah ini hanya digunakan sekiranya kumpulan
berada dalam keadaan terdesak atau menemui kebuntuan.

5. Suara majoriti

Kaedah ini biasa digunakan dan keputusan mengikut suara majoriti lebih
berkesan. Namun, jika ada ahli yang tidak bersetuju akan menimbulkan
masalah. Untuk tidak menimbulkan masalah, kumpulan perlu
menyediakan masa yang mencukupi bagi perbincangan. Suara majoriti
boleh diambil secara undi terbuka atau sulit.

6. Kaedah konsesus

Keputusan secara konsesus akan tercapai apabila majoriti anggota


menyokong alternatif yang dicadangkan. Ahli yang tidak menyokong
(sekiranya ada) mungkin tidak akan membantah. Keputusan secara
konsensus selalunya tidak mempunyai masalah pelaksanaan.

7. Ikut kata ketua

Kaedah ini melibatkan ketua mendapatkan pandangan ahli kumpulan.


Ketua akan membuat keputusan berdasarkan cadangan ahli dan
pertimbangan peribadi serta berharap keputusan yang diambil adalah
terbaik. Kaedah ini juga sama seperti suara majoriti dan suara minoriti
yang boleh diambil terima dalam membuat keputusan.

128
Cuba anda terangkan kenapa seseorang itu memilih atau
menyokong sesuatu keputusan?

8.6 KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DAN KEPENGIKUTAN

Sesuatu kumpulan itu tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna


sekiranya tidak wujud kepemimpinan yang berkesan walaupun kumpulan
tersebut kaya dengan sumber-sumber dan anggota-anggota yang
berkemahiran teknikal. Pemimpin ialah seseorang yang digelar melalui
pelantikan, pengundian, kemunculan atau lain-lain cara dan diiktiraf
sebagai lebih berwibawa. Kepemimpinan juga ditafsirkan sebagai proses
merancang, menggerak, mengarah, membimbing, menyelaras dan menilai
aktiviti-aktiviti kumpulan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Biasanya
kepemimpinan selalu dihubungkaitkan dengan kemajuan dan produktiviti
ahli dalam kumpulan, maka persoalan mengenai pemimpin dan
kepemimpinan tidak boleh diambil mudah.

Barker et al. (1995) menyebut bahawa kepemimpinan sebagai satu


kemahiran komunikasi yang menggerakkan kumpulan ke arah
pencapaian matlamat dan kesejahteraan kumpulan. Komunikasi
kepemimpinan merupakan stail, cara gaya, kaedah dan strategi
komunikasi yang digunakan oleh para pemimpin semasa menjalankan
peranan serta tugas formal dan tidak formal mereka. Tugas-tugas formal
termasuklah memberi arahan, taklimat, memberi teguran, menyelaras,
mendapatkan maklum balas dan sebagainya.

Terdapat beberapa sifat komunikasi kepemimpinan yang telah dikenal


pasti. Antara sifat-sifat tersebut menurut Mohd.Yusof (1988) ialah

(i) Peluang diberikan kepada ahli untuk mengeluarkan pandangan


dan pendapat mereka.
(ii) Menjadi pendengar yang baik untuk mendengar rintihan dan
keluhan ahli kumpulan.
(iii) Menggalakkan ahli kumpulan menyampaikan sebarang masalah
yang berkaitan dengan tugas harian mereka.
(iv) Menyatakan apa sahaja yang mereka maksud.
(v) Memberi maklumat yang benar-benar diperlukan oleh ahli dalam
kumpulan.
(vi) Bertanggungjawab memberi penjelasan yang boleh memberikan
kepuasan kepada ahli dalam kumpulan.
(vii) Maklum balas dan cadangan ahli dalam kumpulan perlu didengar
ketika membuat keputusan.

129
Manakala kepengikutan pula merupakan satu aspek yang amat penting
bila berbicara mengenai kepemimpinan. Keberkesanan seseorang
pemimpin bergantung kepada kualiti pengikutnya. Jika ingin mengetahui
sejauh mana kehebatan seseorang pemimpin, maka lihatlah kepada
pengikutnya. Biasanya, pengikutlah yang akan menentukan sama ada
pengaruh pemimpin tersebut berkesan atau tidak. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab pengikut untuk membantu serta memudahkan pemimpin
menjalankan fungsinya dengan berkesan. Pengikut memainkan peranan
yang berkesan untuk membantu pemimpin dan seterusnya menyumbang
secara bermakna kepada keberkesanan kumpulan. Pengikut juga mestilah
mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip kepengikutan yang tepat
dan jelas.

Menurut Ezhar Tamam (1994), terdapat beberapa prinsip yang perlu


diamalkan untuk menjadi pengikut yang baik iaitu

1. Taat kepada ketua selagi tidak menyalahi lunas-lunas yang


sebenar

Ini bermakna, pengikut perlu mengikuti seseorang ketua selagi apa yang
diarahkan tidak bercanggah dengan peraturan organisasi, moral dan
bertentangan dengan agama. Jelasnya, pengikut wajib menyokong dan
membantu pemimpin dalam melaksanakan wawasan yang benar dan
bermoral.

2. Tidak dilakukan sebagai satu tanggungjawab

Pengikut mematuhi ketua bukannya dengan niat untuk menyenangkan


hati atau mengambil hati ketua, tetapi pengikut mematuhi ketua semata-
mata kerana tanggungjawab. Sekiranya prinsip ini dipegang oleh
pengikut, maka ketaatan itu bukanlah suatu perkara yang berat dan
membebankan.

3. Taat kepada kedudukan dan bukannya kepada orang

Pengikut mematuhi sesuatu arahan itu kerana arahan itu datangnya


daripada ketua, tidak kira siapa yang menjadi ketua itu. Sekiranya
seseorang pengikut tidak memberikan kerjasama, mengambil sikap tidak
ambil peduli terhadap ketuanya, maka sudah tentu akan menjejaskan
prestasi kumpulan dan organisasi.

4. Berpegang kepada prinsip dan bukannya pada personaliti

Apabila bergerak dalam sesuatu kumpulan, maka berpeganglah kepada


prinsip ketua itu kerana ini penting bagi menjamin kesinambungan,

130
kestabilan dan kemantapan kumpulan. Sekiranya pengikut hanya
berpegang kepada personaliti, maka kemungkinan kumpulan akan lemah
dan hilang arah sekiranya pemimpin tersebut tidak lagi menjadi ketua.

5. Menegakkan yang benar dan memerangi yang batil

Prinsip ini bukan sahaja menjelaskan tujuan sebenar komunikasi, tetapi


juga menjadikan komunikasi lebih mulia dan dihargai. Interaksi yang
dilakukan bukan untuk menang, bukan untuk mengampu, bukan untuk
menunjuk, bukan untuk kepentingan diri, tetapi lebih untuk mencari
kebenaran bagi kumpulan dan organisasi.

6. Bersama dengan kumpulan

Pengikut perlu bersama-sama dengan kumpulan dan mengikut keputusan


kumpulan walaupun keputusan tersebut tidak disukai. Namun, keputusan
kumpulan ialah hasil perbincangan ahli-ahli yang ramai. Oleh itu, ia
merupakan adab bagi pengikut untuk mengikut keputusan tersebut dan
jangan menimbulkan sikap pemberontakan dan sabotaj terhadap segala
keputusan yang telah dipersetujui ramai.

7. Tidak bangga apabila pendapat diterima

Pengikut bertanggungjawab untuk memberi buah fikiran yang bernas.


Pendapat yang dikemukakan ada kalanya diterima dan ada kalanya
ditolak. Jangan pula berasa bangga, sombong, riak dan bermegah-megah
sekiranya pandangan dan pendapat anda sebagai pengikut diterima.
Namun, jika pendapat anda sebagai pengikut ditolak janganlah pula
merasa kecewa dan berkecil hati.

8. Hormati perbezaan

Manusia mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat. Oleh itu,


perselisihan merupakan perkara biasa dalam sesebuah kumpulan. Setiap
ahli berhak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing asalkan
pendapat tersebut logik dan mengikut lunas-lunas yang bertepatan. Bagi
menjaga hubungan dalam kumpulan, setiap pengikut mestilah
menghormati pandangan dan pendapat ahli lain.

9. Taat masa senang dan masa susah

Sebagai pengikut, lazimnya mudah untuk mematuhi arahan ketua apabila


ada kepentingan diri sendiri. Sebaliknya sukar untuk melaksanakan
sesuatu arahan sekiranya memerlukan pengorbanan. Oleh itu, taat kepada

131
pemimpin tidak hanya kepada perkara-perkara yang dirasakan seronok
sahaja, tetapi perlu menyeluruh dalam segenap aspek untuk kebajikan
kumpulan atau organisasi.

10. Minta persetujuan ketua sebelum melakukan sesuatu

Sebagai pengikut yang setia, sebelum melakukan sesuatu langkah penting,


perlulah terlebih dahulu memaklum dan mendapat restu daripada ketua.
Amalan ini amat penting kerana ianya dapat memanfaatkan bukan sahaja
untuk diri seseorang itu, tetapi juga kepada kumpulan. Selain itu,
kerjasama dan sokongan ahli lain dalam kumpulan mudah diperoleh
sekiranya pihak ketua telah memberikan persetujuan.

Berdasarkan pemahaman, penelitian dan pengalaman


anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang baik dan berkesan?

8.7 RUMUSAN

Diharapkan semoga para pelajar telah memahami apa yang dikatakan


kumpulan dan pembentukan kumpulan. Sebenarnya maju atau
mundurnya sesebuah kumpulan itu bergantung kepada amalan
komunikasi mereka. Ini bermakna, komunikasi dalam kumpulan dapat
diibaratkan sebagai darah yang mengalir dalam tubuh badan manusia.
Komunikasi kumpulan ialah eleman asas yang dapat menyatukan seluruh
anggota atau ahli dalam sesebuah kumpulan itu untuk menjadi lebih
mantap dan kuat bagi mencapai matlamat kumpulan.

Kumpulan kecil merupakan satu bentuk kumpulan yang berguna bagi


pembangunan sesebuah kumpulan. Bekerja dalam kumpulan merupakan
proses pengalaman yang kompleks, tetapi amat menarik. Dengan
memahami bagaimana kumpulan kecil berfungsi, komunikator dapat
mengurangkan ketidakselesaan dan ketidakpastian apabila bekerja dalam
kumpulan.

Komunikasi berbentuk pemikiran kelompok atau groupthink sangat


penting dalam menjayakan sesebuah kumpulan kerana ini dapat
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat keputusan. Idea
merupakan eleman yang sangat penting dalam penyelesaian masalah dan
membuat keputusan sama ada pada peringkat analisis masalah ataupun
mencari alternatif-alternatif dalam penyelesaian masalah. Idea akan
diperoleh dengan berfikir secara rasional dan kreatif. Ini boleh diperoleh
sekiranya dapat diwujudkan pemikir kelompok atau groupthink yang
dinamik dalam sesebuah kumpulan. Manakala komunikasi
132
kepemimpinan dan kepengikutan ialah asas dalam kumpulan kerana jatuh
bangunnya sesebuah kumpulan bergantung kepada pemimpin dan
pengikut yang berada dalam kumpulan tersebut.

Kepemimpinan merupakan proses menerajui sebuah kumpulan atau


kesanggupan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk ahli dalam
kumpulan. Taat perkara pokok dalam prinsip kepengikutan kerana ini
dapat membentuk satu wadah yang dipunyai bersama serta mengutuhkan
sesebuah kumpulan.

Muhd. Mansur Abdullah. (1998). Komunikasi dalam


pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Joann Keyton. (1999). Communicatiing in group (2nd ed.).


Boston: Graw Hill.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Kenal pasti satu kumpulan yang pernah anda anggotai. Jelaskan


mengapa anda menganggotai kumpulan tersebut?
2. Sekiranya anda dilantik sebagai jururunding kepada sebuah
syarikat, apakah nasihat anda kepada syarikat tersebut untuk
meningkatkan kesepaduan kumpulan?
3. Terangkan kaedah-kaedah membuat keputusan dalam kumpulan?
4. Bekerja dalam kumpulan bagi meneliti kemungkinan sesuatu
alternatif dipilih untuk menyelesaikan sesuatu masalah ialah
perkara penting dalam pemikiran kelompok atau groupthink.
Bincangkan.
5. Kenal pasti lima faktor yang boleh menyebabkan kegagalan usaha
seorang ketua dalam menggerakkan kumpulannya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan


berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Lazimnya,
kumpulan mengandungi lebih daripada dua orang yang wujud
133
bersama dalam jangka masa tertentu. Kumpulan dibina atas
persetujuan ahli-ahli kumpulan berdasarkan norma-norma tertentu.
Dalam sesuatu kumpulan setiap ahli mempunyai peranan masing-
masing bagi menentukan visi dan matlamat kumpulan tercapai.

2. Kumpulan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan formal


dan kumpulan tidak formal. Biasanya kumpulan formal mempunyai
struktur yang jelas, iaitu jawatan seperti Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. Di samping itu, kumpulan
formal biasanya mempunyai peraturan-peraturan tertentu.
Manakala kumpulan tidak formal pula tidak mempunyai struktur
yang rasmi dan ketua boleh dipilih daripada kalangan ahli.
Pemilihan ketua sering berubah mengikut masa dan tugas.

3. Kelebihan berada dalam kumpulan:

(i) Dengan berkumpulan ini kita akan memperoleh banyak


maklumat dan pandangan. Konsep berkumpulan juga
membolehkan ahli kumpulan berkongsi maklumat serta
bertukar-tukar pendapat dengan jayanya.
(ii) Kumpulan biasanya mempunyai daya kritis dan kreatif yang
lebih baik jika dibandingkan dengan daya kreativiti
perseorangan. Lebih banyak alternatif yang boleh dikenal
pasti apabila berfikir secara berkumpulan.
(iii) Dengan berkumpulan kita boleh menggunakan pelbagai
kaedah atau teknik untuk menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan dengan cara yang lebih kreatif dan
inovatif.
(iv) Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya seseorang pelajar
belajar dalam bentuk kumpulan. Bukan sahaja kefahaman
meningkat, tetapi juga daya ingatan serta berpeluang untuk
berbincang dan bertanya sesuatu yang kurang difahami.
(v) Penglibatan dalam kumpulan memberikan kepuasan kerana ia
membolehkan kita memenuhi keperluan sosial kerana dapat
mengenali lebih ramai orang serta boleh berbangga sekiranya
dapat memberikan sumbangan kepada kumpulan.

