You are on page 1of 54

A.

MENULIS PENGENALAN:
.

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada
perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.

.
2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan
.
3. Contoh:
Contoh 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada
masyarakat di negara kita.

Jawapan pengenalan rumusan :


Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di negara kita.
.
Contoh 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan bandar tersebut.
.
Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan bandar.
.
Contoh 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan
langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah
perkataan.
.
Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar
cemerlang.
.
Contoh 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor
pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara.
Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
.
Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada negara.

Contoh 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak
dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
.
Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.
.
.
B. MENULIS ISI TERSURAT:
.

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata seperti
yang terdapat dalam soalan. Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi
tersurat.
6. Pastikan, maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam 1 ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. (selain itu, juga, malah,
dan sebagainya)
.
8. Contoh penggunaan ayat:
.
Contoh 1: Rumusan dengan ayat yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)
.
-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan
bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena
tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai
berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di
bandar.
.
Contoh 2 : Rumusan dengan ayat yang kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)
.
-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.
.
9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan
lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-
undang.
Betul : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.
.
Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Betul : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
.
10. Contoh :
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan
kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan
sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat.
"
.
Isi tersurat :
-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai
menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.
.
Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang
dihadapi.
.
"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.
Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan
oleh orang ramai menjadi lebih mudah."
.
Isi tersurat :
- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh
orang ramai menjadi lebih mudah.
.
Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.
.
"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini
banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah
digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."
.
Isi tersurat :
- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi
keuntungan kepada negara.
.
Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah
mengatasinya.
.
"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan
tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi
meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil
menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya
gejala sosial dalam kalangan remaja. "
.
Isi tersurat :
- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya
masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
.
.
C. MENULIS ISI TERSIRAT:
.

1. Isi mesti berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.


2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai
isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu
ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan
lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
.
7. Contoh :
Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang
dihadapi.
.
"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.
Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan
oleh orang ramai menjadi lebih mudah."
.
Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar
yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.
(Perhatikan - isi ini tiada di petikan atas!)
.
Contoh 2 : Tulis rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan
langkah untuk memajukannya.
.
Isi tersirat :
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi
kemudahan subsidi baja kepada para petani. (Isi ini mesti anda fikir sendiri dan tiada
dalam petikan!)
.
Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.
.
"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan
kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan
sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus
disekat."
.
Isi tersirat :
- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan
menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan
di jalan raya. (Lihat! Isi yang ditulis ini mesti tiada dalam petikan di atas tadi.)
.
Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-
cara untuk mencegahnya.
.
Isi tersirat :
- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-
anak memilih makanan yang seimbang. (Jawapan ini mesti merujuk kunci kata kedua
soalan dan mestilah tiada dalam petikan.)
.
.
D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:

.
1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. "siapa harus bertindak"

ii. "apa tindakan perlu dibuat"

iii. "tujuan tindakan itu dibuat dikaitkan dengan soalan"


2. Ayat mesti mengandungi salah satu perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
3. Ayat seharusnya berbunyi begini :
.
Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang
dikaitkan dengan soalan).
.
Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang dikaitkan
dengan soalan asal rumusan).
.
4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:

.
Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.
.
Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat (siapa bertindak) harus berganding bahu ( apa
tindakan) agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi (tujuan tindakan yang
dikaitkan dengan soalan).
.
Contoh 2 :
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.
.
Ulasan rumusan:
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang
seimbang.
.
Contoh 3 :
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar
mendapat pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 :
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta
permasalahannya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran
mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan
internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya


telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi
tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah tiada sempadan. Salah satu
daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan
telekomunikasi secara maya.
Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada
di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya.
Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai
pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk
kepentingan peribadi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah
meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba
menyalahgunakan kemudahan internet.

Sebenarnya, internet boleh mendatangkan pelbagai keburukan jika disalahgunakan. Pada


kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar
angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu
sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan
antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan
sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur
fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar.
Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang
melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini akan menjatuhkan maruah individu tersebut
dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos
penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan
sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke kafe siber, mereka terpaksa membayar sewa
antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian
kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus meluncuri internet sehingga mereka
tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut
kajian, seseorang yang terlalu lama meluncuri internet, tahap kesihatan mereka akan terjejas.
Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.

Walaubagaimanapun, kemunculan internet juga banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia.


Melalui internet kita dapat memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia
luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
membendung budaya merokok dan punca-punca budaya tersebut semakin berleluasa. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Dewasa ini, tabiat merokok dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat semakin membimbangkan.
Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira pangkat, agama, budaya ,
jantina atau status seseorang. Industri tembakau pula secara berterusan meraih keuntungan berlipat ganda
walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah dilaksanakan.

Jelaslah bahawa masalah ini semakin menggusarkan dan harus dipandang serius oeh semua pihak, terutama
ibu bapa. Usaha kerajaan dalam membendung budaya merokok ini harus dipandang positif oleh semua
pihak. Persoalan yang timbul ialah adakah tujuan mereka merokok ini sekadar untuk membuktikan status,
glamour dan personaliti atau sebagai lambang kebebasan ? Atau mungkinkah juga tabiat ini berlaku
disebabkan perokok ingin melepaskan tekanan atau kekusutan yang melanda hidup? Walau apapun alasan
yang dikemukakan oleh perokok, tabiat mereka ini ibarat membunuh diri secara perlahan kerana ternyata
banyak kesan buruk akan timbul terhadap kesihatan. Tabiat ini tidak dipandang hina oleh masyarakat
kerana telah dianggap perkara biasa dalam kehidupan, namun barah ini tidak boleh dibiarkan merebak
dalam kalangan remaja termasuk pelajar sekolah rendah. Justeru, peranan ibu bapa amat penting dalam
memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh oleh budaya rokok.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani isu ini. Kadar cukai rokok
telah dinaikkan atas cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia demi menyedarkan rakyat seluruh dunia
tentang keburukan merokok. Kempen anti merokok yang dilancarkan baru-baru ini dengan tema ‘Tak Nak -
Setiap Sedutan Membawa Padah’ diharap menjadi satu wadah efektif dalam menyedarkan perokok dan
bakal perokok tentang keburukan penggunaan rokok. Kerajaan juga telah menandatangani satu Rangka
Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau, anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi
membuktikan komitmen kerajaan untuk mengubah tabiat merokok rakyat Malaysia. Selain itu, pendekatan
memujuk perokok agar berfikir sebelum merokok dilakukan melalui pemaparan foto kesan-kesan buruk
akibat merokok di kotak rokok. Walaupun strategi-strategi yang dilakukan oleh kerajaan tidak dipandang
serius oleh perokok-perokok tegar, sekurang-kurangnya kerajaan mungkin berjaya mengurangkan jumlah
perokok baru terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

LATIHAN 3

Baca petikan berikut dengan teliti. Buat satu rumusan tentang kesan-kesan obesiti dan punca-punca yang
menyebabkannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan.

Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan
masalah kesihatan yang serius. Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung,, strok,
tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Obesiti juga memburukkan penampilan seseorang. Orang yang
gemuk mengalami masalah untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dan juga sukar untuk berfesyen.
Kebanyakan orang yang gemuk juga berisiko untuk mengalami masalah jiwa akibat keinginan melampau
untuk kurus.
Diskriminasi terhadap orang yang mengalami obesiti juga berlaku terutamanya dalam bidang kerjaya.
Mereka sering dilabelkan sebagai pemalas dan dianggap kurang efektif dalam melakukan kerja. Hal ini
adakalanya benar kerana dalam pergerakan orang yang mengalami obesiti agak terbatas.

Masalah kegemukan ini lebih ketara meninggalkan kesan terhadap golongan wanita. Perjalanan haid
mungkin terganggu yang seterusnya akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan wanita. Jika
mengandung, kegemukan mungkin memberi kesan ke atas kandungan memandangkan tekanan darah akan
meningkat dan bayi mungkin terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan pelbagai jenis makanan. Elakkan makan
terlalu banyak makanan berkalori tinggi. Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan.
Kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang
manis seperti air kosong dan jus buah-buahan.  Kita juga harus menjaga waktu makan iaitu makan
mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan.  Di antara waktu makan
utama, makan buah sebagai snek.  Elakkan daripada meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika
meninggalkan satu  waktu makan, anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya  dan
kita berpotensi untuk makan berlebihan. Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga perlu
ditingkatkan. Jadikan  hidup anda  lebih aktif dengan melakukan aktiviti  fizikal yang berintensiti sederhana
sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti  menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.
Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu 10 minit setiap sesi sehingga mencapai
jumlah 30  minit.

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang khasiat kunyit
dalam bidang perubatan dan masakan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan tradisi yang berasal daripada keluarga Zingiberaceace.
Tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama. Di negara China, kunyit dikenali sebagai Jiang Huang
dan Yu Jin. Bagi masyarakat Arab, kunyit sinonim dengan panggilan Kurkum. Masyarakat
Indonesia pula memanggil kunyit sebagai Indian Saffraon, Curcuma dan Kunir. Mengikut
catatan, kunyit banyak terdapat di kawasan – kawasan tropika dan negara asal yang dikenal pasti
bagi tumbuhan ini ialah India. Hal ini memang ada kebenarannya kerana kalau kita perhatikan,
masyarakat India kebanyakannya menggunakan tumbuhan tersebut terutama sekali sebagai
ramuan dalam masakan.

Sebagai sejenis tumbuhan herba, kunyit sememangnya banyak mempunyai khasiat. Selain
menjadi rempah ratus dan penyedap dalam masakan, kunyit turut digunakan dalam perubatan
tradisional. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, ibu kunyit dapat membantu wanita yang
baru bersalin untuk membersihkan dan mengecutkan rahim. Mereka juga menggunakan kunyit
bersama – sama lada hitam untuk memanaskan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan
kunyit untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, demam kuning, cirit – birit, batuk, lelah
dan sebagainya. Caranya adalah dengan menumbuk kunyit sehingga lumat dan kemudiannya
ditapis untuk diminum.

Kunyit juga dipercayai dapat mengubati penyakit seperti sakit perut, asma, selain dapat
mengurangkan rasa gatal pada mata. Bagi bayi yang menghidap penyakit kulit susu, kunyit yang
dicampur dengan kapur dipercayai dapat mengatasinya dengan cara menyapukannya pada
bahagian yang berkurap. Kunyit bersifat analgesik dipercayai dapat menyembuhkan luka serta
dapat mengurangkan kesakitan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menumbuk kunyit hingga
lumat dan seterusnya ditampal pada bahagian yang luka. Kecergasan ibu – ibu selepas bersalin
dapat dipulihkan dengan cara mengisar kunyit dan pegaga kemudian airnya diminum. Bukan itu
sahaja, malah cara ini dapat menghilangkan keputihan dalam kalangan kaum wanita.
Di negara China, kunyit telah digunakan sejak beratus – ratus tahun dahulu sebagai bahan
perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional negara China, kunyit dapat melancarkan
peredaran darah manusia dengan cara menjadikan kunyit sebagai bahan minuman. Bagi seseorang
yang mengalami rasa lebam dan darah beku, akan dapat dihilangkan dengan cara menyapu kunyit
yang telah ditumbuk pada bahagian yang tertentu. Di Thailand, penduduknya menggunakan
kunyit untuk menghilangkan kesan bisa akibat dipatuk oleh ular tedung. Perubatan tradisional
India turut menggunakan kunyit sebagai salah satu bahan herba yang amat mujarab sebagai
pencuci di samping dapat mengubati penyakit kulit atau gatal – gatal. Sebenarnya masih banyak
lagi khasiat yang terdapat dalam kunyit. Kita berharap agar para penyelidik akan terus melakukan
penyelidikan terhadap tumbuhan tersebut dan seterusnya kunyit dijadikan ubat penyakit kronik
yang mujarab.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kunyit Kaya dengan


Pelbagai Khasiat Boleh diperoleh, Melaka Hari Ini, 20 Julai 2006)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penawar penyakit kronik yang mujarab?

(2 markah)

(ii)Nyatakan beberapa keistimewaan yang terdapat pada tumbuhan seperti kunyit.

(3 markah)

(iii)Walaupun kunyit dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,namun sambutan masyarakat


masih kurang.Pada pendapat anda mengapakah hal ini demikian?(4 markah)
LATIHAN 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah
menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik
darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan
pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan
faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan
masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap,
Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam
hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana
seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.
Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan
berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti
Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama
negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan
dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai
Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara.
Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam
pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu,
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang
mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum.

Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana
kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah.
Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat,
bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai –
nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan
seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi.

Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial
seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal
ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di
samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak
perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu
menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya
dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai


Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas.(2 markah)

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?3
markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti
kokurikulum?(4 markah)
LATIHAN 6

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan
internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya


telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi
tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah terlalu kecil. Salah satu
daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan
telekomunikasi secara maya tanpa sempadan.

Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada
di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya.
Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai
pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk
kepentingan sendiri. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi misalnya, meminta
pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba menyalahgunakan
kemudahan internet.
Sebenarnya, jika internet disalahgunakan boleh mendatangkan pelbagai keburukan. Pada
kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar
angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu
sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan
antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan
sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur
fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar.
Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang
melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini, akan menjatuhkan maruah individu dan
keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos
penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan
sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke “cyber café”, mereka terpaksa membayar sewa
antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian
kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus melayari internet sehingga mereka
tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut
kajian, seseorang yang terlalu lama melayari internet boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka.
Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.
Walau bagaimanapun, kemunculan internet banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia.
Melalui internet kita boleh memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia
luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Kabinet Mahu Blog


Internet Dipantau, Berita Harian, 2 Ogos 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata jaringan telekomunikasi secara maya.(2 markah)

(ii)Nyatakan isu – isu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita.(3
markah)

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik
pelajar?(4 markah)
LATIHAN 7

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah –
langkah menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan faedahnya. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Amalan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini berada pada tahap yang cukup
membimbangkan. Secara puratanya, pelajar membaca satu halaman buku setiap tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa tahap pembacaan para pelajar masih lemah. Memang kita akui, ramai
pelajar yang membaca kerana desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat, tabiat
membaca ini tidak diteruskan. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bertanggungjawab dan
berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan pelajar.

Minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara menunjukkan
model yang baik kepada anak – anak. Sikap ibu bapa yang sering membaca buku di hadapan anak
– anak menyebabkan anak – anak mencontohi ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu
menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang
sesuai dengan peringkat umur mereka.

Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha memupuk minat membaca dalam
kalangan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan misalnya, guru
hendaklah menekankan kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Dorongan daripada
guru supaya pelajar berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan, pelajar
digalakkan membaca buku – buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau menyiapkan
kerja – kerja sekolah yang belum selesai. Pihak sekolah juga boleh menyediakan “Medan
Membaca” atau mewajibkan pelajar membuat ulasan terhadap sebuah buku yang mereka baca
pada hari perhimpunan sekolah. Usaha ini penting kerana pelajar berasa bahawa membaca itu
menyeronokkan.

Kempen – kempen yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang faedah membaca perlu
dipergiatkan dari semasa ke semasa. Penggunaan kata – kata yang menarik seperti “Membaca
jambatan ilmu”, “Hidup membaca, hidup bahagia’’ mampu merangsang minat pelajar untuk
membaca. Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah, turut menyemai
minat membaca dalam kalangan pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar yang muncul juara
perlu diberi ganjaran sebagai motivasi agar terus membaca. Pembinaan pondok – pondok bacaan
di kawasan sekolah yang dilengkapi dengan bahan – bahan bacaan seperti surat khabar lama,
buku – buku cerita mampu menyemai minat pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat,
sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk di pondok
bacaan sambil membaca buku.

Pihak kerajaan turut berperanan dalam menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.
Kerajaan misalnya, boleh mengurangkan cukai import bahan bacaan bermutu yang diimport dari
negara luar. Selain itu, penubuhan lebih banyak perpustakaan di tempat – tempat yang lebih
strategik perlu disegerakan. Perpustakan bergerak juga perlu disediakan oleh kerajaan untuk
kemudahan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar. Kesimpulannya, minat
membaca dalam kalangan pelajar hendaklah ditekankan di peringkat awal lagi. Peribahasa
Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, semua pihak haruslah
bekerjasama untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Semua pihak Membantu


Kanak – kanak Membaca: Pendidik, BIL. 18-2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata melentur buluh biar dari rebungnya.(2 markah)

(ii)Ibu bapa boleh menyemai minat membaca dalam kalangan anak – anak. Bagaimanakah hal ini
boleh dilakukan?(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah minat membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada
tahap yang kurang memberangsangkan?(4 markah)
LATIHAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
buruk penggunaan kad kredit dan cara-cara mengawal penggunaan kad kredit. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Rakyat sentiasa diingatkan supaya bijak menggunakan wang dan mengatur
perbelanjaan mereka.  Rakyat mempunyai kuasa membeli tetapi ada kalanya timbul masalah
apabila mereka membeli barang yang tidak perlu atau secara membazir.  Keadaan menjadi lebih
meruncing dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

                Orang ramai seharusnya menggunakan kad kredit dengan penuh berhemah agar mereka
tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus ke arah muflis.  Jika pemegang kad kredit
berbelanja besar, banyak yang perlu mereka bayar kepada bank.  Harus diingat, kad kredit ialah
kemudahan pembayaran pendahuluan iaitu beli dahulu dan bayar kemudian, bukan untuk
bermegah dan boros.  Bank Negara memberi amaran bahawa sudah wujud semacam
pergantungan generasi muda terhadap kad kredit dalam melayan kehendak diri yang tiada
berkesudahan.  Kad kredit seakan-akan menjadi lesen untuk tunduk kepada nafsu kebendaan
sehinggakan konsep pengguna rasional ditolak ke tepi.
                Kempen dan perang harga yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar dan pasar raya ada
ketikanya membangkitkan keghairahan pemegang kad kredit untuk berbelanja.  Selain
memaparkan iklan di akhbar dan televisyen, kini sudah banyak syarikat mengedar risalah
'potongan harga' dan 'harga runtuh' dari rumah ke rumah.  Statistik tahun 2005 menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM45.2 ribu juta menerusi kad kredit, iaitu meningkat
13.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

                Kelonggaran syarat pemilikan kad kredit meningkatkan jumlah pemegang "wang
plastik" itu, khususnya pengguna muda.  Kegagalan melangsaikan hutang kad kredit tentunya
membebankan institusi kewangan yang berkenaan, contohnya kos perhubungan dan guaman. 
Dalam hal ini, kedua-dua pihak kerugian iaitu pengguna mungkin diisytihar muflis dan institusi
kewangan terpaksa melupuskan hutang mereka.  Kecenderungan berhutang yang keterlaluan dan
kes mahkamah yang membabitkan pemegang kad kredit boleh menjejaskan imej negara yang
cuba bersaing sebagai pusat kewangan serantau.

                Salah satu ciri masyarakat maju ialah kemampuan membuat pertimbangan dan
keputusan terhadap baik buruk sesuatu perkara.  Pemegang kad kredit tidak terkecuali dalam hal
ini.  Kad kredit seharusnya kekal sebagai kemudahan untuk berbelanja, bukan mencetuskan
masalah-masalah lain.

(Diubahsuaikan daripada Kad Kredit Bukan Sumber Berbelanja Besar oleh


Zainuddin Ayip, Berita Harian, 15 April, 2006)

LATIHAN 9
 
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang
rumusan hendaklah  tidak melebihi 120 patah perkataan.
 
             Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran
dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Semangat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni.
 
             Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir  dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu,
jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran
yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran
yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat  daripada
sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
 
             Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran.
Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat
dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada
pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu
yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup
dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat
setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman
yang mantap sesama jiran.
 
             Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui
hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk
semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama
mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
 
            Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
 
                        (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan    
                                                  Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
                                                                            Utusan Malaysia, Jun 2003)
 
SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN

i) Apakah maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat dalam


petikan di atas?
(2 markah)

ii) Mengapakah perpaduan penting dalam kehidupan berjiran?

(4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan
semangat kejiranan dalam diri anak-anak?

(4 markah)
RUMUSAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi keselesaan
hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik. Contohnya, udara yang
bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Sebaliknya,
pencemaran udara akan menyebabkan sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai
yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat
hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah
pencemaran tersebut, semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu
dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi akan datang.
Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar
hendaklah dirancang dengan teliti. Selama ini kita dapati kegiatan-kegiatan ekonomi
yang melibatkan alam sekitar, seperti menangkap ikan dan membalak telah merubah
alam semula jadi di sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal kegiatan-
kegiatan yang dilakukan oleh mereka bagi mengekalkan keseimbangan ekologi alam
sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan
yang tidak diuruskan dengan baik telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya serta
mendatangkan risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan
bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air
buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa
toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan
cara yang selamat seperti ditanam.

Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan. Walau


bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan lebuh
raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan. Di samping itu, pembukaan
tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan
penanaman tumbuh-tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan
kawasan hijau dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika
langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat menikmati
keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk mngejar pemodenan,
kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan itu, pewartaan hutan simpan
hendaklah diperbanyak bukan sahaja untuk mengekalkan keseimbangan suhu malah
sebagai kawasan tadahan hujan.

Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti manusia.


Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi
kepentingan dunia sejagat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda


peranan alam sekitar yang berkualiti?” oleh Nasron Sira Rahim, Berita
Harian 2006)

RUMUSAN 11
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan pudarnya
penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan
melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan
dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan
negara. Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan
negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas diri dalam diri anak-anak muda.
Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita akan berasa
bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang dikibarkan atau apabila negara
mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena antarabangsa. Pendek kata,
semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta berupaya
membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda.
Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh
generasi ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh
kemerdekaan negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu.
Oleh itu, mereka mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan
kemerdekaan tersebut. Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan negara
dalam hubungan tidak terlalu bergantung pada negara lain amat perlu. Hal ini demikian kerana
tanpa kebebasan membuat keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan
terus menjadi hamba atau orang suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah diperalatkan oleh
negara lain untuk mencapai sesuatu agenda mereka.

Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi
fizikal dan minda. Ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat
kenegaraan bagi membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan
akidah. Anak muda yang tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala
sosial. Mereka tentunya sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka
sebagai peneraju masyarakat masa hadapan.

Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk


pelbagai etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan
hidup seharian. Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini
nampaknya lebih erat hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini
demikian kerana wawasan budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif
dalam kalangan mereka. Kedudukan kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga
nampaknya sudah agak setanding seperti peribahasa duduk sama rendah; berdiri sama tinggi.

Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap
negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi
mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Ini dapat
memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta
tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara.
Akhirnya, semangat patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana
semangat ini menyentuh soal maruah, martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup
pada masa hadapan.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4
ms 165 – 166)

RUMUSAN 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan-
kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi
bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat
Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat
menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini.
Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2005,
Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005
hingga tahun 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis
seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan
budaya berbudi bahasa.

Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap
bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai
sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak,
lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang
menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat harus mempunyai keupayaan
untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran
dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus
meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya
berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-
anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya
mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja
perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti
yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap
selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkaan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan
sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi
warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan
pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung
beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan
awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform
untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan
pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan
fizikal seharusnya seiring dengan pembangunan insan.

Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa
dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang
menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adat yang selama ini diamalkan
oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama
menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek
moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.

Diubahsuaikan daripada Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita


oleh Tuan Ismail Tuan Muhammad, Dewan Siswa,
Februari 2008

RUMUSAN 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah menjaga kebersihan makanan dan kesan daripada langkah-langkah
tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan penyakit yang berbahaya seperti kolera, cirit-birit, dan tifoid


merebak kerana pencemaran makanan dan minuman oleh kuman. Hal ini demikian
kerana kurang kesedaran dalam kalangan pengendali makanan dan pengguna.
Makanan dan minuman yang tercemar bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan
seseorang, malah juga boleh menyebabkan maut. Oleh sebab itu, pengendali makanan
mesti memastikan makanan dan alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan
dalam keadaan yang bersih.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 519 kes penyakit kolera dengan 10


kematian telah berlaku di negara kita pada tahun 2001. Jumlah kes ini telah menurun
berbanding dengan tahun 1998, iaitu sebanyak 1,304 kes dengan 19 kematian. Bagi
kes keracunan makanan pula, sebanyak 5,469 kes telah berlaku pada tahun 2001
berbanding dengan 8,640 kes pada tahun 1999. Dalam tempoh yang sama kes tifoid
telah menurun daripada 811 kes kepada 610 kes.

Penurunan ini menggambarkan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan


makanan telah meningkat. Hal ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran
masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan atau kerana keberkesanan
penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa kesihatan. Namun begitu setiap individu
harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran.

Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti makanan


dan kebersihan di premis-premis perniagaan makanan. Antara usaha yang telah
dijalankan termasuklah melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan
untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan. Untuk tujuan ini, Kementerian
Kesihatan perlu mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM).
SKKM mula diperkenalkan pada tahun 1977.

Kesedaran masyarakat tentang kebersihan sangat penting. Penguatkuasaan


undang-undang semata-mata tidak berkesan jika tahap kesedaran masyarakat masih
rendah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran
kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan
persekitaran selaras dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 202)

RUMUSAN 14

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan
pengangkutan moden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Operasi Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres melakar satu lagi sejarah
pemodenan sistem pengangkutan negara dan standard industri kereta api rantau ini.
Meskipun bukan kereta api laju bertaraf tren peluru di Jepun atau tren di Perancis yang
boleh memecut sehingga melebihi 300 kilometer sejam, ERL yang mampu bergerak
dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam tetap mengagumkan. Projek ERL
dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, untuk memastikan bahawa Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan
ekonomi.

Selaras dengan hasrat perkhidmatan ERL yang berpegang pada konsep


”Lapangan Terbang Dalam Bandar Raya”, maka kemudahan untuk penumpang pesawat
membuat pendaftaran masuk disediakan di Terminal Udara Dalam Bandaraya Kuala
Lumpur atau Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT). Melalui perkhidmatan ini,
penumpang tidak perlu lagi melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT.
Melalui konsep ini juga, perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL
CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek. Perjalanannya hanya memakan
masa selama 28 minit dan kekerapan perkhidmatannya ialah 15 minit sekali. Konsep ini
memberikan penekanan kepada elemen masa sebagai faktor utama pengurusan kerja
yang efisien.

Bagasi penumpang kapal terbang dari Stesen Sentral Kuala Lumpur atau KLIA
diangkut dengan alat pengangkut di dalam stesen terminal dan kontena kereta api
dengan dipantau oleh sistem pengurusan bagasi. Untuk memastikan urusan
perkhidmatan bagasi penumpang beroperasi dengan cekap, satu sistem yang dikenal
sebagai Sistem pengendalian Bagasi secara automatik disediakan. Untuk meningkatkan
keselamatan bagasi, kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg dan
merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka
atau mencuri beg-beg berkenaan. Dengan ini keselamatan bagasi penumpang adalah
terjamin.

Dengan kadar tambang RM 35.00 sehala, perkhidmatan ERL menjanjikan


keselesaan dan keselamatan yang maksimum. Tren berhawa dingin ini dilengkapkan
dengan kerusi empuk yang selesa dan tempat bagasi yang lebih luas. Kemudahan
yang disediakan dan kelajuan maksimum yang terdapat pada tren tersebut meletakkan
KLIA Ekspres sama taraf dengan tren di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,
Jepun dan Perancis.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 61)

RUMUSAN 15

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah mengekalkan perpaduan kaum dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan


pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi
mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep
pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kemasyarakatan. Oleh itu,
kita harus menghargai segala yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha
bagi meningkat perpaduan kaum. Dalam konteks ini, perpaduan dan kerjasama berkait
rapat. Hal ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Dalam usaha untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan, semangat


ini hendaklah dipraktikkan sejak bangku sekolah lagi. Selain itu, semangat ini perlu
diamalkan dalam kehidupan seharian demi menjamin keutuhan ekonomi dan berjuang
bersama-sama untuk mempertahankan Malaysia bagi mengekalkan kemerdekaan dan
keamanan.
Di samping itu ,rakyat Malaysia perlu menyokong usaha-usaha yang dilakukan
oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di negara ini agar keamanan negara dapat
dikecapi. Seterusnya, walaupun di mana-mana kita berada di Malaysia ini,kita mestilah
mematuhi undang-undang. Kita juga mestilah menghormati undang-undang negara ini
supaya kehidupan kita lebih harmoni. Untuk mengelakkan ketegangan kaum pula, setiap
kaum di negara ini mestilah menghormati kaum yang lain baik dari segi
agama,bahasa,budaya dan sebagainya. Oleh itu prinsip hormat-menghormati ini sangat
penting untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup di negara kita.

Sesungguhnya perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan
tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran untuk
berubah sesuai dalam era globalisasi. Sememangnya perpaduan amat penting dalam
apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebih-lebih lagi ketika susah.
Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada
aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang
melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya. Andai
kata perpaduan di negara tergugat, akan terjadilah seperti maksud peribahasa”Ibarat
telur sesangkak,pecah sebiji, pecah semua.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 97-99 )

RUMUSAN 16

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-
kelebihan penggunaan MyKad dalam urusan harian dan kekangannya. Panjang
rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kad Pintar Pelbagai guna Kerajaan (KPPK) atau sekarang ini dikenal juga
dengan nama MyKad bukan sahaja yang pertama di dunia,malahan juga ciptaan yang
menjadi kebanggaan negara kita. MyKad merupakan satu daripada tujuh aplikasi
perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia. Secara mudahnya,
MyKad ialah penggunaan lebih daripada satu kad dalam sekeping kad. Sesuai dengan
namanya, maka MyKad menggabungkan beberapa dokumen peribadi seperti kad
pengenalan, lesen memandu,maklumat pasport antarabangsa, MEPS tunai dan
capaian prasarana kekunci awam

Sehubungan perkara di atas, dapat menggunakan MyKad sebagai kad ATM


atau sebagai alat urus niaga e-dagang.Selain itu dapat mengurangkan penggunaan
kertas dan menjimatkan masa berurus niaga,semasa berurusan dengan pejabat-pejabat
kerajaan atau swasta kerana pengisian borang secara konvensional tidak diperlukan
lagi.

Projek KPPK ini telah mula dilancarkan pada 2001 dan pelancarannya ke
seluruh negara pada 2002. Pelaksanaan KPPK ini merupakan satu titik sejarah negara
dalam usaha menerokai dunia multimedia kerana Malaysia bukan sahaja menjadi
negara pertama menggunakan kad pintar di dunia, malahan menjadi negara pencipta
kad pintar pelbagai guna yang tercanggih..Penciptaan kad seperti ini juga akan menjadi
perintis teknologi terunggul di rantau ini dan pada mata dunia.Teknologi cip dan
biometriks yang yang digunakan pada kad pintar mampu meningkatkan keyakinan yang
tinggi dalam kalangan pengguna khususnya dari segi keselamatannya. Ciri-ciri
keselamatan tersebut melindungi pemiliknya daripada sebarang pemalsuan dan
penyalahgunaan kad

Agensi-agensi yang terbabit akan menggunakan alat pembaca mudah alih yang
direka khas untuk mengesan maklumat pemegang kad bagi tujuan pengesahan. Untuk
tujuan urusan yang diperlukan, pemilik kad hanya dikehendaki meninggalkan kesan cap
jari pada permukaan pengimbas kad di samping memasukkan kad ke dalam alat
pembaca kad. Jika kesan cap jari itu sama seperti yang dipaparkan dalam cip makro
yang terdapat pada permukaan kad tersebut, maka kad berkenaan dianggap sah dan
urusan yang selanjutnya boleh diteruskan. Kejayaan kita mencipta kad pintar seperti ini
meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 232-233 )

RUMUSAN 17
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa dan langkah-langkah meningkatkan
mutu penganjuran sukan tersebut . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah kata.

Sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan untuk


menganjurkan pelbagai kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Antara kejohanan yang
pernah dianjurkan termasuklah Sukan Komanvel ke-XVI pada tahun 1998, Kejohanan
Hoki Piala Dunia 2002, kejohanan Sukan Lumba Basikal Le Tour d’Langkawi ,
Kejohanan Bot Laju Formula 1 (F1), Kejohanan Perlumbaan Kereta Formula 1 sejak
1999 dan banyak lagi. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya
banyak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada negara, malahan kepada rakyat
juga.

Penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa ini akan mempromosikan


negara kita ke seantero dunia. Setiap kejohahan yang dijalankan biasanya disiarkan
secara langsung melalui siaran televisyen ke seluruh dunia. Hal ini akan menyebabkan
penduduk di negara-negara lain yang juga merupakan peminat setia sesuatu jenis
sukan itu akan mengetahui kedudukan negara Malaysia. Mereka sudah tentu akan
terpikat dengan keunikan dan kecantikan flora dan fauna di negara kita. Selain itu,
sebelum kejohanan berlangsung, pihak penganjur akan mengadakan promosi dengan
pelbagai cara untuk menarik kehadiran penonton. Secara tidak langsung, kita dapat
mempromosikan negara.

Selain itu, kehadiran penonton yang menyaksikan kejohanan ini juga akan
merancakkan aktiviti pelancongan di negara kita. Kehadiran pelancong semasa temasya
sukan ini berlangsung membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran
wang asing. Kebiasaannya, penonton yang menyaksikan sesuatu kejohanan itu akan
datang lebih awal. Di samping menyaksikan pertandingan, mereka juga berkesempatan
untuk menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna di negara kita. Selain
meningkatkan industri pelancongan, kehadiran pelancong juga dapat memajukan
industri perhotelan.

Mereka juga akan tertarik dengan keunikan hasil kraf tangan rakyat negara ini
seperti anyaman , seramik, dan batik. Secara tidak langsung industri kraf tangan ini
akan berkembang maju. Apabila mereka kembali ke negara asal, mereka akan
menceritakan pengalaman yang diperoleh kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang
lain. Hal yang demikian, hasil kraf tangan negara ini telah diperkenal ke negara-negara
lain melalui penganjuran sukan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran temasya sukan peringkat


antarabangsa membuktikan bahawa negara kita mampu menyaingi negara-negara lain
terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan penyediaan prasarana sukan .
Stadium sukan, kemudahan menjalankan latihan secara berpusat, dan peralatan sukan
yang bertaraf dunia menjadi kayu ukur semasa membuat persediaan menganjurkan
sukan di peringkat antarabangsa. Di samping kejayaan negara menyediakan
kemudahan dan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa, negara juga
sebenarnya berjaya berjaya menjanakan ekonominya .

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Ting. 5, muka surat 219)
RUMUSAN 18

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
melabur dalam Saham Amanah dan usaha-usaha mengalakkan rakyat melabur. .
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Amanah saham ialah suatu bentuk pelaburan terkumpul yang membenarkan


pelabur yang mempunyai matlamat serupa mengumpulkan dana masing-masing untuk
dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana
profesional. Hal yan demikian, pelbagai skim amanah saham telah diwujudkan di negara
kita sama ada yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Antara skim
amanah saham yang popular di negara kita termasuklah skim Amanah Saham Nasional
(ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan
banyak lagi. Skim amanah saham yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan
tahap sosioekonomi yang menyeluruh dalam kalangan ahli masyarakat. Semua dana
yang diwujudkan merupakan satu pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan
sambil melabur. Oleh itu, rakyat digalakkan merebut peluang melabur dalam skim
amanah demi jaminan masa hadapan terutama golongan remaja
Menerusi dana ini, pihak kerajaan memberikan peluang kepada rakyat untuk
sama-sama berkongsi dan menikmati kemakmuran ekonomi negara . Rakyat diberi
peluang dan kemudahan pinjaman melalui institusi kewangan untuk melabur dalam skim
amanah saham. Selain itu, penglibatan semua kaum dalam pelaburan saham amanah
dapat merapatkan jurang perbezaan sumber pendapatan antara kaum yang agak
ketara pada masa ini seterusnya mewujudkan satu usaha yang lebih mantap ke arah
pembentukan perpaduan nasional selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Perpaduan
nasional penting kepada sesebuah negara demi menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Melalui penyertaan skim ini, rakyat juga akan dapat membantu kerajaan dalam
usaha membangunkan negara ini ke arah yang lebih pesat. Pengalaman lalu apabila
negara kita dilanda kegawatan ekonomi telah menjadikan rakyat semakin matang dan
sedar akan kepentingan sesuatu aktiviti pelaburan demi kesejahteraan masa depan.
Secara tidak langsung, rakyat telah sama-sama menyokong usaha kerajaan supaya
tidak membazir dan seterusnya bersama-sama membangunkan negara. Dengan
simpanan yang besar, institusi kewangan negara juga bertambah kukuh lantaran sikap
rakyat yang suka menyimpan.