4. Pemikiran kelompok atau groupthink merupakan proses interaksi


kumpulan yang memberikan kesan positif dalam membuat
keputusan. Walau bagaimanapun, semasa proses membuat
keputusan ini, kumpulan tersebut sering kali berlaku perkara
negatif yang menghalang keputusan yang memuaskan.

134
BAB 9

TEORI KOMUNIKASI ORGANISASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menghuraikan pendekatan klasik, pendekatan sumber manusia
dan pendekatan hubungan manusia.
2. Menjelaskan andaian-andaian yang terdapat dalam teori-teori
komunikasi organisasi.
3. Menerangkan tentang andaian-andaian komunikasi yang
diaplikasikan dalam setiap pendekatan.

9.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, anda akan mempelajari tentang teori-teori dalam bidang
komunikasi organisasi. Terlebih dahulu kita perlu memahami pengertian
komunikasi organisasi. Bidang komunikasi organisasi berteraskan kepada
dua konsep utama iaitu komunikasi dan organisasi. Secara umumnya,
organisasi ialah kolektiviti sosial yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang
dikoordinasi bagi tujuan mencapai matlamat individu dan kolektif
(matlamat bersama). Melalui koordinasi terhadap aktiviti-aktiviti yang
dijalankan untuk mencapai matlamat sesebuah koordinasi, struktur
organisasi dibentuk bagi membolehkan kakitangan organisasi saling
bantu-membantu antara satu sama lain dalam konteks persekitaran
organisasi yang lebih luas.

Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.


Komunikasi merupakan suatu proses transaksional dan simbolik. Proses
transaksional ialah komunikasi melibatkan dua atau lebih kakitangan
organisasi berinteraksi dalam persekitaran organisasi. Simbolik ialah
proses transaksional yang mewakili tahap perlambangan yang tertentu.
Perlambangan dalam konteks ini ialah proses komunikasi mempunyai
tahap abstrak yang tertentu. Misalnya, penggunaan perkataan seperti
“Encik”, “Tuan”, serta “Puan” mewakili rasa hormat terhadap status
atau kedudukan seseorang dalam sesebuah organisasi. Carta organisasi
merupakan perlambangan kepada struktur hierarki yang berlaku oleh
sesebuah organisasi dan mempengaruhi proses komunikasi yang

135
diamalkan dalam organisasi berkenaan. Sehubungan ini, mempelajari
bidang komunikasi bererti memahami interaksi antara kakitangan
organisasi dalam konteks organisasi.

Terdapat teori-teori yang dikemukakan bagi memahami andaian-andaian


berkaitan dengan proses komunikasi yang berlaku dalam sesebuah
organisasi. Sehubungan itu, tiga pendekatan berkaitan dengan teori
komunikasi organisasi yang disentuh dalam bab ini iaitu Pendekatan
Klasik, Pendekatan Hubungan Manusia dan Pendekatan Sumber
Manusia. Terdapat tiga teori yang dibincangkan dalam setiap pendekatan.
Pendekatan klasik merangkumi Teori Pengurusan Klasik yang
dikemukakan oleh Henri Fayol, Teori Birokrasi oleh Max Weber dan
Teori Pengurusan Saintifik oleh Frederick Taylor.

Teori-teori yang tergolong dalam pendekatan Hubungan Manusia ialah


Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Motivasi-Hygience oleh
Herzberg, serta Teori X dan Teori Y oleh McGregor. Manakala Teori
Grid Pengurusan oleh Blake dan Mounton, Teori Sistem IV oleh Likert
dan Teori Z oleh William Ouchi. Kita akan membincangkan setiap satu
teori-teori berkenaan dan andaian-andaian berkaitan komunikasi
organisasi bagi setiap pendekatan.

9.2 PENDEKATAN KLASIK

Pendekatan klasik merupakan himpunan teori-teori terawal yang


membincangkan andaian-andaian berkaitan komunikasi dalam sesebuah
organisasi. Teori-teori yang tergolong dalam pendekatan klasik ini
kemudiannya berkembang membentuk pelbagai teori yang lain.

9.2.1 Teori Pengurusan Klasik (Henri Fayol’s Theory of Classical


Management)

Teori ini mula diperkenalkan oleh Henri Fayol. Fayol dianggap sebagai
“bapa kepada teori pengurusan moden”. Beliau merupakan seorang
Perancis yang hidup pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dua ciri
utama yang diperkenalkan oleh beliau apabila memperkatakan tentang
pengurusan organisasi ialah ‘elemen-elemen pengurusan’ dan ‘prinsip-
prinsip pengurusan’. Elemen-elemen pengurusan terdiri daripada
perancangan (planning), penyusunan (organizing), arahan (command),
koordinasi (coordination), dan kawalan (control). Prinsip pengurusan pula
terdiri daripada ‘scalar chain’, ‘unity of command’, unity of direction’, ‘division of
labor’, ‘order’ dan ‘span of control’.

Sekarang kita teliti setiap satu elemen yang terdapat dalam pengurusan
yang dikemukakan oleh Fayol. Perancangan melibatkan keupayaan

136
meramal masa depan oleh pihak pengurusan organisasi bagi menentukan
cara terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Fayol (1949) percaya
bahawa perancangan tindakan yang dilakukan oleh organisasi dapat
membantu penggunaan sumber-sumber organisasi dan memilih kaedah
terbaik untuk mencapai matlamat organisasi. Penyusunan merupakan
keupayaan pihak pengurusan sesebuah organisasi untuk menyusun
sumber manusia dan melakukan penilaian terhadap pretasi kerja sumber
manusia berkenaan. Arahan merupakan elemen yang digunakan oleh
pihak pengurusan organisasi dalam menetapkan tugas kepada kakitangan
demi mencapai matlamat organisasi. Manakala koordinasi pula
merupakan penyelarasan aktiviti yang dilakukan secara berasingan dalam
sesebuah organisasi bagi mencapai kesepaduan. Pengawalan pula
melibatkan penyelarasan antara matlamat dan aktiviti kakitangan serta
organisasi bagi memastikan organisasi berfungsi seperti yang ditetapkan.

Seterusnya, kita teliti pula ciri-ciri yang terdapat dalam prinsip


pengurusan. Prinsip pengurusan pula melibatkan aspek-aspek berkitan
dengan struktur organisasi, kuasa dalam organisasi dan tingkah laku
organisasi. Prinsip berkaitan dengan struktur organisasi ialah andaian-
andaian tentang bagaimana aspek yang berbeza dalam sesebuah
organisasi patut diuruskan. Enam ciri berkaitan dengan struktur
organisasi ialah

1. Scalar chain

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus disusun dalam


hierarki vertikal dan komunikasi harus dihadkan kepada aliran berbentuk
vertial (aliran ke atas dan ke bawah berdasarkan carta organisasi).

2. Unity of command

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan sepatutnya diarah untuk


melaksanakan sesuatu tugas oleh hanya seorang penyelia.

3. Unity of direction

Prinsip ini mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti yang mempunyai


matlamat yang sama harus diletakkan di bawah penyeliaan seorang
penyelia.

4. Division of labor
137
Prinsip ini mencadangkan bahawa matlamat kerja hanya boleh dicapai
jika kakitangan organisasi diberi tugas yang terhad dari segi
pengkhususan kerja.

5. Order

Prinsip ini mencadangkan supaya terdapat tempoh pelantikan bagi setiap


kakitangan dan tugas dalam organisasi.

6. Span of control

Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus akan menjadi paling


berkesan jika mereka hanya mengawal sebilangan kakitangan tertentu.
Fayol secara umumnya mencadangkan bilangan 20-30 orang kakitangan
pada pengurusan tahap pertama dan enam orang kakitangan bagi
pengurusan yang lebih atas.

Prinsip seterusnya berkaitan dengan pengurusan kuasa dalam organisasi.


Prinsip ini melibatkan enam ciri iaitu

1. Pemusatan (Centralization)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi menjadi paling efektif


apabila pengurusan pusat mempunyai kawalan terhadap buat putusan
dan aktiviti kakitangan organisasi. Walau bagaimanapun, Fayol
mempercayai bahawa faktor-faktor kontingensi seperti saiz firma, ciri-ciri
peribadi pengurus dan faktor-faktor kakitangan boleh mempengaruhi
tahap pemusatan kuasa yang optimum.

2. Kekuasaan dan tanggungjawab (authority and responsibility)

Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus memperoleh tanggungjawab


yang datangnya daripada kedudukan dalam organisasi dan ciri-ciri
peribadi mereka seperti kepintaran dan pengalaman. Prinsip ini turut
mencadangkan bahawa tanggungjawab mesti selaras dengan autoriti atau
kekuasaan.

3. Disiplin (discipline)

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan organisasi sepatutnya taat


kepada peraturan organisasi dan pihak pengurus.

Dari segi ganjaran, Fayol mencadangkan ciri-ciri berikut berkaitan


dengan ganjaran yang berpatutan bagi kakitangan organisasi:

138
1. Pampasan kakitangan (renumeration of personnel)

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan harus diberi ganjaran


dalam bentuk gaji dan faedah yang bersesuaian.

2. Persamaan (Equity)

Prinsip ini mencadangkan bahawa dalam konteks memberikan pampasan


kakitangan harus dilayan secara adil. Prinsip ini berasaskan kepada
andaian bahawa motivasi utama kakitangan ialah kewangan dan prestasi
kerja diukur berdasarkan kepada jumlah pampasan yang diterima
daripada organisasi.

3. Jaminan tempoh perkhidmatan (Tenure stability)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus memberikan jaminan


dalam bentuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan kakitangan
mencapai prestasi yang maksimum.

Dengan ini, Fayol mencadangkan bahawa kakitangan diberikan ganjaran


dalam organisasi dan kakitangan mengetahui bahawa mereka mempunyai
jaminan kerja dan ganjaran dalam bentuk kewangan setelah penilaian
dilakukan secara adil.

Prinsip Tingkah Laku Organisasi: Fayol mengemukakan tiga prinsip


berkaitan dengan tingkah laku dan sikap kakitangan organisasi iaitu

1. Penyelarasan antara keperluan individu dan keperluan umum


organisasi (Subordination of individual interest to general
interest)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi hanya menjadi berkesan


apabila kepentingan secara menyeluruh mengatasi kepentingan individu.
Berdasarkan kepada prinsip ini kakitangan mesti mengutamakan
matlamat organisasi melebihi keperluan individu.

2. Inisiatif (Initiative)

Prinsip ini mencadangkan supaya pengurus harus meletakkan nilai dan


matlamat kepada kakitangan dan mengarahkan kakitangan supaya
berusaha sepenuhnya untuk memenuhi matlamat organisasi.
3. Esprit de corps

139
Prinsip ini mencadangkan bahawa semangat kerja ialah “Three Musketeers”
iaitu satu untuk semua dan semua untuk satu.

Berdasarkan kepada perbincangan berkaitan teori yang dikemukakan


oleh Fayol, didapati bahawa Fayol telah mengemukakan idea-idea yang
berkaitan dengan pengurusan dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam
menguruskan sesebuah organisasi. Bahagian seterusnya membincangkan
tentang Teori Birokrasi oleh Max Weber.

Adakah ciri-ciri yang dikemukakan oleh Fayol masih


diamalkan oleh organisasi masa kini?

9.2.2 Teori Birokrasi (Max Weber’s Theory of Bureaucracy)

Teori komunikasi kedua dalam konteks teori-teori pengurusan kelasik


ialah teori yang dikemukakan oleh Max Weber yang merupakan seorang
ahli sosiologi German. Meskipun Fayol dan Weber hidup dalam abad
yang sama tetapi teori yang dikemukakan oleh Weber amat berbeza
dengan teori yang dikemukakan oleh Fayol. Dalam Teori Birokrasi yang
dikemukakan oleh Weber, Weber mengemukakan ciri-ciri organisasi iaitu
birokrasi. Weber percaya bahawa pertama, birokrasi beroperasi dalam
konteks hierarki yang jelas. Kedua, Weber melihat birokrasi dicirikan
sebagai pembahagian tenaga buruh. Ketiga, Weber percaya bahawa
birokrasi dicirikan oleh pemusatan dalam membuat keputusan dan
kekuasaan. Ketiga-tiga ciri ini hampir sama dengan apa yang
dikemukakan dalam Teori Pengurusan Klasik oleh Fayol.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri hierarki, pembahagian tenaga buruh


dan pemusatan, Weber menekankan bahawa birokrasi secara relatifnya
merupakan sistem tertutup. Sistem tertutup bererti birokrasi yang
diamalkan oleh sesebuah organisasi akan mencuba seboleh mungkin
untuk mengelakkan daripada pengaruh persekitaran luaran yang boleh
mengganggu perjalanan organisasi. Weber juga menekankan tentang
kepentingan peraturan bagi membolehkan organisasi berfungsi dengan
sempurna. Weber percaya bahawa peraturan secara rasional perlu wujud.
Di samping itu, perlu wujud peraturan bagi segala kontigensi dalam
organisasi. Peraturan perlu ditulis dengan jelas.

Salah satu andaian penting dalam teori yang dikemukakan oleh Weber
ialah fungsi kekuasaan (functioning of authority). Weber melihat pelaksanaan
birokrasi ialah berasaskan kepada autoriti, kuasa dan disiplin. Beliau

140
mencadangkan kewujudan autoriti berdasarkan kepada tiga andaian asas
iaitu autoriti tradisional, autoriti karismatik dan autoriti rasional-
perundangan. Setiap satu jenis autoriti dibincangkan seperti berikut:

1. Autoriti tradisional

Berasaskan kepada kepercayaan tentang kedudukan hierarki tertentu


dalam struktur organisasi. Misalnya, pemerintahan beraja yang diamalkan
di Malaysia ialah berdasarkan kepada tradisi lama pemerintahan beraja
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dalam organisasi tertentu,
sesetengah ketua atau pihak pengurusan tertinggi dalam organisasi
mempunyai autoriti berlandaskan tradisi berbanding dengan kebolehan
sebenar, tindakan atau tingkah laku. Kerapkalinya, organisasi sebegini
merupakan organsasi yang diwarisi turun-temurun atau lebih kepada
organisasi yang dimiliki oleh keluarga.