Kejayaan dana ini bergantung kepada kesungguhan rakyat untuk sama-sama


mengorak langkah menyahut seruan kerajaan yang menginginkan negara mencapai
kemajuan setanding dengan negara-negara luar. Sikap rakyat yang suka melabur ini
menunjukkan mereka telah sedar bahawa apa-apa yang telah dikecapi selama ini
sebenarnya merupakan satu usaha ke arah menjamin masa depan mereka.
(Dipetik dan diubah suai daripada buku teks Ting 5, ms 176)

RUMUSAN 19

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah menangani masalah ponteng sekolah dan kekangan untuk menanganinya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Gejala ponteng sekolah boleh mengakibatkan pelajar terjerumus ke dalam gejala


sosial yang lain pula. Perlakuan begini jika tidak dibendung akan mendatangkan
masalah kepada ibu bapa, sekolah dan negara secara keseluruhannya. Masalah ini
tidak boleh ditangani oleh satu pihak sahaja tetapi memerlukan kerjasama dari pelbagai
pihak. Pihak sekolah harus sentiasa berhubung rapat dengan pihak ibu bapa apabila
mereka mendapati pelajar yang berkenaan tidak hadir ke sekolah selama beberapa
hari. Pihak ibu bapa pula disarankan supaya sentiasa memberikan kerjasama
sepenuhnya kepada pihak sekolah jika gejala sebegini rupa dilaporkan kepada mereka.

Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak


mereka hanya kepada guru semata-mata. Sebaliknya, ibu bapa perlulah mengawasi
kegiatan luar anak-anak secara menyeluruh agar mereka tidak akan terjebak dengan
kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. Dalam hal
ini, ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan guru sahaja kerana mereka juga
mempunyai beberapa tanggungjawab lain yang perlu dijalankan di sekolah. Anak-anak
berada bersama guru-guru hanyalah di sekolah dalam tempoh lebih kurang 8 jam
manakala selebihnya anak-anak akan bersama ibu bapa, ahli keluarga atau rakan-rakan
mereka.

Antara punca pelajar ponteng sekolah ialah pelajar tidak minat datang ke
sekolah. Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik
minat mereka untuk datang ke sekolah. Guru-guru haruslah mendapatkan maklumat
punca pelajar tidak minat untuk datang ke sekolah. Dalam hal ini, guru hendaklah
bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar secara terburu-buru. Ibu bapa boleh
membantu pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan bertanya
kepada anak-anak mereka. Peningkatan kes ponteng dalam kalangan pelajar sekolah
menengah atau rendah adalah disebabkan oleh perubahan psikologi dari kanak-kanak
ke alam remaja. Mereka sedang mencari identiti diri, tidak mahu dianggap keanak-
anakan dan berlagak seperti orang dewasa.

Pihak sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mendidik dan


menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar haruslah berperanan sepenuhnya
dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pihak sekolah sepatutya
merancang sesuatu aktiviti yang menarik bagi menimbulkan minat pelajar untuk datang
ke sekolah. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan melalui kegiatan kokurikulum ataupun
kegiatan akademik secara menyeluruh.

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,


Dewan Bahasa dan Pustaka)

RUMUSAN 20

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan
perbuatan buli terhadap mangsanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 90 patah perkataan.

Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan


tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Lebih 80 peratus pelajar mengakui
pernah terlibat dalam kes buli. Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Hal ini
bukan perkara yang remeh-temeh atau tingkah laku yang disifatkan oleh banyak pihak
sebagai “suka-suka” dan “gurauan budak-budak” semata-mata. Mangsa buli akan
mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan
kejadian bunuh diri. Pernah dilaporkan berlaku di luar negara, seorang murid
membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada pelajar yang
membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Lazimnya mangsa buli akan menjadi
seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan
orang lain.
Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada
mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun
mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi.
Kejadian yang menimpa rakannya menyebabkan murid berkenaan merasakan
persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga berasa bimbang
akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya.

Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan


Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Profesor Dr.
Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti
mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan saja takut ke sekolah, malah
takut diugut, dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi
individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri.

Pelajar-pelajar sekolah perlu menyedari bahawa nyawa dan kehidupan adalah


sesuatu yang sangat berharga. Melakukan sesuatu untuk membahayakan diri sendiri
dan orang lain sering kali akan membawa padah yang sangat buruk bukan sahaja
kepada diri sendiri, malah keluarga.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menangani


Masalah Buli di Sekolah, oleh Haji Samat
Buang,

Dewan Siswa, Ogos 2005)

RUMUSAN 21

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berlakunya rasuah dalam masyarakat . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
90 patah perkataan.

Rasuah bukanlah suatu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden.
Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku
dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban dan membina
ketamadunan. Dalam masyarakat kita, rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi,
duit bawah meja dan makan suap. Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi
dan rahsia dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang ataupun dua pihak.
Rasuah selalunya mengandungi unsur-unsur penipuan yang melibatkan masyarakat
umum dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan secara sedar bertujuan untuk
mendapat keuntungan.

Sebenarnya terdapat banyak faktor berlakunya amalan rasuah ataupun korupsi.


Faktor utama ialah kelemahan kepimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan.
Selain itu, rasuah berlaku disebabkan pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu
kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang
diberikan. Rasuah juga berlaku apabila kemiskinan menjadi dominan dalam
kehidupan. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih
serius berbanding negara-negara maju.

Rasuah juga berleluasa kerana longgarnya kawalan dan pengawasan serta


tindakan yang kurang tegas. Malahan mereka yang didapati melakukan rasuah
dikenakan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan tersebut. Di sesetengah
negara, pesalah rasuah dikenakan hukuman yang berat seperti penjara, tetapi amalan
itu tidak dapat dibanteras sehingga ke akar umbi. Keadaan ini berlaku kerana
keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar
berbanding risiko yang bakal dihadapi. Selain itu, ramai yang sanggup melakukannya
kerana kesalahan rasuah sukar untuk dibuktikan berbanding kesalahan jenayah yang
lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rasuah: Penyakit Sosial


Sepanjang Zaman, oleh Haslina Hassan, Minda, Mac 2004)

RUMUSAN 22

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang sebab-
sebab yang boleh menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Ramai juga orang yang memikirkan penggunaan bahasa Melayu sekarang agak
terjejas. Lihat sahaja di sekeliling kita, pengumuman di pasar raya, kilang, tempat
hiburan, malah di mana-mana sahaja, sering dibuat dalam bahasa Inggeris tanpa
penggunaan dwibahasa, apatah lagi untuk mendahulukan bahasa Melayu. Yang
menyedihkan lagi, ada kalanya pihak tertentu yang membuat ucapan dalam program
awam menggunakan bahasa Inggeris atau diselang seli dengan bahasa Inggeris
sedangkan khalayaknya seratus peratus rakyat tempatan.

Keadaan ini terjadi kerana sikap fanatik yang berlebihan apabila kerajaan
mula menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Sebenarnya mereka yang
bersikap demikian terbabas daripada dasar sebenar kerajaan tentang penggunaan
bahasa Inggeris, iaitu menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris untuk tujuan
melahirkan penggunaan berkomunikasi dan penguasaan ilmu. Dasar kerajaan itu telah
disahut hingga boleh menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Hal ini lebih menyedihkan apabila beberapa institusi pengajian tinggi turut
meminggirkan bahasa Melayu dalam pengajian, walaupun untuk bidang bukan
teknikal. Jikalau penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam dan di majlis rasmi
atau tidak rasmi ini tidak dibendung, gejala tidak sihat ini akan terus menular dengan
cepat dan meluas tanpa keupayaan sesiapa pun untuk membendungnya. Akibatnya
sudah pasti kedudukan bahasa Melayu tergugat dan dikhuatiri bahasa Melayu mungkin
hilang ditelan zaman.

Fenomena yang berlaku sekarang kerana rasa hormat akan bahasa rasmi
negara sudah mula terhakis dan penggunaannya sudah tidak menjadi penting lagi.
Sebaliknya bahasa Melayu seolah-olah digunakan secara terpaksa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanggungjawab Melestarikan


Budaya oleh Ab. Halim Ab. Karim, Pelita Bahasa, Februari 2004)

RUMUSAN 23

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pentingnya
hutan kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan.

Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat


setempat dan sejagat. Selain menjadi habitat hidupan flora dan fauna, hutan juga
membekalkan pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar yang penting, menjana
aktiviti ekonomi serta pendapatan eksport negara.

Hutan kini dilihat sebagai satu sumber yang menawarkan pelbagai fungsi alam
sekitar yang penting, bukan setakat kayu bakau sahaja. Di samping hasil kayu kayan,
hutan juga menawarkan hasil bukan kayu kayan. Tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat
Ali, Kacip Fatimah mempunyai keupayaan perubatan tradisional yang tinggi dan
dipercayaai sangat berkhasiat kepada manusia. Aliran perkhidmatan alam sekitar yang
dibekalkan oleh sumber hutan termasuklah fungsi penyimpanan atau tadahan air,
kawalan banjir dan perangkap karbon. Fungsi perangkap karbon atau penyimpanan
karbon penting dari segi kawalan suhu atau cuaca setempat dan global. Perkhidmatan
alam sekitar lain ialah fungsi hutan dari segi sumber rekreasi berasaskan alam
semula jadi atau pelancongan seperti Taman Negara dan Taman Kinabalu serta
Lembah Danum di Sabah.

Di kawasan hutan baru, hidupan-hidupan akuatik dapat membiak dengan


baik. Pesisir pantai dan muaranya yang berlumpur membantu hidupan akuatik seperti
ikan, ketam, udang, kerang, kepah, dan sotong membiak. Haiwan seperti kelawar yang
banyak membiak di hutan paya bakau menjadi agen pendebungaan yang baik kepada
pokok-pokok durian di kawasan sekitarnya. Hutan paya bakau juga merupakan agen
pengawalan hakisan pantai yang penting. Akar-akar pokok di hutan paya bakau
berfungsi untuk menguatkan struktur tanah di kawasan pantai. Kesedaran tentang
pentingnya hutan dan suasana kehijauan dan persekitaran semula jadi haruslah dipupuk
ke dalam sanubari masyarakat bandar dan desa. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh
pihak kerajaan atau swasta untuk menghijaukan kawasan-kawasan bandar atau kilang-
kilang. Misalnya membina taman di bandar, taman di dalam sekolah dan taman di
kawasan perumahan dengan tujuan sebagai kawasan riadah.

Rakyat Malaysia kini semakin menghargai landskap desa atau pertanian yang
kebanyakan menepati konsep ciri-ciri landskap alam semula jadi. Oleh itu, keaslian desa
dan hutan-hutan ini perlu dipertahankan agar tidak ditelan oleh arus pembangunan atau
perbandaran.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Hutan: Khazanah


Alam yang harus dipelihara, Dewan Siswa, September 2002)

RUMUSAN 24

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab
kerajaan mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara bagi golongan remaja.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita


merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik
kepada generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara. Program ini
berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan di beberapa buah negara lain
kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan
sosial, budaya dan ekonomi.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyemai nilai-nilai patriotik


yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan
cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan
dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Melalui program ini, para remaja
boleh diberi penerangan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan sejarah,
perlembagaan, Rukun Negara, dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. PLKN juga
bertindak sebagai mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Selain itu,
masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diisi
dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual aktiviti
yang ditentukan. Program ini secara tidak langsung dapat mematangkan fikiran
mereka setelah menjalani latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum bertujuan untuk memperkukuh


intergrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan
dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat
perpaduan kaum. Program-program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-
modul tertentu iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan
khidmat kemasyarakatan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata,
pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas latihan
ketenteraan ini, para pelajar didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan
ikhtiar hidup.

Aktiviti khidmat sosial pula membolehkan para remaja melibatkan diri dalam
agensi awam, aktiviti gotong-royong, khidmat bakti kepada masyarakat dan
bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memupuk perpaduan dan
menanam nilai-nilai murni dalam jiwa para remaja. Semua pihak khususnya para
remaja dan ibu bapa perlu menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program
Latihan Khidmat Negara kerana banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Program Latihan Khidmat Negara


Pelaksanaan Secara 3 Dalam 1 oleh Haji Samat b. Buang,
Dewan Siswa, Februari 2004)

RUMUSAN 25

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang masalah-
masalah untuk membangunkan penduduk di luar bandar. Panjangnya rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Dasar dan strategi pembangunan luar bandar (PLB) ialah pendekatan bersepadu
untuk mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan produktiviti serta
mengatasi masalah kemiskinan bagi membaiki status ekonomi penduduk luar bandar.
Dasar dan strategi ini dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Strategi ini
turut mengambil kira isu dan cabaran baru yang wujud dalam pembangunan luar
bandar yang terbit daripada senario dan realiti baru yang dipengaruhi oleh suasana
persekitaran dalam dan luar negara. Strategi tersebut juga diwujudkan ekoran
pengurangan peratusan penduduk luar bandar di negeri kurang maju seperti
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah berbanding dengan negeri-
negeri yang maju.
Pada masa yang sama terdapat kadar migrasi yang agak tinggi dari negeri
yang kurang maju ke negeri yang maju. Sektor pertanian dan sektor utama yang lain
merupakan penyumbang utama pada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi negeri
yang kurang maju. Struktur ekonomi negeri tersebut tidak banyak berubah berbanding
dengan struktur yang terdapat sejak beberapa dekad yang lalu. Negeri-negeri ini juga
mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi terutamanya di luar bandar. Selain
mengakibatkan wujudnya kekosongan di kawasan luar bandar, proses penghijrahan dari
luar bandar ke bandar turut mengubah struktur umur penduduk luar bandar yang
mengakibatkan peningkatan peratusan penduduk warga tua. Fenomena kadar
peningkatan usia penduduk luar bandar telah berlaku di kalangan penanam padi,
peneroka Felda dan masyarakat kampung tradisional yang memberikan kesan
produktiviti guna tenaga.