2. Autoriti karismatik

Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada personaliti dan keupayaan


untuk menarik sokongan pengikut dan berinteraksi dengan pengikut.
Autoriti karismatik ialah dalam konteks individu mempunyai pengikut
dan memperoleh ketaatan daripada pengikut melalui kuasa dan
personaliti beliau.

3. Autoriti berdasarkan rasional perundangan (rational-legal


authority)

Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada pelaksanaan peraturan yang


terbina daripada maklumat dan kepakaran. Menurut Weber, setiap kuasa
berlandaskan kepada perundangan dan rasional. Kuasa yang dimiliki oleh
seseorang adalah sah selagi ia selaras dengan norma. Ketaatan kakitangan
ialah terhadap norma atau peraturan yang diamalkan.

Bagi ketiga-tiga jenis autoriti atau kekuasaan ini, menurut Weber, autoriti
berasaskan perundangan merupakan jenis kuasa yang mendominasi
organisasi. Birokrasi merupakan satu sistem tertutup yang dikawal oleh
autoriti kekuasaan perundangan atau peraturan yang diamalkan oleh
sesebuah negara atau organisasi.

Adakah birokrasi masih lagi diamalkan dalam pengurusan


organisasi masa kini?

141
9.2.3 Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylor’s Theory of
Scientific Management)

Teori ketiga dan terakhir yang diklasifikasikan di bawah andaian


Pendekatan Klasik ialah teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor
pada awal kurun ke-20. Taylor merupakan seorang ahli prniagaan
Amerika Syarikat. Taylor menumpukan kepada fungsi organisasi pada
tahap mikro. Taylor tidak menekankan struktur organisasi tetapi terhadap
hubungan antara pengurus dan kakitangan dan kawalan terhadap
kakitangan semasa bekerja. Kita bincangkan komponen-komponen yang
terdapat dalam teori berkenaan.

Empat ciri atau komponen utama dalam Teori Pengurusan Saintifik yang
dikemukakan oleh Taylor ialah

(i) Terdapat satu cara yang terbaik untuk melakukan setiap kerja (there
is one best way to do every job) − Sistem ini bertentangan dengan sistem
pembelajaran lama. Sistem pembelajaran lama menekankan bahawa
kemahiran bekerja diperoleh melalui warisan dari satu generasi ke
satu generasi. Taylor percaya bahawa cara terbaik untuk melakukan
sesuatu kerja boleh dikenal pasti melalui kajian berkaitan masa dan
aktiviti untuk menghasilkan sesuatu produk. Dengan itu, aspek
kritikal bagi melaksanakan sistem dalam menentukan cara yang
paling efisien ialah berasaskan masa yang diambil oleh kakitangan
bagi mencapai tugas yang ditetapkan. Cara terbaik untuk
melaksanakan sesuatu kerja yang telah dikenal pasti kemudiannya
akan diajar kepada semua kakitangan organisasi untuk
dilaksanakan.
(ii) Pemilihan kakitangan yang sesuai untuk melakukan kerja − Taylor
percaya bahawa kakitangan harus dipilih secara saintifik dan dilatih
untuk melakukan kerja. Ini kerana prestasi kerja kakitangan akan
mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi.
(iii) Kepentingan latihan seperti yang dicadangkan dalam kajian
penyelaras antara masa dan aktiviti.
(iv) Terdapat perbezaan tugas antara pengurusan dan pekerja. Menurut
Taylor, pengurus organisasi merupakan individu yang paling sesuai
untuk melakukan kerja-kerja berfikir, merancang dan mengurus
organisasi. Pihak buruh pula melaksanakan apa yang dirancang dan
diarah oleh pengurus.

Berdasarkan kepada andaian-andaian yang dikemukakan, Teori


Pengurusan Saintifik merupakan salah satu kaedah saintifik untuk
menentukan cara terbaik bagi melakukan sesuatu kerja. Setelah cara
terbaik ditetapkan, kakitangan dipilih untuk melaksanakan tugas
berkenaan dan dilatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan kajian

142
masa dan aktiviti. Organisasi berfungsi melalui mengekalkan jarak
hubungan antara kakitangan dan pekerja yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan kerja dan pengurus bertanggungjawab untuk berfikir dan
mengurus.

Apakah jenis pekerjaan yang masih mengamalkan ciri


yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain?

9.3 ANDAIAN BERKAITAN KOMUNIKASI DALAM


PENDEKATAN KLASIK

Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang dititikberatkan.


Ciri-ciri komunikasi dalam konteks pengurusan organisasi klasik dapat
dilihat dari segi arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan stail
komunikasi.

(a) Arah aliran komunikasi

Pada hakikatnya wujud pelbagai arah aliran komunikasi dalam sesebuah


organisasi seperti komunikasi ke atas dan ke bawah iaitu pengurus
berkomunikasi dengan subordinat dan sebaliknya. Dalam teori klasik
yang dikemukakan oleh Fayol, Weber dan Taylor, aliran komunikasi yang
paling mustahak ialah aliran vertikal (mendatar) mengikut aliran hierarki.
Kebanyakan proses komunikasi ialah komunikasi ke bawah dalam
bentuk arahan dan peraturan. Hanya terdapat sedikit maklum balas
daripada pihak pengurusan bawahan kepada pihak pengurusan atasan.
Walau bagaimanapun, Fayol membenarkan sedikit fleksibiliti dari segi
komunikasi horizontal berbanding dengan Weber dan Taylor.

(b) Saluran komunikasi

Pelbagai saluran boleh digunakan untuk berkomunikasi misalnya saluran


bersemuka, saluran bertulis dan juga melalui perantara seperti
berkomunikasi melalui telefon dan komputer. Teori-teori klasik
mengandaikan bahawa saluran bertulis merupakan saluran yang paling
kerap digunakan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada beberapa
andaian yang dikemukakan. Misalnya, Weber menekankan kepada
peraturan dan kepentingannya dijelaskan dalam bentuk tulisan. Taylor
dan Fayol mempunyai pandangan yang sama. Misalnya, kenyataan
bahawa “mempunyai hanya satu cara yang terbaik” bagi melakukan
setiap kerja dalam andaian teori pengurusan saintifik membawa kepada
kepentingan arahan kerja ditulis dalam bentuk tulisan. Ringkasnya,
penekanan kepada peraturan dan prosedur yang jelas bagi membolehkan

143
organisasi berfungsi dengan berkesan membolehkan kita mengandaikan
pergantungan yang besar kepada komunikasi berbentuk tulisan dalam
bentuk arahan, penyataan misi, peraturan dan penilaian prestasi.

(c) Gaya komunikasi

Pendekatan klasik mengandaikan stail komunikasi lebih kepada


berbentuk formal. Misalnya, penggunaan pangkat atau gelaran bagi
membezakan kakitangan pengurusan dan kakitangan bawahan.
Pemilihan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa yang standard
juga merupakan ciri komunikasi dalam pendekatan klasik.

Mengapakah komunikasi kurang dipentingkan dalam


pendekatan klasik?

9.4 PENDEKATAN HUBUNGAN MANUSIA

Dari tahun 1924 higga tahun 1933, pelbagai kajian dijalankan di Western
Electronic Company Hawthorne Plant di Illinois. Kajian-kajian ini
dikenali sebagai kajian Hawthorne. Kajian pertama diterajui oleh Elton
Mayo dari University Harvard. Mayo dan rakan-rakannya berminat untuk
mengetahui bagaimana perubahan dalam persekitaran kerja akan
mendatangkan kesan terhadap produktiviti pekerja kilang. Hasil kajian
menunjukkan produktiviti meningkat sering kali dikaitkan dengan
perubahan keadaan kerja serta faktor-faktor sosial dan keperluan emosi
pekerja. Kajian Hawthorne bertindak selaku katalis kepada perubahan
teori organisasi daripada teori-teori klasik kepada pendekatan hubungan
manusia. Pendekatan Hubungan Manusia mula menekankan peranan
komunikasi terutamanya komunikasi tidak formal dan komunikasi
kumpulan. Bahagian seterusnya akan memerihalkan tentang teori
berkaitan dengan hubungan kemanusiaan yang dikemukakan oleh
Abraham Maslow, Frederick Herzberg dan Douglas McGregor.

9.4.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow

Abraham Maslow mengemukakan Theori Hierarki Keperluan dengan


andaian bahawa manusia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat lima
keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia iaitu

1. Keperluan fisiologikal

Merupakan keperluan tubuh badan manusia seperti makanan, minuman,


tempat tinggal dan tidur. Dalam konteks organisasi, keperluan ini boleh

144
dipenuhi melalui pemberian gaji bagi membeli makanan dan pakaian
serta keperluan fizikal lain.

2. Keperluan keselamatan

Termasuk keperluan untuk bebas daripada bahaya dan ancaman


persekitaran. Dalam konteks organisasi, keperluan ini dapat dipenuhi
melalui pemberian gaji yang membolehkan kakitangan mendapatkan
perlindungan dan kesihatan.

3. Keperluan afiliasi

Dirujuk sebagai keperluan kepada rasa dipunyai atau keperluan kasih


sayang iaitu memberi dan menerima dalam konteks hubungan sesama
manusia. Keperluan ini boleh dipenuhi oleh organisasi melalui
pembentukan hubungan sosial dengan rakan sekerja dan pihak
pengurusan.

4. Keperluan harga diri

Perlu memenuhi rasa pencapaian dan peningkatan. Harga diri boleh


dibahagikan kepada esteem dalaman dan esteem luaran. Esteem dalaman
iaitu boleh dicapai melalui pengiktirafan dan perhatian. Esteem luaran
pula boleh dipenuhi melalui rasa pencapaian dan keyakinan. Dalam
konteks organisasi, keperluan eksternal boleh dipenuhi melalui struktur
ganjaran dan pampasan. Esteem dalaman boleh dipenuhi melalui
pemberian tugas yang mencabar serta peluang kepada kakitangan untuk
mencapai dan cemerlang dalam melaksanakan tugas berkenaan.

5. Keperluan kepada pencapaian kendiri

Merupakan bentuk kerja yang membolehkan individu melaksanakan


tanggungjawab dan kreativiti di tempat kerja.

Teori yang dikemukakan oleh Maslow ini memberikan contoh jelas


tentang prinsip hubungan manusia dan kemungkinan dilaksanakan dalam
konteks organisasi. Tiga ciri pertama dikenali sebagai keperluan asas
terendah dan dua keperluan teratas ialah keperluan tertinggi. Organisasi
boleh melaksanakan dasar tertentu dalam memenuhi keperluan-
keperluan ini di kalangan kakitangan.

Apakah keperluan-keperluan anda pada setiap tahap yang


diandaikan dalam Teori Hierarki Keperluan oleh Maslow?

145
9.4.2 Teori Motivasi-Hygience

Teori Motivasi-Hygience diperkenalkan oleh Herzberg dibina pada awal


tahun 1950-an dan diperkukuhkan pada tahun 1960-an dan awal tahun
1970-an. Teori ini dibina oleh Herzberg berdasarkan kepada kajian-kajian
yang telah dijalankan tentang kepuasan kerja dan faktor-faktor yang
menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerja.
Andaian asas teori yang dikemukakan oleh beliau ialah terdapat ciri-ciri
tertentu di tempat kerja yang membuatkan pekerja berpuas hati dan tidak
berpuas hati. Faktor-faktor yang menyebabkan pekerja berpuas hati
dikenali sebagai faktor pemotivasi and faktor yang menyumbang kepada
ketidakpuasan bekerja dikenali sebagai faktor hygiene. Beliau
mencadangkan bahawa faktor motivasi boleh wujud tanpa faktor hygiene
dan faktor hygiene boleh wujud tanpa faktor motivasi.

Berikut dikemukakan empat situasi untuk kita fikirkan bersama tentang


kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerja di kalangan kakitangan
organisasi.

1. Situasi 1

Keadaan kerja individu yang mempunyai kedua-dua faktor hygiene


(persekitaran kerja yang bersih, gaji yang baik dan penyelia yang
kompeten) dan faktor-faktor motivasi seperti kerja yang mencabar,
tanggungjawab dan peluang kenaikan pangkat. Dalam keadaan ini,
pekerja boleh merasa gembira dan berpuasa hati serta dalam masa yang
sama merasa tidak gembira dan tidak berpuas hati.

2. Situasi 2

Keadaan kerja yang mempunyai faktor hygiene tetapi tiada faktor motivasi.
Pekerja boleh gembira dan boleh juga tidak gembira. Misalnya, seorang
pekerja yang bekerja dalam persekitaran kerja yang baik dan penyelia
yang cekap tetapi tugasnya membosankan dan menjalankan tugas yang
sama secara berulang-ulang.

3. Situasi 3

Keadaan kerja yang mempunyai faktor motivasi tetapi tiada faktor hygiene.
Situasi ini dianggap sebagai mencabar bercampur dengan persekitaran
kerja yang teruk. Pekerja berkemungkinan akan merasa gembira dan tidak
gembira dalam masa yang sama.

146
4. Situasi 4

Kerja yang tidak dicirikan dengan faktor-faktor hygiene dan faktor


motivasi. Ini kerana pekerja yang sama melakukan tugas yang sama
secara berulang-ulang.

Berdasarkan kepada situasi-situasi yang diberikan, Herzberg


mengandaikan bahawa pekerja yang hadir bekerja ialah mereka yang
gembira dan bermotivasi manakala pekerja yang tidak hadir bekerja
merupakan pekerja yang tidak gembira dan merasa tertekan.

Mengapakah tahap kegembiraan pekerja berbeza-beza


berdasarkan setiap situasi yang dikemukakan?

9.4.3 Teori X dan Teori Y

Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang diklasifikasikan di


bawah pendekatan hubungan manusia. Teori X dan Teori Y
dikemukakan oleh Douglas McGregor. Teori X dan Teori Y mewakili
pelbagai andaian berkaitan fungsi pengurusan sesebuah organisasi yang
menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi negatif
pengurus tentang pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, teori Y
pula mewakili andaian-andaian yang positif tentang kakitangan sesebuah
organisasi.

Mernurut McGregor, pengurus yang mengamalkan Teori X dipengaruhi


oleh andaian bahawa:

(i) Pengurus bertanggungjawab untuk menguruskan elemen-elemen


produktiviti seperti wang, bahan dan manusia dalam konteks
yang bermatlamatkan ekonomi.
(ii) Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pekerja,
pengurusan organisasi merupakan kegiatan untuk mengarahkan
usaha pekerja, memotivasikan pekerja, mengawal tindakan
pekerja dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan
keperluan dan kehendak organisasi.
(iii) Pihak pengurus perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti organisasi
kerana pekerja adalah pasif dan mungkin melakukan tingkah laku
yang bertentangan dengan kehendak organisasi. Dengan itu,
pekerja perlulah dipujuk, dihukum, dikawal dan aktiviti mereka
mestilah diarah. Memberikan arahan merupakan tugas pihak
pengurusan.
(iv) Purata pekerja bekerja ialah bekerja sesedikit yang mungkin.

147
(v) Pekerja kurang bercita-cita, tidak gemar mengambil
tanggungjawab dan lebih gemar diarah.
(vi) Lebih mementingkan diri sendiri yang mungkin bertentangan
sama sekali dengan kehendak organisasi.
(vii) Secara semula jadinya mereka menolak perubahan.
(viii) Tidak begitu pintar.

McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi


berpegang kepada andaian di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu
tidak benar. Beliau percaya bahawa pengurus harus
mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh keperluan
hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya
untuk bekerja sendiri. Ini digambarkan dalam Teori Y. Teori Y
mengandaikan bahawa:

(i) Daya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula
jadinya sama seperti bermain dan berehat.
(ii) Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah
merupakan satu-satunya cara untuk menggerakkan daya usaha
pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi. Ganjaran yang
paling signifikan seperti kepuasan terhadap ego dan penghargaan
kendiri boeh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat
organisasi.
(iii) Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima
tanggungjawab tetapi turut mencari tanggungjawab.
(iv) Keupayaan untuk menyelesaikan masalah organisasi secara kreatif
ada di mana-mana dan pada setiap pekerja.
(v) Potensi intelektual manusia perlu digunakan sepenuhnya.

Dengan itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu
dilakukan oleh pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara
asasnya tidak bermotivasi. Sebaliknya, pengurus yang berpegang kepada
Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja amat bermotivasi untuk
memenuhi keperluan kepada pencapaian dan self-fulfillment dan menjadi
tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja yang
pintar dan bermotivasi ini.

Pada pandangan anda, adakah penyelia terdekat anda


mengamalkan Teori X atau Teori Y dalam menguruskan
kakitangannya?

148
9.5 KOMUNIKASI DALAM PENDEKATAN HUBUNGAN
MANUSIA

(a) Kandungan komunikasi

Dalam konteks pendekatan hubungan manusia, komunikasi yang


berkaitan dengan tugas tetapi bertujuan untuk mengekalkan kualiti
hubungan manusia diamalkan. Jenis komunikasi yang diamalkan ialah
maintenance communication. Dengan itu, komunikasi sosial penting di tempat
kerja. Ini dibuktikan berdasarkan kepada Teori Maslow yang
menekankan kepentingan keperluan afiliasi yang boleh dipenuhi melalui
tolak ansur dalam interaksi sosial. Menurut Maslow, keperluan kepada
interaksi sosial mestilah terlebih dahulu dipenuhi sebelum bergerak
kepada keperluan seterusnya iaitu esteem dan self-actualization.

(b) Arah aliran komunikasi

Dalam pengurusan organisasi klasik, komunikasi selalunya dicirikan


dengan bentuk vertikal dan ke bawah. Pendekatan hubungan manusia
tidak menafikan kepentingan komunikasi dalam bentuk ini tetapi arah
aliran komunikasi tidak dihadkan kepada hanya bentuk ke bawah sahaja.
Komunikasi horizontal adalah mustahak. Misalnya, McGregor yang
menekankan tentang keupayaan kakitangan untuk memenuhi pencapaian
dan kecemerlangan di tempat kerja mencadangkan bahawa interaksi di
kalangan kakitangan sama pentingnya dengan komunikasi ke bawah
dalam mencapai matlamat organisasi.

(c) Saluran komunikasi

Dalam organisasi klasik, penekanan saluran diberikan kepada saluran


komunikasi dalam bentuk tulisan. Manakala, pendekatan kemanusiaan
menitikberatkan interaksi interpersonal. Jumlah kandungan mesej dan
komunikasi yang berbentuk emosi dan kandungan sosial adalah
mustahak dalam konteks hubungan komunikasi antara pengurusan atasan
dan pekerja sesebuah organisasi.

(d) Gaya komunikasi

Lantaran, penekanan yang diberikan oleh pendekatan kemanusiaan


adalah organisasi sosial dan memenuhi keperluan afiliasi. Komunikasi
adalah lebih kepada berbentuk tidak formal. Tambahan lagi, pendekatan
hubungan kemanusiaan ini bertujuan untuk mengurangkan perbezaan
status antara pengurus dan kakitangan bawahan sebagai salah satu cara
untuk memenuhi keperluan sosial.

149
Adakah terdapat perbezaan dari segi andaian berkaitan
komunikasi dari segi pendekatan klasik dan pendekatan
hubungan manusia?

9.6 PENDEKATAN SUMBER MANUSIA

Meeskipun pendekatan hubungan manusia dilihat sebagai salah satu


alternatif kepada pendekatan klasik, terdapat kritikan-kritikan yang
dikemukakan terhadap teori berkenaan. Antaranya ialah andaian-andaian
berkaitan dengan teori ini boleh digunakan secara manipulatif. Ini
membawa kepada pendekatan seterusnya iaitu pendekatan sumber
manusia. Teori-teori berkenaan ialah Teori Grid Pengurusan (Blake and
Mouton’s Managerial Grid), Sistem IV (System IV) dan Teori Z (Theory
Z).

9.6.1 Teori Grid Pengurusan

Robert Blake dan Jane Mouton membina Grid Pengurusan yang kini
dikenali sebagai Grid Kepimpinan. Grid kepimpinan merupakan
pengukuran untuk meningkatkan latihan yang sering diberikan kepada
pengurus bagi mempertingkatkan gaya kepimpinan serta merangsang
kepuasan dan kreativiti pekerja. Andaian asas ialah kepimpinan akan
menjadi lebih berkesan jika pemimpin menitikberatkan manusia dan
pengeluaran secara serentak.

Blake dan Moutin membentuk grid yang menggambarkan perhatian yang


perlu diberikan kepada manusia dan pengeluaran dari tinggi ke rendah.
Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus boleh ditempatkan
dalam grid ini berdasarkan pada tahap perhatian yang diberikan kepada
kedua-dua aspek berkenaan. Berdasarkan kepada kedudukan dalam grid,
Blake dan Mouton mengemukakan lima jenis stail pengurusan iaitu

1. Impoverished management

Tahap perhatian yang diberikan terhadap manusia dan pengeluaran


adalah rendah. Pengurus dalam kategori ini tidak menitikberatkan
organisasi dan pekerja, dan hanya melakukan usaha yang minimum.

2. Country club management

Dicirikan oleh tinggi perhatian diberikan terhadap manusia dan rendah


perhatian terhadap pengeluaran. Pengurus dalam kategori ini meletakkan
usaha untuk mewujudkan persekitaran yang menitikberatkan
persahabatan dan hubungan kemanusiaan.
3. Authority-compliance
150
Tinggi perhatian terhadap pengeluaran dan rendah perhatian terhadap
hubungan manusia. Pengurus akan meletakkan keseluruhan usaha untuk
menyusun atur semua komponen di tempat kerja bagi memaksimumkan
kecekapan untuk mencapai matlamat organisasi.

4. Middle-of-the road management

Stail pengurus yang menitikberatkan kemanusiaan dan pengeluaran.

Apakah gaya pengurusan yang diamalkan dalam


organisasi anda?

9.6.2 Sistem IV

Grid pengurusan yang dikemukakan oleh Robert Blake dan Jane Mouton
berkaitan dengan bagaimana pengurus mengaplikasikan stail kepimpinan
untuk memaksimumkan potensi sumber manusia dalam sesebuah
organisasi. Teori seterusnya iaitu Sistem IV bertujuan untuk menjelaskan
dengan lebih terperinci tentang bentuk organisasi yang bersesuaian
dengan pergerakan kemanusiaan yang ideal. Pelopor kepada teori ini
ialah Rensis Likert.

Teori yang dikemukakan oleh Likert mengandaikan bahawa terdapat


pelbagai bentuk organisasi yang mempunyai kesan yang berbeza terhadap
matlamat individu dan organisasi. Beliau mengemukakan empat bentuk
organisasi yang dilabelkan sebagai Sistem 1 hingga Sistem IV. Likert
percaya bahawa setiap bentuk organisasi berkenaan adalah berbeza dari
segi faktor-faktor motivasi, komunikasi, buat putusan, penetapan
matlamat, kawalan, struktur pengaruh dan prestasi.

Sistem 1 dikenali sebagai Exploitive Authoritative Organization yang


mengandaikan bahawa motivasi didorong oleh ancaman dan ketakutan,
komunikasi ke bawah dan tidak tepat, buat putusan oleh pihak atasan,
arahan diberikan dan kawalan oleh pihak atasan. Exploitive Authoritative
Organization termasuklah kesemua aspek pengurusan negatif yang
diandaikan oleh pendekatan klasik dan saintifik.

Sistem II dikenali sebagai Benevolent Authoritative Organization. Organisasi


jenis ini dicirikan oleh inovasi melalui ganjaran ekonomi dan ego,
komunikasi yang terhad, buat putusan oleh pihak atasan, penetapan
matlamat melalui arahan dan kawalan oleh pihak atasan. Dalam banyak
hal, ia hampir sama dengan Sistem 1 kecuali tidak memasukkan matlamat
mengeksploitasi pekerja. Walau bagaimanapun, stail pengurusan dalam
151
bentuk ini lebih kepada berbentuk autoritatif iaitu pihak pengurus
mempercayai bahawa ini merupakan sistem terbaik untuk semua pekerja.

Sistem III ialah consultative organization yang amat berbeza daripada Sistem
I dan Sistem II. Dalam konteks organisasi ini, keputusan dan kawalan
masih dilakukan oleh pihak atasan. Walau bagaimanapun, sebelum
keputusan dibuat, kakitangan akan dirujuk terlebih dahulu dan
pandangan mereka diambil kira. Matlamat ditetapkan selepas
perbincangan dilakukan dan terdapat komunikasi yang berlaku secara
atas dan bawah mengikuti aliran hierarki yang diamalkan oleh organisasi.

Sistem IV ialah sistem penglibatan (participative organization), iaitu


keputusan dilakukan oleh setiap ahli dalam organisasi dan matlamat
ditetapkan sepenuhnya oleh kumpulan kerja. Kawalan dilakukan pada
setiap tahap organisasi dan bentuk komunikasi ialah ke atas, ke bawah
dan mendatar. Sumbangan setiap ahli dalam organisasi amat dihargai dan
ganjaran diberikan kepada kakitangan untuk memenuhi setiap keperluan.

Keempat-empat sistem ini menggambarkan peralihan daripada


pengurusan klasik dan saintifik kepada organisasi yang memberikan
penghargaan dan sumbangan terhadap penglibatan kakitangan. Likert
mempercayai bahawa organisasi mementingkan sumber manusia (Sistem
IV) dan bukan hanya tingkah laku pengurusan. Beliau turut menekankan
kepentingan struktur yang menggalakkan penglibatan dan prestasi
pekerja yang dikenali sebagai Linking Pin.

Apakah jenis organisasi yang mengamalkan ciri-ciri


pengurusan yang diandaikan dalam Sistem IV?

9.6.3 Teori Z

William Ouchi mencadangkan Teori Z berdasarkan kepada pengurusan


yang diamalkan di organisasi-organisasi Jepun. Ouchi menganalisis secara
perbandingan syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan Jepun. Ouchi
menghujahkan bahawa perbezaan corak pengurusan antara syarikat-
syarikat Amerika Syarikat dan syarikat Jepun ialah kerana budaya
kebangsaan yang berbeza. Misalnya, budaya kolektivis yang diamalkan
oleh syarikat Jepun menghasilkan organisasi yang menekankan kepada
buat putusan bersama dan tanggungjawab bersama manakala budaya
Amerika Syarikat pula ialah apabila buat putusan dan tanggungjawab
individu lebih diberikan penekanan.
Ouchi tidak mencadangkan bahawa syarikat Amerika Syarikat harus
bertukar mengamalkan pengurusan Jepun tetapi beliau berhujah bahawa
perbezaan budaya menyebabkan sesetengah bentuk pengurusan tertentu

152
tidak sesuai diaplikasikan. Wujud prinsip-prinsip pengurusan tertentu
yang boleh diaplikasikan di organisasi yang berbeza.

Jadual 9.1
Perbezaan antara Teori J dan Teori A

Jenis J Jenis A
Pekerjaan untuk seumur hidup Pekerjaan jangka pendek
Penilaian dan kenaikan pangkat yang Penilaian dan kenaikan pangkat
lambat berterusan
Kerjaya yang tidak terlalu khusus Kerjaya yang khusus
Mekanisme kawalan implisit Mekanisme kawalan yang eksplisit
Keputusan dibuat secara kolektif Keputusan dibuat secara individu
Tanggungjawab bersama Tanggungjawab individu
Menitikberatkan keseluruhan organisasi Menitikberatkan bahagian

9.7 KOMUNIKASI DALAM PENDEKATAN SUMBER


MANUSIA

Pendekatan sumber manusia mengiktiraf peranan komunikasi dalam


sesebuah organisasi. Aspek-aspek yang dibincangkan di sini ialah
kandungan komunikasi, arah aliran komunikasi, saluran komunikasi dan
stail komunikasi.