Fenomena ini turut mempertingkatkan pergantungan ekonomi luar bandar


terutamanya sektor pertanian terhadap buruh asing. Sungguhpun strategi dan
program PLB yang dilaksanakan oleh kerajaan telah banyak menyumbang kepada
kejayaan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar dalam tempoh Dasar
Ekonomi Baru (DEB), namun matlamat rancangan ini tidak dicapai sepenuhnya.
Sebahagian daripada rancangan dan projek yang dilaksanakan bagi memajukan
kawasan luar bandar lebih dinikmati faedahnya oleh penduduk kawasan bandar.
Keadaan ini disebabkan antara lainnya penduduk kurang mahir dalam bidang
teknologi di samping kekurangan asas ekonomi yang mapan.

Perindustrian yang berorientasikan eksport juga memberikan tumpuan


pada pembangunan di kawasan bandar. Sehubungan dengan itu, tanpa penempatan
industri di luar bandar serta pemupukan industri kecil dan sederhana, jurang antara
bandar dan luar bandar sukar dikurangkan daripada pelbagai dimensi baik dari segi
ekonomi, sosial, pendidikan atau budaya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cabaran Pembangunan Luar Bandar


dalam Millenium Baru oleh Dr. Ismail Md. Salleh, Berita Minggu, Julai 2003)

RUMUSAN 26

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan
guru untuk membantu pelajar yang hilang keyakinan diri. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Keyakinan diri mempengaruhi apa-apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang


pelajar. Keyakinan diri yang tinggi dan positif pula akan menjadi tangga kejayaan
sesebuah sekolah. Antara cabaran yang harus ditempuhi oleh para pendidik apabila
berhadapan dengan pelajar yang kurang atau tidak ada keyakinan diri adalah untuk
mengembalikan kepercayaan terhadap kebolehan atau keupayaan mereka.Guru tidak
perlu mengadakan program tertentu untuk mengembalikan keyakinan diri pelajar-pelajar
ini. Hal ini demikian kerana guru biasanya memberikan motivasi untuk meningkatkan
keyakinan diri pelajar hampir setiap hari secara tidak formal di dalam bilik darjah. Guru
perlu menyemai semangat itu dengan memberikan galakan, rangsangan serta sokongan
moral yang berterusan.
Guru perlu menunjukkan minat terhadap apa-apa yang mampu dilakukan oleh
pelajar dengan baik. Guru juga perlu menunjukkan keyakinan bahawa pelajar itu akan
dapat meningkatkan lagi keupayaannya dan membaiki segala kelemahan dirinya. Guru
perlu memberi latihan atau kerja rumah yang sesuai dengan kebolehannya agar dia
dapat menikmati kejayaan dalam apa-apa perkara yang dilakukannya.

Kebanyakan pelajar tahu membezakan antara pujian yang ikhlas dengan pujian
yang dibuat-buat. Memberikan komen yang membina sebagai penghargaan dianggap
oleh pelajar sebagai sesuatu yang sangat bermakna. Berikan dia peluang untuk
menunjukkan keupayaannya di hadapan kawan-kawan. Beri peluang pelajar tersebut
untuk bercakap mengenai sesuatu yang mudah di hadapan kelas. Guru juga boleh
membantu pelajar ini berasa dirinya penting dengan memberikan tugasan bilik darjah
yang penting kepada pelajar berkenaan seperti meminta dia menghantarkan sesuatu ke
pejabat atau menjadi ketua kebersihan kelas.

Luangkan sedikit masa untuk berbual-bual dengannya mengenai hobinya, sukan


dan sebagainya. Jangan biarkan pelajar ini terpinggir. Guru perlu mencari jalan supaya
pelajar ini dapat bekerjasama dengan rakan-rakannya yang lain dalam aktiviti kelas.
Libatkan mereka dalam kerja berkumpulan atau, kenal pasti beberapa pelajar yang agak
peramah dan minta mereka ‘menemani’ pelajar berkenaan pada waktu rehat. Guru
terlalu cepat memberitahu ibu bapa apabila anak-anak mereka terlibat dalam apa-apa
masalah sebaliknya terlepas pandang untuk menghubungi ibu bapa apabila anak-anak
mereka menempa kejayaan. Beritahu pelajar bahawa kejayaan yang dicapainya telah
dimaklumkan kepada ibu bapa mereka. Tindakan ini amat bermakna kepada pelajar
berkenaan. Guru dapat membantu pelajar melihat sendiri kekuatan dan kelebihan diri.
Dengan ini, keyakinan dirinya akan terbina sedikit demi sedikit dan dapat
mengembalikan kepercayaan mereka tehadap keupayaan mereka menghadapi cabaran
terutama dalam bidang akademik.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pengurusan Bilik


Darjah Membantu Pelajar Yang Hilang Keyakinan
Diri’,
Pendidik, Bil 16- 2005)

RUMUSAN 27
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
inovasi dan langkah-langkah untuk membantu inovasi. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Inovasi ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilaksanakan, diusahakan


menggunakan idea, pemikiran dan kemampuan akal serta segala kemudahan di sekitar bagi
menghasilkan penemuan atau produk atau memberi nilai tambah bagi manfaat sosial. Inovasi
merupakan hasil daripada kreativiti dan ia penting kerana beberapa sebab. Inovasi boleh
membawa kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Inovasi akan memberi
manfaat dari segi ekonomi dengan mengkomersialkan produk. Produk yang dijangka banyak
menonjol pada masa akan datang lebih tertumpu kepada bahan yang mesra alam.

Inovasi juga memberi keperluan pelanggan dan masyarakat dalam perkara seperti
perkhidmatan penyampaian yang cepat dan cekap. Kita boleh melihat kepentingan inovasi dalam
penciptaan telegraf elektromagnetik pada tahun 1832. Bermula daripada penggunaan kod Morse
kini kita beralih ke telefon mudah alih. Ia membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan cepat
dan efektif. Melalui inovasi dan kreativiti, kaedah baru dapat dilaksanakan dalam memenuhi
kehendak pelanggan dan pengguna. Sebagai contoh, telefon bimbit direka cipta untuk
berkomunikasi tetapi inovasi ke atasnya telah dilakukan membolehkan penambahan ciri-ciri lain
yang menarik perhatian pembeli dan melariskan jualan. Inovasi juga dapat membuka pasaran
tempatan dan global. Ini penting untuk pembangunan produk yang akan membawa kepada
peningkatan permintaan dan menggalakkan pelaburan pekerjaan. Secara tidak langsung, ia
dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran serta
meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Idea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan
oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikir artis
terkenal Itali. Leonardo da Vinci. Kanta lekap pertama dicipta oleh seorang saintis Switzerland
pada tahun 1888. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat mencipta kanta diperbuat
daripada plastik yang hanya menutup bahagian konea mata. Ini menunjukkan inovasi dapat
meningkatkan persaingan negara. Peningkatan persaingan global turut menguji keupayaan
negara untuk memperkenalkan produk baru dan proses-proses. Ini juga akan menjana kekayaan
dan keuntungan industri negara. Semuanya ini memerlukan inovasi dan kreativiti. Sifat kreatif
inilah yang membawa kepada penghasilan ciptaan terbaru. Kreativiti menjadi asas kepada
inovasi tetapi bukan sebaliknya. Kreativiti bukan semestinya bakat semula jadi kerana ia boleh
digilap. Dengan beberapa kepentingan dan perlunya inovasi dihasilkan dalam masyarakat , maka
budaya kreativiti perlu digalakkan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Memupuk


Kreativit Mencambah Inovasii’, Estidotmy, 26 Oktober 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri

(i) Huraikan maksud rangkai kata menjana kekayaan dan keuntungan


berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Mengapakah kreativiti penting kepada inovasi? [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh


individu untuk menghasilkan inovasi mereka. [4 markah]

RUMUSAN 28
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
guru bertindak agresif terhadap para pelajar dan kesannya kepada pelajar. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau
agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak
boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku pasti
ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan
kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran
dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan
sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti
beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja. Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya
atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan
tidak mencari pasal.

Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh
rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru
mengawal kelas. Memang tindakan guru kadang-kadang agak keterlaluan, tetapi pihak pelajar
juga sepatutnya memandang serius apabila guru memberi amaran atau arahan. Guru bertindak
agresif apabila arahan dan amarannyan tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap
pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru. Jarang-
jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan
atau amaran terlebih dahulu.

Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan
perangainya. Ada guru yang tidak ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada
juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru kadang-kadang terlepas cakap dan
mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan,
guru berkenaan pun mengotakan ‘janjinya’ itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana
berasa tidak puas hati dengan bentuk hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan.
Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.

Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak
agresif. Keguruan merupakan profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau
bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk provokasi daripada pelajar-
pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh
berfikir dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru
beredar sahaja dari situasi yang sangat mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang
melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pandangan Pelajar:
Mengapakah Guru Bertindak Agresif’, Pendidik, Bil 16- 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi


berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi
situasi yang tegang itu? [3 markah]

(iii) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah


guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]

RUMUSAN 29
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang faktor-faktor pelajar
tidak berminat mengambil mata pelajaran sastera dan akibatnya Panjang rumusan tidak
melebihi 120 patah perkataan

Pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran


Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS)
dalam pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Mulai tahun tersebut juga,
semua pelajar peringkat menengah wajib mengikuti KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu di
sekolah. Pendedahan kepada dunia sastera menjadi landasan kepada pelajar untuk menghayati
dan seterusnya menghargai sastera. Namun, yang mengecewakan, pelajar hari ini tetap
memandang rendah terhadap dunia sastera. Timbul pelbagai rungutan dan alasan daripada
pelajar apabila bercakap tentang sastera.

Dalam ledakan teknologi maklumat kini, rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera
tidak menjanjikan masa depan yang cerah berbanding dengan subjek lain. Arus globalisasi yang
berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka lebih rela menghafal formula
sains daripada membaca bait-bait puisi. Selain itu mereka juga berpendapat peluang melayakkan
diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi tipis jika mereka mengambil
subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam
bidang sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain.

Budaya kurang membaca dalam masyarakat juga mendorong pelajar meminggirkan


sastera. Tambahan pula, kebanyakan pelajar hari ini tidak mempunyai minat untuk membaca
bahan bacaan yang serius. Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan
diperlukan untuk menguasai dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.

Persepsi yang berlainan juga berlaku terhadap subjek Sastera apabila segelintir
daripada pelajar menganggap sastera merupakan mata pelajaran yang senang atau mudah
untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka menganggap, mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk
mempelajari mata pelajaran Sastera. Disebabkan faktor tersebut, mereka mengambil subjek
sastera walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengetahui makna sebenarnya sastera. Mereka
belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata tanpa cuba untuk mendalaminya.

Tidak kurang juga yang menganggap bahawa sastera itu sebagai perkara yang terlalu
sukar untuk difahami, memberatkan fikiran, dan seterusnya tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa
sastera merupakan subjek yang begitu susah. Pelbagai pandangan dan tanggapan negatif yang
diberikan oleh pelajar terhadap sastera, secara tidak disedari menutup laluan yang telah dibuka
oleh Kementerian Pendidikan kepada mereka.

Yang paling penting, kesedaran diri pelajar sendiri dalam memupuk minat akan sastera.
Selain itu persekitaran merupakan faktor yang membantu menanam minat pelajar akan sastera.
Kini, terpulanglah kepada pelajar sama ada hendak menggunakan laluan yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan dengan sepenuhnya atau bak kata pepatah, “tepuk dada, tanyalah
selera”.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Pelajar dan Sastera”,
oleh Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, November, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi yang berlainan juga berlaku
[2 markah]
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengambil mata pelajaran Sastera?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperolehi dengan mengambil mata
pelajaran sastera. [4 markah]
RUMUSAN 30
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang keburukan produk
kelangsingan badan terhadap kesihatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan
penggunaannya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Masalah obesiti atau kegemukan sekarang menjadi fenomena sejagat. Kelangsungan


fenomena ini mengundang kebanjiran pelbagai produk melangsingkan badan. Produk sebegini
begitu kuat pengaruhnya kepada pengguna kerana keberkesanan strategi promosi yang
dilakukan oleh pengeluarnya. Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk
juga memikat hati pembeli. Malah promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media
massa.