(a) Kandungan komunikasi

Komunikasi yang dipraktikkan lebih kepada komunikasi inovatif


(innovation communication), iaitu interaksi tentang idea baru, bagaimana
sesuatu kerja boleh dilaksanakan dengan baik, hasil baru yang boleh
dijana oleh organisasi, cara penstrukturan organisasi yang berbeza dan
sebagainya.

(b) Arah aliran komunikasi

Dari segi arah aliran komunikasi, aliran komunikasi didominasi oleh


aliran ke bawah tetapi dalam konteks pendekatan sumber manusia.
Kedua-dua bentuk komunikasi horizontal dan vertikal digalakkan bagi
memenuhi kepuasan dalam berkomunikasi sesebuah organisasi. Dalam
pendekatan kemanusiaan, matlamat ialah untuk menggalakkan aliran
komunikasi merentasi hierarki organisasi meliputi komunikasi ke atas,
horizontal dan diagonal.

(c) Saluran komunikasi

153
Dalam komunikasi yang menitikberatkan hubungan kemanusiaan,
komunikasi bersemuka ditekankan kerana ciri sosial aspek komunikasi
dan memenuhi keperluan tertinggi.

(d) Gaya komunikasi

Stail komunikasi yang ditekankan ialah komunikasi yang berbentuk


maklumat (informative communication). Ini kerana maklumat merupakan
input penting yang akan membantu kakitangan organisasi melaksanakan
tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan lebih
sempurna dan berkesan.

Fikirkan contoh-contoh budaya yang berbeza antara


masyarakat Malaysia dan masyarakat barat.

9.8 PENDEKATAN SISTEM

Pendekatan seterusnya yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan


pendekatan sistem iaitu suatu pendekatan yang agak berbeza berbanding
dengan pendekatan hubungan manusia dan pendekatan sumber manusia.
Terlebih dahulu kita akan meneliti apa yang dimaksudkan dengan
konsep-konsep asas dan sistem, seterusnya bagaimana konsep ini boleh
diaplikasikan dalam konteks komunikasi organisasi.

9.8.1 Komponen-Komponen Sistem

Pada tahap yang paling asas, sistem merupakan komponen-komponen.


Dalam sistem biologi, komponen termasuklah sel-sel dan organ-organ.
Dalam organisasi, sistem termasuklah kakitangan dan jabatan-jabatan
yang membentuk organisasi. Tugas pertama pakar-pakar atau pengkaji
teori yang berkaitan dengan sistem ialah untuk meneliti komponen yang
bersesuaian dan merangkumi sistem. Setelah komponen-komponen
dalam sistem dikenal pasti, penting untuk diteliti bagaimana bahagian-
bahagian ini disusun dan fungsi setiap bahagian berkenaan. Tiga konsep
yang mencirikan komponen dalam sistem ialah susunan hierarkikal,
saling pergantungan dan permeability.

(a) Susunan hierarkikal

Komponen sistem tersusun dalam bentuk yang sangat kompleks yang


melibatkan subsistem dan supersistem. Misalnya, universiti sebagai
sebuah organisasi. Universiti terdiri daripada fakulti, jabatan, pusat dan
institut. Subsistem ini mengandungi kumpulan kerja dan individu.
Hierarki dalam konteks ini berbeza dengan pendekatan klasik iaitu

154
hierarki dikaitkan dengan autoriti. Dalam konteks pendekatan sistem,
hierarki dikaitkan dengan penelitian iaitu sistem ialah gabungan
subsistem dan ia merupakan bahagian daripada supersistem yang lebih
besar.

(b) Saling Pergantungan

Merupakan konsep kedua yang mencirikan komponen sistem iaitu saling


pergantungan. Saling pergantungan merujuk kepada fungsi pergantungan
satu komponen dengan komponen yang lain. Misalnya, dalam konteks
pengurusan universiti, pihak fakulti bergantung kepada Jabatan
Bendahari untuk mendapatkan peruntukan kewangan bagi membolehkan
fakulti berfungsi dan melaksanakan urusan seharian. Organisasi sebagai
satu sistem amat bergantung antara satu sama lain. Lantaran itu, tidak ada
satu komponen pun dalam sesebuah organisasi yang boleh berfungsi
dengan lancar tanpa bantuan yang aktif daripada bahagian sistem yang
lain.

(c) Permeability

Merupakan sempadan yang membenarkan maklumat dan bahan-bahan


untuk mengalir ke dalam dan ke luar organisasi. Tahap permeability ialah
pelbagai dari satu sistem ke sistem yang lain iaitu ada yang tertutup dan
ada yang terbuka.

SOALAN DALAM TEKS

1. Bincangkan teori-teori yang terdapat dalam


pendekatan klasik.
2. Apakah pendekatan komunikasi yang diandaikan
dalam teori-teori pendekatan klasik?
3. Huraikan teori-teori yang dikemukakan
pendekatan hubungan manusia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Griffin, E. (1997). A first look at communication theory (3rd


ed.). New York: McGraw-Hill.

Littlejohn, S.W. (2002). Theories of human communication (7th


ed.). Belmont: Wadsworth/Thomson Learning.
155
Miller, K. (2001). Communication theories: Perspectives, processes
and contexts. Boston: McGraw Hill.

Miller, K. (2003). Organizational communication: Approaches


and processe (3rd ed.) Belmont:
Wadsworth/Thomson Learning.

Miner, J. B. (1980). Theories of organizational behavior.


Hindsdale: The Dryden Press.

9.9 RUMUSAN

Secara keseluruhannya bab ini telah menghuraikan tentang teori-teori


komunikasi organisasi. Tiga pendekatan boleh digunakan apabila
membincangkan tentang komunikasi organisasi iaitu pendekatan klasik,
pendekatan hubungan manusia dan pendekatan sumber manusia. Setiap
pendekatan berkenaan mempunyai andaian-andaian yang tersendiri
berkaitan peranan komunikasi dalam sesebuah organisasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah andaian-andaian tentang komunikasi yang dikemukakan


dalam pendekatan klasik, pendekatan hubungan manusia dan
pendekatan sumber manusia?
2. Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam pendekatan sistem.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori yang terdapat dalam pendekatan klasik ialah Teori


Pengurusan Klasik, Teori Birokrasi dan Teori Pengurusan Saintifik.
(a) Teori Pengurusan Klasik

Teori ini mula diperkenalkan oleh Henri Fayol. Elemen-elemen


pengurusan terdiri daripada perancangan (planning), penyusunan
(organizing), arahan (command), koordinasi (coordination), dan kawalan

156
(control). Prinsip pengurusan pula terdiri daripada ‘scalar chain’, ‘unity
of command’, unity of direction’, ‘division of labor’, ‘order’ dan span of control’.
Prinsip pengurusan melibatkan aspek-aspek berkaitan dengan
struktur organisasi, kuasa dalam organisasi dan tingkah laku
organisasi. Prinsip berkaitan dengan struktur organisasi ialah
andaian-andaian tentang bagaimana aspek yang berbeza dalam
sesebuah organisasi patut diuruskan. Enam ciri berkaitan dengan
struktur organisasi ialah

1. Scalar chain

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus disusun dalam


hierarki vertikal dan komunikasi harus dihadkan kepada aliran
berbentuk vertial (aliran ke atas dan ke bawah berdasarkan carta
organisasi).

2. Unity of command

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan sepatutnya diarah


untuk melaksanakan sesuatu tugas oleh hanya seorang penyelia.

3. Unity of direction

Prinsip ini mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti yang mempunyai


matlamat yang sama harus diletakkan di bawah penyeliaan seorang
penyelia.

4. Division of labor

Prinsip ini mencadangkan bahawa matlamat kerja hanya boleh


dicapai jika kakitangan organisasi diberikan tugas yang terhad dari
segi pengkhususan kerja.

5. Order

Prinsip ini mencadangkan supaya terdapat tempoh pelantikan bagi


setiap kakitangan dan tugas dalam organisasi.

6. Span of control

Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus akan menjadi paling


berkesan jika mereka hanya mengawal sebilangan tertentu
kakitangan. Fayol secara umumnya mencadangkan bilangan 20-30

157
orang kakitangan pada pengurusan tahap pertama dan enam orang
kakitangan bagi pengurusan yang lebih atas.

Prinsip seterusnya berkaitan dengan pengurusan kuasa di dalam


organisasi. Prinsip ini melibatkan enam ciri iaitu

1. Pemusatan (Centralization)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi menjadi paling efektif


apabila pengurusan pusat mempunyai kawalan terhadap buat putusan
dan aktiviti kakitangan organisasi. Walau bagaimanapun, Fayol
mempercayai bahawa faktor-faktor kontigensi seperti saiz firma, ciri-ciri
peribadi pengurus dan faktor-faktor kakitangan boleh mempengaruhi
tahap pemusatan kuasa yang optimum.

2. Kekuasaan dan tanggungjawab (Authority and


responsibility)

Prinsip ini mencadangkan bahawa pengurus memperoleh tanggungjawab


yang datangnya daripada kedudukan dalam organisasi dan ciri-ciri
peribadi mereka seperti kepintaran dan pengalaman. Prinsip ini turut
mencadangkan bahawa tanggungjawab mesti selaras dengan autoriti atau
kekuasaan.

3. Disiplin (Discipline)

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan organisasi sepatutnya taat


kepada peraturan organisasi dan pihak pengurus.

Dari segi ganjaran, Fayol mencadangkan ciri-ciri berikut berkaitan


dengan ganjaran yang berpatutan bagi kakitangan organisasi:

1. Pampasan kakitangan (Renumeration of personnel)

Prinsip ini mencadangkan bahawa kakitangan harus diberikan ganjaran


dalam bentuk gaji dan faedah yang bersesuaian.

2. Persamaan (Equity)

Prinsip ini mencadangkan bahawa dalam konteks memberikan pampasan


kakitangan harus dilayan secara adil. Prinsip ini berasaskan kepada
andaian bahawa motivasi utama kakitangan ialah kewangan dan prestasi

158
kerja diukur berdasarkan kepada jumlah pampasan yang diterima dari
organisasi.

3. Jaminan tempoh perkhidmatan (Tenure stability)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi harus memberikan jaminan


dalam bentuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan kakitangan
mencapai prestasi yang maksimum.

Prinsip Tingkah Laku Organisasi: Fayol mengemukakan tiga prinsip


berkaitan dengan tingkah laku dan sikap kakitangan organisasi iaitu

1. Penyelarasan antara keperluan individu dan keperluan


umum organisasi (Subordination of individual interest to
general interest)

Prinsip ini mencadangkan bahawa organisasi hanya menjadi berkesan


apabila kepentingan secara menyeluruh mengatasi kepentingan individu.
Berdasarkan kepada prinsip ini kakitangan mesti mengutamakan
matlamat organisasi melebihi keperluan individu.

2. Inisiatif (Initiative)

Prinsip ini mencadangkan supaya pengurus harus meletakkan nilai dan


matlamat kepada kakitangan dan mengarahkan kakitangan supaya
berusaha sepenuhnya untuk memenuhi matlamat organisasi.

3. Esprit de corps

Prinsip ini mencadangkan bahawa semangat kerja ialah “Three Musketeers”


iaitu satu untuk semua dan semua untuk satu.

(b) Teori Birokrasi (Max Weber’s Theory of Bureaucracy)

Salah satu andaian penting dalam teori yang dikemukakan oleh Weber
ialah fungsi kekuasaan (functioning of authority). Weber melihat pelaksanaan
birokrasi adalah berasaskan kepada autoriti, kuasa dan disiplin. Beliau

mencadangkan kewujudan autoriti berdasarkan kepada tiga andaian asas


iaitu autoriti tradisional, autoriti karismatik, dan autoriti rasional-
perundangan. Setiap satu jenis autoriti dibincangkan di bawah:

1. Autoriti tradisional

159
Berasaskan kepada kepercayaan tentang kedudukan hierarki tertentu di
dalam struktur organisasi. Misalnya, pemerintahan beraja yang diamalkan
di Malaysia adalah berdasarkan kepada tradisi lama pemerintahan beraja
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

2. Autoriti karismatik

Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada personaliti dan keupayaan


untuk menarik sokongan pengikut dan berinteraksi dengan pengikut.
Autoriti karismatik ialah dalam konteks individu mempunyai pengikut
dan memperoleh ketaatan daripada pengikut melalui kuasa dan
personaliti beliau.

3. Autoriti berdasarkan rasional perundangan (Rational-legal


authority)

Merupakan kuasa yang berdasarkan kepada pelaksanaan peraturan yang


terbina daripada maklumat dan kepakaran. Menurut Weber, setiap kuasa
berlandaskan kepada perundangan dan rasional. Kuasa yang dimiliki oleh
seseorang sah selagi ianya selaras dengan norma. Ketaatan kakitangan
ialah terhadap norma atau peraturan yang diamalkan.

(c) Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylor’s Theory of


Scientific Management)

Empat ciri atau komponen utama dalam Teori Pengurusan Saintifik yang
dikemukakan oleh Taylor ialah

(i) Terdapat satu cara yang terbaik untuk melakukan setiap kerja (There
is one best way to do every job) − Sistem ini bertentangan dengan sistem
pembelajaran lama. Sistem pembelajaran lama menekankan bahawa
kemahiran bekerja diperoleh melalui warisan daripada satu generasi
ke satu generasi. Taylor percaya bahawa cara terbaik untuk
melakukan sesuatu kerja boleh dikenal pasti melalui kajian
berkaitan masa dan aktiviti untuk menghasilkan sesuatu produk.
(ii) Pemilihan kakitangan yang sesuai untuk melakukan kerja − Taylor
percaya bahawa kakitangan harus dipilih secara saintifik dan dilatih
untuk melakukan kerja. Ini kerana prestasi kerja kakitangan akan
mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi.
(iii) Kepentingan latihan seperti yang dicadangkan dalam kajian
penyelaras antara masa dan aktiviti.
(iv) Terdapat perbezaan tugas antara pengurusan dan pekerja. Menurut
Taylor, pengurus organisasi merupakan individu yang paling sesuai
untuk melakukan kerja-kerja berfikir, merancang dan mengurus

160
organisasi. Pihak buruh pula melaksanakan apa yang dirancang dan
diarah oleh pengurus.

2. Dalam organisasi klasik, komunikasi tentang tugas kurang


dititikberatkan. Ciri-ciri komunikasi dalam konteks pengurusan
organisasi klasik dapat dilihat dari segi arah aliran komunikasi,
saluran komunikasi dan stail komunikasi.

(a) Arah aliran komunikasi

Pada hakikatnya wujud pelbagai arah aliran komunikasi dalam


sesebuah organisasi seperti komunikasi ke atas dan ke bawah iaitu
pengurus berkomunikasi dengan subordinat dan sebaliknya. Dalam
teori klasik yang dikemukakan oleh Fayol, Weber dan Taylor, aliran
komunikasi yang paling mustahak ialah aliran vertikal (mendatar)
mengikut aliran hierarki. Kebanyakan proses komunikasi ialah
komunikasi ke bawah dalam bentuk arahan dan peraturan. Hanya
terdapat sedikit maklum balas daripada pihak pengurusan bawahan
kepada pihak pengurusan atasan. Walau bagaimanapun, Fayol
membenarkan sedikit fleksibiliti dari segi komunikasi horizontal
berbanding dengan Weber dan Taylor.

(b) Saluran komunikasi

Pelbagai saluran boleh digunakan untuk berkomunikasi misalnya


saluran bersemuka, saluran bertulis, dan juga melalui perantara
seperti berkomunikasi melalui telefon dan komputer. Teori-teori
klasik mengandaikan bahawa saluran bertulis merupakan saluran
yang paling kerap digunakan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan
kepada beberapa andaian yang dikemukakan. Misalnya, Weber
menekankan kepada peraturan dan kepentingannya dijelaskan
dalam bentuk tulisan. Taylor dan Fayol mempunyai pandangan
yang sama. Misalnya, kenyataan bahawa ‘mempunyai hanya satu
cara yang terbaik’ bagi melakukan setiap kerja dalam andaian teori
pengurusan saintifik membawa kepada kepentingan arahan kerja
ditulis dalam bentuk tulisan. Ringkasnya, penekanan kepada
peraturan dan prosedur yang jelas bagi membolehkan organisasi
berfungsi dengan berkesan membolehkan kita mengandaikan
pergantungan yang besar kepada komunikasi berbentuk tulisan
dalam bentuk arahan, pernyataan misi, peraturan dan penilaian
prestasi.

(c) Stail komunikasi

161
Pendekatan klasik mengandaikan stail komunikasi lebih kepada
berbentuk formal. Misalnya, penggunaan pangkat atau gelaran bagi
membezakan kakitangan pengurusan dan kakitangan bawahan.
Pemilihan perbendaharaan kata dan penggunaan bahasa yang
standard juga merupakan ciri komunikasi dalam pendekatan klasik.

3. Teori yang tergolong dalam pendekatan hubungan kemanusiaan


dikemukakan oleh Abraham Maslow, Frederick Herzberg dan
Douglas McGregor.

Teori Hierarki Keperluan Maslow

Abraham Maslow mengemukakan Teori Hierarki Keperluan dengan


andaian bahawa manusia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat lima
keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia iaitu

1. Keperluan fisiologikal

Merupakan keperluan tubuh badan manusia seperti makanan, minuman,


tempat tinggal dan tidur. Dalam konteks organisasi, keperluan ini boleh
dipenuhi melalui pemberian gaji bagi membeli makanan dan pakaian
serta keperluan fizikal lain.

2. Keperluan keselamatan

Termasuk keperluan untuk bebas daripada bahaya dan ancaman


persekitaran. Dalam konteks organisasi, keperluan ini dapat dipenuhi
melalui pemberian gaji yang membolehkan kakitangan mendapat
perlindungan dan kesihatan.

3. Keperluan afiliasi

Dirujuk sebagai keperluan kepada rasa dipunyai atau keperluan kasih


sayang iaitu memberi dan menerima dalam konteks hubungan sesama
manusia. Keperluan ini boleh dipenuhi oleh organisasi melalui
pembentukan hubungan sosial dengan rakan sekerja dan pihak
pengurusan.

4. Keperluan harga diri

Perlu memenuhi rasa pencapaian dan peningkatan. Harga diri boleh


dibahagikan kepada esteem dalaman dan esteem luaran. Esteem dalaman
boleh dicapai melalui pengiktirafan dan perhatian. Esteem luaran pula
boleh dipenuhi melalui rasa pencapaian dan keyakinan. Dalam konteks

162
organisasi, keperluan eksternal boleh dipenuhi melalui struktur ganjaran
dan pampasan. Esteem dalaman boleh dipenuhi melalui memberikan
tugas yang mencabar serta peluang kepada kakitangan untuk mencapai
kecemerlangan dalam melaksanakan tugas berkenaan.

5. Keperluan kepada pencapaian kendiri

Merupakan bentuk kerja yang membolehkan individu melaksanakan


tanggungjawab dan kreativiti di tempat kerja.

Teori Motivasi-Hygience oleh Herzberg

Andaian asas teori yang dikemukakan oleh beliau ialah terdapat ciri-ciri
tertentu di tempat kerja yang membuatkan pekerja berpuas hati dan tidak
berpuas hati. Faktor-faktor yang menyebabkan pekerja berpuas hati
dikenali sebagai faktor pemotivasi dan faktor yang menyumbang kepada
ketidakpuasan bekerja dikenali sebagai faktor hygiene. Beliau
mencadangkan bahawa faktor motivasi boleh wujud tanpa faktor hygiene
dan faktor hygiene boleh wujud tanpa faktor motivasi.

Berikut dikemukakan empat situasi untuk kita fikirkan bersama tentang


kepuasan dan ketidakpuasan dalam bekerja di kalangan kakitangan
organisasi.

1. Situasi 1

Keadaan kerja individu yang mempunyai kedua-dua faktor hygiene


(persekitaran kerja yang bersih, gaji yang baik dan penyelia yang
kompeten) dan faktor-faktor motivasi seperti kerja yang mencabar,
tanggungjawab dan peluang kenaikan pangkat. Dalam keadaan ini,
pekerja boleh merasa gembira dan berpuasa hati serta dalam masa yang
sama merasa tidak gembira dan tidak berpuas hati.

2. Situasi 2

Keadaan kerja yang mempunyai faktor hygiene tetapi tiada faktor motivasi.
Pekerja boleh gembira dan boleh juga tidak gembira. Misalnya, seorang
pekerja yang bekerja dalam persekitaran kerja yang baik dan penyelia
yang cekap tetapi tugasnya membosankan dan menjalankan tugas yang
sama secara berulang-ulang.

3. Situasi 3

Keadaan kerja yang mempunyai faktor motivasi tetapi tiada faktor hygiene.
Situasi ini dianggap sebagai mencabar bercampur dengan persekitaran

163
kerja yang teruk. Pekerja berkemungkinan akan merasa gembira dan tidak
gembira dalam masa yang sama.

4. Situasi 4

Kerja yang tidak dicirikan dengan faktor-faktor hygiene dan faktor


motivasi. Ini kerana pekerja yang sama melakukan tugas yang sama
secara berulang-ulang.

Teori X dan Teori Y oleh McGregor

Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang diklasifikasikan di


bawah pendekatan hubungan manusia. Teori X dan Teori Y
dikemukakan oleh Douglas McGregor. Teori X dan Teori Y mewakili
pelbagai andaian berkaitan fungsi pengurusan sesebuah organisasi yang
menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi negatif
pengurus tentang pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, Teori Y
pula mewakili andaian-andaian yang positif tentang kakitangan sesebuah
organisasi.

Mernurut McGregor, pengurus yang mengamalkan Teori X dipengaruhi


oleh andaian bahawa:

(i) Pengurus bertanggungjawab untuk menguruskan elemen-elemen


produktiviti seperti wang, bahan dan manusia dalam konteks yang
bermatlamatkan ekonomi.
(ii) Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pekerja,
pengurusan organisasi merupakan kegiatan untuk mengarahkan
usaha pekerja, memotivasikan pekerja, mengawal tindakan pekerja
dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan keperluan
dan kehendak organisasi.
(iii) Pihak pengurus perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti organisasi
kerana pekerja adalah pasif dan mungkin melakukan tingkah laku
yang bertentangan dengan kehendak organisasi. Dengan itu,
pekerja perlulah dipujuk, dihukum, dikawal dan aktiviti mereka
mestilah diarah. Memberikan arahan merupakan tugas pihak
pengurusan.
(iv) Purata pekerja bekerja ialah bekerja sesedikit yang mungkin.
(v) Pekerja kurang bercita-cita, tidak gemar mengambil tanggungjawab
dan lebih gemar diarah.
(vi) Lebih mementingkan diri sendiri yang mungkin bertentangan sama
sekali dengan kehendak organisasi.
(vii) Secara semula jadinya mereka menolak perubahan.
(viii) Tidak begitu pintar.

164
McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi
berpegang kepada andaian di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu
tidak benar. Beliau percaya bahawa pengurus harus
mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh keperluan
hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya
untuk bekerja sendiri. Ini digambarkan dalam Teori Y. Teori Y
mengandaikan bahawa:

(i) Daya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula jadinya
sama seperti bermain dan berehat.
(ii) Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah merupakan
satu-satunya cara untuk menggerakkan daya usaha pekerja ke arah
mencapai matlamat organisasi. Ganjaran yang paling signifikan
seperti kepuasan terhadap ego dan penghargaan kendiri boeh
merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.
(iii) Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima
tanggungjawab tetapi turut mencari tanggungjawab.
(iv) Keupayaan untuk menyelesaikan masalah organisasi secara kreatif
ada di mana-mana dan pada setiap pekerja.
(v) Potensi intelektual manusia perlu digunakan sepenuhnya.

Dengan itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu
dilakukan oleh pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara
asasnya tidak bermotivasi. Sebaliknya, pengurus yang berpegang kepada
Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja amat bermotivasi untuk
memenuhi keperluan kepada pencapaian dan self-fulfillment dan menjadi
tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja yang
pintar dan bermotivasi ini.

165
BAB 10

TEORI KOMUNIKASI PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memerihalkan beberapa teori komunikasi pembangunan.
2. Membincangkan kritikan dan kerelevanan setiap teori yang
dibincangkan dalam teori komunikasi pembangunan.
3. Membincangkan aplikasi setiap teori yang dibincangkan dalam
teori komunikasi pembangunan dengan kehidupan manusia.

10.1 PENGENALAN

Sebagai pengenalan kepada bab ini, penting bagi pelajar memahami serba
sedikit tentang bidang komunikasi pembangunan. Komunikasi
pembangunan merupakan satu bidang komunikasi berhubung
penggunaan media, proses, perancangan, dan strategi komunikasi untuk
memperbaiki keadaan kemanusiaan dan kehidupan.

Menurut Mohd Baharudin dan Mohd Khairie (2003), bidang komunikasi


massa banyak menyumbang kepada pembentukan atau fokus terhadap
komunikasi pembangunan. Ini kerana komunikasi massa lebih bertumpu
kepada aspek media seperti kewartawanan, penyiaran dan penerbitan.
Manakala komunikasi pembangunan tidak hanya menumpukan kepada
penggunaan media semata-mata tetapi juga melibatkan komunikasi
kemanusiaan sebagai proses mempercepatkan perubahan sosial
masyarakat (Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2003).

Perkembangan dan perubahan terhadap manusia dapat dijelaskan dengan


pelbagai teori sama ada teori-teori psikologi, sosiologi, antropologi,
politik, ekonomi dan sebagainya. Walaupun ada teori yang menjelaskan
bahawa manusia berubah secara evolusi namun sarjana yakin bahawa
proses pembelajaran sosial dan pembudayaan merupakan faktor besar
dalam menjelaskan perubahan masyarakat (Littlejohn, 1999).

Teori-teori tersebut menjelaskan bahawa tingkah laku masyarakat pada


umumnya dapat dibentuk dan dididik. Media sebagai alat yang bersifat
massa dianggap dapat mempengaruhi dan memberi kesan terhadap

167
usaha-usaha membangunkan masyarakat. Menerusi media, pelbagai
pemikiran dan teknologi baru dapat disebarkan dan seterusnya
memotivasikan masyarakat ke arah perubahan serta pembangunan
(Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2003).

Sehubungan itu, dalam bab ini, kita akan membincangkan tiga teori yang
berkaitan dengan teori komunikasi pembangunan. Untuk pengetahuan
pelajar, teori-teori tersebut ialah Teori Difusi Inovasi (Diffusion of
Innovation Theory), Teori Penentuan Agenda (Agenda Setting Theory), dan
Teori Lingkaran Senyap (Spiral of Silence Theory).

10.2 Teori Difusi Inovasi (Diffusion of Innovation Theory)

Teori Difusi Inovasi merupakan satu teori yang telah dipelopori oleh
Rogers (1995). Untuk pengetahuan semua pelajar, difusi inovasi
merupakan konsep asas yang menjadi kerangka pemikiran dalam
membicara komunikasi pembangunan. Difusi inovasi juga berhubung
dengan bagaimana sesuatu idea, teknologi baru, barangan baru pengguna
atau teknik-teknik baru berkembang di kalangan berbagai-bagai khalayak
sehingga diterima dan dilaksanakan oleh penguna-penggunanya.

Sebagai contoh inovasi ialah internet. Mari kita imbau kembali sejarah
kemasukan internet ke Malaysia. Internet hanya mula dibawa masuk ke
Malaysia pada awal 1980-an oleh Dr. Mohamed Awang Lah yang pada
ketika itu merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik, Universiti Malaya. Dr. Mohamed pada awalnya telah
berusaha membuat pelbagai eksperimen dan cuba membangunkan satu
sistem jaringan maklumat untuk kegunaan tempatan. Tetapi sejauh mana
masyarakat sedar tentang inovasi ini pada masa itu berbanding pada masa
sekarang? Semua ini berkaitan juga dengan difusi inovasi. Masyarakat
telah didedahkan dengan inovasi ini melalui pelbagai saluran komunikasi
termasuk saluran fizikal dan saluran kemanusiaan sehingga mereka
membuat keputusan untuk menggunakan internet secara meluas
sebagaimana pada hari ini. Faktor masa iaitu setelah lebih 20 tahun
internet dibawa masuk ke Malaysia, juga merupakan faktor yang
mendorong masyarakat menggunakan internet sebagimana yang berlaku
pada masa sekarang.