Terdapat produk kelangsingan badan di pasaran yang mempunyai beberapa kesan


negatif. Antaranya ialah produk yang merangsang peningkatan jumlah air kencing yang dikenali
sebagai diuretik. Dengan penggunaan produk ini, penurunan berat badan belaku disebabkan
oleh penurunan dalam jumlah air dan potasium yang terkandung dalam badan. Kekurangan
potasium menyebabkan kelemahan otot termasuk otot jantung. Penyingkiran bahan ini juga boleh
mengakibatkan kecelaruan pemikiran. Kekurangan air dalam tubuh juga menyebabkan dihidrasi
yang turut membahayakan kesihatan.

Di samping itu terdapat juga produk kesihatan yang meningkatkan kekerapan membuang
air besar. Kekerapan ini mengakibatkan penggunanya mendapat cirit-birit. Cirit-birit yang
berterusan menghalang penyerapan zat makanan yang sempurna, yang mengakibatkan
kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menggunakan produk ini
dinasihatkan menghentikan penggunaannya bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan. Ini
kerana, produk ini juga menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal.

Produk kelangsingan badan yang paling popular ialah produk yang boleh mengurangkan
selera makan. Biasanya produk ini mengandungi dadah terbitan seperti adernalin, fenfluramin,
norepinefrin atau norpseudoepinefrin. Produk kelangsingan tubuh jenis ini menyebabkan rasa
loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga. Malah produk jenis ini juga boleh
menyebabkan rasa keresahan, sukar tidur (insomnia) dan mudah marah. Sekiranya dibiarkan
berpanjangan keadaan ini akan membawa kepada permasalahan psikologi. Apa yang
membimbangkan produk ini turut mengganggu kadar denyutan jantung yang akhirnya akan
mengakibatkan penyakit jantung yang kronik. Terdapat juga laporan yang menunjukkan kesan
produk kelangsingan ini terhadap kerosakan hati penggunanya. Hal ini demikian kerana
kebanyakan dadah yang diambil ini masuk ke dalam aliran darah serta akhirnya akan
dimetabolismekan di dalam hati.

Sebenarnya kaedah yang terbaik dalam menurunkan berat badan ialah dengan
mengawal selera makan serta mengamalkan senaman yang berterusan. Kaedah ini tidak
memberikan permasalahan kepada kesihatan dan jika diamalkan secara berterusan nescaya
membolehkan seseorang mempunyai bentuk badan yang menarik.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


rencana, “Bahaya Produk Kelangsingan Badan”,
oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kelangsungan fenomena ini dalam petikan
di atas? [2 markah]
(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan
daripada pengguna? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat menjaga kesihatan diri? [4 markah]
RUMUSAN 31
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang usaha-usaha yang
dijalankan untuk memartabatkan profesion keguruan dan kepentingannya kepada guru-
guru . Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

“Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilngan”, begitulah tema hari guru pada tahun lepas
dan tahun sebelumnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu berusaha bersungguh-
sungguh untuk melahirkan generasi yang mengutamakan kualiti dalam setiap pekerjaan mereka.
Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan untuk memastikan hasrat ini
tercapai.

Untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan beberapa
strategi untuk memartabatkan profesion keguruan. Mungkin yang paling mudah antara startegi-
strategi ini adalah menambah baik Skim Perkihdmatan Pendidikan. Memang selama ini pun
banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik aspek ini. Tujuannya amat
mudah iaitu untuk menjadikan profesion keguruan mempunyai skim yang menarik dan dengan
itu dapat menarik calon yang berkualiti untuk menyertai profesion ini. Diharapkan, kehadiran guru
yang berkualiti dapat memertabatkan profesion keguruan.

Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada KPM sekarang yang berusaha mendapatkan
calon terbaik melalui Program Pelajar Cemerlang dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua (TESL). Melalui program ini setidak-tidaknya pelajar cemerlang yang benar-benar
berminat telah dikenal pasti sejak selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun
KPM menghadapi cabaran kerana membuka laluan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI). Ini kerana mereka dikatakan memilih profesion ini sebagai pilihan terakhir. Oleh itu
prestasi mereka dalam kerjaya tersebut kurang memuaskan malah dikatakan memilih dan tidak
mahu ditempatkan di kawasan pedalaman.

KPM juga berusaha untuk menambah bilangan guru yang berkelulusan ijazah. Dengan itu KPM
berura-ura untuk merealisasikan penaikan taraf maktab perguruan kepada institusi yang bertaraf
universiti. Dengan usaha ini KPM dapat mengawal kualiti dan ciri guru yang hendak dihasilkan. Usaha ini
juga dapat menawarkan tempat kepada pelajar martikulasi yang berminat untuk menjadi guru tetapi
terhalang oleh jumlah tempat yang mampu disediakan oleh IPTA.

Untuk memastikan guru dapat memberikan perkhidmatan berkualiti, KPM akan memastikan
penempatan guru bersesuaian dengan kehendak diri guru tersebut. Selain itu KPM juga berusaha untuk
mempertimbangkan permohonan pertukaran guru dengan lebih mudah. Dengan cara ini tekanan yang
dihadapi guru dapat dikurangkan. Bagi mengurangkan tekanan dan memastikan kualiti kerja guru tidak
terjejas, KPM telah mengarahkan agar beban kerja guru dikaji. Dengan ini guru dapat menumpukan
sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik.
Strategi seterusnya adalah dengan meningkatkan rasa bangga dan keyakinan guru terhadap
profesion mereka. Diharapkan langkah tersebut akan mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap
profesion keguruan. Strategi ini bukanlah sukar, namun ia menuntut kesatuan fikiran dan tindakan warga
guru. Melalui perubahan dalaman dan pembetulan kendiri ini, barulah pandangan masyarakat terhadap guru
akan berubah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, merenung kembali Profesion Keguruan di Malaysia”,
oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berura-ura untuk merealisasikan dalam petikan di atas.
[2 markah]

(ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerima
graduan Kursus Lepasan Ijazah (KPLI)? [3 markah]
(iii) Pada pandapat anda apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru supaya
mereka dipandang tinggi oleh masyarakat? [4 markah]
RUMUSAN 32
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tujuan Sistem
Taksiran Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan
ke mana hasil cukai negara dibelanjakan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula memperkenal Sistem
Taksiran Sendiri (STS) bagi mewajibkan kira-kira tiga juta pembayar cukai individu membuat
taksiran dan menentukan sendiri jumlah cukai yang perlu dibayar. Sistem ini diperkenalkan
sebagai satu usaha meningkatkan kutipan cukai. Walau bagaimanapun ramai orang tidak
memahami STS dan merasakan ianya satu beban dan menyukarkan. Begitu juga pelbagai aspek
percukaian lain yang kadang-kadang dianggap rumit. Sehubungan dengan itu, LHDN mengambil
pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai. Melalui sistem ini LHDN
menjangkakan tahap pematuhan pembayaran cukai dalam kalangan pembayar cukai akan
meningkat. LHDN juga mahu meningkatkan jumlah pembayar cukai melalui pendidikan
pembayaran cukai. Sebelum ini ramai tenaga kerja LHDN digunakan untuk menjalankan kerja-
kerja taksiran, keadaan ini sebenarnya merugikan. Jika LHDN dapat mendidik orang ramai
mengenai pembayaran cukai melalui tafsiran sendiri maka kita dapat mengurangkan penggunaan
sumber tenaga.

LHDN juga akan terus memperbaiki mutu kerja kakitangan sedia ada dan menyediakan
unit penerangan percukaian kepada pembayar cukai. Usaha-usaha mengutip cukai akan diberi
keutamaan bukan lagi mentafsir cukai. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang
ingkar membayar cukai merupakan jalan terakhir memastikan sumber kewangan kerajaan ini
tidak tiris. Apa yang penting melalui sistem STS ini, orang ramai akan membuat bayaran tanpa
banyak alasan. Pelbagai faedah akan dinikmati rakyat jika semua pihak sama-sama
melaksanakan tanggungjawab membayar cukai. Jika kita tidak dapat merasai faedahnya
sekarang mungkin faedahnya akan dirasai oleh anak cucu kita pada masa akan datang.

Semua pembayar cukai harus menghantar borang bayaran cukai mereka. Jika mereka
tidak tahu atau tidak faham berhubung potongan cukai tersebut, adalah menjadi tanggungjawab
mereka untuk mengambil tahu mengenainya. Melalui kaedah STS ini juga pihak LHDN berharap
dapat meningkatkan kemampuan menjejaki pembayar cukai yang culas selain dapat
meringankan beban menjejaki individu yang ingkar hingga ke rumah atau menulis surat amaran.
Semua ini membantu LHDN mengurangkan kos operasi yang semakin meningkat.

Setiap pembayar cukai pasti akan faham tanggungjawab mereka dan mereka akan terus
melunaskan kewajipan penting ini setiap tahun. Sementara itu pihak LHDN pula akan berpegang,
kepada logo Mesra, Membantu dan Memuaskan dalam melaksanakan amanah yang digalas.
(Diubahsuai daripada, “Hasil dijangka meningkat
melalui STS”, Berita Minggu,Ahad, 27 Mac 2005)
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Taksiran Sendiri (STS)?


[ 2 markah ]

(ii) Mengapakah LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS


kepada pembayar cukai? [ 3
markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah individu yang sepatutnya membayar
cukai tidak berbuat demikian?
[ 4 markah]

RUMUSAN 33
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah memperkasa
sekolah kebangsaan dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Proses pengintergrasian kaum memang wajar dimulakan daripada peringkat sekolah


lagi, tetapi kita bagaikan masih tercari-cari apakah ramuan yang terbaik untuk menghasilkan
generasi yang diharapkan? Sekolah Wawasan umpamanya merupakan satu usaha yang baik,
namun mampukah dengan hanya berkongsi padang atau kantin sekolah berjaya merapatkan
hubungan antara para pelajar berlainan kaum? Jika proses ini berlaku dalam dua bangunan yang
berbeza, agak mustahil mereka dapat berkongsi aspirasi yang sama. Jika mereka hanya
berinteraksi sewaktu di kantin atau di padang sekolah, semangat kekitaan tidak akan wujud
sebagai satu entiti, sebaliknya secara berasingan. Maka kewujudan tiga buah sekolah berlainan
aliran dalam satu kawasan seperti konsep Sekolah Wawasan dilihat sukar untuk mencapai
matlamat perpaduan.
Belajar dalam satu kelas dan dalam satu sekolah yang sama adalah kuncinya, bukan
dalam satu kawasan sekolah tetapi kelas atau bangunan yang berasingan. Biarkan para pelajar
Melayu, Cina, India, atau kaum-kaum lain berada dalam satu kelas untuk mengikuti mata
pelajaran yang diwajibkan. Justeru proses memperkasakan sekolah kebangsaan agar sifatnya
menjadi lebih nasional dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar. Imej nasional tersebut mampu
mengurangkan prasangka negatif. Pelbagai kemudahan di sekolah kebangsaan mesti
ditingkatkan setanding atau lebih baik berbanding sekolah jenis kebangsaan. Persepsi
kemudahan di sekolah kebangsaan yang selalunya usang, serba kekurangan, daif harus
dihapuskan. Faktor-faktor inilah yang menjadikan sekolah kebangsaan di pandang rendah.
Lokasi sesebuah sekolah antara faktor yang boleh mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-
anak mereka belajar di sana. Sekolah kebangsaan haruslah dibina di lokasi yang strategik seperti
berhampiran dengan tempat kediaman, mudah dihubungi dan berdekatan dengan pelbagai
kemudahan.

Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah menawarkan semua mata pelajaran yang
diajar di SJK Cina dan SJK Tamil, di sekolah-sekolah kebangsaan. Hilangkah identiti sesuatu
kaum itu jika ia dikongsi dan diberi peluang kepada kaum lain untuk menghayatinya? Biarkan
pelajar-pelajar Melayu diberi peluang mempelajari mata pelajaran yang selama ini ditawarkan di
SJK Cina atau SJK Tamil. Memang sudah tertanam di dasar setiap minda kita bahawa sekolah
adalah tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu.