Sehubungan contoh di atas, pelajar perlu mengetahui bahawa terdapat


empat unsur-unsur utama dalam difusi inovasi. Unsur-unsur tersebut
ialah

(i) Suatu inovasi.


(ii) Dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu.
(iii) Mengikut tempoh masa.

168
(iv) Di kalangan ahli-ahli sebuah sistem sosial (Rogers, 1995).

Secara terperincinya, unsur-unsur tersebut ialah seperti berikut:

(a) Suatu inovasi

Suatu inovasi ialah suatu idea, teknik, amalan atau objek yang dianggap
baru oleh seseorang individu atau sesebuah sistem sosial.

(b) Saluran komunikasi

Difusi ialah proses inovasi itu tersebar daripada sumbernya (pencipta)


kepada penerima. Mesej-mesej sampai daripada seorang individu kepada
individu yang lain melalui saluran komunikasi seperti media massa atau
komunikasi interpersonal.

(c) Mengikut tempoh masa

Jangka masa tertentu diperlukan semasa Proses Keputusan-Inovasi.


Proses pembuatan keputusan pemerimaan inovasi ini ialah satu proses
mental dan ia bermula daripada individu menerima pengetahuan tentang
inovasi, membentuk sikap terhadap inovasi, membuat keputusan untuk
menerima atau menolak, melaksanakan inovasi dan akhirnya
mengesahkan keputusan yang telah dibuat.

(d) Sistem sosial

Sebuah sistem sosial ialah satu populasi individu yang saling


berhubungan dan terlibat secara bersama untuk menyelesaikan masalah
bagi mencapai sesuatu matlamat. Sistem sosial juga boleh mempengaruhi
difusi inovasi. Jika norma-norma sebuah sistem sosial itu bersifat
menyokong inovasi dan pemimpin pendapat mereka juga menerima
sesuatu inovasi tersebut, maka individu lain dalam sistem tersebut akan
turut mengikuti tindakan mereka.

10.2.1 Proses Pembuatan Keputusan

Seperti yang telah dinyatakan di atas, para pelajar tentunya telah


mengetahui bahawa jangka masa tertentu diperlukan semasa Proses
Keputusan-Inovasi. Proses pembuatan keputusan penerimaan inovasi ini
ialah satu proses mental dan ia bermula daripada individu menerima
pengetahuan tentang inovasi, membentuk sikap terhadap inovasi,
membuat keputusan untuk menerima atau menolak, melaksanakan

169
inovasi, dan akhirnya mengesahkan keputusan yang telah dibuat. Oleh
itu, dalam proses Proses Keputusan-Inovasi pula, terdapat lima peringkat
utama yang terlibat (Rajah 10.1).

Menurut Rogers (1995), seseorang individu dikatakan akan sentiasa


mencari maklumat di berbagai-bagai peringkat untuk mengurangkan
ketidakpastian terhadap sesuatu inovasi semasa Proses Keputusan-
Inovasi berlaku.

Untuk pengetahuan pelajar, peringkat-peringkat tersebut ialah

(a) Pengetahuan

Pada peringkat ini individu mula terdedah tentang kewujudan inovasi dan
mula mengetahui tentang fungsi inovasi tersebut. Individu yang lebih
awal menerima pendedahan biasanya terdiri daripada mereka yang
berpendidikan tinggi, mempunyai status sosial yang tinggi, lebih terdedah
kepada media massa, mempunyai jaringan komunikasi interpersonal yang
baik dan mempunyai lebih banyak hubungan dengan agen perubahan.
Saluran media massa amat penting pada peringkat ini kerana ia berkesan
untuk membentuk pengetahuan tentang inovasi.

(b) Pembujukan

Pada peringkat individu membentuk sikap untuk menyukai sesuatu


inovasi. Ciri-ciri sesuatu inovasi akan menentukan kadar penerimaannya.
Lima sifat inovasi ialah

1. Kelebihan relatif

Kelebihan yang relatif bagi teknologi baru ialah darjah ukuran setakat
mana peralatan baru ini dianggap lebih baik berbanding daripada
peralatan yang sedia ada. Sebagai contoh, sekiranya teknologi komputer
dianggap sebagai lebih mudah digunakan untuk menaip dan menyunting
teks, mempunyai pelbagai bentuk format untuk menulis laporan, lebih
efisien kerana dapat menyimpan dan menghantar maklumat dengan lebih
cepat berbanding mesin taip, maka kemungkinan teknologi komputer
lebih diterima pakai berbanding mesin taip. Kelebihan relatif ini boleh
diukur melalui dua jenis kelebihan iaitu dari segi kelebihan eknomi (wang
dan daya saing) dan juga kelebihan sosial (meningkatkan status dan
kuasa).

170
2. Keselarasan

Keselarasan ialah darjah ukuran setakat mana inovasi atau perubahan itu
selaras dengan nilai-nilai yang sedia ada, pengalaman lalu dan keperluan
semasa. Sebagai contoh, sekiranya teknologi komputer serasi dengan
keperluan melaksanakan kerja dalam organisai, maka lebih tinggilah tahap
penerimaan dan penggunaannya.

3. Kesulitan

Kesulitan ialah darjah ukuran setakat mana teknologi baru itu secara
relatifnya dianggap susah untuk difahami dan susah untuk
menggunakannya. Sebagai contoh, sekiranya teknologi komputer
dianggap terlalu kompleks, maka tidak ramailah individu yang akan
menggunakannya.

4. Kebolehcubaan

Kebolehcubaan ialah darjah ukuran iaitu teknologi baru tersebut boleh


dieksperimen untuk tujuan pengujian. Ujian ini akan dapat
mengurangkan ketidakpastian dan seterusnya akan dapat meningkatkan
tahap penerimaan.

5. Kebolehlihatan

Kebolehlihatan pula ialah darjah ukuran setakat mana operasi dan hasil
daripada teknologi baru itu boleh dilihat untuk dibuat penelitian atau
penilaian oleh pengguna inovasi.

Saluran komunikasi antara perseorangan amat penting pada peringkat


pembujukan ini kerana ia lebih berkesan untuk membentuk dan
mengubah sikap terhadap inovasi yang secara langsung boleh
mempengaruhi keputusan menerima atau menolak inovasi. Penilaian
individu terhadap sesuatu inovasi yang sedang beliau pertimbangkan
untuk diterima bukan berasaskan penyelidikan saintifik oleh pakar tetapi
biasanya melalui penilaian subjektif oleh rakan-rakan berdekatan yang
telah menerima sesuatu inovasi. Rakan-rakan yang berdekatan ini bukan
setakat menjadi model sosial tetapi juga merupakan lingkaran sokongan
kepada seseorang untuk meniru tingkah laku menggunakan inovasi yang
sama.

171
(c) Keputusan

Pada peringkat ini individu membuat keputusan sama ada menerima atau
menolak sesuatu inovasi.

(d) Pelaksanaan

Pada peringkat ini pula individu telah menerima inovasi dan sedang
mengguna serta melaksanakannya.

(e) Pengesahan

Pada peringkat pengesahan, individu yang telah mengguna dan


melaksanakan inovasi akan membuat keputusan sama ada untuk terus
menggunakannya jika ia bersesuaian dan berkesan (penerimaan
berterusan) atau menghentikan penggunaannya jika didapati inovasi
tersebut berkeadaan sebaliknya (penghentian). Perkara sebaliknya juga
boleh berlaku pada peringkat ini, individu yang pada awalnya menolak
sesuatu inovasi itu akan mula menjadi pengguna pada akhirnya
(penerimaan terkemudian) jika didapati inovasi itu berkesan atau akan
terus menolak penggunaannya (penolakan berterusan).

Apakah ciri-ciri internet yang boleh dijadikan contoh bagi


setiap peringkat yang dibincangkan.

10.2.2 Kategori Penerima Teknologi

Untuk pengetahuan pelajar, Rogers (1995) menyatakan bahawa terdapat


lima kategori penerimaan individu terhadap inovasi. Lima kategori
tersebut ialah inovator, penerima awal (early adopters), majoriti penerima
awal (early majority), majoriti penerima terkemudian (late majority), dan
penerima yang paling lewat (laggards).

Golongan inovator menurut Rogers (1995) ialah mereka yang sentiasa


bersifat berani mencuba, sentiasa mencari idea baru dan lebih
kosmopolitan dalam hubungannya dengan rakan sebaya. Sementara
penerima awal, biasanya terdiri daripada individu tempatan yang
dihormati dan merupakan pemimpin pendapat dalam sistem sosial.

172
Rajah 10.1
Model Peringkat dalam Proses Keputusan-Inovasi (Rogers, 1995)

SALURAN KOMUNIKASI

KEADAAN
TERDAHULU

1. Amalan terdahulu
2. Keperluan/masalah
yang dialami I II III IV V
3. Pembaharuan
4. Norma-norama PENGETAHUAN PEMBUJUKAN KEPUTUSAN PENGESAHAN
PELAKSANAAN
sistem sosial
173

Ciri-Ciri Unit Pembuat


Keputusan Ciri-Ciri Inovasi 1. PENERIMAAN Penerimaan Berterusan
1. Ciri-ciri 1. Kelebihan relatif Penerimaan Terkemudian
sosioekonomi 2. Keselarasan
2. Pemboleh ubah 3. Kesulitan
personaliti 4. Kebolehcubaan Penghentian
3. Tingkah laku 5. Kebolehlihatan
komunikasi 2. PENOLAKAN Penolakan Berterusan

Sumber: Rogers, E. M. (1995).

173
10.2.3 Model Resapan Inovasi

Rogers (1995) menyatakan bahawa kebanyakan penyelidik yang


mengikuti model klasik resapan inovasi hanya melihat perhubungan yang
digambarkan dalam Rajah 10.2 sebagai anak panah #1 (angkubah yang
berkaitan dengan penerimaan individu terhadap teknologi).
Bagaimanapun, menurut Rogers (1991) lagi, kajian tentang teknologi
komunikasi telah meluaskan penyelidikan resapan inovasi dengan
memasukkan penyelidikan tentang hubungan yang digambarkan oleh
anak panah #2 (yang menunjukkan hasil yang berkaitan dengan
penggunaan) dan anak panah #3 (yang menunjukkan faktor yang
berkaitan dengan kesan sosial media baru).

Rajah 10.2
Jenis Angkubah Utama dalam Penyelidikan Penerimaan, Penggunaan dan Kesan Sosial
Teknologi Komunikasi

Ciri- Ciri Individu Penerimaan Penggunaan Kesan Sosial


Media Baru Media Baru
1. Kedudukan # # #
1. Produktiviti
sosioekonomi 1 1. Penerimaan 2 1. Jumlah yang 3 (pengeluaran yang
berbanding digunakan bertambah baik)
2. Tingkah laku penolakan
komunikasi 2. Kepelbagaian 2. Ketidaksamarataan
2. Sifat inovatif penggunaannya yang lebih besar
3. Angkubah (sejak dari awal antara yang kaya
personaliti menerima) 3. Lain-lain informasi dengan
yang miskin
informasi.

3. Lain-lain

Sumber: Rogers, E. M. (1995).

Menurut Rogers (1991), terdapat tiga impak yang berlaku kepada


individu atau sebuah sistem sosial akibat penerimaan atau penolakan
sesebuah inovasi. Impak tersebut ialah

(i) Impak yang diingini dan tidak diingini.


(ii) Impak langsung dan tidak langsung.
(iii) Impak yang dijangka dan tidak dijangka.

Impak yang diingini ialah kesan fungsi sesebuah inovasi individu atau
sistem sosial. Impak yang diingini membantu individu atau sebuah sistem
sosial berfungsi dengan lebih berkesan. Sebaliknya impak yang tidak

174
diingini ialah kesan tidak berfungsi inovasi terhadap individu atau sistem
sosial. Menurut Rogers (1991), istilah ‘diingini’ dan ‘tidak diingini’ adalah
sama dengan kesan positif atau kesan negatif dalam konteks ini.

Impak langsung pula bermaksud perubahan pada individu atau sistem


sosial yang berlaku kerana tindak balas serta-merta kepada sesebuah
inovasi. Manakala, impak tidak langsung adalah perubahan akibat impak
langsung sesuatu inovasi. Sementara itu, impak yang dijangka ialah
perubahan yang disebabkan sesuatu inovasi yang dikenali dan
dikehendaki oleh ahli dalam sistem sosial tetapi impak yang tidak
dijangka ialah perubahan yang tidak dikehendaki atau dikenali.

10.2.4 Kritikan dan Kerelevanan Teori Difusi Inovasi

Menurut McQuail dan Windahl (1981), Teori Difusi Inovasi merupakan


satu teori yang terhasil melalui banyak pengalaman dalam aplikasi media
massa dan agen-agen perubahan lain bagi tujuan perubahan terancang.
Selain itu, teori ini juga telah banyak digunakan dalam kajian-kajian
komunikasi sehingga ia mengukuhkan lagi Teori Difusi Inovasi. Namun
begitu, teori ini relatifnya lebih bersifat preskriptif yang mana pada
keadaan sebenar ia mungkin tidak tepat.

Teori atau model ini menggambarkan satu paradigma yang dominan


terhadap hubungan antara komunikasi dan pembangunan yang
dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai tidak lagi relevan. Malah ini juga
diakui oleh Everette M. Rogers sebagai pengubal teori ini (Rogers, 1976)
bahawa paradigma dominan yang dicadangkannya telah ketinggalan dan
tidak lagi relevan.

Untuk pengetahuan pelajar, berikut merupakan antara kritikan-kritikan


yang dibuat terhadap Teori Difusi Inovasi

(i) Teori ini dibentuk daripada perspektif agen perubahan eksternal


dan superior yang dikatakan amat berkuasa dan berpengaruh dalam
mempromosi serta mengubah tingkah laku serta penerimaan
individu lain. Sedangkan pada hakikatnya, individu sendiri mampu
mengubah kehendak beliau atau juga lebih mengetahui apa yang
beliau perlukan berbanding orang lain. Terutamanya pada masa
sekarang, individu menghadapi persaingan yang hebat dalam
kehidupan dan perlu mempunyai jati diri sendiri daripada
mengikuti apa yang dikehendaki oleh agen perubahan di sekeliling
dirinya.
(ii) Teori ini juga dikatakan menyamai model linear yang menetapkan
kesemua aspek perancangan diambil kira dalam memperkenalkan
sesuatu inovasi baru. Namun begitu, pada hakikatnya penerimaan

175
inovasi ialah satu proses yang mungkin dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain yang mungkin tidak terfikir semasa perancangan awal.
(iii) Didapati bahawa pembujukan dan perubahan sikap hanya wujud di
peringkat pengetahuan dan keputusan sahaja sedangkan ia tidak
seharusnya menjadi demikian.
(iv) Dalam kehidupan sebenar, banyak kebarangkalian dan unsur-unsur
peluang yang lain yang mempengaruhi pembuatan keputusan oleh
individu. Ini kerana tidak mustahil sekiranya individu menerima
sesuatu teknologi kerana prestij dan meniru gaya orang lain
sekalipun mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai
teknologi tersebut.

SOALAN DALAM TEKS

1. Siapakah yang telah menggubal Teori Difusi


Inovasi? Mengapa beliau membina teori ini?
2. Nyatakan empat unsur inovasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Griffin, E. A. (2000). A first look at communication theory


(4th ed.). Boston: McGraw-Hill.

McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models:


For the study of mass communications. New York:
Longman.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad.


(2003). Pengantar komunikasi. Sintok: Penerbit
Universiti Utara Malaysia.

Rogers, E. M. (1995). Diffusion of innovation (4th ed.). New


York: The Free Press.

Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2000). Communication


theories: Origins, methods, and uses in the mass media
(5th ed.). New York: Addison Wesley Longman,
Inc.

176
10.3 TEORI PENENTUAN AGENDA

Pelajar perlu mengetahui bahawa Teori Penentuan Agenda merupakan


teori yang cuba menerangkan tentang kesan media massa terhadap
masyarakat. Menurut McQuail dan Windahl (1981), terdapat banyak
hipotesis yang telah dibentuk untuk menerangkan tentang kesan media
massa terhadap masyarakat dan salah satu yang paling kerap digunakan
ialah tentang bagaimana media massa dapat mempengaruhi khalayak
dengan memberi tumpuan kepada sesetengah isu dan mengabaikan
sesetengah isu yang lain. Di sini, pelajar perlu memahami bahawa aspek
pembelajaran lebih ditekankan berbanding aspek perubahan sikap dan
perubahan pendapat dalam mengenal pasti kesan media massa terhadap
masyarakat.

Banyak kajian lepas telah membuktikan bahawa maklumat yang kerap


muncul atau diketengahkan oleh media akan memberi kesan kepada
masyarakat. Hipotesis penentuan agenda telah membuktikan satu
hubungan mengenai kesan pendapat dengan aspek pembelajaran kerana
didapati bahawa masyarakat belajar dan mengetahui tentang sesuatu isu
dan bagaimana mereka mengandaikan kepentingan setiap isu tersebut.

Antara Teori Penentuan Agenda yang bertepatan untuk dibincangkan


ialah Teori Penentuan Agenda yang dinyatakan oleh McCombs dan Shaw
(1972, 1976). McCombs dan Shaw (1976) menyatakan bahawa khalayak
tidak hanya belajar daripada isu-isu awam dan semua perkara melalui
media, khalayak juga sebenarnya belajar tentang betapa pentingnya
sesuatu isu atau topik yang kerap ditekankan oleh pihak media. Sebagai
contoh, dalam satu-satu kempen pilihan raya, apabila calon yang
bertanding membincangkan tentang sesuatu isu, pihak media akan
menentukan isu mana yang akan diberikan perhatian. Perhatian dan
penekanan pihak media yang menentukan agenda untuk dipertontonkan
kepada khalayak akan menyebabkan khalayak bukan sahaja mengetahui
tentang isu terbabit tetapi akan menilai bahawa isu tersebut sangat
penting. Merujuk kepada Rajah 10.3, kita dapat melihat bahawa apabila
pihak media memberi perhatian kepada isu X1 dan X6, publik atau
masyarakat akan mempunyai persepsi bahawa isu X1 dan X6 adalah lebih
penting berbanding isu-isu lain.

10.3.1 Kritikan dan Kerelevanan Teori Penentuan Agenda

Kritikan utama bagi Teori Penentuan Agenda ini ialah terdapat


ketidakpastian terhadap kesan langsung media ke atas agenda peribadi
individu iaitu sama ada penentuan agenda akan berkesan melalui
pengarah interpersonal individu atau sebaliknya. Perbezaan kesan ini

177
boleh dikaji dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kritikan
kedua ialah mengenai perbezaan agenda yang terlibat. Agenda ini boleh
jadi agenda individu atau kumpulan atau juga agenda institusi sama ada
dari parti politik atau pihak kerajaan. Ini merupakan aspek yang penting
bagi mengenal pasti kesan media terhadap masyarakat atau individu.

Rajah 10.3
Model Penentuan Agenda: Isu yang Lebih Diberikan Tumpuan oleh
Pihak Media akan Dinilai sebagai Lebih Penting oleh Khalayak (Publik)

Isu Perbezaan Tumpuan Media Persepsi Publik Terhadap Isu

X1 X1
X2 X2
X3 X3

X4 X4
X5 X5

X6 X6
Sumber: McQuail, D. & Windahl, S. (1981).

SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah maksud penentuan agenda?


4. Penentuan agenda seringkali dikaitkan dengan
kempen pilihan raya dan politik. Adakah ia sesuai
dengan konteks kempen pilihan raya di Malaysia?
Bandingkan dengan konteks pilihan raya di
Amerika Syarikat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

178
Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang berita-berita
yang disiarkan di stesen-stesen televisyen utama seperti
TV3, NTV7 dan RTM1. Adakah ia juga menekankan
aspek penentuan agenda? Adakah ia agenda individu atau
agenda institusi?

Griffin, E. A. (2000). A first look at communication theory


(4th ed.). Boston: McGraw-Hill.

McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models:


For the study of mass communications. New York:
Longman.

Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2000). Communication


theories: Origins, methods, and uses in the mass media
(5th ed.). New York: Addison Wesley Longman,
Inc.

10.4 TEORI LINGKARAN SENYAP (SPIRAL OF SILENCE


THEORY)

Untuk pengetahuan para pelajar, Teori Lingkaran Senyap merupakan


teori yang digunakan untuk menjawab persoalan tentang bagaimana
pendapat publik dibentuk atau dibangunkan. Teori ini diasaskan oleh
seorang profesor sosiologi Jerman iaitu Elisabeth Noelle-Neuman pada
tahun 1974. Dalam perbincangan mengenai Teori Lingkaran Senyap ini,
Noelle-Neuman telah menyatakan bahawa media massa berpengaruh
terhadap pendapat publik tetapi kuasa ini tidak dinilai begitu penting atau
tiada kesan kerana sebelum ini begitu kurang penyelidikan yang
dijalankan. Secara tidak langsung, beliau juga menolak perspektif yang
menyatakan kesan minimum media massa kerana terdapat situasi-situasi
tertentu apabila media massa sememangnya berkuasa dan berpengaruh.

Menurut Noelle-Neuman, tiga ciri media massa iaitu kumulasi


(cumulation), ubiquity dan konsonan (consonance) apabila digabungkan
memberi kesan hebat terhadap pembentukan pendapat publik.
Pendekatan ini menganalisis data di peringkat masyarakat dan bukannya
di peringkat individu seperti dalam kajian penentuan agenda. Konsonan
pula merujuk kepada gambaran bersepadu tentang sesuatu kejadian atau
isu yang boleh dikembangkan dan sering kali dikongsi oleh pelbagai
akhbar, majalah, rangkaian televisyen dan media lain.

Kesan konsonan dapat mengatasi masalah pendedahan terpilih kerana


individu tidak boleh memilih sebarang mesej lain dan ia mengemukakan

179
gambaran bahawa kebanyakan individu melihat sesuatu isu itu mengikut
apa yang dikemukakan oleh media massa kerana media menonjolkan
perkara dan perspektif yang sama dan secara kolektifnya mereka
menekankan perkara yang sama.

Satu lagi faktor yang berpengaruh ialah lingkaran senyap. Apabila sesuatu
isu kontroversi berbangkit, individu akan membentuk gambaran tentang
taburan pendapat umum dan seterusnya cuba menentukan apakah
pendapat umum itu berubah ke arah bersetuju dengan pendapat dan
pendirian mereka. Oleh itu, sekiranya individu merasakan bahawa
pendirian dirinya berada dalam kelompok majoriti, individu akan
cenderung untuk berdiam diri. Begitu juga sekiranya pendapat umum
telah berubah sebagaimana pendirian dirinya, individu juga cenderung
untuk terus berdiam diri terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Semakin
individu berdiam diri, lebih ramai orang akan merasakan bahawa sesuatu
sudut pandangan itu tidak diwakili dan ia menjadi semakin sepi dan
terpinggir.

10.4.1 Kerelevanan Teori Lingkaran Senyap

Media massa dalam hal ini memainkan peranan penting sebab ia menjadi
sumber untuk orang ramai mencari taburan pendapat umum. Media
massa memberi kesan terhadap lingkaran senyap ini mengikut tiga cara
iaitu

(i) Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang lebih dominan.


(ii) Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang semakin banyak
diterima.
(iii) Ia membentuk gambaran tentang pendapat yang boleh diucapkan
di khalayak ramai tanpa berasa takut diri mereka disisihkan.

Perkara ini berlaku memandangkan media massa merupakan sebahagian


daripada sistem yang digunakan oleh individu untuk memperoleh
maklumat tentang persekitarannya. Untuk menjawab persoalan di luar
ruang lingkup peribadinya, individu akan bergantung sepenuhnya kepada
media massa untuk mendapatkan fakta dan membuat penilaian tentang
sesuatu pendapat umum. Individu juga akan bertindak balas seperti biasa
kepada tekanan pendapat yang dihebahkan kepada umum iaitu yang
diterbitkan oleh media massa.

180
SOALAN DALAM TEKS

5. Mengapa individu mengambil tindakan untuk


senyap apabila muncul sesuatu isu?
6. Siapakah tokoh yang bertanggungjawab
mengemukakan Teori Lingkaran Senyap?
Mengapa?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Griffin, E. A. (2000). A first look at communication theory


(4th ed.). Boston: McGraw-Hill.

McQuail, D. & Windahl, S. (1981). Communication models:


For the study of mass communications. New York:
Longman.

Severin, W. J. & Tankard JR, J. W. (2000). Communication


theories: Origins, methods, and uses in the mass media (5th
ed.). New York: Addison Wesley Longman, Inc.

10.5 RUMUSAN

Daripada perbincangan mengenai ketiga-tiga teori, dapat disimpulkan


bahawa dalam komunikasi pembangunan, media massa termasuklah
teknologi komunikasi amat penting sebagai agen perubahan kepada
masyarakat. Masyarakat merupakan entiti yang aktif dan sentiasa
menggunakan media massa untuk mencari maklumat dan
membangunkan kelompok masyarakat dan diri mereka sendiri.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Program berita di televisyen mampu membentuk pemikiran


penonton. Bincangkan dengan menggunakan pendekatan Teori
Penentuan Agenda.
2. Teori Lingkaran Senyap memberikan tiga ciri media massa dan
tiga cara media memberikan kesan kepada fenomena lingkaran

181
senyap. Nyatakan kesemuanya. Nyatakan lima kelompok
penerima teknologi menurut Rogers.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori Difusi Inovasi ialah satu teori yang telah dipelopori oleh
Rogers (1995). Ini kerana Difusi Inovasi berhubung dengan
bagaimana sesuatu idea, teknologi baru, barangan baru pengguna
atau teknik-teknik baru berkembang di kalangan berbagai-bagai
khalayak sehingga diterima dan dilaksanakan oleh penguna-
penggunanya.

2. Terdapat empat unsur-unsur utama dalam difusi inovasi, iaitu

(i) Suatu inovasi.


(ii) Dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu.
(iii) Mengikut tempoh masa.
(iv) Di kalangan ahli-ahli sebuah sistem sosial.

3. Penentuan Agenda menerangkan tentang kesan media massa


terhadap masyarakat dan salah satu yang paling kerap digunakan
ialah tentang bagaimana media massa dapat mempengaruhi
khalayak dengan memberi tumpuan kepada sesetengah isu dan
mengabaikan sesetengah isu yang lain.

4. Agak kurang sesuai dalam kontek kempen pilihan raya di


Malaysia kerana tiada satu pun parti politik dibenarkan untuk
memancing undi di media-media yang sedia ada. Keadaan ini
amat berbeza di Amerika Syarikat.

5. Individu mengambil tindakan untuk senyap terhadap sesuatu isu


kerana ia dipengaruhi oleh faktor lingkaran senyap. Faktor ini
menyatakan bahawa apabila sesuatu isu kontroversi berbangkit,
individu akan membentuk gambaran tentang taburan pendapat
umum dan seterusnya cuba menentukan apakah pendapat umum
itu berubah ke arah bersetuju dengan pendapat dan pendirian
mereka. Oleh itu, sekiranya mereka merasakan bahawa pendirian
meraka berada dalam kelompok majoriti, mereka akan cenderung
untuk mendiamkan diri. Begitu juga sekiranya pendapat umum
telah berubah sebagaimana pendirian mereka, mereka juga
cenderung untuk terus berdiam diri terhadap sesuatu isu yang

182
berbangkit. Semakin mereka berdiam diri, lebih banyak orang
akan merasakan bahawa sesuatu sudut pandangan itu tidak
diwakili dan ia menjadi semakin senyap.

6. Teori Lingkaran Senyap merupakan satu teori yang digunakan


untuk menjawab persoalan tentang bagaimana pendapat publik
dibentuk atau dibangunkan. Teori ini diasaskan oleh seorang
profesor sosiologi Jerman iaitu Elisabeth Noelle-Neuman pada
tahun 1974. Ini disebabkan pada pendapat Noelle-Neuman
media massa berpengaruh terhadap pendapat publik tetapi kuasa
ini tidak dinilai begitu penting atau tiada kesan kerana sebelum ini
begitu kurang penyelidikan yang dijalankan.

183

You might also like