Menyediakan tenaga pengajar yang bertaraf dunia di sekolah-sekolah kebangsaan merupakan


strategi penting. Tenaga pengajar yang berkualiti teras kecemerlangan sesebuah sekolah. Meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dianggap nadi utama menghasilkan insan atau pelajar
yang berilmu. Justeru sekolah kebangsaan haruslah menekankan aspek tersebut agar lebih diyakini oleh
semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian untuk menjamin prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah
pelajar sekolah kebangsaan sentiasa tinggi. Keadaan ini sudah tentu akan dapat menarik minat pelajar
pelbagai kaum untuk belajar di sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadi pewaris perpaduan pada masa
depan.
(Diubahsuai daripada ‘Perkasakan Sekolah Kebangsaan’, Utusan Malaysia, Selasa 15 Mac
2005 )
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan?
[ 2 markah ]
(ii) Mengapakah kemampuan Sekolah Wawasan merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan
kaum dipersoalkan?
[ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda mengapakah masyarakat Malaysia perlu bersatu padu?
[ 4 markah ]
RUMUSAN 34
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menggunakan biodiesel dan usaha-usaha meningkatkan penggunaannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Minyak merupakan pembekal tenaga terbesar di dunia iaitu sebanyak 36% diikuti oleh
arang batu 23%, gas asli 21%, dan lain-lain. Separuh daripada jumlah minyak yang digunakan
adalah untuk kenderaan pengangkutan. Walaupun petroleum merupakan pembekal tenaga yang
paling efisien, penggunaannya telah menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, bahan api
alternatif diperlukan bagi mengurangkan masalah-masalah tersebut. Antara bahan api alternatif
yang dikenal pasti adalah biodiesel. Bahan api biodiesel semakin mendapat perhatian kerana
selain mesra alam dan sumbernya pula boleh diperbaharui.

Pencemaran udara daripada asap kenderaan merupakan satu masalah besar dan
semakin membimbangkan. Sejumlah 21% daripada gas karbon dioksida yang dibebaskan
berpunca daripada asap kenderaan. Gas-gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida
dan nitrogen oksida yang dikeluarkan daripada pembakaran bahan api petroleum menyebabkan
berlakunya peningkatan suhu dunia dan hujan asid selain boleh mengancam kesihatan manusia.
Biodiesel didapati tidak mengandungi sulfur, maka tiada pencemaran sulfur dioksida. Sifatnya
yang sedemikian menjadikan biodiesel antara pilihan bijak menyelamatkan alam sekitar dan
seterusnya nyawa manusia. Pembakaran biodisel juga tidak mengeluarkan karbon dioksida
berlebihan. Karbon dioksida yang dikeluarkan akan dikitar semula melalui proses fotosintesis
selanjutnya.

Sumber membuat biodiesel berbeza-beza mengikut negara, contonya minyak kacang


soya di Amerika Syarikat, minyak rapeseed di Eropah dan minyak sawit di Malaysia. Justeru
kerana dihasilkan daripada sumber bahan-bahan organik semula jadi menyebabkan biodiesel
mudah terurai.

Campuran biodiesel dan diesel petrol didapati sesuai digunakan dalam kereta-kereta
moden tanpa perlu mengubah suai enjin kenderaan. Maka tiada sebarang kos tambahan
diperlukan. Biodiesel juga berupaya melarut sisa mendapan diesel petrol yang terdapat dalam
enjin dan sekaligus membersihkannya. Debu dalam asap kenderaan sebenarnya berpunca
daripada pembakaran bahan api yang tidak lengekap. Penggunaan biodiesel boleh
meningkatkan kecekapan pembakaran dan seterusnya mengurangkan pencemaran debu. Sama-
samalah kita meningkatkan penggunaan bahan bakar biodiesel demi menyelamatkan alam
sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.

(Diubah suai daripada ‘Bahan api bio’ Utusan


Malaysia, Rabu 28 Disember 2005. )

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berupaya melarut sisa mendapan


[ 2 markah ]

(ii) Apakah kesan pencemaran akibat daripada pembakaran bahan api petroleum?
[ 3 markah ]

(iii)Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi dalam usaha meningkatkan
penggunaan bahan api biodiesel ?
[ 4 markah]
RUMUSAN 35

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan
usaha-usaha mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu
buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi
mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung
seperti mengejek, mengacau dengan kata-kata, diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80
peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar lelaki lebih
banyak terbabit dalam kes buli berbanding pelajar perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati
paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding pelajar tingkatan rendah yang lain.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh
menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek
gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli.
Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan
hubungannya dengan orang lain dan ahli keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh
menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan
perbuatan itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan
Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka
menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.

Sebetulnya, perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, akan
membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan
yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa.
Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat
dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi
mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu
mengendahkan aduannya. Atasi segera masalah berkenaan supaya pelajar dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi
menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.

(Diubahsuai daripada ‘Menangani masalah buli


di sekolah’Dewan Siswa, Ogos 2005.
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar.


[ 2 markah ]

(ii) Takrifkan dengan jelas fenomena buli di kalangan pelajar.


[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?
[ 4 markah ]

RUMUSAN 36
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
membanteras penyalahgunaan dadah dan kepentingannya kepada negara . Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan untuk membanteras penagihan dadah


yang menjadi ancaman kepada bangsa dan negara. Namun, jumlah penagih dadah di negara ini
semakin meningkat. Ancaman dadah meragut beribu-ribu nyawa anak muda.

Ancaman yang dibawa oleh dadah kepada masyarakat dan negara menyebabkan
kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Dari segi
undang-undang, Malaysia melaksanakan undang-undang yang keras dan tidak bertolak ansur
terhadap ancaman dadah. Hal ini termasuklah menguatkuasakan Akta Penagih Dadah 1983 dan
Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mengenakan hukuman mati mandatori ke atas pengedar
dadah sekiranya jumlah dadah melebihi had 3 kilogram. Pengawalan yang lebih ketat juga
dilakukan di lokasi yang strategik termasuk lapangan terbang antarabangsa, sempadan negara,
kawasan perairan dan pelabuhan. Semua bentuk dadah yang dibawa masuk untuk tujuan
perubatan dikawal ketat oleh agen antinarkotik dan agen antidadah negara.

Usaha membanteras penagihan dadah merupakan usaha jangka panjang dan


melibatkan pelbagai agensi seperti polis, pegawai perubatan, kaunselor, badan bukan kerajaan
hinggalah pemimpin politik. Bidang pendidikan juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam
mendepani masalah dadah ini. Kempen kesedaran perlu ditanam di peringkat sekolah terutama
memasukkan isu dan kesan penagihan dadah ke dalam sukatan kurikulum sekolah. Pendidikan
untuk menimbulkan keinsafan serta kebencian terhadap dadah perlu dipertingkat dalam kalangan
masyarakat. Masyarakat perlu dididik dan diberi kesedaran supaya sentiasa membenci dadah.
Antaranya ialah dengan memaparkan kesan buruk dadah, kesengsaraan hidup disebabkan
dadah, tindakan undang-undang terhadap penagih dan pengedar dadah dan sebagainya.

Iklan dan filem yang berkesan berkait dengan keburukan dan penagihan dadah perlu
disiarkan dalam media massa untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Khutbah atau
ceramah di masjid, gereja dan rumah ibadat perlu juga memberi perhatian kepada isu berkaitan
ancaman dadah sebagai musuh utama masyarakat dan negara. Program pembangunan belia
dan pembangunan komuniti wajar diperluas dan aktif dengan mengetengahkan agenda yang
berkaitan dengan kehidupan yang sihat dan bebas daripada ancaman dadah. Seharusnya
usaha-usaha yang dijalankan mendatangkan kesan dan hasil yang positif. Malangnya realiti yang
berlaku amat mengecewakan. Dadah terus menjadi ancaman yang kritikal kepada masa depan
Malaysia.

(Diubahsuaikan daripada rencana Penagihan Dadah:


Merenung Kegagalan oleh Abdul Rahim Abdul Rashid,
Dewan Masyarakat, Oktober 2004)
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pelbagai pendekatan berdasarkan petikan


di atas.
[ 2 markah ]
ii. Bagaimanakah caranya masyarakat dapat dididik untuk membenci dadah.
[3 markah ]
iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu menagih
dadah.
[ 4 markah ]
RUMUSAN 37
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk
memajukan sukan bola sepak negara dan faedah-faedahnya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 perkataan.

Kejayaan skuad bola sepak negara bawah 23 tahun menumpaskan Thailand dalam
Kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka baru-baru ini memberikan harapan baru kepada peminat-
peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini berjaya membina keyakinan seterusnya
meningkatkan moral pemain-pemain sebelum turun bertarung dalam Sukan SEA September ini.
Lebih jauh daripada itu, peminat mula memasang impian untuk melihat skuad ini mengangkat
kembali maruah bola sepak tempatan di peringkat antarabangsa seperti tahun 70-an dan 80-an.
Malangnya pada peringkat separuh akhir, skuad ini tewas 0-2 kepada pasukan Bosnia yang
menyerlahkan segala kelemahan pemain-pemain dari segi kekuatan fizikal, ketangkasan,
pengalaman, kosentrasi dalam permainan dan kegagalan menangani tekanan. Oleh hal yang
demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan perancangan jangka panjang yang
tersusun dan berterusan untuk membentuk pasukan bola sepak yang bertaraf dunia.

Pemilihan pemain-pemain yang berbakat perlu dilakukan seawal umur tujuh tahun. Saiz
fizikal juga perlu diambil kira memandangkan persaingan pada peringkat tertinggi menuntut ciri
ini. Seterusnya, pemain-pemain dihimpunkan di suatu tempat dan dilatih dengan cara ala
ketenteraan untuk menguatkan aspek fizikal. Aspek mental juga perlu dititikberatkan untuk
melahirkan skuad bertaraf dunia. Jurulatih dari luar negara yang mempunyai rekod yang
memberangsangkan perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas yang perlu dikuasai oleh
pemain-pemain. Pada peringkat umur sebegini, teknik-teknik yang diajar lebih mudah dan cepat
dikuasai.

Seterusnya, pemain-pemain yang berpotensi perlu dihantar berlatih di negara-negara


Eropah. Jumlah pemain yang dihantar perlu dipertingkat bilangannya dan meliputi kesemua
posisi. Pemain-pemain ini akan sentiasa terdedah dengan corak permainan, teknik, taktik dan
kemahiran-kemahiran yang terkini. Di Eropah, saiz badan dan kekuatan pemain-pemain boleh
membantu kekuatan pemain-pemain kita. Akhirnya, kepulangan pemain-pemain ini akan
membantu memantapkan pasukan negara.

Permainan bola sepak tidak boleh dipisahkan daripada disiplin sains. Oleh sebab itu,
pihak-pihak tertentu perlu sentiasa melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam
menyediakan pemain-pemain yang berkualiti. Hal-hal seperti pemakanan dan bantuan perlu
diselidik, dikaji dan diperkenalkan. Pengambilan pakar-pakar dalam bidang yang dinyatakan perlu
dilakukan. Kita perlu mengkaji kemajuan pasukan bola sepak Jepun, Cina atau pun jiran terdekat,
Thailand yang begitu cepat meningkat dan menduduki kedudukan yang lebih atas daripada kita.

(Dipetik daripada Surat Pembaca, Zulkifli Yusof,


Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan berdasarkan


petikan di atas.
[ 2 markah
ii. Bagaimana disiplin sains dapat membantu memajukan sukan bola sepak negara?
[ 3 markah ]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah mutu sukan bola sepak negara kini semakin merosot ?
[ 4 markah]

RUMUSAN 38
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor siswazah
menganggur dan kesannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini mendapati
bahawa peratus pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di
bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk siswazah menganggur pada
7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan terutama
dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan
mereka gagal dalam temu duga. Sering kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan
bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah menyebabkan mereka gagal mendapatkan
pekerjaan. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3300 orang pengurus sumber manusia pelbagai syarikat
di Malaysia mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat mereka lemah berbahasa
Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan
bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26
peratus siswazah ini dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik,
manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.

Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam menemu
duga seseorang calon bagi sesuatu jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak
merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Ketidaksamaan antara
dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup
membingungkan. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti.
Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Inggeris malah tidak
mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti
kerana siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.

Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan
Siswazah Menganggur (SLSM) bagi menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain
mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor
ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di institusi
pengajian tinggi (IPT). Kegiatan kokurikulum merupakan pemangkin untuk siswazah meningkatkan motivasi
selepas mereka tamat belajar.

Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset yang
penting bagi seseorang siswazah apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran
komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting ialah perlunya berkomunikasi.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan Siswazah
Menganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid,
Dewan Masyarakat,Julai 2005)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas.
[2 markah ]

ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam
kalangan siswazah?
[3 markah ]

iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk
mengatasi masalah ini?
[ 4 markah ]

RUMUSAN 39
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang ciri-ciri membuat teguran yang
baik dan faedah-faedah membuat teguran. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Salah satu budaya yang dimiliki oleh bangsa maju di dunia ialah budaya menegur. Budaya
menegur bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan
tujuan untuk memperbaik keadaan. Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti yang
membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu.

Apabila seseorang menegur, teguran tersebut mestilah bertujuan untuk menasihati orang. Teguran
yang diberi semestinya tidak boleh menimbulkan perselisihan. Sekiranya teguran yang diberi itu
mengakibatkan pergaduhan, maka sia-sialah tujuan teguran tersebut. Orang yang ditegur akan mengatakan
bahawa orang yang menegurnya senghaja mencari fasal dengannya. Lazimnya tomahan ini berlaku
sekiranya orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran tersebut. Tidak berguna kalau orang yang
menegur lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Oleh sebab itu orang yang
menegur itu mestilah mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur.

Tidak berlaku proses tegur-menegur sekiranya pihak yang menegur bersikap bahawa hanya
pendapatnya sahaja yang betul. Oleh itu teguran yang baik mestilah ada ciri-ciri interaksi antara kedua-dua
pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak yang ditegur. Amalan
mengumpat tidak seharusnnya wujud dalam budaya menegur. Kalau sesebuah masyarakat anggotanya
lebih suka mengumpat dan mengutuk, hal ini merupakan tanda-tanda bahawa amalan menegur tidak
digalakkan dalam masyarakat tersebut. Lazimnya keadaan ini akan menyaksikan pandangan kritis tetapi
membina tidak digalakkan. Masyarakat ini akan menganggap pandangan begitu boleh menjejaskan
keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa.

Kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa juga bidang bergantung pada banyak faktor.
Antaranya ialah faktor amalan menegur dalam budaya Melayu. Amalan ini sebenarnya sudah lama wujud
dalam budaya Melayu. Amalan menegur dalam masyarakat Melayu semestinya dilakukan secara halus dan
bertatatertib. Dengan kata lain teguran dalam kalangan masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kiasan
dan sindiran, sehingga kesannya dapat meresap ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran. Seterusnya
ketika membuat teguran sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ seharusnya dihindarkan. Teguran mestilah
dibuat secara bersemuka antara yang menegur dan yang ditegur. Cara ini membolehkan penerima teguran
dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Perbuatan menegur secara kasar dan biadab perlu dielakkan. Ini bukan bermakna orang yang
menegur tidak berani atau lemah. Namun teguran secara berhemah akan membawa lebih banyak kebaikan
daripada keburukan. Namun agak menyedihkan apabila akhir-akhir ini orang Melayu mengetahui terdapat
banyak masalah yang boleh merosakkan masa depan bangsa mereka, tetapi mereka tidak boleh berbuat
apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu. Ini disebabkan oleh budaya menegur tidak lagi menjadi panduan
bersama untuk memajukan bangsa mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Budaya Menegur”,


oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata lazimnya tomahan ini dalam petikan di atas.
[2 markah]

ii. Apakah yang akan berlaku skiranya amalan mengumpat dibenarkan dalam sesebuah masyarakat?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya teguran dibuat secara
tidak berhemah?
[4 markah]

RUMUSAN 40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam


bidang ekonomi dan politik, namun dalam bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang
terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam
sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk
merangka dasar , strategi dan tindakan untuk menanganinya. Antara tindakan jangka panjang
kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (FSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Dalam usaha memerangi kemelut sosial yang kian meruncing terutamanya di bandar-bandar,
ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini
mampu menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan
mental yang boleh mengganggu kesejahteraan penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan
dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah
memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai
sektor dalam menangani isu sosial. Dasar strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan
remaja tetapi meliputi semua peringkat usia.

Selain daripada usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada,


faktor hukuman juga seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Ini kerana hukuman yang
lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan “berfikir dua kali” sebelum
melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah
peningkatan penduduk bandar yang berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak
masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka dasar
pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya
konsep bandar selamat. Apabila terlaksanannya konsep ini bandar akan bebas daripada
keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa, bebas daripada kemusnahan dan
malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral.

Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh
yang demikian kerajaan perlu mengawal pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang
boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara ini, adalah
diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan
negara kerana kelompok yang terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku
secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya melaporkan
kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut
disanjung tinggi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial Negara, oleh
Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Jelaskan maksud lakaran suram yang terpahat dalam petikan tersebut.
[2 markah]
( ii ) Apakah kebaikan-kebaikan daripada pelaksanaan konsep bandar selamat?
[3 markah]
( iii )Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang sedia ada tidak berupaya
mengurangkan perlakuan jenayah dan gejala sosial di negara ini?
[4 markah]
RUMUSAN 41
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mengatasi jenayah seks dan kesan jenayah tersebut kepada mangsa dan masyarakat.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap wanita tanpa mengira umur atau
kedudukan perlu beranggapan bahawa mereka mungkin pada bila-bila masa sahaja akan
menjadi mangsa jenayah seks. Tetapi jika tanggapan ini diambil kira, segala usaha dan
pemikiran harus digembleng untuk mencari kaedah dan formula bagi menangani jenayah
terkutuk ini.
Oleh sebab faktor-faktor yang mendorong perlakuan jenayah seks itu saling berkaitan,
maka sebarang tindakan untuk menghapuskan salah satu daripada faktor-faktor tersebut perlu
dicegah, sementara yang selebihnya diabaikan. Hal ini pastinya tidak akan menghasilkan impak
yang diharap-harapkan. Tindakan undang-undang tanpa kompromi untuk membanteras
pengedaran dan penjualan bahan-bahan lucah sememangnya wajar dialu-alukan dan disokong.
Tetapi perlu diingat, tindakan ini tidak akan memberi impak jangka panjang yang berkesan
sekiranya faktor-faktor lain yang mendorong kepada jenayah seks ini tidak tidak dibanteras sama.
Memperuntukkan hukuman yang lebih berat dari segi undang-undang agar mereka yang ingin
melakukan jenayah seks ini “berfikir dua kali” sebelum melakukannya, merupakan satu kaedah
yang mesti diambil kira di samping mengurangkan had umur pengenaan hukuman kerana
selama ini mereka yang berumur bawah18 tahun tertakluk kepada undang-undang juvana yang
lebih ringan hukumannya.

Namun yang lebih baik ialah kesedaran untuk “ berfikir dua kali” itu adalah kesedaran
yang datang dari dalam diri sendiri. Untuk itu pendidikan memainkan peranan penting khususnya
pendidikan informal melalui aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu, sikap
keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu seks mesti dilakukan. Sudah sampai
masanya, perspektif yang lebih positif terhadap seks disebarkan dengan mengkaji semula
kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Sehubungan itu, aspek pertama yang
memerlukan kajian dan rumusan segera ialah kurikulum pendidikan seks sedia ada itu sendiri. Ini
kerana, fungsi seks sebagai unsur kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga serta sebagai faktor
yang meneruskan kelangsungan kehidupan bermoral memang kurang dibincangkan apatah lagi
sebagai unsur yang mampu mencetuskan kegawatan sosial memang tidak diketengahkan.

Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya perlu menggembleng tenaga dan fikiran
ke arah membasmi perlakuan jenayah seks ini. Langkah-langkah untuk memantau aktiviti
remaja yang merupakan anak-anak atau jiran mereka merupakan sumbangan paling berharga ke
arah pembasmian yang dimaksudkan. Para remaja itu sendiri pula, perlu memantapkan disiplin
kendiri dan memantapkan harga diri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membanteras Jenayah Seks Dengan Bijaksana,
oleh Ramlan Abd. Wahab, Dewan Masyarakat, September 2001)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i Jelaskan maksud keterbukaan tetapi terkawal dalam petikan tersebut.


[2 markah]
ii Mengapakah kurikulum pendidikan seks sedia ada perlu dikaji dan dirumus
semula?
[3 markah]
iii Pada pendapat anda, apah faktor-faktor jenayah seks di negara ini belum berjaya
dikurangkan?[4 markah]
RUMUSAN 42
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada
pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif
tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap
mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru berkenaan sebagai cerewet. Golongan
pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama
ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian ada beberapa sikap
yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang
dalam pelajaran.
Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap pelajar tanpa sebarang
alasan mesti menghadiri kelas setiap hari. Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng
akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran
guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam
keadaan siap sedia untuk belajar. Ini kerana dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan
tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika
mengemukakan pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi pelajaran yang lebih mencabar.
Persedian rapi juga membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran guru
dengan cara bertanya atau mengemukakan pendapat.

Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru mengikut
tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang
diberi akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-
gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat
rujukan untuk mencari isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan
oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti hujung minggu atau pada
musim cuti persekolahan.

Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan. Namun demikian
pergaulan dan berkawan mesti memberi manfaat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih
rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain itu
pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar
akan lebih mudah untuk menerima isi pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup
tidur dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi mental pula, setiap
pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan sentiasa menenangkan fikiran semasa guru
sedang mengajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi Akademik Pelajar, Fokus,
Jun 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.


[2 markah]
ii Apakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang
tajuk
yang akan diajar oleh guru?
[3 markah]
iii Huraikan pendapat anda tentang ungkapan ”Minda yang cerdas berpunca daripada
tubuh yang sihat”[4 markah]
RUMUSAN 43

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kita
perlu menguasai Bahasa Inggeris dan langkah-langkah menggalakkan penguasaan
bahasa Inggeris. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan kepada penuturnya.
Dalam konteks ini, bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan
peranannya dan kepentingannya. Menyedari hakikat bahawa banyak ilmu dan maklumat dapat
diperolehi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dapat dikuasai jika sesaorang itu
menguasai bahasa Inggeris, tidak boleh tidak setiap orang khususnya pelajar harus menguasai
bahasa ini. Tanpa menafikan kepentingan dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini, para
pelajar perlu berfikiran positif untuk memahirkan diri menguasai bahasa Inggeris ini. Bagi seorang
pelajar, menguasai bahasa Inggeris untuk lulus peperiksaan memang merupakan sesuatu yang
sentiasa berlegar dalam fikiran mereka tetapi yang lebih menyedarkan mereka tentang
kepentingan bahasa Inggeris ialah apabila mereka melangkah ke menara gading atau menceburi
dunia pekerjaan kelak.

Kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar buku-buku rujukan dan bahan
pengajian di universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Bukannya tiada langsung rujukan dalam
bahasa Melayu, tetapi bilangannya amat sedikit. Bagi pelajar yang ingin mendapat markah yang
baik dalam tugasan yang dibuat, mereka perlulah membuat banyak rujukan yang tertulis dalam
bahasa Inggeris. Jika mereka tidak memahami bahasa tersebut sudah tentulah sukar untuk
mempersembahkan penulisan mahupun hasil kajian yang bermutu, lengkap dan menyeluruh.
Tambah menyulitkan lagi apabila kuliah dan kursus-kursus tertentu disampaikan oleh pensyarah
dalam bahasa Inggeris. Selain itu, apabila kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat,
kita dengan akan mendapati arahan-arahan untuk mendapatkan maklumat itu ditulis dalam
bahasa Inggeris dan begitu banyak maklumat dari ribuan sumber ditulis dalam bahasa Inggeris.
Kita juga tentunya tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan di luar
negara yang menggunakan bahasa Inggeris menerusi internet.

Apabila kita mula melangkah ke pasaran kerja pula, kepentingan bahasa Inggeris akan
lebih terasa. Bermula daripada temuduga untuk mendapatkan kerja lagi keadaan ini sudah dapat
dirasakan. Ini kerana kebanyakan temuduga untuk memohon kerja terutamnya dalam sektor
swasta kebanyakannya dijalankan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berterusan apabila kita
berhubung dengan “pelanggan” terutamanya yang datang dari luar Negara. Kita harus
berinteraksi dalam bahasa tersebut. Lebih penting lagi, kegagalan menguasai bahasa Inggeris
dengan baik akan menimbulkan perasaan rendah diri. Keadaan ini sudah tentulah meninggalkan
kesan psikologi yang berpanjangan yang tentunya tidak baik dari segi produktiviti mahupun
emosi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kepentingan


Menguasai Bahasa Inggeris , editor Fokus, Julai 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i Jelaskan maksud sentiasa berlegar dalam fikiran dalam petikan tersebut.


[2 markah]
ii Apakah masalah yang dihadapi oleh sesaorang yang tidak menguasai bahasa Inggeris
apabila melayari internet?
[3 markah]
iii Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebakan sesaorang itu sukar menguasai
bahasa Inggeris?[4 markah]

You might also like